hai assalammualaikum

Haritu nad dijemput ke Shinju Pearl Blogger's Day bersama dengan 30 blogger dan, penulis lain di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Majlis memang meriah habis dengan adanya beberapa orang artis dan pengacara yang memang havoc meriuhkan suasana di kedai Shinju Pearls di Lot GF-28.
hai assalammualaikum

Minyak Yu Yee Cap Limau Digemari Seisi Keluarga

Minyak Yu Yee Cap Limau Minyak Turun Temurun - Siapa tak kenal Minyak Yu Yee ni, minyak popular ni tau ni, dari zaman nenek moyang kita. Minyak Yu Yee Cap Limau diemari seisi keluarga. Minyak yang mudah didapati di kedai-kedai pasaraya dan harganya pun murah. 

Minyak Yu Yee Cap Limau diperkenalkan pada tahun 1860 dan sudah berada di pasaran selama 153 tahun dari generasi ke generasi. Lama giler kan. Sampai sekarang, masih digunakan lagi.
hai assalammualaikum

HADIAH ISTIMEWA UNTUK FARIZA DARI RAPUNZEL
Special delivery From Rapunzel. Mak yang excited

Hadiah Istimewa Untuk Fariza Dari Rapunzel - Harijadi Fariza lambat lagi, tapi dah dapat hadiah dah..hehehe. Comel sangat hadiah dia. Dapat hadiah daripada Rapunzel..hehhee. Dapat sebuah beg tote, beg porch, botol air dan paling disukai anak patung Rapunzel..anak kita perempuan, mestila kena main anak patung..hehehe.

HADIAH ISTIMEWA UNTUK FARIZA DARI RAPUNZEL
Kotaknya besar..barangnya pun besar

Sebenarnya Fariza dapat ni sebab job nad buat..hehehe. Ingat suka-suka dapat ke. Kene buat kerja dulu, baru dapat hadiah ni. Suka sangat dapat job parenting ni, sebab apa kita dapat, nanti bagi kat anak. Dah besar nanti bolehla dia main.

HADIAH ISTIMEWA UNTUK FARIZA DARI RAPUNZEL
Tadaa..ni la dia.. Boleh simpan sampai anak besar

Tak pernah belikan Fariza anak patung lagi. Sebab takut dia kerjakan anak patung tu..hahaha. Ni bila dah dapat anak patung Rapunzel, Fariza pun dah besar, dia dah pandai main dengan anak patung. Siap belai-belai rambut anak patung tu. Okla, dah besar anak dara kita..hahaha.

Korang suka tengok cerita Rapunzel. Nad suka tengok, dia geng dengan Cinderella, puteri dengan tujuh kerdil, dan lain-lain puteri tu la. Tak kisahla cerita kartun atau dia buat movie ke,buat cerita dalam orang putih, memang nad layan. Walaupun dah jadi mak orang ni, tetap la layan cerita-cerita macam ni.

Cerita Rapunzel ni ada dekat astro. Ada nad buat entry berkenaan  Rapunzel buat kemunculan menerusi "Tangled: The Series" . Masa ni nad siap buat ada contest. Siapa yang join dapat la hadiah macam nad dapat..hehhee..tahniah kepada pemenang. Terima kasih join. Lain kali korang join ok..heheh.


UBER MENGARUT

in , by Nadia Johari, 16:08:00
hai assalammualaikum


Uber Mengarut - Sekarang nak pergi event, kalau suami ada hal,nad naik uber. Ambil uber pun bila event berbayar. Nad pilih uber sebab dia mudah. Ambil kita terus dari tempat kita suruh ambik. Uber dah jadi kenderaan tetap nad sekarang.

Setiap kali naik uber, macam biasalah, nad berdiam je..hahaha. Yela uber lelaki, takkan nak borak, malu. Tapi selalunya diaorang akan start borak dulu. Biasanya diaorang akan tanya, pergi mana?? Buat apa dekat situ?..makanya nad pun berterus terang la. Nad cakapla nad ada event, nad ni blogger. Selalunya, sebelum diaorang tau nad ni blogger diaorang akan cakap, event jumpa client ke, event opis ke, kadang nad ahak kan je..hahaa. Malas nak cakap banyak. Ada tu lagi dasyat cakap nad buat MLM..haaha. Last-last cakapla kita ni blogger.

Bila cakap kita blogger, ada la, terus nak ambil tau, macam mana kerja blogger?? Apa dia buat?? Maka ku bercerita la panjang. Kalau ada yang dengar blogger ni bagus, ada la mintak review barang dia..hahha.. Macam tu la. Ada tu pulak mintak ajar jadi blogger. Macam-macam jugakla. Driver uber ni ada yang fulltime ada yang partime. Dalam buat uber, ada buat bisnes. Jadi, cerita kita ni blogger, ada rezeki, dia mintak review barang dia..hah!! gitu...

Dan sabtu haritu, pertama kali dapat pemandu uber yang tengah tak berpuas hati pasal Uber ni sendiri..hahaha. Mula-mula bising pasal jem, lepas tu dia cerita pasal tak puas hati dengan pelanggan dia dan khidmat uber ni sendiri. Dia cakap " uber sekarang mengarut "..tak paham maksud dia mengarut macam mana. Sebab dia cakap, pelanggan dia sebelum ni, hantar dah la ambil masa 1 jam lebih juga, dengan jem, tapi bayaran tak menetapi perjalanan. Macam nad, dia kata ok..pemandu uber tu cakap sama ada uber yang problem atau pelanggan dia.. Kesian juga dengarnya..

Tapi seriaunya,  habis kereta lain di hon, nak masuk line bila kereta tak bagi dia masuk pun bising. Nad doa je dalam hati moga-moga selamat sampai..hahaa. Nasib baik anak dah tidur dalam kereta. Lepas tu, dia mengadu lagi, ada seorang ni sewa dia pergi ke satu tempat. Lepas tu dia mintak bayar tol RM40, orang tu tak bagi. Nad pun tak tanya banyak. Mungkin orang tu tak guna apps uber, sebab tu pemandu uber tu marah. Tapi ntah macam mana dia sewa, nad tak tau.

Lepas tu dia cerita, rindu kampung semua..hahha..dia dari Sabah. Tapi dia cakap Sabah tengah buat penangkapan..ke ape ntah..nad dengar je, sampai dia sebut pasal KPI..eh ntahla..macam-macam juga. Dia jadi pemandu uber fulltime. Jadi macam-macam la ragam pemandu dia jumpa. Dah hampir sampai destinasi, dia borak elok dan siap bergurau lagi.

Akhirnya, sampai la destinasi nad. Alhamdulillah. Nad pun bagi la lebih sikit dari harga sepatutnya nad bayar..kesian pun ada lepas dia ngadu tu semua..hahaha..Tak tau mana salah, mana betul. Haritu memang jadi pendengar setia je la..

Kalau uber mengarut, boleh cuba grabcar pula. Nad tak cuba lagi grab ni..huhu.
hai assalammualaikum

FemMist Spray Furley Bioextract beri Kesegaran Dan Kebersihan Pada Bahagian Keintiman.

Bahagian tersembunyi, tapi sangat penting untuk wanita. Bahagian keintiman merupakan aset yang memerlukan penjagaan yang rapi. Ada wanita yang kurang mengambil berat kebersihan alat sulit mereka lalu menyebabkan risiko terkena pelbagai penyakit. Walaupun tertutup, tapi bila tak bersih mesti rasa tak selesa dan lagi tak teruk bila berbau.
hai assalammualaikum

Rambut Kekal Sihat Dan Cantik Dengan Shampu Shurah Ariana

Penjagaan Rambut Kekal Sihat Dan Cantik - Rambut adalah salah satu aset berharga untuk manusia, terutama para wanita, sampai ada istilah “Rambut Adalah Mahkota Wanita”. Tapi lelaki sekarang pun dah jaga penampilan terutama sekali rambut. Rambut digayakan dengan bermacam-macam jenis fesyen, dan warna. Wanita pula, memang suka belai rambut sendiri kan..hahaa. Duk gentel-gentel rambut, kadang sampai tertidur. Tapi tak bestnya bila tiba-tiba, ko pEgang rambut, kasar, tersekat, hujung bercabang dan macam-macam lagi la.
hai assalammualaikum

Permainan Weplay: Bermain Sambil Belajar - Nad memang suka event parenting ni, sebab boleh bawak Fariza. Bila datang event parenting yang melibatkan kanak-kanak, nad boleh dapat info yang bagus untuk nad sendiri dan untuk Fariza. Bukan nad sahaja enjoy, malah Fariza pulak seronok bila jumpa kawan-kawan dia, dan bermain. Haritu, nad dapat jemputan dari Motherhood.com.my untuk join event Weplay iaitu mainan pendidikan kanak-kanak.

Ibu bapa dulu tak fikir semua ni, sebab dulu tak diperkenalkan dengan mainan pendidikan. Mereka juga berfikir, kanak-kanak bermain hanya untuk keseronokan. sekarang, ibu bapa telah didedahkan dengan pelbagai jenis permainan yang boleh membawa manfaat kepada anak-anak. Bukan sahaja sekadar bermain, tapi juga belajar. Sejak bergelar ibu ni, nak pilih mainan untuk Fariza memang bukan sembarangan. Nak pilih, kena fikir apa kebaikan dan pembelajaran yang dia dapat dari mainan ni.

 WEPLAY
Aneeq ajar Fariza

Weplay : We Learn We Play

Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia disekeliling mereka dengan efektif melalui bermain. Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu dan melakukannya secara berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya menguasai konsep pada peringkat yang seterusnya. Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak- kanak juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain.

 WEPLAY
Permainan Weplay

Salah satu permainan pendidikan kanak-kanak iaitu Weplay. Weplay, iaitu We Learn We Play, bermain sambil belajar. Yup, ni pertama kali nad dengar mainan jenama Weplay. Weplay ni merupakan mainan pendidikan yang berasal dari Taiwan dan dicipta untuk merangsang perkembangan, komunikasi dan pembentukan motor kanak-kanak. Jadi kanak-kanak bukan sahaja bermain dengan gembira, malah dapat pendidikan awal yang menyeronokkan.

 WEPLAY
Pancing ikan

Permainan Weplay, semuanya selamat untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dimainkan bersama orang dewasa. Jadi, permainan Weplay ni juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Banyak juga mainan Weplay ni yang menarik hati nad dan setiap permainan mempunyai fungsinya tersendiri untuk membantu kanak-kanak fokus dalam bermain. Sambil fokus, sambil membantu merangsang pergerakan skill permotoran, merangsang kreativiti, imaginasi dan kemahiran penyelesaian masalah. Permainan aktu event ni, yang Fariza main, antaranya Toddler's Playstation, Rocking Seesaw, Soft Gym, Learning Cube, Go Go Balance Fun, Up On Top, Tactile Path, Apple Links, Rock 'N' Fish dan Tricky Tree.

Antara Aktiviti Permainan Dijalankan Sewaktu Event

Hah!, kalau datang event, sekadar dengar je, tak best kan. Pada haritu, banyak aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan majlis. Aktiviti ni bukan untuk kanak-kanak sahaja, malah untuk ibu bapa sekali join. Yela, bermain bersama anak-anak adalah satu keseronokan bersama keluarga. Permainan Weplay boleh dimainkan oleh ibu bapa juga.

 WEPLAY
Kredit picture mamajue.com

Permainan Weplay yang ditunjukkan ialah permainan Tai Chi Ball. Mainan ni memerlukan pergerakan seperti Tai Chi mengikut pergerakan bola mengikut alur yang direka dalam bola tersebut. Bolehla buat bersama anak, senaman pagi kan..hehe. Tapi sebenarnya, ia adalah untuk mengajar anak-anak mengimbangi badan dan bersabar dalam melakukan sesuatu.

 WEPLAY
Weplay cookie Festival

Mainan kedua ialah Save The Princess...hehee. Masa ni nad datang berdua je dengan anak. Jadinya nad kena berfikir seorang diri macam mana nak berdirikan kesemua 16 gingerman atau cookies tu tanpa jatuh di atas bot pisang. Yela, fariza baru setahun lebih, dia belum pandai berfikir sangat. Tapi, tu tak menghalang nad untuk bagi dia gembira. Pada masa yang sama, nad ajak Fariza main sekali dan letakkan cookies tu. Memang mencabar..hahaa. Mainan ni ialah Weplay Cooking Festival.

 WEPLAY
Fikir macam mana nak buat

 WEPLAY
Cara bermain cookie festival

Fariza seronok, sebab bila susun, lepas tu jatuh dia akan gelak..hahaa. Tapi nad tak berputus asa bagi susun semula gingerman di di atas bot pisang tu. Cuba selagi boleh. Yang penting anak gembira bila bermain bersama. Ada banyak cara susun cookies atau gingerman ni..kene kreatifla.

 WEPLAY
Membina KLCC Tower

 WEPLAY
We Block Mini

 WEPLAY
Softwood Blocks

 WEPLAY
Ice Ice Building Set

Mainan seterusnya ialah Future Architect. Diberikan empat kumpulan, untuk membina bangunan dengan bongkah yang diberikan. Ada yang diberikan bongkah kayu, lego, macam-macam la bentuk bongkah. Daripada bongkah tu, mereka membentuk pelbagai jenis bentuk dan rupa ada korang boleh tengok..hehee.

 WEPLAY
Menara KLCC

 WEPLAY
Macam-macam bentuk ada

Hasilnya daripada mereka buat..hehhee.

 WEPLAY
Kami berdua happy. Thank you Motherhood, Thank you Weplay.

Menarik permainan Weplay ni. Nampak keseronokan anak-anak ketika bermain. Bukan anak-anak sahaja, malah ibu bapa pun seronok bermain. Nampak disitu keakraban bermain bersama keluarga. Bagus betul Weplay ni. Dengan bermain dapat belajar dan pada masa sama, ibu bapa dapat mendidik anak-anak dari situ.

Kalau korang berminat dengan permainan Weplay ni, korang boleh layari:
Facebook: Weplay Malaysia
hai assalammualaikum

The Little Nyonya Cuisine - Dah lama duduk kampung, memang jarang keluar dah, sebab mr mafia dekat kl, kenderaan takda nak jalan-jalan. Bila mr mafia datang jenguk isteri dan anak dekat kampung, barulah dapat jalan-jalan.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Little Nyonya Cuisine Setia City Mall

The Little Nyonya Cuisine Setia City Mall

Haritu Raya Aidiladha, lepas je solat jumaat, dalam pukul 3 petang, mr mafia ajak pergi Setia City Mall. Nak bawak Fariza pergi tempat mainan kanak-kanak. Memang dah lama Fariza tak pergi ke situ. Haritu dua jam ambil masa, biar dia main puas-puas. Dah main tu, cari la tempat makanan. Turun je sampai bawah nampak satu kedai ni namanya The Little Nyonya Cuisine. Tengok menu, menarik, pulak tu ada cendol. Memang bestla, sebab tengah teringin nak makan cendol. Tengok kedai pun macam ramai orang je. Tempat duduj penuh, jadi kitaorang pun pilih la tempat ni untuk makan malam.

Menu dia biasa, ada lauk, ada goreng, ada western, ada pencuci mulut. Haritu kitaorang pilih makanan bergoreng.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Ni special sikit, daging masak halia..sedap

Nad order Nasi Planta bersama daging, bawang masak halia ( Ginger Onion Beef With Butter Rice ). Ada keropok, ada telur sambal. Nasi sedap, dagingnya pun sedap. Lembut. Fariza suka sangat makan nasi goreng planta tu. Banyak juga dia makan. Mommy tak kenyang..hahhaa, sebab dia ambil makanan kita.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Daging blackpepper..dah biasa rasa..hehehe

Mr mafia pulak order Nasi Goreng Planta dengan daging masak blackpepper ( Black Pepper Beef With Butter Fried Rice ).

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Cendol..baby ngidam..mak kenyang..hehehe

Pencuci mulut, nad pilih cendol. Sedap, manis.

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Pengat pisang kegemaran suami

THE LITTLE NYONYA CUISINE
Khusyuk dia makan

Mr mafia pulak, cendol dengan pengat pisang. Korang tengok anak dara kita sorang ni, kalau dah suka makanan tu, memang jangan dikacau. Khusyuk makan.

Kedua-dua pencuci ni, kalau korang nak makan lepas makanan berat kena cakap "after eat". Haritu nad dah cakap, ntah pelayan tu tak dengar, dia bawak sebelum makan makanan berat. Haishh..

Minuman kitairang order air suam je.

Ada tu, seorang pelayan, perempuan, muka, masam mencuka. Tak senyum langsung. Stress pulak kita tengok muka dia..aiyaa..Nasib baik makanan sedap..huhu..Semua makanan nad order bawah RM50..okla..korang bolehla kalau nak cuba.


hai assalammualaikum

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Hokkaido Baked Cheese Tart - Selalu nampak orang post makan Hokkaido Baked Cheese Tart ni, sedap ke? Tengok besar, macam sedap. Selalu nad makan cheese tart yang jenis kecik-kecik tu, memang tak berhenti makan. Mengandung ni, tiba-tiba teringin pulak nak rasa Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Haritu pergi Setia City Mall, nampak kedai Hokkaido ni, apa lagi beli la.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Masa ni ada 4 perisa je. Original, coklat, dua perisa baru matcha azuki, tak tau perisa apa, dan perisa durian.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Nad pilih, original, coklat memang wajib dengan durian. Nak rasala macam mana kan. Sedap ke. Bentuknya dalam gambar nampak je besar, tapi dia sedang-sedang je. Harga pun boleh tahan. Nad beli 3 jenis ni RM 14.43 campur dengan gst 0.83 jadi semuanya RM15.30..huhuhu..sekali sekala nak rasa takpe..baby nak rasa..hahaha.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Balik tu, kongsi dengan kakak nad. Gigit la kecik-kecik..hahaha. Yang ni original. Rasa ori la, hanya cheese. Okla, tapi sebab dia besar, jadinya macam sikit je isinya. Nad ni bukan suka sangat makan cheese, jadi cepat muak.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Yang ni perisa coklat. Ada kacang atas dia. Hah coklatnya sedap. Tapi cair pulak coklat dia. Tapi bolehlah..

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Yang ni pulak perisa durian. Memang ada rasa dan bau durian. Biasa je rasa dia. Nak kata teruja, takdela teruja sangat.

Antara Hokkaido dengan cheese tart kecik tu, nad lebih suka makan cheese tart kecik tu. Sebab isinya padat, lepas tu makan terus masuk mulut. Memang semua dapat rasa. Bila makan Hokkaido Cheese Tart ni macam, tak berapa sedap sangat,mungkin tartnya yang cepat rapuh, isinya tak berapa penuh atau padat. Takpe sekurangnya dah rasa..hahaha. Lepas ni takde kempunan lagi.


hai assalammualaikum

Ibu Mengandung Cepat Lapar, Normalkah?? - Hah!!, asal mengandung je mesti cepat lapar. Tapi kadang tak mengandung pun lapar, hahaha. Tapi takdela seteruk masa mengandung ni. Setiap kali mengandung mesti mulut nak mengunyah je. Cepat rasa lapar,, nad wajib sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam. Tapi kadang tengah malam pun perut rasa lapar balik.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2