hai assalammualaikum

Ramai cakap," kenapa tak belikan Fariza rantai, gelang emas, kan cantik, baru nampak perempuan..". Memang sebenarnya nad pernah terfikir nak belikan Fariza rantai atau gelang emas, nampak comel bila anak perempuan pakai, tapi disebabkan takut emas tu hilang atau dicuri orang tanpa kita perasan kan nayaa..Yela budak ni tak duduk diam. Tangan tu kadang tarik-tarik tali rantai atau gelang. Kalau dah hilang, menangis tak berlagu oii..dahla mahal emas sekarang.


Rantai Leher Silver ukir Nama Sadur Emas

Jadinya kita belikan dia sadur emas jela..hehee.Siap boleh reka nama lagi. Ingat tak nad pernah sebut pasal Asia Silver Shop. Hah dekat situla nad tempah rantai ukir nama emas sadur Fariza ni. Tengok, cantik kann!!..Nad sendiri jeles tengoknya. Bila tengok rantai ni, macam emas betul kan, tapi sebenarnya tak. Ni Rantai Leher Emas Sadur je...ada nad post dekat instagram, ingat emas betul..hehhee..


Nampak tak design dia, bahagian atas titik-titik, bawah biasa je.. serius cantik. Suka sangat tengok. Tengok pada design, memang tak percaya, sebab murah sangat.

Asia Silver merupakan kedai yang menjual barang kemas ukir nama. Ada macam-macam jenis barang kemas Asia Silver jual, bukan setakat rantai, tapi ada cincin, gelang, subang, rantai kaki, brooch, butang baju melayu, neck tie clip, keychain, loket dan lain-lain yang sesuai untuk dipakai kanak-kanak mahupun dewasa. Nampak tak bukan barang perempuan je, tapi lelaki pun ada.

Barang kemas Asi Silver Shop ada jual emas sadur dan juga perak bersadur emas. Kedai Asia Silver berada di Kelantan, tapi kalau jauh, boleh je buat tempahan melalui online. Untuk Rantai Leher Silver Ukir Nama Sadur Emas Fariza punya ni, Nad tempah secara online. Mudah je.



Makin Comel anak perempuan kita bila pakai. raya nanti bolehlah bergaya denga rantai leher emas sadur ni siap dengan ukiran nama dia.


Barang kemas di Asia Silver ada dijual secara custome made dan ada juga pre order. Kalau tak tau nak custom macam mana, boleh buat pilihan design yang sedia ada. Semuanya cantik-cantik. Macam nad, nad pilih mana yang ada dekat situ. Nak custom tak tau..hehee. Pilih punya pilih, maka terhasil la rantai emas sadur dengan ada ukiran nama Fariza ni..lawa kan..

Masa nad tempah, nad terangkan nak tali macam ni, nak huruf macam tu..Biasalah nak terbaik untuk anak perempuan kita. Asia Silver memang memberi perkhidmatan layanan yang baik, dia layan je apa yang nad nak. Selesai buat tempahan, dalam masa seminggu dah sampai dekat rumah..cepat je kan..Nad dapat pun sama macam apa yang nak..terbaikk la Asia Silver.

Asia Silver shop juga ada menyertai beberapa booth jualan seperti Timur Fest, Wedding Fest, Meriah Raya Bazaar dan banyak lagi. Korang boleh baca entry ni Barang Kemas Perak Ukir Nama Dari Asia Silver Shop Murah dan Cantik Pilihan Wanita.

Nad tau, lepas tengok rantai leher Fariza mesti korang berkenan juga kan, barang kemas ni boleh je dijadikan hadiah untuk teman wanita, teman lelaki, mak, ayah, adik, anak buah, eh semua, untuk diri sendiri pun boleh sebagai koleksi kan..hhaa..ape lagi..cepat-cepat pergi terjah..

Jangan lupa, masa nak tempah, korang cakap korang dari pembaca blog Miszrockers, atau Nadia Johari, ada diskaun tau..hehehe..

Untuk pembelian secara online pun boleh.  Keterangan lanjut korang boleh layari.
Website: http://www.asiasilver.com.my/
Facebook :  https://www.facebook.com/asiasilvershop/
Page untuk produk ready made:  https://www.facebook.com/asiasilvercc/
Instagram:  @asiasilver
official Instagram :  asiasilverhq_official
num telefon: 016 940 3330 (sha) – produk custom made
012 813 7330 (azi)-customer service
017-9496330 (fatin)-produk ready made





hai assalammualaikum

Mula-mula tengok iklan, biasa je, lepas tu kerap keluar iklan, makin tertelan air liur pulak. Iklan Ayam Goreng Mcd memang buat orang tak keruan, mana taknya tengok cara diaorang makan, nampak sedap, dengan bunyi kerangupan ayam tu, "kruk,kruk,kruk"...tak tertahan dibuatnya.


Keinginan nak membeli tu, mulanya takde lagi, sebab takut tak sama macam iklan, tunggu pendapat orang lain dulu, ok ke tak. Lepas tu, ramai update kat media sosial, betapa sedapnya ayam goreng Mcd ni..sampai ada Mcdonald yang kehabisan stok ayam goreng ni..perghh!! Nampaknya apa yang digambarkan di iklan memang sama..hahaha..nad pulak tak keruan..haishhh..(telan air liur lagi)..

Ayam Goreng Mcd Memang Sedap, dan Pedas

Akhirnya, akhirnya..dapat juga makan ayam goreng Mcd..hahaha..(gelak besar)..haritu nad pergi event dekat Maju Junction, dah terdatang awal, perut lapar, mr mafia ajak pergi MARA. Lepas tu dia cakap, nak makan..nad ok je..pilihan kitaorang masatu Mcdonalds.

Nad apa lagi, terus cakap " nak ayam goreng Mcd..pedas ye"..ingatkan kat sini pun stok habis..nasib baik, ada..hahaha..suka-suka..orang lain cari punya susah..sampai sekarang ada yang cakap stok habis..susah nak dapat..kira nad bertuahla dapat rasa masa tu..


Mr mafia beli dua ketul, je dulu. Nak rasa, betul ke sedap. Satu untuk dia , satu untuk nad. Gigitan pertama, walaa!!!..sedapp...gigitan seterusnya marbelouss...pedas...berasap, berhingus semua ada...fuhh...memang takyah sos...dah memang pedas...

Ayam Goreng Mcd ni memang cukup rasa, cukup semuanya la..patutla laris. Sebelum ni nad jarang makan ayam goreng Mcd, selalu makan burger je..tak sangka. Iklan dia memang menjadi...terbaikk...


Anak kita pun makan..hahaha..tengoknreaksi dia dekat video ni..


Malam tadi kali kedua makan..disebabkan sedap mr mafia beli 5 ketul ayam..kau nampak..Korang yang belum rasa, sila rasa...sedapp...
hai assalammualaikum

Seronoknyaa nad dapat produk skincare terbaru dari Tony Moly..excited sangat masa dapat. Lagipun, jenama Tony Moly memang dah lama di pasaran dan dipercayai. Tony Moly merupakan produk kecantikan dari korea yang merangkumi penjagaan badan, penjagaan wajah dan makeup.


Untuk pengetahuan korang, Tony Moly telah melancarkan  TONY MOLY New Arrival Products & E-store Opening di www.tonymoly.com.my pada 31.3.2017. Jadi, korang yang menggunakan produk Tony Moly, dah boleh dapatkan produk diaorang di website mereka..cepat-cepat buka website tu, sebab ada produk terbaru dari Tony Moly antaranya yang nad terima ni iaitu Floria Skin Care Set with Argan Oil.


Floria Skin Care Set With Argan Oil

Floria Skin Care Set ni merupakan produk terbaru dari Tony Moly yang datang dari Korea. Ia merangkumi Toner dan Cream muka.  terdapat saiz besar dan saiz kecik trial punya. Yang trial tu sesuai kalau nak pergi travel dan di bawa ke mana sahaja.



i) Tony Moly Floria Nutra Energy Toner 145ml
ii) Tony Moly Floria Nutra Energy Emulsion 145ml
iii) Tony Moly Floria Nutra Energy Toner ( Trial/Travel) 20ml
iv) Tony Moly Floria Nutra Energy Emulsion (Trial/Travel) 20ml

Floris Skin Care Set ni sesuai untuk kulit yang kering dan sensitif, macam kulit nad la. Memang sangat sensitif. Kurang tidur, silap makan, akan datangla masalah dekat muka terutama jerawat. Jadi nad pun sapu toner dan Emulsion cream dekat muka untuk mengekalkan kelembapan kulit muka dan melembutkan kulit. Setakat ni, nad pakai, ia sesuai dengan kulit nad.


Tony Moly Floria Nutra Energy Toner merupakan hydrating toner yang memberi tenaga kepada kulit.Ia juga mengandungi hazel yang merawat kulit sensitif.Ia bertindak sebagai nutrasi kepada kulit wajah yang kelesuan.


Tony Moly Floria Nutra Energy Emulsion pula bertindak sebagai pelembab. Membekalkan nutrisi dan kelembapan dan menggantikan sel kulit mati kepada kulit yang lebih sihat.

Kelebihan produk Floria Skin Care ni dia mengandungi Argan Oil, yang mana kita tau, argan oil ni banyak khasiatnya. Selain tu, bahan yang ada ialah bahan-bahan semulajadi seperti witch hazel,safflower water, resurrection plant, eternal P, phyto oligo dan naturally-derived oil complex. Kesemua bahan ni mempunyai kebaikan masing-masing untuk membantu dan melindungi kulit muka kita.

Jadi korang yang kulit sensitif dan kering tu, cubala pakai Floria Skin Care ni. Mudah je nak pakai, selepas membersihkan wajah sapukan toner pada wajah dan leher.Kemudian, sapukan pula Emulsion rata ke bahagian wajah dan muka. Hanya dua benda ni sahaja mampu membantu masalah kulit.


Percuma Voucher RM20 

Korang nak juga shoping, ni ada berita gembira..untuk 10 orang terawal. Guna code voucher #NadiaVTonyMoly , akan dapat RM20 cash voucher on each purchase item

Cash your redemption T&C
- one email per voucher code
- first come first serve
- with no min purchase condition
- validity until 15 April




Cepat-cepat, dah nak 15 Aprl dah oiii...sebelum terlambat..sekarang website Tony Moly tengah ada diskaun. Penghantaran percuma dengan pembelian RM60 ke-atas serta hadiah-hadiah percuma untuk dimiliki. Boleh layari


Ade set Pokemon yang kiut miut ni..rambang mata nad tengokk...

hai assalammualaikum

Dua Perbezaan Pembuka Tin - Kalau sebelum ni, nad buka tin guna yang jenis mata satu tu je. Ketuk lepas tu tolak-tolak. Memang payah ler nak buka tin. Kalau nak buka tin je, suruh mak buka, tenaga nad tak kuat..hahaa..mengada kan nad. Masa tu tak kenal lagi pembuka tin yang jenis macam sekarang nad ada. Biasalah duduk kampung, mana nak kenal benda-benda macam ni, kalau nampak pun tak reti guna.


Perbezaan Dua Pembuka Tin, Mana Satu Pilihanku??

Sampailah dah kawin, suami belikan pembuka tin yang memudahkan untuk membuka tin. Yang warna kelabu tu, pembuka tin yang suami beli masa mula-mula kawin. Jenis besi kau. Dahla berat. Masa dia beli pun, nad tengok macam pelik je..hahaa. Nak guna pun tak tau, main guna jela. Masa tu lupa nak tengok tutorial dekat youtube atau apa. Biasalah nak tunjuk kita tau la kononnya..hampehh!!..Guna pun sampai hancur benda tu..adoii..


Yang warna hijau tu, baru beli minggu lepas. Sebabnya cakap dekat suami, yang pembuka tin kelabu besi tu dah rosak..hahaa. Mr mafia jenis tak kisah, kalau nak mudahkan isteri, dia memang tak cakap banyak. Mana senang bagi isteri, dia tak kisah belikan. Yang hijau nad panggil Soft Can Opener, sebab dia ringan dan soft je. Yang kelabu tu na panggil hard can opener..hahaa..

Pembuka tin warna hijau tu Nad beli dekat Tesco. Nad ambil warna hijau sebab tema dapur warna hijau. jadi cantikla kalau semua benda sama je kan..hijauuu jee...hahaa.




Sampai rumah terus cuba. Nampak tak terujanya kita. Dekat plastik dia takda tunjukkan caranya, masa tu la kita tengok youtube..hahaa. Memang senang nak gunakannya. Dahla ringan, plastik dan selamat nak digunakannya berbanding warna kelabu tu. Caranya nak gunakannya pun memang senang, cuma buka luas-luas tempat kepit tu, lepas tu halakan ke penutup tin. Pastu ketip balik sampai terlekat, dan pusing la.


Bestnya warna hijau ni, dia buka penutup dekat bahagian bawah tau, kalau macam yang kelabu tu, dia buka bahagian atas, jadi bergerigi dan merbahaya kalau nak buka penutup. Yela, mana tau terkena jari ke, dah terluka. yang warna hijau ni dia selamat dan terbuka penuh bahagian bawah..ish nak terangkan pun susah..korang tengokla video nad tu..

Memang mudah sangat. Nak buka tin pun dah senang. Nad cadang nak belikan untuk mak satu. senang mak lepas ni nak buka tin, tak perlu lagi nak ketuk dan guna tenaga yang banyak. mak masih gunakan cara lama. Nanti nak belikan untuk mak warna hijau juga..hehee...

Korang ada guna pembuka tin macam ni..kalau belum baik beli..yang warna hijau tu tau..terbaikk..
hai assalammualaikum

Selalu nampak orang post milo cube dengan biskut gery ni, dekat facebook dengan instagram. Nak tau jugak rasa dia macam mana. Sedap ke?? Benda viral dan baru ni orang mesti nak cuba..termasukla nad sendiri. Haritu pulak, kawan blogger si Syahirah Sabri ade post dia jual milo cube dengan biskut gery. Tanpa berlengah, nad pun order dengan dia, dah alang-alang dia ada dua benda makanan viral ni kan..Harga milo cube tu boleh tahan, biskut gery yang murah..


Milo Energy Cube

Selalu kita kunyah milo serbuk tu kan, hah yang ni milo serbuk yang telah dimampatkan dan dikeraskan. Nad pun dah lama tak kunyah milo serbuk, sebab tekak tak boleh nak terima manis sangat. Tapi entah kenapa nak cuba rasa milo cube ni..hahaha. Tengok gamabr macam besar, rupanya kecik je oii..hahahaa. Terkejut masa dapat..kahkahkah..harga boleh tahan..macam tak padan betul bentuk dengan harga..takpela..dah dapat rsa ni cukupla..lepas ni takde beli lagi..hahaa..



Tengokla saiz dia, kecik je. Saiz 5 sen punya duit..kihkih..Kalau korang yang suka kunyah manis-manis ni, memang cepat habisla bila makannya. Macam nad, memang makan dua tiga ketul je sehari. Jadi lambatla habisnya..


Bagi nad, milo cube ni, sedapnya sebab dia dah keras dan mampat. Jadi senang nak makan. Dalam fikiran nad, ni kalau buat air memang guna banyak cube ni..haahaa.

Antara milo serbuk dengan milo cube, milo serbuk sedap sikit. Pulak tu milo serbuk murah..hahahaa..


Biskut Gery

Yang ni pulak biskut Gery. Biskut Gery ni ada tiga perisa ok, nad ingat ada dua je perisa dia. Geri cheese, Gery coklat dan Geri Kelapa. Yang kelapa tu kawan nad yang bagitau..Memang jarang orang post biskut Gery Kelapa kan. Antara ketiga-tiga perisa ni, nad beli yang Gery Coklat. Sebab tekak boleh terima coklat je, lain tak boleh. Cheese pun tengok keadaan, kalau kek memng boleh lagi terima cheese..


Biskut ni murah, tapi dalamnya tak banyak. Korang boleh tengok dekat gamabr, berapa je ada. Memang sedap. Yang ni nad beli dua bungkus je. Sebab dah beli milo cube, nak beli banyak bungkus kena banyak duit kan..hahaa. Tak cukup duit beli sikit jela..

Biskut Gery ni bergula, dan disalut coklat. sedap, memang sedap..Lepas ni beli biskut gery lebih sikit..ahahaa..

Ini pendapat ikut tekak nad, korang punya tekak mesti lain kan..ehhee..Tak kisah, yang penting kita dah merasa kann..

Lepas ni ape pulak viral..huhuhu..
hai assalammualaikum

Mengimbau kembali saat memliih butik pengantin di pameran pengantin

Teringat dulu, masa nad nak kawin, Masa tu memang dah last minit persiapan, nak pergi kedai butik memang tak sempat. Nak fikir cenderahati memang tak dapat buat sebab sibuk dengan kerja semua. Jadinya pilihan yang ada, pergi ke Pameran Pengantin, iaitu Malaysia Wedding Festival. Seingat nad, masa nad pergi MEFA, dibuat di SACC Mall Shah Alam. Dekat Malaysia Wedding Festival (MEFA) ni la nad dapatkan butik pengantin, dan cenderahati. Sebab masa ni, diaorang akan promote harga murah berbanding biasa. Masa tu memang lega, semua dah setel..hehee.

MEFA di SACC Shah Alam Mei ni

Malaysia Wedding Festival ( MEFA ) Di SACC Shah Alam

Memang setiap tahun Malaysia Wedding Festival ( MEFA ) akan buat pameran pengantin untuk bakal pengantin di luar sana. Kepada bakal pengantin di luar sana, ni nad nak bagitau, Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan kembali  pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Ini adalah kali ke-16 Mefa Events menganjurkan pameran pengantin di sini dan pastinya ia dinantikan oleh semua bakal pengantin di luar sana kan. Sebabnya pelbagai tawaran  sehingga 70% diskaun pakej pengantin. Dikatakan diskaun ni hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam. Jangan lepaskan peluang ok!!..

Sebab perlu datang Malaysia Wedding Festival ( MEFA) ni, bakal pengantin boleh mencari idea, atau contoh dekorasi untuk mejlis perkahwinan nanti. Mana tau ada yang berkenan yang tempat lain susah nak dapat kan. Festival pengantin ini membantu bakal-bakal pengantin untuk melakukan
persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre
Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan
perkahwinan dan pelbagai lagi.

Dekorasi Pelamin

Banyak vendor yang akan turut serta

Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi. Memang banyak pilihan yang korang akan nampak, dan semua akan buat korang rambang mata, macam nad dulu..hahaa..Tapi, korang juga kena bijak memilih mengikut kemampuan korang. Masa ni la korang dapat buat pilihan, nak cari pakej perkahwinan yang murah.

Paling penting setiap vendor yang mempromosikan produk di MEFA adalah yang dipercayai kerana pihak penganjur akan menapis terlebih dahulu senarai vendor yang ingin menyertai pameran kali ini. Jadi takdelah isu mua makeup tak elok ke, photographer lari ke, catering tak datang ke..kann..takank kita jadi macam tu di hari perkahwinan kita. Suatu perkahwinan biarlah yan terindah dan menjadi 1001 kenangan manis dalam diri kita.

Pelbagai hadiah untuk dimenangi

Apa yang menarik lagi tentang festival kali ini, dengan setiap tempahan mana-mana pakej
minima RM500 (terkumpul) di MEFA, bakal-bakal pengantin berpeluang memenangi hadiah
cabutan bertuah seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan sekurangkurangkan
coklat. Yang penting, setiap tempahan wajib dapat hadiah. Woww!!!, tu diaa..dapat hadiah lagi tau..

Pertunjukan fesyen dan pertandingan MUA akan diadakan

Mereka yang gemar melihat busana pengantin, makeup artist jangan ketinggalan untuk melihat pertunjukan fesyen, pertandingan makeup artist yang akan diadakan pada hari sabtu dan ahad. MEFA akan membuat pertunjukan tersebut pada 13 Mei dan 14 Mei. Masa ni, mungkin korang dapat tengok baju pengantin dengan design yang menarik dan lawa. Perkara penting bagi kaum perempuan mestila makeup, hah!!, suka tengok orang dimakeupkan, boleh datang tengok pertandingan makeup tu. Mana tau tergoda dengan MUA tu, dan nak ambil sebagai mekap kawin nanti kan..Memang nad cakap, korang bakal pengantin di luar sana, jangan lepaskan festival perkahwinan MEFA ni.

Untuk memudahkan pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, penganjur akan menyediakan
maklumat terkini melalui saluran sosial media di Instagram iaitu MEFAPENGANTIN, Facebook:
Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan juga laman web iaitu www.mefa.my

Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi En Azahari di talian
012 – 387 1775.
Website: www.mefa.my
Facebook: www.fb.com/mefaevent
Instagram: www.instagram.com/mefapengantin
hai assalammualaikum

Percutian 2 hari 1 malam di Pangkor memang best weii!!..Nad rasa tak cukup lagi walaupun banyak aktiviti yang kitaorang dah buat. Macam ada lagi benda tertinggal..hahahaa..Macam tu la kan bila dapat bercuti..keseronokan takkan hilang..Masih terbayang lagi laut dekat Pangkor tu..hahaha..
hai assalammualaikum

Aktiviti Best Dan Tempat Menarik Di Pulau Pangkor Yang Wajib Dikunjungi - Masa hari pertama datang ke Pulau Pangkor pun dah macam-macam aktiviti nad dengan keluarga buat, sambung pulak untuk hari kedua. Apa yang menarik boleh dilakukan dekat Pulau Pangkor memnag takkan dilepaskan. Bila dah datang, wajibla buat semua, kalau tak bila lagi nak datang kannn.

Boleh baca artikel sebelum ni :
Pulau Pangkor Destinasi Percutian
Makan Malam Di Ikan Bakar Shema Hashim Pulau Pangkor.
hai assalammualaikum

Panjang nad bercerita sesampainya ke Pulau Pangkor. Biasalah, kalau dah namanya bercuti mestilah panjang berjela..hahaa. Dengan gambarnya, dengan ceritanya. Kang buat satu entry, dah macam buat buku je..heehe. Ok, cerita sesudah sampai ke Pulau Pangkor untuk di siang hari sudah di cerita dalam entry sebelum ni. Sekarang nak cerita untuk waktu malam pulak.

Artikel berkaitan : Pulau Pangkor Destinasi Percutian


Lepas je selesai aktiviti siang,masing-masing balik bilik rehatkan badan. Malam pulak, nak pergi makan, sebab lapar. Dah namanya Pulau Pangkor, mestilah makan seafood. Kedai ni akak nad yang tempah siap-siap dah siang tadi. Memang banyak kedai makan dekat sini, korang kena pandai-pandai pilih la ye. Ada kawan nad, kedai tak tunjuk harga bagai, makan biasa je sekali cas giler mahal. Kedai pilihan kitaorang Gerai No 8. Sangat murah tempat ni. Makanan pun sedap.
hai assalammualaikum

Last nad pergi bercuti sebelum kawin, tu pun pergi dengan kawan kerja. Lepas tu masa kawin pergi ke Legoland Johor, itu pun atas dasar kerja sebagai blogger. Impian nad, untuk 2017 ni memang nak pergi bercuti. Bercuti untuk rehatkan minda dan pergi ke tempat yang belum dituju. Alhamdulillah termakbul juga untuk bercuti ke tempat yang belum pernah jejak. memang teruja habis. Kalau sebut bercuti memang nad la orang paling gembira..hahaa..sebab memang belum pernah merasa bercuti jauh ni. Senang cerita, jarang sangat pergi bercuti ni atau travel sana sini.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2