SEL OTAK BERHUBUNG TERLALU EKSTREM

by Nadia Johari, 00:04:00
hai assalammualaikum

Dah Mula Memanjat - Dari semasa ke semasa nad nampak perubahan perangai anak ni. Anak perempuan yang tengah banyak akal dia. Anak perempuan yang otak dia tengah berhubung. Bila dah berhubung, adalah perkara baru yang dia akan buat. Masalahnya,benda yang dia buat ekstrem sangat..haishla anak perempuan kita sorang ni.

Haritu panjat tangga, dah sampai ke bilik kerja daddy. Sekarang panjat kerusi meja makan. Bukan tu sahaja, bila dah pandai panjat ni, mula la dia panjat tempat lain. Allahuakbar, berderau jantung mommy bila Fariza buat perkara tak diduga. Umur baru setahun sembilan bulan. Dalam satu masa, macam-macam dah dia buat.


Yang tak boleh tahan,bila mommy tengah nak rehat dari demam. Bila badan dah rasa lemah, makanya mata pun mengantuk dan terlena sekejap. Buka tv cerita kartun, biar Fariza layan. Sekali tersedar bunyi sesuatu dekat atas meja. Terus terjaga, dan tengok anak perempuan kita tengah angkat tudung saji. Alahai anak, kerusi tu tinggi. Kalau jatuh kang naya. Mommy tengah tak sihat, awak pulak nak buat kerja. Nasib Fariza tak sempat buat sepah lagi dekat meja.


Tak cukup tau dengan tu, dia pergi panjat meja tv. Ni daddy awak nampak, mengamuk weii. Aduh, anak, janganlah ekstrem sangat. Tv dah la takde suara, kang awak tolak tv tu, terus pecah, tak bernyala tv kang. Dah tak dapat, tengok cerita. Dah kena keluar, duit beli tv baru kang. Kita kena save bajet ni sayang oii..

Macam tu la dia. Ada je benda nak dibuatnya. Kebosanan, sampai buat benda ekstrem dalam satu masa. Bukan main suka lagi dia. Jadi apa-apa mommy juga yang susah. Memang kena berjaga bila dia tengah aktif

SELAMAT HARI LAHIR NADIA JOHARI

in , by Nadia Johari, 12:15:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Nadia Johari - Ya Allah dah berminggu rasanya tak update entry. Bukan malas, tapi bersebab. Asal online je dia jadi tak tentu arah. Nak online, scroll sikit dah pening..hahha. Sebab tu nad kejap ada kejap takda online ni.

Tapi, rindu gila nak mengupdate blog, giler tak rindu. Dah selalu menaip, malam ni, kita lepaskan gian. Banyak kerja sedang menunggu. Draft tajuk dah, tapi isi tak tertulis lagi..hahahhaa..kau tunggu..akan ku update banyak kejap lagi..hahha..yela tu..


Alhamdulillah..harini 18 Julai 2017 usia dah mencecah 29 tahun. Ya ampun lagi setahun nak masuk tiga series. Haishh,nak patah balik jadi budakla. Bila jadi budak tergedik kau nak jadi orang besar. Dah jadi orang besar, banyak masalah terfikir nak jadi kecik semula sebab waktu kecik takda masalah,.hahha..Kitaran hidup, kena la lalui. Dari bujang, sekarang dah kawin. Dah jadi mommy pun. Baru tau kehidupan tu macam mana.

Kalau sebelum ni, tengok mak kita buat itu ini untuk kita, tengok ayah cari duit, bila nak duit, cari ayah. Senang kan hidup. Bila kau dah rasai mcam mana mak ayah kau rasa, bukan mudah. Tapi tu semua memang dah tertulis, hidup kau macm ni. Bahagia atau tidak, kita sendiri tentukan. Bila dah pilih jalan tu, sila jangan menyesal, kau buat dia jadi sesuatu yang seronok..hah, gitu kehidupan. Banyak dah nad lalui.


Sekarang, rutin menjadi mommy. Walaupun dah cecah 29 tahun, dah ada anak sorang, tetapla cari mak ayah. Nampak tak makin besar, makin rindu. Masa kecik-kecik, remaja, degil nak mampus..hahaha..dah besar, dah lalui, baru terfikir macm ni la mak ayah kita jaga kita,besarkan kita. Nad baru anak sorang, pening kepala jangan cakapla. Fariza pun makin cerdik. Ada je nak dibuatnya.

Terima kasih Ya Allah, kerana panjangkan usiaku sehingga 29 tahun ni. Sesungguhnya, aku bukan hambamu yang sempurna, tapi cuba menjadi yang sempurna. Terima kasih kepada awak-awak yang wish birthday kita. Kita terharu,..walaupun ada ayat yang copy paste..hahha..tapi kita tau, tu semua doa ikhlas dari korang..terima kasih korang semua.

Semakin bertambah usia, semoga sentiasa nampak muda 12 tahun..hahhaa..semoga sentiasa cantik..semoga amalan ibadah ku bertambah baik. Semoga sentiasa menjadi mommy vogue, isteri comel..hahah..banyak sangat permintaan. Terima kasih korang wish..
hai assalammualaikum

Ambil Diploma Di Lake View College (LVC) - Dah jadi lumrah, lepas sahaja keluar keputusan SPM, masa tu dah fikir, nak sambung pelajaran di peringkat Universiti. Nak jadi orang yang berjaya. Adik-adik lepasan SPM pun apa lagi, diaorang cepat-cepat mengisi borang permohonan UPU untuk capai matlamatnya dan menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar.
hai assalammualaikum

Dua hari sebelum nak raya, nad baru dapat barang yang nad beli dekat Althea ni. Tak sempat nak cerita apa yang nad beli sebab sibuk buat persiapan raya. Ni baru ada kesempatan nak kongsi dengan korang barang yang nad grab dekat Althea masa Ramadhan haritu.

Kalau korang ingat, nad ada buat entry berkenaan Althea Special Ramadhan Box. Barang-barang athea memang menarik dan murah. Korang boleh dapat 5 barang dengan harga RM150..kalau lagi bijak..boleh dapat lebih dari tu. Hah, cepat-cepat shoping dekat Althea..murah giler..best pun best. Ni kali kedua nad pakai barang Althea.

Dekat Althea, ada macm-macam jenis barang, dari makeup, skincare, dan macam-macam lagi.


Lima Barang Dari Althea dan Satu Free Giveaway

Haritu masa Ramadhan, nad grab 5 barang dekat Althea. Salah satu pulak adalah giveaway dari Althea sempena Ramadhan haritu. Rugilah korang tak shoping masa Ramadhan haritu.



Ok ni barangnya. Pertama sekali ialah Cover Perfection Tip Concealer- 1.0 Clear B. Nad memang tengah cari concealer yang sesuai dengan kulit muka. Haritu nad beli dekat watson, tak sesuai dekat muka dan berminyak. Jadi nampak dekat Althea, terus ambil. Concealer ni nak tutup lebam baah mata yang dah macam panda ni dan shading dekat hidung. Lagi boleh guna cover jerawat ni ha..hehee.



Barang kedua ialah Skin Liar primer. Sebelum pakai makeup, nad perasan ramai yang galakkan suruh pakai primer. Jadi kita pun carilah primer untuk muka kita sebelum makeup. Nad pilih yang ni sebab dia comel..hehe. Nad dah pakai, memang elok dekat muka ni ha. Rata je makeup.



Seterusnya, Pandas Dream Mascara. Nad ambil ni sebab dia cute..hahaa. Penutupnya ada panda. Pantang nampak benda comel. Lagipun maskara nad dah nak habis. Apa lagi, dah alang-alang tu, ambil je la. Bestnya pakai ni, bulu mata jadi lentik habis..hehe.



Sebum out - 02 Finish Powder. Nad ambil ni sebab selalu tengok tutorial makeup ada bubuh serbuk putih dekat baah mata. Orang panggil transculent..eh ke apa..alamak..jangan kecam..kita lupa..hehehe. Jadi nad ambik Sebum out ni. Tapi nad pakai macam bedak asas pulak..haha. Tapi best, serius best, muka tak berminyak..elok je.


Barang terakhir nad pilih ialah Face Designing Duo. Nad tengok macam contouring je. ambil jela. Sebab memang cari contouring jenis serbuk ni. Sebelum ni contouring nad, nad guna jenis batang tu. Jadi semuanya dah ada. Lengkap dah.



Haritu, siap ada free giveaway lagi. ada macam-macam hadiah diberi, dan nad pilih gincu ni, Dear Dariling wat ( Gel Tint_Plum Red ). Merah menyala kau..hehee..


Jadi masa raya, nad pakai hasil barang Althea ni. Memang best dan puas hati.hehee. Jadi korang kalau nak mekup dari Korea, murah dan berkualiti boleh pergi ke laman web https://my.althea.kr/


hai assalammualaikum

Kalau dah namanya raya, tak kiralah, raya Cina, India,mesti ada bunga api. Setiap perayaan tak sah kalau takde bunga api. Macam tu juga kalau Raya Aidilfitri. Tanpa bunga api, rasa tak meriah je raya ni. Bila dekat kampung lagi meriah, bukan budak-budak je main, mak bapak, pun turut main bunga api.


Main bunga api ni pun memang kena ada pengawasan orang dewasa. Yela, budak-budak sekarang main dasyat sangat. Takut jadi apa-apa.


Sekarang bunga api ada macam-macam. Kalau dulu,bunga api kucing, bunga api kecik, bunga api warna warni, mercun pulak, yang nad tau, thunderclap yang terbang tinggi tu, meecun gasing la. Sekarang ade mercun lebahla, epi boom dah sama bunyi macam bom. Lemah jantung kita. Dasyat..


Layan video ni ok. Meriahnya pasang bunga api yang merdeka tu..hahaha..namanya tak tau. Nad panggil bunga api merdeka...kahkah..sebab dulu nak tengok bunga api ni, masa merdeka atau tahun baru je.


Tengokla meriahnya bila nampak budak-budak main ni. Dulu nad pun macam tu, main bunga api, tengah malam, tak tidur. Main dengan sepupu. Seronok sakan. Sekarang dah besar, tengok dan layankan anak main pulak..anak la yang seronok pula..hehehe..

Setiap benda pasti ada kenagan. Jadi semua ni nad masukkan dalam blog sebagai kenangan.

OPEN HOUSE DI KLINIK

in , by Nadia Johari, 16:07:00
hai assalammualaikum

Open House Di Klinik - Semalam hari Sabtu, ramai kawan buat open house. Memang malam tu dah cakap dengan mr mafia, pasal kawan buat open house, mr mafia kata ok, nanti pergi. Malam tu memang tidur awal. Sampai la pagi tu, tiba-tiba badan rasa panas. Kita pun macam biasa, nak lawan sakit tu dari demam panas teruk.

Lepas mandi, tiba-tiba badan lemah betul. Dengan mabuknya, dengan peningnya, dengan sakit pinggang. Ya Allah, rasa semalam complete semua sakit. Terus baring je la. Memang semalam seharian baring je, tak tengok handphone, tak online, semua tak la. Memang tidur je. Dengan cuaca semalam yang panas.

Jadinya, nad ajak mr mafia pergi klinik. Sebab tak tahan. Nad tak boleh biarkan je kalau dah sakit sangat ni. Takut jadi lain. Tekak pulak dah rasa luka. Sejak kelmarin batuk je. Dah rasa lain tekak ni. Kalau tekak dah sakit, mestilah badan akan demam.ermmm..jadinya kena pergi klinik.


Ni la ubat kita. Ni la makanan open house kita semalam..huhuhu..dalam mimpi jela pergi open house rumah orang..sedihh sangat..rumah jiran buat open house pun tak boleh pergi. Tak larat nak jalan. Tak boleh kena panas. Nanti rasa nak pitam je rasanya. Teruk sangat kali ni sakitnya. Tapi takpela, sakit itu penghapus dosa. Terima sahajala.

Dah rehat ni, insyallah, baik la nanti. Terima kasih mr mafia, jaga makan minum, jaga anak waktu kita sakit. Semalam tumbang seharian, harini ok sikit..tapi kena rehat lagi.

BERKEBAYA KITA DI HARI RAYA

in , , by Nadia Johari, 14:45:00
hai assalammualaikum

Kebaya Batik Dari Bellaabaya

Tahun ni Raya 2017 tema baju nad dengan anak kebaya..hehee.  Mak dengan anak mesti sedondon walaupun lain design..hahaa. Tapi sebelum nad pilih baju kebaya, kawan nad ada offer baju budak. Jadi nad terbekenan dengan baju kebaya budak tu. Hah!!, Jadinya, tahun ni kita berkebaya la..hehee..Masa tu mulalah usha isntagram cari baju kebaya, tapi kebanyakannya terjumpa dari Indonesia..hahaa. Apa lagi, buatla status dekat facebook. Banyak kawan-kawan bagi cadangan, page dan instagram kebaya ni.

Macam nad, taknak kebaya yang jarang dan seksi tu, nad nak kebaya tak seksi. Lepas tu taknak baju kebaya yang labuh tu. Nad nak kebaya yang pendek dan tak seksi. Punyala tengok semua page dan instagram yang diaorang bagi, semua tak berkenan, sampailah ada satu ni, mula-mula tengok macam tak lawa, tapi tiba-tiba terpandang satu kebaya ni, cantik, tak seksi pulak tu. Warna kebaya tu pun takda lagi dalam almari, jadi terus beli je. Murah pun murah.


Hah, ni la baju kebaya nad. Maaf, gambar tak cantik pulak, ni kakak kita yang ambik. Haishh..penat posing cantik-cantik. Kakak ambil gambar senget pulak. Nad beli baju kebaya dia sahaja. Kain nad beli dekat kedai lain depan SOGO. Nasib sesuai kain dengan baju tu, sebab masa nak beli kain, tak bawa baju pulak. Tapi nasib baik ada gambar dekat telefon.


Baju kebaya nad beli ni namanya Baju Kebaya Batik. Baju corak batik. Memang cantik, tak seksi dan tak jarang. Pakai pun selesa. Tak panas pun. Sesuai la dengan nad, walaupun pendek tapi takdela pendek sangat. Baju kebaya ni boleh je pakai dengan seluar. Saiz nad amik saiz S. Ngam sangat dengan badan nad. Suka gila bila dapat baju kebaya ni. Baju nad ni harga RM89.

Kalau korang bekenan baju kebaya nad ni, korang boleh tengok di
Instagram: https://www.instagram.com/bellabaaya/
Contact: 013-5111239

Ada macam-macam jenis baju kebaya ada. Tapi orang ni memang lambat reply..hahaa..bersabarla. Tapi nad ni jenis kalau dah suka, memang sanggup tunggu. Tapi aklau seminggu tak reply memang cari lain la..hahaa. Tapi nasib dia tak lambat seminggu reply..hahaa.


Baju anak pulak, satu set. Susah betul nak ambil gambar dia sorang. Nak main je. Baju Fariza ni nad beli dengan kawan blogger juga. Memang ngam dengan badan dia..hehee. Comel je dia pakai baju kebaya ni. Dia ni dipakaikan baju apa dia tak kisah. Dia selesa je, tak panas.


Tengokla jelingan dia. Tajam oo..hahahaa..

Raya Kedua Tema Baju Pop Yeyeh Dari Zacheela

Baju raya hari kedua tema pop ye yeh la pulak. Bahagian tangan kitaorang kembang. Baju nad pakai ni masa dekat photoshoot. Baju nad ni dari Zacheela.Simple dan cantik. Bawah ada manik-manik sikit. Baju anak pulak bertingkat.


Ni la baju baru Hari Raya 2017 ni..simple je.Asalkan cantik. Yang penting warna tu belum ada dalam almari..hehee.


hai assalmmualaikum

Dah sebulan kita berpuasa, makan pun berpada, bila dah sampai waktu raya, masa tu macam-macam makanan yang dihidangkan dekat tetamu. Apa lagi, bila dah dijamu mestilah nak makan kan..hehee. Lagi dah puasa 30 hari, masa ni la kita dapat makan waktu siang balik. Tapi makan kita berpada-pada, sebab tau nak singgah banyak rumah kan. Orang dah jamu, takkan kita nak tengok je, kecik hati tuan rumah. Lepas seharian makan itu ini, siang tu ok lagi perut ni.

Sebelum ni, mak nad sakit dan cirit birit 3 hari akhir Ramadhan. Mak sampai tak boleh bangun. Yang masak dekat rumah, kakak dengan kakak ipar. Mak tak sihat sampai 3 hari raya tak silap. Masa tu cirit birit mak dah ok. Cuma tak larat nak bangun. Yela, lenguh semua badan.


Nad pulak, tengah malam tu, tiba-tiba je perut meragam. Okla kita pergila ke tandas. Lepas selesai, tiba-tiba dia nak buang lagi. Arrghhh..buang jela..sampaila kali ketiga, pada pukul 3 pagi kau..adoyaii.. Kali ketiga ni nad duduk lama dalam tandas. Kalau boleh nak tidur je dalam tandas..Biar habis kan je terus..hahaa..letih oii keluar masuk tandas.. Kali ketiga dah lama tu, ok sikit. Sampaila esok pagi bangun, ingatkan dah ok, rupanya tak lagi. Dia nak buang lagi. Apa lagi berlari ke tandas. Ok, kali keempat dah selesai..Nasib empat kali je, tapi tu pun kaki dah letih, pinggang sakit..adoii. Mana tak tewas perut ni, raya tu makan laksa, makan rendang, walaupun kuantiti dah sikit, tapi kalau nak jadi, jadi jugak. Mungkin perut terkjut kan..hahaa.

Rupanya bukan nad je, kakak nad pun cirit birit..hahaa. Habis satu rumah kena. Sampai malas nak pergi beraya, bila dah kena cirit birit ni. Tapi nasib dah baik raya kedua tu.

Raya kedua tu pergila beraya. Sebab tu raya ketiga terus tumbang..hahaa. Masa raya ramai cakap nad kurus sangat. Haishh nak buat macam mana, dah makan banyak, anak sedut balik..hheee. Bukan tak makan. Ni lagi sekarang tak lalu makan. Memang makin kurusla. Takpe, bila dah kurus ni bagus, nak baju apa sebut je..hahaa. Tak susah pun. Kang dah gemuk nak kurus pulak..hahha. Syukur jela.


KEMERIAHAN RAYA 2017,

in , by Nadia Johari, 10:26:00
hai assalammualaikum

Kemeriahan Raya 2017 - Dah nak masuk dua minggu kita raya, baru nak buat entry raya. Huishh, mood nak tulis tu susah betul nak datang. Tapi sekarang bila dah tulis, jap lagi banyak entry nad buat..hehee. Tahun ni giliran balik kampung nad pulak untuk beraya. Kalau dah balik kampung memang seronokla. Semua adik beradik nad ada, lepas tu tambah pulak dengan sepupu sepapat. Tapi kali ni tak semua sepupu ada. Takpela, masih meriah. Raya dekat kampung memang takkan berhenti dari pagi sampai ke malam. Ada je rumah nak pergi raya. Biasalah raya pertama kan.

Pagi tu dari Kuala Lumpur, terus bergerak pulang ke Klang. Pertama sekali mestilah salam dengan mak ayah dulu. Pastu bagi anak-anak buah duit raya. Suka budak-budak ni dapat duit raya. Fariza tak tau lagi, tapi dia ambik juga..hahaha..pastu bagi mommy dia. Nasib mommy dia amanah, simpankan duit dia..hehee.


Lepas tu bergerak ke rumah pertama, rumah jiran, rumah makcik dan pakcik. Biasalah kampung, rumah mestilah dekat-dekat. jalan kaki jele. Save duit minyak kereta. Fariza seronokla dia, ramai kawan, sampai lupa mommy dan daddy dia, Lepa stu makan memang tak ingat apa dah dia, makan dan makan je. Nad masa tu makan sikit je, tengah takde selera. Tuan rumah berbaju merah.


Lepas tu pergi ke rumah makcik, kitaorang panggil Wakmon. Kalau dulu ada nenek, nenek tinggal sini. Sekarang rumah dah bertukar, dari papan menjadi batu. Dekat sini, ada sepupu baru lepas melahirkan anak dia. Jadi dia raya berpantangla..hehee. Tengok anak dia, bulat betul mata.




Hah bila ada sepupu sepapat ni, kitaorang akan raya sekali..hehee. Dah rumah pun dekat-dekat. Mana lagi nak kunjung kan..hehee.


Raya 2017 kali ni, nad sekeluarga pakai baju warna oren salmon. Tema baju nad dengan Fariza, kebaya..hehee. Tahun ni lain sikit, selalu dah pakai baju kurung, kita pakai kebaya pulak la. Kebaya nad pakai baju dengan kain beli lain-lain bukan satu set. Tapi Fariza punya satu set. Mr mafia punya baju, pakai baju beberapa tahun lepas..hahaa. Tak sempat nak belikan baju mr mafia, nasib ada baju ni yang hampir sama warna. Wajib sedondon ok, Tahun depan dah fikir nak tema apa..hahaa.

Raya pertama memang banyak rumah pergi, tapi mana yang sempat ambil gambar jela. Sebab waktu tu nad mood tengah tak betul..hahha.


Malam raya pergi beraya rumah makcik jauh sikit. Takdela jauh mana, dalam Meru juga.Ni semua anak dia yang dah kawin, beraya rumah mertua masing-masing. selalu kalau datang rumah ni, akan dapat meggi atau makanan sedap, tapi memandangkan anak-anak beraya umah mertua, kami makan kuih raya je..hehee. Yang tinggal pun yang belum kain. Tu pun keluar beraya.

Raya kedua, pergi beraya bahagian Kuala Lumpur. Dah adik beradik nad pun beraya belah mertua masing-masing. Nad beraya rumah kawan mr mafia yang isterinya sakit kanser payudara. Sebelum isterinya masuk hospital, kitaorang pergi beraya dulu. Paham-paham jela, walau satu rumah, tapi dah jumpa kawan, orang lelaki ni boraknya lama.

Balik tu, nak ke kereta, tiba-tiba ada orang ni, tak tau la siuman ke tak, dia nak ambil Fariza dari dukungan mr mafia. Huishh terkejut kita. Kita pun dah cuak, lari cepat-cepat dekat kereta. Cadangnya nak ambil gambar dekat situ, tapi dah ada orang tu, terus takut, terus masuk dalam kereta. seram. Masa tu terfikir, nasib baik bukan nad yang dukung atau pegang. Mesti orang tu dapat Fariza..eee..seram la weii..Nad perhati je, masa kitaorang keluar, dia tengok je..




Keluar dari tempat tu, cari port baik, terus ambik gamabr..hahaha. Mesti nak gamabr, sebab baju Fariza pakai, baju raya baru beli..hahaa. Jadi nak dijadikan kenangan.

Raya ketiga ke keempat, terus tumbang dekat rumah. Takda pergi beraya. Badan pun dah tak larat. Jadi layan je la tetamu yang datang dekat rumah.


SELAMAT HARI RAYA SEMUA

in , by Nadia Johari, 10:07:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Alhamdulillah, selesai kita berpuasa, harini kita menyambut Hari Raya. Awal pagi dah bangun persiakan diri. Hujan rahmat pgi hari ni. Syukur Alhamdulillah. Kali ni beraya di kampung. Semestinya seronok, sebab beraya di kampung lebih meriah. Semua sepupu sepapat berkumpul memeriahkan suasana.


Tema nad sekeluarga ialah oren salmon..hehee. Lain dari yang lain. Warna ni pun belum ada lagi dalam almari baju..hahaha. Nad dengan anak dara Fariza pakai baju kebaya..auchh..hehe. Mommy vogue anak kiut gitu. Mr mafia pulak baju melayu jela..hehehe.

Pagi ni lepas solat raya, baru nak gerak pulang ke kampung. Baru tiga keluarga, dah pening nak isi baju. Yela balik kampung bukan sekejap. Dengan baju raya, baju malam, baju tidur, makeup, barang mandian, eh banyaknya la..adoii..hehee..sabar jela perempuan ni kan.

Di kesempatan ini nad ingin ucapkan

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri..
jika ada terlanjur kata, terkasar bahasa, terlajak perbuatan atau tersinggung hati...
Mudah-mudahan menjelang Syawal yg Mulia Ini, Menjadikan Kita Insan yg Memaafkan...
Semoga Ikatan Ukhwah Kekal Erat Terjalin...

Pantun jap..

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Cicak meninggal tetelan kurma,
Tidak bernyawa terbeliak mata,
ahad depan raya posa akan menjelma,
Tangan ku hulur maaf ku pinta.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

10 jari jemari menyusun kata,
mohon ampun di pinta,
buat sahabat semua,

🎊🎉Selamat Hari Raya Aidilfitri🎉🎊

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2