hai assalammualaikum

Sakit Di Sebelah Kanan Ketika Mengandung

Sakit Di Sebelah Kanan Ketika Mengandung - Macam-macam pengalaman mengandung ni. Kalau sebelum ni, nad mengandung ok je, takde apa masalah. Takda sakit sangat, takda penat sangat, kiranya semuanya ok la. Kalau sakit pun, sekejap je, tu pun bahagian pinggang. Normal sakit bahagian pinggang sebab baby nak membesar kan. Baby dah start tekan pelvis kita. Ubatnya mintak suami usap la..huhuhu..


Tapi kali ni, nad cepat penat, ada masalah keputihan. Awal bulan ni pulak, tiba-tiba datang sakit dari bahagian pinggul sampai ke peha. Sakitnya tu macam terseliuh, adoii, tak tahan. Sakit ni akan datang bila nad bangun dari tidur. Fuh, jalan pun terhencut-hencut. Memang tak tahan. Bila terjadi, nad akan duduk sekejap. Ketuk-ketuk pinggul dan peha. Memang lama jugak hilangnya. Kadang sampai menangis tahan sakit ni. Kadang tak boleh duduk lama, yela, nak buat kerja rumah lagi. Kalau tak buat bersepah..kita yang rimas..Nak taknak kena buat juga, kadang sambil nangis..huhu..sedih.

Layankan Fariza pun letih. Mana taknya, sikit-sikit nak itu, nak ini. Nak rehat secukupnya pun tak boleh. Ada je dia nak. Kadang penat nak layan dia ni, tapi kesian, layankan je. Tapi kadang biarkan juga. Mommy need a rest yang cukup ok. Mandikan dia, lagi masa dia berak, aduh kena menunduk ni ha..letih..tapi dah anak, nak buat macam mana.

Sakit jadi lebih teruk bila nad cuba mengiring waktu baring, panjat tangga,angkat barang dan jalan. Lagi uruskan anak, layan anak. Menahan jela. Dah mr mafia pun bekerja. Nak taknak kena uruskan juga. Ni la salah satu pengorbanan ibu mengandung..sobsob..Ni baru nak masuk anak dua..nanti.dah keluar adik Fariza, kita stop dulu la ye..buat perancangan..hahaha.

Kalau kata kurang kalsium, takdela pulak. Nad selalu minum susu. Esok nak pergi cari susu lagi sebab stok susu dah habis. Nak kata minum banyak air, nad memang kuat minum air. Nak terbuang air kecil pun banyak kali..hahaha. Mungkin sebab nad masih susukan Fariza, tapi tak kerapla. Sebab Fariza pun dah mula makan dan minum air coklat. Dia cari susu gantung pun waktu malam. Sebab tu setiap malam, nad tidur mengiring susukan dia kadang sampai lenguh.


Faktor sebab sakit ni juga disebabkan kesalahan postur kita, cara kita berdiri, duduk dan ambil barang. Cara yang betul, nad ada tulis entry sebelum ni Posisi Yang Betul Semasa Mengandung.




AKTIFNYA DIA

in , by Nadia Johari, 11:44:00
hai assalammualaikum

Aktifnya Dia - Biasalah, orang cakap setiap kandungan tak sama, ada pengalaman, sakit yang berbeza. Kalau sebelum ni, nad mengandung kali pertama, nad dapat rasa tendangan bayi masa usia kandungan 4 bulan. Dapat rasa dia bergerak pun masa nak masuk 5 bulan, tapi mengandung kali ni berbeza sikit. Nad boleh rasa tendangan dan nampak pergerakan dia masa kandunga 3 bulan.

Pregnant Kali Kedua
Adik Fariza

Ingat lagi pertengahan usia kandungan 3 bulan tu, dah rasa baby bergerak dalam perut. Uit, nad dah terkejut..hahahha. Mana taknya, baby aktif betul bila waktu malam. Itu memang biasa, tapi tu la, nad dapat rasa awal dari kandungan yang pertama. Malam tu juga dah mula sakit pinggang dan tak boleh tidur sampaila sekarang.

Pergerakan baby

Sekarang tak kira siang atau malam, tengah buat kerja ke, tengah duduk, tengah masak, baby gerak je. Gembira la juga sebab baby aktif. Ingat lagi masa nak scan kali pertama, ada appoitment doktor, doktor nak cek bila nad punya due date. Punya susah doktor tu nak scan  nak nampak baby ni. Nad dah cuak, sebab memang lama doktor tu nak detect. Tapi nad rasa dia bergerak-gerak dalam perut ni. Lepas tu doktor dapat scan, nad nampak baby mavam menendang-nendang kaki..sampai doktor cakap " duduk diam boleh tak, nak scan pun susah baby oii"..hahahaa..adoila..

Lagi masa check up 4 bulan, 2 minggu lepas, masa nurse cek perut, nak ukur tinghi rahim, nurse tu macam terkejut, sebab baru 4 bulan, baby dah panjang. Nad tak tau la maksud dia. Sebelum ni tinghi rahim 14cm, aritu cek 19cm. Kenapa, kalau 4 bulan takleh panjang ke..hahaha. Lepas tu dia ambil mesin cek denyutan jantung baby. Ada denyutan, dia tunjuk, bunyi lagi " dup..dup..dup"..alahai gembira tak terkata.

Nad harap, baby dalam kandungan ni, sihat walafiat. Membesar dengan baik. Harap baby keluar nanti sihat selalu. Korang doakan ye, nad selamat lahirkan baby dengan baik.
hai assalammualaikum

Menara Condong Teluk Intan Perak - Adoii, lama dah percutian ni, tapi sekarang baru nak cerita. Almaklumla, orang yang ambil gambar ni sibuk bebenor. Banyak sangat nak edit gambarnya. Dah siap baru dapat update. Hah!!, ingat tak nad pergi ke Perak ikut mr mafia bekerja. Kalau tak ingat boleh baca semula, takde hal..hehee. Menginap di Kinta Riverfront Hotel, esoknya pergi ke Kellie's Castle. Waktu tu memang tak sempat nak jalan-jalan Ipoh, jadi kita pergi ke tempat lain. Cuti-cuti Perak katanya..hahaa. Lepas pergi ke Kellie's Castle, kitaorang terus ke Menara Condong. Yela nak balik Kuala Lumpur, alang-alang singgah tempat menarik dekat Perak ni yang menjadi tempat pelancong selalu berkunjung.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

Ni kali pertama nad jejak ke Menara Condong. Selalu tengok orang pergi, sekarang nad pulak dapat pergi. Siang memang agak panas, tapi sebab nak tengok keunikan Menara Condong dari dekat, rupanya macam mana, betul condong ke, kitaorang pergi juga. Kalau waktu malam lagi cantik dengan lampu-lampu dekat bangunan Menara Condong ni.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Waktu lawatan
Credit pic: Kerex Photography

Nak masuk kena la bagi nama dulu. Masa lawatan Isnin hingga Jumaat. Korang boleh tengok dekat gambar tu.

Sejarah Menara Condong Teluk Intan Perak

Menara Condong siap dibina pada tahun 1888 dan merupakan sebuah binaan peninggalan British. Menara ini menjulang setinggi 25.5 meter dari paras bumi. Kontraktor yang membina menara condong ini bernama Leong Choon Cheong dan dibantu oleh seorang jurutera dari Ceylon/Sri Lanka iaitu Sbapathy. Menara ini mempunyai tiga tingkat sahaja walaupun kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat.Kecondongan Menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa. Menara Condong Teluk Intan merupakan kedua di dunia selepas Menara Condong Pisa (Torre Pendente di Pisa) di Italy.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Gambar sejarah Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Fariza ajar mommy ye..
Credit pic: Kerex Photography

Masuk je dalam, pelbagai gambar dan sejarah yang diceritakan tentang Menara Condong Teluk Intan ni. Jadi korang bila datang sini, baca la satu persatu. Baru boleh imagine..

Asalnya Menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ia juga dijadikan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Tangki air
Credit pic: Kerex Photography

Nampak tak tangki air bersebelahan nad. Itulah dia. Dalam juga bila ditengok. Ada juga orang baling syiling dalam tu..huhu..

Menara Condong Teluk Intan Masih Kukuh

Bangunan asas Menara Condong ini diperbuat daripada konkrit batu bata tempatan berukuran 14.3 meter. Setiap tingkat mempunyai empat pintu dan berlantaikan papan dan sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan setiap tingkat.Menara Condong ini dilengkapi dengan sebuah jam gadang pada bahagian atas sebelah hadapan. Jam ini diimport khas dari Kota London.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Tangga naik ke atas
Credit pic: Kerex Photography

Gigih tau naik sampai atas..hahaha. Nak tengok satu persatu setiap tingkat. Kau tengok orang ramai naik atas tu. Memang masih kukuh lagi Menara Condong ni.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Kukuh lagi Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography
MENARA CONDONG TELUK INTAN
Ada lagi atas, tapi cukup sampai tingkat 3



MENARA CONDONG TELUK INTAN
Senyuman budam ni menawan
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Seronok dia dapat naik sampai atas
Credit pic: Kerex Photography

Fariza berlari-lari kesukaan. Seram juga sebenarnya, tapi nak tau kan macam mana rupanya...Lantai pun berpapan. Mana tak cuak. Tapi ok, selamat lagi untuk dipijak.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Selamat berkunjung ke ke Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Selesai misi
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong

Faktor-faktor menara ini menjadi condong ialah berpunca  daripada struktur tanah dan serangan banjir besar sebanyak dua kali.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Dibahagian bawah Menara Condong

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Sebelah tu sejarah tentang Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong dari atas
Credit pic: Kerex Photography

Sekarang, Menara Condong menjadi tarikan pelancong di Teluk Intan ini.

Kedai Makanan dan Cenderahati

Dekat keliling Menara Condong ni, ada je kedai makanan dan cenderahati. Kot korang lapar, bayak kedai makanan yang ada.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Kawasan di kelilih Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

Kata orang dekat sini ada makanan sedap, tapi nad tak pasti dekat mana. Sebab waktu tu dah lapar, kitaorang pergi jela kedai makanan yang rasa nak makan.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Visit Perak, Cuti-cuti Malaysia
Credit pic: Kerex Photography

Dekat Perak ni macam-macam tempat ada yang boleh dilawati. Ambil gambar dulu, save, nanti boleh tengok balik. Ada budget boleh pergi tempat lain pulak. #visitperak
hai assalammualaikum

Bertambahnya Keluarga, tapi Tidak Bertambahnya Berat Badan - Bila tengok gambar bertiga ni,mula terfikir, tak caya dah ada anak. Kalau dulu berdua, sekarang dah bertiga. Anak pun dah besar, nak masuk dua tahun. Kalau sebelum ni berdua, nak buat apa pun buatla. Takda siapa yang ganggu. Tapi lama-lama perasaan nak tambah keluarga mestilah ada. Lagi-lagi bila orang mula bercakap, walaupun katanya kita ni nak honeymoon dulu, dah orang selalu cakap je, jadinya kita berdoa, usaha dan tawakal antara ikhtiar dapatkan zuriat.

TAK BOLEH BERENGGANG LANGSUNG..

in , , by Nadia Johari, 18:32:00
hai assalammualaikum

Anak Daddy, Tak Boleh Berenggang Langsung - Dah tinggalkan daddy selama 3 bulan, disebabkan nad mabuk haritu. Dan haritu, nad dengan Fariza dah kembali ke Kuala Lumpur semula. Memang dari kecik, Fariza rapat dengan daddy dia. Bila daddy depan mata, mula la dia membontoti daddynya ke mana sahaja. Mommy memang la suka, sebab mommy bebas buat kerja, tapi bukan boleh lama berehat, sebab daddy nya akan pas juga dekat mommynya..huh!!..


Masa nad dekat kampung, setiap kali mr mafia datang jenguk kitaorang, apa nad dengan mr mafia perasa, dia akan menangis bila nampak daddynya. Tak pun dia campak barang depan daddynya. Seolah dia menyatakan dalam hati " Sampai hati daddy tinggalkan Fariza "..iyela tu..haaha. Sebabnya bila dia nampak sepupu dia, terus lupa juga. Tapi tu kalau dekat kampung.

Bila dekat rumah KL ni, hah!!, memang melekat dengan daddynya je. Tak boleh berenggang langsung. Dah takde kawan, daddynya yang dicari. Asal nampak daddy dia, cepat-cepat nak ikut. Tak kisahla nak pergi bilik air ke, pergi keluar ke. Pantang sangat, mesti nak ikut. Sekarang nad terpaksa buka pagar yang dibuat tu, sebab tak larat nak melangkah dengan perut memboyot ni. Jadi Fariza ambil kesempatan ni lari pergi naik atas tangga, ke bilik kerja daddy dia. Tu la port dia, kalau dia cari daddy kesayangan dia tu. Tak boleh nak halang dah. Kita tengok jela dia naik tangga tu. Kadang tak perasan, dah sampai ke bilik daddy dia.


Ntah apa dengan daddy dia pun tak tau..hahaa. Dahla garang, Fariza pun kerap kena marah dengan daddy dia..tapi tetap juga nak ikut. Bila kena tinggal dengan daddy dia, menangis macam kena dera..hahaha. Semau benda dicampaknya. Mommy senyap jela. Apa mommy buat bagi susu..hahaha.

Ingatkan bila Fariza dah dengan daddy dia, nad boleh la buat kerja update blog segala, rupanya, mr mafiaa akan bawak tu run Fariza suruh nad jaga..nak taknak kena jaga. Sebab dia nak buat kerja mengedit gambar. Takpela, berkorban la, sebab mr mafia yang cari duit tanggung kami beranak. Kena bayar bil semua. Kita juga yang tak dapat buat kerja blog. Salah satu sebabnya, Fariza ni memang nak suruh temankan dia main, duduk depan dia 24 jam. Fariza tak suka mommy dia duduk depan kerja. Kalau pegang telefon, mesti dia akan kacau..fuh..memang tak sempat langsung nak online.

Hah!!, baru anak seorang, jap lagi nak masuk dua orang macam mana pulak..adoiilaa..harap bial berdua, mereka bermain bersama denagn tenang..hahaha.
hai assalammualaikum

Penjagaan Bawah Lengan Supaya Sentiasa Segar, Lembut Dan Licin.

Deodoran Nivea Protect & Care - Setiap hari, memang nad mesti pakai deodoran. Uishh, kalau tak pakai, tak selesa, dengan baunya lagi. Boleh pengsan..hahaha. Sekarang ni, semua tempat dekat tumbuh badan kita sama ada, sembunyi atau, tidak kena jaga tau. Barulah kita, dijauhi daripada sebarang penyakit. Setiap aspek dari tubuh memiliki peranan penting. Penjagaan bawah lengan atau istilah mudahnya ketiak juga perlu penjagaan yang baik, walaupun ia tempat yang tersembunyi, tapi bahagian ini juga perlu diambil berat agar selalu tampak lembut dan cerah.

Bahagian tersembunyi ni memang tempat yang sensitif. Masalah ketiak yang sering kita hadapi ialah apabila berpeluh, mesti berbau. Selain itu, bila kita bercukur dengan cara yang salah, hitam pulak jadinnya. Pernah korang rasa kulit bahagian ketiak kasar, gatal, atau teriritasi selepas proses pencukuran? Walaupun tidak dilihat oleh orang lain, tentunya perasaan tidak selesa itu dapat mengganggu diri sendiri kan. Lagi teruk, bila ia mengakibatkan luka kecil. Pernah juga terjadi dekat nad, adoi sakit..mungkin tersalah cukur. Ok ni info nad baru tau, semasa bercukur, serpihan yang disingkirkan mengandungi sebanyak 36 % kulit. Ish, ish..macam tu sekali erk.. Sebab tu pentingnya pakai deodoran ni. Perlu ada dan dibawa kemana sahaja. Apa yang penting , perlu memilih deodoran yang betul.
DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE
Penjagaan Bawah lengan dengan Nivea Protect & Care


Deodoran Nivea Protect & Care

Hah!!, korang mesti pernah dengar jenama Nivea kan. Nad pernah guna deodoran Nivea ni. Nad pakai yang whitening, lepas tu Nivea pearl..hahaa. Deodoran Nivea ni memang dah menjadi deodoran kesukaan nad dulu. Sebab bila pakai, wangi dan best. Lagi best deodoran Nivea ni tak melekit. Kali ni nad cuba pulak Deodoran Nivea Protect & Care.

Nivea memperkenalkan Nivea Protect & Care, deodoran yang diperkaya dengan esen Nivea Creme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan haruman yang lembut. Deodoran Nivea Protect & Care berikan perlindungan berpanjangan sehingga 48 jam dan kita akan rasa segar sepanjang hari. Formula inovatifnya yang lembut dapat menyuburkan dan memberikan bawah lengan menjadi lembut dan licin.

" Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 


DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE
Perlindungan Berpajangan Dengan Penjagaan Kulit Yang Lembut Dengan Nivea Protect & Care


Deodoran Nivea Protect & Care ni ada dua jenis, satu jenis roll, satu lagi jenis spray. Nad suka kedua-keduanya. Pakai pun tak melekit, selesa dan segar je. Bila bubuh je, terus dia meresap dekat kulit. Takdala tinggalkan kesan saki baki sikit dekat ketiak ni. Kalau ketiak korang jenis yang kasar dan pedih bila bercukur, nad syorkan, korang pakai Nivea Protect & Care ni, sebab bukan sahaja hilangkan bau badan, malah menjaga kulit korang menjadi lembut dan licin. Kulit bawah lengan pun sentiasa cantik je kan..

Harga
Deodoran Protect & Care Nivea roll: RM 17.50 ( 50 ml )
Deodoran Protect & Care Spray: RM 11.30 ( 150 ml )

Product Nivea deodoran ni boleh didapati di semua kedai, farmasi dan pasaraya berdekatan.

Nivea Care Run

Hah!!, nad ni kalau tak pregnant, mungkin akan join larian yang diadakan oleh Nivea Protect & Care ni. Nivea Care Run akan diadakan pada 29 Oktober 2017 pada hari Ahad. Korang yang suka berlari, suka dengan aktiviti ni, joinla larian ni. Ala, 5 kilometer je. Larian ni berlangsung di Presint 6 Putrajaya. Aktiviti ni bukan suka-suka je taula, tapi aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan.

Nivea Care Run

Best tu...Yuran penyertaan RM65 sahaja. Siapa yang join larian ni, akan dapat hadiah eksklusif Nivea Protect & Care bernilaI lebi RM100 dan pelbagai hadiah menarik yang lain semasa aktiviti larian ni.

Nivea Care Run Kit

Yuran penyertaan yang diperolehi akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang). Sambil berlari, sambil beramal jariah..ada artis akan turut serta, antaranya Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie.

Cepat-cepat daftar di www.niveacarerun.com.my

Untuk tau lebih lanjut lagi berkenaan Nivea boleh layari: www.facebook.com/mynivea






hai assalammualaikum

Teh 888 Yang Harum Dan Menyegarkan - Pertama kali dengar pasal teh jenama 888 ni. Memang nad tak pernah nampak pun, sebab keluarga, sampaila dah berkahwin ni, tak pernah minum teh jenama 888 ni.

Sebetul-betulnya, memang ni kali pertama nad nampak dan rasa teh 888 ni masa di majlis Dazzle Five Sense 888 tea & coffee, walaupun kawan cakap, teh 888 ni dah lama dan memang sudah ada di pasaran.
hai assalammualaikum

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Jom berus gigi

Darlie Jolly Junior Dengan Rilakkuma, Ubat Gigi Dan Berus Gigi Kanak-kanak - Ingat tak, nad pernah cerita semenjak dia nak jadi kakak susah sangat dia nak masuk bilik air suruh mandi. Apa yang nad perasan, sesudah masuk bilik mandi, Fariza akan mintak berus gigi orang dewasa. Sejak tu, nad memang bagi dia berus gigi jela bila masa nak mandi. Mula-mula tu dia pegang jela berus gigi tu sambil buat main. Lepas tu, dia perhati nad gosok gigi, dia pun nak tiru. Bila nad dah nampak dia nak berus gigi, terus nad ajar dia cara memberus gigi.

Lama-lama dia sendiri berus gigi, bila kita cakap " Fariza berus gigi tu "..hehehe. Cepat belajar Fariza ni. Yela, nak kena ajar gosok gigi dari sekarang. Kena jaga gigi, kalau tak habis rosak sana sini. Sepatutnya, jaga gigi anak ni dari dia baby lagi, jaga gusi, lepas tu tumbuh gigi pun kena jaga, sampaila ke besar bila dah banyak tumbuh gigi. Biar gigi cantik dan sihat.

Bila dia dah nak gosok gigi, kena selalu galakkan dia memberus, supaya tak susah nanti bila dia dah besar.

Jadikan Aktiviti Memberus Gigi Sesuatu Yang Menarik

Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.  Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi.  Ada ibu bapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini. Tapi sepatutnya, aktiviti memberus gigi mestilah aktiviti yang menyeronokkan.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Ni berus gigi saya dan ubat gigi saya

Aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak memberus gigi ialah melalukan aktiviti memberus bersama. Macam nad buat dekat Fariza. Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Jadi, duduk di depannya dan berus gigi bersama-sama. Semasa memberus gigi, tunjukkan yang kita seronok memberus gigi, sambil tersenyum dan menari. Anak tengok pun teruja. Pastikan anak-anak memegang berus gigi sendiri dan melihat sendiri apa yang kita lakukan. Itu yang nad buat.

Aktiviti memberus menjadi lebih menarik apabila memilih ubat gigi yang sesuai.dengan mereka. Umur Fariza sekarang setahun sebelas bulan..bulan depan dah 2 tahun. Jadi, nad carikan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai dengan dia. Memilih berus lembut dengan kepala kecil dan pemegang besar, dan ubat gigi yang berperisa, mungkin dengan adanya warna yang menarik dan packaging watak kartun. Fariza tengok pun seronok.

Ubat gigi Dolly jolly junior Dan Rilakkuma

Nad memilih ubat gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma sebagai ubat gigi Fariza.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Darlie Jolly junior perisa Strawberi

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Wangi dan sedap

Ubat gigi Darlie Jolly Junior memang best, ada dua perisa iaitu Vanila Milk dan Strawberi. Ubat gigi ni ade ikut peringkat umur, jadi tengok anak korang sesuai yang mana. Macam nad pilih perisa Vanila untuk umur 2 tahun sehingga 6 tahun. Perisa Strawberi untuk umur 6 tahun sehingga 10 tahun. Kalau ada perisa ni memang sedapla budak ni naktau menggosok gigi. Dahla wangi. Bila dia gosok gigi, cantik je gigi Fariza ni dan berbau harum. Mommy cium dia habis.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Darlie jolly Junior & Rilakkuma perisa Vanila

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Selamat untuk kanak-kanak

Lagi best ubat gigi Darlie Jolly Junior Dan Rilakkuma ni selamat untuk kanak-kanak
sebab kandungannya dibuat daripada gred makanan, tanpa gula tambahan dan bebas dari ramuan berasaskan haiwan. Ubat gigi Darlie Jolly Junior dengan Rilakkuma diformulasikan dengan florida dan kalsium yang membantu gigi anak-anak daripada kaviti dan menguatkan gigi. Ditambah dengan vitamin E  dan Xylitol membantu membersihkan gigi dengan sempurna.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Berus Gigi Darlie lembut 

Untuk berus gigi pulak, mestilah sama jenama dari Darlie Jolly Junior juga..hehee. Berus gigi Darlie ni sangat cantik dengan warna yang menarik. Paling penting untuk Fariza mestilah bulu berus yang lembut. Jadi, gigi Fariza tak rasa sakit bila memberus. Berusnya pun tirus dan menjaga kebersihan keseluruhan gigi dengan sempurna apabila memberus. Bahagian pemegang ada gambar kartun, dan selesa dipegang.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Darlie Brush-Up Apps

Darlie Brush-Up Apps di Playstore

Seronok! Seronok! Sangat seronok waktu nak berus gigi. Masa memberus mainkan lagu atau muzik kegemaran anak-anak semasa mereka memberus gigi. Ni yang nad nak bagitau, Darlie ada buatevent apps untuk anak-anak kita seronok memberus gigi. Hanya cari apps Darlie Brush-Up di playstore dan download dengan percuma.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Step 1

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Step 2: Muatnaik gambar dan nama

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Step 3

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Selesai..dah boleh guna

Kenapa comel sangat ni, mak pun teruja nak gosok gigi. Ada template yang menarik. Anak-anak mesti seronok memberus gigi, siap ada muzik. Video ni bertahan sehingga 2 minit. Jadi anak-anak boleh menggosok gigi selama dua minitfor. Kalau tak mesti diaorang gosok sekejap sahaja. Dekat apps ni pun ada bagi tips..serius menarik. Nad dah download. Nad sarankan anak yang susah nak gosok gigi tu, mak ayah boleh download apps ni.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Video 2 minit

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Ada tips, lagu, dan template menarik

Fariza, tengok diri sendiri..happy je..hahaha..senyum sorang-sorang tengok muka dia macam tu..hahhaa.

Last sekali, mestila puji mereka. Yang ni sangat penting. Dah gosok gigi bolehlah cakap " cantiknya gigi", " wanginya gigi ", " pandai dia berus gigi ", macam-macam lagi, la..mesti dia..suka..

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Join contest

Pertandingan Jolly brushing with Rilakkuma

Ok ni berita gembira untuk ibu bapa , jom sertai pertandingan Jolly Brushing With Rilakkuma.Sila klik di sini untuk muat turun Terma & Syarat lengkap. Tempoh pertandingan adalah dari 7 September 2017 hingga 4 Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari
Website: www.darlie.com.my
Facebook: Darlie Malaysia






hai assalammualaikum

Haritu nad dijemput ke Shinju Pearl Blogger's Day bersama dengan 30 blogger dan, penulis lain di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Majlis memang meriah habis dengan adanya beberapa orang artis dan pengacara yang memang havoc meriuhkan suasana di kedai Shinju Pearls di Lot GF-28.
hai assalammualaikum

Minyak Yu Yee Cap Limau Digemari Seisi Keluarga

Minyak Yu Yee Cap Limau Minyak Turun Temurun - Siapa tak kenal Minyak Yu Yee ni, minyak popular ni tau ni, dari zaman nenek moyang kita. Minyak Yu Yee Cap Limau diemari seisi keluarga. Minyak yang mudah didapati di kedai-kedai pasaraya dan harganya pun murah. 

Minyak Yu Yee Cap Limau diperkenalkan pada tahun 1860 dan sudah berada di pasaran selama 153 tahun dari generasi ke generasi. Lama giler kan. Sampai sekarang, masih digunakan lagi.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2