hai assalammualaikum

Jom makan..serangg!!..

Hah!!, haritu tak dapat sambut anniversary dekat luar, rasa sedih juga, tapi rezeki datang, jadinya kita sambut dengan makan sedap di tempat yang kitaorang jarang pergi..hehee. Lokasi pilihan makanan kitaorang di Chili's Jaya One Shoping Centre. Kenapa kitaorang nak makan di sini??, Biasalah nak rasa makanan ala-ala Mexico gitu..hah!!..

Hadapan Chili's

Suasana Dalam Chili's

Kalau korang nak tau, Chili's merupakan Restoran Tex-Mex di mana mereka menyediakan menu yang menjadi inspirasi daripada citarasa seni klasik Amerika Selatan dengan sedikit Mexico. Chili's mempunyai sembilan cawangan di Malaysia dan cawangan mereka di Lembah Klang berada di Mid Valley, Bangsar Shopping Centre, KLCC, 1 Utama, Pusat Beli Belah Jaya, Paradigm Mall, Empire Subang dan Citta Mall. Dekat Chili's ada menyediakan pelbagai jenis makanan. Kalau first time datang mesti pening nak pilih makanan apa. Boleh pilih dari Starter sampai ke desserts.

Haritu nad dengan family memilih untuk mencuba menu baru yang ada di Chili's. Kitaorang pilih menu promosi mereka disini yang boleh didapati dari 3 April 2017 - 26 Mei 2017. "Smart Menu" pilihan menu kami sebagai makan special untuk anniversary kami. Kau tengok gambar, semuanya memang sedap, Ada lima jenis hidangan "Smart Menu" yang ada tapi empat sahaja yang ada sehingga promo. Untuk Texas Cheese Poppers yg diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi.

Hidangan Smart Menu Yang Menyelerakan

Pembuka Selera

Texas Cheese Poppers RM 15.95

Untuk pembuka selera, nad dihidangkan dengan Texas Cheese Poppers ni bentuk bebola. Bebola yang disalut dengan tepung roti dengan Monterey Jack dan digoreng rangup. Bila makan, bunyi rangupan tu "krup..krup"..Dalamnya dibubuh keju cheddar, cheese dan ketumbar dengan memberi rasa yang sangat unik. Hidangan ni disertakan dengan sos Chipotle-Ranch. Bila celup dengan sos yang diberi, lagi sedap dia rasa.

Texas Cheese Poppers yg diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi. Jadi korang boleh makan setiap kali datang Chilis. Untuk hidangan lain akan sampai 26 Mei sahaja..


Menu Utama
Hah!!, masuk dah menu utama. Tak sabar nak makan nii..lapar dah perut ku.

Fried Chicken with Green Chile Sauce RM 33.95

Hah yang ni pulak makanan Chili's yang klasik yang menjadi kegemaran dihidangkan dengan sentuhan yang unik. Hidangn ini merupakan dada ayam yang dilengkapi dengan sos cili hijau dan sayur sedikit di atas. Bawah ayam tu pula ada kentang lenyek. Kentang lenyek dia memang sedap, lain rasanya. Ayam sangat lembut dan digoreng dengan elok, lagi sedap hidangan ni dibanjiri dengan kuah warm country gravy yang sangat lazat. Ditambah pula dengan jagung yang dipanggang dan cebisan daging lembu di dalam mangkuk kecik tu. Hidangan yang sempurna.

Chicken and Biscuit Bowl RM 32.95

Kalau korang yang tengah diet atau nak hidangan sihat, korang boleh cuba salah satu "Smart Menu' mereka ni iaitu Chicken and Biscuit Bowl. Hidangan ayam yang disalai kecil-kecil dan diletakkan di atas kentang lenyek disertakan dengan kuah dan daun ketumbar segar. Disertakan dengan jagung panggang, dan sayur brokoli. Specialnya hidangan ni ada biskut yang dibuat sendiri dengan mentega Honey-Chipotle. Biskut tu lembut je. Bagi dengan anak pun boleh.

Roasted Poblano Cheeseburger RM 31.95

Kepada yang gemarkan burger, ini adalah salah satu menu yang wajib korang cuba. Burger ni padat dengan bahan-bahan di dalamnya. Burger terbaru iaitu burger keju enak  dengan guacamole segar, campuran keju , jalapeno panggang dan jeruk bawang merah. Dihidangkan dengan kentang goreng Homestyle dan jeruk bawang putih Dill buatan sendiri. Daging lembut, rasa dia memang terbaik.  Puas makan burger ni. Boleh kongsi dua orang.

Puffy Tacos with Grilled Chicken RM 26.95

Suka sangat dengan Taco dia weii. Rasa dua Taco ni memang tak cukup..haha. Taco dia garing, dalamnya diisi dengan dengan ayam lazat panggang, sepotong avocado, slaw, jeruk bawang merah, keju feta, ketumbar aioli dan sos Santa Fe.  Dihidangkan dengan nasi dan kacang hitam dengan housemade pico de gallo. Berebut ni ha dengan mr mafia Taco tu..haha. Dia pun cakap Taco tu sedap..


Promosi dari 3 Mei sehingga 26 Mei..Cepat!!

Hah!!, macam mana, sedap kann..kesemua "Smart Menu' ni korang boleh cuba dekat mana-mana outlet Chili's yang berdekatan dengan korang. Promotion dari 3 April sehingga 26 Mei 2017. Jangan tengok je pergi cuba weii..terbaikk..

Peringatan semula untuk Texas Cheese Poppers yg diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi. $ hidangan utama lain sampai 26 Mei ni sahaja.


Minuman
Selesai " Smart Menu", sekarang air pulak. Dah makan takkan takda air kan. Mau tak tercekik. Untuk air nad order Long Island Strawberry Tea dan mr mafia pulak Peach Hills.

Long Island Strawberry Tea RM12.95

Campuran jus oren, strawberi puri, Coke buatan sendiri, rasanya manis dan masam serta hiasan limau baji. Kongsi dengan mr mafia, dia boleh habiskan..ciss kejamm..Air dia sendiri tak habis..kita yang habiskan..

Peach Hills RM15.95

Manis, masam dan bergas! Diperbuat daripada Monin® sirap peach, jus nanas, sengkang grenadine dan soda air.


Dessert ( Tidak Termasuk Dalam Smart Menu )

Akhir sekali, mestilah nak makan dessert. Ada banyak dessert dekat Chili's ni, tapi dua dessert ni yang menarik perhatian nad..hehe. Kalau korang datang Chili's tak cuba dessert ni memang rugi..

Molten Chocolate Cake RM22.95

Nampak tak coklat ni macam gunung..hehee. Ni sebenarnya kek coklat lembap dengan dalamnya ada coklat cair beserta dengan vanilla ice-cream sebagai topping kek ni. Lepas tu ada pula chocolate shell kat dalam tu. Korang kena ketuk atas tu, bagi coklat dalam tu keluar dan mengalir seperti gunung berapi yang meletus mengeluarkan apinya..hahaha. Tapi masa ni tak berapa nak menjadi pulak bila diketuknya. Sedap Molten Chocolate Cake ni,

Skillet Toffee Fudge Brownie RM17.95

Satu lagi dessert Skillet Toffe Fudge Brownie. Dessert ni dibakar dan diletak di mangkuk yang panas, ala mangkuk macam pizza tu. Toffee brownies beserta dengan vanila ais krim, drizzled dengan sos karamel dan keping gula-gula.

Dipper Triple RM34.95 ( Tidak termasuk dalam Smart Menu )

Malam tu  nad ada order satu pembuka selera yang lain yang tak termasuk dalam "Smart Menu" iaitu ayam. Yang ni tidak termasuk dalam Smart Menu ok. Ayam ni bukan satu jenis tapi 3 jenis. Untuk menu yang ni, dia mix dengan beberapa menu yang lain di dalam satu dish yang ada di menu starter tu. Dipper Triple  ni memang puas kalau makan. Portion memang banyak. Jadi elok lah di kongsi bersama. Ada wings Signature iaitu drummets ayam, chicken crispers dan Southwestern Eggrolls, tortillas tepung rangup disumbat dengan ayam berair, kacang hitam, jagung, Jalapeño Jack keju, lada hijau dicincang dan bayam.Nampak tak? Jimat kan. Dapat rasa 3 jenis menu yang berlainan dalam satu pinggan. Ada tiga jenis sos untuk menu dekat atas ni. Batang saderi tuh pon enak di makan begitu saja.

Hahaha..macam mana..nampak tak kesemua makanan dari pembuka selera sampaila ke dessert nampak sedap kan. Paling best kan mereka ada buat Promo “ Kids Eat Free” tau, di mana kanak-kanak boleh makan percuma apabila ditemani oleh parents mereka yang order "Smart Menu" diatas. Korang boleh la cuba datang dekat sini dan rasakan sendiri kelainan makanan dari Chili's ni.

Smart Menu" yang korang boleh cuba. Promotion dari 3 April sehingga 26 Mei 2017

Jangan lupa lima hidangan "Smart Menu" yang korang boleh cuba. Promotion dari 3 April sehingga 26 Mei 2017 kecuali Texas Cheese Poppers yang diperkenalkan dalam Smart Menu ni akan kekal dalam menu utamanya selepas tempoh promosi.

Happy..kenyang..Thank you Chili's

Untuk lebih lanjut boleh lah ke:







hai assalammualaikum

Alhamdulillah, sampai sekarang nad masih menyusukan Fariza. Umur Fariza dah 1 tahun 6 bulan, nak dekat hampir dua tahun. Tak disangka nad mampu menyusukan dia sampai harini. Jadi, bila dah menyusukan anak, memang cepat lapar je. Serius, nad asyik nak makan je. Seorang ibu memerlukan makanan yang berkhasiat untuk mengekalkan susu yang berkhasiat dan banyak. Tapi nak tau tak, bahawasanya, makan sahaja tak mencukupi untuk menghasilkan susu yang pekat berkhasiat dan banyak?? Jadi apa yang perlu kita ambil selain makan??

Hah!!, nak tau, selain makanan, kita sebagai ibu mestilah minum susu untuk dijadikan sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung bagi yang mengandung.  Pengambilan susu juga dapat membantu menambahkan susu iaitu sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung ketika mereka sedang pregnant bagi mengekalkan kecergasan dalam diri.. Sebut je susu mestilah ada riak wajah yang tak disukai atau buat-buat muntah..haha. Biasalah kan, mungkin disebabkan bau atau rasa. Tapi jangan bimbang, sekarang ada susu yang dah diproses untuk rasa lebih sedap dan diterima tekak kita ni.

Pengambilan susu untuk ibu mengandung amat penting supaya dapat bekalkan kalsium bukan sahaja untuk mak malah untuk anak. Kalau tak ambil susu, takda kalsium, bukan sahaja beri kesan pada anak, malah pada ibu. Kesimpulan susu wajib diambil oleh mereka yang sedang menyusukan anak sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung.


MOMMA® Pregolact™ Milkbooster Susu Pilihan Ibu Hamil Dan Menyusu

Ni nad nak kongsi satu produk susu yang menjadi pilihan sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung. Dah lama cari susu perisa coklat ni. Susu pilihan nad ialah MOMMA® Pregolact™. MOMMA® Pregolact™ produk susu bernutrisi yang dirumus khas membantu ibu mengandung dan menyusu untuk kekal sihat dan cergas dan dapat bekalkan nutrisi yang lengkap untuk anak yang disusui.


Bila dapat je, terus buka dan malam tu terus minum..hehhee. MOMMA® Pregolact™ ni ada dua perisa, iaitu perisa Coklat dan Vanila Bliss. Nad pilih coklat sebab nad suka minuman susu coklat. Baru masuk tekak..hehee. Nad minum Momma ni sebab nak tambahkan susu badan lagi. Yela, anak dah makin besar, susu pun mesti lagi banyak. Nak buat sendiri tersangatla tak rajin.

Jadi memilih untuk mudah, memilih MOMMA® Pregolact™ disebabkan bahan-bahan yang digunakan daripada bahan yang memang orang selalu ambil untuk dijadikan milk booster dan susu untuk ibu mengandung iaitu Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) Coklat serta Vanilla.

Bahan-bahan ni juga sesuai sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung supaya kekal aktif dan bertenaga.



Cara pengambilan pun mudah hanya ambil 4 skoop, tuang dalam 150ml air suam. Kemudian kacau dan sedia untuk diminum. Memang takda manis, pun bila minum, masih sedap sebab coklat..hehehe. Satu botol tahan selama 30 hari selama sebulan.

Tips minum untuk milk booster dan susu ibu mengandung
- 3 hari pertama minum 1x sehari. Tingkatkan kepada 2x sehari sekiranya perlu.  Untuk ibu mengandung pula perlu minum 1x sehari sudah mencukupi.
- Minum air masak sebanyak 3 liter sehari
- Kerapkan penyusuan samada direct feeding atau pam. Macam nad direct je. Macam tu la bagi susu sentiasa banyak dan ada.

Testimoni Sendiri


Nad pun dah amalkan 6 hari, alhamdulillah, susu semakin bertambah. Fariza bila susu nad, terus dia main sendiri dan tak kacau mommynya. Kalau tak selalu dia nak melekat je dengan mommynya. Lepas susu mesti sendawa. Lepas tu mesti berak. Nampak tak kenyangnya perut dia walaupun minum susu je. Waktu tidur dia pun lena lepas susu badan. Bagus MOMMA® Pregolact™..Momma memang milk booster terbaik dan susu untuk ibu mengandung yang menjadi pilihan.


MOMMA® Pregolact™ Susu 4 Dalam 1 

MOMMA® Pregolact™ diformulasi Activ-4 Plus™ diperkaya dengan DHA, kalsium, Folid Acid, No Sugar dan Low Fat, dimana ia dapat memberi kecantikan kepad ibu dan anak. Momma susu untuk ibu  mengandung mampu memberi kesihatan yang baik, tenaga serta memberi perkembangan otak bayi yang baik. Dan paling bagus, ia dapat meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan bagi ibu yang menyusu. Nampak tak MOMMA® Pregolact™ bukan sahaja sebagai milk booster malah ia adalah 4 dalam 1 kebaikannya iaitu Cantik, Sihat, Bertenaga dan Bijak. Susu untuk ibu mengandung dan menyusu yang sangat bagus.

Aspek-aspek ini penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu :

1. Cantik : Membantu menghalus, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
2. Sihat : Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress.
3. Bertenaga : Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.
4. Bijak : Mengandungi EPA dan DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.

Nad sarankan korang minumla susu MOMMA® Pregolact™ ni sebab bagus bukan sahaja sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung, malah beri tenaga dan kekalkan kecantikan. Yela kita ibu mengandung, ibu menyusu ni cepat letih, jadi tenaga perlu sentiasa ada supaya tak stress. Memang bukan mudah nak susukan anak, tapi kita sebagai ibu jangan mudah putus asa.

Testimoni pengguna

Di sini nad kongsikan testimoni daripada pengguna yang telah menggunakan MOMMA® Pregolact™ sangat sesuai untuk milk booster dan susu untuk ibu mengandung. Semua bagi feedback yang baik. Semuanya suka tentang  MOMMA® Pregolact™. Kalau nak tengok feedback lain, korang boleh tekan link DI SINI.







Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ boleh layari facebook dan website MOMMA®:

Atau terus ke kedai beralamat: 
MOMMA® Industries Sdn Bhd, 
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, 
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze: Momma Club

Untuk testimonial boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA

#MommaPregolact #LactationMilk #PregnancyMilk #Activ-4Plus #NoCreamer #NoSugar #LowFat #MilkBooster #SuperBabies


hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017 - Bulan puasa dah nak dekat, dalam sebulan berpuasa mestilah nak sekali sekala berbuka puasa di luar kan. Nah apa kata, korang pergi berbuka puasa di Bangi Golf Resort nanti. Setiap tahun, nad tak terlepas untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Macam biasa, Bangi Golf Resort bukan menyediakan hanya satu atau dua atau jenis sahaja menu malah ada 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Lagi best, tahun ni sebab ada duriannn...yuhuuu..durian beb...duriannnnn...hahahaha..

Ramadhan ni, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan para tetamu dengan signature Buffet Ramadhan bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Harga sangatla berpatutan dengan hidangan yang disediakan iaitu hanya dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Kalau bawak group lagi murah iaitu RM 49 dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Korang silalah masukkan Bangi Golf Resort sebagai salah satu senarai berbuka puasa nanti ye..hehee. Gerenti puas hati.


200 Hidangan Buffet Ramadhan Yang Disediakan di Bangi Golf Resort

Semua hidangan segar-segar belaka. Sajian wajib ada di setiap buffet, kalau takda macam tak lengkap pulak kan. Apa lagi mestilah kambing Bakar. Ni la benda pertama nad ambik..hehee.



Apa nak buat anak beranak makan kambing..hahaa. Selain itu , ada juga Sup Kambing Mamak.


Ada juga Kuew Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas daripada kuali, termasuk Sate Ayam dan Daging Bakar.




Tak dapat lupa dengan menu Ala Barat di sana. Teringat lagi betapa enaknya Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara. Paling best ada menu baru, iaitu Peri-peri Chicken Drumlets.


Telur setengah masak yang wajib ada di Bangi Golf Resort iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Yummy!!


Untuk juadah bercirikan Melayu, Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ni. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Kari dan Telur Rebus Goreng Masak sambal Tomato.






Menu berlauk





Dah habis makanan berat, mestilah nak makan pencuci mulut kan..hah!, ada je ni. Beraneka jenis kuih muih , puding, dan buah-buahan. Macam-macam lagi la yang ada.



Nikmati Durian di Bangi Golf Resort

Kelainan pada tahun ini, korang boleh menikmati durian yang dibawa khas dari ladang di Raub Pahang.



Tengokla mereka-mereka ni, tak sabar nak makan durian. Hah!!, masa tu ada juga




Gelato iaitu aiskrim berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi ) yang diproses segar oleh Sweet Scoopz. Durian dan aiskrim ni kena beli tau, harga tak masuk dalam pakej buffet ramadhan. Silalah bawak duit sikit..hehehe..Durian musang king gitu..korang boleh bawak balik.


Sambil makan sambil dihiburkan dengan persembahan muzik secara live.

Kemudahan
Ada 800 ruang parking dan ruang solat yang selesa untuk pengunjung.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh hubungi
Nurul Adira Kamil
HP: 0111 057 5088
Email; pr@bgrrest.com
Telephone: 03 8925 3728 / 8210 2288

Bangi Golf Resort
Alamat: No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Tempahan: 1 700 81 8557
Email; sales@bgrrest.com
Website: http://www.bgrrest.com
Facebook: http://www.facebook.com/bangigolfresort
Instgaram: http;//www.instagram.com/bangigolfresort

hai assalammualaikum


Pertama kali nampak spray yang serbaguna, yang mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya. Waazu, spray yang digunakan untuk apa sahaja. Tak kira la untuk luka, untuk wanita, untuk kanak-kanak, lelaki, elakkan nyamuk, eh macam-macam la. Untuk haiwan pun boleh. Perghh!!baguskan. Nad dapat tau berkenaan waazu ni masa di photoshoot haritu. Abang ben yang bagitau berkenaan waazu ni.

Waazu Spray Sanitizer Terbaik

Balik photoshoot, malam tu balik kampung. Nad bawa spray Waazu ni sekali. Masa dekat kampung, nad selalu spraykan Fariza dengan waazu ni. Katanya, Waazu boleh elakkan daripada nyamuk dan segala kegatalan di badan. Paham-paham jela, kampung, kalau takda nyamuk tak sah. Bukan Fariza je disembur, nad pun sembur dekat badan nad. Selama kitaorang duduk kampung, memang takda nyamuk yang hinggap dekat badan kami berdua. Kalau tak, esok pagi bangun mesti ada kesan merah dan gatal.


Bila dekat kampung, biasalah, jumpa kawan berlari sana sini. Lepas tu jatuhla dia dan luka. Nad terus spray Waazu dekat luka. Alhamdulillah, luka cepat kering je.


Waazu ni berbentuk cecair seperti air biasa. Tiada bau, tiada alkohol, mudah dibawa ke mana sahaja dengan saiz yang kecil. Nampak je macam cecair biasa tapi cecair waazu ni bertindak sebagai pembersih, penyembuh, penyegar, pembasmi kuman dan boleh juga digunakan untuk berwudhu.


Banyak lagi kegunaan waazu ni.
- Kurangkan Jerawat di Muka
- Hilangkan Gatal di Mata. Waazu selamat untuk mata.Spray je dekat mata kalau gatal atau merah. Sesuai juga untuk cuci contact lens tau.
- Hilangkan Gatal Akibat Allergic
- Untuk membersihkan luka
- Selain itu spray Waazu boleh digunakan sebagai Sanitizer untuk mencuci tangan yang kotor menggantikan hand sanitizer yang lain.
- Menyegarkan muka. Kadang-kadang muka terasa panas dan kering. Sembur sahaja Waazu tu, dah rasa sejuk balik. Kalau korang ngantuk, hah,spray je Waazu ni dekat juka.
- Mengurangkan ruam
- Untuk perempuan nak bersihkan bahagian miss v pun boleh.
- Lagi best boleh digunakan untuk haiwan.

Banyak lagi kegunaannya. Nak tau lebih lanjut... terus layari laman web Waazu di http://waazu.my/


Produk wajib ada untuk setiap individu dan seisi rumah kerana ia amat serbaguna berbanding produk-produk lain yang hanya khusus untuk satu kegunaan sahaja. Kalau korang nak, boleh je contact Puan Noreen Baharin di 018 367 5119.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2