hai assalammualaikum

Sebelum puasa lagi memang dah fikir, tema untuk baju raya tahun ni. Sifat mak-mak memang tak nak fikir last minit, nanti pening kepala..hahaa. Setiap tahun memang macam tu, akan fikir awal, nak baju apa, warna apa, yang penting sedondon. Lagi penting mak dengan anak dara mesti sama..hahaha. Kalau lain tu macam tak best je..Nak cari sedondon memnag susah. Kalau ada pun mesti tak ngam dengan badan atau tak kena dengan apa yang kita nak. nak lagi mudah, beli kain ela, buat dekat kedai jahitan..tapi nad jenis, ermm..paham-paham jela..

Hah bila tema dah tau nak pakai apa raya kali ni, jadi kita usha la instagram atau facebook untuk membeli. Kalau tak tau mana nak cari, up je status, nanti ramai tolong..heehe. Bila dah jumpa kita tengok satu-satu demi kepuasan hati. Kalau bab ni, belek lama-lama pun takpe..Yela nak pakai lama weii..bukan sekejap. Jadi cari yang berkenan di hati, cantik..


Untuk baju mak dengan anak memnag beli asing..haha..Sebenarnya tema raya kali ni ialah kebaya. Baju anak dah jumpa dulu, tu pun beli dengan member blogger. Nak lain dari lain la kununnya. Jadinya berkebaya la kita tahun ni. Warna oren untuk raya kali ni..takdela oren menyerlah, tapi oren macam ikan salmon tu..hehee. Jadi nad pun kenala cari warna oren. Usha punya isha punya usha, sampai berpinar mata, akhirnya nad jumpa sama warna macam baju kebaya Fariza tapi lain corak. Okla tu kan, asalkan kami berkebaya dan warna sama.


Hah ni la baju kitaorang..oopss, tak boleh tunjuk penuh..nanti sabar-sabar..tunggu raya ok..tengok siapa paling cantik..hahahaha. Beli dekat mana pun nanti nad bagitau ye..hahaa..rahsia banyak nor..bukan apa, nanti nak up entry untuk raya..hehehe..


Satu lagi baju warna peach belacan.


Yang lain baju anak kawan sekolah hadiahkan..Terima kasih..jimat dah..tapi besar yang amat. Mungkin mr mafia baik hati nak belikan baju untuk anak raya ni..hehee..kita ok je..

Untuk mr mafia, memnag tunggu dah nak raya baru beli..hahaa..Baju mr mafia memang special sikit, kang kita beli dia tak suka. Jadinya tunggu nanti kita beli dan cari sama-sama ye. Yang penting oren ok..hahaha.

Selesai masalah persiapan.

RESEPI SOTONG BELACAN CILI PADI

in , by Nadia Johari, 12:44:00
hai assalammualaikum

Ni pulak masak sotong. Mr mafia suka makan pedas, pedas. Kalau buat macam kicap ke, atau yang manis memang dia tak suka. Jadinya setiap makanan memnag kena tambah cili. Nad pun dah terikut. Tak boleh takde pedas dalam makanan. Tapi takdela pedas membakar lidah oii..kira rasa ada pedas, sedap la tu.


Ni pulak nad masak Sotong Belacan Cili Padi. Biasalah bila idea dah datang main masak jela. Asalkan sedap. bau belacan walaupun busuk, tapi bila masak sedap kemain...hahaa,.Tengok gambar tinggal satu sotong sebab tak sempat nak ambil gamabr dah diambil sotong lain..gitu laa..hahaa..Nad tinggal berdua je denga suami, jadi sotong masak dua ekor je..tak banyak pun..

Bahan-bahan
- Sotong
- Bawnag merah
- Bawang putih
- Cili padi
- Belacan
- Garam
- Perasa
- Air

Cara membuatnya:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Tumbuk sekali..aduh baunya memang sedap.
- Tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
- Letak garam dan serbuk perasa. Letak air sedikit.
- Masukkan sotong. Macam nad tak potong sotong tu, masukkan satu je sebab ada telur dalam sotong tu.
- Gaul-gaul sehingga sebati sehingga sotong lembut.
- Dah siap boleh sediakan.
hai assalammualaikum

Alhamdulillah, masuk puasa hari kedua. Semoga kita dapat sempurnakan puasa selama 30 hari dengan sempurna. Semalam puasa pertama, rasa lemau je..malas nak buka laptop. Ni ha puasa kedua, rasa kerajinan tu datang..hahaha. Nak kongsi berkenaan resepi jela erk. Puasa, puasa ni memnag susah nak fikir masak apa kan, walaupun selalu dah masak je, tu pun masih fikir..yela konon nak kelainan..haaha..Padahal, resepi ni dah selalu korang buat..hahaa..sukati la nak kongsi juga..hehee. Nad buat yang simple dan mudah je..

SAYUR CAMPUR DENGAN UDANG MASAK LEMAK KUNING

Lauk ni boleh buat untuk sahur atau berbuka puasa. Hah ni la lauk yang nad buat, sayur kacang panjang bersama lobak dan udang masak lemak. Main campak-campak je, dah jadi..haaha.

Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah
- Santan
- Kacang panjang
- Udang
- Lobak
- Garam
- Serbuk perasa
- Kunyit

Cara membuatnya
- Potong bawang merah, bawang putih cili merah,kacang panjang, dan lobak. Kupas kulit udang. Selesai potong semua bahan dibersihkan sebersihnya.
- Masukkan santan dicampur dengan air ke dalam kuali dan biarkan sehingga mendidih
- setelah mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Ada orang suka tumis dulu, tapi nad masukkan santan dulu baru masuk bahan.
- Setelah naik bau, masukkan kacang panjang, lobak dan udang. Masukkan kunyit bagi nampak kuning. Biarkan seketika.
- Dalam 15 minit, masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sekejap, dalam 1 minit tu dah boleh hidang, taau tak sampai 1 minit. Sebab taknak sayur lembik sangat..hehe..Siap..

Malangnya mr mafia tak suka sayur campur ni..Jadinya nad dengan Fariza jela makan..hahaa.Dia tak suka sayur dicampur-campur ni..memnag susah layan orang cerewet ni. Terpaksa la buat sayur satu-satu. Tapi nad tau korang suka punya..apa lagi selamat mencuba..

hai assalammualaikum


Memang tak boleh berhenti nak makan kalau ada sambal hitam ni. Makan macam tu saja, memang sedap. Makan dengan nasi, dengan roti. Kalau malas masak, makan sambal hitam ni dengan roti pun kenyang. Bukan satu roti tapi sampai tiga roti..hahaa. Memang asyik nak makan je bila ada sambal hitam ni. Sambal hitam ni nad beli dengan Kak Sue Izza. Dah nak dekat puasa ni, sambal hitam ni memang kena ada dekat rumah. Senang, kot terbangun lewat nak sahur, nah makan nasi dengan sambal hitam ni je.

Sambal Hitam Yang Menyelerakan

Nad order dua jenis sambal hitam. Satu Sambal Tumis Tempoyak, satu lagi Sambal Belimbing Hitam Pahang. Dalam dua ni nad suka sambal belimbing hitam..hehee. Tapi yang dah nak habis sambal tumis tempoyak..hahhaa. Kan dah cakap asyik nak makan je bila ada sambal hitam ni. Nasib beli dua. Ada simpanan untuk puasa..hahaa.


Nak buat sendiri tak tau, kita beli yang dah siap je la kan. Tinggal buka, tinggal masuk dalam mangkuk. Leps tu, boleh simpan dalam peti ais, nak makan keluarkan jela. ala mudahnya sekarang..hahahha. Sudahlah sedap..memang makan sampai menjilat jari..Keaslian sambal hitam dia tu memang terasa, dengan pedas lagi.



Nak makan campur petai boleh, nak makan dengan mihun sup boleh, dengan maggi pun boleh..hahaa..eh macam-macam cara boleh makan sambal hitam ni. Yang penting sedap dan kenyang perut kau...



Korang mesti terliur kan bila tengok..hahaha..Hah!!, apa lagi order jela..ada macam-macam jenis sambal ada..Apa lagi orderla erk, lagi-lagi bulan puasa ni..Nak order boleh dengan Sue Izza, contact 017 9397 536


hai assalammualaikum

Dulu waktu sekolah lagi dah kenal jenama Shurah ni. Pernah pakai produk Shurah. Memang best dan elok dekat muka. Kini Rangkaian Shurah Pencerah tampil dengan wajah baru tau!!, Cantik sangat. Lagi-lagi perempuan suka dengan wajah baharu Shurah sekarang kerana warnanya dan kelebihannya. Bertemakan warna merah jambu dan putih, sesuai dengan fungsinya untuk mencerah dan menjadikan kulit kekal berseri.
hai assalammualaikum

Sekarang semua orang pakai Instagram sebagai media sosial untuk berkongsi gambar dan juga video. Instagram digunakan sebagai tempat untuk menyimpan koleksi gambar atau video untuk dijadikan sebagai kenangan dan berkongsi dengan orang ramai. Kalau sebelum ni nak tengok video ke apa, dalam youtube, tapi sekarang dekat Instagram pun dah boleh muatnaik video, tak kisahla video apa pun, contoh macam video personal, makeup, video parodi atau video lucu lain yang menarik perhatian orang lain. Macam nad, suka masukkan video Fariza dan makeup.

Sebelum ni Instagram hanya mengehadkan penggunanya untuk upload video dengan tempoh video cuma 15 saat, tapi kini Instagram meningkatkannya menjadi 1 minit atau 60 saat. Dengan tempoh yang lebih panjang daripada sebelumnya, Tapi kadangkala, ada juga masalah nak masukkan video dalam Instagram ni disebabkan ukuran file yang sangat besar atau video HD. ada juga walaupun fail sudah kecil tapi tetap saja tidak boleh di upload ke Instagram. Stress tau..hahaa..


Biasanya apabila gagal melakukan upload video ke Instagram, dia akan cakap " Video Tidak Boleh Dikirim " atau " Video Wasn't Posted " macam dalam gambar tu. Menyampah tau tak. Kadang ada job kerja tak lepas..dah buat banyak kali pun tak menjadi..haishh..bingung masa tu.

Padahal dekat rumah ni dah guna internet WiFi. Cari google, macam mana nak selesaikan masalah ni, tengok semua orang post sama je, suruh restart, bersihkan data, masalah internet dan Uninstall dan Install Semula Instagram. Memang sama je..jadi cari lagi cara lain. Cari punya cari dan akhirnya jumpa juga.

Cara yang nad jumpa ni, nad dah cuba sendiri dan ia berhasil. Dah takde masalah nak upload video dekat Instagram. Takde lagi perkataan " Video Wasn't Posted "..huh..


Cara Video Dapat Diupload Ke Instagram Tanpa Gagal

Caranya ialah dengan menginstall aplikasi Video Converter Android di Google Playstore. Dalam banyak-banyak video Converter, nad pilih yang warna biru tu iaitu Video Compact. Nad install satu-satu tengok mana yang mudah digunakan, dan yang Video compact nad pilih ni sangat mudah.


Bila korang tekan Video Compact tu, akan keluar Trim and Compress, Batch Comression dan Convert to MP4. Tekan yang convert tu MP4, masukkan video korang yang tak dapat diupload di Instagram. Keluar perkataan seperti dalam gamabr, tekan " OK ".



Selepas tu dia akan tunjuk rupa macam ni. Ok korang tekan je bentuk " < " dibahagian atas tu dan dia akan keluar korang nak share dekat mana. Ni contoh. Kalau nak share dekat Instagram, tekan sahaja Instagram.



Lepas tu tunggu sampai habis proses.


Tadaa..settle..tengokla perbezaan dua ni..hehee..

Selesai masalah nak post video dekat Instagram tanpa gagal. Nad tak pakar bab ni, tapi nad mencuba. Mungkin orang lain lebih arif nak selesaikan benda ni dengan mudah. Ni pun nad cari sendiri penyelesaiannya. Apa guna laptop, internet , google jela..hahaa. Tanya orang nanti remeh.

MEREKA PAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK PAHAM

in , by Nadia Johari, 17:42:00
hai assalammualaikum


Wanita atau perempuan ni ada macam-macam perangai tau. Ada ceria, ada kuat merajuk, ada kuat membebel, ada tu suka cakap banyak..haahha. Eh best apa perempuan macam ni, ada juga orang lelaku nak kena buat, dari perempuan yang takda perasaan kan...hahahaha. Cuba bayangkan, lelaki tanya soalan, dia jawab apa yang ditanya je, lepas tu senyap. Lepas tu si perempuan akan tanya soalan apa yang nak ditanya je. Dapat jawapan senyap..eh boringnyaaa..haha.


Bukan tu je perangai perempuan ni, ada tu perangai dia, lelaki tanya soalan, tapi dia jawab berjela-jela..haaha. Okla tu kan, lelaki tak perlu tanya soalan banyak kali, si perempuan dah menerangkan dengan lebih jelas. Hah!!, yang tu perangai nad..hahaaha. Mr mafia tanya sikit je soalan, nad jawab panjang lebar. Yela nanti kang dia tanya kenapa, mengapa..lalalaa..

Dalam jawab panjang lebar, sebenarnya ada maksud dalam tu..hehe. Yela kadang perempuan ni takut nak cakap terus terang. Sebab pernah, cakap terus terang pun tak dapat. Jadi mainla kias-kias. Lor, rupanya main kias-kias pun tak dapat tangkap..hahaaha..geram je rasa.

Sebenarnya sama je pun, kadang perempuan pun tak paham apa yang lelaki nak..haahhaa. Jadi sama adil..

MISI BUAT KUIH DI BULAN RAMADHAN

in , by Nadia Johari, 00:44:00
hai assalammualaikum

Seumur hidup, tak pernah buat kuih di Bulan Ramadhan. Selalunya kalau kuih ni, mr mafia beli je. Entah kenapa, tahun ni dia suruh buat pulak. Haishh..kalau difirkan memang malas, tapi tak salah mencuba. Fikir punya fikir, nak buat kuih apa agaknya..Kalau boleh kuih yang mudah dan senang dibuat. Yela, ada anak ni, kadang payah nak buat kuih. Jadinya macam biasa la, kalau dah tak boleh fikir, kita buat status dekat facebook je..hehee..Dekat situ akan ramai kawan baik hati bagi idea. Nad apa lagi cepat-cepat catit..hehehe..


Hah ni la idea diaorang..ala sayang korang tau..Bila diaorang dah bagi idea, nad pun catit dekat buku dan cari resepi dekat google. Takkanla nak suruh diaorang bagi resepi..melampau tau..heheee..Kalau nak tengok komen diaorang boleh ke SINI.


Dan ni antara senarai kuih yang menjadi pilihan. Tengok macam mudah je nak buat. Agaknyala..hahha. Tak pernahla kita nak buah kuih ni semua. Antara kuih yang dicatit, kuih buah melaka yang menjadi kegemaran nad dengan mr mafia. Kalau dapat rasa tak cukup tau..sebab sedapp..hehee. Pantang nampak kuih tu..mesti nak beli..

Jadinya, misi Ramadhan kali ni, buat kuih. Harap-harap ada kerajinan nak buat..hahahhaa..Kita tengok bulan Ramadhan nanti ye..Lagi 5 hari nak Ramadhan ni..sila persiapkan diri. Orang perempuan sila fikir menu nak buat apa..hahhaa..haishh..pening-pening..Silalah bangun awal..ok..
hai assalammualaikum

Lagi beberapa hari nak puasa, lepas tu raya. Raya pulak mestilah nak cantik, putih dan lembut je muka. Bila datang beraya, orang tegur, "wah cantikknya muka awak, pakai apa "..hah gitu kan..Tersenyum lebar kita bila orang tegur kita cantik kan...hehee..Hah!!, nak cantik, nak wajah yang mempersona, guna Voqq Skincare..hanya dua benda sahaja mampu jadikan kulit korang cantik tau..
hai assalammualaikum

Nad tau, bukan nad seorang sahaja penggemar kopi, ramai yang suka minum kopi. Tipu la kalau tak teringin nak minum kopi..tengok orang minum kopi sedapnyaa la kan..Tapi kebanyakan kopi yang diminum, mesti akan buat kita pening kepala, muntah, dan sebagainya. Tu yang buat kita berhenti nak minum kopi. Tapi kali ni nad nak kenalkan satu kopi yang boleh buat korang minum bukan secawan, tapi bercawan-cawan. Takkan ada kesan sampingan macam pening, muntah tu semua..Nad dah cuba kopi ni memang best dan sedap.


Kopi Badang, Kopi Tulen Bermutu

Kopi Badang, ye, tu la namanya. Pertama kali dapat jemputan kopi ni, nad fikir minum kopi ni akan jadi kuat ke apa..hahaa..tapi bukan. Nama Kopi Badang bukan disebabkan seperti kekuatan Badang dalam cerita tu, tapi sebab sifat kejujuran, keikhlasan dan seluruh watak Badang itu sendiri dalam ceritanya yang menggambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan ketika itu.


Sampai je di majlis, nad di jemput untuk merasa sendiri air Kopi Badang ni. Sedap, memang sedap. Kalau sebelum ni, rasa air kopi akan melekat dekat tekak, dan manis-manis gitu, tapi Kopi Badang ni, walaupun manis tapi ok je nad minum. Dua cawan juga nad minum. Not bad la..



Semasa majlis pelancaran dan pengenalan Kopi Badang, ramai yang hadir, termasuk duta Kopi Badang sendiri iaitu artis Zamarul Hisham. Ada juga beberapa artis otai sebagai duta kecil mereka yang terlibat mempromosikan Kopi Badang ni. Video yang melucukan yang mempromosikan Kopi Badang Cafe, korang boleh tengok dekat SINI.


Kopi Badang keluaran Al-Mubarak Health Sdn Bhd sudah berada di pasaran tempatan sejak awal tahun 2016. Memiliki  perakuan sijil Halal daripada JAKIM. Kopi yang dihasilkan di premis mempunyai piawaian kebersihan yang tinggi. Jadi tak rasa was-was la kan. Demi menjaga kesihatan pengguna, Kopi Badang 3 dalam 1, dibuat daripada kopi Robusta dari Columbia dengan kopi 100% tulen tanpa sebarang bahan tiruan, pewarna tiruan, pengawet dan kopi tiruan. Sangat selamat dan sesuai diminum seisi keluarga. Kopi Badang mampu memberikan kesegaran dan meningkatkan keyakinan diri.


Balik tu, nad buat lagi secawan Kopi Badang ni. Macam biasa, tengah malam nad akan update blog. selalu mata memang cepat mengantuk, sebab seharian buat kerja rumah. Tapi, bila minum kopi ni, rasa tenang je. Mata pun segar je nak taip entry blog. Bukan setakat satu entry, tapi dua entry nad buat. Sambil buat kerja, sambil minum Kopi Badang. Bertenaga terus. Bau aroma Kopi Badang tu sendiri buat kita nak tambah bercawan-cawan..sebab sedap..


Yup, macam nad kata dekat atas, takde rasa pening, mual, berangin atau sebagainya. Lagi nak tambah sepeket lagi adalah..hehee. Kopi Badang sekarang peneman nad untuk buat kerja..Suami pun dah minum air Kopi Badang ni. Dia kata sedap..tak penat. Rasa kopi tak pahit dan lemak-lemak sebab ada crimer.



Bak kata Puan Azaha, pengasas Kopi Badang, antara manfaat Kopi Badang sesuai diminum oleh mereka yang bergantung kepada kekuatan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan dapat bantu pelajar belajar dengan baik. Memang sesuai Kopi Badang ni diambil oleh pelajar bagi menyiapkan tugasan. Yela, pelajar kan suka belajar lewat malam.

Bagi yang nak jalan jauh tu, sesuaila minum Kopi Badang ni untuk elakkan mengantuk, letih, lesu dan lapar. Bawakla kemana sahaja,..memang terbaikk..

Berminat Jana Pendapatan?/

Hah!!, nak cari duit lebih, boleh je jual Kopi Badang ni. Pihak Al-Mubarak memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjual Kopi Badang ni. Cara jualan terpulang kepada stokis. Selain dapat menjana pendapatan, berita baik, pihak Al-Mubarak menawarkan insentif-insentif menarik kepada para stokis dan pengguna. Stokis yang mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapat sebuah kereta sama ada Toyota Velfie atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axiz atau Proton Saga.




Bermula daripada Mei 2017 – Disember 2017.
- Stokis yang dapat menjual 10,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyata Velfire atau Mercedes Benz.
- Stokis yang dapat menjual 5,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyota Vios atau Honda City.
- Stokis yang dapat menjual 2,500 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Perodua Axia atau Proton Saga.

Bukan stokis je dapat hadiah, kepada pengguna, atau penggemar kopi, sila dapatkan Kopi Badang dengan segera!!! Sebab korang pun akan dapat hadiah tau..Caranya korang beli 12 kotak Kopi Badang untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan memenangi sebuah Produa Axia, motorsikal, Iphone &, Ipad dan Televisyen LED. Amacam..okey takk..

Nad pun nak join ni..tak boleh tengok hadiah gempak macam ni..hehee.

Kepada mereka yang berminat menjadi stokis atau nak tau lebih lanjut berkenaan Kopi Badang boleh hubungi :

Premier Victory Entreprise - 07 232 6124
Hisham Nordin - 019 779 2211
Kamarul Arief - 018 388 5985

Facebook :Kopi Badang Official
Instagram :@kopibadang






© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2