hai assalammualaikum

Lebih 300 Hidangan “International Iftar” Sempena Buffet Ramadhan Di Restoran Pot & Pan PICC , Putrajaya

Hah!! bulan puasa dah nak dekat, meh nad nak kongsikan salah satu tempat yang korang boleh berbuka puasa nanti. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ), Restoran Pot&Pan akan menghidangkan buffet sebanyak 300 hidangan untuk korang berbuka puasa nanti. Banyak pilihan makanan yang sedap dan lazat. Juadah yang berkonsepkan " International Iftar " iaitu hidangan antarabangsa dan juadah warisan melayu.


Bertabahla tengok lauk pauk yang nad nak tunjuk ni..hehee. Dekat sini, specialnya dan pertama kali nak tengok iaitu Nasi Beriyani Buloh. Nasi ni dimasak dalam buluh. Rasa dia memang lain sikit..yang penting sedap.



Lagi menu yang memang korang patut cuba iaitu Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa. Hidangan ni memang jadi tumpuan sebab tengok dah menyelerakan tekak. Daging lembut, ikan pulak sedap. Tak pasti apa yang ditabur atas ikan ni. Tapi memang terbaikk..









Banyak lagi hidangan yang disediakan di sini, yang korang rasa tak tau nak makan mana dulu..hehe. Karii Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato dan Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang.






Grill pun ada tau..hah!!, 300 menu kau..tak tergamak rasanya nak masukkan semua gambar dalam ni..hahaa..korang datang sini dan tengok sendiri masa berbuka puasa nanti..


Dekat sini pun ada pelbagai jenis sup dan mee.




Hah!!, korang yang suka makan nasi kerabu, dekat sini disediakan Nasi Kerabu beserta Daging bakar, Ayam percik dan juga Solok Lada..siapa tak suka nasi kerabu kannn..hehee..




Ni western punyaa..



Seterusnya, lepas makan berat-berat, mestilah nak makan ringan-ringan. Ala pelbagai jenis pemanis mulut yang disediakan. Antaranya pengat nangka, pengat pisang, bubur kacang hijau durian, talam cendol, kuih lapis, wajik durian dan talam keladi. Pengat pisang dengann wajik durian sedap..Fariza pun suka.






Eh banyak lagi tau pemanis mulut dekat sini..nak senaraikan kang panjang pulak. Tengok gambar pun dah tau ad amacam-macam jenis.




Cendol dan aiskrim


Hah!!, cepat-cepatla booking untuk berbuka puasa nanti sambil menikmati pandangan putrajaya malam hari dekat luar ni..cantikk tau pemandangan dia.


Harga Buffet Ramadhan PICC 2017

Harga Buffet Ramadhan PICC yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanan-kanak berumur 6 hingga 12 tahun .


Manakala bermula 13 April hingga 15 Mei 2017 , potongan sebanyak 15% untuk Buffet Ramadhan juga akan diberikan kepada pelanggan yang terawal membuat tempahan .

Kalau korang nak, korang dah boleh mula booking mulai sekarang sehingga 15 Mei 2017 di www.ticketonline.my/picc dan korang akan dapat menikmati 20% potongan dari harga sebenar sebab membuat tempahan secara online.

Ajakla kawan-kawan, saudara,keluarga, kawan kerja untuk berbuka puasa di Restoran Pot & Pan PICC , sebab untuk warga korporat pula ada harga pakej berbuka puasa yang lebih menarik ditawarkan .

Segala pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
Phone : 03-88876000
Website : www.picc.com.my
Facebook : PICC Malaysia


hai assalammualaikum

Selalu tengok orang bershell out. Geram je rasa tengoknya. Nad ni dahla penggemar seafood. Shell out ni konsep hidangan makanan laut yang dilambakkan di atas meja yang beralas kertas parchment ini pernah menjadi trending. Dengan hanya membayangkan lambakkan ketam, sotong, udang penuh di meja bersama sambal khas sudah mampu membuatkan kita telan air liur. 

Dan semalam, nad dapat juga bershell out dengan rakan UUM di Selayang..orang lain dah merasa, kita baru nak rasa..takpela, janji dah dapat makan kann.
hai assalammualaikum

Dalam banyak-banyak barang makeup, foundation la barang makeup yang wajib ada. Kalau takda foundation, boleh tak tentu arah hidup nad..hahaa. Sebab apa foundation penting?? Sebab foundation merupakan asas utama dalam seni solekan yang menjadikan wajah kita nampak cantik dan sempurna. Dengan foundationla mampu tutup segala kecelaan pada muka dan menjadikan makeup kita nampak cantik dan tahan lama. Nak nampak makeup cantik mestilah pilih foundation yang sesuai dengan kulit kita.


Ni foundation terbaru yang nad guna sekarang. Koreal Cosmetic Smoothie Foundation. Cantik kan botol dia..hehee. Pantang betul nampak benda cantik. Tapi, Nad pilih foundation ni bukan sebab botol, sebab kelebihannya 8 dalam 1. . Koreal Cosmetic Smoothie Foundation ni sesuai dengan semua jenis kulit dan warna kulit.


Warnanya nampak je putih, macam pekat tapi bila sapu dekat muka, dia tak nampak putih malah ikut kulit muka kita. Tak rasa macam pakai foundation.


Makeup Jadi Cantik 

Masa dapat je produk ni, esoknya nad terus pakai. Tekan sikit je, lepas tu nad guna span, dan dap-dapkan ke seluruh muka. Lembut, dan lembap je muka. Lepas tu nad pakai bedak compact sikit je. Memang cantik makeup lepas pakai Koreal Cosmetic Smoothie Foundation ni. Muka rasa ringan je, macam tak pakai apa-apa. Nad pakai dari siang sampai ke malam, elok je lagi. Muka tak berminyak, makeup tak bercapuk, tahan lama. Muka nampak licin dan glowing je. Tak nampak putih pun muka, sebab dia dah ikut warna kulit kita..suka giler!! Paling penting dia tutup parut jerawat tau..wihuu!!..

Kelebihan Koreal Cosmetic Smoothie Foundation

Macam nad cakap tadi, nad pilih foundation ni sebab kelebihannya 8 dalam 1. Mengandungi bahan Vitamin C, Vitamin E, TripleStemcell, Shining, SPF 35, Salmon Collagen, Titanium Dioxide dan Dimenthicone yang menjadikan Koreal Cosmetic Smoothie Foundation ni bukan sekadar foundation makeup malah dapat mencerahkan kulit wajah dan boleh melindungi kulit wajah dari terdedah kepada cahaya matahari agar kulit wajah sentiasa dilindungi dan tak mudah menjadi gelap. Selain itu, kesan pakai Koreal Cosmetic Smoothie Foundation ni boleh mengurangkan bintik hitam dan membuatkan wajah nampak muda seawal 7 hari penggunaan.Perghh!!!, setiap kali keluar wajib pakai Smoothie Foundation ni. Baru berseri-seri muka macam artis kau..huhuhu..

Antara Kelebihan Koreal Cosmetic Smoothie Foundation:
- Full Coverage
- Menjadikan kulit muka flawless sekelip mata!
- Menjadikan kulit muka ‘glowing’ tanpa dipinta
- Makeup dengan cepat
- Tidak berminyak
- Tahan selama 12 jam !
- Tidak bercapuk
- Tidak merekah
- Senang di pakai
- Melindungi kulit dari cahaya matahari.
- Menutup parut jerawat,jeragat
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Mudah dicuci
- Melembapkan kulit wajah
- Menurangkan bintik-bintik hitam

Testimoni mereka yang dah cuba Koreal Cosmetic Smoothie Foundation.







Serius best foundation ni. Koreal Cosmetic Smoothi Foundation tak melekit dan bercapuk yang popular sekarang ni, #SmoothieFoundation 8 dalam 1 keluaran Koreal Cosmetics. selamat digunakan.  Di bawah kawalan KKM (NOT170402257K).


Harga : RM87

Bestnya bila beli Smoothie Foundation ni akan dapat
**Free gift bernilai RM75 (Untuk 120 pelanggan terawal sahaja)
** Baucer hadiah bernilai RM10x5 = RM50

Korang apa tunggu lagi, tengah cari foundation sesuai..Ni la dia Koreal Cosmetic Smoothis Foundation. Nak raya ni mesti nak nampak cantik dan berseri-seri kan. Hah cepat-cepat whatsApp 019 2565 008 atau klik sini terus http://www.wasap.my/ 60192565008

Untuk tahu lebih lanjut tentang Smoothie Foundation boleh rujuk ke:
Website: www.korealcosmetics.com
Instagram: www.instagram.com/korealcosmetics

#korealcosmetic
#smoothiefoundation
#8in1
#No.1Malaysia
#takcubetakcantik



JUMPA GENG UUM KE PESTA BUKU DI PWTC

in , by Nadia Johari, 23:35:00
hai assalammualaikum

Selalunya kitaorang berhubung dekat whatsup je. Nasib ada whatsup bolehla berborak, berhubung lagi kan. Takdela terputus selepas habis belajar. Masa nad kawin diaorang datang. Selepas kawin, pun ada jumpa juga, tapi selepas masing-masing dah semakin sibuk, nad pulak dah ada anak, sibuk juga, susah nak keluar, memang tak dapat jumpa diaorang ni la.

Bila nak jumpa tu kena betul-betul tarikh yang sesuai. Tapi bila tarikh dah sesuai, ada juga yang tak boleh nak jumpa. Sudahnya jumpa yang siapa boleh je la. Okla tu, dari tak jumpa, rindu dengan diaorang ni. Terkenang zaman belajar dulu, walaupun nad stay bilik blok lain. Tapi disebabkan sama kos, kitaorang rapat sampai sekarang.

Kami sebahagian Geng UUM Di Pesta Buku

Haritu, ada pulak pesta buku dekat PWTC. Adala beberapa kawan nad ni memang ulat buku, yang seorang tu suka baca novel. Dia la beria mengajak ke Pesta Buku ni. Nama dia Ana..hehee. Ana yang cadangkan pergi Pesta Buku. Dia cadang pergi 6 Mei, semalam ler kitaorang berjumpa. Nad nak ikut bukan sebab nak beli buku, tapi nak jumpa diaorang..hahaa. Nad bukan suka baca buku ke apa. Majalah pun tengok  apa yang suka. Tapi haritu memang tak teringin nak beli buku ( maybe suami tak ikut nak pow beli buku takde dia..hahaha)

Dari Kiri, Ya, Bitah, Aku, Pah (tudung hitam), Ana (shawl hijau)

Masa tu nad pergi dengan Fariza je. Mr mafia ada kerja. Dia tolong hantarkan nad ke Pesta Buku je. Kitaornag jumpa dekat PWTC sana. Bila dah jumpa, tengok kawan-kawan dah start beli buku..hahaa. Ramai orang dekat Pesta Buku tu. Nad tengok jela. Nak juga cari buku untuk Fariza, sebab dia suka menulis dan membaca, tapi buku yang jenis berbunyi takda. Ada memang ada, tapi mahal gilerr..jenis bayar bulan-bulan, memang takla..Takpe, nanti kita cari lagi ye.

Semua kawan-kawan nad ni ada yang kerja dekat Kuala Lumpur, Kelantan, Pahang. Bitah dengan Pah jauh datang. Yang lagi dua walaupun duduk KL sama dengan nad, nak jumpa susah..sebab dua orang tu kerja. Nad pulak kena tengok jadual suami. Nad pun kerja blogger, pergi sana sini, lagi dengan jaga anak dekat rumah. Bila ada waktu memnag betul-betul nak jumpa, baru nad kosongkan waktu tu..Memang nak sangat jumpa dengan diaorang ni, berborak, bergosip..hehee. Teringat dulu tengok cerita la, ish macam-macam la masa belajar dekat UUM dulu. Lagi best dapat bercuti bersama.

Dah puas pusing-pusing PWTC, dapat dah kawan-kawan cari buku, apa lagi balik cari makanan ler..hehee..nak tau kitaornag makan dekat mana..hah!! baca entry seterusnya ok..
hai assalammualaikum

Dah lama cari beg untuk simpan makeup. Nak beli yang memang khas untuk beg makeup mahal. Jadi pilihla yang murah. Kesnya nak cari beg makeup, sebab nad ni kadang main makeup-makeup dekat bawah bersama anak. Sebelum ni bawak semua makeup dalam plastik je weii..hahaa..Lepas tu, bila dibiarkan, anak pulak buat main, sampai hancur makeup kita..aduhh sedihh wakk..nasib gincu sahaja, tapi tu pun gincu kesayangan kita..lagi bertambah sedihh..huhuhu..Jadinya kita pun terus cari beg makeup.


Pouch Travel Kit Beg Multipouch 

Cari punya cari, akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Beg Travel Kit Multipouch. Bukan setakat makeup, malah boleh jadi beg barang mandian atau apa sahaja korang nak simpan. Beg sedang-sedang je, mudah dibawa ke mana sahaja. Nad cari dekat Lazada je, murah dalam harga RM19.50. Lagi suka sebab dia warna biru siap ada corak-corak lagi..Bestnya, boleh pulak dapat keychain doraemon, padahal masa beli tu takde pulak cakap freegift..hehee..


Nad pilih beg ni sebab ruangan dia banyak. Dekat dalam tu ada bahagian bawah, tengah lagi dan selit-selit lagi. Hah!!, cukupla untuk masukkan barang makeup kita yang banyak tu.


Beg ni jenis zip. Senang je la kan. Pulak tu kalis air. Takdelah basah beg tu. Sebab tu boleh bawak untuk barang mandian.


Ada tempat pegang dia.



Hah Yang ni nad dah susun barang makeup nad. Nak bawak ke bawah, ke atas, bercuti, ke mana sahaja, bawak satu beg ni je. Mudah sangat. Takda makeup berselerak. tersusun pun ye. Masukkan semua berus makeup tu..hahahaa. Takde susah nak cari..hehee.

Selesai masalah. Kalau korang nak beli, boleh je ke Storage Makeup ni..ada je jenis yang lain. Kot nak macam nad punya..kita dah siap bagi link tu..silalah terjah.

FARIZA DAH BESAR BARU KITA BELA OK!!

in , by Nadia Johari, 01:52:00
hai assalammualaikum

Dari kecik dia suka betul dengan kucing. Nad tengok Fariza ni jenis suka binatang, terutama kucing. Kalaulah Si Putih masih ada, bolehla jadi kawan Fariza sekarang. Sayangnya Putih entah hilang di mana..sob..sob..Sejak takda putih memang kitaorang dah tak bela kucing. Sebab memikirkan anak kecil, takut ada kesan tak elok nanti. Tapi bila dia dah kenal haiwan, dah sayang haiwan, mula la fikir nak bela ke tak..huhuu..

Buat masa sekarang belum masa lagi nak bela kucing ni. Sebabnya kewangan pun ya, kebersihan pun ye. Kalau macam kewangan bab makanan, atau kesihatan kucing. Pernah bawak kucing dulu pergi klinik, dasyat nak bayar duit ubat kucing. Memang elok jaga kucing ni, mungkin dia akan bagi rezeki dekat kita, tapi adalah sebab mengapa tak dapat bela lagi.

Mungkin tunggu Fariza dah besar, betul-betul besar, dia nak jaga kucing, nak bela kucing boleh kot. Sekurangnya, dia yang jaga, atau mommy ada pembantu untuk jaga binatang tu. Kalau mommy seorang je, memang tak la nak belanya. Mommy yang penat. Dahla kemas rumah, masak, semua mommy kena buat...huhuhu...

Nad akan bagi dia bela, kalau betul-betul dia nak jaga kucing tu. Taknakla, dah bela, pastu bior je..

Sekarang takda kawan lagi, dia berkawanla dengan kucing jiran ni bila balik bandar. Kucing jiran ni pulak jenis taknak balik rumah..isshh tak paham betul..suka nor duduk rumah sini. Jadi biarkan jela. malamkasi keluar..


Kesian Fariza sebenarnya nak kawan..hehee..nanti bagi adik ye Fariza..hahaha..

NANTI KITA DATANG LAGI YE FARIZA!!

in , by Nadia Johari, 20:58:00
hai assalammualaikum




Haritu nad ada event dekat Little Kingdom Maju Junction. Dah lama nak bawa Fariza dekat sini, sebab tengok tempat dia menarik untuk budak-budak. Tengok dekat bahagian luar pun dah menyeronokkan. Bukan anak je suka, mak pun suka..hehehe. Tapi masa ni tak dapat main, sebab cover event. Takpe ada rezeki lagi nanti kitaorang datang lagi. Bagi Fariza main puas-puas dekat sini. Jadi datang sini, kita ambil sekitar Little Kingdom sahaja la..hehee



Nak masuk sini kena pakai jam tangan. Lepas tu scan dekat nak masuk tu.





Suasana tempat ni macam dalam fantasi. Sana sini kartun. Ada banyak tempat sebenarnya, tapi nad tak teroka semua. Korang ada anak bolehla bawak pergi sini, sebab ada banyak aktiviti dekat sini.



Boleh memasak, ada pertunjukan. Banyakla.



Ala kita belanja gambar dekat luar jela..hehehe..Takpe, nanti ada rezeki,kita datang ye Fariza. Tunggu Fariza dah paham, dah pandai buat itu ini, kita pergi ye. Baru enjoyy..

Korang bolehla bawak anak ke sini.
Parkson Maju Junction,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
No tel : 0326020790
Waktu operasi : 11.00 pagi – 9.00 malam
Facebokk : Little Kingdom


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2