hai assalammualaikum

Beli Kereta Secara Online Hanya Di Tookar

Korang ada bercadang nak beli kereta?? Atau nak tukar kereta baru?? Hah!! apa kata korang beli kereta secara online. Korang duduk dengan relaks, pastu pilih kereta idaman korang hanya di hujung jari sahaja. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit. Tengah ada Promosi Beli kereta Secara Online di Tookar Sempena Tahun Baru Cina nanti.

Meh nad kongsikan kepada korang semua, bahawasanya korang boleh beli kereta melalui laman web Tookar tanpa perlu pergi ke showroom ataupun pusat jualan.


Apa Tookar tu??.  Tookar adalah laman web terbaru di mana ianya direka khas untuk mereka yang ingin membeli kereta idaman secara online. Boleh rujuk online mereka di www.tookar.my

Menariknya dekat Tookar ni, korang boleh dapat penjimatan pembelian dan rebate. Lagi satu ada dapat angpow Sempena Tahun Baru Cina nanti. Hah! Macam best je kan..nad pun usha la lebih mendalam website dia.

Kenapa perlu pilih Tookar??



Kereta yang ditawarkan di laman web Tookar dari semua jenis dan pelbagai jenama. Korang boleh tau harga promosi atau diskaun ditawarkan hanya di Tookar. Di Tookar korang sebagai pembeli diberikan peluang meletakkan anggaran harga mengikut kemampuan masing-masing. Rundingan harga dibuat diantara pengedar dan pembeli sebelum bersetuju untuk membeli. Jangan risau, dealer di Tookar semua sah.



Cara booking

Mudah je nak booking kereta idaman korang tu. Pertama sekali kenala login dulu, sama ada dengan facebook tau handphone. Lepas tu bolehlah membuat pemilihan kereta yang menarik perhatian korang. Fikir dengan betul ye. Semua pertanyaan akan dijawab oleh dealer dengan mudah. Tengok je step dekat gambar ni..

Lagi menarik, setiap kereta yang korang dah beli, diaorang hantar kepada pembeli secara percuma..woo..betul-betul bagus ni.


Mesti korang rasa ragu-ragu kan, jangan risau, dah ada testimoni daripada pembeli yang pernah menggunakan khidmat Tookar ni.

Promosi Sempena Tahun Baru Cina Hanya Di Tookar


Hah!! Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi, tookar menawarkan promosi terhad di mana pembeli kereta boleh menikmati penjimatan bermula dari RM1000. Promosi angpow Tahun baru cina ini sehingga pertengahan Februari 2017.

Satu lagi berita baik, korang boleh guna code SL1E8PC2 untuk digunakan di website Tookar sewaktu pembelian untuk dapatkan diskaun yang menarik. Hah apa tunggu lagi, pergi website www.tookar.my untuk beli kereta idaman korang.




PERKAHWINAN JARAK JAUH

in , by Nadia Johari, 22:27:00
hai assalammualaikum

Perkahwinan Jarak Jauh Yang Mencabar

Nad terfikir macam mana diaorang lalui perkahwinan jarak jauh ni. Ada sesetengah kawan nad, terpaksa lalui perkahwinan jarak jauh ni atas urusan kerja, atau belajar. Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk mempertahankan hubungan tersebut.


Walaupun nad tak lalui perkahwinan jarak jauh ni, tapi bila nad tinggalkan suami dalam jangka masa yang lama sebab balik kampung, tu pun lepas seminggu dah rasa tak sedap hati. Lagi resah bila suami cakap dia tak sihat. Risau, sampai rasa nak balik terus, tapi kenderaan pulak takda. Macam tu la mr mafia, bila isteri takda dekat sisi. Pasti akan sakit atau demam. Memang kitaorang berdua tak boleh berpisah jauh.

Perkara Dilakukan Sekiranya Lalui Perkahwinan Jarak Jauh

Nad cuba bayangkan, kalau nad hidup macam tu. Walaupun tak lama, tapi nad fikir macam lama je. Jadi kalau nad tinggal dekat kampung, nad akan selalu berhubung dengan mr mafia. Zaman dah berteknologi tinggi, zaman gadget, takkan tak guna sebaik mungkin. Lagila, sekarang whatsup dah boleh buat video, hah!! gunalah yee..walaupun berjauhan, boleh nampak muka juga.

Bila berjauhan, kena tetapkan keyakinan. Yakin dan percaya antara satu sama lain. Biasalah dah jauh kadang kita fikir negatif, jadi jauhkan fikiran negatif tu, sentiasa fikir positif. Selalu bercerita apa yang dilakukan.

Sentiasa berdoa semoga hubungan elok dan urusan dipermudahkan. Melalui fasa perkahwinan PJJ memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan diri. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut kebaikan dan sentiasa berdoa. Satu senjata yang paling kuat bagi orang yang terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan ialah doa dan sentiasa dekatkan diri pada Allah.


Last sekali, kalau dapat berjumpa, habiskan masa terluang dengan sebaiknya. Lakukan aktiviti bersama supaya ia dapat mengeratkan silaturahim dalam keluarga serta ikatan kasih dalam keluarga dapat dikukuhkan lagi.

Ni la antaranya kalau nad berjauhan dengan suami. Paling lama pun sebulan..huhuhu..Memang orang anggap Kuala Lumpur dengan Klang tak jauh, tapi disebabkan sumber kewangan tak menentu, bila nad dapat balik kampung, nad akan duduk lama, dan suami cari rezeki dekat bandar. Nak ulang alik memang tak cukup. Sebab tu kadang suami kena tinggal, tapi dia paham.

Respek dengan mereka yang lalui perkahwinan jarak jauh ni..fuh..bila jauh gaduh kurang, sayang makin erat..hehhe..



NYANYIAN KALAM BEKAS KUMPULAN SUP MANTAP

in , by Nadia Johari, 02:34:00
hai assalammualaikum


Persembahan Artis Kalam Sup Di Kenduri Kawin


Teringat waktu pertama kali jumpa Kalam ni, masa pertama kali dating berjumpa dengan mr mafia. Korang nak tau, perjumpaan pertama kali di Midvalley, yang tegur nad, si Kalam ni la. Bukan mr mafia. Ingatkan Kalam ni mr mafia, tapi lepas tu dia tunjuk mr mafia sebenar..hahhaa..adoii suami kita waktu tu pemalu habis. Ada ke patut, dia yang nak jumpa kita, orang lain tegur..hhhaha..Dari pertemuan tula, kita terpinga-pinga juga, siapa dia ni. Lama-lama baru terfikir, oh dia ni ke penyanyi kumpulan SUP tu..ok..hahha..

Dia la saksi kitaorang bercinta sampaila kitaorang kawin. Tapi sayang masa kitaorang kawin dia tak datang..huhuhu..Lepas tu sampai ada anak. Kalam ni kerap datang rumah sebab kerja sama dengan mr mafia. Fariza pun dah biasa dengan uncle Kalam ni. Tapi ade mood dia, masih malu-malu gitu dengan uncle Kalam, kalau mood ok, dia bantai kacau uncle Kalam dia buat kerja. Kalam ni dah macam bapak angkat Fariza. Dari kecik sampaila budak ni besar.

AKTIVITI FARIZA DI KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 21:40:00
hai assalammualaikum

Kisah Fariza Nafisah Di Kampung

Dah lama tak bercerita pasal anak nad seorang ni. Semakin membesar dengan sihat. Fariza masih dekat kampung, minggu depan baru balik bandar..heehhe.Lama betul Fariza dekat sini. Bila dekat sini, macam-macamla aktiviti dia buat dekat kampung ni. Yela ada geng dia. Apa geng dia buat, dia pun ikut buat..yang peningnya mommy..fuhh..

Apa dia buat dekat kampung ni, tak dapat buat dekat bandar.. hahhaa..jadi lepaskan jela apa dia nak buat selagi elok untuk perkembangan otak dia.


Setiap petang memang selalu bawak dia keluar rumah. Lepas tu dia dah pandai dah, asyik nak keluar jalan-jalan je. Padahal masa tu baru pukul 3 petang, cuaca panas, menjerit nak.keluar, nasib baik dekat rumah mak ni ada beranda. Hah, bawak dia dekat situ, petang dalam pukul 5 petang baru keluar. Aktiviti dia buat, jalan-jalan sukati dia la..kawasan kampung luas kan. Kadang tengokla diaorang main badminton. Dia seronok kat sini sebab ada kawan ramai, sepupu-sepupu dia.



Ni lagi satu, suka kacau atuk dia. Ayah nad jual barang dapur basah dan kering. Jadi setiap petang ayah akan kemas barang-barang dia. Fariza pun mengacau jela. Sambil mulut dia membebel cakap apa ntah..hahaha..


Yang ni dia suka sangat, naik motor jalan-jalan pusing kampung. Dulu dia takut naik moto, dah dibiasakan, suka pulak, berani dah nak duduk bakul. Dengar je bunyi moto, terus keluar, jerit-jerit nak naik. Dekat bandar takda moto, daddy tak beli. Insyallah ada rezeki beli la nanti.



Ni pulak, memang pantang sekali. Bedak dan budak memang tak dapat dipisahkan. Geng dia la ngajor ni. Habis bedak neneknya. Nenek pun bising..hahahaan.alahaii anak..dekat bandar memang takda nya macam ni, semua mommy jaga..fuh. Kalau macam ni gayanya, memang barang makeup mommy, takka tunjuk dekat Fariza..mau mommy menangis kang..hahaha..

Fariza makin membesar. Masih susu badan. Alhamdulillah. Selera makan baik, kesihatan pun baik. Seronok tengok anak membesar depan mata. Dengan perangai berubah-ubah buat mommy penin..huhu. Nak tengok pelbagai gelagat fariza, bolehla tengok dekat youtube nad..


hai assalammualaikum

Sepupu Sepermainan, Azlinah Selamat Jadi Isteri Kepada Razif



Dari kecik sampaila ke besar, dari hingusan sampai cantik, dia je yang selalu berborak, bergosip, cerita itu ini..hahha..sebabnya rumahnya depan rumah mak ayah kite je..hehhe. Rumah orang kampung, memang selalu dekat-dekat kan. Lagipun masa kecik-kecik, nad di jaga dengan mak lina ni. Masa kita kawin pun dia banyak tolong kita, masa dia pulak kita turn kita tolong dia. Alhamdulillah, selamat dah jadi isteri orang. Akhirnya jumpa jodoh dia..hehehe.


Walaupun masa dah besar jarang jumpa, tapi lepas habis belajar, masing-masing menganggur, pastu ajak dia cari kerja sama-sama, akhirnya dapatla kitaorang berdua kerja sama. Sampai berhenti kerja pun sama..hahhaa. Nad berhenti sebab nak kawin, lina berhenti ada sebab dia. Macam tu la ceritanya.

Kita punya sepupu sepapat

Sekarang masing-masing dah jadi isteri orang, tak bolehla nad nak menyibuk lagi keluar dengan dia..hahhaa..sebelum ni dia single takpela, sekarang dah ada suami, kena heret suami sekali la.





Dulu Lina ni lain, sekarang dah cantik dah. Kalah kita oiii..Tema baju pengantin warna ungu, macam kain songket, cantik sangat. Kita nak ucapla, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia hingga ke jannah. Jadi iateri solehah, aemoga dapat anak secepat mungkin.hahhaa. Kot lepas dia pregnant, nad tetiba pregnnat kan..hahaha..cukup Fariza dua tahun lebih..hahaha.

Kemeriahan Majlis Perkahwinan Azlina dan Razif.


Video pengantin sepupu

Acara baling gula-gula.




Karaoke




Bila adik ipar dan artis dah lama tak beraksi, sekali mengeluarkan suara yang mantap..hahaha

Photobooth





Amboi anak buah aku seorang ni..next pulak kan. Habiskan belajar dulu..hahaha..

Selfie



Selamat pengantin baru kepada Azlinah dan Razif. Semoga perkahwinan diberkati. Semoga rumahtangga aman dan bahagia. Harap si suami jaga isteri baik-baik na. Semoga dapat anak cepat-cepat. Bolehla aku menyusul untuk tambah kedua..hahahaha..
hai assalammualaikum

Spray8 Membantu Menyembuhkan Masalah Kulit Dan Luka


Spray8 produk penjagaan luka yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka, mengurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru tanpa meninggalkan sisa pada kulit.

Ianya selamat digunakan kerana kandungan menggunakan bahan semulajadi dan tiada unsur- unsur alkohol atau steroid, tiada mengandungi bahan kimia, tiada rasa gatal ataupun pedih dan mempunyai formula penyerapan pantas, ianya adalah penyembuhan yang tidak menyakitkan dan berkesan mengikut kecederaan tubuh badan.

Bagusnya Spray8 ni, ia menggunakan bahan ekstrak kulit manggis sebagai ramuan utama untuk merawat jangkitan kulit dan luka. Ramuan lain seperti ekstrak daun neem yang melegakan kesakitan, anti-virus, anti-bakteria dan macam-macam lagi.

Spray8 untuk kegunaan luar sahaja:
- Merawat parut
- Luka
- Kesan terbakar / melecur
- Ruam-ruam
- Gatal-gatal
- Mengurangkan keradangan dengan cepat

Spray 8 boleh juga digunakan untuk masalah kulit yang korang hidapi seperti :
- Luka Diabetik
- Luka Varikos
- Alergi
- Ekzema
- kudis katil / sel mati
- Melecet
- Luka pembedahan/ bekas jahitan
- Calar
- Kulit rapuh

Kelebihan Spray8
- Membunuh Bakteria Berbahaya
- Mengeringkan Luka Tanpa Keretakan Kulit
- Menggalakkan Pertumbuhan Sel - Sel Baru
- Menggalakkan Pembinaan Kapilari Baru
- Pantas Mengurangkan Inflamasi dan Kegatalan (anti histamin)
- Menghalang Pembentukan Lepuh ( air panas)
Spray 8 sangat mudah digunakan pada bila - bila masa, memandangkan botolnya yang tidak begitu besar memudahkan kita membawanya ke mana-mana saja.

Cara penggunaan



Mudah dan senang. Tidak perlu digoncang hanya bersihkan luka terlebih dahulu, kemudian sembur/ spray Spray8 keatas kulit atau luka, pastikan kena pada semua permukaan luka. Kemudian biarkan ia meresap ke dalam kulit. Untuk kesan lebih cepat gunakan secara berterusan, 3 kali sehari dan alami perubahannya.

Spray8 Keluaran Furley Bioextract Sdn Bhd

Testimoni nad sendiri


Nad ni ada masalah kulit yang tak begitu serius sangat. Dia tak datang selalu, dan bila datang, dia akan tiba-tiba je gatal. Bila dah gatal, mestila nak garu je kan. Garu pulak tak berhenti. Bila dah menggaru, tanpa sedar, memang akan jadi luka dan melecet la tempat tu. Selalunya masalah kulit gatal nad alami dengan bahagian tengah kaki, ala bahagian tulang bonjol kaki tu, apa ntah orang panggil..hahaha. Bila ada luka ni memang lambat hilang la.

Selalunya nad akan guna ubat putih dalam bentuk bekas. Itu pun kalau rajin, nak membuka dan sapu ubat dekat luka. Yela kadang malas la nak sapu-sapu ni..huhuhu. Lagi satu, kadang pakai ubat tu pun tak berkesan, tetap gatal. Lepas tu, nad cubala guna satu produk ni, Spray8. Spray je dekat bahagian luka, gatal dah takda dan luka tu jadi kering. Best juga Spray8 ni..hahaha..kenapala baru jumpa produk ni.

Peringatan
Elakkan tersentuh pada mata. Untuk Kegunaan luaran sahaja. Jauhi daripada kanak-kanak. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan alahan.



Spray 8 ni juga telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM, Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Hah korang kena simpan satu dekat rumah..memang sangat bagus produk ni. Sesuai untuk seisi keluarga. Harga Spray8 murah je RM 50.00 (100ml) dan RM35.00 ( 50ml). Boleh dapatkan segera di https://store.furleybio.com/spray8 

Korang boleh dapat diskaun RM10 dengan menggunakan kod FBIO-FBV

Korang boleh layari:
Website: https://store.furleybio.com
Facebook: www.facebook.com/furleybio
Instagram: www.instagram.com/furleybio






hai assalammualaikum

Promosi Dominos, 2 Pizza Harga RM 30


Haritu, nad ada belanja keluarga Dominos. Sebab nad ada voucher Dominos, nak guna, jadi malam tu, cakap dengan mak tak payah masak. Voucher Dominos nad dapat untuk pizza regular, roti dan dua air tin. Jadi nad ada dua voucher, cuma dapat dua pizza Dominos set. Keluarga pulak besar, ramai, memang tak cukupla dua pizza je.


Jadinya, nad tambah la lagi dua pizza. Masa tu pilih satu-satu, tapi lepas tu orang kaunter tu cakap, apa kata beli pizza dengan harga promosi diaorang iaitu beli dua pizza Dominos dengan harga RM30, tapi ade extra bayaran ikut clasic, dan firat class pizza kita pilih. Ala kalau korang tengok menu, ade tulis situ tambah RM 1, 2..dengan berapa lupa la. Nad pun okla..sebab bagi nad dua pizza dengan harga RM30 dah kira murah.


Untuk voucher nad pilih Chicken BBQ, dengan Smoky Beef and Chick. Untuk promosi nad pilih pizza Classic chicken dan Prawn Sensation dengan saiz regular. Untuk harga promosi nad kena bayar RM36 sahaja untuk dua pizza. Murah kan. Ala sekali sekala untuk keluarga.

Malam tu bawak balik, habis diserbunya. Memang dah kelaparan sangat..hahaha. Empat pizza pun tak cukup oiii..haishh..kleuarga besar macam ni la..hehehe.
hai assalammualaiku

Baju Kurung Moden Zaman Mak Kawin


Orang perempuan zaman dulu, badannya ramping, kurus kan, kalah kita. Kira nad ni beruntungla, sebab kurus macam orang dulu. Tak perlu pakai korset..hahahha. Tengok baju mak ni, mesti ikut bentuk badan habis. Bagusnya baju zaman dulu ni, kalau dijaga elok, masih boleh dipakai sampai sekarang. Tahan lasak juga baju zaman mak kita ni..heheheh..



Ni salah satu baju mak nad, yang nad boleh pakai. Sebenarnya baju ni kakak nad yang korek dekat almari mak, tapi dia tak muat. Jadinya nad yang ambil baju ni dan pakai. Sebab nad je yang muat baju mak ni..hehhe. Dalam keluarga nad la paling kurus dan sama bentuk badan macam mak dulu..cewahh..



Cantik kan baju mak ni.  Baju kurung moden dibuat dari sulaman yang kemas. Corak bunga, semuanya warna kuning. Walaupun semuanya warna kuning, corak bunga tu masih nampak dan timbul, jadi takda nampak tenggelam pun. Corak beralun lagi. Orang dulu buat baju kemas sangat.

Baju ni ada lapisan dalam. Cuma bahagian lengan dia tak letak lapisan, jadinya kenala pakai handsock. Orang dulu kan seksi sikit. Sekarang tak boleh seksi..hahaha.

Baju kurung moden mak ni, dulu nad boleh pakai baju sahaja, kain tak boleh, sebab punggung ku besar sikit. Nampak sangat pinggul mak kita kurus weii. Tapi kali ni nad dapat pakai kain dia sekali..hahhaa.Kurus kot..jangan jeles. Cantik sangat bila dah pakai sepasang ni.



Baju ni dulu mak pakai masa kawin. Sekarang nad pakai pergi majlis..hehehe..masih cantik. Takde koyak pun sulamannya. Turn nad pulak jaga baju ni. Kena jaga untuk turunkan ke anak pula..hehehe..tu pun kalau anaknya kurus macam maknya..huhuhu.

TIADA LAGI PLASTIK BEG

in , by Nadia Johari, 01:25:00
hai assalammualaikum

Kempen Bebas Plastik dan Polisterina Di Selangor


Mak cakap, tadi ayah pergi beli barang, katanya sekarang, dah tak boleh pakai beg plastik. Kalau nak guna juga beg plastik, kena bayar RM0.20. Kalau sebelum ni, beg plastik tidak boleh pakai pada hari Sabtu sahaja, tapi bermula 1 Januari 2017, penggunaan beg plastik tidak boleh digunakan lagi.


Ni arahan yang telah dikeluarkan. Nak taknak kena ikutla kan. Tadi nad cakap dengan mak, " bawak jela beg sendiri, tak pun bakul mak oii "..Mak bising, " lah kalau sikit takpe, kalai beli banyak macam mana"..hahaha..paham-paham jela orang tua. Memang susah bila takda plastik.

Walaupun sememangnya apa yang dilakukan ni, adalah untuk kebaikan bumi kita. Kebaikan kita semua, tapi sebab plastik tu macam satu benda penting. Yela kadang lepas beli barang, simpan plastik, guna balik untuk bungkus sampah ke..kann..macam polisterin memang kita guna untuk makan lepas tu buang..senang..tapi takleh buat apela.

Ada terbaca, kalau beli barang basah macam ikan, daging, ayam atau sayuran masih boleh pakai plastik secara percuma. Yela barang-barang ni special sikit.




RESEPI TUMIS JANTUNG PISANG

in , by Nadia Johari, 11:26:00
hai assalammualaikum

Resepi Jantung Pisang


Dari haritu teringin sangat makan jantung pisang. Dah pesan dekat mak, pergi pasar jangan lupa beli jantung pisang, tapi mak pula asyik lupa je..Mak cakap, dekat kebun ada jantung pisang tu. Kena bawak galah sebab tinggi. Apa lagi nad pun pergi kebun, cuba ambik jantung pisang tu, sedihnya tak sampai. Sedarlah nad, bahawasanya kau ni pendek..sedihh..balik buat muka monyok. Semalam, tengok-tengok ayah bawak balik jantung pisang, ingat ayah beli, rupanya dia petik dekat kebun. Terima kasih ayah..sayang ayah lebih la..

Apa lagi, petang semalam cepat-cepat kupas kulit. Lepas tu rebus. Dah empuk tu, angkat potong besar-besar. Mak cakap " ko nak buat ape? "..nad cakap nak tumis. Tumis memnag sedap. Pastu mak cakap mak dah siapkan bahan-bahan tumis, siap blender.

Bahan tumis ni mudah je, cuma bawang merah 2 biji , bawang putih 2 ketul, ikan bilis sedikit, dan cili dalam dua batang. Tu bahan asas, yang mak dah blender. Bahan sampingan, belacan ler. Lepas tu bubuh garam dan gula. Gaul-gaul, bubuh air sikit dah siap.


Kuah dia jadi merah sebab cili tu diblender sekali, kalau tak diblender, dia warna putih. Hah, bismillah. Sedapnya..lepas dah rasa teringin tu. hehehe..Selamat mencuba dan menjamu selera.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2