KEMBAR BUDAK CINA PELAKON KUNGFU

in , by Nadia Johari, 03:20:00
hai assalammualaikum

Bila dia dapat cermin mata dia, mesti dia akan mula bergaya. Sekali sekala je nak bergaya, bukan selalu pakai cermin mata ni. Kalau pergi bercuti ke, pergi mana-mana ke, baru pakai. Ni la namanya Gaya, Mutu dan Keunggulan..hahahhaa. Ni beli pun untuk suka-suka je. saje nak gayakan anak.

Cermin mata pun dah sampai ke hidung

Kembar Budak Cina Pelakon Kungfu

Bila dia pakai, dan kita cakap " wah cantiknya, cantiknya "..mulalah dia kembang dan jalan sini sana. Macam paham je ape kita cakap. Eeee..mommy jugak yang geram. Masa dia pakai spek mata, nad terus teringat dekat seorang pelakon budak cina dalam cerita kungfu tu. Banyak jugak budak tu berlakon. Semua cerita dia best-best. Sebab dia berlakon memang buat orang terhibur. Dahla pemalas, kuat makan, nangis. Hati kering giler bila kena marah ke, kene ketuk kepala ke..hahaha.

Kok Siu Man

Ni la dia pelakon tu..hehe. Kalau korang ingat lagi,banyak cerita budak gemuk ni berlakon dengan partner dia yang pandai berkungfu. Budak gemuk ni namanya Kok siu Man..Haa,yang kurus  tu nama dia Sik Siu Lung. Gabungan dua budak ni memang mantaplah kiranya zaman cerita kungfu budak kecik ni dulu.

Pandai lastik ke tu...

Disuruh senyum..macam tu jela rupa dia..

Hah ni kembar dia sekarang..hahhaa. Tengokla tu..lagaknya la..ish lempang kang..hahaha. Hari-hari kena gomol dengan mommy. Ada je buat perangai yang buat mommy gembira, geram, nak marah..semuala..Memang menguji kesabaran. Kene marah pun buat tak tau je. Tapi, nasibla dia jenis mendengar kata..haishh...

Dari kecik, dari pipi tembam, sekarang dah besar, dah jalan, dah berlari,.Semua kenangan ni nad simpan..Suka tengok balik waktu dia baby..hehee. Punyalah penat berjaga, sekarang alhamdulillah, penat memnag ada, nak buat macam mana. Takkan lepaskan pengalaman ni semua.

KALAU FARIZA MINAT PHOTOGRAPHER

in , by Nadia Johari, 02:16:00
hai assalammualaikum

Tiap kali nampak kamera daddynya, mesti dia nak tekan sana sini. Dia akan perhati apa daddy buat. nanti mula la menyibuk nak join sekali. Bila nad perhati, dia memang tak suka ambil gamabr dengan kamera, tapi dia lebih suka diambil gambar dengan kamera dslr siap lampu. Mungkin sebab lampu tu cahayanya terang, dia akan pandang ke kamera dan senyum.

Kalau Fariza Minat Photographer

Nad tak kisah kalau dia minat dekat photographer. Sekurang-kurangnya, daddy dia ada pembantu, tak pun pengganti daddynya. Barang kamera pun dah ada, takyah susah-susah beli. Kalau dia minat dalam bidang photographer, nad pun boleh tumpang sekaki..hahaa. Yela bolehla tolong ambilkan mommynya gambar dengan product review..hahaha.

Mommy Get ready ye

Tengok je lagak dia, dah macam photographer. Fuh..mommy sukarela jadi model Fariza..hahaa.

1,2,3 ..say cheeseee

Kalau dia minat, harap-harap lepas ni suruh ambil gambar dia on je. "Fariza, tolong ambil gambar mommy".." ok mommy, boleh saje "..jangan dia malas sudah. "Fariza, tolong ambil gamabr mommy".." Mommy ni asyik gamabr je, penat Fariza "..zzzzzzzz...meletop mommy..hahaa.

Kalau dia suka ambil gamabr,bolehla ajak pergi event. Tolong mommy ambil gamabr..bestnya la kan..hahaha. Berangan dulu takpe..kihkihkih..
hai assalammualaikum

Selalu bercerita pasal baju nursing je kan, hah!!, ni nak cerita salah satu pakaian khas untuk ibu menyusu yang wajib korang ada, iaitu bra nursing atau nursing bra. Sebelum ni, nad tak tau pun nursing bra ni penting, sampaila nad rasa kan sendiri bila ada anak ni, baru tau payahnya bila pakai bra biasa. Jadi, kesimpulannya, sila masukkan dalam list senarai barang yang wajib dibeli untuk ibu mengandung.

Sassy Nursing Bra dati Theshapee

Lepas kejadian yang menyeksakan tu, nad ada beli nursing bra jenis murah je. Memang mudahkan nad nak menyusukan Fariza, tapi ada benda yang membuatkan nad tak selesa. Punyalah usha nursing bra yang best dan murah, susah nak jumpa. Sampaila nad diperkenalkan dengan brand Shapee ni.

Laman web Theshapee

The Shapee adalah sebuah laman web online shopping yang menjual produk dalam kategori maternity dan shapewear seperti Nursing Bra, Shaping Tights, Waist Shaper, Long Arm Shaper dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok sendiri laman web dia www.theshapee.com

Sassy Nursing Bra Beri Keselesaan Ketika Penyusuan

Kalau sebelum ni, nad beli nursing bra memang jenis kain yang tak berapa selesa, yela murah kan, tapi untuk brand Shapee ni, memang best sangat. Dekat Theshapee ni ada dua jenis nursing bra, iaitu Sassy Nursing Bra dan Seamless Nursing Bra. Pilihan nad ialah Sassy Nursing Bra.

Kain selesa, dan bergetah

Ngam-ngam dekat badan kita

Sassy Nursing Bra ni jenis bergetah seakan-akan jenis sport bra. Hah!!, memang betul-betul selesa. Bila pakai tu, dia betul-betul ngam dekat badan kita. Takdela longgar sana sini. Ia diperbuat daripada material nylon dan spendex. Kalau cuaca panas pun selesa je pakai. Sebab dia serap peluh. Tali tu pulak, boleh dibuat silang, ikut keselesaan korang la kan.

Kelebihan Sassy Nursing Bra


Banyak lagi kelebihan Sassy Nursing Bra ni antaranya:
- 3D seamless design (non-wired)
- 360° comfortable support
- Improved non-slip straps for maximum support
- Innovation nursing clip design for convenience + flexibility
- Greater adjustability for versatile
- Removable bra pad for easy replacement
- Full cup design to fit comfortably
- Made by breathable material (nylon and spandex)
- Free extender hook

Sassy Nursing Bra ni banyak saiz, hah korang pilih la mana korang saiz ape.
- S :32B/32C/32D/32E/34B/34C/34D/34E
- M :36B/36C/36D/36E/38B/38C/38D/38E
- L : 40B/40C/40D/40E/42B/42C/42D/42E
- XL:44B/44C/44D/44E/46B/46C/46D/46E

Klip memudahkan penyusuan

Extra cangkuk.

Kalau nak menyusukan baby, mudah je, buka je klip tu, tak perlu tarik bra tu sekali. Cangkuk pulak dia bagi extra kau. Suka giler.

Bra Pad, boleh ditanggal

Menariknya bra Sassy ni, dia ada bra pad. Pad tu boleh dicabut kalau korang tak selesa guna. Tapi bagi nad, takde bra pad, lagi tak selesa..huhuhu..Paham-paham jela, susu bila banyak, kang melimpah keluar habis basah bra. Tak sukanya. Bila ada bra pad ni mudahla, dia serap air tu. Bgaus betul kualiti Sassy Nursing Bra ni dari Theshapee.

Pink Sassy Nursing Bra

Black Sassy Nursing Bra

Sassy Nursing bra ni ada dua jenis warna sahaja setakat ni iaitu warna hitam dan pink. Nad ambil keduanya sebab dah selesa kan..Kita beli untuk memudahkan kita, harga pun mampu milik. Cuma RM55 je oii..Takde la mahal mana. Kualiti pun bagus. Selesa semestinya.

Korang yang dah jadi ibu-ibu, bakal ibu, atau belum pun boleh je pakai bra dari Theshapee ni. 100% nad jamin memang selesa sangat. Nad ni rasa nak tambah lagi bra nursing ni dari Theshapee. Tak menyesal kalau beli. Kalau berminat korang boleh beli secara online. Boleh layari;
Website: http://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeemy
Instagram: https://www.instagram.com/ShapeeMY/
Youtube: https://www.youtube.com/c/Theshapee
Email: info@theshapee.com
Contact No.: 07-554 7488
hai assalammualaikum

Bila tengok satu iklan di tv, seorang budak asalnya tanya dekat mak dia satu soalan, tapi mak sibuk, lepas tu dibaginya gadget, lama-kelamaan anak dengan gadget 24 jam tanpa henti. Tengok iklan tu memang menakutkan, sebab anak obses dengan gadget. Gadget ni tak salah pun, sebab kadang-kadang gadget ni ada beri positifnya. Tapi, bukan 24 jam kita biarkan anak dengan gadget. mestilah ada masa bersama dengan anak. Kita sebagai ibu bapa yang berperanan kawal anak dengan gadget.

Telefon dia tu, tapi jarang buka..


Kawal Anak Bermain Gadget

Macam nad sendiri, memang dah terapkan dalam hati, taknak bagi dia main gadget sangat. Walaupun kita sibuk, perlu ke nak pandang gadget 24 jam. Sejak ada anak ni, nad memang jarang 24 jam dengan telefon, berbanding sebelum ada anak. Sebab taknak anak terpengaruh dengan tingkah laku kita. Kadang-kadang , ada juga nad bagi dia tengok telefon, sebab nad ada kerja, tapi bukan selalu. Kadang, nad tak bagi langsung telefon masa buat kerja, nad biarkan jela dia nangis. Dia ada mainan dia, jadi bagi je mainan dia yang sebakul tu.

Bila dia marah, dia akan campak mainan dia,..hahaa. Takpela, asalkan bukan telefon dicarinya. Memang nad jarang la tunjukkan Fariza telefon. Dan sampai sekarang, dia tak berapa suka tengok telefon sangat kalau nad bagi. Mula-mula memang ok, sebab dapat layan lagu didi and friends dia, nanti tak sampai setengah jam pun, dia akan campak telefon tu. Boring bagi dia.

Kalau nad main telefon pun, dia bukan jenis main ambil je telefon nad..takk!!..Dia buat hal dia la, melainkan dia terdengar nad buka video kanak-kanak, video kartun atau benda kelakar yang buat nad gelak, dia akan join tengok sekali. Tapi sekejap je. Kalau nad tutup telefon, takda pulak dia menjerit suruh buka telefon.

Sekarang usia dia setahun 3 bulan, mungkin tak berapa paham lagi apa itu gadget, dan tak perlu lagi. Sebab waktu ni dia lebih suka bermain, berlari, berkawan. Mommynya la jadi mangsa. Kat kampung seronokla dia, ramai kawan. Tapi, kita tak tau bila dah besar, yela nampak kawan bergadget, mungkin dia mempunyai keinginan. Dah ada aka fikiran kan.

Tapi, kita sebagai ibu bapa, boleh kawal juga walaupun dia dah besar. Macam mr mafia cerita, kawan dia, anak paling besar dah sekolah menengah kot, tapi ayah dia kawal penggunaan gadget. Setiap hari Ahad sahaja main telefon. nampak gitu..lagi tegas ayah tu cakap, kalau nak gadget, beli sendiri. belajar pandai-pandai dulu. Alhamdulillah anak dia mendengar kata. Semua ni hasil didikan mak ayah kan.

Mungkin kalau Fariza dah besar, memang dah ada gadget, tapi pada masa sama, perlu meluangkan masa bersama...


hai assalammualaikum

Baju Menyusu / Nursing Wear Friendly

Kalau bab pemilihan baju, mestilah nad pilih jenis nursing friendly. Paham-paham jela, sejak jadi mommy, anak pulak masih menyusu badan. Jadinya kena pilih baju yang memudahkan untuk nad menyusukan anak tanpa segan silu. Kalau sebelum ni nad pilih baju yang ada zip, butang kan, tapi baju menyusu kali ni, tiada zip mahupun butang. Baju menyusu yang nad nak share dengan korang ni ialah dari Butik Feedmilk. Semua cantik-cantik baju dia, dan paling best baju dia TRENDY sangattt.


Pelancaran Butik Feedmilk Di Shah Alam 

Ni kali pertama nad datang ke Butik Feedmilk di Shah Alam. Ada kawan jemput nad, datang ke Butik Feedmilk ni. Terima kasih Feedmilk dan sahabat jemput nad datang ke sini. Butik feedmilk ni terletak di seksyen 16 Alam avenue 2 Tingkat 1. Waze je Feedmilk, nanti jumpa.

Butik Feedmilk Di Tingkat 1 Seksyen 16 alam Aveneu 2

Majlis Pelancaran Pembukaan Butik feedmilk

Sebenarnya pada 4 Februari, pada waktu pagi ada majlis Pelancaran Butik Feedmilk Di Shah Alam. Tapi nad tak sempat menyaksikan pelancaran tu, sebab ada hal belah pagi, jadinya nad pergi waktu petang. Butik Feedmilk membuat opening sales pada 4 dan 5 Februari secara besar-besaran dengan harga baju RM1 untuk 100 orang pertama dan pelbagai diskaun khas untuk baju yang ada dekat Feedmilk.

Koleksi Baju Menyusu Di Butik Feedmilk Cantik Dan Trendy

Masuk je kedai tu dekat tingkat 1, wow, putih je semua. Banyak betul koleksi baju yang ditunjukkan. Pelancaran ni dibuat sebab Butik Feedmilk buat perubahan butik dia. Besarkan sedikit butik dia.

Masuk dalam kedai dah nampak perkataan Feedmilk dekat kaunter bayaran

Masih ada lagi mak-mak datang. suami pun support

Pilih jangan tak pilih

Masa nad datang dalam pukul 3 petang, masih ada lagi mak-mak yang datang ke kedai ni. Diaorang taknak lepaskan peluang untuk beli baju yang Feedmilk ni. Lagi best, ada yang datang dengan suami. Memang support habis para suami, bila isteri nak beli baju menyusu ni. Macam mr mafia juga la, hehee..

Budak ni nak belon

Pekerja Feedmilk memang peramah.

Lantai sejuk..guling kejap

Anak nad siap berguling-guling hah. Siap jumpa kawan baru.

Feedmilk adalah satu jenama baru ,yang akan dikendalikan oleh Puan Anys dan pasangannya , Encik Syafiq .Mereka membuka butik Feedmilk kerana melihat ramai wanita dan para ibu yang menyusukan bayi mempunyai masalah besar dalam pemilihan pakaian yang sesuai , cantik, up to date serta didatangkan dalam pelbagai saiz.

Koleksi Baju Menyusu di Butik Feedmilk

Koleksi Baju Menyusu di Butik Feedmilk

Rekaan baju Feedmilk menjamin kepuasan hati para pengguna kerana pemilihan fabrik yang selesa, khusus dijahit untuk di sesuaikan dengan bentuk badan yang berubah selepas bersalin. Disamping memberi keyakinan kepada para ibu modern yang mementingkan style, penampilan agar terus menyusu anak. Apa yang nad nampak, kebanyakan baju di Feedmilk tidak menggunakan sebarang zip pada baju, jenis selak je. Hastag pun #Selamberselak..hehee. Tapi bukannya selamber je kau selak macam tu, maksudnya, kain jenis selak. Nad suka selak-selak ni, mudah je.


Video Butik Feedmilk

Pilihan Nad..jeng..jeng..jeng

Bila tengah membelek baju Feedmilk, ternampak pulak satu baju Tshirt ni. Cantik sangat. Pekerja dekat situ cakap, ni baju baru sampai "new arrival"..woww gitu. Tunjukla dekat suami. Suami pun berkenan, dan dia sokong nad beli baju nursing ni. sebab mudah untuk nad susukan Fariza walaupun dekat luar. Jadinya, nad suruh dia pilih salah satu warna, dan dia pilih warna creamy roses. Tengok design Bettybon ni cantik sangat, siap ada ribbon, cute je. baju pun tak mudah kedut.

Tada..cantik tak..

 Tengok design Bettybon ni cantik sangat, siap ada ribbon, cute je. baju pun tak mudah kedut.

Tengok nad pakai, cantik tak..hehee. Apa lagi grabla cepat. Mesti ada satu dalam almari ok. Kita dah beli dah..hehe. Bila tengok dekat Instagram, majlis selama dua hari tu mendapat sambutan hangat. Fuh, popular rupanya Feedmilk ni. Korang kalau terpengaruh tengok baju nad beli ni, korang boleh beli baju Feedmilk secara online atau terus pergi ke kedai dia di Shah Alam. Ada diskaun diaorang akan buat. Sila-silalah terjah facebook dan instagram diaoorang ye.

Revolusi Warna Cinta bersama Butik Feedmilk
Credit ; Kstudio Arts

Info Feedmilk:
Butik Feedmilk
H50-1, Jalan Serai Wangi M/16/M, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam Selangor.
Contact : 03-5524 1515
website; www.feedmilk.com
Facebook: https://www.facebook.com/feedmilk
Instagram; https://www.instagram.com/feedmilk

#selamberselak #pakarbajumenyusu #blousemenyusu #bajumenyusu #jubahmenyusu
hai assalammualaikum

Servis Cuci Tangki Air Dan Pindah Alih Barang

Dekat rumah bandar ni, masih lagi guna tangkki air warna hitam tu. Dah lama nad suruh mr mafia bersihkan tangki air tu, sebab kadang nampak macam ada Cik T lalu dekat tiang rumah, tak taula dia masuk ke tangki ke tak. Nad tak berapa pasti tangki air dekat rumah ni basuh ke tak masa ada arwah mommy ( mak mertua ). Memang berbuih juga suruh mr mafia bersihkan, yela tangki kan, semua dalam tu kita tak pasti apa yang ada. Air pulak mengalir dari situ.
hai assalammualaikum

Barang Kemas Dan Wanita 

Baru-baru ni, nad pergi ke suatu majlis barang kemas di Hotel Istana Kuala Lumpur. Semua barang kemas yang dipamerkan , dilengkapi dengan permata Swarovski. Tak berkelip mata nad bila tengok. dari jauh dah nampak bersinarnya permata Swarovski Zirconia ni.

Swarovski Zirconia..menawan hati sungguh

Cincin dan batu Zirconia..berkilau betul mata ni tengok

Mata perempuan ni, kalau bab benda berkilau memang suka sangat dan boleh buat orang terpukau. Apatah lagi kalau dapat memakainya. Tidak sah apabila seseorang wanita tidak menyukai barang kemas atau perhiasan. Pendek kata, tidak lengkap penampilan kita sebagai perempuan, jika tidak diserikan dengan sebentuk cincin, seutas rantai mahupun sepasang subang. Tak kira la emas atau silver.

Majlis Tandatangan Perjanjian Penjenaam Bersama C88 Premier Jewelry dan Swarovski Gemstone


Sesi Tandatangan Perjanjian Antara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd brand C88 Premier dengan Swarovski Gemstone di Hotel Istana

Pada 25 January, telah berlangsungnya Majlis Tandatangan Perjanjian Penjenamaan Bersama Antara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd brand C88 Premier dengan Swarovski Gemstone di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis telah dihadiri oleh beberapa tetamu VIP, beberapa owner kedai emas, media dan blogger.

HWL Jewellery Trading Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1985 yang pada masa itu namanya ialah Hup Wee Lee Jewellry Trading Company telah berkecimpung dalam industri barang kemas sejak 30 tahun yang lalu dan memiliki 600 cawangan kedai emas di seluruh Malaysia. Membawa jenama CAP88, yang ditukar kepada C88 pada tahun 2009.

Aktiviti-aktiviti  Utama HWL Jewellery Trading Sdn Bhd:
- Membeli bahan-bahan mentah, merekabentuk, membuat and mengedar barang-barang kemas, kedua-dua emas and perak.
- C88 (brand asal) mempunyai sebanyak 600 pelanggan (kedai emas) di seluruh Malaysia.
- C88 Premier (brand baru yang akan kerjasama dengan Swarovski), akan melantik 60 kedai yang paling cemerlang di seluruh Malaysia untuk menjadi pengedar yang sah-nya.

Ciri-ciri Istimewa C88 Premier:


Keistimewaan C88 Premier


Satu pencapaian telah dibuat pada tahun 2016 iaitu kerjasama penjenamaan bersama Swarovski, kerjasama ini memberi keyakinan tulen yang mana sebuah syarikat international seperti Swarovski berada dalam product HWL Jewellery Trading Sdn Bhd. melalui kerjasama ini, product yang berkualiti lebih tinggi akan disediakan untuk pasaran Malaysia.

Mr Low Soon Tian, Pengarah HWL Jewellery Trading Sdn Bhd memeterai Perjanjian dengan CEO Zirconia

Tahun 2017 kali ni, menandakan satu kejayaan yang besar bagi HWL mereka masuk ke dalam kerjasama penjenamaan bersama dengan Swarovski Batu Permata, sebuah syarikat antarabangsa menghasilkan batu permata daripada standard tertinggi.

Terpukau Dengan Kilauan Permata Swarovski Zirconia

Nad memang suka barang kemas yang jenis banyak batu ni. Nampak lebih woww gitu kalau pakai. Melihat sendiri barang kemas dari Swarovski Zirconia yang dipamerkan di depan mata membuatkan diri ini terpukau dengan setiap kilauan permata Swarovski Zirconia. 


Batu Swarovski yang halus

Bentuknya yang halus, takut juga bila pegangnya, takut hilang..kita juga disalahnya kang..hhehe..Permata Swarovski dibuat khas dari Austrian pada tahun 1895. Sebab tu, Swarovski Zirconia ni sangat unik kerana bentuk pemotongan yang dibuat amat sempurna, teliti, kemas dan kilauan daripada batu tersebut membuatkan ia kelihatan mewah dan elegan. 

cantik kan..dahla warna biru

Swarovski gemstones

Untuk memastikan kesahihan atau ketulenan batu permata Swarovski, ia perlu dilihat dengan menggunakan mikroskopik. Yela takut tersalah beli yang palsu kan. Setiap Swarovski Zirconia ditandakan dengan mikroskopik laser ukiran" Swarovski Zirconia ". Simbol asal dan kualiti tidak dapat dilihat dengan mata kasar

Mata lip lap tengok set warna ungu ni

Cantik sungguh 

Kelebihan kolabarasi yang ditandatangani antara jenama C88 Premier dibawah HWL Jewellery Trading Sdn Bhd dengan Zirconia Swarovski telah memberikan satu kesempurnaan terhadap barang kemas. Dengan pembuatan barang kemas daripada C88 premier's internal ditambah pula dengan batu permata daripada Swarovski membuatkan koleksi barang kemas ni nampak eksklusif tetapi dengan harga yang masih kita mampu miliki samada ia digabungkan dengan 18K emas putih atau 22K emas kuning dengan harga RM799. Sesuai dengan taglinenya " Eternal Sparkles "


Mereka juga akan terus meningkatkan kualiti dan akan menghasilkan pelbagai lagi batu-batu permata yang pelbagai bentuk dan warna yang akan dipaparkan dalam produk masa depan mereka .Ini dijangka menjadi satu perubahan dalam industri barang kemas Malaysia. Pada masa yang sama mengenal pasti peluang perniagaan baru di peringkat antarabangsa, membawa kualiti dan barang kemas yang tahan lama untuk pasaran.

Hadiah untuk mereka yang dijemput..terima kasih

Antara cincin yang dijual..sila pilih

Nad tau ramai terpegun tengok barang kemas ni dari Swarovski ni, sedangkan nad sendiri tak sudah-sudah sebut "wah!! "..entah berapa banyak kali..hahaha. Korang kaum wanita yang sukakan batu permata macam ni, atau kepada kaum lelaki, yang nad hadiahkan isteri, mak atau tunang tu, belikan je barangan C88 Premier Jewellery ni, harga mampu milik. Korang boleh tengok details dekat link yang nad bagi dekat bawah ni. Terima kasih jemput kita..dah berbisik dekat suami..cantik pulak cincin tu..hehee

website : www.c88.my
Facebook : https://www.facebook.com/C88Premier
Instagram : https://www.instagram.com/C88Premier/










PEMILIHAN BAJU UNTUK IBU MENYUSU

in , by Nadia Johari, 23:17:00
hai assalammualaikum

Pemilihan Baju Untuk Ibu Menyusu

Sejak ada anak ni, pemilihan baju amat nad titiberatkan.Kalau dekat rumah, memang tak kisahla pakai baju apa pun, tapi aklau tengah berjalan keluar, mestilah agak sukar nak menyusukan Fariza. Jadinya baju nad pakai, perlulah selesa, longgar dan mudah untuk menyusukan Fariza. Sebaik bergelar ibu, fesyen dan penampilan berubah sama sekali. Tapi takdela berubah kepada yang selekeh, berubah kepada ibu yang vogue..hehe..Ibu yang bergaya. Fesyen yang sesuai untuk memudahkan proses menyusukan anak

Baju ni longgar dan labuh.

1) Bila beli baju,mesti pilih baju yang longgar. Yela, kadang nad susukan fariza dengan tarik baju dari bawah. Bila kita tarik dari bawah, bahagian belakang badan takkan nampak, dan boleh tutup kepala anak sekali..hehee. Cuba bayangkan akalu pakai baju ketat, azabnya nak bagi susukan anak..kann..

Baju ni berzip di bahagian depan

Baju jubah ni berbutang

2) Lebih mudah lagi nak menyusukan anak dengan memakai baju yang berbutang atau berzip di hadapan. Bila time Fariza nak menyusu, bolehlah buka butang atau zip tersebut bila-bila masa. Bila dah selesai, boleh membutangkannya atau menzipkan kembali.Tapi kalau pakai baju macam ni, nad akan pastikan, shawl atau tudung nad pakai, menutup dada. Takdelah masa buka tu, ternampak kita punya kan..

Cardigan dari milkwithlove

3) Memakai cardigan atau pun jaket untuk menutup bahagian-bahagian yang terbuka itu.Cara yang paling mudah dan senang untuk menyusukan anak kecil anda ialah untuk menyelak baju anda tetapi jika anda berbuat demikian, bahagian perut, belakang dan tepi tubuh anda akan terdedah.Yela kadang kita nak pakai baju tshirt, jadi, mestilah pakai dengan cardigan. cardigan atau jaket penyelamat kita semasa menyusukan anak. Ni salah satu cardigan yang jenis breasfeeding. Ada butang untuk tutup semasa susukan anak.

4) Kadang nad pakai baju yang bercorak. Yela, bila dengan anak ni, macam-macamla dia buat sampai boleh jadi kotor baju kita.Baju bercorak boleh menjadi penyelamat. Ia boleh ‘menutup’ kotoran itu. Dengan menggayakan baju bercorak, mata yang melihat anda tidak akan perasan kepada kotoran tersebut dan membuat kesan kotoran itu kurang jelas.

Macam tu la nad sekarang kalau nak pilih baju.


hai assalammualaikum

Wah, syok cuti nampak korang Chinese New Year ni. Ada pergi bercuti, ada pergi balik kampung. Ada juga yang duduk rumah je, macam nad..hehee. Tapi tu tak membosankan nad pun, sebab aktiviti nad dekat rumah, main dengan Fariza dan memasak untuk keluarga. Dengan memasak la kita boleh eratkan hubungan kasih sayang antara keluarga..kann..Macam tu jugak la bagi masyarakat Cina yang menyambut Chinese New Year. Kemeriahan menyambut raya diraikan dengan makan bersama keluarga dengan pelbagai juadah. Makan besar adalah aktiviti  yang paling penting ketika sambutan Perayaan Tahun Baru Cina. Semua ahli keluarga tak kira dekat atau jauh akan datang berkumpul untuk makan besar bersama-sama.

TNB Chinese New Year 2017


Cerita bab perayaan Chinese New Year ni, korang dah tengok belum webfilm daripada TNB sempena Sambutan Chinese New Year 2017 kali ni. Kalau belum, korang boleh klik dekat video yang nad post tu. Tengok tau..hehe..Siap berkungfu lagi..

Memang banyak maksud tersirat yang nak disampaikan dalam webfilm ni. Video mengenai aktiviti dilakukan semasa perjumpaan makan malam. Seperti nad kata tadi, makan malam merupakan aktiviti penting bagi mereka. Masa ni la mereka dapat berkumpul satu keluarga. Tahun baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan hubungan keluarga. Masa ni la mereka dapat berborak, bercerita, dan bergelak ketawa.

Bila korang lihat video tu, bukan main berusaha mereka membuat makanan yang sedap untuk menggembirakan hati orang yang disayangi. Sebenarnya bukan juadah yang paling penting, tapi ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting. Masa ni la, kita dapat menghabiskan masa yang panjang bersama keluarga, duduk di sebelah meja makan malam perjumpaan, dan makan bersama-sama. Tidak kira juadah apa yang disediakan.

Pertemuan dalam keluarga boleh menjadi sedikit tertekan terutama apabila personaliti atau karakter setiap ahli keluarga amat berbeza. Namun, perbezaan ni perlu diraikan dengan pelbagai cara bukannya diketepikan. Setiap hidangan Tahun Baru Cina datang dalam pelbagai bentuk, warna dan rasa, ia adalah perbezaan  yang memberikan majlis itu rasa yang unik, begitu juga dengan sikap yang berbeza boleh menjadikan suasana lebih meriah.

Dengan pelbagai sikap yang ada pada keluarga ni, apabila kita bekerja bersama, mampu memberikan suasana yang meriah ketika perjumpaan makan malam. Seperti peribahasa " bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Walaupun macam-macam ragam dalam keluarga, kalau selalu saling bantu-membantu, pasti mendapat hasil yang terbaik. Tidak ada yang lebih penting daripada keluarga. Kebahagiaan tercipta apabila kita semau bersatu hati dan mera antara satu sama lain.

Table Of Harmony

Hah!!..banyakkan maksud tersirat yang nak disampaikan dalam webfilm TNB Chinese New Year tu. Hah!!..sekarang masa untuk korang turut serta main Table Of Harmony ni. Table Of Harmony ni nak tau korang punya hidangan perayaan mewakili apa tahun ini? Macam nak tau personaliti korangla.. Jomla sertai.saja nak seronok-seronok..hehee..mudah je..

1. Log masuk ke https://betterbrighter.my/tableofharmony .


2. Klik di " Unveil Mystery Dishes ", kemudian " Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table ".


3. Pilih jawapan korang. A, B, C atau D.


4. Klik " Unveil Your Dish".


5. Akhir sekali " Share Result " atau " Post as GIF ". siapp..hehee..ni la nad punya unveil misteri dish tu " Treasure Party Pot" bawa maksud " anda adalah harta untuk rakan-rakan anda terima kasih kepada kemahiran perancangan parti dan acara yang hebat anda"..hahaa.. Hebat sangatla nad ni erk..korang cuba juga yee,.boleh kongsi korang punya misteri hidangan tu.

Untuk keterangan lanjut sila ke :
Website :http://www.tnb.com.my/
Website Mystery Dishhttps://betterbrighter.my/tableofharmony .
Facebookhttps://www.facebook.com/TNBCareline
Instagram : https://www.instagram.com/tenaga_nasional/






MANFAAT BUAT AKTIVITI BERLARI

in , by Nadia Johari, 02:58:00
hai assalammualaikum

Sebut pasal berlari, mesti korang fikir penat, otot sakit, buang masa. Kalau korang nak tau, berlari merupakan salah satu aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Aktiviti berlari seeloknya dilakukan pada waktu pagi, tapi kalau tak sempat tu, balik dari kerja, boleh juga buat. Sebelum kerja tu, lepas bangun, boleh berlari sekejap. Dengan berlari sahaja, korang akan dapat banyak manfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2