hai assalammualaikum

Permainan Weplay: Bermain Sambil Belajar - Nad memang suka event parenting ni, sebab boleh bawak Fariza. Bila datang event parenting yang melibatkan kanak-kanak, nad boleh dapat info yang bagus untuk nad sendiri dan untuk Fariza. Bukan nad sahaja enjoy, malah Fariza pulak seronok bila jumpa kawan-kawan dia, dan bermain. Haritu, nad dapat jemputan dari Motherhood.com.my untuk join event Weplay iaitu mainan pendidikan kanak-kanak.

Ibu bapa dulu tak fikir semua ni, sebab dulu tak diperkenalkan dengan mainan pendidikan. Mereka juga berfikir, kanak-kanak bermain hanya untuk keseronokan. sekarang, ibu bapa telah didedahkan dengan pelbagai jenis permainan yang boleh membawa manfaat kepada anak-anak. Bukan sahaja sekadar bermain, tapi juga belajar. Sejak bergelar ibu ni, nak pilih mainan untuk Fariza memang bukan sembarangan. Nak pilih, kena fikir apa kebaikan dan pembelajaran yang dia dapat dari mainan ni.

 WEPLAY
Aneeq ajar Fariza

Weplay : We Learn We Play

Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia disekeliling mereka dengan efektif melalui bermain. Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat yang seterusnya. Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak- kanak juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain.

 WEPLAY
Permainan Weplay

Salah satu permainan pendidikan kanak-kanak iaitu Weplay. Weplay, iaitu We Learn We Play, bermain sambil belajar. Yup, ni pertama kali nad dengar mainan jenama Weplay. Weplay ni merupakan mainan pendidikan yang berasal dari Taiwan dan dicipta untuk merangsang perkembangan, komunikasi dan pembentukan motor kanak-kanak. Jadi kanak-kanak bukan sahaja bermain dengan gembira, malah dapat pendidikan awal yang menyeronokkan.

 WEPLAY
Pancing ikan

Permainan Weplay, semuanya selamat untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dimainkan bersama orang dewasa. Jadi, permainan Weplay ni juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Banyak juga mainan Weplay ni yang menarik hati nad dan setiap permainan mempunyai fungsinya tersendiri untuk membantu kanak-kanak fokus dalam bermain. Sambil fokus, sambil membantu merangsang pergerakan skill permotoran, merangsang kreativiti, imaginasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Permainan aktu event ni, yang Fariza main, antaranya Toddler's Playstation, Rocking Seesaw, Soft Gym, Learning Cube, Go Go Balance Fun, Up On Top, Tactile Path, Apple Links, Rock 'N' Fish dan Tricky Tree.

Antara Aktiviti Permainan Dijalankan Sewaktu Event

Hah!, kalau datang event, sekadar dengar je, tak best kan. Pada haritu, banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan majlis. Aktiviti ni bukan untuk kanak-kanak sahaja, malah untuk ibu bapa sekali join. Yela, bermain bersama anak-anak adalah satu keseronokan bersama keluarga. Permainan Weplay boleh dimainkan oleh ibu bapa juga.

 WEPLAY
Kredit picture mamajue.com

Permainan Weplay yang ditunjukkan ialah permainan Tai Chi Ball. Mainan ni memerlukan pergerakan seperti Tai Chi mengikut pergerakan bola mengikut alur yang direka dalam bola tersebut. Bolehla buat bersama anak, senaman pagi kan..hehe. Tapi sebenarnya, ia adalah untuk mengajar anak-anak mengimbangi badan dan bersabar dalam melakukan sesuatu.

 WEPLAY
Weplay cookie Festival

Mainan kedua ialah Save The Princess...hehee. Masa ni nad datang berdua je dengan anak. Jadinya nad kena berfikir seorang diri macam mana nak berdirikan kesemua 16 gingerman atau cookies tu tanpa jatuh di atas bot pisang. Yela, fariza baru setahun lebih, dia belum pandai berfikir sangat. Tapi, tu tak menghalang nad untuk bagi dia gembira. Pada masa yang sama, nad ajak Fariza main sekali dan letakkan cookies tu. Memang mencabar..hahaa. Mainan ni ialah Weplay Cooking Festival.

 WEPLAY
Fikir macam mana nak buat

 WEPLAY
Cara bermain cookie festival

Fariza seronok, sebab bila susun, lepas tu jatuh dia akan gelak..hahaa. Tapi nad tak berputus asa bagi susun semula gingerman di di atas bot pisang tu. Cuba selagi boleh. Yang penting anak gembira bila bermain bersama. Ada banyak cara susun cookies atau gingerman ni..kene kreatifla.

 WEPLAY
Membina KLCC Tower

 WEPLAY
We Block Mini

 WEPLAY
Softwood Blocks

 WEPLAY
Ice Ice Building Set

Mainan seterusnya ialah Future Architect. Diberikan empat kumpulan, untuk membina bangunan dengan bongkah yang diberikan. Ada yang diberikan bongkah kayu, lego, macam-macam la bentuk bongkah. Daripada bongkah tu, mereka membentuk pelbagai jenis bentuk dan rupa ada korang boleh tengok..hehee.

 WEPLAY
Menara KLCC

 WEPLAY
Macam-macam bentuk ada

Hasilnya daripada mereka buat..hehhee.

 WEPLAY
Kami berdua happy. Thank you Motherhood, Thank you Weplay.

Menarik permainan Weplay ni. Nampak keseronokan anak-anak ketika bermain. Bukan anak-anak sahaja, malah ibu bapa pun seronok bermain. Nampak disitu keakraban bermain bersama keluarga. Bagus betul Weplay ni. Dengan bermain dapat belajar dan pada masa sama, ibu bapa dapat mendidik anak-anak dari situ.

Kalau korang berminat dengan permainan Weplay ni, korang boleh layari:
Facebook: Weplay Malaysia
hai assalammualaikum

The Little Nyonya Cuisine - Dah lama duduk kampung, memang jarang keluar dah, sebab mr mafia dekat kl, kenderaan takda nak jalan-jalan. Bila mr mafia datang jenguk isteri dan anak dekat kampung, barulah dapat jalan-jalan.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Little Nyonya Cuisine Setia City Mall

The Little Nyonya Cuisine Setia City Mall

Haritu Raya Aidiladha, lepas je solat jumaat, dalam pukul 3 petang, mr mafia ajak pergi Setia City Mall. Nak bawak Fariza pergi tempat mainan kanak-kanak. Memang dah lama Fariza tak pergi ke situ. Haritu dua jam ambil masa, biar dia main puas-puas. Dah main tu, cari la tempat makanan. Turun je sampai bawah nampak satu kedai ni namanya The Little Nyonya Cuisine. Tengok menu, menarik, pulak tu ada cendol. Memang bestla, sebab tengah teringin nak makan cendol. Tengok kedai pun macam ramai orang je. Tempat duduj penuh, jadi kitaorang pun pilih la tempat ni untuk makan malam.

Menu dia biasa, ada lauk, ada goreng, ada western, ada pencuci mulut. Haritu kitaorang pilih makanan bergoreng.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Ni special sikit, daging masak halia..sedap

Nad order Nasi Planta bersama daging, bawang masak halia ( Ginger Onion Beef With Butter Rice ). Ada keropok, ada telur sambal. Nasi sedap, dagingnya pun sedap. Lembut. Fariza suka sangat makan nasi goreng planta tu. Banyak juga dia makan. Mommy tak kenyang..hahhaa, sebab dia ambil makanan kita.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Daging blackpepper..dah biasa rasa..hehehe

Mr mafia pulak order Nasi Goreng Planta dengan daging masak blackpepper ( Black Pepper Beef With Butter Fried Rice ).

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Cendol..baby ngidam..mak kenyang..hehehe

Pencuci mulut, nad pilih cendol. Sedap, manis.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Pengat pisang kegemaran suami

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Khusyuk dia makan

Mr mafia pulak, cendol dengan pengat pisang. Korang tengok anak dara kita sorang ni, kalau dah suka makanan tu, memang jangan dikacau. Khusyuk makan.

Kedua-dua pencuci ni, kalau korang nak makan lepas makanan berat kena cakap "after eat". Haritu nad dah cakap, ntah pelayan tu tak dengar, dia bawak sebelum makan makanan berat. Haishh..

Minuman kitairang order air suam je.

Ada tu, seorang pelayan, perempuan, muka, masam mencuka. Tak senyum langsung. Stress pulak kita tengok muka dia..aiyaa..Nasib baik makanan sedap..huhu..Semua makanan nad order bawah RM50..okla..korang bolehla kalau nak cuba.


hai assalammualaikum

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Hokkaido Baked Cheese Tart - Selalu nampak orang post makan Hokkaido Baked Cheese Tart ni, sedap ke? Tengok besar, macam sedap. Selalu nad makan cheese tart yang jenis kecik-kecik tu, memang tak berhenti makan. Mengandung ni, tiba-tiba teringin pulak nak rasa Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Haritu pergi Setia City Mall, nampak kedai Hokkaido ni, apa lagi beli la.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Masa ni ada 4 perisa je. Original, coklat, dua perisa baru matcha azuki, tak tau perisa apa, dan perisa durian.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Nad pilih, original, coklat memang wajib dengan durian. Nak rasala macam mana kan. Sedap ke. Bentuknya dalam gambar nampak je besar, tapi dia sedang-sedang je. Harga pun boleh tahan. Nad beli 3 jenis ni RM 14.43 campur dengan gst 0.83 jadi semuanya RM15.30..huhuhu..sekali sekala nak rasa takpe..baby nak rasa..hahaha.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Balik tu, kongsi dengan kakak nad. Gigit la kecik-kecik..hahaha. Yang ni original. Rasa ori la, hanya cheese. Okla, tapi sebab dia besar, jadinya macam sikit je isinya. Nad ni bukan suka sangat makan cheese, jadi cepat muak.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Yang ni perisa coklat. Ada kacang atas dia. Hah coklatnya sedap. Tapi cair pulak coklat dia. Tapi bolehlah..

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Yang ni pulak perisa durian. Memang ada rasa dan bau durian. Biasa je rasa dia. Nak kata teruja, takdela teruja sangat.

Antara Hokkaido dengan cheese tart kecik tu, nad lebih suka makan cheese tart kecik tu. Sebab isinya padat, lepas tu makan terus masuk mulut. Memang semua dapat rasa. Bila makan Hokkaido Cheese Tart ni macam, tak berapa sedap sangat,mungkin tartnya yang cepat rapuh, isinya tak berapa penuh atau padat. Takpe sekurangnya dah rasa..hahaha. Lepas ni takde kempunan lagi.


hai assalammualaikum

Ibu Mengandung Cepat Lapar, Normalkah?? - Hah!!, asal mengandung je mesti cepat lapar. Tapi kadang tak mengandung pun lapar, hahaha. Tapi takdela seteruk masa mengandung ni. Setiap kali mengandung mesti mulut nak mengunyah je. Cepat rasa lapar,, nad wajib sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam. Tapi kadang tengah malam pun perut rasa lapar balik.

RESEPI SPAGETI CARBONARA YUMMY

in , by Nadia Johari, 10:42:00
hai assalammualaikum

Spageti Carbonara Yummy - Hah!!, dah beberapa hari makan lontong je, makan ayam je, dah naik muak dah..hahhaa. Jadinya malam semalam kita tukar menu pulak ye. Kita makan, makanan western. Ada juga makanan goreng, macam mee goreng , yela keluarga besar, tak semua orang suka makan spageti kan. Tapi bila kuah spageti sedap, habis juga makanan western ni ha..hehehe.

Spageti Carbonara, kakak yang suruh buat, dia beli barang, tapi nad yang disuruh masak. Okla, tak susah pun buat spageti, sebab bahan semua yang dah siap sedia dalam botol. Ko tinggal campak-campak je. Selesai.

RESEPI SPAGETI CARBONARA

Ok,ni la bahan-bahannya:
- Prego Carbonara mushroom
- Sos cendawan Cambells
- Spageti
- Sosej dipotong bulat
- Ayam dipotong dadu kecik

RESEPI SPAGETI CARBONARA

Bahan dalam bekas ni ialah
- 2 biji bawang merah besar
- 4 biji bawang putih
- 1 sudu origano
- 1 sudu black pepper

Cara membuatnya:
- Rebus spageti sehingga menjadi mee. Dah siap, toskan dan bubuh di bekas lain.
- Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau. Dah naik bau, masukkan sosej dan ayam pula sehingga nampak masak. Jangan masak garing kuning ye..hahaa.
- Dalam 3 minit, masak ayam dan sosej, masukkan Prego Carbonara dan Mushroom Campbells. Dikacau sehingga sebati.
- Masukkan black pepper dan origano.
- Masukkan air sedikit, kacau dan tunggu sehingga nampak kuahnya pekat,.
- Dah pekat boleh angkat. Siap.

RESEPI SPAGETI CARBONARA

RESEPI SPAGETI CARBONARA

Boleh dihidangkan. Maaf gambar tak cantik, sebab dah lapar..hahaha. Habis kau, spagetinya..anak kita Fariza memang tak yah cakapla, dia memang suka.

hai assalammualaikum

Rendang Itik Menu Baru Hari Raya - Lamanya cuti kan. Sakan betul korang cuti ye, nad pun sakan cuti..hahhaa. Dari cuti Merdeka, lepas tu Hari Raya Aidiladha, sambung pulak sampai hari Isnin, Perdana Menteri bagi cuti sebab Malaysia banyak dapat pingat emas untuk Sukan Sea.
hai assalammualaikum

Masalah Jerawat di Badan - Kalau dulu, nad ingat jerawat tumbuh dekat muka je, yela normal kan jerawat tumbuh dekat muka. Rupanya ada juga jerawat tumbuh di badan. Nad tau pun bila kawan kolej nad bagitau, badannya ada tumbuh jerawat. Masalah dia, jerawat tumbuh di bahagian belakang badan. Pelik juga, macam mana boleh tumbuh jerawat di badan. Ada juga yang tumbuh di bahagian leher, tangan, dan punggung.

Lepas nad baca, paham la puncanya bahawa, jerawat di badan berlaku kerana pelbagai faktor seperti kurangnya penjagaan kebersihan, genetik, dan sebagainya. Selain muka, seluruh badan kita juga perlu dijaga tahap kebersihannya. Dari segi pakaian dan penggunaanKadang-kadang setelah penat bekerja, kita terus berbaring dengan badan yang berpeluh dan bacteria mula membiak di belakang badan atau bahagian-bahagian tertentu. Perkara ini juga berlaku akibat faktor genetik di mana ianya berkaitan dengan keturunan anda, jika ibu atau bapa anda mempunyai jerawat anda juga berkemungkinan akan mengalami perkara yang sama.

Mesti runsing kan bila dah tumbuh jerawat dekat badan. Nak buat aktiviti pun tak selesa. Ni nad kongsi petua yang boleh korang amalkan untuk menghilangkan jerawat di badan.
- Mandi sebelum tidur
- Tukar baju dengan kerap
- Tukar tuala, sarung bantal, cadar tilam dan selimut
- Amalkan pemakanan yang seimbang
- Kurangkan Stress
- Skrub Gula
Pengelupasan ialah satu cara yang bagus untuk membuang kulit-kulit mati pada badan kita yang selalunya berlaku di belakang, punggung dan belakang lengan. Gunakan gula (lebih lembut daripada skrub garam) ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan.
- Skrub Buah-Buahan
Dapatkan skrub buah-buahan dan sapukannya pada bahagian badan yang berjerawat bagi mengeluarkan sisa-sisa kotoran dari kulit anda. Amalkan petua ini beberapa kali seminggu dan teruskan selama 3 bulan. Untuk memudahkan proses ini, anda boleh buat rawatan skrub di pusat kecantikan ataupun spa.

T3 ACNE BODY SPRAY


T3 Acne Body Spray Mampu Atasi Masalah Jerawat Badan

Tapi nad ada satu cara yang mudah untuk korang menghilangkan jerawat di badan. Orang cakap cara moden la kan. Inilah dia, T3 Acne Body Spray. Korang tau kan, produk T3 sememangnya produk anti jerawat yang dikenali. Nad dulu pernah menggunakan produk T3 untuk jerawat dekat muka. Memang cepat kecut je bila pakai.

T3 ACNE BODY SPRAY

Kini, T3 telah mengeluarkan produk anti jerawat di badan dengan formulasi yang baru. T3 Acne Body Spray dapat mengurangkan bintik jerawat dan jerawat di bahagian belakang, dada, leher dan lengan. Ia dirumus khas dengan ekstrak herba Canadian Willow, ekstrak Willow Bark dan minyak Tea Tree semula jadi yang membawa kulit rawan jerawat ke dalam keseimbangan pengawet. Menjadikan T3 ni lebih sedap baunya bila ada Tea Tree. Jangan risau, T3 Acne Body Spray bebad daripada paraben.

T3 ACNE BODY SPRAY

T3 Acne Body Spray direka khas dalam bentuk pam yang membolehkan korang menyembur dari mana-mana sudut, malah bagi mereka yang sukar untuk sampai ke tempat.Mudah je kan. Botol pun nampak menarik.

T3 ACNE BODY SPRAY

Cara penggunaan;
Mudah sahaja cara nak menggunakan T3 Acne Body Spray ni.  Sembur sahaja di tempat yang ada jerawat dengan 2 hingga 3 kali sehari untuk hasil optimum. Semburan boleh digunakan di seluruh badan, dada, leher dan lengan. Insyallah jerawat pun cepat kecut je.

Korang yang ada masalah jerawat dibadan boleh dapat T3 Acne Spray Body ni di Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Caring Pharmacy dan kedai-kedai yang berdaftar ye. Semua kedai ni mesti ada kan di kawasan berdekatan korang. Senang je kan..murah pun murah..
Harga : RM22 ( 75 ml )

T3 ACNE BODY SPRAY

Terlalu banyak pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan jerawat pada badan, terutama belakang anda. Jadi gunalah T3 Acne Body Spray untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat di badan korang. Mudah je, spray dan selesai.

T3 ACNE BODY SPRAY

Peraduan T3 " Snap, Post And Win "

Hah, T3 akan adakan peraduan. Hadiahnya lumayan kau. Caranya pun mudah.
Menangi hadiah jam tangan Daniel Wellington bernilai RM899 atau baucar H&M yang bernilai RM100 hanya dengan menyertai Peraduan Snap, Post & Win kami! Apa yang perlu anda lakukan adalah:
(i) Snap a selfie with the New T3 Acne Body Spray (75ml).
(ii) Post your photo on your Facebook wall with contest hashtags #NewT3AcneBodySpray and #T3Malaysia and set your post as Public (so we can see it!)

Link kepada contest ada di sini, https://www.facebook.com/Malaysia.T3/photos/a.1513141155635554.1073741828.1507896886159981/1939198776363121/?type=3

Pemenang akan dipilih RANDOMLY, jadi setiap orang mempunyai peluang untuk menang! Hadiah untuk dimenangi adalah:
PRIZE GRAND X 1: Watch Daniel Wellington bernilai RM899.
PRIZE CONSOLATION X 20: Baucar Belanjawan H & M bernilai RM100 setiap satu.
Peraduan berakhir pada 4 September 2017. Terma & syarat dikenakan.Korang boleh baca terma dan syarat di SINI.

Peraduan T3 " Snap, Post and Win" ini telah diianjurkan oleh Hoe Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (Co No. 45064-A) ("Penganjur"). Peraduan bermula pada 25 Julai 2017, 1800 jam dan berakhir pada 4 September 2017, 2359 jam ("Tempoh Peraduan").

Nak tau lebih lanjut, korang boleh layari:
Facebook: www.facebook.com/Malaysia.T3
Instagarm: http://www.instagram.com/T3Malaysia




hai assalammualaikum

Melawati Mall Shopping Mall - Haritu, mr mafia ajak pergi jumpa kawan dia dekat shopping mall. Ingat shopping mall biasa pergi, rupanya ni shopping mall baru dekat Taman Melawati. Tak tau buka bila, sebab nad dah sebulan lebih dekat kampug haritu, gara-gara mabuk. Balik je, mr mafia yang ajak. Tu pun sebab kawan dia kerja situ.

Tengok bangunan dari luar macam bangunan kerja je, bukan shopping mall. Nak parking tinggi.Parking tingkat 5 dan 6 rasanya..Hahaha. Sebab masuk dalam shopping mall je dah tingkat paling atas.


Habis satu mall pusing, nak tengok apa yang ada. Uish, macam-macam ada. Kira semua jenama, semua kedai makanan ada. Butik, kedai pakaian, kedai beg, kedai kosmetik, kedai gadget, permainan, cinema pun ada..uish semua adalah.



Ni la dia directory Mall Melawati.



Tingkat 6 masuk jalan terus, jumpa kidz zone. Tempat menarik, harga pun boleh tahan. Dewasa RM58 kanak-kanak RM35 tak silap. Tapi tengah promo merdeka, harga kurang dari harga asal iaitu RM48 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Boleh keluar masuk, satu hari main. Promo merdeka sahaja sehingga 3 September.


Suka pulak tengok, nak masuk tapi rupanya kena pakai stoking. Yess, wajib masuk sini pakai stoking. Jaga kebersihan. Kalau tak bawak, kena bayar ler..hehee. Kitaorang pun baru tau, jadi tak masuk. Sebab kena bayar itu ini. Jadinya, lain kali jela. Aku teruja nampak gelongsor tu..hahah.



Kedai mainan yang bakal dibuka. Bayak ooo...




Pastu tingkat 5 , ada panggung wayang. Ada tempat gadget. Tingkat 4, kawasan gagdet, phone semua. Suka pulak tengok speaker tu.



Tingkat 3, ada kedai makanan. Macam- macam kedai makanan ada.

Tingkat 2, kedai butik tak silap.




Paling bawah, pasaraya, kedai snack, ada juga kedai makanan. Boat noodle pun ada.


Jeruk, oiii..memang kena beli..hahaha...






Ni ambik masa nak balik. Tingkat 6, ada la dinding di lukis. Macam biasa mestilah amik ganmbar..hahaha. Satu bangunan, macam-macam ada.

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

in , by Nadia Johari, 20:50:00
hai assalammualaikum

Resepi Ayam Masak Ungkep - Haritu ayah ada beli ayam kampung, cakap dengan mak, " nak masak apa ni mak? "..mak cakap ayah suruh masak ungkep. Sedap,sedap..mak masak mestila sedap..hahahha.

Cakap dengan mak lagi, " kenapa dipanggil ungkep? "..mak cakap sebab dimasak tutup sampai kering..gitu mak cakap.


Ni la rupa ayam masak ungkep. Pekat, kering, kuah sikit je..tapi sedap. Cara nak buat nya pun senang je rupanya. Ikut resepi mak.

Bahan-bahan
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Serai sebatang
- Halia seinci
- Ketumbar
- Jintan Putih
- Santan
- Kunyit
- Air
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- blender bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, Jintan putih, dan serai. Tapi ikutla serai nak potong atau blender.
- Tumis kesemua bahan blender sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan gaul bagi bahan tumis meresap dekat ayam.
- Letak air sehingga tenggelamkan ayam. Masak sehingga separuh air tinggal sedikit.
- Lepas tu letak garam dan gula serta serbuk kunyit sedikit. Sekali santan.
- Gaul, biarkan sehingga masak air kering.
- Gila air dah kering, ayam dah empuk, boleh angkat dan makan.
hai assalammualaikum

Tomyam Putih Sedap - Siapa tak suka makan tomyam oii..sedap dengan macam-macam bahan. Kalau sebelum ni, nad makan tomyam kuah merah tu. Makan dengan nasi. Tak pun, hirup macam tu je. Nad jarang makan tomyam putih.

Tapi sejak kawin dengan mr mafia, selalu juga pergi satu kedai kelantan ni, dekat dengan rumah, selalu nak order dia akan cakap, tomyam merah ke putih. Nad pelik la, pastu order tomyam putih nak tengok macam mana. Rupanya kuah dia warna putih, tapi rasa sama tomyam. Sejak tu nad suka makan tomyan putih.


Lagi tengah pregnant anak kedua, tak tau kenapa, suka sangat makan tomyam. Lagi best dapat makan tomyam putih.

Paham-paham jela bila orang mengandung dah mengidam. Dia punya teringin, memang tak boleh cakapla..kalau tak dapat boleh menangis..hahaha. Pernah, satu hari tu, masa nad tak larat masak, malam tu mintak mr mafia belikan mihun tomyam, sebab teringin nak makan. Tapi, malam tu, dia cakap tak pergi kedai belah sana, dia pergi kedai mamak nak beli lauk je. Memang masa tu mulut dah muncung cakap " takpela "..dia beli lauk je. Spesis mr mafia, kadang nak buat kejutan la kononnya, tapi dia beli salah tomyam. Dia beli tomyam merah. Haishh, memang lagi marah kita..huhuhu..

Nak taknak makan jela, tapi makan sambil nangis. Bagila ,anak kita, Fariza makan, sebab nad tak berapa nak makan. Nasib baik Fariza jenis makan makanan pedas, dia tukang habiskan mihun tomyam merah tu. Mulalah kita merajuk..haaha.. Ibu mengandung janganla dibuat macam ni bila tengah mengidam..hahaha..sensitif..

Lepas mr mafia tau, dia salah beli, esoknya dia beli mihun tomyam putih tu. Nad pun makanla, walaupun malam tu dah makan nasi dengan banyak lauknya. Sekurangnya keinginan nak makan mihun tomyam putih dah dapat. Slurp, slurp kuah diah..legaa..hahah..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2