hai assalammualaikum

Melawati Mall Shopping Mall - Haritu, mr mafia ajak pergi jumpa kawan dia dekat shopping mall. Ingat shopping mall biasa pergi, rupanya ni shopping mall baru dekat Taman Melawati. Tak tau buka bila, sebab nad dah sebulan lebih dekat kampug haritu, gara-gara mabuk. Balik je, mr mafia yang ajak. Tu pun sebab kawan dia kerja situ.

Tengok bangunan dari luar macam bangunan kerja je, bukan shopping mall. Nak parking tinggi.Parking tingkat 5 dan 6 rasanya..Hahaha. Sebab masuk dalam shopping mall je dah tingkat paling atas.


Habis satu mall pusing, nak tengok apa yang ada. Uish, macam-macam ada. Kira semua jenama, semua kedai makanan ada. Butik, kedai pakaian, kedai beg, kedai kosmetik, kedai gadget, permainan, cinema pun ada..uish semua adalah.



Ni la dia directory Mall Melawati.



Tingkat 6 masuk jalan terus, jumpa kidz zone. Tempat menarik, harga pun boleh tahan. Dewasa RM58 kanak-kanak RM35 tak silap. Tapi tengah promo merdeka, harga kurang dari harga asal iaitu RM48 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Boleh keluar masuk, satu hari main. Promo merdeka sahaja sehingga 3 September.


Suka pulak tengok, nak masuk tapi rupanya kena pakai stoking. Yess, wajib masuk sini pakai stoking. Jaga kebersihan. Kalau tak bawak, kena bayar ler..hehee. Kitaorang pun baru tau, jadi tak masuk. Sebab kena bayar itu ini. Jadinya, lain kali jela. Aku teruja nampak gelongsor tu..hahah.



Kedai mainan yang bakal dibuka. Bayak ooo...




Pastu tingkat 5 , ada panggung wayang. Ada tempat gadget. Tingkat 4, kawasan gagdet, phone semua. Suka pulak tengok speaker tu.



Tingkat 3, ada kedai makanan. Macam- macam kedai makanan ada.

Tingkat 2, kedai butik tak silap.




Paling bawah, pasaraya, kedai snack, ada juga kedai makanan. Boat noodle pun ada.


Jeruk, oiii..memang kena beli..hahaha...






Ni ambik masa nak balik. Tingkat 6, ada la dinding di lukis. Macam biasa mestilah amik ganmbar..hahaha. Satu bangunan, macam-macam ada.

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

in , by Nadia Johari, 20:50:00
hai assalammualaikum

Resepi Ayam Masak Ungkep - Haritu ayah ada beli ayam kampung, cakap dengan mak, " nak masak apa ni mak? "..mak cakap ayah suruh masak ungkep. Sedap,sedap..mak masak mestila sedap..hahahha.

Cakap dengan mak lagi, " kenapa dipanggil ungkep? "..mak cakap sebab dimasak tutup sampai kering..gitu mak cakap.


Ni la rupa ayam masak ungkep. Pekat, kering, kuah sikit je..tapi sedap. Cara nak buat nya pun senang je rupanya. Ikut resepi mak.

Bahan-bahan
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Serai sebatang
- Halia seinci
- Ketumbar
- Jintan Putih
- Santan
- Kunyit
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- blender bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, Jintan putih, dan serai. Tapi ikutla serai nak potong atau blender.
- Tumis kesemua bahan blender sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan gaul bagi bahan tumis meresap dekat ayam.
- Letak air sehingga tenggelamkan ayam. Masak sehingga separuh air tinggal sedikit.
- Lepas tu letak garam dan gula serta serbuk kunyit sedikit. Sekali santan.
- Gaul, biarkan sehingga masak air kering.
- Gila air dah kering, ayam dah empuk, boleh angkat dan makan.
hai assalammualaikum

Tomyam Putih Sedap - Siapa tak suka makan tomyam oii..sedap dengan macam-macam bahan. Kalau sebelum ni, nad makan tomyam kuah merah tu. Makan dengan nasi. Tak pun, hirup macam tu je. Nad jarang makan tomyam putih.

Tapi sejak kawin dengan mr mafia, selalu juga pergi satu kedai kelantan ni, dekat dengan rumah, selalu nak order dia akan cakap, tomyam merah ke putih. Nad pelik la, pastu order tomyam putih nak tengok macam mana. Rupanya kuah dia warna putih, tapi rasa sama tomyam. Sejak tu nad suka makan tomyan putih.


Lagi tengah pregnant anak kedua, tak tau kenapa, suka sangat makan tomyam. Lagi best dapat makan tomyam putih.

Paham-paham jela bila orang mengandung dah mengidam. Dia punya teringin, memang tak boleh cakapla..kalau tak dapat boleh menangis..hahaha. Pernah, satu hari tu, masa nad tak larat masak, malam tu mintak mr mafia belikan mihun tomyam, sebab teringin nak makan. Tapi, malam tu, dia cakap tak pergi kedai belah sana, dia pergi kedai mamak nak beli lauk je. Memang masa tu mulut dah muncung cakap " takpela "..dia beli lauk je. Spesis mr mafia, kadang nak buat kejutan la kononnya, tapi dia beli salah tomyam. Dia beli tomyam merah. Haishh, memang lagi marah kita..huhuhu..

Nak taknak makan jela, tapi makan sambil nangis. Bagila ,anak kita, Fariza makan, sebab nad tak berapa nak makan. Nasib baik Fariza jenis makan makanan pedas, dia tukang habiskan mihun tomyam merah tu. Mulalah kita merajuk..haaha.. Ibu mengandung janganla dibuat macam ni bila tengah mengidam..hahaha..sensitif..

Lepas mr mafia tau, dia salah beli, esoknya dia beli mihun tomyam putih tu. Nad pun makanla, walaupun malam tu dah makan nasi dengan banyak lauknya. Sekurangnya keinginan nak makan mihun tomyam putih dah dapat. Slurp, slurp kuah diah..legaa..hahah..

HB RENDAH PUNCA ANEMIA

in , by Nadia Johari, 21:10:00
hai assalammualaikum

HB Rendah Punca Anemia - Haritu nad checkup, nurse baru yang jaga. Masa tu dia nak check hb. Dia cucuk sikit dekat jari nad, dan amik darah tu. Dia tengok.darah nad cair, bila diletak bacaan hanya 11.0 . Betul-betul atas pagar. Nurse cakap hb ok 11 ke atas. Masa mengandung sebelum ni, nurse lama tak cakap apa pun, mungkin dia tengok semua ok. Tu sebab nad biasa je. Kali ni teliti nurse tu, tapi nurse tu baik je..cakap pun lembut.

Nad cakap " kenapa ye hb turun "..Nurse cakap " jangan makan coklat atau minum air coklat, teh "..ada lagi dia sebut..lupa pulak. Nad terkejut, sebab masa mula-mula pregnant nad memang minum air coklat, teh semua tu. Tekak tak boleh terima air lain. Tapi lepas nurse cakap tu, terus nad tak minum. Minum air susu je. Lagipun dah lepas fasa mabuk..haaha..
hai assalammualaikum

Lihat Hasil Hiruscar Anti Acne Spot Gel Pada Jerawat Dalam 2 Hari - Kebanyakan orang, pernah mengalami masalah jerawat di muka. Masalah jerawat yang serius mampu memberikan tekanan perasaan dan mental kepada mereka yang menghadapinya.

Lagi sedih bila muka yang teruk berbintik-bintik seperti " pizza"..dijadikan bahan tawa dan ejekan

Jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera.Individu yang mempunyai masalah ini selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Masalah jerawat terjadi bukan sahaja kepada kaum wanita, malah kaum lelaki juga ada. Dari satu jerawat, akan timbul jerawat lain dekat muka. Bagaimana boleh terjadi?? Macam mana nak atasi masalah jerawat ni dalam masa yang singkat. Hah!! Semua jawapan ni ada masa nad hadiri Media Launch Hiruscar Anti Acne oleh Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH yang merupakan rakan niaga terkemuka bagi syarikat-syarikat penjagaan kesihatan yang ingin mengembangkan perniagaan di rantau Asia di Le Meridian Kuala Lumpur.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Rawat Jerawat Dengan Hiruscar Anti Acne 

Produk-produk Hiruscar Anti Acne merupakan produk khusus untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat. Ia mempunyai tiga jenis iaitu Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel mampu menghilangkan jerawat ringan atau sederhana, bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul.

Jadi siapa yang ada masalah jerawat tu, tak perlu risau, kerana produk terlaris mereka iaitu Hiruscar Anti Acne Spot Gel boleh bantu korang atasi mengurangkan jerawat dalam masa dua hari sekurang-kurangnya.

Dua hari sahaja!! Kenapa terkejut!!..jangan terkejut sebab nad sendiri dah cuba produk Hiruscar Anti Acne Spot Gel ni,memang puas hati.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Spot Gel ni mudah je digunakan. Picit sedikit, sapu di bahagian yang ada jerawat. Jerawat akan kecut dan hilang. Spot gel, jenis gel dan tidak berminyak. Ia mengandungi asid salicylic untuk merawat jerawat dan membantu mengurangkan jerawat, dan menyembuhkan dengan lebih cepat. Mengekalkan kelembapan kulit, dengan tambahan Vitamin c, ia membantu mencegah bintik hitam jerawat. Selain itu, kandungannya termasuk ekstrak bahan semulajadi untuk mengelakkan anti radang pada kulit. Guna Spot Gel memang best untuk hilangkan kesan jerawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Rumusan unik Hiruscar Anti-Acne mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan perulangan akne.

Menurut satu kaji selidik terkini yang dijalankan oleh Hiruscar, kira-kira 90% rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah jerawat. Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh ini sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Dan daripada kaji selidik kepuasan pelanggan menunjukkan hasil yang positif apabila menggunakan penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne Spot Gel di mana 85% pengguna melaporkan perkembangan yang baik dalam masa dua hari.

98% berpuas hati selepas seminggu menggunakan Hiruscar Anti Acne.

Selain itu,93% yang mencubanya melaporkan perubahan pada keadaan jerawat secara keseluruhan selepas menggunakan Pore Purifying Serum dengan kerap.

Punca Sebenar Jerawat Terjadi

Selalunya kita berfikir bahawa, jerawat terjadi disebabkan kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat. Jadi, kita pun cucila muka dengan kerap. Uish jangan..sebenarnya c uci muka kerap boleh akibatkan jerawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata " sebenarnya, jerawat disebabkan oleh bakteria P.acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kita. Menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadikan kering dan merengsa.  Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna tentang cara yang betul untuk menangani masalah jerawat".

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Club Spotless Bantu Mereka Mempunyai Masalah Kulit

Jadi, kenala guna produk Hiruscar ni. Sempena pelancaran produk, Hiruscar Anti-Acne juga memperkenalkan Club Spotless, sebuah komuniti yang disasarkan pada orang yang mengalami masalah jerawat dan ingin mengetahui cara untuk merawat masalah jerawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Menurut Pang Koon Yin, Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia, Hiruscar Anti-Acne akan memberikan Spotless Kit yang mengandungi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel untuk menggalakkan para peserta menggunakan Club Spotless platform ini bagi berkongsi kisah kecantikan mereka dengan Hiruscar Anti-Acne di laman sosial media dengan #clubspotless dan #hiruscarantiacnemy.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Hah, bestnya, kepada pelajar-pelajar universiti, siap sedia tau, sebab produk Hiruscar Anti Acne akan diperkenalkan di enam universiti terpilih di Lembah Klang iaitu UKM, UIAM, UM, UPM, UITM, TAR UC, supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk-produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne. Korang jangan lepaskan peluang tau.

 HIRUSCAR ANTI ACNE


Tiga Jenis Produk Hiruscar Anti Acne

Seperti nad bagitau tadi, Hiruscar Anti Acne mempunyai tiga jenis produk iaitu Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Sot Gel. Tiga cara nak hilangkan jerawat di muka, membersih, menjaga dan merawat.

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Pertama sekali mestilah mencuci muka dengan Pore Purifying Cleanser. Hiruscar Anti Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menganggalkan kotoran dan minyaj berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Harga untuk pencuci RM 27.80 ( 100 ml )

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Selepas itu pakai Pore Purifying Serum. Ia merupakan oelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat. Untuk serum RM 75.00 ( 50 ml )

 HIRUSCAR ANTI ACNE

Dan akhir sekali guna Spot Gel. Hiruscar Anti Acne Gel pula adalah lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas. Spot Gel antara produk kegemaran yang disukai orang ramai. Yela, orang kan suka cari, gel-gel yang jenis letak dekat jerawat, kecut lepas tu hilang jerawat. Bentuknya pun kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Harga Spot Gel pula ialah RM 26.80 ( 10 ml )

Hah ada masalah jerawat, cubalah produk Hiruscar ni. Produk-produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne boleh didapati di semua outlet Watsons Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, layari laman sesawang rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my

Kepada pembaca blog, atau kawan di facebook dan instagram, nad akan buat giveaway nanti diah facebook,. Korang sentiasa alert ye apa yang nad nak post. Takut korang terlepas giveaway ni nanti. Nad akanbaca cari 5 pemenang bertuah yang mempunyaj masalah kulit muka untum beri hafiah satu setset Hiruscar Anti Acne ni. Tunggu ye.











hai assalammualaikum

Telur Digemari Semua Orang - Siapa tak suka makan telur ayam. Semua orang suka kan. Kalau ada yang tak suka tu, berapa kerat jela kan. Tapi pelik la kalau tak suka, swbab telur ayam ni macam-macam boleh dibuatnya. Buat telur dadar, telur rebus, telur setengah masak ( kegemaranku), lauk telur macam telur sambal, telur masak lemak. Telur juga dibuat dalam kek. Hah!!, banyak kan kegunaan telur ni. Laku sangat telur ayam ni.


Kalau dekat rumah mak ayah ni, telur ayam wajib ada. Beli berpapan-papan. Tak cukup sepapan. Kalau dah tak tau nak masak apa, buatla telur dadar. 5 biji telur dadar diperlukan oii. Tu pun tak cukup, kena buat dua kali telur dadar. Anak buah ramai, masak sepinggan mesti habis punya..Jadi kena sediakan 2 pingga telur dadar bersamaan 10 biji telur ayam..haha. Kat sini kalau masak telur dadar memang cepat habis. Kalau tak pun petang-petang makan telur hancur dengan roti. Gitu..

Kebaikan Makan Telur Ayam

Telur ni ada kebaikan dan keburukannya jika makan. Biasalah, selalu makanan mesti ada pro dan contra jika tak diambil secara kesimbangan. Nad baca, keburukan kalau makan telur setiap hari, akan menyebabkan kolesterol, menaikkan berat badan, ketidakseimbangan hormon, naik jerawat dan macam-macam lagi la. Tapi takkan nak makan setiap hari kan. Nad pun boleh jemu. Takkan korang tak jemu kot. Banyak lagi makanan yang ada, korang boleh makan.


Kalau nak tau telur ayam ni banyak kebaikannya. Bahagian putih telur ayam mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Dikatakan kuning telur yang menyebabkan kolesterol, tapi korang kena tau, selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah satu faktor penyebab serangan sakit jantung.

Itu adalah antaranya. Jadi boleh je makan telur ayam, jangan makan selalu.
hai assalammualaikum

BRIM 2017 Fasa Ketiga

Brim 2017 Fasa Ketiga - Seperti kita tau, BRIM masuk berperingkat-peringkat. Fasa pertama pada februari, tapi nad dapat pada March ( BRIM Pertama ), fasa kedua pula nad dapat pada June ( BRIM Kedua ) dan fasa ketiga, iaitu fasa terakhir untuk mereka yang berkeluarga dapat pada bulan Ogos. Haritu nampak dekat berita dah beritahu pasal BRIM fasa terakhir tu, tapi masa tu tak masuk lagi dalam bank nad.


Lepas tu, nad cek maybank2u, alhamdulillah, dah masuk. Semua duit BRIM yang berperingkat masuk tu nad simpan. Tak guna pun. Dah dapat tu kena la simpan bagi tambah duit. Kena guna dengan betul dan jangan boros. Masuk pun berperingkat, bukan sekaligus, sayang kalau guna. Kalau dulu dapat masa bujang memnag gunala..hahaa. Dah berkeluarga ni, nampak betapa pentingnya duit untuk masa depan.



BRIM dapat ni, untuk mereka yang dapat RM400 dan RM 300.

BR1M 2017 telah pun diumumkan melalui laman web rasmi ebr1m. Jangan lupa untuk mengemaskini butir peribadi anda untuk BR1M 2018 yang akan datang dan dengar cerita bayaran akan dinaikkan.

Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut

Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan. Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M.


PERIA TUMIS BERSAMA UDANG

in , , by Nadia Johari, 13:46:00
hai assalammualaikum

Peria Tumis Bersama Udang - Nad ni bukanla penggemar peria, tapi masa pregant ni, boleh pulak asyik nak makan peria je..haaha. Benda yang pahit ni la yang sedap di makan sekarang. Ada orang suka goreng peria, ada suka buat ulam..tapi nad lebih suka masak tumis. Lepas tu makan dengan ikan goreng dan nasi. Memang tengahari makan, petang pun akan makan balik..hahaha. Sedap oii nad masak..hehhee. Puji makanan diri sendiri yo.

Peria ni walaupun pahit, tapi banyak khasiatnya. Korang boleh baca entry ni, peria sayur yang pahit tapi banyak khasiatnya . Peria juga bagus untuk ibu mengandung, untuk naikkan hb.

Semalam cakap dengan mak, teringin makan peria, mak pergi beli sayur peria jenis besar. Jadi nad pun masakla. Nad masak campur udang, sedap sikit.


Ni la hasilnya lepas selesai masak. Yang makan, nad dengan mak je. Tak ramai dalam keluarga suka peria ni. Yela pahit kan. Budak-budak ambil udang je..sabar jela. Ni cara nad masak peria tumis bersama udang.

Bahan-bahan:
1) Peria
2) Udang
3) 2 ulas bawang merah
4) 2 ulang bawang putih
5) 2 biji cili merah 1 biji cili hijau
6) 6 biji cili padi nak bagi rasa pedas
7) Ikan bilis yang dah dibasuh, direndam dalam air, di potong-potong jadi kecik
8) secubit belacan
9) garam
10) Air sedikit

Cara membuatnya
- Potong kesemua bawang merah, bawang putih, cili merah dan hijau, cili padi dan ikan bilis.
- Tumiskan  semua bahan yang dipotong, masukkan secubit belacan dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan sedikit garam dan gula, kacau.
-Masukkan peria dan udang. Gaul kesmua bagi sebati.
- Masukkan sedikit air untuk bagi ada kuah.
- Biarkan sebentar. Bila dah masak angkat.siap..Masak tumis tak perlu lama-lama.
hai assalammualaikum

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning - Siapa pengguna Enchanteur sini? Kita geng..hehehe. Nad suka dengan Enchanteur, sebab produk dia wangi dan tahan lama. Keluarga nad sendiri menggunakan produk Enchanteur. Harga pun murah dan mudah diperolehi. Best kan bila barang murah, tapi harumannya berpanjangan seperti produk mahal..hehee.

MASAM ITU SATU NIKMAT

in , by Nadia Johari, 18:27:00
hai assalammualaikum

Mangga Jeruk - Siapa tak suka makan mangga oii..tak kisahla mengandung ke tak mengandung ke..bila nampak mangga,, pergh konfirm meleleh air liur. Lagi kalau ada cicah kicap pedas..sedap oo. Nad ni pun mulut asyik nak masam je..tak da masa, tak boleh pulak.



Haritu, beli mangga dekat kl sana, sekali kupas, banyak busuk. Sedih sangat rasanya. Makan jela apa yang tinggal. Lepas tu, nak makan lagi, alahai malasnya nak keluar cari mangga. Kupas pun malas..hahaha..Sekarang ni semuanya malas nak buat. Jadi nak senang, beli jela.

Cari dekat instagram, orang jual mangga jeruk ni yang pernah viral dulu. Mangga jeruk yang ada asam dan cili. Cari yang boleh hantar sampai rumh. Cari punya cari, nasib baik jumpa. Terus whatsup, harga, penghantaran semua tu. Lepas tu, nad terus order 3 balang..haaha..sebab nad tau kali beli dua balang tak cukup punya.


Esoknya orang tu hantar. Terus makan. Nikmatnya dapat makan masam-masam ni. Lega tekak dapat makan masam. Kalau tak tekak tak keruan..hahaha. Kenapa erk, masa mengandung suka makan masam-masam, tertanya pulak??..hahahaa.


Dah makan satu, makan lagi, makan lagi. Ada juga yang sibuk nak join makan. Nasib beli tiga balang,..hahahaa. Tak dapat nak ambil gambar balang sebab dah dapat makan apa yang diinginkan. Dapat ambil sebalang ni ha. Yang terakhir kita nak habiskan..hahaha. Rangup sangat mangga dia.


Nanti bolehla order lagi dekat jeruk mangga asam boi ni. Korang pun boleh order bagi yang malas nak buat..hehehe..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2