RESEPI IKAN MERAH MASAK CILI SERAI

in , by Nadia Johari, 10:43:00
hai assalammualaikum

Setiap hari fikir nak masak apa. Sampai pening dah..hahaha. Tula rutin surirumah setiap hari. Suami pulak, memang nak makan masakan isteri je. Sebab boleh jimat gitu. Nad ni masak benda sama pun boring juga. Jadi kita pun jadi kreatif la sikit. Dalam memasak pun kena kreatif supaya tak bosan..hehehe.

Haritu dah tak tau nak masak apa. Nampak bahan, okla kita guna ni dan itu. Hah akhirnya jadilah masakan Ikan Merah Masak Cili Serai..hahaha..nama pun main hentam je.

Ikan Merah Masak Cili Serai

Santapan tengahari

Hah!! Ni la rupa dia. Haritu pun ada ikan sahaja. Rupa dia macam masak cili api biasa tu, tapi nad cuma tambah serai dengab daun limau purut..tau-tau jela bau serai dengan daun limau purut, harum semerbak. Makanan pun jadi sedap. Maka dengan bahan-bahan yang simple, jadilah Ikan merah masak cili serai.

Bahan-bahan
- ikan
- bawang merah
- bawang putih
- cili api
- cili merah besar
- serai
- daun limau purut
- garam
- air

Cara membuatnya
- Blendkan ke semua bahan di atas iaitu bawang merah, bawang putih, cili api, cili besar merah, serai dan daun limau purut.
- Goreng ikan sehingga garing dan letak ditepi
- Masak bahan diblender tadi sehingga naik bau.
- Letak garam dan perasa
- Letak air sedikit untuk dapatkan kuah. Jangan banyak, sikit je.
- Lepas mendidih, masukkan ikan goreng dan gaul sekata.
- Gaul sekejap je. Dah siap..

Selamat mencuba
hai assalammualaikum

Haritu lepas melihat pameran keretapi Shinkansen Di Japan Store, nad terus pergi makan. Nad pergi ke makanan Jepun di tingkat 4. Sebenarnya masa naik ke tingkat apa, ada decoration yang menarik sangat. Ada tanglung besar, dengan hiasan merah-merah. Memang betul rasa di tempat makanan di Japan.

Makanan Jepun The Tokyo Restaurant Isetan Lot 10

Perut pun dah lapar sangat, macam-macam restaurant ada dekat tingkat 4 ni. Restaurant yang nad pilih ialah The Tokyo Restaurant. Tak pernah kan makan dekat situ, jadi kita cubala. Suasananya tenang je, dan bersih. Tengah-tengah tu dapur. 

The Tokyo restaurant Makanan Japan Tingkat 4

Dapur di tengah-tengah.

Apa yang nad order waktu tu, makanan untuk nad dengan Fariza. Tapi gambar makanan Fariza nad tak ambil. Makanan dia nasi, dengan kari manis, tak pedas. Hah ni tengok makanan nad jela..hehee.

Green Salad
Nak makanan sihat, ada je dekat sini..hehee. Kotla nak makan salah je

Tokyo Shushi Plate. Macam-macam shushi ada
Minestron. Ni sup. Dalamnya ada sayuran. Sup nya sedap juga.



Dessert Riz au Lait
Hahaha, nama pun pelik, tapi sebenarnya dia adalah nasi bubur dengan manisan. Yang bulat-bulat tu popcorn. yang ni Fariza suka sangat. Dia asyik nganga je. manis di aboleh tahan juga la.

Fariza dengan bento dia. Mommy makan dengan tenang bila ada colouring tu

Tempat duduk dekat sini luas. Bawak satu keluarga pun ok. nak bagi anak diam, anak colouring untuk mereka..hehee. Tengok Fariza khusyuk je dengan barang tu.

Swafoto dulula.

Alahai, anak dara ni, kami berdua je.
Kalau korang nak cuba, bolehlah datang ke  The Tokyo Restaurant Isetan The Japan Store Lot 10 ni di tingkat 4.

hai assalammualaikum

Hari Ahad lepas, nad bawak Fariza jalan-jalan pergi Isetan dekat Lot 10. Ada pelbagai produk Jepun dan budaya Jepun dari tradisi purba sehingga ke teknologi terkini, kedai makanan yang memperkenalkan Jepun dekat situ. Bukan itu sahaja, nad sebenanrnya nak tunjukkan dia satu pameran keretapi Japan iaitu keretapi Shinkansen.

#projectshinkansen keretapi terpantas di Japan

#ProjectShinkansen Di Isetan Lot 10 Memperlihatkan Kehebatan Sistem Keretapi Jepun

Salah satu yang menarik macam nad kata tadi ialah Pameran Keretapi Diorama ini iaitu keretapi Shinkansen. Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan IsetanThe Jepun Store telah melancarkan pameran Shinkansen Jepun di Lot 10 Shopping Centre. Pameran akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Tingkat 1, Isetan The Japan Store.


Pameran keretapi Diorama


Selari dengan pengenalan projek kereta api berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Singapura dijangka dibuka tahun ini, acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang tarikan Shinkansen. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen (#projectshinkansen) yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sebaiknya.

Korang tau Shinkansen tu ape.?? Ni la keretapi Jepun Shinkansen. Kereta api Shinkansen merupakan keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Tokyo dengan sebahagian besar bandar-bandar utama di negara Jepun dan dikendalikan oleh Japan Railways (JR). Berjalan pada kelajuan sehingga 320 km / h, shinkansen ini terkenal dengan ketepatan masa, yang selesa (kereta yang agak senyap dengan luas, sentiasa menghadap ke hadapan kerusi), keselamatan (tiada kemalangan maut dalam sejarah ) dan kecekapan.

Pameran Keretapi Shinkansen Berbentuk Diorama

Pameran ini juga bagi memperlihatkan kehebatan kemajuan Shinkansen dan keunikan sistem keretapi Jepun. Kalau korang nak tahu, keretapi Shinkansen ni menggunakan 100% teknologi komputer. Fuh memang menakjubkan.

Kagum tengok

Bila Maysia ada keretapi ni

Wowww..berbentuk muncung keretapi tu

Keretapi diorama salah satu terbesar Di Asia

Kereta api diorama, yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan sepanjang pameran itu. memang hebat, sana sini keretapi. Menakjubkan bila tengok. Fuh punya gigih diaorang buat pameran ni. Melihat permainan keretapi api ni memang hebat. Budak-budak mesti suka tengok. Yela sambil melihat pameran, boleh belajar serba sedikit tentang Shinkansen.

Painting Face

Fariza tidak ketinggalan. Nak bagi meriah sikit

Suka dia tengok orang lukis tangan dia

Siap dah lukis.

Painting Face

Selain itu ada juga painting. Percuma je. Untuk ni memang tak boleh dilepaskan. Nad buat dekat Fariza. Dia pun layan je orang buat apa dekat dia..ehhee. Jadi budak-budak takda la bosan sangat.

Jualan 

Bawak balik satu, cantik ni

Dia dah tengok dah

Ada juga jual barangan train Shinkansen ni. Siapa nak beli boleh je datang sini. Di samping itu, cenderhati terhad akan dijual di seperti Box Lunch Shinkansen dan Beg Tote yang direka khas.

Set Bento ..comel je..

Khusyuk dia menulis

Melalui pameran "Projek Shinkansen" ini, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan
dan Kedutaan Jepun di Malaysia berharap untuk mendalami pemahaman di kalangan rakyat Malaysia
bagaimana Shinkansen Jepun akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia dan
peningkatan kehidupan rakyat.


Korang kalau takda buat apa, boleh;a bawak anak-anak ke sini.
Venue: ISETAN The Japan Store (1F THE STUDIO / Studio.I)
LOT 10 SHOPPING CENTER 50 JALAN SULTAN ISMAIL 50250
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Opening period: February 17 - March 9 2017 (21 days)



hai assalammualaikum

Hah!!, bengkung ni memang benda wajib untuk ibu-ibu yang lepas bersalin ketika waktu berpantang. Pentingnya Bengkung untuk mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar. Yela kau ingat senang, lepas bersalin nak dapatkan badan yang kurus, nak jaga dalam semua. Ni la perempuan, banyak nak kena jaga tau.

Bengkung Moden Shapee Untuk Berpantang dan Kurus

Macam nad, walaupun dah habis pantang, anak pun dah besar, tapi nad juga memerlukan bengkung. Ingat, nad kurus, perut pun kurus ke. Oh no!!, sejak ada anak, nyusukan anak, makan jela nad ni..hahaa. Sudahnya perut pun membuncit. Jadi kaedahnya, pakai la bengkung untuk dapatkan perut yang kempis dan badan yang solid gitu.

Bengkung Moden Shapee 

Kalau orang dulu punya bengkung, dia jenis bertali. Susah oo..nad ada guna masa berpantang. Nak pakai satu hal, nak pergi buang air pun satu hal, yela kena buka tali..haha. Bila dah terbuka tali, nak pasang balik, dah tak ketat pulak. Macam mana tu. Sekarang tak perlu susah-susah, mana-mana je ada jual Bengkung Moden. Salah satunya ialah Bengkung Moden Shapee ni. Suka dengan produk Shapee, macam-macam dia jual. Sebelum ni nad dapatkan nursing bra dekat Shapee juga. Ni Bengkung Moden pulak..hehe.

Dua jenis Bengkung dari The shapee

Bengkung Moden dari Shapee  ada dua jenis, iaitu Belly Wrap Plus dan juga Hips Wrap Plus. Bengkung ni memang memudahkan para ibu dan wanita di luar sana yang nak kurus dan jaga penampilan diri. Harga pun murah oii. Menariknya bengkung moden Shapee ni, dia tak bertali, hanya perlu lekat sahaja. Hanya perlu zap, zap je.

Tak perlu risau tentang saiz, sebab bengkung moden ni boleh dilaras mengikut bentuk badan korang. Boleh diketatkan dan boleh dilonggrakan. Mengikut keselesaan korangla kan.

Shapee Belly Wrap Plus+

Belly Wrap ni untuk bahagian perut korang. Macam nad pakai, sangat selesa sekali. Belly Wrap ni diperbuat daripada bahan elastik yang membolehkan anda untuk bergerak bebas. Kadang ada bengkung tu, nak duduk pun serba salah..hahaha. Tapi Belly Wrap ni ok je, tak rasa terbuka bila pakai. Bengkung ni terbaik kerana tidak menyakitkan malah memberi ruang pernafasan. Maknanya, bila pakai, tak rasa panas atau berwap di badan. Yela kadang ada bengkung, kita pakai, panas dan tak selesa, sampai boleh buat badan kita rasa gatal.

Belly Wrap Plus

Sesuai untuk mereka yang bersalin normal dan Czer ( pembedahan )

Belly Wrap Plus+ membantu sokongan, meningkatkan, dan Membantu meningkatkan penyusuan postur. Kalau korang pakai ni, konfirm duduk tegak je, takde bongkok-bongkok dah. Kan cantik bentuk badan kita nanti. Menyokong otot abdomen teras dan membantu kembali rahim kepada saiz asalnya lebih awal.

Juga boleh dijadikan korset. Hah!!..kan, pergi mana-mana tengok badan cantik je. Rupanya pakai Belly Wrap Plus je..hehe.

Shapee Hips Wrap Plus+

Hips Wrap Plus

Nak kuruskan pinggul. Bengkung jenis bergetah, dan hanya lekat sahaja

Masalah perempuan lagi ialah bahagian pinggul. Semestinya pinggul akan membesar apabila lepas bersalin. Shapee Pinggul Wrap Plus + membantu untuk mengecilkan pinggul. Ia direka dengan pelbagai peringkat supaya boleh mengawal jumlah tekanan pada pinggul dan memberi perubahan yang terbaik. Menyokong semua dua belah pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen, pinggul dan belakang yang lebih rendah.

Auch, bolehla lepas ni dapat bentuk yang solid gitu. Korang yang tercari-cari bengkung moden ni bolehlah pergi ke website www.theshapee.com. Bengkung yang mudah, praktikal dan selesa untuk dipakaiuntuk mereka yang berpantang dan ingin menguruskan badan.

Harga:
Belly Wrap Plus+ ; RM 65
Hips Wrap Plus+ : RM 45

Website : http://www.theshapee.com/product-category/compression-wrap/
Facebook : https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram : https://www.instagram.com/shapeeMY/

EYESHADOW PALLETE MISS ROSE

in , by Nadia Johari, 13:58:00
hai asslammualaikum

Sejak berjinak-jinak dengan makeup ni, suka sangat nak menconteng muka..hehee. Sanggup tengok video tutorial makeup sampai habis bateri phone..hehe. Tengok orang makeup, pandainya la. Dah la lawa. Jadi nad pun mula la nak mencuba. Tapi tengok event la kan, kalau pergi jalan-jalan je, makeup simple, kalau pergi event grand, makeup menyerlah sikit..hehee. Kita makeup ni nak nampak yakin.

Eyeshadow Pallete Miss Rose

Sebelum ni nad tak berani nak pakai eyeshadow. Sebab tak pandai nak sapu dekat mata ni. Nak sapu pun dah satu hal, apatah lagi nak pilih warna. Kalau sebelum ni, pilihan selamat, pilih eyeshadow yang jenis dua warna je. Tu pun kadang tak reti pakai juga..hahaa. Tapi sekarang, lepas tengok beberapa tutorial, nad cuba pakai eyeshadow, bukan dua warna tapi banyak warna..huhuhu.

Miss Rose Eyeshadow Pallete

Ni la eyeshadow nad yang tersimpan lama. Memang tak pernah pakai langsung, tengok je, masih lawa lagi. Eyeshadow Pallete Miss Rose ni permberian mr mafia. Disebabkan dulu tak reti nak pakai, jadi dia tersimpan sahaja.

Macam-macam Warna ade

Sekarang, nad keluarkan dia, sebab nak belajar pakai eyeshadow. Eyeshadow adalah pewarna mata yang boleh membuat mata dramatik atau kuat. Manfaatnya adalah mata kita boleh kelihatan lebih kecil atau lebih besar. Permainan warna yang baik boleh boleh memperbetulkan kawasan mata kita menjadi lebih cantik. Tetapi pemakaian eye shadow yang salah juga boleh menjadi Big Trouble untuk para fashionista. Sebab tu kena belajar makeup ni. Kalau tak jadi mata badut pulak..hehee.Kesian badut disalahkan.

Cuba pakai buat smokey eyes

Yang ni nad cuba buat eyes smokey..yeke..Nad pun tak pasti, tapi nampak macam smokey gitu. Lepas buat, fuh menjadi pulak. Untuk pemilihan warna, apa yang nad tengok dekat youtube, video semua, untuk tulang mata sapu dengan warna terang. Hujung mata warna gelap. Lepas tu kelopak mata warna yang cerah. Baru nampak berlainan.


Eh mesti tak paham kan. Nad ada buat video..boleh tengok. Maaf kita baru belajar, mungkin ada yang tak betul.

Belajar untuk bertambah lebih baik

Boleh pakai pergi event..

Nad tengok ok jugak..ehhee. Pertama kali pakai, menjadi pulak. Lepas ni kena cuba, cuba dan cuba lagi..Kalau tak mesti lupa. Ramai yang komen dekat instagram Nad cakap menjadi, cantik. Hah!!..okla tu..kene praktikkan lagi untuk cuba warna lain.

Harap hadiah harijadia ialah makeup..hahahaa..

SEDAP JUGA GUNA KIUB MAGGI PERISA AYAM NI

in , by Nadia Johari, 17:35:00
hai assalammualaikum

Selalunya tengok mak masak sup, guna kiub Knorr je. Tak pernah guna produk lain. Jadi, nad pun ikutla cara mak. Sampai la haritu, stok kiub Knorr dah habis, jadinya pergi kedai, kat kedai pun dah habis. Stress pulakk..Dah terbayang nak makan sup ni. Yang tinggal cuma Kiub Sup Jenama Maggi je. Mula-mula taknak ambil, sebab takut rasa lain, tapi nanti tak boleh pulak nak masak sup, nak taknak beli je la..huhuhu.

Kiub Stok Maggi Perisa Ayam

Sup Jadi Sedap Dengan Kiub Maggi Perisa Ayam

Apa lagi masak sup la. Dah ada Kiub Sup ni. Nak tau jugak rasa Sup ni bila guna Maggi punya. Sedap ke tidak. Masak macam biasala, letak bawang merah, bawang putih, halia, sayuran, ayam, kentang, lada hitam sikit dan kiub sup maggi ni. Bila dah mendidih, bau dia menusuk kalbu betul. Sedapp..hahaa..belum rasa lagi.

Buat Sup Hujan-hujan ni

Lepas dah siap, ambil la semangkuk. Hujan-hujan ni, makan sup memang sedap. Tak perlu makan nasi pun dah kenyang. Sekali kita hirup sup dia..Slurrpp...fuh..nikmat. Ya Allah, sedap rupanya. Rasanya lain sikit daripada kita guna Kiub Knorr tu. Apa lagi, kita pun hirup dan hirup. Masa tu, Fariza pun meluru la datang kat nad. Dia memang pantang nampak makanan..hehee.

Nad pun suapla dekat dia. Pergh, dia pun suka. Siap cakap "nak..nak..nak"..Sebab kalau guna Knorr sebelum ni, dia tak macam ni. Tapi guna Kiub Maggi ni,,mak aihh..selera dia lain macam..haaha. Nampaknya lepas ni pakai Maggi jela. Kita tukar pulak..hehee.

ELAK PERASAAN TAKUT KEPADA KANAK-KANAK

in , by Nadia Johari, 13:14:00
hai assalammualaikum

Perasaan Takut Kepada Kanak-Kanak

Sifat takut memang ada dalam diri kita. Namun perasaan itu tidak seharusnya keterlaluan hingga membataskan pergerakan. Bila difikir balik, sifat takut ni ada masa kita kecil lagi. Dalam rumah pun boleh takut. Sebab apa??, salah satu sebab mungkin membayangkan perkara yang bukan-bukan. Contohnya, membayangkan hantu. Yela, kita ni kadang suka tengok cerita hantu, lepas tu mula la terbayang yang hantu tu ada dekat kita. Itu orang dewasa, kalau kanak-kanak, lagilah dia takut.

Perasaan takut kepada kanak-kanak akan menyebabkan perkara ini akan terjadi, contohnya meminta ditemani untuk ke bilik air, bilik tidur, tingkat atas rumah atau pun tempat yang jauh dari orang besar. Kebanyakan anak juga takut untuk tidur sendiri. Sebagai ibu bapa, kenala ambil tahu perkara sebegini. Ni ada antara beberapa tips yang nad boleh kongsikan dengan korang.

Elakkan Perasaan Takut Kepada Anak-anak


Tips Menangani Masalah Perasaan Takut Kepada Kanak-Kanak

- Jangan memomokan anak dengan hantu, menceritakan kisah ahntu atau menonton cerita hantu. Nak tengok cerita hantu, atau baca boleh, tapi jangan lepas tu, kita memomokkan dia. Contohnya, nak halang dia daripada buat sesuatu, kita menakutkan dia dengan "hah, apa tu, hantu..hantu".." jangan pergi sana, ada hantu tu"..Budak, kalau dibuat macam tu, nanti lama-lama dia pun rasa takut, bukan dekat tempat tu je, malah semua tempat.

- Melatih anak tidur sendiri dengan menemankan dahulu
Ketika mahu melatih naak tidur seorang diri dalam bilik, ibu bapa perlu menemani anak sehingga tidur, baru tinggalkan sendirian. Macam anak buah nad la, mak bapak akan temankan anaknya sampai tidur. Lepas tu tinggalkan. Mula-mula je, lama-lama pandaila diaorang tidur sendiri.

- Mengingatkan anak untuk berwuduk dan menunaikan solat
Sentiasa ingatkan anak supaya berwuduk dan bersama-sama membaca doa tidur dan ayat Al-Quran bagi menghindar syaitan

- Tiada apa yang perlu ditakutkan selain Allah S.W.T
Beritahu anak, tiada apa yang perlu ditakutkan dan Allah lebih berkuasa daripada segala makhluk serta sentiasa memelihara hamba-Nya. Dan sentiasa ingatkan anak supaya membaca Al-quran jika dia berasa takut bagi melawan rasa takut.

- Cipta suasana nyaman di bilik tidur anak
Kalau nak anak tidur sendiri, rasa seronok dalambilik, ciptalah suasana nyaman di bilik tidur sesuai dengan daya imaginasi dan keinginannya. Suasana ceria yang mampu menarik anak dan membuatkan anak selesa dan tidak dibayangi ketakutan atau melayan imaginasi yang bukan-bukan. Contohnya, letak lampu yang seperti di angkasa,bintang-bintang. Ataubenda yang mereka sukai.

Ni antara tips elakkan perasaan takut kepada anak-anak. Nad pun tengah belajar. Jadi sahring la.
hai assalammualaikum

Kalau tengok memang Fariza, dia memang bulat, nad sendiri geram sangat. Lag-lagi tang pipi dia, suka gomol, cium sampai puas..haaha, Kalau tengok badan dia pun, nampak semangat. Tapi orang lain cakap dia makin kecik..hahaa. Biasalah nak membesar, makin kecik comel la. Aktif sangat dia ni. Tapi nad nak maintainkan pipi di atu..hahaa.

Haish la Budak ni..

Kalau macam nad, mungkin nad kecik, dukung dia pun dah tak larat. Nad hari-hari dengan Fariza, kerap dukung jugakla. Sampai nad rasa berat dia dah sampai target yang nak dicapaila..hahaa. Rupanya tak sampai juga..haishh..la anak..ke mana pergi berat kau ye..hehee. Nad tak risau pun, sebab dia makan ok, sihat je. Lepas makan mesti berak. Gembira bila tengok anak sihat macam tu.

Haritula pergi klinik, checkup Fariza macam biasa. Excited pergi klinik nak tau berat dia je..hahaa. Bila dah timbang je, apa yang diharapkan tak tercapai..Nasib baik masih di atas line kuning. Sikit je..Berat dia sebelum ni 7.2, naik 7.9 je. Tinggi memnag dah tinggi dah..naik banyak pulak tu..hahaha. Sebab tu sekarang semua benda atas meja, yang diletak dekat tepi-tepi tu dia boleh capai..

Panjat sana sini

Takpe, nad tak pernah risau pun, sebab dah bagi dia makan yang cukup. Pagi sarapan, petang bedal roti atau biskut, malam makan. Lepas ni tambah la makanan lagi..ahahaha. Tapi nad rasa, tangan nad memang dah lenguh dukung dia. Sekarang pergi mana-mana, biar dia jalan sendiri. Yang penting biar pipi tu maintain..hahaa. Bila umur dah banyak sikit nanti boleh la makan macam-macam. Naikla badan dia nanti.

RESEPI AYAM BEREMPAH SAMBAL KICAP

in , by Nadia Johari, 17:26:00
hai assalammualaikum

Hah haritu peningla nak masak apa, sekali tengokla instagram kak Sue Izza ni, sekali nampak dia buat ayam berempah masak kicap. Jadi nad pun terfikir nak buat. Whatsup la kak Sue tanya resepi. Dia pun bagila link resepi tu. Nad tengok, ok mudah je, bahan pun semua ada, tapi nad tukar sikit cara buat ikut cara nad..hehee. Sebab dapat suami yang tak boleh makan manis-manis ni..kena la buat pedas.

Resepi Ayam Berempah Sambal Kicap

Ayam Berempah Sambal Kicap

Ni la dia ayam berempah sambal kicap nad buat. Nad tengok bahan kak Sue pakai, nad tukar cara nad..nak tau nad buat macam mana..hah baca cara nak buat ye. Bagi nad kalau ayam berempah ni, ayam tu yang kena ada banyak bahan..hehee.

Bahan-bahan perap ayam rempah
- Ayam, macam nad pakai dua ketul ayam je. Almaklumla rumah ni duduk dua orang. Kalau siang dah makan ayam, malam kena makan lain. Suami kita memang jenis bukan suak sangat makan lauk siang sampai ke malam. Tapi kadang kalau nad dah penat, memang ada juga la lauk siang bawak sampai  ke malam..haaha.
- Bawang putih
- Bawang merah
- Lada hitam
- Jintan Manis
- Kicap
- Garam

Caranya, tumbuk semua bahan dia atas, lepas tu lumur dekat ayam, kemudian perapkan sekejap. Sambil perap tu, boleh buat benda lain pulak.

Kuah untuk sambal Kicap
- Bawang merah ( ditumbuk )
- Bawang putih ( ditumbuk )
- Halia ( ditumbuk )
- Kicap
- Sambal
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Serai
- Air
- Garam
- Bawang besar yang dipotong bulat

Cara penyediaannya;
- Ayam yang di perap bolehlah digoreng. Setelah masak, boleh diangkat dan dibiarkan seketika.
- Ambil kuali lain untuk masak kuah dia pulak.
- Letakkan minyak masak, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, kayu manis, bunga lawang, serai. Sekali masukkan sambal dan kicap. Masak sehingga naik bau dan sambal masak sekata. Tambah air sedikit.
- Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Biarkan sektika sehingga masak.
- Setelah hampir masak, boleh masukkan bawang besar bulat tu. Gaul-gaul sekejap. dah siap..
- Alhamdulillah..sedap..hahaa..

Nad ni memang suka buat pelik-pelik makanannya..ahhaa..tapi asalkan sedap weii..
hai assalammualaikum

Sebelum ni, nad dah cerita kan sambut birthday mr mafia dekat Flora Kafe Ampang. Masa tu nad terfikir nak sambut dekat mana la, tiba-tiba teringat dengan Flora Kafe. Lepas tu apa lagi, whatsup terus dekat nombor ni 012 2070166 (Mell). Bincang punya bincang, alhamdulillah settle. Semua si mell bagitau lengkap. Berkenaan makanan, harga, apa yang ada masa party. Lepas tu setujula. Oh berkenan makanan, masa tu ada dua pilihan, sama ada nak western atau makanan kampung. Jadi nad pilih untuk western.

Flora Kafe Ampwalk

Ni pertama kali nad datang ke Flora Kafe Ampang ni. Memang decoration tempat ni buat pasangan rasa romantik. Mana taknya, penuh dengan bunga-bungaan. Nama pun Flora kan..hehee. Waktu tu, nad datang dalam pukul 4 petang, tak ramai orang,jadi selesa bagi nad la sebab tak sesak tempat..hehee. Nak sambut harijadi orang tu pun tenang je.

Set Western Sambut Birthday

Hah, makanan yang nad pilih western. Makanan bukan datang sekaligus, tapi satu-satu dia hantar. Macam makanan course pertama, second course, main course, sehinggala ke dessert. Ni menu kitaorang.

Green And Chicken Pasta Salad

Sup. Sup ni macam mushroom sup tapi rasa lain sikit. Yang ni Fariza suka giler

Nasi Goreng Cina, Fish and chip, chicken Grilled, mash potato, biji jagung rebus, black peper sauce

Lepas tu ada bubur kacang tau, tapi nad lupa nak ambil gambar. Anak dah kebosanan, nak keluar la, nak merayau..hahaa. Air pulak, air sirap. Bagi nad, makanan dia ok je. Tapi macam lagi sedap makanan kampung..hahaa. Takpe next time boleh datang sini cuba makanan kampung diaorang. Ni pun dah kenyang..

Untuk makanan kampung diaorang sediakan
- Rojak buah
- Sup
- Nasi putih, lauk asam pedas ikan jenahak, ayam goreng berempah, sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman serta kailan goreng.
- Bubur manis
- Air Sirap

Kek Disediakan 

Cake Span Coklat dan minuman air sirap

Kek pun diaorang sediakan, bukan nad bawak. Jadi datang sini lenggang kangkung je..hehee.

Suasana di Flora Kafe Ampang

Kalau untukkeluarga,bolehlah buat dekat kawasan ni.

Berbunga-bunga gitu

Depan pintu Flora Kafe
Suasana dan decorationnya memang TIPTOP! Tenang, romantik dan berbunga-bunga gitu kannn...
Memang tempat tu sesuai sangat kalau nak buat birthday party ataupun anniversary...Kalau korang nak sambut sini boleh contact 03-21618010 / 012 20700166 (Mell)

Alamat
Flora Kafe, 
Lot G.08B-1, Ground Floor, The Ampwalk 218,
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : 10 pagi - 10.30 malam.





© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2