hai assalammualaikum

Misteri Wan Peah

Siapa layan cerita TV3 pukul 10 malam, Misteri Wan Peah, kita geng..hahaha. Dari episod pertama lagi dah layan, tapi ada juga terskip. Bila terskip tu la rasa menyesal, sebab tak berapa tau jalan ceritanya. Tapi dah nak akhir-akhir ni dapat tangkap balik Misteri Wan Peah ni. Bestnya cerita ni, sebab dia seramidi, iaitu seram campur kelakar..Jadi takda bosan sangat. Cerita kita tertanya-tanya, dengan gelak ketawa dengan perangai manusia yang bermacam ragam.


Cerita ni nak kata seram, seram la juga, nak kata tak seram iye juga..hehee. Cerita ni dalam bahasa Perak. Jadi masih terngiang-ngiang cara diaorang bercakap sampai nak tertaip dalam bahasa Perak..hehe. Kisahnya cerita ni, orang ingat Wan Peah ni dah mati. Jadi apa yang diaorang nampak ingatkan hantu. Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung. Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.


Tiga orang kawan yang menghiburkan cerita tu iaitu, Yeh, Li Kelubi dan Ghani seorang yang gagap selalu dikacau dengan Wan Peah. Sampai ke besar kena hadap dengan Wan Peah...hahaa.


Nak dijadikan cerita, datang pulak Cik Siti dengan anak Aisyah dan adiknya Nurin berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah. Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung. Macam-macam yang terjadi waktu tu. Sampai kawan bertiga tu turut terlibat.

Dalam cerita ni Cik Siti ni cikgu ganti. Lepas tu ada pulak cikgu lelaki Farhan syok dengan Cik siti ni. Farhan pulak anak Tok Hashim dengan Mak Timah. Tok Hashim ni dengan Mak Timah ni ada kene mengena dengan Wan Peah..hah nampak tak cerita dia berkait..hahaha. Bila Farhan dah jatuh hati dengan Cik Siti, ada la orang yang dengkinya, iaitu Cikgu Zaiton. Tak sudah-sudah buat pedajal dekat orang..haishh..Sampai Mak Timah pun benci dengan Cik Siti. Tapi akhir sekali, Mak Timah restu juga perhubungan Farhan anaknya dengan Cik Siti.

Kisah Wan Peah pulak, sikapnya suka yang meuncul tiba-tiba dan menyorok..ahaha..siapa yang tak takut. Mula-mula jadi tanda tanya juga, betul ke dia hantu atau apa, atau dia ada saka. Wan Peah ni ada anak, Ramli lakonan CaT Farish. Ramli dah berkahwin, isterinya Yam, lakonan Zarina Zainuddin. Ramli pun jarang balik rumah, lepas tu kalau balik rumah Wan Peah, mesti nyorok-nyorok..macam mana orang tak sangka lain. Harini episod terakhir Wan Peah. Sikit-sikit tau dah kenapa dia bersikap macam tu. Tapii..Tapiiiii..kenapa dia bercakap sendiri..tu yang tadi tanda tanya..dengan siapa dia bercakap..haishhh..

Malika Cucu Betong Dalam Misteri Wan Peah

Terkejutnya, muncul pulak Malika dalam tu..hahahaa. Jadi betul la Wan Peah ada saka..dia ada sebut perjanjian, perjanjian apakahh..hah!!!..Masih misteri lagi oiiii..Malika tu siapa???..hahaha. Malika tu Sheila Rusli. Dia punya pakaian sama macam Malika dalam cerita Cucu Betong..hahaha..Sesat ke apa..hehee..Cerita Misteri Wan Peah ni dia yang buat, jadi mesti la dia nak berlakon sekali..


Ni dia Malika..hahhahaa..

Ingatkan dah terbongkar misteri dia, tapi rupanya belum lagi. Adakah Ramli anak buluh betung..jeng..jeng..jeng...hahaa..Mungkin ada part 2 Misteri Wan Peah..adoii..lambat betul nak tunggu...


hai assalammualaikum

Carrie Junior Kini Dalam Pek Isian Semula, Mudah Guna - Macam tau-tau je set mandian Fariza dah nak habis..heehe. Terima kasih Carrie Junior hantar barang mandian untuk Fariza. Barang mandian Fariza memang tak pernah campur dengan orang dewasa. Nak jaga kulit anak, mestilah pilih barang sesuai dengan dia kan. Banyak jenama mandian nad dah guna, untuk Carrie Junior ni, kali pertama nad pakai. Apa lagi, tak sabar budak comel Fariza nak mandi dengan Carrie Junior dia..hehe.

Pek Isian Semula Carrie Junior Mudah Diguna Dan Menjimatkan

Seperti yang kita tau, Carrie Junior telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi selama lebih daripada 20 tahun, Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, Carrie Junior sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Pek Fleksi Carrie Junior, Mudah Digunakan Dan Menjimatkan

Kalau sebelum ni dalam bentuk botol, kini, Carrie Junior menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih. Kalau bab-bab jimat ni memang suka la kan. Lagi-lagi aklau bentul pek isian semula ni. Memang jimat dengan harga yang berpatutan. Yela beli pek isian ni, lepas tu guna je botol apa-apa untuk guna. Tak pun, guna je dalam pek isian semula ni.

Tak Sabar Dia Nak Mandi dengan Carrie Junior

Mana satu nak buka dulu..heehhee..

Selain itu, pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan Carrie Junior Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

Wangi betul Carrie Junior ni. Suka nad dengan bau dia. Badan Fariza pun harum je selalu. Nampaknya lepas ni pakai Carrie Junior jele..hehee..Carrie Junior Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.

Harga Pek isian semula Carrie Junior ( 500 g )

Carrie Junior Baby Bath

Baby Bath : RM8.90* (Semenanjung)
                  :RM 9.30* (Sabah & Sarawak)


Carrie Junior Baby Hair And Body Wash

Hair and Body Wash ; RM9.90* in (Semenanjung)
                                 : RM 10.40* (Sabah & Sarawak)

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Wangi betul Carrie Junior ni

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. *Harga termasuk GST.

RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG NENEK TIPAH

in , by Nadia Johari, 21:08:00
hai assalammualaikum

Resepi Sambal Belacan Goreng - Hah!! selalu kita makan sambal belacan macam tu je kan. Kali ni sambal belacan ni digoreng..pergh sedapp weii.. Ni pun resepi daripada nenek Fariza iaitu nenek tipah..hehee. Biasalah, air tangan mak memang power, jadi semuanya sedap. Boleh dipraktikkan dekat rumah nanti.


Ni la rupa, sambal belacan goreng nenek tipah. Marveles ok. Tambah nasi berpinggan-pinggan kau. Bahan dia sama je macam nak buat sambal belacan sikit, tapi ada la lain sikit. Mudah je,

Ni bahan dia:
- Cili besar merah dua batang
- Cili besar hijau dua batang
- Cili padi 6 batang. ( nak lagi pedas boleh tambah)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Blender kesemua bahan cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan.
- Panaskan kuali. Sesudah panas, masukkan bahan yang diblender tadiuntuk digoreng. Goreng sehingga garing dan naik bau.
- Letak garam dan gula sedikit.
- Dah nampak garing, siap la..mudah je..
- Nak lagi sedap, letak ikan bilis, lagi terangkat..

Selamat mencuba..

SARAPAN PAGI NASI LEMAK

in , by Nadia Johari, 11:20:00
hai assalammualaikum

Sarapan Pagi Nasi Lemak - Orang cakap mudah sahaja buat nasi lemak ni, cuma cara pembuatan tu kena betul biar sedap. Kalau macam nad, selalu dah makan nasi lemak mak yang sedap tu, jadi kenala ikut resepi mak..hehee. Baru sekarang nak belajar buat nasi lemak. Selama ni kau tidur je masa mak buat sarapan, tengok-tengok pagi dah ada nasi lemak. Haritu beria nad nak buat, nak belajar..yela, bila lagi kan nak turun temurun nasi lemak mak kita.

Nasi LemakBiasa je

Memang nak buatnya senang, tapi sukatan kena betul. Kalau tak hancur la nasi lemak kau. Yang paling penting dalam nasi lemak ialah nasi dan sambalnya. Nad memang suka makan nasi lemak biasa je. Hah ni nasi lemak buatan sendiri..hehee..mak tunjuk kita ikut. Lepas tu masuk otak. Lepas tu tulis dalam blog biar tak lupa. Kalau lupa buka blog la..heehee..

Nasi berlemak..hehee..nyum..nym

Nasi
- Beras ( 4 cawan sebab keluarga besar ) . Beras dibasuh sampai bersih.
- Minyak setengah cawan
- Santan dua cawan. (Santan setengah dimasukkan bersama air. Buat dua kali benda sama).
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam
- Daun Pandan

- Nasi dimasak seperti biasa menggunakan periuk nasi.

Sambal
- Cili kering yang sudah direbus
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan sedikit

- Semua bahan ni diblender. Selepas itu masak sampai naik bau. Letak garam dan gula. Gula lebih sikit ye. Nak lagi sedap letak ikan bilis dan bawang besar dipotong mayang.

Lain-lain bahan, telur direbus, timun dipotong dan ikan bilis. Tambahan kalau nak buat kacang buatla, tapi nad tak suka..hehee. Hasilnya seperti di atas..siapp..Selamat menjamu selera dan bersarapan pagi.
hai assalammualaikum

Kekal Cantik Berseri Bersama Produk Safi Balqis Oxywhite - Wah!! Safi sekarang dah keluarkan produk terbaru. Kali ni, Safi memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.
hai assalammualaikum

Kalau sebelum ni, nak pakai inai, pakai yang dekat pokok. Sebab inai dekat pokok ni suci, semulajadi, takde bahan kimia. Punya gigih petik inai lepas tu menumbuk sampai lumat. Nak bagi merah petuanya letak nasi, letak air. Hah!! macam-macam la. Kalau sebut inai, mesti fikir kawin, asal kawin mesti nak pakai inai. Yela baru nampak oh, yang ni la pengantinnya...hahaa. Tiba-tiba teringat nad kawin pakai inai daunla. Sekarang, nak pakai inai, bila-bila pun boleh.

Nad suka pakai inai, sebab macam fefeling baru kawin..hahaha..tapi nak menumbuk tu la yang malas. Boleh berpeluh ketiak tau menumbuk inai sampai lumat tu..hahaa. Kadang teringin pakai inai yang orang jual tepi jalan tu dekat kedai kecik, tapi disebabkan teringat gambar tangan gelembung disebabkan inai yang pernah dipostkan dekat facebook, terus lupakn jela..huhu!!..Kita tak tau inai dia datang dari mana, bahan yang digunakan apa..walaupun nampak cantik tapi taknak menyesal dikemudian hari, lupakan jela!!! Sebab tu masa kawin, nad tak ambil orang yang lukis inai-inai tu walaupun dalam hati teringiinn..


Inai Daun Asli Murah : Hennaart By Mila

Sekarang dah tak risau, dah ada inai ready made yang bahannya daripada pokok dan tiada bahan kimia. Murah pulak tu. Sekarang boleh pakai inai, nak lukis ke ape ke. Inai ready made dari Mila ni memang boleh dipercayai, sebab Mila ni kawan nad juga. Inai ni memang 100% daun inai daripada pokok yang dah diadun tanpa menggunakan bahan kimia. Proses dia sama macam kita buat, tapi dia dah dimasukkan siap-siap dalam tiub bentuk kon. Jadi mudah nak digunakan. Tinggal picit je, buatla apa bentuk dekat tangan, biarkan, dah kering lama, basuh tengokla merah ke idokkk...hahaa..Bagusnya inai dari Mila ni sesuai untuk yang ada ekzema..hah!!..jadi takda bahaya pun.

Macam jiran nad, dia selalu pakai inai, sebabnya kuku dia dah tak cantik dan rosak. Jadi pakai inai, nampak cantik je, takde nampak kuku rosak. Inai dari Mila ni juga boleh merawat kuku yang rosak. Inai pokok kan, banyak bagusnya. Nad suka bau inai pokok, segar je, wangi jeee...Kadang lepas pakai inai, masa tidur pun boleh cium jari kita..hahaha.

Sebelum guna, kenalah masukkan ke dalam peti ais dahulu. Kalau nak guna kena tunggu dia cair, pastu baru boleh guna. Lupa nak tanya tujuan kenapa masuk peti ais..mungkin sebab inai dari pokok, nak bagi sentiasa segar la kot.



Ni anak buah yang tolong buatkan. Kalau nad buat sendiri memang tak jadila dengan Farizanya yang suka mengusik. Lukis la apa-apa yang nak lukis. Nasib baik anak buah kita ni kreatif sikit. Selalu dah dia main-main inai ni.

Mila kata, pakai tebal-tebal lepas tu balut. Tujuan balut ni nak bagi inai sentiasa lembab dan lambat kering, jadi inai dapat meresap lebih lama pada jari dan buatkan kuku warna akan jadi lebih pekat..Wrna inai Mila ni bergantung pada darah kita. Lepas pakai, tunggula lama sikit, biar betul-betul kering.


Tadaaa..ni la hasilnyaaa...Merah tak, merah takk..wihuuuu..Macam nak kawin je..hahha..

Inai Mila ni pun boleh digunakan untuk rambut. Hah!! korang yang suka kaler rambut, pakai inai Mila ni, suci, semulajadi. Tak yah risau pasal kimia ke apa, sebab memang takda. Boleh sahaja bawak sembahyang.

Nak tau harga berapa?? Murah je weii!!..RM10 je satu kon ni..huhuhu..Satu tiub boleh pakai untuk 10 jari. Jimat gilerr!!..Lagi jimat beli 5 kon terus sebab free postage bebeh!!...pada semuaaa yang berminat, segala pertanyaan cara guna ke korang boleh contact mila dekat 
Website: Blog Mila Ahmad
Facebook: Mila Ahmad
Instagram: Hennaart_bymila
Sms/whatsapp : 012-2531649.

Berita baik jugak untuk bakal-bakal pengantin diluar sana, Mila ada buat servis lukis inai pengantin terus ke rumah anda tau. suka tak? Untuk area batu pahat dan seangkatan dengannya dialu-alukan. Bukan takat pengantin je mak bapak pengantin adik beradik sepupu sepapat jiran sebelah kiri kanan klu nak berinai pun boleh..

Jangan lupa TAG & SHARE dgn kawan korang yg nak kahwin tu, sesiapa yang suka berinai nak fefeling pengantin baru pun bole pakai. Lagi yang tukang lukis inai di jari pengantin, korang beli inai ready made Mila ni..selamat tau..




hai assalammualaikum

Bila Mood Fariza Baik

Terima kasih yang mendoakan kesihatan Fariza. Demam kali ni, demam paling teruk juga dia alami. Sampai kena masuk ubat bontot dan masuk gas. Ni semua ujian. Alhamdulillah, doa korang semua buat kesihatan Fariza makin pulih. Bila sihat, mood dia pun baik, bila mood baik, dia mula senyum dan nak keluar jalan sendiri.



Nenek ajak jalan pergi pasaray NSK. Cari barang dapur untuk masak. Nad memang get ready bila atuk, nenek nak keluar..hehhe. Sebab selalu Fariza diajak daddy dia keluar jalan. Tapi kat kampung takde siapa nak ajak keluar..keluar dekat rumah je pun Fariza dah bosan. Bila nenek ajak pergi pasaraya, tu pun dah gembira..hahaha.

A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on


Nampak muka gembira dia. Nampak dia senyum. Kalau tak nangis je. Biasalah budak tengah demam, tak sihat badan. Bila nampak muka senyum, mommy pun gembira. Kerisauan di hati tu pun kurang. Senyum pun dah terubat hati ni. Suara masih serak lagi. Tak bercakap sebab susah nak cakap. Jadi senyum jela.

Mood dia baik, dia akan jalan sendiri. Merayau sendiri. Nad biarkan je dia..Bila nampak nangka berhenti sekejap..hahhaa. Pelik nampak nangka besar tu.

Habis beli barang dapur, jalan-jalan kedai yang ada dekat situ. Nad pun dah lama tak jalan sini. Tengokla apa patut. Nampak pulak baju dan seluar..haishh..hahaha. Nak bagi Fariza jalan je sebenarnya.

Dah puas baru balik. Terima kasih korang yang mendoakan kesihatan Fariza.

DEMAM KEBAH BATUK PULAK MENYERANG

in , by Nadia Johari, 23:57:00
hai assalammualaikum

Demam Dah Kebah, Batuk Pula Menyerang - alahaii, kesian anak mommy, Fariza ni. Demam dah pulih, tiba-tiba batuk pula. Masa demam sebelum ni, takde batuk sangat, semalam batuk makin teruk sampai hilang suara dia..sedih tengok sebab takde suara.

Suara serak dia. Fariza tau, tekak dia sakit, dia taknak cakap ape pun. Alahaii, rindu dengar suara dia. Dia jerit pun dah tak macam selalu. Jerit serak suara masa nak melekat je. Bila mood elok, dia main, tapi satu suara tak keluar..


Semalam, Fariza batuk teruk sampai tidur tak lena. Sampai nak tarik nafas, macam susah je. Disebabkan cuak, bawak pergi klinik. Doktor cakap, kahak tersekat, suara serak sebab tonsil dia luka. Tapi doktor tetap suruh masuk gas untuk cairkan kahak. Ni pun pertama kali, fariza kena masuk gas.

Masa kena masuk gas, memang dia tak senang duduk. Yela pertama kali nampak bemda tu. Nad pulak cuak pegang dia, kang berlari tak pasal-pasal. Fariza ni tenaga dia kuat. Nad dah la kecik..memang kena tahan betul-betul. Nasib baik sekejap je, sebab kahak fariza tak berapa teruk. Lepas habis masukkan gas, dia senyap..macam takda apa berlaku..haishh...Malam tu lega sikit.

Paling kesian suara dia serak. Dia memang tak cakap langsung, sebab macam tau dia susah nak cakap..rindu nak dengar becok mulut dia ni. Cepat baik sayang..mommy nak borak dengan Fariza. Rindu dengar perkataan " tole,tole,tole"..itulah bahasa alien dia..hehhee..

Doakan Fariza cepat sembuh.

MASUK UBAT BONTOT KURANGKAN DEMAM PANAS

in , by Nadia Johari, 17:40:00
hai assalammualaikum

Masuk Ubat Bontot - Masuk empat hari dia demam. Alahaii, balik kampung ingat bercuti, tapi kena jangkit demam pulak. Panas dia kejap ada kejap takda. Tu biasa, yang penting kena pantau panas dia. Semalam, tiba-tiba badan panas, dia merengek je. Bawakla pergi klinik.


Cek punya cek, yup doktor cakap badan panas. Selsema, tekak ada luka sikit. Yang lain semua ok. Lepas tu, doktor suruh baringkan dia. Ku fikirkan nak kena cucuk, rupanya dia bagi masuk ubat bontot. Pertama kali Fariza demam teruk macam ni sampai kena bagi ubat batuk. Selama ni, dia demam biasa je. Demam nak ubah perangai la ni.


Dan nad, pertama kali nampak ubat bontot ni. Selama ni tak pernah dapat atau simpan dekat rumah. Ada baca mak-mak bubuh ubat bontot bila anak demam. Ubat bontot untuk kurangkan demam panas dari melarat. Langkah berjaga-jaga.

Ubat bontot ni sesuai diambil untuk demam yang suhunya agak tinggi contohnya 38°Celcius ke atas. Kalau suhu kurang, ambil ubat demam biasa je. Macam nurse klinik nad pergi tu pesan, kalau nak bagi ubat bontot jangan bagi ubat demam sekali. Tunggu 6 jam baru boleh bagi ubat demma kalau dah masukkan ubat bontot.

Nampaknya nad kena belajar cara nak masukkan ubat bontot ni.
hai assalammualaikum

Azam dan Pencapaian

Setiap tahun pasti akan ada keazaman yang ingin dicapai. Setiap individu memiliki azam yang berbeza, ada yang nak kurus, ada yang nak berjaya, ada yang berubah kepada yang lebih baik, namun kadangkala ia sukar untuk dicapai.

Untuk memberi keyakinan kepada mereka, Pharmaton ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangat untuk mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta baik sepanjang tahun ini !


Kempen "Reward You Achivement": Pharmaton Beri Ganjaran Atas Kejayaan Anda!!!

Pharmaton memberi semangat semula kepada mereka yang ingin mencapai azam mereka dengan memperkenalkan kempen terbaru, iaitu "Reward Your Achievement" yang mengalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan di samping memberi rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya.


"Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki Pharmaton®- menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahteraan diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia untuk bersama anda dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,” kata Cik Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.


15 orang rakyat Malaysia yang terpilih akan di taja Pharmaton dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan iaitu kesihatan, pembangunan diri serta mengembara.


Untuk tambah lebih yakin dan keterujaan lagi, salah seorang daripada 15 orang pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama Chef Selebriti dan duta jenama Pharmaton iaitu Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.

Sherson Lian yan dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan personsifikasi sempurna seorang penguna Pharmaton. Komited juga untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.

Kalau berminat, jom sertai peraduan kempen “Reward Your Achievement” oleh Pharmaton. Untuk sertai peraduan, sila ambil borang di mana-mana kedai atau farmasi yang terlibat kemudian nyatakan kurang dari 30 patah perkataan mengapa anda layak untuk menang.

Jangan lupa untuk hantar borang pada kotak pengumpulan yang disediakan atau secara mudahnya boleh terus menghantar mesej pesanan WhatsApp ke nombor 017 – 235 2960 untuk menyertai.

Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Untuk lebih maklumat sila layari www.pharmaton.com.my


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2