hai assalammualaikum

Promosi Dominos, 2 Pizza Harga RM 30


Haritu, nad ada belanja keluarga Dominos. Sebab nad ada voucher Dominos, nak guna, jadi malam tu, cakap dengan mak tak payah masak. Voucher Dominos nad dapat untuk pizza regular, roti dan dua air tin. Jadi nad ada dua voucher, cuma dapat dua pizza Dominos set. Keluarga pulak besar, ramai, memang tak cukupla dua pizza je.


Jadinya, nad tambah la lagi dua pizza. Masa tu pilih satu-satu, tapi lepas tu orang kaunter tu cakap, apa kata beli pizza dengan harga promosi diaorang iaitu beli dua pizza Dominos dengan harga RM30, tapi ade extra bayaran ikut clasic, dan firat class pizza kita pilih. Ala kalau korang tengok menu, ade tulis situ tambah RM 1, 2..dengan berapa lupa la. Nad pun okla..sebab bagi nad dua pizza dengan harga RM30 dah kira murah.


Untuk voucher nad pilih Chicken BBQ, dengan Smoky Beef and Chick. Untuk promosi nad pilih pizza Classic chicken dan Prawn Sensation dengan saiz regular. Untuk harga promosi nad kena bayar RM36 sahaja untuk dua pizza. Murah kan. Ala sekali sekala untuk keluarga.

Malam tu bawak balik, habis diserbunya. Memang dah kelaparan sangat..hahaha. Empat pizza pun tak cukup oiii..haishh..kleuarga besar macam ni la..hehehe.
hai assalammualaiku

Baju Kurung Moden Zaman Mak Kawin


Orang perempuan zaman dulu, badannya ramping, kurus kan, kalah kita. Kira nad ni beruntungla, sebab kurus macam orang dulu. Tak perlu pakai korset..hahahha. Tengok baju mak ni, mesti ikut bentuk badan habis. Bagusnya baju zaman dulu ni, kalau dijaga elok, masih boleh dipakai sampai sekarang. Tahan lasak juga baju zaman mak kita ni..heheheh..



Ni salah satu baju mak nad, yang nad boleh pakai. Sebenarnya baju ni kakak nad yang korek dekat almari mak, tapi dia tak muat. Jadinya nad yang ambil baju ni dan pakai. Sebab nad je yang muat baju mak ni..hehhe. Dalam keluarga nad la paling kurus dan sama bentuk badan macam mak dulu..cewahh..



Cantik kan baju mak ni.  Baju kurung moden dibuat dari sulaman yang kemas. Corak bunga, semuanya warna kuning. Walaupun semuanya warna kuning, corak bunga tu masih nampak dan timbul, jadi takda nampak tenggelam pun. Corak beralun lagi. Orang dulu buat baju kemas sangat.

Baju ni ada lapisan dalam. Cuma bahagian lengan dia tak letak lapisan, jadinya kenala pakai handsock. Orang dulu kan seksi sikit. Sekarang tak boleh seksi..hahaha.

Baju kurung moden mak ni, dulu nad boleh pakai baju sahaja, kain tak boleh, sebab punggung ku besar sikit. Nampak sangat pinggul mak kita kurus weii. Tapi kali ni nad dapat pakai kain dia sekali..hahhaa.Kurus kot..jangan jeles. Cantik sangat bila dah pakai sepasang ni.



Baju ni dulu mak pakai masa kawin. Sekarang nad pakai pergi majlis..hehehe..masih cantik. Takde koyak pun sulamannya. Turn nad pulak jaga baju ni. Kena jaga untuk turunkan ke anak pula..hehehe..tu pun kalau anaknya kurus macam maknya..huhuhu.

TIADA LAGI PLASTIK BEG

in , by Nadia Johari, 01:25:00
hai assalammualaikum

Kempen Bebas Plastik dan Polisterina Di Selangor


Mak cakap, tadi ayah pergi beli barang, katanya sekarang, dah tak boleh pakai beg plastik. Kalau nak guna juga beg plastik, kena bayar RM0.20. Kalau sebelum ni, beg plastik tidak boleh pakai pada hari Sabtu sahaja, tapi bermula 1 Januari 2017, penggunaan beg plastik tidak boleh digunakan lagi.


Ni arahan yang telah dikeluarkan. Nak taknak kena ikutla kan. Tadi nad cakap dengan mak, " bawak jela beg sendiri, tak pun bakul mak oii "..Mak bising, " lah kalau sikit takpe, kalai beli banyak macam mana"..hahaha..paham-paham jela orang tua. Memang susah bila takda plastik.

Walaupun sememangnya apa yang dilakukan ni, adalah untuk kebaikan bumi kita. Kebaikan kita semua, tapi sebab plastik tu macam satu benda penting. Yela kadang lepas beli barang, simpan plastik, guna balik untuk bungkus sampah ke..kann..macam polisterin memang kita guna untuk makan lepas tu buang..senang..tapi takleh buat apela.

Ada terbaca, kalau beli barang basah macam ikan, daging, ayam atau sayuran masih boleh pakai plastik secara percuma. Yela barang-barang ni special sikit.




RESEPI TUMIS JANTUNG PISANG

in , by Nadia Johari, 11:26:00
hai assalammualaikum

Resepi Jantung Pisang


Dari haritu teringin sangat makan jantung pisang. Dah pesan dekat mak, pergi pasar jangan lupa beli jantung pisang, tapi mak pula asyik lupa je..Mak cakap, dekat kebun ada jantung pisang tu. Kena bawak galah sebab tinggi. Apa lagi nad pun pergi kebun, cuba ambik jantung pisang tu, sedihnya tak sampai. Sedarlah nad, bahawasanya kau ni pendek..sedihh..balik buat muka monyok. Semalam, tengok-tengok ayah bawak balik jantung pisang, ingat ayah beli, rupanya dia petik dekat kebun. Terima kasih ayah..sayang ayah lebih la..

Apa lagi, petang semalam cepat-cepat kupas kulit. Lepas tu rebus. Dah empuk tu, angkat potong besar-besar. Mak cakap " ko nak buat ape? "..nad cakap nak tumis. Tumis memnag sedap. Pastu mak cakap mak dah siapkan bahan-bahan tumis, siap blender.

Bahan tumis ni mudah je, cuma bawang merah 2 biji , bawang putih 2 ketul, ikan bilis sedikit, dan cili dalam dua batang. Tu bahan asas, yang mak dah blender. Bahan sampingan, belacan ler. Lepas tu bubuh garam dan gula. Gaul-gaul, bubuh air sikit dah siap.


Kuah dia jadi merah sebab cili tu diblender sekali, kalau tak diblender, dia warna putih. Hah, bismillah. Sedapnya..lepas dah rasa teringin tu. hehehe..Selamat mencuba dan menjamu selera.

AZAM OOOO AZAM..MOGA TERCAPAI

by Nadia Johari, 02:29:00
hai assalammualaikum

Azam 2017 Harap Tercapai



Setiap tahun ada azam, walaupun tak tercapai azam yang dikehendaki, bolehla bawak azam tu ke tahun seterusnya..heehe..yela kadang ada benda kita dah cuba buat tapi tak mampu, bawakla ke peringkat seterusnya supaya kita tak mudah putus asa nak capai azam tu.

Azam kali ni kalau boleh nak bercuti oiii..Tak dapat luar negara, dalam negara pun boleh. Dah lama nak tengok keindahan alam ni..gitu ayat kau. Otak boleh tepu kalau tengok benda sama je. Banyak tempat nak pergi, pantai, tempat sejuk, tempat romantik. Ada banyak tempat  dah dalam senarai. Jadinya kena la bersiap sedia supaya azam tu tercapai. Fariza pun makin membesar. Biarlah dia lihat dunia. Kalau ada sponsor alhamdulillah, kalau takda kenek simpan duit dalam tabung khas untuk melancong.

Lagi azam semoga terus berjaya dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah rezeki makin datang dengan berblog. Dah berusaha sebaik mungkin untuk memajukan blog, maju dalam penulisan. Semakin berusaha meningkatkan traffic blog. Setiap hari belajar, belajar dan belajar. Semoga blog jadi pendapatan yang mampu mengubah hidupku. Kepada owner produk atau sesiapa yang nak beriklan dengan blog kita dialukan. Sempat lagi promote.

Azam lagi..memnag nak sangat..masuk majalah, suratkhabar..hahahhaa..ni memnag berangan lebih tapi mana tau dapat kan. Masuk tv dah, harap-harap tahun ni masuk suratkhabar, majalah, atau apa-apala..kihkih..

Simpan duit pun salah satu azam. Simpan duit untuk masa depan yang kita tak tau. Dengan ekonomi tak.menentu..uishh, nad tengok tahun ni ramai mak pak terkjut dengan yuran sekolah, perbelanjaan anak-anak. Tu salah satu nak menyimpan untuk Fariza. Bukan setakat Fariza kot adik-adik Fariza..hah kau..jauh nor nad fikir..hahahaa..

Azam setiap tahun, sentiasa berdoa diberi ketenangan, kehidupan yang baik, dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Aminnnn...

TRAGEDI SEHARI SEBELUM SEKOLAH

in , by Nadia Johari, 18:03:00
hai assalammualaikum

Anak buah Kemalangan Jatuh Motosikal


Petang tu macam biasa, nad bawak keluar Fariza jalan-jalan depan rumah. Nad masih dekat kampung. Memang waktu petang ambil angin. Selalu juga setiap petang anak buah nad yang paling besar, anak sulung kakak nad, namanya Hiera, selalu naik motor, bawak sepupu, adik-adik dia jalan-jalan keliling kampung naik motor.

Hiera tu masuk tingkatan dua sekolah nanti. Memang dah pandai bawak motor. Paham-paham jela budak-budak sekarang, memang cepat pandai bawa motor. Budak, bila di cakap jangan , dia nak belajar juga. Bila dah pandai bawak motor, satu jela kita pesan jangan bawak laju-laju.

Petang tu, masa temankan Fariza jalan-jalan luar, ada seorang lelaki, orang kawasan kampung juga, dia cakap " tu adiknya jatuh dekat bukit cina "..nad pun terkejutla. Dah tau siapa, sebab nampak petang semalam Hiera bawa dua orang adik dia umur 5 tahun , setahun dengan anak abang darjah dua jalan-jalan naik moto. Masa tu pulak ada sepupu nad, apa lagi ajak sepupu pergi tempat kejadian.

Sampai tempat kejadian, dia dah terduduk. Masa tu ada Hiera dengan dua adik dia. Yang anak abang dah dibawa klinik dengan orang kampung situ juga sebab kata teruk bahagian kepala. Nad tenangkan adik Hiera, anak buah nad, sebab nangis. Allahuakbar, kejadian semalam, esoknya nak sekolah, jadi macam ni. Nad tengok adiknya yang 5 tahun namanya Adam dah luka tangan dan kaki. Adiknya, Raihan setahun benjol dekat kepala. Hiera pula luka dekat kaki. Lepas tu terus bawa klinik.



Yang anak abang pulak namanya Nasrul, memang cedera dekat kepala. Tiba-tiba orang kampung yang bawak Nasrul ke klinik, bawak balik Nasrul ke rumah ayah nad sebab katanya klinik tak terima kes budak-budak..eh ape kebenda bengongnya klinik tu. Budak dah cedera macam tu ko taknak tolong. Sebab tu orang tu terpaksa bawak Nasrul balik. Waktu tu abang hantar klinik yang adik beradik lain, lepas tu abang tinggal diaorg dengan maka ayah diaorang, abang pecut balik rumah.

Masa Nasrul dihantar balik, dia sedar. Memang kepala masa tu luka teruk. Tapi lepas tu menggigil. Mak dah risau. Mak iaitu nenek dia tolong lapkan luka, bagi air zamzam sikit. Lepas tu abang pun sampai rumah. Abang iaitu ayah Si Nasrul. Terus bawak pergi hospital. Alhamdulillah semua anak buah nad selamat dan ok. Takde apa-apa.

Si nasrul kena jahit, tangan ada terkena ekzos. Masa pergi hospital, masa kena jahit, dia ok. Kuat katanya. Syukurla..Benda melibatkan kepala ni tak boleh dibuat main-main. Dah X-ray kata ok, takde ape yang teruk.




Si kakak hiera, kene jahit dekat kaki. Adik dia Adam cuma kene tampal. Si Adam ni macam takde sakit langsung je..hahaha. Harini dah lari-lari. Samala dengan kakak die tu. Adik dia baya Fariza Si Raihan benjolnya pun dah surut sikit. Ada tanda-tanda biru.

Harini, hari pertama masuk sekolah, diaorang duduk rumah. Hiera tingkatan dua, Adam sekolah PASTI, Nasrul darjah dua tak silap.

Ni kakak Hiera cerita sebenar, dia nak cari adik lelaki dia, merayau dari pagi smapai ke petang tak balik. Dia pergi cari sampai ke bukit belakang rumah. Masa nak naik bukit, dia tertekan laju agaknya, lepas tu tak perasan lubang terus langgar, terwhilly sikit dan jatuh.

Lepas ni takde dah naik motor. Pengajaran untuk kakak Hiera.

SAMBUT TAHUN BARU 2017 DI ICITY

in , by Nadia Johari, 01:14:00
hai assalammualaikum

Sambutan Tahun Baru 2017 Di I-City


Ingat nak cerita semalam, tapi sibuk banyak kerja. Harini baru dapat cerita.
Selalunya tahun baru, memang takkan keluar, tapi haritu buat status dekat facebook, sepupu balas pulak..Dia ajak pergi sambut dekat I-City. Sebenarnya memang malas nak keluar, dengan Fariza lagi, dengan sesak lagi, tapi dah lama tak sambut tahun baru dekat luar, jadinya kita jeluar la juga..hehehe.. Nak tengok macam mana suasana sambutan tahun baru dekat I-City tu.

Dah lama oo tak jejak dekat ICity. Last pun masa couple rasanya. Dari percuma sekarang kena bayar. Sekali sekala datang bolehla main. Sekarang pun dah macam-macam ada dekat ICity. Belum rezeki lagi nak masuk dekat patung lilin, salji dan pergi taman tema air. Insyallah, ade duit nanti pergi.

Suasana Sambutan Tahun Baru di ICity


Ni la suasana dekat sini. Ramai juga orang yang datang. Orang datang sini dari petang kot, sebab masa pergi jalan tak sesak..balik baru sesak..hahaha..






Fariza pertama kali masuk ICity.


Setiap beberapa minit, akan buat pengumuman untuk tunggu persembahan bunga api. Sampaila masa pukul 11.55 malam, pengumuman dibuat mengatakan sebentar lagi bunga api akan ada. Excited semua orang dah berkumpul. Dan tu diaa..pomm..pomm..SELAMAT TAHUN BARU..bunga api pun meletup dengan meriahnya..

Nad tengok sampai habis. Fariza pun enjoy..hehehe..



Video sambutan tahun baru 2017.

Azam tahun baru ni, nanti buat entry lain..hehehe..mesti ada azam..huhu..

PANCING IKAN HARUAN DEKAT PARIT JE

in , by Nadia Johari, 17:05:00
hai assalammualaikum

Ikan Haruan Hasil Tangkapan Sendiri

Dekat rumah ni memng bukan kaki pancing pun. Tapi pancing suka-suka tu yela. Dekat lampung ni, mana lagi nak pancing kalau bukan dekat parit. Dekat parit tu la banyak.ikan haruan atau orang jawa panggil " ewak kutok ".. Ikan haruan ni banyak khasiatnya kan. Korang pun tau.


Haritu abang pergila pancing dekat parit rumah nenek. Parit tu pulak baru lepas dikorek, lepas tu hujan, jadi ikan pun banyakla..macam tu la anggapan ku..hahahha. Rezeki abang haritu, pancing dapatla ikan haruan besar oiii..bapak ikan haruan kot..hahahaha..Esoknya abang pancing lagi, dapat lagi seekor ikan haruan..kali ni sederhana pula. Okla tu kan.



Esoknya, abang pun siang ikan haruan tu..oii bukan main ganas lagi dia melompat..kuat juga ikan haruan ni. Ko nampak ada telur weii..huhuhu..


Ikan setelah dibersihkan..Agak-agak buat ape ye..


Ini dia..mak nad goreng je ikan haruan ni..hahahha. Mulanya abang, nak bakar, tapi tak bakar-bakar, sebab masa tu dah buat masak banyak, ala entry ade dekat SINI. Tu pasal mak pun goreng jela. Goreng pun sedapp..lagi rangup..nyum..nyumm..alhamdulillah..dah selamat dalam perut.
hai assalammualaikum

Sambut Tahun Baru 2017 Di Menara Kuala Lumpur


Esok tinggal sehari je lagi kita nak meninggalkan tahun 2016, dan 2017 akan menyusul. Sekejap je masa berlalu, sekejap je dah nak masuk tahun baru. Hah esok, korang mesti ada yang nak sambut tahun baru kan. Ada banyak tempat nak sambut atau tak tau mana nak sambut. Apa kata pergi tempat tinggi yang boleh tengok kemeriahan sambutan tahun baru ni. Mana lagi KL Tower la, atau nama lainnya Menara Kuala Lumpur.

Yela nak lain dari yang lain sikit, selalu sambut tempat biasa je. Pelbagai aktiviti dilakukan dekat Kl tower termasuk midnight countdown, cocktail buffet, balloon release wishes, New Year Toast dan macam-macam lagi la..uitt bestnyaa...Part countdown dekat Kl Tower, boleh bayangkan menjerit dari tempat tinggi..hhehee. Ada pulak balloon release wishes, wahh mesti banyak belon terbang nanti.


Ada juga tawaran istimewa yang dibuat tapi dah habis sebab kena register sebelum 23 December...Tawaran tersebuat ialah Pakej Pelantar Pemandangan, hanya RM78 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak. Pakej ni termasuk tiket ke Pelantar pemandangan, dapat gambar cenderahati secara percuma bersaiz 6R dan pek parti. Murah weiii..bestnyaaa..

Untuk tawaran Sky Deck pula hanya RM198. Pakej termasuk tiket ke Sky Deck, cocktail buffet, New year toast, percuma t-shirt glow in the dark 2017 bagi 100 pelanggan pertama. Tapi dah tutuppp..kalau nak pergi kena bayar yang normal punya..

Korang yang nak sambut bawa-bawalah keluarga, orang tersayang, kawan dekat sini. New Year's Eve 2017 Countdown Celebration di KL Tower. Sambut waktu malam, memang cantik sangat, dengan pemandangan 360 darjah, nampak lampu-lampu. Lagi best dapat tengok bunga api dari situ..wahh!!!..

Korang yang nak sambut boleh hubungi talian 03-20205444 dan layari website www.menarakl.com.my atau facebook www.facebook.com/officialmenarakl.

Sekarang nad dekat kampung, kalau dekat kl lama dah ajak mr mafia..



BELI LESEN EXPRESS!!! ITU BUKAN AKU

in , by Nadia Johari, 17:13:00
hai assalammualaikum

Lesen Express


Ermmm..kita punyala susah pergi bayar ambil exam, belajar kereta, ambil ujian JPJ, siap gagak lagi dekat bukit, kita usaha lagi sampai lulus semata-mata nak dapatkan lesen. Orang lain senang je jual lesen express ye. Mudah betul nak buat duit sekarang. Ada juga yang membeli. Tu ikut diaorangla. Taknak ambil port pun. Yang nad nak ambik port ni, sesuka hati je ambil gambar lesen orang lain untum kegunaan peribadi.


Alkisahnya, bila ada seorang lelaki ni, pm nad dekat inbox page Miszrockers. Dia cakap, dia nampak satu link ni jual lesen, ada gambar lesen nad, dia nak tau betul ke ni atau scam. Terus nad tekan link tu oii..memang ada gambar lesen nad dekat situ. Siap watermark miszrockers lagi. Lelaki yang whatsup tu pm sebab nampak watermark tu. Pastu nad balas, itu memang lesen nad, tapi nad tak beli dengan dia. Nad buat dekat JPJ. Nad ambik test kereta tau.

Pastu seorang perempuan pulak massage dekat page juga. Tanya benda yang sama..ermm..

Ye nad memang ada bubuh lesen dekat blog. Itu pun nak cerita, nak kongsi dengan pembaca macam mana nak tukar lesen P ke lesen penuh. Entry ada dekat SINI. Sebenarnya gambar asal memang nampak muka, tapi nad dah edit balik sebab perkara macam ni berlaku..ermmm.. Tu pun dah kena marah dengan suami..Manalah kita tau nak jadi macam ni. Kita kongsi je. Tu pun dah tutup benda penting, tak sangka orang guna juga.

Orang sekarang nak buat duit senang je kan. Benda macam ni pun ada orang juga nak beli..sedih betul. Tak fikir yang dia main ambil lesen orang, dan cakap tu dia punya, orang yang tak bersalah nanti kena kang. Tak pasal-pasal jadi lain..

Nad dah inbox juga orang tu..tapi dia tak balas lagi..ermm..Nad cuma mintak delete je gambar lesen nad tu..harap-harap dia padamla...nak viral blog takpela, janganla viral lain..

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2