PEMILIHAN BAJU UNTUK IBU MENYUSU

in , by Nadia Johari, 23:17:00
hai assalammualaikum

Pemilihan Baju Untuk Ibu Menyusu

Sejak ada anak ni, pemilihan baju amat nad titiberatkan.Kalau dekat rumah, memang tak kisahla pakai baju apa pun, tapi aklau tengah berjalan keluar, mestilah agak sukar nak menyusukan Fariza. Jadinya baju nad pakai, perlulah selesa, longgar dan mudah untuk menyusukan Fariza. Sebaik bergelar ibu, fesyen dan penampilan berubah sama sekali. Tapi takdela berubah kepada yang selekeh, berubah kepada ibu yang vogue..hehe..Ibu yang bergaya. Fesyen yang sesuai untuk memudahkan proses menyusukan anak

Baju ni longgar dan labuh.

1) Bila beli baju,mesti pilih baju yang longgar. Yela, kadang nad susukan fariza dengan tarik baju dari bawah. Bila kita tarik dari bawah, bahagian belakang badan takkan nampak, dan boleh tutup kepala anak sekali..hehee. Cuba bayangkan akalu pakai baju ketat, azabnya nak bagi susukan anak..kann..

Baju ni berzip di bahagian depan

Baju jubah ni berbutang

2) Lebih mudah lagi nak menyusukan anak dengan memakai baju yang berbutang atau berzip di hadapan. Bila time Fariza nak menyusu, bolehlah buka butang atau zip tersebut bila-bila masa. Bila dah selesai, boleh membutangkannya atau menzipkan kembali.Tapi kalau pakai baju macam ni, nad akan pastikan, shawl atau tudung nad pakai, menutup dada. Takdelah masa buka tu, ternampak kita punya kan..

Cardigan dari milkwithlove

3) Memakai cardigan atau pun jaket untuk menutup bahagian-bahagian yang terbuka itu.Cara yang paling mudah dan senang untuk menyusukan anak kecil anda ialah untuk menyelak baju anda tetapi jika anda berbuat demikian, bahagian perut, belakang dan tepi tubuh anda akan terdedah.Yela kadang kita nak pakai baju tshirt, jadi, mestilah pakai dengan cardigan. cardigan atau jaket penyelamat kita semasa menyusukan anak. Ni salah satu cardigan yang jenis breasfeeding. Ada butang untuk tutup semasa susukan anak.

4) Kadang nad pakai baju yang bercorak. Yela, bila dengan anak ni, macam-macamla dia buat sampai boleh jadi kotor baju kita.Baju bercorak boleh menjadi penyelamat. Ia boleh ‘menutup’ kotoran itu. Dengan menggayakan baju bercorak, mata yang melihat anda tidak akan perasan kepada kotoran tersebut dan membuat kesan kotoran itu kurang jelas.

Macam tu la nad sekarang kalau nak pilih baju.


hai assalammualaikum

Wah, syok cuti nampak korang Chinese New Year ni. Ada pergi bercuti, ada pergi balik kampung. Ada juga yang duduk rumah je, macam nad..hehee. Tapi tu tak membosankan nad pun, sebab aktiviti nad dekat rumah, main dengan Fariza dan memasak untuk keluarga. Dengan memasak la kita boleh eratkan hubungan kasih sayang antara keluarga..kann..Macam tu jugak la bagi masyarakat Cina yang menyambut Chinese New Year. Kemeriahan menyambut raya diraikan dengan makan bersama keluarga dengan pelbagai juadah. Makan besar adalah aktiviti  yang paling penting ketika sambutan Perayaan Tahun Baru Cina. Semua ahli keluarga tak kira dekat atau jauh akan datang berkumpul untuk makan besar bersama-sama.

TNB Chinese New Year 2017


Cerita bab perayaan Chinese New Year ni, korang dah tengok belum webfilm daripada TNB sempena Sambutan Chinese New Year 2017 kali ni. Kalau belum, korang boleh klik dekat video yang nad post tu. Tengok tau..hehe..Siap berkungfu lagi..

Memang banyak maksud tersirat yang nak disampaikan dalam webfilm ni. Video mengenai aktiviti dilakukan semasa perjumpaan makan malam. Seperti nad kata tadi, makan malam merupakan aktiviti penting bagi mereka. Masa ni la mereka dapat berkumpul satu keluarga. Tahun baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan hubungan keluarga. Masa ni la mereka dapat berborak, bercerita, dan bergelak ketawa.

Bila korang lihat video tu, bukan main berusaha mereka membuat makanan yang sedap untuk menggembirakan hati orang yang disayangi. Sebenarnya bukan juadah yang paling penting, tapi ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting. Masa ni la, kita dapat menghabiskan masa yang panjang bersama keluarga, duduk di sebelah meja makan malam perjumpaan, dan makan bersama-sama. Tidak kira juadah apa yang disediakan.

Pertemuan dalam keluarga boleh menjadi sedikit tertekan terutama apabila personaliti atau karakter setiap ahli keluarga amat berbeza. Namun, perbezaan ni perlu diraikan dengan pelbagai cara bukannya diketepikan. Setiap hidangan Tahun Baru Cina datang dalam pelbagai bentuk, warna dan rasa, ia adalah perbezaan  yang memberikan majlis itu rasa yang unik, begitu juga dengan sikap yang berbeza boleh menjadikan suasana lebih meriah.

Dengan pelbagai sikap yang ada pada keluarga ni, apabila kita bekerja bersama, mampu memberikan suasana yang meriah ketika perjumpaan makan malam. Seperti peribahasa " bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Walaupun macam-macam ragam dalam keluarga, kalau selalu saling bantu-membantu, pasti mendapat hasil yang terbaik. Tidak ada yang lebih penting daripada keluarga. Kebahagiaan tercipta apabila kita semau bersatu hati dan mera antara satu sama lain.

Table Of Harmony

Hah!!..banyakkan maksud tersirat yang nak disampaikan dalam webfilm TNB Chinese New Year tu. Hah!!..sekarang masa untuk korang turut serta main Table Of Harmony ni. Table Of Harmony ni nak tau korang punya hidangan perayaan mewakili apa tahun ini? Macam nak tau personaliti korangla.. Jomla sertai.saja nak seronok-seronok..hehee..mudah je..

1. Log masuk ke https://betterbrighter.my/tableofharmony .


2. Klik di " Unveil Mystery Dishes ", kemudian " Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table ".


3. Pilih jawapan korang. A, B, C atau D.


4. Klik " Unveil Your Dish".


5. Akhir sekali " Share Result " atau " Post as GIF ". siapp..hehee..ni la nad punya unveil misteri dish tu " Treasure Party Pot" bawa maksud " anda adalah harta untuk rakan-rakan anda terima kasih kepada kemahiran perancangan parti dan acara yang hebat anda"..hahaa.. Hebat sangatla nad ni erk..korang cuba juga yee,.boleh kongsi korang punya misteri hidangan tu.

Untuk keterangan lanjut sila ke :
Website :http://www.tnb.com.my/
Website Mystery Dishhttps://betterbrighter.my/tableofharmony .
Facebookhttps://www.facebook.com/TNBCareline
Instagram : https://www.instagram.com/tenaga_nasional/






MANFAAT BUAT AKTIVITI BERLARI

in , by Nadia Johari, 02:58:00
hai assalammualaikum

Sebut pasal berlari, mesti korang fikir penat, otot sakit, buang masa. Kalau korang nak tau, berlari merupakan salah satu aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Aktiviti berlari seeloknya dilakukan pada waktu pagi, tapi kalau tak sempat tu, balik dari kerja, boleh juga buat. Sebelum kerja tu, lepas bangun, boleh berlari sekejap. Dengan berlari sahaja, korang akan dapat banyak manfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh.
hai assalammualaikum

Sebelum ni, tak pernah pun ambil tahu dan tak pernah dengar pun berkenaan penyakit ekzema dan psoriasis. Biasalah, tak pernah terjadi dekat diri, keluarga dan anak buah. Bila ada anak ni, barula nak tau penyakit ni semua. Sebab, semuanya dengar dari kaum ibu dan bapa di perbualan whatsup. Alhamdulillah, anak nad, Fariza tidak mengalami penyakit ekzema atau psoriasis ni, tapi tu tak bermakna, nad tak perlu ambil tahu berkenaan penyakit ni. Masa ni la kena cari info sedalamnya tentang penyakit ini, punca dan cara merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis pada bayi ni.
hai assalammualaikum

Haritu, sehari nad dengan Fariza temankan mr mafia uruskan dia punya kerja. Urusan dari pagi sampai la ke petang. Bila dah petang, terasa lapar pulak. Masa tu ingat nak makan dekat-dekat kawasan rumah je, tapi mr mafia ada hal pulak dekat Ukay Perdana, Dia cadangkan, makan satu kedai tomyam ni, sedap dekat Ukay Perdana. Nad ikut je, asalkan makan..hahaa. Perut kalau dah lapar, dah tak kisah kedai mana nak pergi.

Mek Tanjung Seafood Ukay Perdana

Restoran Mek Tanjung Seafood

Selesai urusan mr mafia, terus pergi kedai tomyam tu. Kalau bab order makanan, memang nad suruh mr mafia pilih je makanan apa je. Tapi dia tanya juga dengan nad, nak ni tak, nak tu tak. Nak ok je. Masa ni nad tak terfikir pulak tempat ni ada kerabu mangga. Mr mafia yang pesan kerabu mangga tu. Nad pun dah lama tak makan kerabu mangga. Teringat mangga muda, ranggup, masam tu..fuh..meleleh air liur..hehehe.

Makanan yang di order

Inila yang kitaorang order makanan tu. Tangan orang tu dah tak menyabar. Lapar sangat..hahaha.

Tomyam Seafood

Daging goreng

Telur Bistik

Yang paling penting mestilah Tomyam, sebab datang kedai tomyam kan. Mr mafia pilih Tomyam Campur, Daging goreng, Telur Bistik dan Kerabu Mangga.

Minuman

Air pulak, nad pilih Carrot Susu, mr mafi pulak air apa ntah tu. Lupa nak tanya dia..haha. sibuk dengan anak. Fariza bagi air suam je.

Kerabu Mangga Terbaik Di Mek Tanjung Seafood Ukay Perdana

Kerabu Mangga

Inilah dia Kerabu Mangga tu..nyum..nyumm..Nampak tak mangga hijau tu, fuh..meleleh tak air liur korang..hehee. Masa dia hidangkan memang ranggup mangga ni. Krup..krup bunyinya. Ada kacang panjang, ada ikan bilis, lepas tu dia ada letak macam kacang. Memang sedapla bila makan kan. Makan macam tu pun layan juga, apa lagi makan dengan nasi.

Kerabu ni tak habis, jadi nad bungkus. Balik tu, nad letak kerabu mangga ni dekat pinggan dan simpan dalam peti ais. Esoknya keluarkan, masih ranggup dan sedap lagi..aumm...memang bestla kerabu mangga dekat sini. Boleh datang lagi semata nak kerabu mangga..hehee,

hai assalammualaikum

Baca Buku Perpustakaan Negara Secara Online


Nad dapat info ni daripada group whatsup saudara. Korang yang suka baca buku, hah ni ada berita gembira. Kalau korang nak tau Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan satu site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan http://www.pnm.elib.com.my/ Hah, dekat sini macam-macam jenis kategori buku ada, dari buku General, Islamic, Motivasi dan macam-macam lagi. Hah mudah kan,



Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu register butiran maklumat diri dalam portal yg diberikan. Setelah selesai register terus log in pada portal tersebut.

Selesai daftar, korang boleh la klik buku yang korang minat. Caranya, klik pada butang "borrow".

Mudah kan. Portal ini boleh di akses melalui data telefon, internet rumah atau hotspot wifi..Hah lepas ni tak perlu pergi perpustakaan selalu, boleh akses je dekat internet. Baca sambil santai dekat rumah. Kalau mereka yang ulat buku tu, mesti lagi suka. Bolehla baca 24 jam..hah..Takde dah pinjam bawak balik, pastu hilang ke ape..mana tau kan..huhuhu..Sekarang semua mudah.

BUAT PAGAR UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 12:10:00
hai assalammualaikum

Fariza ni jenis suka ikut je mommynya pergi mana, kalau ke dapur, dapur la dia, kalau pergi bilik mandi, bilik mandila dia cari. Haishh..macam tak senang je nak buat kerja. Kalau siapa yang berkawan dengan nad dekat facebook dengan baca blog, mesti koranga da baca cerita ekstrem yang Fariza buat. Hah bagi yang tak tau apa perkara ekstrem Fariza buat, korang boleh tekan link INI. Silalah baca ye.

Disebabkan perkara ekstrem tu la, nad terpaksa pasang pagar untuk Fariza. Pagar jimat je, sebab nak beli pagar yang betul rupa pagar duit nak guna lain. Takpela, pagar macam ni pun ok...jimatt!!..asalkan pagar.

Buat Pagar Untuk Fariza

Pagar dari kayu yang ada dekat rumah je..jimat

Ni la pagar dia..pagar ni dibuat daripada kayu yang ada lebihan dekat rumah ni. Jadi, dari terbiar baik kita gunakan untuk buat pagar. Nampak je buruk, nanti kita decorate jadi lawa la kan..buh wallpaper ke..hehehe..kann..Pagar pun nak decorate kau..haruslaa...hehehe..Pagar ni dibuat jenis boleh buka, dengan tarik ke atas. Jadi, kalau taknak guna bolehla buka.

Pagar ni dibuat untuk keselamatan Fariza. Dan sememangnya di buat supaya tak ikut kemana sahaja mommynya pergi..Bila ada pagar ni, senang sikitla kerja mommy. Walaupun di tetap nangis juga, melalak macam kena dera..nak buat macam mana..terpaksa kan..kadang sedih juga dengar dia nangis..huhuhu..Hati kena kental, ajar dia sikit.. Selalu orang pasang dekat tangga, tapi nad pasang antara dapur dan ruang tamu.

Sampai bekas baju kotor dia tu selalu jadi mangsa..hahaa..Asal marah, dia terbalikkan bekas baju kotor tu..haishh..

Nampak tak..kaki dia tu..berusaha juga 

Suatu hari tu, bila nad tengah masak, Fariza punya nangis, lain macam..Nad tengokla. Sekali, hah kau, berusaha gak nak lepas pagar tu, sampai masukkan kaki tu ha..nampak tak tu..Ya ampun anak!!!..terkejut mommy ni haa..cepat-cepat ambil..haishh..ganas betul Fariza ni.

Tapi lepas tu dia dah tak buat dah. Dia dah tau tak boleh nak lepas pagar ni..hahaha. Sabar ye sayang, tunggu awak dah besar, kita buka pagar ni. Sekarang awak tengah ekstrem..hehee..Selamat sikit bila ada pagar ni.
hai assalammualaikum

" Cantiknya lipstik Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ni"..itulah kata pertama bila lipstik ni sampai di tangan. Kali pertama nampak lipstik yang unik dan cantik ni. Selalunya lipstik kita nampak, cuma warna sahaja, tapi kali ni, lipstik yang nad dapat berlainan sekali. Masa dapat lipstik ni, terus nad buka dan tengok. Amazing sangat weii!..macam tak percaya, ada bunga dalam lipstik. Macam mana dia masukkan bunga tu dalam lipstik ni, sampai nad perhati dalam-dalam, betul ke bunga..hahaha..Nad tak rabun lagi, betul ada bunga dalam gincu..hehee. Ni la keunikan lipstik yang dikeluarkan Cadeau Beauty.

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow


Ada banyak jenis lipstik Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ni kalau korang nak tau. Jenis-jenis bunga yang digunakan ialah
1) Chamomilla Recutita – Chamomile,
2) Hibiscus Sabdariffa – Roselle Hibiscus,
3) Calendula Officinalis – English Marigold/Calendula,
4) Rosa Damascena – Damask Rose,
5) Bellis Perennis – Common Daisy,
6) Magnolia Kobus – Kobushi Magnolia,
7) Lilium Tigrinum – Tiger Lily,
8) Lavandula Angustifolia – Lavender
9) Rosa Rugosa – Beach Rose




Tengok packaging dia pun dah lawa. Kotak warna putih, dengan lukisan bunga. walaupun simple, masih nampak cantik. Itu cuma kotak luar, bila buka je, nampak keemasan gincu tu. Fuh..memang nampak exclusive sangat lipstik ni. Lipstik nad dapat kod GL04 Viridiflora.


Nampak tulisan Limited Edition, yup!! produk ni sangat limited dan segala penjagaan untuk lipstik ni dijaga dengan rapi. Lagi satu, lipstik ni merupakan handmade atau produk buatan tangan dari Korea. lagilah bertambah wow!!!..patutla limited..kira nad ni orang bertuahla ye..hehee.


Tersangatla cantik lipstik Cadeau ni. Jernih macam jeli, rasa nak makan je..hehe. Bau dia dahla wangi. nampak je gincu ni jernih, tiada warna, tapi jangan tak caya bila disapu dekat bibir, terus bibir bertukar warna kepinkan. Macam gincu magik pulak kan..hehehe..Dekat lipstik ni juga ada taburan keemasan yang korang boleh nampak. Sebab tu bibir nad nampak shining gitu.


Bibir nad memang ada masalah hitam sedikit, nanti nak cari petua cara hilangkan bibir hitam tu..huhuhu. Tapi bila apply lipglow Cadeau Pure Flower Extract ni, tetap cantik.


Mula terfikir juga, kalau pakai gincu ni sampaila ke bunga tu..apa akan jadi ye..hehee. Tapi sayang nak apply hari-hari kan..dahla limited..cepat habis kang..haaha. Harga untuk satu gincu RM 95.00 tapi kalau korang beli sekotak harganya RM350.00 dengan dalamnya ada empat gincu. Korang mesti suka jugak kan bila tengok lipstik ni..Masa purchase tu jangan lupa guna CODE NADIA11..akan dapat free gift..cantik sangat weii..kalau korang nak boleh layari
website: https://www.cadeau-beauty.com/
Facebook : https://www.facebook.com/CadeauBeauty/
Instagram : https://www.instagram.com/cadeau_beauty/




SINGGAH SEBENTAR DI AEON SHAH ALAM

in , by Nadia Johari, 23:41:00
hai assalammualaikum

Haritu masa nak balik ke Kuala Lumpur, nad ajak mr mafia singgah ke Aeon Shah Alam. Ni pertama kali nad jejak Aeon Shah Alam. Nak tengok apa yang menarik dekat Aeon Shah Alam ni. Dah alang-alang kan, mr mafia pun ok je, sebab dia pun tak pernah datang sini. Jadinya sebelum balik Kuala Lumpur singgahla sebentar Aeon Shah Alam. Dekat je, di Seksyen 13 berdekatan dengan Tesco Extra.

Apa Yang Menarik Di Aeon Shah Alam

Masa masuk-masuk, macam biasalah, rupa dia macam shopping complex lain. Kedai pertama sekali nad nampak ialah kedai makeup. Boleh pulak ternampak kedai Sephora..hahaa. Dah la tengah kemaruk dengan barang makeup, Tengok dekat situ, macam-macam jenis makeup ada. Aduh, tergugat iman kita. Nafsu betul..tapi nasib baik boleh kawal, tak masuk kedai, terus jalan je..hahaha.

suka sangat nampak patung macam ni..mesti terus lari, sayang-sayang

kawan Fariza dri Jepun..hehe

Lepas tu jalan-jalan lagi, ada pulak perhiasan dekat Jepun. Ada pokok pink tu, ada patung. Bila tengok, oo kebanyakan dekat situ, restoran Jepun. Patutla ada perhiasan Jepun dekat sini. APa lagi Fariza bergambarla. Sambil layan gamabr, mr mafia pergi beli aiskrim dekat Kedai Jepun sebelah je.

Aiskrim Jepun, Vanila campur Teh Jepun

Kedai aiskrim Jepun

Tu kedai Jepun dia, tapi lupa apa ntah nama kedai tu. Aiskrim ni ada dua layer, perisa vanila dicampur dengan teh hijau jepun. Sedap jugala rasa dia. Dah aiskrim mestila sedap kan..hehee.

Fariza makan aiskrim

ummmpphh Sedapnyaa..

Tengok aje Fariza ni, makan aiskrim. Suka la dia. Lepas habis makan aiskrim, kitaorang jalan-jalan lagi dalam tu. Ada kedai kecantikan, perhiasan rumah. Pastu ada kedai Daison. Masukla apa lagi kan. Pantang nampak kedai Daiso. Ingat nak beli barang, tengok duit balik, alahai..takpela..lain kali beli..hahaa..Duit nak diguna untuk lain. Nad tak ambil gambar kedai-kedai, sebab sibuk layan karenah si kecik tu.

Suruh bergambar, dibuat ape la tu..

Lepas tu ada pulak art dekat dinding..hahaa..konon nak suruh Fariza macam jalan dekat situ, tapi ntah jadi apa gambar ni..hahaa.

Mainan kesukaan dia, terjerit-jerit bila nampak

Bila dia jumpa mainan dia, terjerit-jerit dah dia. Mana dia..mana..hehee..silalah cari..

Snow World

Bosan dah fariza layan mommy..hahaa

Lepas tu jalan lagi, nampak pulak tempat snow ni. Apa lagi bergamabr la dengan anak dara ni. Tapi dia sibuk nak jalan..haishh..Dapatla beberapa keping gambar.


Bila keluar dari tempat tu, korang tau, dia bolehnya nampak mainan. Dah tau dah dengan mainan. Yela, warna pun menarik perhatian. Masa tu kitaorang jalan dulu..hahaha..

Dekat dalam sini pun ade macam Food Court. Tapi nad tak ambil gambar, just ambil Fariza ni je, main dekat mainan yang ada dalam Food Court. Kat Food Court pun ada kedai macam-macam. Yang popular orang selalu pergi nad tengok, tu Ice Bucket. Nad teringin rasa gak, tapi takpe lain kali ada. Ada juga kedai makanan menarik lain dekat situ, boleh dicuba untuk hari lain. Harini kita sinngah sebentar, jalan-jalan cuci mata sahaja dulu..hehe. Decoration tempat makanan ni pun menarik.

Dah itu jela yang sempat diterjah. Lain kali akan datang Aeon Shah Alam semula.




SUKA BETUL DENGAN LAGU AIMAN TINO

in , by Nadia Johari, 10:00:00
hai assalammualaikum

Asal dengar lagu Aiman Tino, Ku Rela Dibenci, dekat televisyen, mesti dia akan berhenti buat sesuatu, lepas tu bangun mengadap tv, lepas tu joget, tak pun dia akan kaku sekejap..hahaa. Tu la perangai Fariza bila dengan lagu Aiman Tino. Suak betul dia dengan lagu Ku Rela Dibenci tu. Mana taknya dia suka, dah kadang-kadang, mommnya pasang lagu ni bila bosan..hahaa. Jadinya dia dah dapat tau lagu apa ni. Lagu lain yang menarik minat dia, lagu Projector Band dengan Caliph Busker, Hanya Namamu..memang dia akn berhenti dan fokus dekat lagu.

Suka Betul Dengan Lagu Aiman Tino



Hah ni la video dia bila dengar lagu Aiman Tino, Ku Rela Dibenci. Masa ni yang nyanyi lagu Aiman Tino Zarul Umbrella dalam Gegarvagnza.

ku ketawa kau menangis
engkau tertawa aku menangis
hanya dirimu oh sayangku

kesudahan tiada henti
hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti

sering kali aku diuji
air mataku terus mengalir membasahi didadaku
hanya ratapan didalam hati
moga tercipta kesudahan yang dinanti

ku inginku dibenci oleh mu
agar kenangan manis terus terpadam selamanya

menghitung menunggu mati
agar kau jumpa yang dinanti
semoga pemergianku ini terbaik untukmu

tak sanggup ku dibohongi
ku rela dijemput ilahi
kerna dia ku sanggup pergi
hanya disana kekal dan abadi

ku inginku dibenci olehmu
agar kenangan manis terus terpadam
selamanya

menghitung menunggu mati
agar kau jumpa yang dinanti
semoga pemergianku ini terbaik untukmu

tak sanggup ku dibohongi
ku rela dijemput ilahi
kerna dia ku sanggup pergi
hanya disana kekal dan abadi
hanya disana kekal dan abadi
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2