hai assalammualaikum

" Cantiknya lipstik Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ni"..itulah kata pertama bila lipstik ni sampai di tangan. Kali pertama nampak lipstik yang unik dan cantik ni. Selalunya lipstik kita nampak, cuma warna sahaja, tapi kali ni, lipstik yang nad dapat berlainan sekali. Masa dapat lipstik ni, terus nad buka dan tengok. Amazing sangat weii!..macam tak percaya, ada bunga dalam lipstik. Macam mana dia masukkan bunga tu dalam lipstik ni, sampai nad perhati dalam-dalam, betul ke bunga..hahaha..Nad tak rabun lagi, betul ada bunga dalam gincu..hehee. Ni la keunikan lipstik yang dikeluarkan Cadeau Beauty.

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow


Ada banyak jenis lipstik Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ni kalau korang nak tau. Jenis-jenis bunga yang digunakan ialah
1) Chamomilla Recutita – Chamomile,
2) Hibiscus Sabdariffa – Roselle Hibiscus,
3) Calendula Officinalis – English Marigold/Calendula,
4) Rosa Damascena – Damask Rose,
5) Bellis Perennis – Common Daisy,
6) Magnolia Kobus – Kobushi Magnolia,
7) Lilium Tigrinum – Tiger Lily,
8) Lavandula Angustifolia – Lavender
9) Rosa Rugosa – Beach Rose




Tengok packaging dia pun dah lawa. Kotak warna putih, dengan lukisan bunga. walaupun simple, masih nampak cantik. Itu cuma kotak luar, bila buka je, nampak keemasan gincu tu. Fuh..memang nampak exclusive sangat lipstik ni. Lipstik nad dapat kod GL04 Viridiflora.


Nampak tulisan Limited Edition, yup!! produk ni sangat limited dan segala penjagaan untuk lipstik ni dijaga dengan rapi. Lagi satu, lipstik ni merupakan handmade atau produk buatan tangan dari Korea. lagilah bertambah wow!!!..patutla limited..kira nad ni orang bertuahla ye..hehee.


Tersangatla cantik lipstik Cadeau ni. Jernih macam jeli, rasa nak makan je..hehe. Bau dia dahla wangi. nampak je gincu ni jernih, tiada warna, tapi jangan tak caya bila disapu dekat bibir, terus bibir bertukar warna kepinkan. Macam gincu magik pulak kan..hehehe..Dekat lipstik ni juga ada taburan keemasan yang korang boleh nampak. Sebab tu bibir nad nampak shining gitu.


Bibir nad memang ada masalah hitam sedikit, nanti nak cari petua cara hilangkan bibir hitam tu..huhuhu. Tapi bila apply lipglow Cadeau Pure Flower Extract ni, tetap cantik.


Mula terfikir juga, kalau pakai gincu ni sampaila ke bunga tu..apa akan jadi ye..hehee. Tapi sayang nak apply hari-hari kan..dahla limited..cepat habis kang..haaha. Harga untuk satu gincu RM 95.00 tapi kalau korang beli sekotak harganya RM350.00 dengan dalamnya ada empat gincu. Korang mesti suka jugak kan bila tengok lipstik ni..Masa purchase tu jangan lupa guna CODE NADIA11..akan dapat free gift..cantik sangat weii..kalau korang nak boleh layari
website: https://www.cadeau-beauty.com/
Facebook : https://www.facebook.com/CadeauBeauty/
Instagram : https://www.instagram.com/cadeau_beauty/




SINGGAH SEBENTAR DI AEON SHAH ALAM

in , by Nadia Johari, 23:41:00
hai assalammualaikum

Haritu masa nak balik ke Kuala Lumpur, nad ajak mr mafia singgah ke Aeon Shah Alam. Ni pertama kali nad jejak Aeon Shah Alam. Nak tengok apa yang menarik dekat Aeon Shah Alam ni. Dah alang-alang kan, mr mafia pun ok je, sebab dia pun tak pernah datang sini. Jadinya sebelum balik Kuala Lumpur singgahla sebentar Aeon Shah Alam. Dekat je, di Seksyen 13 berdekatan dengan Tesco Extra.

Apa Yang Menarik Di Aeon Shah Alam

Masa masuk-masuk, macam biasalah, rupa dia macam shopping complex lain. Kedai pertama sekali nad nampak ialah kedai makeup. Boleh pulak ternampak kedai Sephora..hahaa. Dah la tengah kemaruk dengan barang makeup, Tengok dekat situ, macam-macam jenis makeup ada. Aduh, tergugat iman kita. Nafsu betul..tapi nasib baik boleh kawal, tak masuk kedai, terus jalan je..hahaha.

suka sangat nampak patung macam ni..mesti terus lari, sayang-sayang

kawan Fariza dri Jepun..hehe

Lepas tu jalan-jalan lagi, ada pulak perhiasan dekat Jepun. Ada pokok pink tu, ada patung. Bila tengok, oo kebanyakan dekat situ, restoran Jepun. Patutla ada perhiasan Jepun dekat sini. APa lagi Fariza bergambarla. Sambil layan gamabr, mr mafia pergi beli aiskrim dekat Kedai Jepun sebelah je.

Aiskrim Jepun, Vanila campur Teh Jepun

Kedai aiskrim Jepun

Tu kedai Jepun dia, tapi lupa apa ntah nama kedai tu. Aiskrim ni ada dua layer, perisa vanila dicampur dengan teh hijau jepun. Sedap jugala rasa dia. Dah aiskrim mestila sedap kan..hehee.

Fariza makan aiskrim

ummmpphh Sedapnyaa..

Tengok aje Fariza ni, makan aiskrim. Suka la dia. Lepas habis makan aiskrim, kitaorang jalan-jalan lagi dalam tu. Ada kedai kecantikan, perhiasan rumah. Pastu ada kedai Daison. Masukla apa lagi kan. Pantang nampak kedai Daiso. Ingat nak beli barang, tengok duit balik, alahai..takpela..lain kali beli..hahaa..Duit nak diguna untuk lain. Nad tak ambil gambar kedai-kedai, sebab sibuk layan karenah si kecik tu.

Suruh bergambar, dibuat ape la tu..

Lepas tu ada pulak art dekat dinding..hahaa..konon nak suruh Fariza macam jalan dekat situ, tapi ntah jadi apa gambar ni..hahaa.

Mainan kesukaan dia, terjerit-jerit bila nampak

Bila dia jumpa mainan dia, terjerit-jerit dah dia. Mana dia..mana..hehee..silalah cari..

Snow World

Bosan dah fariza layan mommy..hahaa

Lepas tu jalan lagi, nampak pulak tempat snow ni. Apa lagi bergamabr la dengan anak dara ni. Tapi dia sibuk nak jalan..haishh..Dapatla beberapa keping gambar.


Bila keluar dari tempat tu, korang tau, dia bolehnya nampak mainan. Dah tau dah dengan mainan. Yela, warna pun menarik perhatian. Masa tu kitaorang jalan dulu..hahaha..

Dekat dalam sini pun ade macam Food Court. Tapi nad tak ambil gambar, just ambil Fariza ni je, main dekat mainan yang ada dalam Food Court. Kat Food Court pun ada kedai macam-macam. Yang popular orang selalu pergi nad tengok, tu Ice Bucket. Nad teringin rasa gak, tapi takpe lain kali ada. Ada juga kedai makanan menarik lain dekat situ, boleh dicuba untuk hari lain. Harini kita sinngah sebentar, jalan-jalan cuci mata sahaja dulu..hehe. Decoration tempat makanan ni pun menarik.

Dah itu jela yang sempat diterjah. Lain kali akan datang Aeon Shah Alam semula.




SUKA BETUL DENGAN LAGU AIMAN TINO

in , by Nadia Johari, 10:00:00
hai assalammualaikum

Asal dengar lagu Aiman Tino, Ku Rela Dibenci, dekat televisyen, mesti dia akan berhenti buat sesuatu, lepas tu bangun mengadap tv, lepas tu joget, tak pun dia akan kaku sekejap..hahaa. Tu la perangai Fariza bila dengan lagu Aiman Tino. Suak betul dia dengan lagu Ku Rela Dibenci tu. Mana taknya dia suka, dah kadang-kadang, mommnya pasang lagu ni bila bosan..hahaa. Jadinya dia dah dapat tau lagu apa ni. Lagu lain yang menarik minat dia, lagu Projector Band dengan Caliph Busker, Hanya Namamu..memang dia akn berhenti dan fokus dekat lagu.

Suka Betul Dengan Lagu Aiman Tino



Hah ni la video dia bila dengar lagu Aiman Tino, Ku Rela Dibenci. Masa ni yang nyanyi lagu Aiman Tino Zarul Umbrella dalam Gegarvagnza.

ku ketawa kau menangis
engkau tertawa aku menangis
hanya dirimu oh sayangku

kesudahan tiada henti
hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti

sering kali aku diuji
air mataku terus mengalir membasahi didadaku
hanya ratapan didalam hati
moga tercipta kesudahan yang dinanti

ku inginku dibenci oleh mu
agar kenangan manis terus terpadam selamanya

menghitung menunggu mati
agar kau jumpa yang dinanti
semoga pemergianku ini terbaik untukmu

tak sanggup ku dibohongi
ku rela dijemput ilahi
kerna dia ku sanggup pergi
hanya disana kekal dan abadi

ku inginku dibenci olehmu
agar kenangan manis terus terpadam
selamanya

menghitung menunggu mati
agar kau jumpa yang dinanti
semoga pemergianku ini terbaik untukmu

tak sanggup ku dibohongi
ku rela dijemput ilahi
kerna dia ku sanggup pergi
hanya disana kekal dan abadi
hanya disana kekal dan abadi
hai assalammualaikum

Tahniah dan Syabas nad ucapkan kepada Les' Copaque Production kerana menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube untuk pencapaian jumlah subscriber seramai 1 Juta (Gold) dan 100, 000 (Silver) di YouTube Channel Les' Copaque !

Les' Copaque Production baru saja menerima Gold & Silver Play Button dari YouTube


Syarikat Les' Copaque Production dikejutkan dengan kiriman "Gold Play Button" dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les' Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya "Most Subscribed YouTube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017.

YouTube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform Youtube.
hai assalammualaikum

Macam baru haritu sambut 2017,baru je masuk tahun baru, tup-tup dah nak masuk bulan 2. Bulan dua, bulan mereka yang berbangsa cina nak sambut Tahun Baru Cina. Benda paling best bila sambut ni ialah dapat angpow..hehee..Harapla tahun ni, tahun bertuah nad. Nak join giveaway yang dianjurkan Lyssa Faizureen ni bersama Nile.com.my. Murah hati betul Nile nak bagi angpow. Sekarang tengah ada Chinese New Year Megasales. Cepat-cepatla tengok website Nile.com.my.

Chinese New year Megasales

Nile.com.my yang merupakan website online shopping untuk baju muslimah, pakaian, kasut, beg, buku, barang-barang gym, barang dapur dan banyak lagi, akan mengadakan giveaway semasa Tahun Baru Cina

 Ni la 5 items yang nad ank sangat daripada "Chinese New Year Megasales Items" yang daripada nile.com.my



 Product: Handbag
CNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 350 units only


 Product: Woman bag
CNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only


 Product: Cardigan
CNY2017 Sales price: RM24.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 96 units only


Product: Haniya Blouse
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 169 units only


Product: Haniya Blouse
CNY2017 Sales price: RM23.90
Date: 24/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 150 units only

Harap-harap bertuahla nad..hehe
hai assalammualaikum

Bukan mudah menjadi ibu yang bekerja, pada waktu yang sama perlu mengepam susu untuk anak mereka. Selalu nad baca status kawan, benda paling strunggle diaorang nak buat ialah pam susu. Nad walaupun tak pernah pam susu, sebab tak bekerja, tapi bila baca kawan punya, nampak kesusahan di situ. Kena pam waktu bekerja, dekat tempat yang kurang sesuai untuk mengepam. Disebabkan nak bagi yang terbaik untuk anak, kadang tetap kena pam walaupun di tempat kerja. Oleh itu, pihak Anmum memahami keperluan ibu bekerja yang masih menyusukan anak. Jadi mereka telah melancarkan bilik pertama penyusuan di pejabat. Bagus kan. Kalau ada di setiap pejabat,memang mudah para ibu bekerja nak mengepam susu mereka tanpa segan. Pam dengan aman je.

Anmun Melancarkan Bili Penyusuan Pertama Di Pejabat

ANMUN LACTA MELANCAR BILIK PENYUSUAN PERTAMA DI PEJABAT
The Anmum™ Lacta Lactation Room (A safe, private and relaxing environment that provide the needs for lactating mothers at work) 

Anmum Lacta ™ melancarkan bilik penyusuan pertama yang serba lengkap di Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) - sebagai sebahagian daripada kempen MummyTime seluruh negara bertujuan meringankan peralihan untuk ibu-ibu akan kembali bekerja selepas bersalin. TalentCorp adalah yang pertama daripada enam syarikat di Klang yang akan dilengkapi dengan bilik penyusuan Anmum Lacta ™, dengan lima syarikat lain untuk mengikut jejak dalam tahun ini.

Lactation Room

Semuanya lengkap 

Ada Breast pad dispenser

Inisiatif ini datang setelah  Anmum Lacta ™  membuat survey kepada para ibu yang telah dijalankan ke atas lebih 360 ibu Malaysia bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai cara untuk membantu mereka peralihan lebih baik kembali bekerja selepas berpantang. Menurut penemuan, hanya 1 dalam 4 ibu kini mempunyai kemudahan bilik penyusuan disediakan di tempat kerja mereka. Terlalu sedikit kan..ermm..nampaknya kena juga buat survey ke atas bos untuk bagitau betapa pentingnya bilik khas untuk ibu mngepan susu.

Mudahnya ibu nak mengepam susu

Lactation Room

Objektif kempen MummyTime adalah untuk memberi sokongan fizikal dan pemakanan yang diperlukan tiap-tiap ibu menyusu perlu melalui tempat perlindungan supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka sebagai seorang ibu dalam ruang yang menyenangkan, selesa dan santai.

Pengurus Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah berkata kempen Anmum Lacta ™ MummyTime membantu ibu dalam menyokong sepanjang perjalanan ibu dengan memastikan mereka lebih bersedia untuk berunding tuntutan bercanggah antara kerja dan rumah.

Ms Irene Cheah, Marketing Manager of Fonterra Brands Malaysia explains details of the Anmum™ Lacta MummyTime Campaign

"Sebagai seorang ibu bekerja diri saya sendiri, bukan mudah bagi saya untuk datang kembali bekerja selepas cuti bersalin. Walaupun saya adalah salah seorang yang bertuah mempunyai kemudahan dan sokongan yang diberikan kepada saya,  saya mendapati dalam kajian kami ,keputusan menunjukkan banyak ibu-ibu yang tidak mempunyai kemudahan ini di pejabat. Melalui usaha perintis ini, kami berharap untuk menggalakkan lebih banyak syarikat di Malaysia untuk melanjutkan faedah yang sama kepada kakitangan wanita mereka dalam usaha untuk mengekalkan mereka dalam tenaga kerja, "kata Ms Cheah.

"Terima kasih kepada sokongan yang besar dan kepakaran TalentCorp, kita dapat mengenal pasti lima syarikat dalam industri yang berbeza di mana pengekalan dan peningkatan penyertaan tenaga kerja wanita adalah yang paling penting. Kami akan menyokong syarikat-syarikat ini untuk membina bilik penyusuan yang lengkap sebagai fasa seterusnya dalam kempen kami, supaya ibu-ibu lebih bekerja boleh mendapat manfaat daripada kemudahan itu, "katanya.

Puan Shareen Shariza Dato’ Abdul Ghani, CEO of TalentCorp shares the roles of TalentCorp in the Anmum™ Lacta MummyTime Campaign. 

"Kami gembira untuk menyokong usaha Anmum Lacta ™ untuk membantu peralihan ibu kembali ke tempat kerja selepas bersalin. Ia sejajar dengan usaha kami untuk menarik dan mengekalkan wanita dalam tenaga kerja dengan menggalakkan majikan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra ibu bapa dan  supaya wanita boleh mempunyai keseimbangan yang lebih baik antara tanggungjawab kerja dan keluarga mereka. Kami gembira bahawa Anmum Lacta ™ telah menyertai kami dalam mengambil langkah ini penting ke arah memacu usaha-usaha ini, "kata Shareen Shariza Dato 'Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp.

Bilik-bilik The Anmum Lacta ™ Laktasi direka dengan teliti untuk memberikan ibu-ibu dengan persekitaran yang selamat, selesa dan santai yang kondusif untuk pengeluaran susu ibu yang optimum. Setiap kemudahan juga dilengkapi dengan panduan pemakanan dan membaca bahan-bahan untuk menyokong ibu-ibu melalui banyak perubahan dan cabaran keibuan itu.

Puan Shareen Shariza Dato’ Abdul Ghani, CEO of TalentCorp unveils the first fully-equipped Anmum™ Lacta Lactation Room at TalentCorp Malaysia office. Witnessed by Mr Jose Miguel Porraz, MD of Fonterra Brands Malaysia and Ms. Irene Cheah, Marketing Manager of Fonterra Brands Malaysia.

Sepanjang tempoh menyusu mereka, seorang ibu menyusu memerlukan lebih banyak tenaga dan nutrien untuk memulihkan kedai selepas bersalin dia. Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan pemakanan, semua ibu-ibu menyusu di syarikat-syarikat ini lima, masing-masing akan menerima 'Welcome Back' Tool Kit termasuk pek Anmum Lacta ™ untuk kegunaan peribadi mereka. Selain itu, setiap ibu juga akan dapat membeli Anmum Lacta ™ pada kadar diskaun dari www.angelland.my. Dengan ini berkata penjagaan dan sokongan, ibu-ibu boleh lebih bersedia untuk menguruskan tanggungjawab mereka di rumah dan di tempat kerja.

Berbekalkan pengetahuan bahawa terdapat banyak ibu-ibu yang menghadapi masalah tidak mempunyai bilik penyusuan yang betul di tempat kerja mereka, Anmum Lacta ™ kini menjemput lebih banyak syarikat dan ibu yang bekerja untuk bekerjasama dan perhimpunan untuk kemudahan kepada diwujudkan di pejabat mereka.

Ms Irene Cheah, Marketing Manager of Fonterra Brands Malaysia and (R) Mr Jose Miguel Porraz, Managing Director of Fonterra Brands Malaysia officially handing over the first fully-equipped Anmum™ Lacta Lactation Room to Puan Shareen Shariza Dato’ Abdul Ghani, CEO of TalentCorp. 

Sebagai fasa seterusnya dalam Kempen MummyTime itu, Anmum Lacta ™ menyediakan bekalan 12 bulan Anmum Lacta ™ kepada 50 syarikat pertama yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan yang menulis ke dalam consumerservice@fonterra.com atau hubungi 1800-88-3122 dengan mereka permintaan.

Di samping itu, syarikat-syarikat juga akan menyediakan panduan untuk menubuhkan bilik penyusuan mereka sendiri dengan Anmum Lacta ™, berdasarkan pengalaman mereka sepanjang kempen ini.

"Melalui Kempen MummyTime, kami sangat berharap bahawa dengan usaha kita digabungkan bersama-sama dengan sokongan semua ibu-ibu bekerja, kita dapat melihat perubahan positif dalam sokongan yang diberikan oleh majikan kepada ibu yang bekerja dalam pekerjaan mereka. Oleh syarikat-syarikat membantu menubuhkan kemudahan yang sesuai serta menyediakan lain-lain bentuk sokongan, ibu-ibu boleh mempunyai peralihan yang lebih mudah kembali ke dalam tenaga kerja, "kata Ms Cheah.

Harapnya lepas ni semua company ada buat bilik khas untuk penyususan ibu yang bekerja.

ANAK BUAH SERBA BOLEH

in , by Nadia Johari, 15:04:00
hai assalammualaikum

Bila anak buah semakin membesar, bolehla mintak tolong itu ini. Lagi-lagi anak buah perempuan, dapatla tolong kita buat banyak perkara. Macam anak buah nad ni, perempuan tingkatan dua, memang kalau nad balik rumah mak, dia jela nad cari mintak tolong..hahaa. Biasalah, anak buah serba boleh. Bukan je pandai masak, malah pandai menggunting rambut..hahaaa. Memang anak buah serba boleh sangat.

Anak Buah Serba Boleh


Ni la dia anak buah serba boleh yang nad cakap kan tu. Nad panggil dia dengan nama Hiera. Ni anak sulung kakak. sekarang dia tingkatan dua. Dia la yang bawak motor, lepas tu kemalangan. Hah cerita ada dekat SINI. Kalau apa-apa nak mintak tolong, panggil je dia, tapi bila masanya jangan lupa bagi upah..hahaa..tapi jangan cakap depan dia, nanti dia buat kerja tak ikhlas..hehee. Macam nad, akan bagi upah, bila nad dah nak balik bandar.

Ikutla nak bagi berapa. Ala mintak tolong bukan banyak, cuma kadang suruh masak meggi, suruh jaga Fariza, suruh kemas rumah nenek, suruh ambil gambar, ajak teman pergi kedai dan satu lagi kebolehan dia, pandai gunting rambut...hahaha. Jimat duit, tak perlu pergi kedai rambut. Kadang-kadang mintak suruh urut..hahaa..tangan besar, sedapla bila ngurut orang..hehee.


Pembersih budak ni. Asal budak-budak main, mesti nak kene kemas..tapi kalau datang rajin dia. Kalau datang malas dia, dia biorkan je. Nad la tukang kemas pulak. Tu kalau nad ada dekat kampung, kalau dah balik bandar, tak tau siapa yang kemas..kihkihkih



Tengok je gaya dia, lagi lawa dari makciknya oiii..Memang betul orang cakap, budak sekarang pandai melawa. Kalau dulu nad, pakai bedak je. Korang tengok dia, siap kening tu dah pandai lukis..hampeh betul. Bila nad suruh lukis, dia cakap tak reti..huh..Gaya pun nak melawa je..Baju tu, baju mak dia punya. Ada juga rupanya pesen baju macam nad pakai ni..hahaa. Nad pakai mak nad punya, dia pakai mak dia punya. Memang ngam betul dekat badan dia ni.

Tak sabar nak tunggu anak buah lelaki pulak membesar, Pandai bawak kereta. Boleh pusing-pusing..hahahaa.

APAKAH CIRI HARD DISK TERBAIK?

in , , by Nadia Johari, 10:01:00
hai assalammualaikum

Memory Card telefon penuh, laptop pulak lambat loading. Mana taknya, penuh dengan gambar dan video. Sebagai seorang blogger, seorang yang suka selfie, nad memang suka ambil gambar, ambil video sebagai kenangan. Lagi sekarang dah ada anak, lagi suka ambil gambar dia je. Yela kenangan dari dia kecik sampaila dia besar. Memang penuhla gambar dia je. Jadi, sebelum terjadi apa-apa tidak diingini seperti telefon hang, atau ada kena virus, kita pindahkan semua gambar dan video ke Hard Disk. Jalan selamat untuk backup semua benda. Sebelum tu, mestilah nak tau ciri-ciri Hard Disk yang macam mana kan??

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik??


Hard Disk satu benda penting yang semua orang perlu ada. Setiap hari, pasti akan ada je gamabr, atau video atau dokumen yang kita akan buat dan perlu disimpan.Hard Disk sangat berguna sekali untuk tujuan menyimpan fail-fail atau data-data, sama ada dalam bentuk dokumen, gambar ataupun video yang ada dalam simpanan kita.Lagi bagus untuk mereka yang suka tengok cerita, bolehlah download dah masukkan dalam hard disk ni. Kalau nak beli, bukan beli sesuka hati je kena tengok ciri-ciri dia dahulu..ni antara ciri Hard Disk terbaik..

1) Harga Yang Berpatutan
Pertama sekali mestilah nad tengok harga. Yela kadang bajet lari kalau kita beli yang mahal dengan kelebihan yang ada pada hard disk tu tak berbaloi dengan harga. Inilah sebabnya kita perlu lakukan perbandingan harga. Pastikan harga yang dibayar itu adalah setanding dan setimpal dengan kualiti barangan yang kita beli. Nad dah tengok satu Hard Disk ni dekat Lazada, memang menarik..harag pun ok.

2) Mempunyai kapasiti storan yang besar
Pertama kali nak beli Hard Disk mestilah tengok kapasiti storan dia kan. Macam nad walaupun guna phone sahaja, tapi kalau dah ambil beribu gambar, mestilah memerlukan ruang yang besar. Kadangkala ada juga menggunakan kamera DSLR. Kadang gambar yang tak berapa cantik pun nampak cantik sebab kenangan..hehee..sayang nak pandai oii..Sebagai contoh, 500GB mampu menyimpan 100 ribu gambar 6MP, 125 MP3 128kbps.Inikan pulak 1TB. 1TB adalah bersamaan dengan 1,000 GB. Kalau 2TB korang kiralah sendiri. Fuh..ni semua benda korang boleh transfer dalam hard disk..

3) Proses Pemindahan Data Laju
Benda ni la kita kene tengok juga. Proses pemindahan file sangat laju dan tidak lambat. Sangat menjimatkan masa dan tenaga kita. Ni kang kalau tunggu berjam, habis masa je. Kalau nak tengok kelajuan, boleh cek dekat USB kabel. kalau ada 3.0, hah tu bermakna sangat laju semasa proses pemindahan data.

4) Hard Disk Yang Tahan Lasak,


Nak beli sesuatu barangg, mesti nak yang tahan lasak dan selamat. Kalau boleh barang tu nak dipakai lama. Taknakla baru beberapa bulan pakai, dah rosak sana sini. Lagi bagus Hard disk yang mempunyai perlindungan daripada air dan habuk. Yela, kadang tempat kita berhabuk, atau banjir ke, mana kita tau, mestilah nak barang kita selamat. sama juga la kita pilih telefon, kalau boleh yang mampu masuk ke dalam air. Benda paling gerun bila terjatuh menghempap lantai..fuh..Pernah nad punya terjatuh, hard disk jadi macam krek sikit, jadinya kena la pilih yang selamat walaupun terjatuh atau terkena kejutan yang teruk, dan kemalangan.


Teknologi terkini iaitu Teknologi sensor G-Shock bagi membantu melindungi data. Terknologi G-shock ni ia akan berhenti secara automatik sekiranya berlaku satu kejutan untuk data corruption, dan menyambungkan semula kerja sekali kejutan telah reda. Ia menggunakan cahaya petunjuk warna berkod negeri bagi setiap operasi yang berbeza untuk penghantaran maklumat yang mesra pengguna supaya anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku.

5) Mudah Di bawa Kemana sahaja
Kalau yang suka travel, atau selalu jalan sana sini, mestilah nak bawak benda yang ringan dan kecil, serta mudah dibawa ke mana sahaja. Hard disk ni pun salah satu benda penting untuk dibawa ke mana sahaja. Yela kot-kot tengah ambil gambar, penuh pulak, gamabr sebelum ni lupa nak transfer atau padam, hah masa ni lah hard Disk jadi penyelamat..kann..tadelah kelam kabut apa nak buat.

6) Rupa bentuk Yang Menawan


Kadang rupa bentuk pun nad tengok..hehe..biasalah perempuan suka yang comel-comel, yang unik. Konon nak lain dari yang lain..huhuhu..Bila tengok rupa, tengok juga pada kekemasan. Yela, selalu kita dapat wayar kabel lain dan selalunya nad akan belit-belit la USB cabel dia. Kalau ada USB yang memang terletak elok dekat Har Disk kan kemas supaya kabel tak rosak atau berserabut.

7) Warranty
Ini sangat penting. Kalau boleh nak membeli sesuatu barang tu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan gadget, sebolehnya pastikan mempunyai waranty atau jaminan sekurang-kurangnya 2 tahun.


Semua ciri-ciri ni ada dekat Hard Disk ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/Shockproof IP68 Ruggedized External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR yang nad suka ni. Ada macam-macam hard disk Adata. Kalau nak, korang boleh klik link nama produk tu. Beli jela sekali


Boleh dapatkannya di Lazada ok..
hai assalammualaikum

Dah bertahun rasanya tak pergi pusat karaoke. Bila ada kawan ajak pergi karaoke, pergh bukan main laju kita cakap " nak "..hahaha..Gian nak pegang mikrofon, gian nak menyumbangkan suara ni, walaupun tak sedap, ada nad kisah..hahaa. Pulak tu, pusat karaoke yang dicadangkan berdekatan dengan rumah dekat kampung. Mana lagi, kalau bukan Pusat Karaoke Terbaik Di K Song Family KTV Klang Parade. 

Alang-alang waktu tu dekat Klang, kita join la sekali nak berkaraoke kan. Pusat Karaoke ni berada di tingkat 5, tingkat paling atas berdekatan dengan wayang GSC Cinema.
hai assalammualaikum

Masa lahir, memang Fariza ni rambut nipis je, tak berapa nak lebat. Dalam keluarga belah nad, nad tengok pun, semua anak buah nad pun jenis rambut nipis, tak lebat. Belah mr mafia pun sama, nipis je. Kita pun fikirla, mungkin sebab keturunan. Punya puas masa ngandungkan dia, tengok.baby rambut lebat..hahaha..yang kenannya pipi pulak, tembam..haahha..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2