ELAK PERASAAN TAKUT KEPADA KANAK-KANAK

in , by Nadia Johari, 13:14:00
hai assalammualaikum

Perasaan Takut Kepada Kanak-Kanak

Sifat takut memang ada dalam diri kita. Namun perasaan itu tidak seharusnya keterlaluan hingga membataskan pergerakan. Bila difikir balik, sifat takut ni ada masa kita kecil lagi. Dalam rumah pun boleh takut. Sebab apa??, salah satu sebab mungkin membayangkan perkara yang bukan-bukan. Contohnya, membayangkan hantu. Yela, kita ni kadang suka tengok cerita hantu, lepas tu mula la terbayang yang hantu tu ada dekat kita. Itu orang dewasa, kalau kanak-kanak, lagilah dia takut.

Perasaan takut kepada kanak-kanak akan menyebabkan perkara ini akan terjadi, contohnya meminta ditemani untuk ke bilik air, bilik tidur, tingkat atas rumah atau pun tempat yang jauh dari orang besar. Kebanyakan anak juga takut untuk tidur sendiri. Sebagai ibu bapa, kenala ambil tahu perkara sebegini. Ni ada antara beberapa tips yang nad boleh kongsikan dengan korang.

Elakkan Perasaan Takut Kepada Anak-anak


Tips Menangani Masalah Perasaan Takut Kepada Kanak-Kanak

- Jangan memomokan anak dengan hantu, menceritakan kisah ahntu atau menonton cerita hantu. Nak tengok cerita hantu, atau baca boleh, tapi jangan lepas tu, kita memomokkan dia. Contohnya, nak halang dia daripada buat sesuatu, kita menakutkan dia dengan "hah, apa tu, hantu..hantu".." jangan pergi sana, ada hantu tu"..Budak, kalau dibuat macam tu, nanti lama-lama dia pun rasa takut, bukan dekat tempat tu je, malah semua tempat.

- Melatih anak tidur sendiri dengan menemankan dahulu
Ketika mahu melatih naak tidur seorang diri dalam bilik, ibu bapa perlu menemani anak sehingga tidur, baru tinggalkan sendirian. Macam anak buah nad la, mak bapak akan temankan anaknya sampai tidur. Lepas tu tinggalkan. Mula-mula je, lama-lama pandaila diaorang tidur sendiri.

- Mengingatkan anak untuk berwuduk dan menunaikan solat
Sentiasa ingatkan anak supaya berwuduk dan bersama-sama membaca doa tidur dan ayat Al-Quran bagi menghindar syaitan

- Tiada apa yang perlu ditakutkan selain Allah S.W.T
Beritahu anak, tiada apa yang perlu ditakutkan dan Allah lebih berkuasa daripada segala makhluk serta sentiasa memelihara hamba-Nya. Dan sentiasa ingatkan anak supaya membaca Al-quran jika dia berasa takut bagi melawan rasa takut.

- Cipta suasana nyaman di bilik tidur anak
Kalau nak anak tidur sendiri, rasa seronok dalambilik, ciptalah suasana nyaman di bilik tidur sesuai dengan daya imaginasi dan keinginannya. Suasana ceria yang mampu menarik anak dan membuatkan anak selesa dan tidak dibayangi ketakutan atau melayan imaginasi yang bukan-bukan. Contohnya, letak lampu yang seperti di angkasa,bintang-bintang. Ataubenda yang mereka sukai.

Ni antara tips elakkan perasaan takut kepada anak-anak. Nad pun tengah belajar. Jadi sahring la.
hai assalammualaikum

Kalau tengok memang Fariza, dia memang bulat, nad sendiri geram sangat. Lag-lagi tang pipi dia, suka gomol, cium sampai puas..haaha, Kalau tengok badan dia pun, nampak semangat. Tapi orang lain cakap dia makin kecik..hahaa. Biasalah nak membesar, makin kecik comel la. Aktif sangat dia ni. Tapi nad nak maintainkan pipi di atu..hahaa.

Haish la Budak ni..

Kalau macam nad, mungkin nad kecik, dukung dia pun dah tak larat. Nad hari-hari dengan Fariza, kerap dukung jugakla. Sampai nad rasa berat dia dah sampai target yang nak dicapaila..hahaa. Rupanya tak sampai juga..haishh..la anak..ke mana pergi berat kau ye..hehee. Nad tak risau pun, sebab dia makan ok, sihat je. Lepas makan mesti berak. Gembira bila tengok anak sihat macam tu.

Haritula pergi klinik, checkup Fariza macam biasa. Excited pergi klinik nak tau berat dia je..hahaa. Bila dah timbang je, apa yang diharapkan tak tercapai..Nasib baik masih di atas line kuning. Sikit je..Berat dia sebelum ni 7.2, naik 7.9 je. Tinggi memnag dah tinggi dah..naik banyak pulak tu..hahaha. Sebab tu sekarang semua benda atas meja, yang diletak dekat tepi-tepi tu dia boleh capai..

Panjat sana sini

Takpe, nad tak pernah risau pun, sebab dah bagi dia makan yang cukup. Pagi sarapan, petang bedal roti atau biskut, malam makan. Lepas ni tambah la makanan lagi..ahahaha. Tapi nad rasa, tangan nad memang dah lenguh dukung dia. Sekarang pergi mana-mana, biar dia jalan sendiri. Yang penting biar pipi tu maintain..hahaa. Bila umur dah banyak sikit nanti boleh la makan macam-macam. Naikla badan dia nanti.

RESEPI AYAM BEREMPAH SAMBAL KICAP

in , by Nadia Johari, 17:26:00
hai assalammualaikum

Hah haritu peningla nak masak apa, sekali tengokla instagram kak Sue Izza ni, sekali nampak dia buat ayam berempah masak kicap. Jadi nad pun terfikir nak buat. Whatsup la kak Sue tanya resepi. Dia pun bagila link resepi tu. Nad tengok, ok mudah je, bahan pun semua ada, tapi nad tukar sikit cara buat ikut cara nad..hehee. Sebab dapat suami yang tak boleh makan manis-manis ni..kena la buat pedas.

Resepi Ayam Berempah Sambal Kicap

Ayam Berempah Sambal Kicap

Ni la dia ayam berempah sambal kicap nad buat. Nad tengok bahan kak Sue pakai, nad tukar cara nad..nak tau nad buat macam mana..hah baca cara nak buat ye. Bagi nad kalau ayam berempah ni, ayam tu yang kena ada banyak bahan..hehee.

Bahan-bahan perap ayam rempah
- Ayam, macam nad pakai dua ketul ayam je. Almaklumla rumah ni duduk dua orang. Kalau siang dah makan ayam, malam kena makan lain. Suami kita memang jenis bukan suak sangat makan lauk siang sampai ke malam. Tapi kadang kalau nad dah penat, memang ada juga la lauk siang bawak sampai  ke malam..haaha.
- Bawang putih
- Bawang merah
- Lada hitam
- Jintan Manis
- Kicap
- Garam

Caranya, tumbuk semua bahan dia atas, lepas tu lumur dekat ayam, kemudian perapkan sekejap. Sambil perap tu, boleh buat benda lain pulak.

Kuah untuk sambal Kicap
- Bawang merah ( ditumbuk )
- Bawang putih ( ditumbuk )
- Halia ( ditumbuk )
- Kicap
- Sambal
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Serai
- Air
- Garam
- Bawang besar yang dipotong bulat

Cara penyediaannya;
- Ayam yang di perap bolehlah digoreng. Setelah masak, boleh diangkat dan dibiarkan seketika.
- Ambil kuali lain untuk masak kuah dia pulak.
- Letakkan minyak masak, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, kayu manis, bunga lawang, serai. Sekali masukkan sambal dan kicap. Masak sehingga naik bau dan sambal masak sekata. Tambah air sedikit.
- Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Biarkan sektika sehingga masak.
- Setelah hampir masak, boleh masukkan bawang besar bulat tu. Gaul-gaul sekejap. dah siap..
- Alhamdulillah..sedap..hahaa..

Nad ni memang suka buat pelik-pelik makanannya..ahhaa..tapi asalkan sedap weii..
hai assalammualaikum

Sebelum ni, nad dah cerita kan sambut birthday mr mafia dekat Flora Kafe Ampang. Masa tu nad terfikir nak sambut dekat mana la, tiba-tiba teringat dengan Flora Kafe. Lepas tu apa lagi, whatsup terus dekat nombor ni 012 2070166 (Mell). Bincang punya bincang, alhamdulillah settle. Semua si mell bagitau lengkap. Berkenaan makanan, harga, apa yang ada masa party. Lepas tu setujula. Oh berkenan makanan, masa tu ada dua pilihan, sama ada nak western atau makanan kampung. Jadi nad pilih untuk western.

Flora Kafe Ampwalk

Ni pertama kali nad datang ke Flora Kafe Ampang ni. Memang decoration tempat ni buat pasangan rasa romantik. Mana taknya, penuh dengan bunga-bungaan. Nama pun Flora kan..hehee. Waktu tu, nad datang dalam pukul 4 petang, tak ramai orang,jadi selesa bagi nad la sebab tak sesak tempat..hehee. Nak sambut harijadi orang tu pun tenang je.

Set Western Sambut Birthday

Hah, makanan yang nad pilih western. Makanan bukan datang sekaligus, tapi satu-satu dia hantar. Macam makanan course pertama, second course, main course, sehinggala ke dessert. Ni menu kitaorang.

Green And Chicken Pasta Salad

Sup. Sup ni macam mushroom sup tapi rasa lain sikit. Yang ni Fariza suka giler

Nasi Goreng Cina, Fish and chip, chicken Grilled, mash potato, biji jagung rebus, black peper sauce

Lepas tu ada bubur kacang tau, tapi nad lupa nak ambil gambar. Anak dah kebosanan, nak keluar la, nak merayau..hahaa. Air pulak, air sirap. Bagi nad, makanan dia ok je. Tapi macam lagi sedap makanan kampung..hahaa. Takpe next time boleh datang sini cuba makanan kampung diaorang. Ni pun dah kenyang..

Untuk makanan kampung diaorang sediakan
- Rojak buah
- Sup
- Nasi putih, lauk asam pedas ikan jenahak, ayam goreng berempah, sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman serta kailan goreng.
- Bubur manis
- Air Sirap

Kek Disediakan 

Cake Span Coklat dan minuman air sirap

Kek pun diaorang sediakan, bukan nad bawak. Jadi datang sini lenggang kangkung je..hehee.

Suasana di Flora Kafe Ampang

Kalau untukkeluarga,bolehlah buat dekat kawasan ni.

Berbunga-bunga gitu

Depan pintu Flora Kafe
Suasana dan decorationnya memang TIPTOP! Tenang, romantik dan berbunga-bunga gitu kannn...
Memang tempat tu sesuai sangat kalau nak buat birthday party ataupun anniversary...Kalau korang nak sambut sini boleh contact 03-21618010 / 012 20700166 (Mell)

Alamat
Flora Kafe, 
Lot G.08B-1, Ground Floor, The Ampwalk 218,
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : 10 pagi - 10.30 malam.





SAMBUT BIRTHDAY SUAMI DI FLORA KAFE AMPANG

in , by Nadia Johari, 03:40:00
hai assalammualaikum

Baru sempat nak update berkenaan sambut birthday suami haritu. Almaklumla, anak ni memang tak suka kita duduk depan laptop ni. Jadinya, nak update tu terbekanglai sekejap. Birthday suami 12 Februari haritu, dan sambut secara romantik gitu. Ala sekali sekala, kang tahun depan, sambut ala kadar jela..hahahaa.

Pagi tu, bangun tidur je, dia terus cakap " eh macam mana kawan abang boleh tau birthday abang"..dah nampak hint dia bagi tu..hahhaa. Lepas tu dia cakap lagi " kawan abang ingat, tapi isteri abang tak ingat birthday abang "..kau nampak lagi dia cakap. Majuk mengalahkan perempuan..hahaha. Nad buat-buat cakapla, eh ingat birthday abang 14 Februari"..sebab kadang-kadang terkonfius tarikh birthday suami ni..hahaa. Tapi kali ni dah set dah, siap ada perancangan lagi yang di tak tau.

Haritu jugakala nad cakap, " abang pukul 3 siap ye "..terpaksala cakap keluar sebab suami la tukang bawak kereta..hahaa. Mungkin dia tau nak sambut birthday dia, tapi dia tak tau dekat mana, dan rupa nak sambut tu..huhuhu.

Sambut Birthday Suami Di Flora Kafe Ampang

Bila semua orang dah siap, jadi bergerakla ke tempat yang dituju. Nak taknak terpaksa juga tunjuk nama tempat semua. Dah cakap dia tukang bawak kereta. Sampai je sana, tadaaaa..hehhee. Tersenyum dia. Tak sangka dia isterinya sambut birthday dekat Flora Kafe Ampang, siap candle light, siap belon, siap bunga-bunga lagi kau..nah!!!..

Birthday mr mafia

Terharu suami ku..hahaha. Siap cakap jangan susah-susah, ececeh..padahal dalam hati, sukanyaaa..hahaa. Dari raut wajah dia, memang nampak gembira habis. Sebab dia cakap " sebab tu abang pilih sayang, sayang ada keistimewaannya"..ceh kembang semangkuk jap..hahaa. Hilang merajuk dia. Suami cakap lagi, dalam banyak-banyak perempuan dia kenal dulu, dulula sebelum kawin, takde orang sambut birthday dia macam ni..hahaaa. Nad ni mampu buat ni la, nak bagi hadiah, suami kita ni memilih sikit. Susah, jadinya nah, buat macam ni je. Nasibla dia suka.

Terharu katanya

I will make you happy, walaupun kadngkala bercakaran mulut..hahaa

Decoration romantik

Memang dekat sini, korang kalau dah booking, diaorang memang dah siap hias semua, termasuk sekali dengan makanan dan kek. Datang je sini, semua dah siap sedia..heheee. Datang sini, sebut je nama, sebab dah booking kan, nanti dia tunjuk tempat. Tinggal duduk, tinggal tunggu makanan sampai. Makanan ada dua pilihan, sama ada nak makanan melayu atau western, tapi nad pilih western masa tu. Nak tau makanan apa, nanti nad update entry lain. Ni nak tunjuk gambar je..kihkihkih.

Comel tak..

I am a rabbit

Dengan tempat anak sekali dihiasnya..hehee. Dekat sini memang macam-macam prop ada. Mula-mula diaorang yang bagi prop tu, tapi lepas tu boleh je nak pakai yang lain ambil sendiri dekat meja depan kaunter bayaran. Tapi jangan rosakkan sudah..

My Pari-pari

Comel dak anak kita. Pari-pari gendut Fariza.

Dialah suamiku

Walaupun ada anak romantik kene ada

Queen control..eh..no..no

Potong kek

Ya, its your birthday

I sentiasa cantik..hahaa

Happy Family

Masa ni pun ada jurugambar ambil gambar kitaorang sambut birthday. Fuh..memang dilayan habis. Gambar tu ditag dekat facebook Flora kafe II. So tak perlu risau..kihkihkih. Korang boleh layan gambar ni.

Dekat sini macam-macam boleh buat, sambut birthday, sambut perkahwinan ke, sambut apa-apa yang disambut. Pastikan booking dahulu. Kalau korang nak booking boleh contact no 03-21618010 / 012 2070166 (Mell)

Aku yang terlebih excited

Flora Kafe Ampwalk Ampang

Terima kasih Flora Kafe Ampwalk sebab berjaya buat kejutan untuk suami kita..hehee..



hai assalammualaikum

Salah satu barang makeup nad yang paling nad suka, iaitu BB Cushion. Yup, sebelum ni nad pernah pakai BB Cushion, dan nad sukainya. Kali ni, nad tambah lagi koleksi BB Cushion daripada jenama Skiinz.

Apa itu BB Cushion??

BB Cushion ni berbentuk seperti bedak compact tapi dalam isinya bukan powder. Sebaliknya di dalam BB Cushion ni ada alas coklat, dan di dalamnya ada sejenis liquid seperti foundation. Kiranya, ia adalah foundation dalam bentuk bedak compact yang mana nampak kemas daripada foundation yang dalam botol dan tube tu. Hanya perlu tekan menggunakan span khas yang diberi, lepas tu, akan keluar foundation dalam tu. Cuma dap, dap atau gosok dekat muka macam korang pakai bedak compact.

Suka sangat dengan BB Cushion dari Skiinz ni

BB Cushion ni dah banyak keluar sebenarnya. Tapi kita pilih mengikut harga la kan. Macam ada setengah BB Cushion, kawan nad pakai, harga mahal, tapi muka berminyak..taknak la macam tu kan. BB Cuschion dari Skiinz ni memang best..Suka giler, Best memang best..haish tak tau nak cakap.

Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion Buat Muka Jadi Glowing

Kenapa nad suka dengan BB Cushion Skiinz ni?? Hah, nad ni suka nampak cantik bila keluar..Sebelum nad kenal BB Cushion, nad pakai bedak compact je dekat muka, muka kasar je, nak pakai foundation malas. Bila dah ada BB Cushion Skiinz ni mudah je, cuma dap, dap terus, dah cantik. Licin je muka. Muka pun nampak natural.

Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion 

Pergi event, majlis kawin, nak cepat siap pakai je BB Cushion Skiinz ni. Memang suka sangat, muka nampak bermaya dan glowing gitu. Nad sapu mula-mula lembap, tapi tak sampai beberapa saat dia kering, dan glowing muka. Bersinar,memancar gitu. Muka pun lembap je..lahai bertambah suka..Muka pun tak berminyak walaupun pakai dari pagi sampaila ke malam. Tak bercapuk walaupun muka berpeluh. Lagi peluh lagi glowing kau..


Teksturnya nipis, ringan dan lembut

Korang takyah risau, BB Cushion Skiinz Advanced Triple Stemcell ni teksturnya lembut dan tak pekat. Jadi boleh sapu berapa banyak korang nak..haha. Janganla banyak-banyak, melampau, kang putih bebenor. Cukup la sekadar menutup segala cela..Dengan hanya satu sapuan pun dah cantik ok. Kalau tengok dari dekat, warna liquid foundation ni macam warna purple, pink gitu. Tapi bila sapu dekat muka akan jadi natural je. Teksturnya nipis, tapi full coverage..fuh..best..




Video sikit nad bagi menggunaka Skiinz BB Cushion ni..

Benda ni wajib ada dalam beg. Lepas solat boleh pakai. Tak perlu kelam kabut nak bersiap. Dahla mesra wudhuk, mudah dicuci.

Kelebihan Skiinz Advanced Triple Stemcell  BB Cushion 

Ni nak bagitau, Skiinz BB Cushion ni bukan sahaja dapat melawa kan korang, malah dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang..Nampak tak, bagusnya BB Cushion ni. Antara kelebihan Skiinz Advanced Triple Stemcell Bb Cushion yang perlu korang tau:

- Membantu dlm penjagaan kulit dan berikan kesan AWET MUDA
- Membantu merawat kulit bermasalah seperti JERAWAT & JERAGAT
- Menegang serta melembapkan kulit
- Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
- Membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
- Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
- Mempunyai SPF 35 sesuai utk org Asia dan dapat melindungi kulit daripada sinaran UV
- Memberi effect GLOWING & FLAWLESS pada kulit wajah
- Mesra WUDHU – aqua based, mudah & pantas utk dibersihkan
- Tidak MELEKIT & BERMINYAK
- Warna NATURAL, sesuai utk semua jenis kulit
- Tekstur yg HALUS dan SGT RINGAN…

BB Cushion terbaik

Dah tengok video nad kan..takkan la tak puas hati lagi..hehee. Korang tu yang nak cepat siap, yang nak nampak lawa, nak nampak natural, simple, makeup cepat, bolehla pakai BB Cushion ni. Cepat-cepat grab. Kalau rasa-rasa nak beli, boleh pm nad..hehee..

Untuk tau lebih lajut berkenaan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion ni korang boleh layari

Website: www.skiinz.com.my
Facebook Page: Skiinz BB Cushion
Instagram : Skiinz.Official
Harga : RM89

hai assalammualaikum

Mencari Pakej Perkahwinan 

Siapa nak kahwin tu, hah!!, mesti korang tengah sibuk nak uruskan hal itu ini kan. Banyak sangat nak kena fikir untuk buat sesuatu majlis tu berjalan dengan lancar. Kalau boleh kita nak majlis kahwin tu menjadi suatu memori yang sangat indah. Kalau ada yang tak kena, mesti hampa perkahwinan tak seperti yang diidamkan. Sebab tu kena hati-hati semasa membuat persiapan. Nak uruskan sesuatu persiapan majlis memang bukan mudah, lagi-lagi dengan bajet yang kita ada tu hanya cukup-cukup sahaja.

Pakej Perkahwinan 

Nad pernah alaminya, masa tu memang zero, tak tau nak buat apa. Semuanya berpandukan google dan kawan sahaja. Nak cari pakej perkahwinan, kena pergi satu-satu tempat. Google satu-satu tempat. kena senarai apa yang kita nak. Nak pilih mana yang terbaik memang pening.

Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Sekarang dah mudah, korang yang bakal menjadi pengantin tu, tak perlu pening-pening lagi nak cari pakej perkahwinan. Semuanya dah siap, lengkap dari dari dewan, hotel, katering, fotografi, videografi, pelamin, andaman, solekan, kad kahwin, pakej bulan madu, cenderahat, peralatan khemah, busana pengantin dan banyak lagi yang pastinya memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet mereka. Nak tau dekat mana. Pergi sahaja ke website Portal Projek Kahwin. 

Portal Projek Kahwin

Semuanya di hujung jari je. Korang pilih je mana yang korang berkenan. Sebab semua pakej perkahwinan di situ adalah yang terbaik. Sekarang, mana-mana memang pakai internet. Semua orang nak mudah dan cepat. Yela banyak urusan lain nak dibuat. Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya kurang pendedahan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.

Salah satu gambar yang diambil vendor daripada Sweet Picture

Disebabkan kurangnya laman web berkenaan pakej perkahwinan, jadi wujudlah Portal Projek Kahwin yang bukan sahaja memudahkan bakal pengantin mencari pakej perkahwinan, malah membantu tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra. Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara.

Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna

Portal Projek Kahwin ini juga amat mudah diakses dan dibina dengan fungsi yang mesra pengguna. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar. Tak kisahlah ipad, iphone, samsung dan macam-macam la.

Catering Idaman Anda kah ini??

Pelamin dengan hiasan bunga-bunga..alahai cantiknyaa 
Kekemasan turut diambil kira..


Bagusnya di Portal Projek Kahwin, terdapat banyak vendor perkahwinan dan paparan maklumat vendor seperti facebook dan instagram, logo syarikat, media sosial, nombor telefon turut dipaparkan supaya bakal pengantin boleh melihat kemaskini aktiviti-aktiviti oleh vendor tersebut. Malah boleh terus menghubungi vendor sekiranya ada pertanyaan. Jadi amat mudah bakal pengantin memilih vendor kesukaan mereka.

Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.

Gambar yang sangat cantik

Memori perkahiwnan yang memberi 1001 kenangan manis

Kesimpulannya, Portal Projek Kahwin ini amat berguna untuk mereka yang bakal berkahwin. Sangat menjimatkan masa bakal pengantin yang mencari pakej kahwin yang bersesuai mengikut citarasa dan bajet mereka. Jadi takdela kelam kabut, nak pergi sana sini, nak survey bagai kan.

Jadi, kepada bakal pengantin di luar sana, nad cadangkan, apa kata korang tengok sendiri Portal Pakej Perkahwinan ni, nad dah tengok. Memang mudah sangat, semua pakej ada. Insyallah amat-amat mebantu bakal pengantin di luar sana. Nasib nad dah akwin, kalau tak terjebak nak pilih pakej, berpatutan pulak tu semya..

Untuk info dan maklumat terperinci melalui Portal Projek Kahwin ini boleh melayari

Website : www.projekkahwin.com
Facebook : https://www.facebook.com/projekkahwin/
Instagram : projekkahwinmy




PLAYGROUND FARIZA

in , by Nadia Johari, 03:20:00
hai assalammualaikum

Khemah Kanak-kanak

Sejak nad kemas rumah ni, ada la juga ruang khas tempat permainan Fariza ni. Kalau tak, dekat tilam je la tempat dia bermain. Bila ada ruang, mestila terfikir nak bubuh apa. Tiba-tiba terfikir untuk beli khemah kanak-kanak, sebab pertama, biar barang mainan dia masuk dalam khemah tu. Kedua, biar dia main dalam khemah masa nad buat kerja. Tu la yang nad fikir bila nak beli khemah kanak-kanak.

Lepas tu, nad cuba usha dekat facebook, buat status kot ade orang jual murah. Ramai cadangkan beli dekat Mr Diy dan Ikea. Nad pun selidik, ok khemahnya macam ni. Tak puas hati, usha dekat instagram. Macam biasa cari dengan hastag..mudah..hehehe..taip je #khemahkanak..hah keluar la macam-macam. Sebab tu bagusnya ada hastag ni.

Bila dah keluar banyak, mula la penin nak pilih mana..hahaha. Jadi, pandai-pandai kaula pilih. Macam nad, memang pilih yang murah, berkualiti dan bagus. Mula-mula nampakla khemah kanak-kanak yang satu jenis, ada pulak jenis kayu. Nad fikir mesti Fariza boring kalau ada satu jenis je. Kalau ayu, time dia ngamuk, kang jatuh khemah tu..seriau kita fikir..haaha..

Khemah kanak-kanak pilihan nad

Scroll lagi, akhirnya nampak yang ada tiga jenis. Khemah, terowong dan tempat basketball. Dah rasa itu ok, tengok harga pulak..hah!!!..dalam masa yang sama kena jimat yee...haishh..keluar duit, takpela demi kegembiraan anak..huhuhuhu...

Dah selidik semua, puas hati, harga pun ok. Jangan beli dulu, bagitau suami, ok ke tak barang ni untuk Fariza. Apa-apa kena tanya mr mafia juga, walaupun yang keluar duit nad..hahaha. Dia kata ok, baru proceed dm peniaga tu dan berurusniagala...eh dah macam tips membeli isteri pulak..hahaha..boleh buat entry ni..kihkih..

Nad ni jenis tak sabar,nasib baik peniaga tu nampak dm nad. Bila cakap khemah kanak-kanak ni ada lagi tak..harga memang sekian-sekian..siap postage ye..Peniaga pun cakap ye..huhu..gumbira hati..esoknya, nad pun bank in. Nad bank in hari ahad, selasa dah sampai barang tu. Guna abx ekspress.

Sampai je, terus buka tunjuk dekat Fariza. Suka dia na. Muka excited..hahahha. Nasibla rumah ni luas, dah macam taman permainan je..hahaha..boleh tahan besarnya..ni mak pak pun boleh join..hahaha.


Video Fariza syok main dengan Khemah, terowong dia.

Playground Fariza

Khemah kanak-kanak ni bahagi tiga. Basketball, terowong dan khemah. Boleh dicantumkan dan boleh dipisahkan. Jenis mcm ni bagusnya sebab boleh dilipat kalau taknak diguna. Kalau dia ngamuk, dia marah khemah, takda apa pun..hahaha. Sebab plastik. Nad tengok macam tahan lasak jugakla..

Sukanya dia

Sejak ada khemah ni, bagus juga, sebab kadang masa nak buat kerja blog dekat meja, dia layan dalam khemah basketball sambil tengok tv. Kadang main sendiri dalam mainan dia. Kalau nad dah habis kerja, main la dengab dia pulak. Takdanya biar anak main sendiri lama-lama. Kesian..kita jela kawan dia.

Khusyuk bermain

Dapatla nad siapkan update blog. Dapat jugakla du entry..hahaha. Tapi kadang datang boring dia, nak taknak, kita layan jela. Anak oiii..penat keluarkan dari perut. Layan jela. Anak lagi penting. Oh lupa, membebel tak tentu hala, nad nak bagitau harga khemah ni cuma RM85 termasuk postage. Mayb tengom.kawasan kot sebab dia guna pos airpax/abx dan nationwide. Kalau rumah korang boleh guna pos ni mungkin include postage. Kalau korang nak beli boleh terjah instagarm www.instagram.com/fezababyshop.

hai assalammualaikum

Barang Kemas Perak Sadur Emas

Sebut je emas, tersenyum lebar kaum wanita ni kan..hehee. Dulu suka ikut mak pergi kedai emas. Tengok, pilih barang kemas, memang rambang mata. Tak kisah la rantai emas, gelang atau cincin. Nad ni jenis tak kisah tentang barang kemas, sama ada emas tulen atau tiruan. Asalkan ia nampak cantik di mata apabila dipakai. Sekarang ni pun, nad tengok, ramai yang suka barang kemas yang jenis ukir nama lepastu sadur emas,eh cantik pulak! Sekali imbas nad tengok sebijik macam emas sebenar!

hai asslammualaikum

Hah!!, nad ni dah macam pindah rumah je, walaupun rumah ni dah lengkap dengan semua, tapi disebabkan banyak barang sampai rasa sempit je rumah ni. Perasaan seorang perempuan yang suka nampak kemas, memang akan perhati je benda apa yang patut dan tak ptut ada. Lagi-lagi bahagian dapur..huhuhu. Walaupun arwah mak mertua nad dah buat cantik kabinet kitchen, tapi paham-paham jela, barang orang tua ni, mesti banyak kan. Habis semua dah tak muat nak masuk barang lain. Sudahnya nak belila rak yang sesuai letak barang tapi jimat ruang.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2