hai assalammualaikum

Kesan Emosi Negatif Boleh Bawa keburukan Pada Diri  - Pada dasarnya, arah emosi dasar manusia dapat dibagi menjadi dua yaitu emosi negatif dan emosi positif. Emosi negatif bersifat destruktif (merosakkan), baik diri sendiri maupun orang lain. Tetapi, emosi negatif kadang di perlukan pada saat-saat tertentu. Tapi korang tau tak, sifat negatif ni ada kesannya terhadap badan kita.


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa Sombong ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.


KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG DAN JIWA TENANG

in , by Nadia Johari, 23:41:00
hai assalammualaikum

Kunci Untuk Dapat Hati Senang Dan Jiwa Tenang - Dalam kehidupan ni, yang penting adalah untuk mendapatkan kesenangan hati dan ketenangan jiwa. Bila hati nak tenang, dan senang datang pulak masalah. Mungkin apa yang nad dapat daripada group whatsup ni, apa yang nad kongsikan ni dapat bantu korang untuk dapat ketenangan jiwa dan kesenangan hati.

Semoga apa yang nad kongsikan dapat memotivasi untuk hidup lebih tenang dan senang hati. Perjalanan hidup di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Jalani hari-hari mu dengan sikap yang menggembiran diri sendiri disamping boleh menceriakan orang lain juga

HUAWEI HONOR 4C HADIAH KEJUTAN SUAMI

in , , by Nadia Johari, 22:01:00
hai assalammualaikum

Huawei Honor 4C Hadiah Kejutan Suami

Huawei Honor 4c Hadiah Kejutan Suami - Dah lama dapat telefon ni, harini baru nak cerita. Biasalah, dok belek-belek telefon, baru tau banyak fungsi dia. Telefon Huawei Honor 4C ni hadiah kejutan daripada suami. Masa tu tengah shoping dekat Tesco, pastu dia suruh belek handphone mana ok. Nad pun tengokla, hati kita macam tak teruja sangat dengan handphone, sebab kita tak tau telefon mana ok..hahaa. banyak sangat pilihan. Mr mafia asyik suruh pilih je. Nad cakapla, " sayang suka Huawei P9 "..masa tu tengah hot Huawei ni..tengok gambar pun cantik je.

Huawei Honor 4C

Tapi disebabkan Huawei P9 mahal, dia kata nantilaa..Lepas tu nad cakapla " dah, jom pergi makan, lapor"..pergila kedai makan mamak dekat situ. Tiba-tiba dia, cakap, " sayang tunggu sini dulu, abang nak cari barang kejap". Kita tunggula sambil makan. Tiba-tiba dia datang dengan telefon. Kita ingat dia beli untuk dia, sekali mr mafia suruh nad buka dan tengok. Dia cakap "ambil la, sayang punya". hah!!!..Nak tau kenapa dia belikan, sebab telefon asus nad retak disebabkan dia..huhuhu. Walaupun retak, tapi boleh guna lagi pun. Sebab tu nad tak harapkan dia beli baru. Tapi mr mafia kesian, tengok telefon nad retak, jadi dia belikan la. Padahal waktu tu bukan harijadi atau anniversary pun. Sweet tak laki kita..haaha. Takpela murah..asalkan ada telefon untuk backup kan.

Nipis saiz 5 inchi dan ringan

Bahagian belakang

Huawei Honor 4C

pintar Huawei Honor 4C ni ringan je. Dengan seluas 5.0 inchi. Huawei Honor 4C memiliki layar beresolusi 720 x 1280 pixels. Huawei Honor 4C hadir dengan body ideal yakni dalam paduan dimensi 143.3 x 71.9 mm dengan ketebalan 8.8 mm. Kelebihan Huawei Honor 4C sudah dibekali layar bersifat multitouch dan didukung antara muka Emotion 3.0 UI (EMUI 3.0). Telefon Huawei Honor 4C nad warna gold. Tak tau la warna apa lagi ada. Hadiah kejutan kan.

Contoh ambil gambar

Fitur gambar

Telefon dia beli bukan Huawei P9 yang nad nak tu, tapi dalam keluarga Huawei juga cuma Huawei Honor 4C. Harga dalam RM500 kot,.murah je. Dia beli untuk nad backup gambar semua. Mula-mula memang usha kamera dia..hahaa.perempuan biasalah. Kalau beli telefon pintar, tengok kamera dulu. Kamera depan 5MP, belakang pulak 13MP. Kamera Huawei Honor 4c sudah dibekali kamera utama beresolusi 13 MP setara 4208 x 3120 pixels serta didukung oleh fitr autofocus, LED flash, Geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR. Siap ade watermark lagi dan audio note.

Lampu pelbagai

Lagi best telefon ni sebab ada Flash. Kalau korang tengok gambar di atas, ada gambar lampu, hah tu la lampu dia. Mudah nak ambil gambar tempat gelap. Beauty face pun ada. Memang cantik dan puas hati dengan kamera dia. terang dan sharp. Sekarang ambil gamabr dengan video nad memang pakai telefon Huawei Honor 4C ni. Nak tengok gambar nad ambil boleh pergi ke instagram nad www.instagram.com/nadiasamjohari.

Huawei Honor 4C memiliki kelebihan kerana mempunyai Dual SIM (Micro-SIM, dual stand-by). SIM 1 & SIM 2 untuk kelancaran komunikas. Memang nad suka cari telefon pintar yang ada dua sim, sebab senang nak sumbat banyak nombor. Asus punya pun dual sim, tapi salah satu dah rosak. Nasib ada Huawei ni.

Huawei Honor 4C cuma dibekali dengan RAM sebesar 2 GB. Jadi tak dapat nak install banyak benda. Telefon ni pun nak guna untuk berblog. Jadi install benda penting je. Yang tak penting boleh guna dekat Asus.

Contact

Bahagian contact pulak bagus. Sebab bila seseorang nak contact seseorang, korang boleh pergi ke contact dan share sahaja. Tak perlu nak copy nombor semua. Mudah kan.

Pelbagai fungsi Huawei Honor 4C

Untuk screenshot, kalau telefon lain, kena tekan tepi dua button kan, tapi untuk Huawei Honor 4C, cuma buka apa yang korang nak screenshoot, lepas tu tarik atas nampak bahagian banyak-banyak fungsi tu, lepas tu namapk tak perkataan screenshoot. Hah, tekan tu, dah screenshot. Senang je.

Banyak lagi fungsi dia yang korang boleh tengok dekat gambar tu.

Setakat ni nad guna telefon ni, ok la. Cuma kadang dia penuh sebab kecik kan ram dia. Lepas ambil gambar kena pandai-pandai transfer tempat lain..ehehe. Thank you mr mafia belikan telefon ni.


hai assalammualaikum

Sebelum ni jarang ambil tau pasal pasangan suami isteri artis ni. Lepas kawan post satu gambar dia dekat instagram, mula tengok semua gambar diaorang. Memang sweet sangat tengok diaorang ni. Siapa lagi kalau bukan Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Suka tengok diaorang berdua. Nad layan instagram Aeril, selalu upload gambar berdua dengan isteri, lepas tu caption kadang memang lawak..hahaa..Kalau tengok bila diaorang nyanyi lagu hindustan...pergh..dah macam Shah Rukh Khan dan Kajol..

Pasangan Romantis Aeril Dan Wawa Zainal

Paling romantik bila Aeril buat surprise birthday Wawa. Videonya dah macam cerita hindustan..Diaorang pergi ke Lombok untuk buat surprise birthday Wawa ni. Percutian istimewa ni merupakan hadiah istimewa Aeril kepada isterinya Wawa Zainal sempena ulang tahun kelahirannya. Siap buat tudung khas untuk Wawa lagi..hhaaahha..

Korang dah tengok video diaorang..Kalau belum nah layan..fuh..boleh berimaginasi kau..hahaa.






Sweet kann..
hai assalammualaikum

Bertuahnya insan bernama wanita. Nad sendiri berasa bangga menjadi seorang wanita. Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, isteri, anak, kakak dan sahabat, nad ingin ucapkan Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di luar sana. Setiap hari, adalah hari wanita untuk kita. Hebatnya wanita apabila tangan yang menghayun buaian mampu megoncang dunia, mampu membuat pelbagai kerja. Pentingnya wanita kepada lelaki, kerana kitalah wanita yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kepada lelaki sehingga berjaya. Wanita memang hebat!!

Sambutan Hari Wanita Stellanvingze International
Sesi memotong kek


Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International

Banyak peranan seorang wanita ni sebenarnya. Sebab tu, hari wanita ni perlulah disambut bagi memperingati jasa dan usaha kaum wanita dalam pelbagai aspek. Nad tidak terkecuali untuk turut serta menyambut Hari Wanita ni. Ni kali pertama nad turut serta dalam Sambutan Hari Wanita ni. rasa dihargai sangat. Terima Kasih kepada suami sebab izinkan datang ke majlis ni..hehee. Terima ksih juga sebab tolong hantarkan. Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International ni telah diadakan di Melilea Tower.

Stellavingze International merupakan badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Stellavingze International yang diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga merupakan seorang usahawan wanita tempatan, dan juga seorang ibu, telah menerima pelbagai anugerah dan berjaya mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Sambutan Hari Wanita pada malam itu bertujuan majlis diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan temui potensi diri untuk berusaha memajukan negara sama ada dalam bidang ekonimi ataupun menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.

Panel jemputan Dari Kiri, Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang dan Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International

Pada malam itu, Stellavingze International telah menjemput beberapa orang wanita hebat yang dah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara. Kehadiran wanita hebat ini, berkongsi cerita dan seterusnya memberi inspirasi kepada wanita-wanita Malaysia. Tokoh Wanita yang dijemput ialah
- Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
- Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
- Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International
- Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang.

Bak kata Tan Sri Datin Paduka hajah Zaleha Ismail, wanita adalah unik

Perkongsian Tokoh Wanita Yang Memberi Inspirasi

Malam tu, banyak perkongsian yang diceritakan. Memang membakar semangat apabila mereka berkata. Bak kata Tan Sri Datin Paduka hajah Zaleha Ismail, wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. Hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Zaman

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi. Beliau berpesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan pula menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga. Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga.

wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang

Datin Noor Faezah pula berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Ayat paling best bila beliau mengatakan wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.

Formula Kebahagiaan 

Hah!!, masa ni ada satu formula yang dikongsikan oleh Ms Wee Siew Ling yang selaku Pengarah Urusan Stellavingze International. Bekenaan dengan masa, memang setiap hari tidak cukup masa untuk lakukan semua benda. Sebab tu, wanita perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri. Tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa.Berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita

Antara formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita =
(+) Kasih sayang/cinta ,
(-) Kebencian/ kemarahan ,
(x) Kesyukuran ,
(÷) Umpatan/ gosip



Nampak tak kesungguhan mereka dalam memartabatkan kaum wanita. Kata-kata mereka memang memberi inspirasi dalam diri. Majlis Sambutan Hari Wanita ini telah membuka mata ramai wanita bahawa kebolehan wanita setanding dengan lelaki. Wanita menjunjung separuh langit. Majlis diakhiri dengan kata-kata semangat wanita iaitu " Kami Wanita Hebat ".

Stellavingze International juga mengajak semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka


Menjadi sebahagian daripada Stellavingze International

Stellavingze International juga mengajak semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka dengan menyertai kursus dan latihan untuk membina dan meningkatkan nilai kewanitaan dalam diri...terdapat dua kursus dan latihan yang boleh disertai:

❤ Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:
1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

Stellavingze Guiding Star menyediakan:
~ Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh.
~ Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
~ Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:
➔ Kelas Imej Perniagaan
➔ Latihan Skill Perniagaan
➔ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
➔ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
➔ Kelas Pengurusan Perniagaan
➔ Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun

❤ Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan

Objektif:
Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
➔ Kelas Imej
➔ Kesihatan dan Kecantikan
➔ Pembentukan Minda dan Rohani
➔ Pengurusan Rumah Tangga
➔ Interaksi Bersama Anak
➔ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
· Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:
· Pendidikan:Diploma / Ijazah
· Pengalaman:2 tahun ke atas
· Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan:
· Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
· Perlu menjadi ahli Stellavingze International

Untuk maklumat lanjut, boleh klik ke www.stellavingzeinternational.com/malaysia





hai assalammualaikum

Jom Lari!! Daftar Coway Run 2017 Sekarang

Amalkan Hidup Sihat Dengan Berlari

Jom sihat dengan berlari!!!. Amalkan gaya hidup sihat dengan berlari banyak manfaat yang kita dapat antaranya dapat meningkatkan tenaga, memberi kekuatan pada otot kita dan stamina dan pada masa yang sama dapat menurunkan berat badan. lagi seronok kalau dapat berlari ramai-ramai kan. Nad nak ajak korang jom sama-sama kita berlari sempena Coway Run 2017 ni yang bakal diadakan pada 7 Mei 2017 bertempat di Starling Mall Damansara Uptown.

Produk Coway, sudah lama berada di pasaran. Coway merupakan produk penapis air yang membekalkan minuman yang bersih kepada seisi keluarga. Air yang bersih, hidup pun sihat. Untuk
sentiasa kekal sihat, Coway mengajak semua untuk sama-sama berlari  untuk mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Di samping memberi inspirasi orang lain untuk mengikuti jejak mereka.

Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah urusan Coway

Menurut Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway , Coway Run bertujuan untuk menjadi medium bagi rakyat Malaysia untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka dan menjadi berani untuk mengambil langkah pertama kepada kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.

Coway Run 2017 Officially launch. register Now

"Ini dijalankan bukan soal yang datang di tempat pertama tetapi ia adalah mengenai memanggil keberanian yang menghadapi kebimbangan anda dengan kesediaan untuk membawa perubahan, peningkatan yang akan membina anda untuk menjadi lebih kuat dan yakin dalam menangani kesusahan baru," kata Encik Kyle pada sidang akhbar itu hari ini.

Coway Run 2017

Coway Run 2017

Terdapat dua kategori Larian Coway Run 2017 iaitu 5KM dan 10KM sekitar kawasan Starling Mall Simpan tarikh 7 Mei 2017 untuk Coway Run nanti ye. Bayaran untuk daftar Coway Run 2017 antara RM45 dan RM35

Kategori
- 10 KM untuk Lelaki (18 – 39 Tahun)
- 10KM Wanita Open (18 – 34 Tahun)
- 10KM Lelaki Veteren (40 Tahun ke atas)
- 10KM Wanita Veteren (35 Tahun ke atas )
- 5KM Fun Run (18 Tahun ke atas)

Setiap kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang hadiah yang lumayan iaitu hadiah berupa duit sebnayak RM1000 untuk tempat pertama, RM800 tempat kedua, dan RM500 untuk tempat ketiga. Wow!!..tempat pertama tu RM1000..

Meet Jordan Yeoh ( Model kecergasan ) and Carey Ng ( Miss Universe Malaysia )

Masa Coway Run 2017 nanti, korang berpeluang menemui model kecergasan terkenal Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia Carey Ng berjalan bersama pelari lain untuk sama-sama gembira dan memberi motivasi kepada mereka pada setiap langkah dari jalan. Apa tunggu lagi, cabar diri korang untuk turut serta dalam larian Coway Run 2017 ni. Takkan yang ratu cantik dan model gagah boleh berlari, korang tak boleh kan.

Di samping itu untuk menggantikan cecair yang hilang semasa berlari, Coway akan meletakkan tiga pembersih air gergasi di ketiga-tiga stesen air untuk memastikan bahawa peserta akan kekal terhidrat sepanjang hari. Terdapat juga sebuah klinik berjalan untuk mendapatkan persiapan pra-jangka.

Penaja rasmi Coway Run termasuk Mall Starling dan 100Plus.

Bestkan dapat berlari beramai-ramai. Pada masa yang sama dapat jumpa kawan baru dan berkongsi minat yang sama. Mereka yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar di www.myraceonline.com.

Untuk mengetahui maklumat lebih Coway Run 2017 sila layari https://www.facebook.com/cowayMalaysia/

KARI IKAN MOK CUN SEDAP

in , by Nadia Johari, 15:37:00
hai assalammualaikum

Selalu layan cerita Mok Cun kan, ala pelakon Erma Fatima tu. Hah, dalam cerita dia ada jual bedak sejuk, hah bedak sejuk tu nad ada. Tapi nantila nad buat entry lain ye. Yang ni, nad nak cerita bukan bedak sejuk je dia jual,, malah ada makanan pun dia jual. Makanan rempah ratus macam kari, asam pedas gitu.

Kari Ikan Mok Cun

Kari Ikan Mok Cun

Harini nad masak kari ikan menggunakan produk Mok Cun. Ni la dia, siap ada gambar Mok Cun lagi tu. Nad dapat produk Mok Cun ni masa dekat MAHA 2016

Macam biasa,masak kari nad guna bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan cili merah serta cili hijau sebagai hiasan. Paling penting mestilah ikan..hehehe.

Mula-mula masak bawang yang dihiris sehingga naik bau. Masukkan sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Lepas tu masukkan kari Mok Cun ni. Masukkan air sedikit. Masukkan sedikit garam dan perasa. Tunggu mendidih, baru masukkan ikan. Biarkan sekejap. Tutup bagi nak cepat masak. Bila ikan dah masak, air dah kurang sikit, masukkan cili hijau dan cili merah. Gaul-gaul, dah siap. Harum semerbak bau dia.

Jemput makan

Tadaaa ni la dia Kari Ikan Mok Cun...balik dari event, tidurkan anak, yang ngantuk, kita masak. Nak ekspress gunala kari ikan Mok Cun ni. Daun kari takdok la pulak..tapi dah bau kari pun..hehehe..

MUDAH TIDUR BILA TUTUP LAMPU

in , by Nadia Johari, 02:40:00
hai assalammualaikum

Mudah Tidur Bila Tutup Lampu

Dari baby lagi Fariza tidur tutup lampu. Sebab nad tak boleh tidur ada lampu. Silau dan susah nak tidur. Kalau dulu orang tua suruh buat lampu samar-samar kalau ada baby. Tapi nad tak, nad tutup je lampu. Walaupun masa baby dia bangun-bangun, biasalah, tapi dia dah biasa bila tidur tutup lampu. Sampai la ke besar tutup lampu. Kalau tak tutup lampu, memang dia takkan tidur.

Tidur nyenyak dengan kawan dia

Selagi ada lampu tv ke,lampu handphone ke, Fariza takkan tidur. Masa tu la dia akan bermain, selagi lampu ada. Jadi nak cepat dia tidur, kenala tutup lampu. Nad bukan tutup lampu semua, cuma tutup lampu bahagian kitaorang tidur. Macam rumah nad, ruang tamu dan dapur berdekatan. Jadi lampu dapur nad buka bagi terang sikit. sekurangnya, nampak apa yang ebrlaku di sekeliling kita kan. Kalau gelap sangat susahla.

Paling bagus, ajar anak tidur awal, tapi kadang nad pun ada kerja, tak boleh la tidur awal dan tutup lampu awal. Susah pulak nad nak kerja. Nad dengan Fariza tidur depan tv, kadang nad layan tv, terpaksa la Fariza layan sekali. Memang tak tidur la dia...hahaa.

Tidur tutup lampu ni pun salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. 

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis Sahih al-Bukhari:

5819 - Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian meninggalkan api (dalam keadaan menyala) di rumah kalian ketika kalian tidur."

5820 - Dari Abu Musa r.a dia berkata; "Pada suatu malam salah sebuah rumah penduduk Madinah terbakar ketika penghuninya tertidur. 
Ketika ia diceritakan kepada Nabi s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya api adalah musuh kamu, apabila kamu hendak tidur, maka padamkanlah api itu terlebih dahulu."


5821 -  Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tutuplah tempat air kalian, pintu rumah kalian, dan matikanlah lampu kalian, kerana binatang-binatang berbahaya bila datang dapat menarik sumbu lampu sehingga menyebabkan kebakaran yang membunuh penghuni rumah." 

Dan ada keburukan bila tidur buka lampu

Bahaya tidur dalam keadaan gelap


Tu tak tau la kan. Tapi tak boleh halang orang sebab ada sesetengah kita yang penakut bila tidur dalam gelap. Ikut hak masing-masing kan.
hai assalammualaikum

Brim 2017 Lulus, Duit Dah Masuk Bank

Sana sini sibuk dengan Brim. Nad pun sibuk juga, tapi takdela update status bagai. Cuma bila dah ada tu baru buat status. Setiap hari baca Brim dalam proses, Brim Dah lulus duit tak masuk. Semalam pulak, kisah Brim tidak lulus disebabakan SSM, tidak ada pengesahan pendapatan pemohon atau pasangan. Semua ni nad dah pernah rasa. Sebab tu kadang malas nak bising-bising. Kalau dapat syukur, tak dapat takpela.





Tapi untuk tahun ni, alhamdulillah, Brim nad lulus dan dah masuk duit dalam akaun. Harini 7.3.2017. Selalu cek juga bank, ish tak masuk-masuk, harini cek, alhamdulillah, tengok jumlah duit bertambah. Tengok transaction, dia tulis Brim untuk Fasa 1. Syukur. Dapatlah tampung duit perbelanjaan surirumah ni. Yela suami kerja sendiri, dia tanggung semua dalam rumah ni. Jadi duit Brim nad dapat ni, biorlah nad simpan, biar beranak pinak. Taknak guna, taknak boros.

Nak semak Brim korang boleh pergi ke e-BRIM .

Masa bujang dulu 2014 dan 2015 nad dapat duit Brim, tapi itu untuk bujang. 2016 nad tak dapat, sebab nad dah update dekat website tulis status perkahwinan. Letak nama suami dan anak semua. Tak dapat sebab tiada pengesahan pendapatan pemohon / pasangan dan sebagainya la. Sebelum tu memang abang kandung ada cakap, kene tunjuk semua, kena pergi LHDN tu. Tap nad malas. Masa tu tak kisahla cakap tak dapat pun takpe.

Entry berkaitan : Brim 2014 , Brim 2015

Isi Borang Brim 2017 Yang Baru

Untuk tahun 2017 ni, nad kena dapatlan duit Brim, sebab nak simpan duit untuk emergency kes ke, untuk tambah pendapatan kan. Tahun baru ni nad isi borang baru, klipkan sekali kad pengenalan suami, isiteri dan anak punya mykid. Lepas tu hantar ke LHDN. Tak buat dekat laptop, takut tak dapat lagi.

Lepas waktunya, cek semakan Brim. Mula-mula cek, DALAM PROSES, leas tu dalam proses gak, lama jugakla, lepas tu tak cek..dalam beberapa minggu terdetik nak cek, alhamdulillah, LULUS, tapi duit tak masuk lagi. Setiap hari cek bank..hahhaa. Harini cek, alhamdulillah, dah masuk duit Brim untuk fasa pertama. Dapat RM400 untuk pertama. Ada tiga fasa. Syukur sangat.

Kena guna duit dengan sebaiknya.

JOM BERCUTI : KE PULAU KITA

in , , by Nadia Johari, 08:20:00
hai assalammualaikum

Sebut je " jom cuti oii ".. senyuman tu dah ada. Lagi-lagi yang ajak tu keluarga sendiri. Memang syok dapat bercuti dengan keluarga. Percutian pertama untuk tahun baru ni. Saje nak rehatkan otak yang kusut ni. Nak hirup udara segar. Suka sangat bila dapat bercuti, lagi-lagi bila pergi ke tempat yang belum jejak dna nak snagat jejak.

Percutian kali ni, kakak nad yang rancang. Macam biasalah group whatsup menjadi penghubung. Bila dia cakap tarikh sekian-sekian, nad fikir dulu, tanya suami. Mula-mula, dia cakap ok, nad pergi je dengan anak, sebab dia nak uruskan kerja dia, lepas tu dalam beberapa minggu, dia nak ikut juga..hahaha. Siapa taknak ikut kalau ke tempat cantik kan.

Dah macam nak berperang

Bila tarikh dah ditentukan, 4 dan 5 March hari untuk bercuti. Pagi semalam dah siap kemas..hahhaa. Senang bila dah kemas awal, takde kelam kabut. Malam rehat dan tunggu hari esoknya nak bertolak.

Destinasi kitaorang sekeluarga ialah Pulau. Pulau mana, hah tunggu, nad akan update gambar dulu dekat instagram dengan facebook..hehe..Ala pulau dekat je. Tapi pulau ni memnag nak sangat pergi walaupun dalam Malaysia. Teruja sebab tak pernah pergi kan.

Pulau ni sesuai la untuk mereka yang nak pergi honeymoon. Percutian bajet katakan. Semuanya, kakak nad yang uruskan. Bab resort ke hotel tak berapa pasti. Yang oenting dekat dengan pantai. Alahai dah nampak dah air biru tu. Angin meniup kencang  Dengan gaya nad yang bertopi dan berkaca mata. Fariza juga dengan baju renang dia. Nak buat macam anak Cik Ta la..hahaha..pakai baju renang semua...uuu..

Bertolak pukul 8.00 pagi, kakak terajin buat sarapan karipap dan sandwich. Cukup mengenyangkan. Perjalanan selama 3 jam. Pulau tunggu aku naa...harap cuaca baik untuk buat semua aktiviti.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2