hai assalammualaikum

Sepupu Sepermainan, Azlinah Selamat Jadi Isteri Kepada Razif



Dari kecik sampaila ke besar, dari hingusan sampai cantik, dia je yang selalu berborak, bergosip, cerita itu ini..hahha..sebabnya rumahnya depan rumah mak ayah kite je..hehhe. Rumah orang kampung, memang selalu dekat-dekat kan. Lagipun masa kecik-kecik, nad di jaga dengan mak lina ni. Masa kita kawin pun dia banyak tolong kita, masa dia pulak kita turn kita tolong dia. Alhamdulillah, selamat dah jadi isteri orang. Akhirnya jumpa jodoh dia..hehehe.


Walaupun masa dah besar jarang jumpa, tapi lepas habis belajar, masing-masing menganggur, pastu ajak dia cari kerja sama-sama, akhirnya dapatla kitaorang berdua kerja sama. Sampai berhenti kerja pun sama..hahhaa. Nad berhenti sebab nak kawin, lina berhenti ada sebab dia. Macam tu la ceritanya.

Kita punya sepupu sepapat

Sekarang masing-masing dah jadi isteri orang, tak bolehla nad nak menyibuk lagi keluar dengan dia..hahhaa..sebelum ni dia single takpela, sekarang dah ada suami, kena heret suami sekali la.





Dulu Lina ni lain, sekarang dah cantik dah. Kalah kita oiii..Tema baju pengantin warna ungu, macam kain songket, cantik sangat. Kita nak ucapla, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke jannah. Jadi iateri solehah, aemoga dapat anak secepat mungkin.hahhaa. Kot lepas dia pregnant, nad tetiba pregnnat kan..hahaha..cukup Fariza dua tahun lebih..hahaha.

Kemeriahan Majlis Perkahwinan Azlina dan Razif.


Video pengantin sepupu

Acara baling gula-gula.




Karaoke




Bila adik ipar dan artis dah lama tak beraksi, sekali mengeluarkan suara yang mantap..hahaha

Photobooth





Amboi anak buah aku seorang ni..next pulak kan. Habiskan belajar dulu..hahaha..

Selfie



Selamat pengantin baru kepada Azlinah dan Razif. Semoga perkahwinan diberkati. Semoga rumahtangga aman dan bahagia. Harap si suami jaga isteri baik-baik na. Semoga dapat anak cepat-cepat. Bolehla aku menyusul untuk tambah kedua..hahahaha..
hai assalammualaikum

Spray8 Membantu Menyembuhkan Masalah Kulit Dan Luka


Spray8 produk penjagaan luka yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka, mengurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru tanpa meninggalkan sisa pada kulit.

Ianya selamat digunakan kerana kandungan menggunakan bahan semulajadi dan tiada unsur- unsur alkohol atau steroid, tiada mengandungi bahan kimia, tiada rasa gatal ataupun pedih dan mempunyai formula penyerapan pantas, ianya adalah penyembuhan yang tidak menyakitkan dan berkesan mengikut kecederaan tubuh badan.

Bagusnya Spray8 ni, ia menggunakan bahan ekstrak kulit manggis sebagai ramuan utama untuk merawat jangkitan kulit dan luka. Ramuan lain seperti ekstrak daun neem yang melegakan kesakitan, anti-virus, anti-bakteria dan macam-macam lagi.

Spray8 untuk kegunaan luar sahaja:
- Merawat parut
- Luka
- Kesan terbakar / melecur
- Ruam-ruam
- Gatal-gatal
- Mengurangkan keradangan dengan cepat

Spray 8 boleh juga digunakan untuk masalah kulit yang korang hidapi seperti :
- Luka Diabetik
- Luka Varikos
- Alergi
- Ekzema
- kudis katil / sel mati
- Melecet
- Luka pembedahan/ bekas jahitan
- Calar
- Kulit rapuh

Kelebihan Spray8
- Membunuh Bakteria Berbahaya
- Mengeringkan Luka Tanpa Keretakan Kulit
- Menggalakkan Pertumbuhan Sel - Sel Baru
- Menggalakkan Pembinaan Kapilari Baru
- Pantas Mengurangkan Inflamasi dan Kegatalan (anti histamin)
- Menghalang Pembentukan Lepuh ( air panas)
Spray 8 sangat mudah digunakan pada bila - bila masa, memandangkan botolnya yang tidak begitu besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana saja.

Cara penggunaan



Mudah dan senang. Tidak perlu digoncang hanya bersihkan luka terlebih dahulu, kemudian sembur/ spray Spray8 keatas kulit atau luka, pastikan kena pada semua permukaan luka. Kemudian biarkan ia meresap ke dalam kulit. Untuk kesan lebih cepat gunakan secara berterusan, 3 kali sehari dan alami perubahannya.

Spray8 Keluaran Furley Bioextract Sdn Bhd

Testimoni nad sendiri


Nad ni ada masalah kulit yang tak begitu serius sangat. Dia tak datang selalu, dan bila datang, dia akan tiba-tiba je gatal. Bila dah gatal, mestila nak garu je kan. Garu pulak tak berhenti. Bila dah menggaru, tanpa sedar, memang akan jadi luka dan melecet la tempat tu. Selalunya masalah kulit gatal nad alami dengan bahagian tengah kaki, ala bahagian tulang bonjol kaki tu, apa ntah orang panggil..hahaha. Bila ada luka ni memang lambat hilang la.

Selalunya nad akan guna ubat putih dalam bentuk bekas. Itu pun kalau rajin, nak membuka dan sapu ubat dekat luka. Yela kadang malas la nak sapu-sapu ni..huhuhu. Lagi satu, kadang pakai ubat tu pun tak berkesan, tetap gatal. Lepas tu, nad cubala guna satu produk ni, Spray8. Spray je dekat bahagian luka, gatal dah takda dan luka tu jadi kering. Best juga Spray8 ni..hahaha..kenapala baru jumpa produk ni.

Peringatan
Elakkan tersentuh pada mata. Untuk Kegunaan luaran sahaja. Jauhi daripada kanak-kanak. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan alahan.



Spray 8 ni juga telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM, Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Hah korang kena simpan satu dekat rumah..memang sangat bagus produk ni. Sesuai untuk seisi keluarga. Harga Spray8 murah je RM 50.00 (100ml) dan RM35.00 ( 50ml). Boleh dapatkan segera di https://store.furleybio.com/spray8 

Korang boleh dapat diskaun RM10 dengan menggunakan kod FBIO-FBV

Korang boleh layari:
Website: https://store.furleybio.com
Facebook: www.facebook.com/furleybio
Instagram: www.instagram.com/furleybio






hai assalammualaikum

Promosi Dominos, 2 Pizza Harga RM 30


Haritu, nad ada belanja keluarga Dominos. Sebab nad ada voucher Dominos, nak guna, jadi malam tu, cakap dengan mak tak payah masak. Voucher Dominos nad dapat untuk pizza regular, roti dan dua air tin. Jadi nad ada dua voucher, cuma dapat dua pizza Dominos set. Keluarga pulak besar, ramai, memang tak cukupla dua pizza je.


Jadinya, nad tambah la lagi dua pizza. Masa tu pilih satu-satu, tapi lepas tu orang kaunter tu cakap, apa kata beli pizza dengan harga promosi diaorang iaitu beli dua pizza Dominos dengan harga RM30, tapi ade extra bayaran ikut clasic, dan firat class pizza kita pilih. Ala kalau korang tengok menu, ade tulis situ tambah RM 1, 2..dengan berapa lupa la. Nad pun okla..sebab bagi nad dua pizza dengan harga RM30 dah kira murah.


Untuk voucher nad pilih Chicken BBQ, dengan Smoky Beef and Chick. Untuk promosi nad pilih pizza Classic chicken dan Prawn Sensation dengan saiz regular. Untuk harga promosi nad kena bayar RM36 sahaja untuk dua pizza. Murah kan. Ala sekali sekala untuk keluarga.

Malam tu bawak balik, habis diserbunya. Memang dah kelaparan sangat..hahaha. Empat pizza pun tak cukup oiii..haishh..kleuarga besar macam ni la..hehehe.
hai assalammualaiku

Baju Kurung Moden Zaman Mak Kawin


Orang perempuan zaman dulu, badannya ramping, kurus kan, kalah kita. Kira nad ni beruntungla, sebab kurus macam orang dulu. Tak perlu pakai korset..hahahha. Tengok baju mak ni, mesti ikut bentuk badan habis. Bagusnya baju zaman dulu ni, kalau dijaga elok, masih boleh dipakai sampai sekarang. Tahan lasak juga baju zaman mak kita ni..heheheh..



Ni salah satu baju mak nad, yang nad boleh pakai. Sebenarnya baju ni kakak nad yang korek dekat almari mak, tapi dia tak muat. Jadinya nad yang ambil baju ni dan pakai. Sebab nad je yang muat baju mak ni..hehhe. Dalam keluarga nad la paling kurus dan sama bentuk badan macam mak dulu..cewahh..



Cantik kan baju mak ni.  Baju kurung moden dibuat dari sulaman yang kemas. Corak bunga, semuanya warna kuning. Walaupun semuanya warna kuning, corak bunga tu masih nampak dan timbul, jadi takda nampak tenggelam pun. Corak beralun lagi. Orang dulu buat baju kemas sangat.

Baju ni ada lapisan dalam. Cuma bahagian lengan dia tak letak lapisan, jadinya kenala pakai handsock. Orang dulu kan seksi sikit. Sekarang tak boleh seksi..hahaha.

Baju kurung moden mak ni, dulu nad boleh pakai baju sahaja, kain tak boleh, sebab punggung ku besar sikit. Nampak sangat pinggul mak kita kurus weii. Tapi kali ni nad dapat pakai kain dia sekali..hahhaa.Kurus kot..jangan jeles. Cantik sangat bila dah pakai sepasang ni.



Baju ni dulu mak pakai masa kawin. Sekarang nad pakai pergi majlis..hehehe..masih cantik. Takde koyak pun sulamannya. Turn nad pulak jaga baju ni. Kena jaga untuk turunkan ke anak pula..hehehe..tu pun kalau anaknya kurus macam maknya..huhuhu.

TIADA LAGI PLASTIK BEG

in , by Nadia Johari, 01:25:00
hai assalammualaikum

Kempen Bebas Plastik dan Polisterina Di Selangor


Mak cakap, tadi ayah pergi beli barang, katanya sekarang, dah tak boleh pakai beg plastik. Kalau nak guna juga beg plastik, kena bayar RM0.20. Kalau sebelum ni, beg plastik tidak boleh pakai pada hari Sabtu sahaja, tapi bermula 1 Januari 2017, penggunaan beg plastik tidak boleh digunakan lagi.


Ni arahan yang telah dikeluarkan. Nak taknak kena ikutla kan. Tadi nad cakap dengan mak, " bawak jela beg sendiri, tak pun bakul mak oii "..Mak bising, " lah kalau sikit takpe, kalai beli banyak macam mana"..hahaha..paham-paham jela orang tua. Memang susah bila takda plastik.

Walaupun sememangnya apa yang dilakukan ni, adalah untuk kebaikan bumi kita. Kebaikan kita semua, tapi sebab plastik tu macam satu benda penting. Yela kadang lepas beli barang, simpan plastik, guna balik untuk bungkus sampah ke..kann..macam polisterin memang kita guna untuk makan lepas tu buang..senang..tapi takleh buat apela.

Ada terbaca, kalau beli barang basah macam ikan, daging, ayam atau sayuran masih boleh pakai plastik secara percuma. Yela barang-barang ni special sikit.




RESEPI TUMIS JANTUNG PISANG

in , by Nadia Johari, 11:26:00
hai assalammualaikum

Resepi Jantung Pisang


Dari haritu teringin sangat makan jantung pisang. Dah pesan dekat mak, pergi pasar jangan lupa beli jantung pisang, tapi mak pula asyik lupa je..Mak cakap, dekat kebun ada jantung pisang tu. Kena bawak galah sebab tinggi. Apa lagi nad pun pergi kebun, cuba ambik jantung pisang tu, sedihnya tak sampai. Sedarlah nad, bahawasanya kau ni pendek..sedihh..balik buat muka monyok. Semalam, tengok-tengok ayah bawak balik jantung pisang, ingat ayah beli, rupanya dia petik dekat kebun. Terima kasih ayah..sayang ayah lebih la..

Apa lagi, petang semalam cepat-cepat kupas kulit. Lepas tu rebus. Dah empuk tu, angkat potong besar-besar. Mak cakap " ko nak buat ape? "..nad cakap nak tumis. Tumis memnag sedap. Pastu mak cakap mak dah siapkan bahan-bahan tumis, siap blender.

Bahan tumis ni mudah je, cuma bawang merah 2 biji , bawang putih 2 ketul, ikan bilis sedikit, dan cili dalam dua batang. Tu bahan asas, yang mak dah blender. Bahan sampingan, belacan ler. Lepas tu bubuh garam dan gula. Gaul-gaul, bubuh air sikit dah siap.


Kuah dia jadi merah sebab cili tu diblender sekali, kalau tak diblender, dia warna putih. Hah, bismillah. Sedapnya..lepas dah rasa teringin tu. hehehe..Selamat mencuba dan menjamu selera.

AZAM OOOO AZAM..MOGA TERCAPAI

by Nadia Johari, 02:29:00
hai assalammualaikum

Azam 2017 Harap Tercapai



Setiap tahun ada azam, walaupun tak tercapai azam yang dikehendaki, bolehla bawak azam tu ke tahun seterusnya..heehe..yela kadang ada benda kita dah cuba buat tapi tak mampu, bawakla ke peringkat seterusnya supaya kita tak mudah putus asa nak capai azam tu.

Azam kali ni kalau boleh nak bercuti oiii..Tak dapat luar negara, dalam negara pun boleh. Dah lama nak tengok keindahan alam ni..gitu ayat kau. Otak boleh tepu kalau tengok benda sama je. Banyak tempat nak pergi, pantai, tempat sejuk, tempat romantik. Ada banyak tempat  dah dalam senarai. Jadinya kena la bersiap sedia supaya azam tu tercapai. Fariza pun makin membesar. Biarlah dia lihat dunia. Kalau ada sponsor alhamdulillah, kalau takda kenek simpan duit dalam tabung khas untuk melancong.

Lagi azam semoga terus berjaya dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah rezeki makin datang dengan berblog. Dah berusaha sebaik mungkin untuk memajukan blog, maju dalam penulisan. Semakin berusaha meningkatkan traffic blog. Setiap hari belajar, belajar dan belajar. Semoga blog jadi pendapatan yang mampu mengubah hidupku. Kepada owner produk atau sesiapa yang nak beriklan dengan blog kita dialukan. Sempat lagi promote.

Azam lagi..memnag nak sangat..masuk majalah, suratkhabar..hahahhaa..ni memnag berangan lebih tapi mana tau dapat kan. Masuk tv dah, harap-harap tahun ni masuk suratkhabar, majalah, atau apa-apala..kihkih..

Simpan duit pun salah satu azam. Simpan duit untuk masa depan yang kita tak tau. Dengan ekonomi tak.menentu..uishh, nad tengok tahun ni ramai mak pak terkjut dengan yuran sekolah, perbelanjaan anak-anak. Tu salah satu nak menyimpan untuk Fariza. Bukan setakat Fariza kot adik-adik Fariza..hah kau..jauh nor nad fikir..hahahaa..

Azam setiap tahun, sentiasa berdoa diberi ketenangan, kehidupan yang baik, dan dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Aminnnn...

TRAGEDI SEHARI SEBELUM SEKOLAH

in , by Nadia Johari, 18:03:00
hai assalammualaikum

Anak buah Kemalangan Jatuh Motosikal


Petang tu macam biasa, nad bawak keluar Fariza jalan-jalan depan rumah. Nad masih dekat kampung. Memang waktu petang ambil angin. Selalu juga setiap petang anak buah nad yang paling besar, anak sulung kakak nad, namanya Hiera, selalu naik motor, bawak sepupu, adik-adik dia jalan-jalan keliling kampung naik motor.

Hiera tu masuk tingkatan dua sekolah nanti. Memang dah pandai bawak motor. Paham-paham jela budak-budak sekarang, memang cepat pandai bawa motor. Budak, bila di cakap jangan , dia nak belajar juga. Bila dah pandai bawak motor, satu jela kita pesan jangan bawak laju-laju.

Petang tu, masa temankan Fariza jalan-jalan luar, ada seorang lelaki, orang kawasan kampung juga, dia cakap " tu adiknya jatuh dekat bukit cina "..nad pun terkejutla. Dah tau siapa, sebab nampak petang semalam Hiera bawa dua orang adik dia umur 5 tahun , setahun dengan anak abang darjah dua jalan-jalan naik moto. Masa tu pulak ada sepupu nad, apa lagi ajak sepupu pergi tempat kejadian.

Sampai tempat kejadian, dia dah terduduk. Masa tu ada Hiera dengan dua adik dia. Yang anak abang dah dibawa klinik dengan orang kampung situ juga sebab kata teruk bahagian kepala. Nad tenangkan adik Hiera, anak buah nad, sebab nangis. Allahuakbar, kejadian semalam, esoknya nak sekolah, jadi macam ni. Nad tengok adiknya yang 5 tahun namanya Adam dah luka tangan dan kaki. Adiknya, Raihan setahun benjol dekat kepala. Hiera pula luka dekat kaki. Lepas tu terus bawa klinik.



Yang anak abang pulak namanya Nasrul, memang cedera dekat kepala. Tiba-tiba orang kampung yang bawak Nasrul ke klinik, bawak balik Nasrul ke rumah ayah nad sebab katanya klinik tak terima kes budak-budak..eh ape kebenda bengongnya klinik tu. Budak dah cedera macam tu ko taknak tolong. Sebab tu orang tu terpaksa bawak Nasrul balik. Waktu tu abang hantar klinik yang adik beradik lain, lepas tu abang tinggal diaorg dengan maka ayah diaorang, abang pecut balik rumah.

Masa Nasrul dihantar balik, dia sedar. Memang kepala masa tu luka teruk. Tapi lepas tu menggigil. Mak dah risau. Mak iaitu nenek dia tolong lapkan luka, bagi air zamzam sikit. Lepas tu abang pun sampai rumah. Abang iaitu ayah Si Nasrul. Terus bawak pergi hospital. Alhamdulillah semua anak buah nad selamat dan ok. Takde apa-apa.

Si nasrul kena jahit, tangan ada terkena ekzos. Masa pergi hospital, masa kena jahit, dia ok. Kuat katanya. Syukurla..Benda melibatkan kepala ni tak boleh dibuat main-main. Dah X-ray kata ok, takde ape yang teruk.




Si kakak hiera, kene jahit dekat kaki. Adik dia Adam cuma kene tampal. Si Adam ni macam takde sakit langsung je..hahaha. Harini dah lari-lari. Samala dengan kakak die tu. Adik dia baya Fariza Si Raihan benjolnya pun dah surut sikit. Ada tanda-tanda biru.

Harini, hari pertama masuk sekolah, diaorang duduk rumah. Hiera tingkatan dua, Adam sekolah PASTI, Nasrul darjah dua tak silap.

Ni kakak Hiera cerita sebenar, dia nak cari adik lelaki dia, merayau dari pagi smapai ke petang tak balik. Dia pergi cari sampai ke bukit belakang rumah. Masa nak naik bukit, dia tertekan laju agaknya, lepas tu tak perasan lubang terus langgar, terwhilly sikit dan jatuh.

Lepas ni takde dah naik motor. Pengajaran untuk kakak Hiera.

SAMBUT TAHUN BARU 2017 DI ICITY

in , by Nadia Johari, 01:14:00
hai assalammualaikum

Sambutan Tahun Baru 2017 Di I-City


Ingat nak cerita semalam, tapi sibuk banyak kerja. Harini baru dapat cerita.
Selalunya tahun baru, memang takkan keluar, tapi haritu buat status dekat facebook, sepupu balas pulak..Dia ajak pergi sambut dekat I-City. Sebenarnya memang malas nak keluar, dengan Fariza lagi, dengan sesak lagi, tapi dah lama tak sambut tahun baru dekat luar, jadinya kita jeluar la juga..hehehe.. Nak tengok macam mana suasana sambutan tahun baru dekat I-City tu.

Dah lama oo tak jejak dekat ICity. Last pun masa couple rasanya. Dari percuma sekarang kena bayar. Sekali sekala datang bolehla main. Sekarang pun dah macam-macam ada dekat ICity. Belum rezeki lagi nak masuk dekat patung lilin, salji dan pergi taman tema air. Insyallah, ade duit nanti pergi.

Suasana Sambutan Tahun Baru di ICity


Ni la suasana dekat sini. Ramai juga orang yang datang. Orang datang sini dari petang kot, sebab masa pergi jalan tak sesak..balik baru sesak..hahaha..






Fariza pertama kali masuk ICity.


Setiap beberapa minit, akan buat pengumuman untuk tunggu persembahan bunga api. Sampaila masa pukul 11.55 malam, pengumuman dibuat mengatakan sebentar lagi bunga api akan ada. Excited semua orang dah berkumpul. Dan tu diaa..pomm..pomm..SELAMAT TAHUN BARU..bunga api pun meletup dengan meriahnya..

Nad tengok sampai habis. Fariza pun enjoy..hehehe..



Video sambutan tahun baru 2017.

Azam tahun baru ni, nanti buat entry lain..hehehe..mesti ada azam..huhu..

PANCING IKAN HARUAN DEKAT PARIT JE

in , by Nadia Johari, 17:05:00
hai assalammualaikum

Ikan Haruan Hasil Tangkapan Sendiri

Dekat rumah ni memng bukan kaki pancing pun. Tapi pancing suka-suka tu yela. Dekat lampung ni, mana lagi nak pancing kalau bukan dekat parit. Dekat parit tu la banyak.ikan haruan atau orang jawa panggil " ewak kutok ".. Ikan haruan ni banyak khasiatnya kan. Korang pun tau.


Haritu abang pergila pancing dekat parit rumah nenek. Parit tu pulak baru lepas dikorek, lepas tu hujan, jadi ikan pun banyakla..macam tu la anggapan ku..hahahha. Rezeki abang haritu, pancing dapatla ikan haruan besar oiii..bapak ikan haruan kot..hahahaha..Esoknya abang pancing lagi, dapat lagi seekor ikan haruan..kali ni sederhana pula. Okla tu kan.



Esoknya, abang pun siang ikan haruan tu..oii bukan main ganas lagi dia melompat..kuat juga ikan haruan ni. Ko nampak ada telur weii..huhuhu..


Ikan setelah dibersihkan..Agak-agak buat ape ye..


Ini dia..mak nad goreng je ikan haruan ni..hahahha. Mulanya abang, nak bakar, tapi tak bakar-bakar, sebab masa tu dah buat masak banyak, ala entry ade dekat SINI. Tu pasal mak pun goreng jela. Goreng pun sedapp..lagi rangup..nyum..nyumm..alhamdulillah..dah selamat dalam perut.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2