hai assalammualaikum

Sekarang semua orang pakai Instagram sebagai media sosial untuk berkongsi gambar dan juga video. Instagram digunakan sebagai tempat untuk menyimpan koleksi gambar atau video untuk dijadikan sebagai kenangan dan berkongsi dengan orang ramai. Kalau sebelum ni nak tengok video ke apa, dalam youtube, tapi sekarang dekat Instagram pun dah boleh muatnaik video, tak kisahla video apa pun, contoh macam video personal, makeup, video parodi atau video lucu lain yang menarik perhatian orang lain. Macam nad, suka masukkan video Fariza dan makeup.

Sebelum ni Instagram hanya mengehadkan penggunanya untuk upload video dengan tempoh video cuma 15 saat, tapi kini Instagram meningkatkannya menjadi 1 minit atau 60 saat. Dengan tempoh yang lebih panjang daripada sebelumnya, Tapi kadangkala, ada juga masalah nak masukkan video dalam Instagram ni disebabkan ukuran file yang sangat besar atau video HD. ada juga walaupun fail sudah kecil tapi tetap saja tidak boleh di upload ke Instagram. Stress tau..hahaa..


Biasanya apabila gagal melakukan upload video ke Instagram, dia akan cakap " Video Tidak Boleh Dikirim " atau " Video Wasn't Posted " macam dalam gambar tu. Menyampah tau tak. Kadang ada job kerja tak lepas..dah buat banyak kali pun tak menjadi..haishh..bingung masa tu.

Padahal dekat rumah ni dah guna internet WiFi. Cari google, macam mana nak selesaikan masalah ni, tengok semua orang post sama je, suruh restart, bersihkan data, masalah internet dan Uninstall dan Install Semula Instagram. Memang sama je..jadi cari lagi cara lain. Cari punya cari dan akhirnya jumpa juga.

Cara yang nad jumpa ni, nad dah cuba sendiri dan ia berhasil. Dah takde masalah nak upload video dekat Instagram. Takde lagi perkataan " Video Wasn't Posted "..huh..


Cara Video Dapat Diupload Ke Instagram Tanpa Gagal

Caranya ialah dengan menginstall aplikasi Video Converter Android di Google Playstore. Dalam banyak-banyak video Converter, nad pilih yang warna biru tu iaitu Video Compact. Nad install satu-satu tengok mana yang mudah digunakan, dan yang Video compact nad pilih ni sangat mudah.


Bila korang tekan Video Compact tu, akan keluar Trim and Compress, Batch Comression dan Convert to MP4. Tekan yang convert tu MP4, masukkan video korang yang tak dapat diupload di Instagram. Keluar perkataan seperti dalam gamabr, tekan " OK ".



Selepas tu dia akan tunjuk rupa macam ni. Ok korang tekan je bentuk " < " dibahagian atas tu dan dia akan keluar korang nak share dekat mana. Ni contoh. Kalau nak share dekat Instagram, tekan sahaja Instagram.



Lepas tu tunggu sampai habis proses.


Tadaa..settle..tengokla perbezaan dua ni..hehee..

Selesai masalah nak post video dekat Instagram tanpa gagal. Nad tak pakar bab ni, tapi nad mencuba. Mungkin orang lain lebih arif nak selesaikan benda ni dengan mudah. Ni pun nad cari sendiri penyelesaiannya. Apa guna laptop, internet , google jela..hahaa. Tanya orang nanti remeh.

MEREKA PAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK PAHAM

in , by Nadia Johari, 17:42:00
hai assalammualaikum


Wanita atau perempuan ni ada macam-macam perangai tau. Ada ceria, ada kuat merajuk, ada kuat membebel, ada tu suka cakap banyak..haahha. Eh best apa perempuan macam ni, ada juga orang lelaku nak kena buat, dari perempuan yang takda perasaan kan...hahahaha. Cuba bayangkan, lelaki tanya soalan, dia jawab apa yang ditanya je, lepas tu senyap. Lepas tu si perempuan akan tanya soalan apa yang nak ditanya je. Dapat jawapan senyap..eh boringnyaaa..haha.


Bukan tu je perangai perempuan ni, ada tu perangai dia, lelaki tanya soalan, tapi dia jawab berjela-jela..haaha. Okla tu kan, lelaki tak perlu tanya soalan banyak kali, si perempuan dah menerangkan dengan lebih jelas. Hah!!, yang tu perangai nad..hahaaha. Mr mafia tanya sikit je soalan, nad jawab panjang lebar. Yela nanti kang dia tanya kenapa, mengapa..lalalaa..

Dalam jawab panjang lebar, sebenarnya ada maksud dalam tu..hehe. Yela kadang perempuan ni takut nak cakap terus terang. Sebab pernah, cakap terus terang pun tak dapat. Jadi mainla kias-kias. Lor, rupanya main kias-kias pun tak dapat tangkap..hahaaha..geram je rasa.

Sebenarnya sama je pun, kadang perempuan pun tak paham apa yang lelaki nak..haahhaa. Jadi sama adil..

MISI BUAT KUIH DI BULAN RAMADHAN

in , by Nadia Johari, 00:44:00
hai assalammualaikum

Seumur hidup, tak pernah buat kuih di Bulan Ramadhan. Selalunya kalau kuih ni, mr mafia beli je. Entah kenapa, tahun ni dia suruh buat pulak. Haishh..kalau difirkan memang malas, tapi tak salah mencuba. Fikir punya fikir, nak buat kuih apa agaknya..Kalau boleh kuih yang mudah dan senang dibuat. Yela, ada anak ni, kadang payah nak buat kuih. Jadinya macam biasa la, kalau dah tak boleh fikir, kita buat status dekat facebook je..hehee..Dekat situ akan ramai kawan baik hati bagi idea. Nad apa lagi cepat-cepat catit..hehehe..


Hah ni la idea diaorang..ala sayang korang tau..Bila diaorang dah bagi idea, nad pun catit dekat buku dan cari resepi dekat google. Takkanla nak suruh diaorang bagi resepi..melampau tau..heheee..Kalau nak tengok komen diaorang boleh ke SINI.


Dan ni antara senarai kuih yang menjadi pilihan. Tengok macam mudah je nak buat. Agaknyala..hahha. Tak pernahla kita nak buah kuih ni semua. Antara kuih yang dicatit, kuih buah melaka yang menjadi kegemaran nad dengan mr mafia. Kalau dapat rasa tak cukup tau..sebab sedapp..hehee. Pantang nampak kuih tu..mesti nak beli..

Jadinya, misi Ramadhan kali ni, buat kuih. Harap-harap ada kerajinan nak buat..hahahhaa..Kita tengok bulan Ramadhan nanti ye..Lagi 5 hari nak Ramadhan ni..sila persiapkan diri. Orang perempuan sila fikir menu nak buat apa..hahhaa..haishh..pening-pening..Silalah bangun awal..ok..
hai assalammualaikum

Lagi beberapa hari nak puasa, lepas tu raya. Raya pulak mestilah nak cantik, putih dan lembut je muka. Bila datang beraya, orang tegur, "wah cantikknya muka awak, pakai apa "..hah gitu kan..Tersenyum lebar kita bila orang tegur kita cantik kan...hehee..Hah!!, nak cantik, nak wajah yang mempersona, guna Voqq Skincare..hanya dua benda sahaja mampu jadikan kulit korang cantik tau..
hai assalammualaikum

Nad tau, bukan nad seorang sahaja penggemar kopi, ramai yang suka minum kopi. Tipu la kalau tak teringin nak minum kopi..tengok orang minum kopi sedapnyaa la kan..Tapi kebanyakan kopi yang diminum, mesti akan buat kita pening kepala, muntah, dan sebagainya. Tu yang buat kita berhenti nak minum kopi. Tapi kali ni nad nak kenalkan satu kopi yang boleh buat korang minum bukan secawan, tapi bercawan-cawan. Takkan ada kesan sampingan macam pening, muntah tu semua..Nad dah cuba kopi ni memang best dan sedap.


Kopi Badang, Kopi Tulen Bermutu

Kopi Badang, ye, tu la namanya. Pertama kali dapat jemputan kopi ni, nad fikir minum kopi ni akan jadi kuat ke apa..hahaa..tapi bukan. Nama Kopi Badang bukan disebabkan seperti kekuatan Badang dalam cerita tu, tapi sebab sifat kejujuran, keikhlasan dan seluruh watak Badang itu sendiri dalam ceritanya yang menggambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan ketika itu.


Sampai je di majlis, nad di jemput untuk merasa sendiri air Kopi Badang ni. Sedap, memang sedap. Kalau sebelum ni, rasa air kopi akan melekat dekat tekak, dan manis-manis gitu, tapi Kopi Badang ni, walaupun manis tapi ok je nad minum. Dua cawan juga nad minum. Not bad la..



Semasa majlis pelancaran dan pengenalan Kopi Badang, ramai yang hadir, termasuk duta Kopi Badang sendiri iaitu artis Zamarul Hisham. Ada juga beberapa artis otai sebagai duta kecil mereka yang terlibat mempromosikan Kopi Badang ni. Video yang melucukan yang mempromosikan Kopi Badang Cafe, korang boleh tengok dekat SINI.


Kopi Badang keluaran Al-Mubarak Health Sdn Bhd sudah berada di pasaran tempatan sejak awal tahun 2016. Memiliki  perakuan sijil Halal daripada JAKIM. Kopi yang dihasilkan di premis mempunyai piawaian kebersihan yang tinggi. Jadi tak rasa was-was la kan. Demi menjaga kesihatan pengguna, Kopi Badang 3 dalam 1, dibuat daripada kopi Robusta dari Columbia dengan kopi 100% tulen tanpa sebarang bahan tiruan, pewarna tiruan, pengawet dan kopi tiruan. Sangat selamat dan sesuai diminum seisi keluarga. Kopi Badang mampu memberikan kesegaran dan meningkatkan keyakinan diri.


Balik tu, nad buat lagi secawan Kopi Badang ni. Macam biasa, tengah malam nad akan update blog. selalu mata memang cepat mengantuk, sebab seharian buat kerja rumah. Tapi, bila minum kopi ni, rasa tenang je. Mata pun segar je nak taip entry blog. Bukan setakat satu entry, tapi dua entry nad buat. Sambil buat kerja, sambil minum Kopi Badang. Bertenaga terus. Bau aroma Kopi Badang tu sendiri buat kita nak tambah bercawan-cawan..sebab sedap..


Yup, macam nad kata dekat atas, takde rasa pening, mual, berangin atau sebagainya. Lagi nak tambah sepeket lagi adalah..hehee. Kopi Badang sekarang peneman nad untuk buat kerja..Suami pun dah minum air Kopi Badang ni. Dia kata sedap..tak penat. Rasa kopi tak pahit dan lemak-lemak sebab ada crimer.



Bak kata Puan Azaha, pengasas Kopi Badang, antara manfaat Kopi Badang sesuai diminum oleh mereka yang bergantung kepada kekuatan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan dapat bantu pelajar belajar dengan baik. Memang sesuai Kopi Badang ni diambil oleh pelajar bagi menyiapkan tugasan. Yela, pelajar kan suka belajar lewat malam.

Bagi yang nak jalan jauh tu, sesuaila minum Kopi Badang ni untuk elakkan mengantuk, letih, lesu dan lapar. Bawakla kemana sahaja,..memang terbaikk..

Berminat Jana Pendapatan?/

Hah!!, nak cari duit lebih, boleh je jual Kopi Badang ni. Pihak Al-Mubarak memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjual Kopi Badang ni. Cara jualan terpulang kepada stokis. Selain dapat menjana pendapatan, berita baik, pihak Al-Mubarak menawarkan insentif-insentif menarik kepada para stokis dan pengguna. Stokis yang mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapat sebuah kereta sama ada Toyota Velfie atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axiz atau Proton Saga.




Bermula daripada Mei 2017 – Disember 2017.
- Stokis yang dapat menjual 10,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyata Velfire atau Mercedes Benz.
- Stokis yang dapat menjual 5,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyota Vios atau Honda City.
- Stokis yang dapat menjual 2,500 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Perodua Axia atau Proton Saga.

Bukan stokis je dapat hadiah, kepada pengguna, atau penggemar kopi, sila dapatkan Kopi Badang dengan segera!!! Sebab korang pun akan dapat hadiah tau..Caranya korang beli 12 kotak Kopi Badang untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan memenangi sebuah Produa Axia, motorsikal, Iphone &, Ipad dan Televisyen LED. Amacam..okey takk..

Nad pun nak join ni..tak boleh tengok hadiah gempak macam ni..hehee.

Kepada mereka yang berminat menjadi stokis atau nak tau lebih lanjut berkenaan Kopi Badang boleh hubungi :

Premier Victory Entreprise - 07 232 6124
Hisham Nordin - 019 779 2211
Kamarul Arief - 018 388 5985

Facebook :Kopi Badang Official
Instagram :@kopibadang






hai assalammualaikum

Memang banyak produk untuk susu ibu mengandung dan milkbooster di luar sana. Tapi yang dicari mestilah minuman tu sesuai dengan tekak kita dan khasiat susu tersebut. Selalu cakap dengan orang " ko minum susu tak masa hamil ni??" mesti jawapan yang diberi " tak, aku tak boleh minum susu la, nanti muntah, tekak tak boleh terima"..kebanyakan jawapannya mesti itu..hehe..samalah macam nad, memilih juga masa nak minum susu. Kalau boleh nak susu yang ada perisa. Tapi masa mengandung dan menyusukan anak la wajib ambil susu supaya bayi dan ibu dapat khasiat daripada susu. Susu kan bagus untuk tubuh badan kita..kan...


Susu Moeder Susu Terbaik Untuk Ibu dan Anak

Ni nad nak kenalkan dengan korang semua, satu susu yang terbaik untuk ibu dan anak. Selalunya, kita tengok susu ada perisa susu asli dan coklat je kan. Hah!!, kali ni susu yang nad nak kenalkan perisanya rasa vanila...sedapp..Moeder Genius Pregnancy Formula merupakan susu tambahan yang sesuai diambil untuk ibu yang mengandung dan mereka yang menyusukan anak. Susu Moeder produk buatan Malaysia keluaran Millenial Gen. Moeder tiada bahan terlarang, mempunyai kelulusan KKM dan selamat dimunum tanpa was-was.


Kalau dulu botolnya rupa lain, sekarang dah packaging baru..cantik pulak tu.  Kalau sebelum dalam botol ada serbuk sekarang dia guna sachet pulak. Dalam satu botol mempunyai 30 sachet yang  boleh tahan selama sebulan. Satu botol dengan berat 600g.


Nad dah minum,memag sedap. Susu Moeder ni memang sesuai untuk ibu menyusu untuk dijadikan milkbooster. Rasa vanila yang tak meloyakan tekak. Lagi nak menambah minum adala..hahhaa..Minum susu Moeder ni takda pantang larang, minum seperti biasa, ambil 1 sachet dan bancuh dengan air. Mudah je.

Cara pengambilan
-  Campurkan satu (1) skop ke dalam segelas 150ml air suam. Kacau dan minum segera. 1 - 2 kali sehari pagi/malam.

Sekiranya ibu-ibu di luar sana yang mempunyai tekanan darah rendah atau tidak normal, sila dapatkan nasihat dari doktor dahulu. Susu Moeder pun boleh diambil walaupun ibu yang mengandung atau menyusu mempunyai alahan terhadap seafood atau resdung keranan kandungan susu Moeder dari makanan Sunnah dan extrak tumbuhan. Tiada lemak binatang yang terkandung dalam susu Moeder. Untuk mereka yang ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau jantung juga boleh mengambil susu ini..pun begitu sekiranya penyakit ditahap kritikal seeloknya rujuk doktor

Lagi elok minum susu Moeder ni bila ibu dah tau mereka berbadan dua. Lagi awal lagi bagus. Masa berpantang pun boleh minum susu Moeder. Banyak lagi tau kebaikan Susu Moeder ni..korang boleh baca di bawah, memang bagus..


Kebaikan yang terdapat dalam susu Moeder  Untuk Ibu dan Anak

Khasiat buat Ibu hamil :
- Mencerahkan Kulit.
- Mengatasi masalah rabun malam
- Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
- Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil.
- Mengatasi masalah depresi (Stress)
- Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
- Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil
- Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil)
- Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
- Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu)
- Melembabkan kulit
- Mengurangkan kesan selulit pada perut
- Mencegah osteoporosis
- Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
- Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
- Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
- Mengatasi masalah mual.
- Menormalkan metabolisme
- Mencegah kegemukan selepas bersalin
- Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.

Khasiat buat Kandungan atau bayi :
- Mengurangkan Risiko demam kuning
- Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam)
- Melebatkan rambut
- Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
- Memutih dan melicinkan kulit bayi
- Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
- Mencegah asma dan lelah
- Mencegah Rabun ketika besar
- Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
- Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar)
- Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

Khasiat buat Ibu selepas hamil @ menyusu bayi @ bayi menyusu :
- Membanyak dan memekatkan produksi susu
- Mencegah kegemukan
- Mencerahkan & Melembab kulit
- Membantu hilangkan selulit ketika hamil
- Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat.
- Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi meyusukan bayi.
- Mengurangkan stress
- Mengatasi atau mencegah rabun.
- Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu
- Menguatkan sistem pernafasan bayi.
- Membantu daya ingatan bayi


Kandungan dalam Susu Moeder

1) Susu kambing
- Kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium membantu mengurangkan risiko demam kuning pada bayi kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

2) Ekstrak Tomato
- Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Juga tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam. Malahan ia membantu menghasilkan rambut bayi yang lebat dan sihat juga kulit bayi yg licin dan gebu.

3) Habbatussauda
- Membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan stamina. Ianya juga dapar mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi atau rendah ketika hamil. Malahan ia dapat mengatasi depresi , gejala “cramp” dan kelelahan pada akhir trimester.

4) Madu
- Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air dimana mengelakkan sembelit bagi ibu hamil. Juga membantu menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah. Madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung

5) Ekstrak Anggur
- Anggur adalah sumber zat besi, fosfor, kalsium, asam organik, karoten, lesitin, vitamin C, dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Selama masa kehamilan, permintaan darah jauh lebih tinggi, oleh sebab itu perlu mengkonsumsi makanan dengan sumber zat besi yang baik seperti anggur.

6) Lutein
- Berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan dan memperkuatkan retina. Juga ia akan memberi kesan mengaktifkan produksi kilang susu ibu.

7) Bird nest
- Melembabkan kulit ibu hamil , mengurangkan kesan “stretch mark”. Juga ia dapat menguatkan paru-paru bayi. Juga ia dapat menyegarkan mata dan memperbaiki aliran darah dan membantu mengurangkan masalah “cramp”.

8) Seaweed
- Kandungan serat 'seaweed' tinggi dan rendah kalori. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi ibu mengandung yang sering mengalami sembelit. Lemak yang terkandung dalam 'seaweed' tersusun dari asid lemak esensial omega 3 dan omega 6 yang sangat diperlukan untuk pembentukan rangkaian pada janin, terutamanya untuk pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.

9) Buah tin
- Mengurangkan risiko darah tinggi ketika mengandung , juga dapat mencegah osteoporosis. Kandungan kalsium serta kalium buah tin dapat mencegah penipisan tulang sekaligus dapat meningkatkan kepadan pada tulang. Kandungan kalsium yang terdapat pada buah tin adalah lebih tinggi dari jumlah kalsium yang terdapat pada susu.

10) Kurma
- Buah kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung.Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium. Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah.

11) Gam arab /Manna
- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan dapat memperbaiki sistem imun ibu mengandung dari merasa letih2 badan juga rasa mual . Ia juga membantu serapabn mineral seperiti zink , sodium dan calcium yang diperlukan oleh para ibu hamil.

12) Bilberry
- Mengandungi zat aktif yang disebut anti oksida dan membantu mengatasi masalah rabun mata.

13) Aloe vera
- Memperbaharui sel kulit melembapkan sel kulit. Menjadikan kulit bersih dan bersinar. Ia juga dapat mematikan pigmen hitam yang sering di alami ibu hamil dan melicinkan kulit. Untuk bayi dalam kandungan , ia meransang pertumbuhan folikel2 rambut yang lebat dan bersinar.

14) Lobak merah
- Mencerahkan penglihatan mata disamping menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolism untuk mengatasi masalah mual di kalangan ibu hamil.

15) Brokoli
- Mengandungi beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C , K dan mineral seperti kalsium juga zat besi untuk menyokong semasa proses kehamilan berlangsung.

16) Omega 3 Omega-3
- sangat penting untuk mempertahankan keseimbangan produksi suatu zat seperti hormon yang disebut prostaglandin membantu mengatur banyak fungsi fisiologis yang penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, transmisi saraf, respon inflamasi dan alergi, fungsi ginjal dan saluran pencernaan, dan produksi hormon lainnya. Omega-3 juga digunakan untuk mengubati dan mencegah gangguan mood ketika hamil.

17) Betik
- Betik kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu hamil terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat ketika hamil.

18) Stevia
- Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daripada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan.

19) Vanilla
- Sebagai perisa dan dapat membantu mengurangkan rasa loya pada ibu hamil. 20. Non diary creamer Mengurangkan rasa loya dan rendah kalori.

20) Non diary creamer
- Mengurangkan rasa loya dan rendah kalori.



Harga
Harga : RM159/169ss. Tapi sekarang ada Promosi. Harga promosi cuma RM129 sm/ss siap FREE postage lg. Berat 1 btol 600g.klu diamalkan setiap hari cukup untuk 1 bulan setengah.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan terus di

Facebook : Kelab Ibu Cantik Millennial Gen
Instagram : https://www.instagram.com/moeder_hq/
Website : http://www.millennialgen.biz/
HP : 010 404 2769
Office : 03 3358 5344
Alamat : 11G, Jalan Keluli Al7/Al,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor
hai assalamualaikum

Kita ni, sebagai orang perempuan, tak kisahla anak dara atau yang dah berkahwin, bukan sekadar pandai jaga luaran sahaja, dalaman pun penting untuk dijaga. Sebagai wanita, perlu mengambil supplement untuk mencegah pelbagai penyakit. Hah!!, lagi elok kalau mereka yang mempunyai masalah bau badan. Muka cantik tapi badan berbau. Tak elok kan macam tu. Kita ni, kalau nak cantik, biar cantik semuanya. Baru la orang pandang tinggi dengan kita, sambil cakap cakap "Wah!!, cantiknya dia, sihatnya dia, apa dia pakai tu"..


Harum Malam Mampu Atasi Masalah Dalaman Wanita

Ni la nad nak kenalkan satu produk supplement minuman kesihatan wanita, Harum Malam. Cantik kan botol dia, pinky gituw. Sesuai la untuk wanita. Produk Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran , nad pernah cuba. Memang bagus tau!!.


Harum Malam diformulasi dengan ekstrak ros , Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani, Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, senna. Semua bahan kandungannya 100% ramuan asli yang sememangnya bagus untuk menangani masalah dalaman wanita. Lagi-lagi mereka yang mempunyai masalah bau badan, Harum Malam supplemen yang dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan.

Bagi yang dah berkahwin, lagi banyak masalah dalaman kan..jadinya ambil la Harum malam ni. Ia merawat masalah seperti keputihan, gatal-gatal vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan macam-macam lagi la. Lengkap, satu botol package untuk semua masalah. Bagus kan. Takde la korang nak makan lain-lain ubat untuk setiap satu masalah. Buang masa, buang duit.


Harum Malam bukan untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja tetapi sesuai juga untuk anak dara. Penjagaan dari awal amat bagus, supaya bila kita dah berusia takdela sakit sana sini. Nak nampak keberkesanannya perlulah ambil secara konsisten. Harum Malam ni boleh di ambil setiap hari walaupun period, dalam pantang dan menyusu bayi.

Peringatan:
Untuk wanita yang mengandung  (pregnant) tidak digalakkan untuk minum Harum Malam sebab takut akan mengalami kesukaran bersalin (sempit). Yela, Harum Malam ni kan mengetatkan..hehe..

Golongan yang sesuai ambil minuman kesihatan Harum Malam:
- Wanita Berkahwin
-  Anak Dara
- Wanita Berpantang
- Sesuai untuk yang menyusukan anak
- Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas


Kelebihan dan khasiat minuman kesihatan Harum Malam:
- Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
- Mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
- Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
- Melegakan panas badan.
- Menegangkan payudara.
- Memulihkan rasa rapat.
- Mengencang otot kewanitaan.
- Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
- Menambah keharmonian suami isteri.
- Menyihatkan rahim.
- Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
- Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
- Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
- Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
- Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
- Mengurangkan tekanan dan tension
- Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan


Cara pengambilan:
Mudah sahaja cara nak minum dia. Pastikan menggunakan sudu plastik mengandungi madu, dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya. Setiap hari ambil 1 sudu sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Boleh simpan dalam peti sejuk .

Pantang Larang Minum Haram Malam:
– Elakkan minuman berais
– Ibu mengandung tidak dibenarkan
– Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )


Isipadu : 250 ml
Berat : 580 gram
Harga: RM33.00 bagi semenanjung dan RM39.00 bagi Sabah / Sarawak. ( Harga tidak termasuk pos )


Pastikan Harum Malam Original, Baru Beli!!!..

Kalau korang nak dapatkan harum malam, pastikan korang beli yang ASLI sahaja. Yela sekarang banyak benda tiruan. Nak tau Harum Malam asli, caranya scan logo hologram yang ada di botol Harum Malam, seperti yang ditunjukkan di gambar. selamat kan!!..

Produk suplement Harum Malam ini dipasarkan oleh Millennial Gen. Selain Harum Malam, Millennial Gen turut mengeluarkan produk tambahan iaitu jenama Moeder - milk booster.
Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh terus menghubungi Millennial Gen (1167089-D) di :
Alamat : 11G, Jalan Keluli Al7/Al,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor
HP : 010 404 2769
Office : 03 3358 5344
Website : http://www.millennialgen.biz/
Instagram : Harum Malam HQ


.


hai assalammualaikum

Beli baju, online je!!, beli makeup, online je!! beli beg,online je!!..hahaaha..ye nad ni memang seorang shoping online yang tegar..Kebanyakan barang yang nad ada, semua nad beli online. Mana taknya, bila cakap dengan suami " abanggg, jom keluar, nak cari barang la "..dan jawapan dia bagi "nantila, esokla, jem ni, banyak kereta, parking pun susah"..Kau rasa??..hahhaa..Jadi malas nak dengar semua tu, cara mudah, nad shoping online je.

Kadang-kadang, nak cari barang yang kita nak dekat luar takda, takkanla nak survey semua shoping complex, kedai kan..habis tenaga, minyak, dan masa je. Kadang tu, bila dapat keluar shoping, tengok barang yang nak takda pulak, tapi ternampak barang lain " eh lawanya, eh cantiknya", dah terbeli barang...hahaha. Biasa perempuan, kalau dah window shoping pasti nampak benda lain yang menarik di hati. Jadi taknak macam tu kita shoping online je la.

Shoping Online Raya Di Shopee, Murah Je!!!

Selamat Hari Raya, Aidilfitri untuk semua, eh, belum raya lagi tapi dah semangat nyanyi..semangat nak hias rumah, nak kemas rumah..hehee. Raya tahun ni mesti nak cantik weii. Nad dah siap awal-awal buat senarai apa barang nak dibeli untuk cantikkan rumah. Nad dah usha satu laman web shoping online untuk nad beli barang nad ni, murah je!!. Lagi pun, laman web ni tengah buat sale untuk Cahaya Raya weii..Belum lagi raya dah buat sale raya..tak kisahlah yang penting SALE!!!!..kihkihkih..

www.shopee.com.my

Ni dia satu lagi platform shopping online yang wajib ada dalam list, ShopeeMy. Laman web www.shopee.com.my agak senang nak akses, disusun kemas untuk setiap kategori. Semua ada, dari pakaian, makeup, barang dapur, hiasan, eh semua lengkap la. Kesemua harga pula dalam bentuk Ringgit Malaysia. Barang pula ada free shipping dan ada cost shipping..kena pandai tengokla..Tinggal duduk depan laptop atau pegang handphone, cari barang yang nak, tengok harga lepas tu belila kalau berkenan. Lepas tu tunggula barang sampai ke rumah.

Rambang mata tengok carpet

Nad shoping untuk dekorasi rumah. Memang banyak pilihan. Jadi nak senang nad masuk je ke Home Decor. Dekat situ ade kategori kecik lagi, korang boleh tengok bahagian tepi..ikut la mana korang nak. Atau nak lagi senang taip je korang nak apa dekat search, macam nad nak cari karpet, nad taip je " carpet "..keluar semua jenis karpet ada dekat situ..fuh..melilau mata ni tengok. Yang penting kena pandai pilih, macam nad semestinya nak murah dan free shipping..hehee..Karpet bulu-bulu wakk..hehee..

Tanya shipping

chat bersama seller

Kalau rasa was-was, jangan risau, boleh tanya berkenaan produk tu dekat komen, atau chat, nanti cepat je dia respond dan  jawab pertanyaan kita. Ada benda nak tanya ke apa terus boleh mesej gunakan fungsi chat ini. Ala, kira macam Whatsapp lah. Bolehlah tanya stok ada lagi ke, berapa hari nak post atau kalau pandai, boleh buat ayat manis minta murah..kihkih. Fungsi chat ini akan membantu korang untuk membuat pilihan sama ada nak beli atau tidak dengan penjual di Shopee. Bagus kann..

feedback orang ramai

Lagi kelebihan beli barang dekat shopee, boleh tengok feedback orang lain macam mana. Bagus atau tidak.

carpet berbulu pilihan hati

lagi-lagi carpet

makeup pulak..

Bukan carpet je nad beli, tempat simpan makeup pun nad beli..hehe. Nampak la kemas sikit dan teratur kan..Bila nampak barang yang suka masukkan dalam add to cart. Kalau rasa taknak, boleh edit dan delete. Lepas tu kalau rasa nak tukar warna boleh tekan dekat variation tu. Kalau nak tanya pasal produk tu dekat seller, tekan chat dekat situ..mudah je. Tak perlu ulang balik tempat korang cari barang tu.

Dah masuk shopping cart

Boleh tengok shipping cost mana yang ada shipping cost

Dah selesai semua, dah puas hati check out la. Lengkapkan delivery address semua. Dah siap semua nanti dia akan keluar mana yang ada shipping. macam nad, karpet Plush Shaggy Soft tu walaupun murah RM9 je tapi ade shipping cost sebanyak RM11.80, jadinya RM21.27..okla tu..baru RM20 beli karpet..hahaha. Yang lain Free shipping...

Cara pembayaran

Dah setel tekan place order..keluarla bank ape korang guna. Macam nad Maybank2u..dah setel...ala shoping macam biasa je..Tak sabar nak tunggu barang sampai..penghantaran ambil masa seminggu macam tu..Mungkin setiap barang lain-lain waktu penghantaran.

Cahaya Raya Bersama Shopee, Diskaun sehinga 90%

Ini merupakan kempen Hari Raya terbesar Shopee iaitu Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90%. wow!!. Cahaya Raya Bersama Shopee bukan sahaja ada diskaun malah ada pertandingan setiap hari sehingga RM50,000 termasuk wang tunai.

Cahaya Raya Bersama Shopee

Dari  15  Mei  hingga  30  Jun, Cahaya  Raya  bersama  Shopee akan  menampilkan  24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk . Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.

45 Giveaway

Hadiah untuk pertandingan  45  Days  of  Surprise  Giveaways  (45  Hari  Hadiah  Kejutan) memang betul-betul beri kejutan, mana taknya hadiah harian  bernilai  sehingga  RM25,000  termasuk televisyen,  telefon pintar dan kamera. Jenama pun dari brand yang dikenali seperti Unilever,  Senheng,  Huawei,  OPPO  dan  ASOTV. Nak sertai pun mudah, cuma menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Shopee  juga  akan  meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, Pizza Hut, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah  menarik  seperti  baucar  penginapan  hotel  &  penerbangan,  potongan  harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai

Pelbagai pertandingan dijalankan di Shopee

Banyak  lagi  pertandingan  dianjurkan  termasuk Make  a  Wish  for Mom (Buat  Permintaan  untuk Ibu), Selamat Berbuka  Snaps(Ambil  Gambar  Semasa Berbuka  Puasa)  dan  teka-teki Berapa  Duit Raya,  menjadikan  hadiah  keseluruhan mencecah sehingga nilai RM50,000!

Shopee   akan   bekerjasama   dengan   Pos   Malaysia   untuk melancarkan  program  Bayar  Waktu Terima (Cash-on-Delivery)  untuk  menggalakkan lebih  ramai  rakyat  Malaysia  membuat  persiapan  Hari  Raya  menerusi  pembelian  atas talian.

Nampak tak, gara-gara Cahaya Raya Bersama Shopee, nad pun dah terbeli dekat sini..hehee..berhantu sungguhh..Nak raya ni, nad ajak korang shoping dekat Shopee ni..hehehe..mudah jeee...scrol, pilih, dan beli..Sambil beli, sambil join contest ni..Jom membeli-belah di laman web ini http://cahayaraya.shopee.com.my/ untuk lebih banyak pilihan dan ganjaran.

Aplikasi Shopee

Download Aplikasi Shopee Sekarang!!

Kalau korang nak tau, nad shoping dekat apps Shopee je. Macam biasa download apps Shopee dekat Google Playstore. Cari je Shopee. Dah download, sambil tengok tv, sambil layan anak,, Tengok phone, pilih barang apa nak..hehe. Sangat cepat dan tak lambat pun. 

Akaun bagi yang dah mendaftar

Sebenarnya, Shopee,  pasaran  sosial  mudah  alih  No  1  di  Asia Tenggara  dan  Taiwan. bukan sahaja tempat membeli barang malah boleh menjual produk dengan hanya menggunakan smartphone. Maksudnya kalau korang nak jual barang korang yang dah tak guna, boleh je jual dekat Shopee. Bila download je apps ni, terus daftar, buat akaun dan boleh jual barang.

Boleh menjual item

Masukkan gambar atau muatturun dari instagram

Kalau korang nak jual barang, pergi ke akaun, tekan tanda ( + ), terus keluar kamera, gallery.  dan lepas itu boleh terus isikan informasi produk tersebut. Nama produk, harga, kategori, stok, barang second hand ke first hand, jenama dan sebagainya semua ada. Hanya perlu isi je. Dah puas hati terus boleh submite dan produk dah ready untuk dibeli oleh orang lain. Senang gila kan?

Lagi senang mereka yang berbisnes dekat instagram, korang pun boleh terus gunakan Shopee untuk menjual produk. Tak perlu nak ambik gambar satu persatu. Semua gambar yang dah diupload di Instagram tue boleh diimport ke akaun Shopee anda..mudah kan..Ramai kot cari barang dekat Shopee ni..jangan terkejut.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun applikasi Shopee di smartphone sekarang juga dan ambil peluang diskaun sehingga 90% bersempena dengan kempen Cahaya Raya Bersama Shopee. Selamat membeli belah. Jangan lupa layari www.shopee.com.my, LIKE Facebook ShopeeMY dan ikuti mereka di Instagram @shopee_my untuk informasi lanjut. Raya..raya..rayaa!!!




















hai assalammualaikum


Teringat Rebung dengan daging masak lemak masa photoshoot haritu. Makanan sedap yang disediakan oleh pihak Muzium UPM. Lepas tu ada pulak dekat tv cara-cara nak masak rebung dan daging masak lemak..adoii..lagi bertambah meleleh air liur..Tak puas hati, pergi pasar beli rebung dan daging..hehee..apa lagi kita masakla.Nad masak mudah je, takda la susah mana. Asalakn ada rasa, rebung dan daging lembut..hehe

Bahan-bahan
- Rebung
- Daging
- 9 biji Cili padi
- 1/2 Kunyit hidup
- sikit Halia
- 3 biji Bawang merah
- 2 ulas Bawang putih
- Serai
- Garam
- Santan
- Air

Cara membuatnya
- Rebung dan daging dibasuh.
- Potong bawang merah, bawang putih, halia sedikit, kunyit hidup sedikit, cili padi. Blenderkan semua bahan tersebut dan tumiskan sehingga naik bau.
- Masukkan Rebung dan Daging ke dalam. Gaul bagi rata. Biar tumisan masuk meresap ke dalam rebung dan daging.
- Masukkan air. Biar seketika
- Bila air dah separuh, bolehla masukkan santan.
- Gaul bagi rata, dan biarkan.
- Masukkan garam, dan serai. Gaul sebati.
- Biarkan seketika.
- Nampak air separuh, dah masak boleh matikan. Dan dihidangkan untuk menjadi santapan korang..eheee.
hai assalammualaikum

Sebagai surirumah, nak fikir menu memang penat. Kalau boleh setiap hari nak simple, nak mudah je..haha..tapi yang penting sedap kau..kalau bab goreng-goreng dan tumis ni memang senang la kan. Hah, ni la menu ringkas dan mudah yang nad buat..terliur punyala..mesti korang nak buat..hahaha..


Ni la dia, petai, kentang goreng dan ikan bilis goreng masak cili api..Rangup ikan bilis, petai dengan kelembutan kentang lagi..perghh..Rasanya mestila pedas dan sedap..hahaha..nad kan yang masak..hehehe.. Ni cara nad buat

Bahan-bahan
- Petai
- Kentang
- Ikan bilis
- Cili padi hijau dan merah
- Cili merah besar
- Bawang besar
- Bawang putih
- Garam
- Perasa sikit

Cara membuatnya
- Goreng petai, kentang dan ikan bilis. Goreng satu-satu. Mula goreng petai, lepastu goreng kentang dan last goreng ikan bilis. Lepas tu masukkan dalam mangkuk.Biarkan kejap.
- Potong bawang besar, bawang putih, cili besar, cili padi. Lepastu blender bersama.
- Tumiskan bahan yang diblender sehingga naik bau.
- Bubuh garam dan perasa. Letak air sedikit.
- Dah nampak masak, baru masukkan petai, kentang dan ikan bilis. Gaul sehingga rata.
- Dah siap..jangan lama-lama masa gaul..ok dah boleh makan..

Selamat menjamu selera.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2