hai assalammualaikum

Lihat Hasil Hiruscar Anti Acne Spot Gel Pada Jerawat Dalam 2 Hari - Kebanyakan orang, pernah mengalami masalah jerawat di muka. Masalah jerawat yang serius mampu memberikan tekanan perasaan dan mental kepada mereka yang menghadapinya.

Lagi sedih bila muka yang teruk berbintik-bintik seperti " pizza"..dijadikan bahan tawa dan ejekan

Jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera.Individu yang mempunyai masalah ini selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Masalah jerawat terjadi bukan sahaja kepada kaum wanita, malah kaum lelaki juga ada. Dari satu jerawat, akan timbul jerawat lain dekat muka. Bagaimana boleh terjadi?? Macam mana nak atasi masalah jerawat ni dalam masa yang singkat. Hah!! Semua jawapan ni ada masa nad hadiri Media Launch Hiruscar Anti Acne oleh Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH yang merupakan rakan niaga terkemuka bagi syarikat-syarikat penjagaan kesihatan yang ingin mengembangkan perniagaan di rantau Asia di Le Meridian Kuala Lumpur.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Rawat Jerawat Dengan Hiruscar Anti Acne 

Produk-produk Hiruscar Anti Acne merupakan produk khusus untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat. Ia mempunyai tiga jenis iaitu Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel mampu menghilangkan jerawat ringan atau sederhana, bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul.

Jadi siapa yang ada masalah jerawat tu, tak perlu risau, kerana produk terlaris mereka iaitu Hiruscar Anti Acne Spot Gel boleh bantu korang atasi mengurangkan jerawat dalam masa dua hari sekurang-kurangnya.

Dua hari sahaja!! Kenapa terkejut!!..jangan terkejut sebab nad sendiri dah cuba produk Hiruscar Anti Acne Spot Gel ni,memang puas hati.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Spot Gel ni mudah je digunakan. Picit sedikit, sapu di bahagian yang ada jerawat. Jerawat akan kecut dan hilang. Spot gel, jenis gel dan tidak berminyak. Ia mengandungi asid salicylic untuk merawat jerawat dan membantu mengurangkan jerawat, dan menyembuhkan dengan lebih cepat. Mengekalkan kelembapan kulit, dengan tambahan Vitamin c, ia membantu mencegah bintik hitam jerawat. Selain itu, kandungannya termasuk ekstrak bahan semulajadi untuk mengelakkan anti radang pada kulit. Guna Spot Gel memang best untuk hilangkan kesan jerawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Rumusan unik Hiruscar Anti-Acne mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan perulangan akne.

Menurut satu kaji selidik terkini yang dijalankan oleh Hiruscar, kira-kira 90% rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah jerawat. Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh ini sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Dan daripada kaji selidik kepuasan pelanggan menunjukkan hasil yang positif apabila menggunakan penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne Spot Gel di mana 85% pengguna melaporkan perkembangan yang baik dalam masa dua hari.

98% berpuas hati selepas seminggu menggunakan Hiruscar Anti Acne.

Selain itu,93% yang mencubanya melaporkan perubahan pada keadaan jerawat secara keseluruhan selepas menggunakan Pore Purifying Serum dengan kerap.

Punca Sebenar Jerawat Terjadi

Selalunya kita berfikir bahawa, jerawat terjadi disebabkan kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat. Jadi, kita pun cucila muka dengan kerap. Uish jangan..sebenarnya c uci muka kerap boleh akibatkan jerawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata " sebenarnya, jerawat disebabkan oleh bakteria P.acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kita. Menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadikan kering dan merengsa.  Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna tentang cara yang betul untuk menangani masalah jerawat".

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Club Spotless Bantu Mereka Mempunyai Masalah Kulit

Jadi, kenala guna produk Hiruscar ni. Sempena pelancaran produk, Hiruscar Anti-Acne juga memperkenalkan Club Spotless, sebuah komuniti yang disasarkan pada orang yang mengalami masalah jerawat dan ingin mengetahui cara untuk merawat masalah jerawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Menurut Pang Koon Yin, Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia, Hiruscar Anti-Acne akan memberikan Spotless Kit yang mengandungi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel untuk menggalakkan para peserta menggunakan Club Spotless platform ini bagi berkongsi kisah kecantikan mereka dengan Hiruscar Anti-Acne di laman sosial media dengan #clubspotless dan #hiruscarantiacnemy.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Hah, bestnya, kepada pelajar-pelajar universiti, siap sedia tau, sebab produk Hiruscar Anti Acne akan diperkenalkan di enam universiti terpilih di Lembah Klang iaitu UKM, UIAM, UM, UPM, UITM, TAR UC, supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk-produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne. Korang jangan lepaskan peluang tau.

 HIRUSCAR ANTI ACNE


Tiga Jenis Produk Hiruscar Anti Acne

Seperti nad bagitau tadi, Hiruscar Anti Acne mempunyai tiga jenis produk iaitu Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Sot Gel. Tiga cara nak hilangkan jerawat di muka, membersih, menjaga dan merawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Pertama sekali mestilah mencuci muka dengan Pore Purifying Cleanser. Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menganggalkan kotoran dan minyaj berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Harga untuk pencuci RM 27.80 ( 100 ml )

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Selepas itu pakai Pore Purifying Serum. Ia merupakan oelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat. Untuk serum RM 75.00 ( 50 ml )

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Dan akhir sekali guna Spot Gel. Hiruscar Anti Acne Gel pula adalah lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas. Spot Gel antara produk kegemaran yang disukai orang ramai. Yela, orang kan suka cari, gel-gel yang jenis letak dekat jerawat, kecut lepas tu hilang jerawat. Bentuknya pun kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Harga Spot Gel pula ialah RM 26.80 ( 10 ml )

Hah ada masalah jerawat, cubalah produk Hiruscar ni. Produk-produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne boleh didapati di semua outlet Watsons Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, layari laman sesawang rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my

Kepada pembaca blog, atau kawan di facebook dan instagram, nad akan buat giveaway nanti diah facebook,. Korang sentiasa alert ye apa yang nad nak post. Takut korang terlepas giveaway ni nanti. Nad akanbaca cari 5 pemenang bertuah yang mempunyaj masalah kulit muka untum beri hafiah satu setset Hiruscar Anti Acne ni. Tunggu ye.











hai assalammualaikum

Telur Digemari Semua Orang - Siapa tak suka makan telur ayam. Semua orang suka kan. Kalau ada yang tak suka tu, berapa kerat jela kan. Tapi pelik la kalau tak suka, swbab telur ayam ni macam-macam boleh dibuatnya. Buat telur dadar, telur rebus, telur setengah masak ( kegemaranku), lauk telur macam telur sambal, telur masak lemak. Telur juga dibuat dalam kek. Hah!!, banyak kan kegunaan telur ni. Laku sangat telur ayam ni.


Kalau dekat rumah mak ayah ni, telur ayam wajib ada. Beli berpapan-papan. Tak cukup sepapan. Kalau dah tak tau nak masak apa, buatla telur dadar. 5 biji telur dadar diperlukan oii. Tu pun tak cukup, kena buat dua kali telur dadar. Anak buah ramai, masak sepinggan mesti habis punya..Jadi kena sediakan 2 pingga telur dadar bersamaan 10 biji telur ayam..haha. Kat sini kalau masak telur dadar memang cepat habis. Kalau tak pun petang-petang makan telur hancur dengan roti. Gitu..

Kebaikan Makan Telur Ayam

Telur ni ada kebaikan dan keburukannya jika makan. Biasalah, selalu makanan mesti ada pro dan contra jika tak diambil secara kesimbangan. Nad baca, keburukan kalau makan telur setiap hari, akan menyebabkan kolesterol, menaikkan berat badan, ketidakseimbangan hormon, naik jerawat dan macam-macam lagi la. Tapi takkan nak makan setiap hari kan. Nad pun boleh jemu. Takkan korang tak jemu kot. Banyak lagi makanan yang ada, korang boleh makan.


Kalau nak tau telur ayam ni banyak kebaikannya. Bahagian putih telur ayam mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Dikatakan kuning telur yang menyebabkan kolesterol, tapi korang kena tau, selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah satu faktor penyebab serangan sakit jantung.

Itu adalah antaranya. Jadi boleh je makan telur ayam, jangan makan selalu.
hai assalammualaikum

BRIM 2017 Fasa Ketiga

Brim 2017 Fasa Ketiga - Seperti kita tau, BRIM masuk berperingkat-peringkat. Fasa pertama pada februari, tapi nad dapat pada March ( BRIM Pertama ), fasa kedua pula nad dapat pada June ( BRIM Kedua ) dan fasa ketiga, iaitu fasa terakhir untuk mereka yang berkeluarga dapat pada bulan Ogos. Haritu nampak dekat berita dah beritahu pasal BRIM fasa terakhir tu, tapi masa tu tak masuk lagi dalam bank nad.


Lepas tu, nad cek maybank2u, alhamdulillah, dah masuk. Semua duit BRIM yang berperingkat masuk tu nad simpan. Tak guna pun. Dah dapat tu kena la simpan bagi tambah duit. Kena guna dengan betul dan jangan boros. Masuk pun berperingkat, bukan sekaligus, sayang kalau guna. Kalau dulu dapat masa bujang memnag gunala..hahaa. Dah berkeluarga ni, nampak betapa pentingnya duit untuk masa depan.



BRIM dapat ni, untuk mereka yang dapat RM400 dan RM 300.

BR1M 2017 telah pun diumumkan melalui laman web rasmi ebr1m. Jangan lupa untuk mengemaskini butir peribadi anda untuk BR1M 2018 yang akan datang dan dengar cerita bayaran akan dinaikkan.

Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut

Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan. Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M.


PERIA TUMIS BERSAMA UDANG

in , , by Nadia Johari, 13:46:00
hai assalammualaikum

Peria Tumis Bersama Udang - Nad ni bukanla penggemar peria, tapi masa pregant ni, boleh pulak asyik nak makan peria je..haaha. Benda yang pahit ni la yang sedap di makan sekarang. Ada orang suka goreng peria, ada suka buat ulam..tapi nad lebih suka masak tumis. Lepas tu makan dengan ikan goreng dan nasi. Memang tengahari makan, petang pun akan makan balik..hahaha. Sedap oii nad masak..hehhee. Puji makanan diri sendiri yo.

Peria ni walaupun pahit, tapi banyak khasiatnya. Korang boleh baca entry ni, peria sayur yang pahit tapi banyak khasiatnya . Peria juga bagus untuk ibu mengandung, untuk naikkan hb.

Semalam cakap dengan mak, teringin makan peria, mak pergi beli sayur peria jenis besar. Jadi nad pun masakla. Nad masak campur udang, sedap sikit.


Ni la hasilnya lepas selesai masak. Yang makan, nad dengan mak je. Tak ramai dalam keluarga suka peria ni. Yela pahit kan. Budak-budak ambil udang je..sabar jela. Ni cara nad masak peria tumis bersama udang.

Bahan-bahan:
1) Peria
2) Udang
3) 2 ulas bawang merah
4) 2 ulang bawang putih
5) 2 biji cili merah 1 biji cili hijau
6) 6 biji cili padi nak bagi rasa pedas
7) Ikan bilis yang dah dibasuh, direndam dalam air, di potong-potong jadi kecik
8) secubit belacan
9) garam
10) Air sedikit

Cara membuatnya
- Potong kesemua bawang merah, bawang putih, cili merah dan hijau, cili padi dan ikan bilis.
- Tumiskan  semua bahan yang dipotong, masukkan secubit belacan dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit garam dan gula, kacau.
-Masukkan peria dan udang. Gaul kesmua bagi sebati.
- Masukkan sedikit air untuk bagi ada kuah.
- Biarkan sebentar. Bila dah masak angkat.siap..Masak tumis tak perlu lama-lama.
hai assalammualaikum

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning - Siapa pengguna Enchanteur sini? Kita geng..hehehe. Nad suka dengan Enchanteur, sebab produk dia wangi dan tahan lama. Keluarga nad sendiri menggunakan produk Enchanteur. Harga pun murah dan mudah diperolehi. Best kan bila barang murah, tapi harumannya berpanjangan seperti produk mahal..hehee.

MASAM ITU SATU NIKMAT

in , by Nadia Johari, 18:27:00
hai assalammualaikum

Mangga Jeruk - Siapa tak suka makan mangga oii..tak kisahla mengandung ke tak mengandung ke..bila nampak mangga,, pergh konfirm meleleh air liur. Lagi kalau ada cicah kicap pedas..sedap oo. Nad ni pun mulut asyik nak masam je..tak da masa, tak boleh pulak.



Haritu, beli mangga dekat kl sana, sekali kupas, banyak busuk. Sedih sangat rasanya. Makan jela apa yang tinggal. Lepas tu, nak makan lagi, alahai malasnya nak keluar cari mangga. Kupas pun malas..hahaha..Sekarang ni semuanya malas nak buat. Jadi nak senang, beli jela.

Cari dekat instagram, orang jual mangga jeruk ni yang pernah viral dulu. Mangga jeruk yang ada asam dan cili. Cari yang boleh hantar sampai rumh. Cari punya cari, nasib baik jumpa. Terus whatsup, harga, penghantaran semua tu. Lepas tu, nad terus order 3 balang..haaha..sebab nad tau kali beli dua balang tak cukup punya.


Esoknya orang tu hantar. Terus makan. Nikmatnya dapat makan masam-masam ni. Lega tekak dapat makan masam. Kalau tak tekak tak keruan..hahaha. Kenapa erk, masa mengandung suka makan masam-masam, tertanya pulak??..hahahaa.


Dah makan satu, makan lagi, makan lagi. Ada juga yang sibuk nak join makan. Nasib beli tiga balang,..hahahaa. Tak dapat nak ambil gambar balang sebab dah dapat makan apa yang diinginkan. Dapat ambil sebalang ni ha. Yang terakhir kita nak habiskan..hahaha. Rangup sangat mangga dia.


Nanti bolehla order lagi dekat jeruk mangga asam boi ni. Korang pun boleh order bagi yang malas nak buat..hehehe..
hai assalammualaikum

Sambal Goreng Kentang Wak Awi - Bila waktu-waktu mengandung macam ni, memang asyik nak makan je. Pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam pun kena makan. Memang mulut asyik nak kunyah je. Tak dapat makanan berat, dapat makanan ringan untuk buat kudapan pun dah ok. Asalkan perut terisi dan senang hati..hahaha.

Orang cakap masa mengandung ni la nak makan, makan jela. Tapi berpada la ye. Makanan sihat kena pun kena amik. Eh kita dah amik info tau masa Hari Bayi Tollyjoy haritu..hehehe..


Sambal Goreng Kentang Wak Awi

Selalunya waktu petang,nad akan makan makanan ringan seperti buah, kuih. Tapi kadang stok buah habis, nak pergi kedai beli kuih malas. Jadinya kena ada simpan stok makanan yang boleh dimakan terus. Selain biskut atau roti, ni salah satu kudapan yang nad suka iaitu kerepek. Orang jawa suka sangat makan ni. Sambal goreng kemtang. Nak buat memang senang, tapi jenis malas, beli jela..hahhaa.


Suka sangat dengan sambal goreng kentang Wak Awi  ni sebab rangup, sedap dan pedas. Rasanya macam kerepek pedas. Bahannya yang ada sambal cili, ikan bilis, kacang tanah dan kentang. Memang makan sambil tengok tv, asyik mengunyah je..hehehe. Anak kita, Fariza pun layan makan. Dia memamg  makan pedas. Terbaik..sedap..mr mafia pun cakap sedap.

Sambal goreng kentang Wak Awi ni boleh dimakan macam tu sahaja atau makan dengan nasi. Tapi nad lebih suka makan macam tu sahaja buat kudapan. Korang pun boleh bawak pergi berkelah ke, pergi ofis atau mana-mana sahaja.

Sedangkan masa nad pos dekat ig pun kawan nad cakap sambal goreng kentang ni sedap. Jadi kalau korang nak, korang boleh order call atau whatsup no 011 33405275 ( Wak Awi )..





hai assalammualaikum

Hari Bayi Tollyjoy 2017 - Ni kali pertama nad sambut Hari Bayi Bersama Tollyjoy 2017 yang telah diadakan di Kafe Yellow Apron Petaling Jaya. Pertama kali dapat jemputan, memang nad terus setuju nak sertai, sebab bukan sahaja datang-datang majlis, ambil gambar, tapi ada info dan ilmu tentang nutrisi pemakanan yang diberikan khas untuk ibu mengandung dan menyusu dan juga anak. Hah!, sekarang nad tengah pregnant, menyusukan anak pun juga,  jadi nad perlu ambil berat dan ambil tahu mengenai ni. Kadang kita tak tau, makanan yang kita makan tu sihat dari segi macam mana kan. Anak pun makin membesar, makanan macam mana kita perlu bagi dia untuk dapat zat secukupnya. Hah!!, semua dikongsi di Hari Bayi Tollyjoy 2017.
hai assalammualaikum

Sifat Seorang Kakak Dah Muncul Dalam Dirinya - Lagi dua bulan, bulan 10 nanti Fariza masuk dua tahun. Makin besar, makin banyak ragam, makin liat perangainya. Yela, perangai budak makin membesar mesti lain kan. Takkan sama je. Nad la kena banyak bersabar. Tapi, dalam banyak-bayak ragam perangai dia, setiap hari akan buat nad tersenyum walaupun tengah marah. Budak kan, pandaila dia nak pujuk mak dia, walaupun dengan reaksi muka sahaja.

Setahun 10 bulan, perangai dia yang buat nad geram, bila dia dah mula susah nak mandi dan basuh bila berak. Fuh!!, memang mencabar waktu ni. Kalau sebelum ni, cakap " jom basuh, berak busuk"..ikut je, ajak mandi ikut je, sekarang, menangis, meronta baring dekat lantai, taknak mandi, taknak basuh. Dengan keadaan nad yang sekarang ni yang tak berapa nak baik lagi, tengah "mabuk ketum"..hah!, memang hati pun cepat panas je. Kadang terpaksa dukung dia, paksa dia pergi bilik mandi. Itu pun masih meronta lagi. Masa tu memang semua terpaksa buat, sampai marah-marah. Marah bukan apa, sebab nak bersihkan dia, tapi bukan marah macam tendang ke, pukul ke. Huishh, nad masih ada perasaan lagi. Kalau waktu dia berak je, memang payah sikit.

Tak tau la sebab apa dia jadi macam tu. Nad boleh cakap ada tiga sebab je dia jadi macam ni.

1) Semakin membesar
- yela budak kan makin lama makin besar, lain perangai dia. Lagi dia dah tau tunjuk aksi protes dia. Dia berkawan dengan budak lain, bila budak lain buat macam tu, dia pun ikut. Sebab Fariza sekarang memang jenis ikut je apa orang buat. Tu yang risau.

2) Sebab leka bermain
- sepanjang nad mabuk, memang nad duduk dekat kampung. Jadi dekat kampung memang ramai kawan Fariza, sepupu dia la. Lagi sepupu baya dia. Memang main je la kerja dia. Mungkin sebab dia leka bermain, sampai taknak mandi dan basuh berak dia tu. Budak kan, memang suka bermain. Bangun tidur, cari sepupu dia, lepas tu main la puas-puas. Bila disuruh mandi takank..haishh..

3) Bakal jadi kakak
- mak cakap, Fariza macam dapat rasa dia nak jadi kakak. sebab tu dia beralih perangai. Tu tak tau la kan, orang tua cakap, kadang ada betulnya. Mula la dia nak tunjuk, dia kakak hebat. Nad, ada borak dengan Fariza, walaupun dia tak berapa paham, tapi macam paham je. Cakap dalam perut ada adik, sayang dia tau, usap..Dia ikut jela, tapi tak tau paham ke tidak..haha.

Tapi nad rasa Fariza paham, sebab bila nad suruh cium baby, dia cium perut nad sebelum dia susu..hahaa. Memang sweet sangatla. Sambil susu, sambil usap perut nad.



Bila dapat sepupu baru, suruh cium, cium dia. Lepas tu tengok baby tu dengan mata bulat dia. Walaupun niat dia nak ambik sarung tangan baby tu..ahhaa. Tapi ada la sifat kakak tu dekat hati dia. Insyallah, adik dia keluar, Fariza dah 2 tahun lebih. Harap memahami, dan jadi kaka yang baik. Nad pun kena bahagikan masa untuk dua orang nanti.



Fariza anak perempuan yang baik. Jadi kakak yang baik ye.

ANAK BUAH YANG KE 14

in , by Nadia Johari, 03:12:00
hai assalammualaikum

Anak Buah Ke 14 - Huish, tu dia bertambah keluarga Johari dan Latipah. Makin lama makin ramai..hahaha. Makin ramai maki riuh. Makin tinggi la suara nenek bila cucu balik kampung..hahaa. Tinggi suara bising, biasalh budak-budak, jumpa geng, adalah benda nak dibuatnya. Nenek yang pening..haaha. Pening- pening pun mestilah suka kan..hahaa. Anak buah nad kebanyakannya lelaki. Jadi paham-paham jela.


Hari jumaat dua minggu lepas, eh yeke, nad pun lupa..hahaa, keluarlah seorang putera lagi dengan berat 2.8kg. Ni anak kakak nad, yang atas nad. Anak dia masuk ni dah lima..haha. Kakak nad mudah je bersalin, kali ni pun mudah, pukul 3 petang wahtsup kitaorang, pukul 4 petang terus sakit dan beranak. Tak payah jahit bawah. Allah senangnya la. Setiap orang bersalin lain-lain kan. Ada yang mudah, ada yang macam tu la..hehee. Teringat masa lahirkan Fariza..pertama kali..fuh..macam tu rupanya. Sakit memnag sakit, tapi nak mengandung lagi tu mesti ada.

Eh dah cukup membebel..hahaa. Hah ni la dia anak buah baru nad. Dah sama macam muka abangnya masa kecik. Kakak ada anak 3 perempuan dan dua laki sekarang. Tak tau la dia nak mengandung lagi ke tak nanati..haha. Sebab hero dia dah ada geng..hahaa. Anak pun jarak setahun, dua tahun..Nama anak buah nad yang baru ni Rizki Mikhail. Mula nak bagi nama Rayyan, sekali atuk nenek dengar, " Allah nama kok omputih, bagi nama lain la"..Kakak pun tak suka..hahaa. Sekali tu ntah macam mana, bapaknya boleh pergi nama Rizki. Dah macam nama pelakon..hehee. Nama bapak dia yang bagi. Nama anak-anak kakak semua laki dia yang bagi, semuanya dasyat-dasyat namanya..haha.


Nad dah ada 14 anak buah..relaksla baru 14..hahaa..orang lain dah 20 kot. Tahun depan, cucu Johari bertambah lagi. Hah nak tau berapa orang..tungguu..heehhee. Makin pusing nenek..hahhhaa.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2