hai assalammualaikum



Kau tengok swimming pool dia, besttt gilerrr!!..cantik betul, bercermin lagi..memang swimming ni mengajak, memanggil-manggil suruh duduk dekat hotel ni weii!!..haahhha..Hotel ni nad dapat booking dengan harga bawah RM200 untuk 2 hari 1 malam. Berbaloi la weiii..baca sampai bawahh tau..sebab hotel ni memang best..mewahh gilerr!!..hhaaa..nad memang teruja kejap kalau dapat bercuti ni..hahaha..


Ingat tak nad pergi Ipoh haritu..Huishh macam-macam tempat menarik ada dekat Ipoh, tapi tak sempat nak jalan-jalan Ipoh. Pergi Ipoh pun sebab temankan suami bekerja dekat situ. Suami kerja, nad dengan Fariza bercuti laa..hahaa. Hari Sabtu nak pergi Ipoh, hari Khamis baru booking hotel. Hotel yang dicari wajib ada swimming pool. Sebab nanti suami kerja, kitaorang duduk dekat hotel, buat apa yang patut..mandi kolam kan..hehee..takdela bosan sangat.

Nad cari dengan menggunakan website Traveloka. Sebab Traveloka asyik bagi code diskaun je..selama ni takda nak booking mana-mana hotel, hah!!, bila dah dapat situasi macam ni, apa lagi gunala kan...hehee. Mulalah buka website Traveloka nak tengok hotel mana yang best nak duduk dekat Ipoh tu. Mulanya mr mafia nak duduk dekat Majestic Hotel, tapi macam tak best je..lepas tu nad tengok satu-satu hotel dekat Traveloka tu dan jumpa Kinta Riverfront Hotel And Suites..waahh!! cantikk..tengok bilik, tengok apa lagi yang menarik dekat hotel tu. Yang penting swimming pool dia kau!!..swimming tu memanggil-manggil suruh datang dan menyelam dekat dia..hahhaa...



Terus cakap dengan mr mafia, rupanya dia pun cadang hotel yang sama..hahaha.Apa lagi terus booking. Nad guna code yang nad dapat. Korang boleh tengok dekat gambar. Harga asal dalam RM200 tapi lepas guna code diskaun, dapatla RM188..wihuuu...siap booking esok telefon confirmkan, ada tak nama, Yela pertama kali nad guna Traveloka booking hotel ni, apa-apa kena call juga. Kang nama tak tersenarai..mampus tidur dalam kereta...kihkih..

Hari Sabtu bergerak ke Ipoh. Perjalanan 3 jam oii..sakit bontot. Masa dalam perjalanan nampak la tempat-tempat yang nad google dekat Ipoh. Macam Gunung Lang, Mahkamah, Muzium, Stesen Keretapi tu, semuanya dekat-dekat je, tapi memnadangkan suami bekerja dekat situ, terus pergi tempat kerja dia. Mr mafia ambil gamabr dekat Tabung Haji Ipoh tu. Pagi tu temankan mr mafia buat kerja.

Dalam pukul 2 petang macam tu, kitaorang nak gerak ke Hotel Kinta Riverfront. Mr mafia kesian dengan nad dan Fariza tunggu lama dia bekerja. Sebelum pergi ke hotel, kitaorang makan dulu dekat kedai mamak. Dah kenyang baru pergi ke Hotel. Pergi awal sikit biar senang, walaupun check in pukul 3 petang.


Kinta Riverfront Hotel And Suites



Tengok luar bangunan biasa je, tapi dalam dia, cantikkk ooo..luas giler. Semua staff dekat situ peramah betul. nad pun check in, cek nama semua. Dah selesai semua tu dia bagi kunci dan boleh naik bilik. Yeahh!!!..jom tidur hotel..haaha.. Parking boleh claim kau. Jadi percuma jela parking tu.



Tengokla sekitar tempat Reception ni, ada piano, hiasan basikal..

Dekat bawah ni banyak Restoran Chinese. Dekat luar ada kedai 7 Eleven. Kalau nak beli jajan, atau snek atau kudapan apa sahaja, bolehla pergi situ..Jangan risau juga, dekat depan hotel ni ada tempat menarik..lapar boleh pergi situ..hah!!, baca sampai bawah ape tempat tu..



Nad dapat bilik tingkat 7..bilik Deluxe Room..Wah!! naik lif nak ke bilik kita scan je card dekat situ. Nanti terus dia bawak ke tingkat bilik kita.


Yeahh!!,,ni la bilik nad..wihuuu!!..Bilik Deluxe Room..Masuk-masuk je terus sebut wowwww!!!..besarnyaaaa!!...bestnyaa!!!..serius weiii..bersih, kemas, memang nampak ekslusif habis..Katil tu besar weii..empuk pulak tu..



Cermin untuk nad bersolek..kihkih..Ada pengering rambut lagi..suka pulak kita dengan pengering rambut ni..sampai suruh mr mafia belikan..hahaa..


Kerusi mengadap pemandangan. Tu dia big boss kecik..



Yang paling teruja sangat..bilik air dia..fuhh..macam orang kaya kauu..Ada tab lagi..tu yang best..haha..dah lama tak mandi dekat tab ni..Dekat sini, semua dah disediakan, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu tuala, segalanya la...lengkap weii..



Masuk je dalam hotel, mr mafia dengan Fariza terus mandi dekat tab..memang dua beranak tu tak menyabar.


Korang nampak tak, macam Frame kan..hahaa..tapi tu la tingkap antara katil dengan bilik air..hahaa..boleh tengok lagi..Ni bagi tunjuk anak kita jela..hahaa..selamat kalau dia mandi sorang-sorang..kah!!.mommy tengok dari situ je..Kalau laki bini..oopsss..hahaa..seksiiii ooooo...


Bilik ni memang luas dan besar..Tengokla tu Fariza, dia siap tulis buku landing lagi..nampak sangat tak luasnya..boleh masuk lagi dalam dua atau tiga orang gitu..ni anak ramai pun bolhe, tidur bawah bentang toto..hahha..Carpet dia pun lembut je..


Bestnya, dekat sini ada Wifi Percuma..laju pulak tu..Dekat meja tu ada dia tunjuk cara nak dapatkan wifi..haahhaa..ikut jela step-step dia..


Kau tengok dia punya plug, bukan main hebat lagi. Suka betul nengoknya. Lepas tu kalau lapar boleh je order apa-apa yang tertera dekat kertas situ..Call je,nanti makanan sampai.





Kemudahan lain yang ada dalam bilik tu:
- 32 "TV LCD skrin rata. Cerita dia dari TV1 sampaila ada astro tak silap..lupa pulak..sebab malam tu tengok cerita orang putih. Jangan risau, ada channel dia bagi..heehe..
- Bar mini dengan peti sejuk.
- Kemudahan membuat kopi / teh
- Penimbang
- pendingin hawa Kawalan individu
- Seterika dan papan seterika
- Servis bilik


Dalam pukul 4 petang mr mafia masuk kerja semula. Dia ambil gambar sampai ke malam kau..makanya nad dengan Fariza duduk je dalam hotel, tengok apa yang ada.

Kenny Gym

Ni yang menarik, pergi tingkat 5 ada Gym dengan swimming pool..hihuhuuu..suka betul nengoknya..tak sabar nak berendam. Tapi masa tu hujan, makanya nad dengan Fariza pergi Gym je waktu tu. Nak masuk sini free je siapa yang stay dekat hotel ni..apa lagi kitaorang pun masukla..hehee..







Gelagat anak kita main..hahaha..beria nak angkat besi tu..ingat ringan..hehe


Riverwalk Kinta Riverfront seperti I-City

Malam tu, dalam pukul 11 malam, mr mafia balik. Kitaorang cari makanan dekat Luar. kalau korang nak tau, depan Hotel ni ada Kinta Riverfront seperti I-City dengan pohon-pohon lampu berwarna warni, kawasan pesisir sungai Kinta. Di kawasan ini terdapat kafe-kafe yang menghidangkan makanan Melayu dan Barat, galeri lukisan dan gerai pelbagai mainan waktu malam untuk kanak-kanak.


Disinari lampu-lampu berkerlipan, aroma makanan yang menyelerakan dan gelak ketawa pengunjung menunggang basikal pada waktu malam, kawasan kecil ini ideal sebagai tempat riadah untuk anda menghirup udara malam bersama keluarga di bandar Ipoh. Walaupun malam tu nad pergi dah maalm dan hujan renyai-renyai, tapi amsih ada orang lagi. Lampu tak banyak buka sebab apa tak tau.



Ada jambatan gantung menuju ke sebelah sana. Belah sana ada macam-macam aktiviti, tapi disebabkan dah malam, tak dapat pergi dan tengok. Dapat pergi yang ada gerai-gerai makan je, sebab dah lapar.hehe..

Malam tu balik je layan tv, tidur..lenanya tidur dekat katil empuk..

Sarapan pagi di Palong Cofee House Kinta Riverfront

Masa check in tu dia dah siap-siap bagitau ada percuma sarapan pukul 7 pagi sampai 10 pagi. Pagi tu bangunla, bersiap nak pergi saraoan. Dah dapat makan, mestilah kena makan kan..Rugi kalau tak sarapan dekat situ. Makanan pun macam-macam..nyum..nyumm..






Mermaid Swimming Pool

Yeahhh!!..inilah masanya..angkat tangan..angkat tangan hey..hahahaha..maafin..memang tak boleh tengok swimming pool ni. Cantik betul swimming pool dia..macam dekat luar negara..seronoknyaaa..unik betul..Siap bercermin kau..






Hah!!, bukan nad sorang je excited, Fariza lagi excited..Nad masukkan dia, taknak dipegang..nak jalan sendiri..amboii anak kitaaa..Nampak Fariza berdiri, sampai ke parans ketiak dia..hahaa..tu pun dia dah pandai jalan sendiri..tapi nad tengokla..nak lepas sangat..hah!!..mommy lepaskan..suka benor dia..




Kalau mandi sini, jaga-jagalah kang terselak nampak pulak dekat cermin..hahaa..tapi lawa gilerr kan swimming pool dia..enjoy habis kitaorang dekat sini..


Dah puas mandi, apa lagi, bersiaplah nak check out...kihkih..Memang terbaikla Kinta Riverfront Hotel ni..suka, suka, suka..
hai assalammualaikum

Produk Nurseri Multifunction Keluaran Babyhood Malaysia - Haritu nad dijemput untuk menghadiri event Babyhood Malaysia di Little Kingdom. Memang masuk dalam event, nampak la pelbagai katil baby yang menarik hati nad. Rasa macam nak mengandung lagi je sekarang..hahaa. Siapa yang tak suka tengok barang baby. Lagi-lagi katil baby. Dah lah cantik, comel pulak tu. Bukan satu fungsi je, tapi macam-macam fungsi boleh buat.

Kaylula 5 in 1 Sova Cot

Rasa Nak Mengandung Lepas Tengok Katil Kaylula 5 in 1 Sova Cot ( Classic and Clear )

Sebelum ni, masa dapat tau mengandung anak pertama, memang terfikir apa barang keperluan yang wajib ada untuk ibu bapa. Pernah terfikir nak beli katil baby, biar senang, tapi mr mafia cakap, nanti membazir, sebab pakai sekejap je. Tapi, lepas ternampak satu katil Kaylula ni, mr mafia boleh cakap " abang berkenan dengan katil ni, tapi dengan syarat kena ada baby la"..hahaa..paham tak maksud dia. Kalau dia kata macam tu, memang nak sangat ni..hahaha..

Syokla ada ni..main dalam tu je

Tertarik sangat tengok katil Kaylula ni. Katil ni bukan sahaja dijadikan katil, malah boleh dijadikan set meja dan kerusi. Sebab tu dia 5 in 1. Boleh pakai dari baby, lepas tu, kalau anak dah besar boleh dijadikan kerusi untuk belajar atau makan atau apa-apa sahaja. Bukan anak je boleh duduk, mak bapak pun boleh. Menarik kan!!. Kira tak membazir kalau beli katil ni. Boleh pakai sampai bila-bila. Memang multifunction dan inovatif sungguh. Beli satu katil ada banyak kegunaan.

Katil Kaylula ni ada 5 mod yang korang boleh gunakan iaitu, bassinet, cot, toddler bed, table and chairs dan playpen. Mestilah jadi ibu bapa yang bijak dalam membeli barang bayi supaya tiada pembaziran. Korang boleh tengok link SINI untuk katil Kaylula ni.

Amani 4 in 1

Classic Sleigh 4 in 1 Cot

Selain Kaylula ada juga katil Katil 4 in 1 Cot. Katil ni boleh buat untuk tidur dan tempat duduk. Katil nie hampir semuanya ada 4 mod, bassinet level, toddler lever (apabila ketingiian diturunkan), toddler bed (apabila dropside sahaja di buka) dan day bed (apabila dua-dua bahagian tepi di buka) boleh tukar sebagai tempat duduk tau, haa..menarik kan..Kesemua produk boleh digunakan dari bayi sehingga kanak-kanak dan boleh menampung berat sebanyak 90kg.

Katil Gala Cradle


Katil Buaian Gala Cradle Boleh Dipisahkan Dan Dijadikan Buian Duduk

Ada juga katil buaian ni. Buaian ni memang sesuai untuk bayi, dan ia juga sesuai untuk dijadikan buian untuk kanak-kanak. Caranya, kena pisahkan antara dua tu, dan jadilah buian duduk..


Best sangat Fariza dalam ni..Syok kene buai.

Kayu Digunakan Sangat Kukuh 

Jangan risau tentang kayu, sebab kesemua kayu yang digunakan menggunakan kayu yang bergred tinggi, sangat tahan lasak dan tidak mudah reput. Semua produk Babyhood Malaysia dihasilkan dibawah piawaian Australia dan katanya lebih ketat dari kedua-dua piawai Eropah dan Amerika Syarikat. Kayu yang digunakan telah diuji dan dipantau oleh INPAA ( Infant & Nursery Products Association Of Australia) sebuah pertubuhan yang dimiliki dan dikendali secara persendirian, badan wakil utama dalam industri nuseri Australia.

Feeding Chair

Kerusi Ibu Menyusu

Hah!!, jangan tak tau, Babyhood Malaysia ada keluarkan produk kerusi untuk ibu menyusu juga. Nad dah cuba, memang best dan lembut je kerusi tu. Memang sangat-sangat selesa dan sesuai untuk ibu menyusu. Ibu menyusu ni kalau nak susukan anak kena tenang, tak boleh stress, barula penyusuan tu berjalan dengan lancar.

Ada 4 jenis kerusi menyusu ni iaitu Diva Glider , Manhattan Gilder ,Sovereign Glider
Savannah Glider. Boleh pilih mengikut saiz dan keselesaan korang.

Selalu proses penyusuan kita dengan posisi yang salah, menyebabkan penyusuan tu jadi tak selesa. Sampai boleh menyebabkan sakit pinggang. Disebabkan itu, maka terciptalah kerusi Feeding Chair ni untuk ibu yang menyusukan anak. Kerusi Feeding Chair ni bukan statik je tau, tapi boleh diselaraskan mengikut keselesaan kita. Ada tu kerusi siap boleh buai lagi..syok giler..Tu bukan anak je tidur masa menyusu, mak pun boleh tidur..hehee. Kerusi ni juga dibentuk untuk memberi sokongan pada bahagian leher, bahu dan belakang.

Penerangan tentang Feeding Chair

Kerusi ni bukan sahaja untuk ibu menyusu malah boleh digunakan untuk ibu mengandung. Kadang tu ibu mengandung tak selesa nak tidur kan, jadinya duduk dekat kerusi ni..memang best..

Lagi penting amat sesuai untuk bapa sekali..hahaa. Jangan main-main. Sambil mak buat kerja, bapak tolong jaga anak duduk dekat kerusi ni. Bapak layan bola dengan selesa je sambil pegang anak. Lagipun kerusi ni boleh tampung sampai 90kg.


Bagus kan Babyhood Malaysia ni, memahami keperluan ibu bapa dan anak. Kalau korang nak tau, jenama Babyhood sebenarnya dari Australia dan mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri produk nuseri. Produk nie dikeluarkan oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd dan ditubuhkan pada 2010. Dikendalikan dan dimiliki oleh sebuah keluarga melayu di Malaysia. Mereka amat mementingkan keselesaan, kualiti dan keselamatan produk ini

Objektif utama mereka adalah untuk menerajui pembangunan produk nuseri lebih selamat dan mengalakkkan pengunaan produk selamat.

Gift Code Untuk Setiap Pembelian

Ada banyak lagi produk keluaran Baby hood Malaysia ni seperti carrier, car seat dan macam-macam lagi la. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke http://www.supremeglobal.com.my/products/b/babyhood . Explore ok..Kalau rasa berkenan mestilah beli..Ni hah!!, nad nak bagi code untuk korang semua pembaca blog nad. Mestilah nak diskaun kan..hehee.
BLG07

* Voucher sah dari 21/4/2017 ke 21/5/2017.
* Pembeli akan menikmati diskaun 15% ke atas semua barangan yang dipamerkan seperti katil dan kerusi


Supreme Global Marketing Sdn Bhd (862993-T)
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya
47630 Selangor, Malaysia
Call us at: +603 8023 3277
Email: admin@babyhood.com.my
Website: www.supremeglobal.com.my
Website Product : www.supremeglobal.com.my/productBabayhood
hai assalammualaikum

Penipuan Barang Dari Luar Negara


Ni kisah kawan nad yang hampir kena tipu dengan orang luar. Ceritanya bila kawan nad ni whatsup kitaorang dalam group.

Kawan Terkena : Weii, Kome, Aku Ade kenal dengan Mat Saleh ni, Dari UK. Risau pulak aku. Mat Saleh ni boleh caya ke??

Aku : Kenal dari mana??

Kawan Terkena : Dia kawan facebook. 

Kawan Lain: Bahaya-bahaya. Jangan percaya oii..susah nak cakap takut scam nak bagi hadiah bagai tapi kita kene masuk duit. Zaman sekarang macam-macam.  

Kawan Terkena : Dia memang nak bagi hadiah. Tapi takde lak pulak mintak duit. aku ingat dia main-main. Cakap nak bagi hadian, rupanya betul. Berdebor aku aii.. Macam mana?? Takut aku. Barang tak dapat lagi. Mungkin minggu ni sampai.

Kawan Lain : Ko tak dengar ke kisah-kisah orang bagi hadiah, tengok-tengok dadah.

Kawan Terkena : Tak pernah. Pastu

Part ni paling pelik. Macam mana dia tak pernah dengar kisah-kisah ramai orang tempatan kena tipu..kawan aku sorang ni nak kata lurus bendul takdela..pandai..business pandai..tapi tu la sejak dari zaman belajar lagi senang berkawan dengan mana-mana lelaki..parah betul dia ni. Sampai boleh bagi alamat dekat orang tu. Haishh..tak reti bahaya ke..


Kawan Lain : Die detect la pos dekat mana.

Kawan Terkena : Dadah tu kita kena ke. Padahal aku tak tahu apa-apa.

Kawan Lain: Tu aku cakap janagn mudah percaya

Aku: Ko dah bagi alamat ke weii..ko biar betul dah bagi alamat. caya betul dengan Mat Saleh. Dia tak cakap apa dia nak bagi??

Masa ni kawan lain-lain memang dah masuk. Nak marah dia pun ada..tapi tak boleh marah kene selesaikan masalah dia..


Kawan Terkena: Dia cakap bagi phone dengan emas. Tapi aku tak caya sebab berat sangat. 21kg tu.

Kawan Lain‬: Dah pos ke tu?

Kawan Terkena: Dah.. Apa aku nk buat ni. Nak buat laporan polis ke?

Kawan Lain: Biasa barang dari luar negara ni kena hati-hati.

Kawan Lain‬: G wat report..nanti barang sampai tengok benda yang tak sepatutnya. Mu dah buat report?/

Kawan Terkena: Aku Ade kwn polis. Dia suruh buat report

Dalam beberapa hari lepas tu, kitaorang tanya semula.

Kawan Lain: Ape cite wei??

Kawan Terkena: Aku dah pergi balai, dia cakap takyah buat report, sebab takde transaksi apa-apa.

Kawan Lain: Dah dapat ke hdiah??

Kawan Terkena: Dah..Tadi dapat phone apple satu dengan gelang. Gelang berat 5kg, duit sikit..

Masa ni ingat betul dia dapat, baru nak ucap tahniah..sekalii......

Kawan Terkena: Mana ade lah, tipu je..Haha..Kalau aku dapat, aku bagi ko sikit. Buat pergi bercuti kat Bangkok..Tu semua tipulah. Tak dapat apa-apa pun. Propaganda je. Tengahari tadi ada orang call aku, perempuan melayu. Deme boleh edit kot. Dia cakapla barang dah sampai kat KL. Pastu kena buat bayaran untuk lepas masuk RM2500. Aku cakapla, hantar je balik barang tu. Saya taknak. Terus aku letak telefon.

Suami kawan aku polis, dia cakap sebenarnya diaorang ade je kat Malaysia bukan kat Luar Negara..propaganda..

Nampak tak..nampak sangat bohongnya..pernah terjadi dekat budak blok masa study dulu..kena tipu macam ni la. Dia ingat dapat pakwa Mat Saleh. Lepas tu pakwa Mat Saleh dia hantar barang tapi kena bayar. Nad hampir jadi mangsa dia nak pinjam duit..hahaha.. Ingat lagi masa tu dia nak pinjam nad RM1000..banyak tuu..memang terus nad cakap takda..giler kau..senang-senang nak bagi RM1000..pergi caya sangat orang luar..gilaa..

Jadi kena hati-hatila ye. Kalau nak sangat kawan dengan Mat Saleh bior kawan tengok selok belok dia..Sama jugala nak akwan dengan lelaki Melayu ni..heheee..

DIA DAH ADA ABANG ANGKAT!!

in , by Nadia Johari, 01:33:00
hai assalammualaikum

Dulu nad ada abang angkat pun masa tingkatan satu, abang angkat tingkatan 5 ke 4 tak silap. Lepas tu terus hilang mana ntah pergi..haahhaa. Anak kita Fariza, advance dari maknya, kecik-kecik dah ada abang angkat. Amboii awakkkk..kecik-kecik dah ada nak jadikan awak adik angkat ye..


Nak tau siapa abang angkat Fariza..ni hah!!, anak blogger jugak. Anak Kak Suhaida..hehee. Anak dia ni pertama kali jumpa Fariza masa makan tempat hipster dekat Garage 51 Bandar Sunway. Biasalah kecik-kecik Fariza montel, gebu gebas..mestilah ramai geram..hahaa. Tapi anak kak su ni, alahai lupa pulak nama dia, sejak jumpa tu, dia ambil gambar Fariza dan tengok selalu gambar Fariza. Kata Kak Sue la..

Lepas tu lama tak jumpa. Sampaila satu event, event ape lupa pulak, baru jumpa balik. Fariza pun dah besar. Tapi anak Kak Sue suka benor dengan Fariza ni ha..Asal jumpa terus datang dekat..



Sampaila masa event dekat Little Kingdom, dia cakap dengan kitaorang nak jadi abang angkat dia la..hahaa..Nad tak kisah pun, biasalah, budak suka baby. Oklah Fariza dah ada abang angkat..hehee..

Fariza ni pun suka berkawan. Tak kisahla baya dia atau tak, suka benar bila dapat jumpa kawan. Yela dekat rumah pun dia sorang-sorang. Memang tengah nak bagi adik untuk dia.Eh!!..hahahaa..bye..


SAKIT TAK KENA GIGIT DADDY!!!

in , by Nadia Johari, 14:16:00
hai assalammualaikum

Hahahaha..bila teringat balik nak gelak je..tengah menaip pun nak gelak je..bila cakap isteri taknak percaya, dah kena baru rasa menyesal..kahkahkah..sakit tak kena gigit daddy!!!...mommy gelak jela..hahaha..

Ceritanya, anak perempuan kita Fariza ni, dah pandai mula menggigit tau..masa tumbuh gigi punya excited, comel je kan, bila dah banyak gigi dan pandai gigit..adoiii..tak tertahan rasanya..hahahah..


Mula umur dia setahun 5 bulan dah gigit. Sebelum ni masih baik lagi. Kejadian bila tiba-tiba dia ambil tangan nad, dan gigit..arghhh!!..menjerit kita tau tak..ya ampun..sakitnyaa..dahla gigit tanpa bagi isyarat, tanpa belas kasihan..gigit sukati dia jela. Sekarang gigi dia dah ada 8 batang. 4 batang atas, 4 lagi dekat bawah.

Bila cakap mr mafia, dia tak percaya. Dan suatu hari, anak main dalam bilik kerja dia. Fariza makan plastik. Mr mafia nak ambil dari mulut dia. Dia ambil, cari plastik tu dalam mulut anak, dan habuannya ngappp!!!..ngeeee!!..dan daddy arghhhhhhhhhhh!!!!..ni jerit sakit yang amat..bukan jerit sedap ye..hahahaha..

Nad ada dekat situ, nad gelak sekuat hati..hahahahahhahaha...weii tak tahan nengoknya bila anak gigit jari daddynya..hahaha..dan nampak muka mr mafia menahan kesakitan..kihkihkih..sabar ye bang..anak tengah sel otak berkembang..

Tapi nasib baik dia tak gigit masa susu. Sebab pernah dia nak gigit, tapi nad picit hidung dia tak boleh bernafas..lama-lama Fariza paham..kalau gigit masa susu, memang mommy jadi hulk..fuh seriau..masa Fariza takda gigi, dia kepit dengan gusi pun dah sakit, inikan pulak gigi..jauhkan..ngrrr..

Ada kes, ibu hilang puting susu dia gara-gara anak gigit..Dengar pun dah gerun.

HABIS MAKEUP MOMMY FARIZA OIII!!

in , by Nadia Johari, 02:17:00
hai assalammualaikum

Entah bila dia capai barang makeup nad. Nad tengah kemas meja, barang makeup masa tu letak dekat kerusi. Bila masa dia datang, bila masa dia ambil barang makeup tu pun nad tak perasan.


Selesai kemas, terus tengok anak, Ya ampunnnn..habis muka dia, dah penuh dengan gincu..huarghhhhh!!...sedih tak terkata. Dahla gincu yang dikerjakan ni , gincu yang kita suka pakai...sob, sob, sob..tabah jela..



Pandai pula dia buka penutup gincu tu. Lepas tu dicolek dekat muka. Nak oii!!!, ni colek dekat bibir..bukan mukaa..biasalah tak tau nak beza lagi bibir dengan pipi...hahahha..penat dok ngajar bibir-bibir, ditunjuknya pipi..alahaii..sebab tu kalau nak buat apa-apa jangab depan anak..haru oiii..gini la jadinya..cepat belajar..

Selalu dok tengok anak orang lain kerjakan barang makeup mak, tak snagka terkena kat kita..hahaha..dah berhati-hati pun terlepas pandang juga..


Kelakar betul tengok anak perempuan kita ni. Nasib comel, tak dapat nak marah..Kita pun yang cuai, barang makeup sumbat dalam beg plastik sebab nak belajar makeup. Takde beg makeup sumbatla dekat mana yang ada..Tak boleh dalam bilik, nanti anak nangis jerit cari maknya...hahaha..

Disebabkan perkara ni terjadi, terus beli beg makeup dekat lazada...hahaha..terbang duit mommy oiii..takpela..okla ade beg makeup yang sesuai bawak sana sini..murah je..yang penting lepas ni selamat...hehhe..




hai assalammualaikum

Selalunya Fariza pakai pampers jenis lekat. Sejak dia makin besar dan lasak, memang susah nak pakaikan dia pampers lekat tu. Asal baringkan, mesti nak lari, kaki tepis, sabar jela.. Pakaikan pampers pun susah..Tu pun sampai berlari-lari nak pakaikan. Ya ampun anak dara ni..Sejak ada pampers Goo.N Friends Pantas Super Jumbo Doraemon ni, mudah nak pakaikan dia pampers. Pakai macam seluar je.


Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition

Yang nad perasan, Fariza suka giler pakai pampers Jumbo Doraoemon ni. Lepas mandi, terus berlari dekat pampers, mintak nad suruh ambil pampers Jumbo Doraemon ni. Lepas tu siap-siap angkat kaki nak suruh pakai. Amboii..suka benor diaa ni..beza dengan pampers lekat dia tu. Lepas pakai terus berlari..sampai taknak pakai baju pulak..macam-macam Fariza ni..Yang penting, mudah kerja nad pakaikan dia pampers. Mungkin sebab pampers ni ada watak menarik Doraemon kot..hehee..



Pampers Goo.N Friends Pants Super Jumbo Doraemon ni sangat lembut dan elastik. Bila dipakai, takde rasa ketat dekat bahagian pinggang. Takde kesan merah dan tak longgar pun. Bila Fariza pakai ngam dekat punggung dia. Kalau penuh pun masih elok je keadaan dia..tu bagusnya..Macam Fariza dia pakai saiz M. Banyak saiz ade lagi dari S sampaila XXXL.



Untuk pampers memang nad teliti. Yela kadang bila tukar pampers, nak lagi murah boleh sebabkan ruam pada baby. Tapi untuk pamper Goo.N Friends Pants Super Jumbo Doraemon ia tak panas dan ada lapisan kelembapan dan pengudaraan yang baik untuk punggung. Jadi punggung bayi selamat daripada ruam. Dan bayi sentiasa selesa je bila pakai pampers ni. Macam Fariza, memang nad tengok dia gembira je sejak pakai pampers ni.

Selalunya kalau tengok pampers, salah satu ciri juga nak tengok kuasa penyerapan dan anti bocor. Lagi untuk waktu malam, waktu panjang. Bila nad pakaikan Fariza pampers Goo.N Friend Pants ni, bila waktu pagi takde bocor dan takde berat. Diapers  ini diperbuat dari bahan yang tinggi penyerapannya,dan memastikan anak kita mendapat lembapan yang padat. Waktu pagi dia bangun takdela asyik pegang pampers sebab dah penuh..hehehe..


Goo.N juga ada baby wipes tau. Ala tisu basah tu. Tisu basah ni memang benda wajib ada dalam kereta. Yela kot-kot Fariza terbuang kan, jadi terpaksa guna tisu basah. Tapi tisu basah ni pun bukan hanya untuk lap najis, boleh je guna untuk lap tangan atau lap benda kotor. Bestnya tisu ni ia sangat lembut dan 99% adalah air tulen. Bebas dari paraben dan sangat selamat untuk digunakan pada baby.



Hahaha..kenapa comel sangat box dia ni kan..haishh geram je rasa. Nad ingat bekas makanan itik, rupanya kotak tisu basah..ehhee.Dahla comel, warna biru pulak tu..mak pulak yang suka..hehehe. Ingatkan itik rupanya penguin..alahaii comel je..

Kalau tengok pampers ni memang takde dekat luar.  Kalau korang nak, korang boleh je klik link bawah ni..
Goo.N
Goo.N
Goo.N


Dengan setiap pembelian paket Jumbo pampers Goo.N korang akan dapat free baby  wipes. Bukan baby wipes je ada tu box baby wipes Goo.N limite Edition Baby Penguin tu tau..hehee..Jadi cepat-cepat la grab Goo.N Friend Pants Super jumbo Doraemon Edition ni dengan harga termurah di Lazada...ok...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2