hai assalammualaikum
Dah Mula Memanjat - Dari semasa ke semasa nad nampak perubahan perangai anak ni. Anak perempuan yang tengah banyak akal dia. Anak perempuan yang otak dia tengah berhubung. Bila dah berhubung, adalah perkara baru yang dia akan buat. Masalahnya,benda yang dia buat ekstrem sangat..haishla anak perempuan kita sorang ni.
Haritu panjat tangga, dah sampai ke bilik kerja daddy. Sekarang panjat kerusi meja makan. Bukan tu sahaja, bila dah pandai panjat ni, mula la dia panjat tempat lain. Allahuakbar, berderau jantung mommy bila Fariza buat perkara tak diduga. Umur baru setahun sembilan bulan. Dalam satu masa, macam-macam dah dia buat.
Yang tak boleh tahan,bila mommy tengah nak rehat dari demam. Bila badan dah rasa lemah, makanya mata pun mengantuk dan terlena sekejap. Buka tv cerita kartun, biar Fariza layan. Sekali tersedar bunyi sesuatu dekat atas meja. Terus terjaga, dan tengok anak perempuan kita tengah angkat tudung saji. Alahai anak, kerusi tu tinggi. Kalau jatuh kang naya. Mommy tengah tak sihat, awak pulak nak buat kerja. Nasib Fariza tak sempat buat sepah lagi dekat meja.
Tak cukup tau dengan tu, dia pergi panjat meja tv. Ni daddy awak nampak, mengamuk weii. Aduh, anak, janganlah ekstrem sangat. Tv dah la takde suara, kang awak tolak tv tu, terus pecah, tak bernyala tv kang. Dah tak dapat, tengok cerita. Dah kena keluar, duit beli tv baru kang. Kita kena save bajet ni sayang oii..
Macam tu la dia. Ada je benda nak dibuatnya. Kebosanan, sampai buat benda ekstrem dalam satu masa. Bukan main suka lagi dia. Jadi apa-apa mommy juga yang susah. Memang kena berjaga bila dia tengah aktif