DEKORASI GLAM RUANG KERJA LEBIH MODEN

in , by Nadia Johari, 23:16:00
hai assalammualaikum

Dekorasi Glam Ruang Kerja Lebih Moden

Setiap hari ada je nak buat dengan ruang kerja ni. Yela, dahla kita ngadap meja ni hari-hari, update blog, online dekat meja kerja ni. Bila dah selalu tengok, ada je idea dekorasi nak bagi nampak ruang kerja ni betul-betul sesuai dengan apa yang nad inginkan. Disebabkan ruang kerja ni berada di ruang tamu, jadi mestilah nak cantikkan dia, biar orang pandang wah!!..gitu..hahaaha. Tapi takdela biarkan dia nampak serabut kan..kihkih..

HAMPIR TERBATAL PUASA GARA-GARA DIA

in , by Nadia Johari, 17:12:00
hai assalammualaikum

Cabaran bulan puasa bila ada anak ni, kena sediakan makanan diaorang. Bau makanan tu bula menusuk ke hidung buat kita nak makan juga..hahaha..sabar nad..sabarr..tu bukan cabaran besar, ada lagi besar.

Fariza ni jenisnya kalau makan mesti nak suap mommynya. Harini, nad bagi dia bergedil dan nasi. Alhamdulillah, dia memang dah makan sendiri. Jadi nad tolong perhati je la dia makan. Sambil perhati sambil main handphone. Tengah lalai online, anak datang, bagi tangan dia yang ada makanan dekat mulut kita. Yang kita ni tengah lalai..tiba-tiba ternganga pulak mulut. Lepas tu baru teringat.." eh mommy puasa la"..hahaha..nasib tak masuk mulut dan kunyah..adoii..


Fariza, jangan buat puasa mommy batal..mommy nak puasa penuh..haishh..tau nak jadi anak solehah,nak suapkan mommy..tapi tunggu waktu berbuka ye..hahaha

Haritu  pun sama..nak bagi jajan dia..yang ni sempatla rakam video. Beria- ria nak bagi, sampai nangis-nangis...comel je awak tau..

Harap dah besar pun, Fariza nak suapkan mommy ye.
hai assalammualaikum

Macam mana persiapan raya korang, dah selesai belum..hehehe. Nad dah selesai, baju, kasut, tudung semua dah ada..Eh!!, baru perasan, barang makeup la. Lagipun, barang makeup nad nak hampir habis. Mestilah, nak melaram, nak cantik masa raya nanti. Kalau semua dah baru untuk raya, semestinya makeup pun nak baru juga..hahha. Masa ni la kita nak shoping. Shoping online je, tak perlu susah-susah keluar..Apa lagi pergi ke website barang makeup kegemaran nad, Althea la. Althea tengah ada diskaun ni.

Sebelum ni nad pernah beli beberapa barang dari Althea, memang best. Salah satu kegemaran nad masa beli dekat Althea ialah eyeliner yang nad guna setiap hari. Suka giler kot. Sejak tu, nad suka dengan Althea. Lagi menarik sebab kebanyakan barang makeup Althea ni murah, berkualiti dan paling utama semua barangan makeup original dari Korea ok..Sekarang pun tengah tengok barang apa nak dicari untuk raya nanti. Haishh..rambang mata kalau bab makeup ni.

Raya Bersama Althea: Beli Dan Dapat Hadiah Percuma

Ni nad nak ajak korang shoping dekat Althea sekarang. Sebab apa?? Sebab sekarang Althea sedang mengadakan satu giveaway iaitu Althea Raya Giveaway Special. Specialnya giveaway ni, setiap pembelian yang korang beli di Althea, korang akan dapat salah satu hadiah PERCUMA yang ada di dalam gambar seperti di bawah.




Raya bersama Althea, beli dan dapat hadiah percuma ok. Ya, ya betul ni, bukan cobaan. Lepas korang dah pilih barang apa korang nak beli, lepas tu tambah 1 item hadiah percuma ni di shopping cart korang, tapi terhad 1 hadiah percuma sahaja bagi setiap pelanggan. Althea buat promosi kaw-kaw punya. Siap dengan Free Postage lagi dengan setiap pembelian RM 99.


Lagi satu, Nad suka shoping dekat Althea sebab akan dapat box kiut dan comel warna pink tu. Tapi kali ni, sempena Althea Raya Giveaway Special ni, korang akan Limited Edition Box warna hijau. Kotak Althea ni memang cantik, nad dah kumpul kotak dia, tersusun rapi..hehe.

Apa lagi korang, jom shoping dekat Althea. Mata nad dari semalam tak berhenti tengok barang makeup nak masuk dekat shoping cart..ahaha. Nad pun nak hadiah percuma jugak..rugi weii kalau korang tak shoping dekat Althea sekarang, diskaun, dapat hadiah percuma lagi, dapat kotak limited yang cantik lagi..meriah raya weii..Jom kita terjah Althea
Website : http://my.althea.kr/
Facebook : https://www.facebook.com/altheakorea
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea



hai assalammualaikum


Sebelum ni nampak orang post dekat facebook, dia tulis, pasal brim, bonus, apa ntah lagi lupa pulak. Yang kita ni, memang selalu la cek maybank2u tengok duit ape masuk..haahha. Pada masa sama, mengharap duit BRIM masuk..kihkih. Yela, nak raya, kena guna duit. Harini macam biasa, setiap pagi cek maybank2u. Tiba-tiba tengok angka, eh bertambah pula duit..banyak pulak tu..Apa lagi gigih tengok bahagian transaction. Syukur, duit BRIM masuk rupanya..hehehe..

Duit ni bukan guna untuk raya pun. Nad simpan, lepas tu nak guna untuk bayar PTPTN..ermm..kang ada yang tertunggak PTPTN tu kang..Duit BRIM ni untuk fasa kedua. Fasa pertama dah dapat haritu. Tinggal satu lagi fasa la iaitu fasa ketiga..lepas tu tunggu la tahun depan nak dapat BRIM lagi..hehee. Nad daftar bawah keluarga. Jadi dapatla jumlah untuk keluarga. Alhamdulillah, bolehla tampung sikit perbelanjaan ni.

Kira ni macam duit raya la kan..hahaha. Orang memberi, kita terima dengan hati terbuka..bukan senang orang nak bagi macam tu je kan. Walaupun kena isi borang bagai..hehhee. Marilah kita simpan, dan beranakkan dia menjadi jumlah yang banyak. Dalam ekonomi yang tak menentu ni, tak boleh membazir, boros. Kene jimat cermat. Habis macam tu je rugi betul.

Yang masa fasa pertama pun nad simpan, tak guna. Jadi untuk duit BRIM ni memang nad nak simpan. Bolehla gunakan untuk emergency kes ke ape..

Kalau nak tau pasal BRIM ni boleh terus berhubung terus dengan talian bebas tol  1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan Malaysia) ataupun hantar kepada emel ke br1m@treasury.gov.my.


hai assalammualaikum

Mood Dekorasi, Tiga Barang Dari Shopee Dah Sampai

Setiap kali masuk group dekorasi, tengok diaorang dekorasi rumah, cantiknya la. Bersih, kemas, ish geram je rasa. Bila dah masuk group tu, memang membuak-buak hati kita nak mendekorasi rumah jugak. Tapi duit tak mencukupi. Nasib baik jumpa shoping online Shopee. Walaupun banyak laman web shoping murah-murah, tapi nad rasa shopee la jual barang dari RM1 weii..hahaa..Tapi kene tengok juga barang tu.
hai assalammualaikum

Kalau buka astro ceria, memang macam-macam cerita kartun ada. Terbaru, rancangan kartun Omar dan Hana. Bukan rancangan kartun biasa-biasa, tapi ada message yang disampaikan di situ. Rancangan Omar dan Hana ni konsep nyanyi-nyanyi juga macam Didi And Friends, tapi lebih kepada islamik. Memang bagus la untuk budak-budak.


Yang buat animasi Omar dan Hana pun dari syarikat yang sama buat Didi and Friends iaitu Digital Durian. Selalunya rancangan ni pukul 11.30 pagi dan 6.00 petang kot kalau tak silap di astro ceria 611. Tapi, nad lebih suka buka dekat youtube. Buat masa ni hanya ada beberapa lagu sahaja di youtube. Lagu Alhamdulillah, Main sama-sama, seronoknya puasa, dan terima kasih cikgu.

Comel je Omar dan Hana ni. Bagus lagu-lagu yang diaorang bawak, sebab dekat akhirnya mesti ada message yang elok akan disampaikan. Memang selalu tunjuk dekat Fariza sejak rancangan ni keluar. Banyak watak dalam rancangan ni selain Omar dan Hana, iaitu mama, papa, Faris, Sara, cikgu, ustaz, eh macam ramai je kan..hehee. Bestnya, Mama, Papa pun nyanyi termasuk ustaz..hehee..syok je tengok.


Salah satu lagu yang ada di youtube Omar dan Hana..Nad pun ikut enjoy sekali dengar..hehee. Apa lagi Fariza. Sebab kiut sangat watak diaorang ni. Bagus tunjukkan dekat anak, yela, islamik ni kena diterapkan dalam diri anak-anak juga.

Okla la..nak layan dengan Fariza kejap.

2039

TAK SUKA BERSELIMUT KETIKA TIDUR

in , by Nadia Johari, 07:29:00
hai assalammualaikum


Pelik dengan perangai anak dara seorang ni. Korang ada tak anak macam Fariza. Waktu tidur tak suka pakai selimut. Masa baby ada juga nak selimutkan dia, tapi sejak umur dia setahun, langsung taknak pakai selimut. Janganla pakaikan Fariza selimut waktu dia sedar, memang ditolak-tolak dengan kaki. Dia seakan rimas bila pakai selimut.

Nad ni risau dengan dia, lagi-lagi kalau waktu sejuk, nad ni punya la menggigil kesejukan, mestilah pakai selimut nak bagi hangat badan ni. Yela, waktu sejuk kan takut anak dapat penyakit. Tapi bila kita pakaikan selimut waktu dia tidur, automatik dalam beberapa minit dia akan bangun, dan nangis gila-gila, lepas tu, tolak-tolak kaki. Dah paham, dia taknak diselimut.

Bila situasi macam tu, lagi-lagi waktu malam, cepat-cepat nad ambil selimut tu, lepas tu dia diam dan lena semula..hahha...adoilaa..musykil juga, kulit bayi ni tebal ke, tak rasa sejuk ke. Tak kisahla waktu malam tidur, pagi subuh, atau hujan..waktu-waktu macam ni kan cuaca sejuk. Memang nad dah cari selimut. Tapi anak dara kita Fariza steady je taknak berselimut.

Bila pegang badan dia, sejuk gila kot. Ermm tak tau nak buat macam mana lagi. Kesian tengoknya..tapi tak tau la kalau dalam badan dia kebal sangat sampai tak rasa sejum, tak suka pakai selimut..

Bila dah tak suka pakai selimut ni, nad kenala pakai baju yang sesuai untuk dia untuk tahan sejuk tu. Kadang kalau dia memmag tidur tak sedar, tetap pakaikan selimut..Ermm nampaknya kena belikan selimut berkartun kot biar dia suka pakai selimut..hahaha..
hai assalammualaikum


Dah lama rasanya tak makan steamboat. Jadi haritu nad ajak mr mafia berbuka puasa di D'kayangan Grill And Steamboat dekat Shah Alam. Dah alang-alang tu ajak mak dengan ayah sekali berbuka dekat situ. Waze je tempat ni, mesti jumpa punya. Parking pun banyak. Best makan steamboat ni sebab bayar murah, makan sampai kenyang..hahaa. Bayar sekali tapi boleh ambik makanan berkali-kali..syok kan..


Tempat dia memang luas, ada tempat duduk dalam dan luar. Ikut korang mana yang korang nak duduk. Macam nad, nad pilih untuk duduk dekat dalam. Yela bawak mak ayah, ada anak lagi. Sesuai la bahagian dalam. Harga dekat D'kayangan ni RM44.90 untuk dewasa dan RM 22.90 sekali bayar dan makan sampai kenyang. Jangan risau, dekat sini juga ada kemudahan untuk korang solat. Jadi, boleh solat sekejap, lepas tu sambung makan.



Ada macam-macam menu yang dihidangkan di D'kayangan Steamboat ni, yang korang mesti rasa. Kalau dah namanya Grill and Barbeque Steamboat mestilah makanan yang dihidangkan dalam bekas panas bersama sup dan dibawahnya ada tempat grill. Dua pilihan kuah yang korang boleh pilih iaitu sup atau tomyam. Macam nad suka tomyam...hehee..pedas-pedas gitu. Kalau kuah habis, boleh refill, pantas pekerja dia buat kerja.




Terdapat 199 hidangan di D'kayangan Grill and Barbeque Steamboat. Tempat pertama nad pergi mesti terus ke bahagian makanan laut..hhaha..macam daging, ikan, ketam, udang, ayam, kupang, tiram, dan banyak lagi laaa..Bestnya, perapan dekat ayam, ikan daging semua telah diperbaharui untuk meningkatkan lagi rasa kesedapan dan aroma ketika grill. Mak cakap sedap daging dia tau..


Pelbagai jenis bebola  turut dihidangkan pada pengunjung seperti seafood tofu , Salmon  Fishball ,Vegie Fishball , Prawn Ball , Beef Ball dan Crab Filament. Ni Fariza sukala. Lepas rebus, bagi dekat dia, berselera dia makan, walaupun ada kuah pedas tomyam tu..hahaa. Memang sedap, sambil hirup kuah tomyam. Menyengat deka tekak ni oii..


Yang menjadi tarikan bila datang ke D'kayangan Grill And Barbeque Steamboat mestilah kambing panggang. Laku keras kambing panggang ni oii..







Korang nak makan nasi!!, jangan risau, dekat sini juga ada dihidangkan menu nasi berlauk. Antara lauk yang ada iaitu Daging Masak Merah , Ikan Dori Masak Masam Manis , Sayur Masak Sos Tiram dan banyak lagi. Ada lagi tau, Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, Sayur Masak Sos Tiram, Kambing Panggang, Roti Jala, Roti John Kueh Teow Goreng. Kesemua hidangan ni akan bertukar setiap hari. Kan dah cakap semua ada kan..Bayar RM44.90 semua jenis makanan korang boleh cuba.


Dekat sini juga ada pelbagai jenis mee dan sayur yang korang boleh cuba. Ada telur ayam dan telur burung puyuh. Nad penggemar telur burung puyuh, memang haritu ambik banyak telur burung puyuh..hehee.

Untuk sos, macam-macam jenis sos ada. Nak pedas, tak nak pedas eh cakap je, mana-mana korang nak. Ada sos cili pedas , sos cili Thai , sos manis , sos bawang putih , sos lada hitam , sos yong tau foo dan banyak lagi. Kan dah cakap banyak pilihan.




Tak habis lagi, lepas makan berat nak pencuci mulut pula. Macam-macam kuih muih , aneka kek , buah buahan, bubur manis serta rojak buah juga disediakan. Memang kenyang bila makan dekat sini. Air yang berwarna warni, aiskrim yang pelbagai perisa, membuatkan tekak ni hilang dahaga. Tapi masa ambik makanan tu jangan membazir, itu amalan syaiton..hahaa.







Alhamdulillah, dah merasa makan steamboat. Maka ayah pun gembira..yela anak belanja kan..hehee. Kalau korang nak rasa steamboat dan grill sedap, cubala di D'kayangan Grill & Barbeque Stemaboat di Shah Alam ni. Berbaloi-baloi..murah pun murah..macam-macam hidangan dari hidangan berat sampaila ke ringan. semua hadoo...nak cuba, korang boleh hubungi nombor di bawah:

- 012 297 1091
- 017 627 4015
- 03 552 349 79

FB: Steamboat BBQ Buffet DKayangan
IG: DKayangan Steamboat

Lokasi : D’Kayangan Steamboat, Sri Acapella Service Apartment, No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

BILA MEREKA SEMBANG BERDUA

in , by Nadia Johari, 15:44:00
hai assalammualaikum

Dalam sepupu, ada seorang ni sebaya Fariza, namanya Raihan. Tapi dia lahir bulan 5 awal dari Fariza pada tahun yang sama. Fariza bulan 10. Kiranya Raihan ni awal 5 bulan daro Fariza. Sekarang Raihan dah 2 tahun, Fariza bulan 10 baru masuk 2 tahun.

Bila balik, Fariza suka betul dengan Raihan. Asal jumpa Raihan, tersenyum riang, tergelak. Pastu diajak bersembang..hahhaa..keluarlah bahasa alien diaorang..




Galak bersembang ye korang, dari duduk, lepas tu sorang baring..cerita pasal apa la tu..sekejap je lagi besar dah dua-dua ni..main la puas-puas selagi boleh.

TERKEJUT AKU BILA ATUK BERCERITA

in , by Nadia Johari, 06:15:00
hai assalammualaikum

Semalam adalah hari yang sangat penat bagi nad. Tak tau kenapa bila dekat kampung lemah betul badan ni, sampai asyik nak.baring je. Nasib baik Fariza, bila dekat kampung dia pandai bawa diri, lagi dengan banyak sepupu dia, adalah dia nak berkawan. Jadi nad pun baring la sampai ke petang.


Petang tu dalam pukul 4.30 nad tertidur, Fariza pulak pergi bermain dengan sepupu dia dekat luar. Nad tak berapa risau sebab petang tu ada atuk dengan anak buah yang darjah tiga. Jadi adalah orang tengokkan dia. Dalam pukul 5.30 petang nad terbangun.

Macam biasa, petang pukul 6, nad tolong mak siapkan masakan untuk berbuka. Masa tu Fariza masih dekat luar. Lepas tu, atuk masuk bawal cucu seorang iaitu anak adik. Waktu tu la atuk bercerita. Atuk cakap " Fariza tadi pegang anak ayam. Ayah cakap lepas, dia pegang juga. Sampai dipicit anak ayam tu, terberak anak ayam tu "..

Nad terkejut dengar ayah bercerita. Mula terfikir macam mana dia ambil anak ayam tu?? Mak ayam tu dekat mana?? Sedangkan nad nak ambil anak ayam tu pun susah, lagi dengan bila ada mak ayam yang suka mematuk bila dikacau anaknya. Senang pulak anak kita tangkap anak ayam tu.

Tanyala anak buah darjah tiga tu. Dia cakap " anak ayam tu macam kaki sakit kot, tak dapat lari, Fariza tangkapla".. Mak ayam pulak ada dekat situ, dia kata maka ayam tu tengok je..aikk tak mematuk pulak..adehlaa...berani betul Fariza ni..rugi tak ambil gambae. Tapi kesiannya dia picit anak ayam tu katanya sampai terberak.. Tak tau la picit kuat atau tak, atau mungkin anak ayam tu sakit perut ke terus berak..takkanla dia picit kuat kan..ish..ish..

Fariza memang teruja bila dapat jumpa binatang yang belum dia nampak. Kalau dekat rumah bandar, selalu nampak kucing je, tu la kawan dia. Ni dekat kampung jumpa ayam, teruja sangat dia..Aduhaii anak..

Jangan jumpa binatang yang berbahaya, kau pegang juga sudahla..mommy boleh sakit jantung tau..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2