BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY

in , by Nadia Johari, 18:27:00
hai assalammualaikum

Bila Suami Dapat Rasa Tendangan Baby - Bagi isteri, ibu yang mengandung ni, pengalaman merasai tendangan anak dalam perut memang sesuatu yang sangat istimewa. Yela, ada yang bernyawa di dalam perut tengah berguling-guling sampai geli dibuatnya. Bagi ibu yang mengandung, mungkin perasaan ni sudah biasa dirasai dan diketahui apabila mengandung. Lagi kalau anak, pertama, teruja habis. Tapi bagi si suami memamg susah nak rasai atau nampak pergerakan baby ni kan??..hehehe..

Ingat lagi masa lahirkan Fariza, memang aktif bergerak, samalah macam adik dia ni, aktif sungguh. Tapi masa Fariza, daddy dia pegang perut, Fariza diam je dalam perut. Taknak tunjukkan apa-apa reaksi. Malu kot dengan daddy..hahaha.. shy, shy gitu. Setiap kali daddy pegang, dia senyap. Eheh, tapi dah keluar dari perut mommy, dah besar, taknak pulak berenggang dengan daddy ye..hehehe.

BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY
Lena tidur di pangkuan daddy..daddy pertama kali dapat rasa tendangan anak di perut untuk adik Fariza

Berbeza mengandung kali ni, mr mafia sungguh bertuah semalam. Sebab buat pertama kalinya, dia dapat rasai tendangan baby..hahaha. Biasalah, masa kita rehat, waktu tu la dia nak bergerak sakan. Mr mafia pun duduk sebelah. Mula-mula dia usap perut juga tak da ape. Lepas tu, nad suruh dia pegang lagi perut nad, duduk diam tangannya dekat perut. Lepas tu tiba-tiba, " dukk"..tendangan kuat dia bagi..hahahahahaha..Mr mafia terkejut siap buat reaksi muka, lepas tu cakap " kuatnya dia tendang "..hahaha..sabar jela. Nad dah tergelak.

Mesti perasaan dia macam kita la mula-mula rasa tendangan baby. Tapi tak tunjuk sangat..ceh. Takde la lepas tu dia nak rasa lagi. Dia sambung main game..haishh sabar jela. Ingat nak rasa lagi. Mr mafia kita memang macam tu...hahaha..

Sekurang-kurangnya, tu la pengalaman pertama mr mafia, suami ku dapat rasa tendangan baby. Dia tak nampak lagi baby bergerak..hahaha..
hai assalammualaikum

Jangan Terlalu Manjakan Dan Terlalu Garang Dengan Anak - Sebelum ni, takda anak, nad tengok ibu bapa layankan anak ada yang dimanjakan sangat dan ada yang terlalu garang sangat. Terjadi depan mata juga setiap hari..hahaha. Kalau sebelum ni, nad dah fikir, kalau ada anak,taknak buat macam diaorang buat. Tapi bila ada anak sendiri,, baru tau nak ajar anak ni bukan senang. Nak bagi dia dengar cakap kita, dan taknak terlalu manjakan dia sebab takut dia akan naik kepala. Jadi, nad belajar sikit-sikit cara nak balancekan manja dan garang dengan anak ni.

Semua orang sayangkan anak mereka sendiri tetapi jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan sehingga anak menjadi kurang ajar,degil dan taknak mendengar kata. Garang pun tak boleh terlalu garang, sebab dia akan takut dengan kita atau bila besar, dia lawan cakap kita balik, sebab kita dah selalu nampak sifat garang tu dari kecik. Budak-budak kan akan tiru apa ibu bapa dia buat dari kecik lagi.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Budak dengar kata. Datang tantrum tak layan..hahaa

Kita garang sebab dia lakukan kesalahan, tapi lepas tu kita pujuk dia balik dengan suara lembut. Jadi dia akan dengar apa kita nak dia buat, jangan buat apa yang tak patut.

Manja Dan Garang Perlu Seimbang

Macam Fariza, yup, kadang nad garang dengan dia, bila dia buat benda yang nad tak suka. Memang kadang nad pukul, nad cubit, tapi takdela kuat, bila dia buat salah. Yup dia akan nangis, tapi lepas tu nad cakap lembut, ni macam ni, ni tak boleh, ni kemas balik, jangan campak barang. Benda ni tak boleh sekali, kena berkali-kali biar dia ingat. Alhamdulillah, Fariza memang dengar kata.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Berdikari sendiri

Sebenarnya, sebelum ni pun nad manjakan Fariza sangat, tapi mr mafia yang didik dia dengan cara betul, dengan cara garang tapi dalam masa sama sayang dia. Bukan garang, tapi endahkan dia. Takut besar dia tak jadikan mak ayah ni sebagai kawan. Kang meluahkan perasaan dengan kawan luar. Lagi susah kan. Biasalah naluri, mak-mak, akan sensitof, nangis bila tengok anak kena marah, tapi kena paham juga kenapa kita buat macam tu.

Hukum mereka jika mereka melakukan kesilapan seperti memukul,tidak mendengar cakap atau melawan,meninggikan suara,merampas mainan orang atau lain-lain lagi. Dengan menghukum,tidak bererti tak sayang anak,malah jika sayang anak lah harus mendidik mereka supaya mereka membesar dan mempunyai akhlak yang baik dan bagi pengajaran pada mereka.

Paling penting adalah anak kita belajar erti tanggungjawab. Mereka tak tahu yang setiap yang berlaku akan kesan dan akibatnya, tapi apabila mak ayah tak tunjukkan akibat dan kesannya, macam mana anak nak tahu kan? Contoh, Fariza, masa makan, lap dekat baju, mr mafia ajar, lap dengan tisu, sampai sekarang bila tangan kotor, dia dah tau nak mintak tisu. Kadang dia terlupa, kita ibu bapa ingatkan balik. Kalau dia tumpahkan air, nad suruh Fariza lap, sambil tu nad lap sekali. Dia akan ikut. Sampaila sekrang dia nak lap sendiri air yang dia tumpahkan.

Lagi satu sifat tantrum bila tak dapat apa dia nak. Macam mainan ke apa. Budak-budak mesti akan nangis atau meraung bila tak dapat apa dia nak. Tapi, bila ajar jangan terlalu manjakan apa dia, dan cakap " no"..terus jalan je ..nanti dia tak meminta. Macam Fariza bila benda tu tak elok, tak ptut makan atau beli, kita suruh letak, alhamdulillah, dia dengar dan letak barang tu. Setakat ni dia takde tantrum atau menangis teruk. Suara ibu bapa kena tegas.

Lagi satu, dia boleh belajar berdikari waktu kecil ni. Dari setahun dah ajar dia, kemas barang, masukkan baju kotor dekat sepatutnya. Bila tengok balik, syukur sangat-sangat.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Besar jadi orang berguna

Bahaya sebenarnya kalau kita terlalu manjakan anak nie. Takut nanti apabila besar, mereka akan terikut-ikut perangai masa kecil. Janganlah ibu ayah fikir yang ‘ala, mereka masih kecil. Tak tahu apa-apa. Nanti dah besar tahulah tu nak buat’. Tapi, kalau dari kecil tak didedahkan dengan perkara-perkara sebegini, macam mana mereka nak tahu bila dah besar nanti kan?

Seboleh-bolehnya, tunjukkanlah contoh tunjuk ajar dari mereka kecil lagi kerana ia mengambil masa yang lama untuk anak kecil kita faham apa yang perlu dilakukan. Kita tak boleh expect hanya ajar sekali dan anak kita faham, tapi kita kena ulang-ulang sampailah ia lekat dalam minda mereka itu yang patut dilakukan.

MAKANAN SUPLEMEN: PILIH DENGAN BIJAK

in , , by Nadia Johari, 00:43:00
hai assalammualaikum

Makanan Suplemen : Pilih Dengan Bijak - Disebabkan nak amalkan gaya hidup sihat hari ini terutama daripada aspek pemakanan sihat, ramai yang bergantung kepada makanan tambahan seperti pelbagai jenis pil vitamin atau tablet suplemen.

Suplement Untuk Kesihatan

Banyak produk suplement yang dijual di pasaran. Namun ada juga yang menjual suplement tiruan bagi mengaut keuntungan.  Nak ambil suplement boleh, tapi kita sebagai pengguna, mestilah memilih dengan bijak.

Adakah Suplemen Satu Keperluan??

Makan makanan berkhasiat

Mengambil suplemen memang ada bagusnya tapi perlu digabungkan dengan perubahan gaya hidup sihat yang lain. Kalau terlalu obses memang sangat bahaya. Nad kongsi beberapa panduan mengambil suplemen.

1) Memenuhi Keperluan
Sebelum mengambil pil vitamin, pastikan korang mengamalkan gaya hidup seperti amalm diet sihat, senaman, dan sebagainya.

2) Perhatikan Label
Dapatkan maklumat mengenai suplemen dan buat keputusan bajet, kawalan kualiti dan faktor-faktor penting sama ada produk berkenaan mengandungi gluten, sodium dan sebainya. Selalunya produk suplemen akan mengatakan produk mereka mampu menyihatkan jantung, selamat semasa hamil dan kanak-kanak, tiada wangian, tiada gluten,bebas merkuri dan macam-macam lagi. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih suplemen.

3) Waktu yang sesuai
Selalunya ambil suplemen ni sebelum makan. Untuk nampak lebih keberkesanannya. Atau sebelum tidur, sebab waktu malam badan kita tengah rehat.

4) Dapatkan nasihat doktor
Nak lebih selamat, perlulah dapatkan nasihat doktor. Supaya tiada apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Kadang doktor akan sarankan apa yang perlu kita ambil dan tak perlu.

Ok, korang, boleh je nak ambil suplemen, tapi kena la hati-hati ye.



hai assalammualaikum

Terapi Al-Quran - Dalam Agama Islam, membaca doa merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dan berpasrah kepada Allah SWT. Salah satunya yakni pada saat ditimpa musibah seperti terserang penyakit.

Alquran adalah kitab suci kaum muslimin. Seperti kita tau, Al-Quran adalah perkataan Allah swt yang diberikan kepada nabi besar Muhammad saw sebagai mukjizat beliau, alquran diturunkan dari Allah melalui perantara malaikat-Nya, Jibril. Dengan membaca Al-Quran insyallah dapat menyembuhkan penyakit.

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

in , by Nadia Johari, 17:49:00
hai assalammualaikum

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil - Kalau tak mengandung memang takkannya nak merasa naik berat badan..hahhaa. Masa sebelum lahirkan Fariza, berat nad 38kg. Lepas tu, mengandungkan Fariza, dapatla merasa naik 1 kg setiap bulan, tapi yang pasti bukan berat kita naik, sebab ada baby dalam perutbeg yang membesar juga. Tapi teruja la bila naik..haha. Paling berat 58kg, eh lupa pulak masa usia kandungan 9 bulan.

Berat 34.9kg menyusukan anak

Lepas bersalin turun balik semula, kembali normal bawah 40kg. Dan haritu pertama kalI timbang masa bercuti dekat Perak, hotel tu ada penimbang, apa lagi timbagla. Terkejut berat kita 34kg je weii..hahaha. adoii..Fariza pulak menyusu badan. Habis dia sedutyang lemak kita.

Sekarang mengandung lagi, selalu naik 1kg, tapi haritu cek naik 2 kg. Nafsu makan time mengandung memang tak boleh elak. Sebab tu naik mendadak..hahaha. Takpela, janji mak dengan anak sihat. Haritu kena amik darah sebab berat kurang daripada yang dia nak. Yela berat 34kg. Takut nanti bayi dilahirkan pramatang atau saiz berat bayi yang ringan dan kecil.

Haritu checkup dah naik 40kg. Penambahan berat pasti berlaku. Tipula maintain je berat kan..hahaha. Takyahla nak jaga badan masa mengandung. Lepas bersalin baru boleh jaga. Penambahan berat badan penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahim, penambahan saiz organ-organ ibu untuk menyokong proses kehamilan.

BMI berat badan dan penambahan berat badan yang disyorkan

Setiap perempuan memang berbeza berat bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan BMI . Masalah mengandung ni, kalau terkurang pun tak boleh, terlebih pun bermasalah. Yela, takut ada komplikasi kehamilan yang tinggi antaranya kencing manis, dan tekanan darah tinggi. Lagi masalah jika ada diabetes. Takut masa bersalin, kena bersalin secara ceaser dan anak bersaiz besar. Bila jadi macam tu, kene kerap buat pemeriksaan untuk menjaga kesihatan bayi dan ibu mengandung.

Makin membesar perut, makin perlu penambahan berat badan. Paling tak pun naik la 1 kg ke 2 kg..jangan lelebih..hahaha. Yang penting makan makanan yang berkhasiat adalah kunci bagi penambahan berat yang terkawal. Makan untuk dua orang tak bermakna makan boleh makan sesuka hati.okk..

Mana yang terlebih berat sebelum hamil, sila ambil langkah untuk kurangkan berat badan, yang terkurag tu, berusahala naikkan berat badan. Nad ni pun jaga pemakanan juga.


hai assalammualaikum

Chicken Cheesy Bites Pizza Hut - Entry sebelum ni, nad ada cerita nad pergi ke Mytown jalan berdua dengan Fariza sementara tunggu daddy habis kerja. Sambil cuci mata, pergi ikea nak deco rumah. Lepas tu jalan Mytown lagi membuang masa..hahaha. Lama juga, la kitaorang ronda-ronda dalam tu. Lepas tu mr mafia call, dia dah habis buat kerja. Jadi jumpala dekat tingkat paling bawahata, pergi grocery. Selesai beli barang, kitaorang lapar giler. Jadinya mr mafia cadang makan Pizza Hut. Nad pulak tiba-tiba teringin nak makan,. Dah lama pun tak makan, pizza ni. Fariza pulak pertama kali makan pizza. Jadi terjahlah Pizza Hut.

Chicken Cheesy Bites Pizza Hut So Yummy Dan Crunchy

Kalau bab order Pizza Hut memang susah sikit, sebab kena ikut mr mafia, dia suka pizza pedas..Kadang sampai gaduh..hahaha. Gaduh manja kau. Pilih set pun pening, kejap ini kejap itu. Haritu pilih set untuk dua orang, tambah dengan spageti bolognaise. Set dua orang tu untuk pizza, side dish/appetizer, mushroom soup dan air. Pastu nad tambah spageti. Harga bawah RM50.00 semuanya.

Untuk pizza,memang dalam set tu tunjuk pizza baru iaitu pizza Chicken Cheese Bites. Memang nak cuba, yela asyik pizza sama je order kan. Takut mr mafia tak suka, pizza chicken cheese bites ni sebab ada cheese. Mr mafia suka pedas. Tapi dia kata tak kisah, order jela. Kita pun order. Kita pun takut gak sebenarnya, takut tak sedap, rugi pilih..hahaha. Tapi nak rasa jugak.

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Chicken Cheesy Bites

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Kandungan Chicken Cheese Bites

Hah!! Ni la dia Pizza Chicken Cheese Bites. Dia punya pepperoni ayam, daging slice tu, bebola ayam dengan cheese. Adalah sos tomato sikit. Nasib sedap oii. Rasalah ayam. Yang bahagian hujung tu, rangup sangat, disalut dengan keju cheddar. Sedap betul. Dalamnya cheese. Tapi takdela banyak sangat cheese sebab bila tarik, tak panjang pun cheesenya..hahahha. Tapi serius sedap, crunchy lagi. Tak sia-sia pilih.

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Cheese panajng tu je dapat tarik

Mr mafia dah lapar. Tak sabar nak makan.

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Srup, srup dia hirup musharoom soup

Mushroom soup yang sedap dihirup. Sedap dia makan. Lagi suka daddy suapkan.

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Spageti Blognaise Beef

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Amboi sedapnya dia makan

Spageti Bolognaise yang diinginkan dah sampai. Fariza suka spageti ni. Separuh dia makan. Dengan bebola daging tu..sabar je. Takpela, dah dia berselera nak makan. Kang mommy makan satu pinggan terlebih kenyang.

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Chicken Gai -jor Rolls

Last side dish atau appetizer. Hah!! ramai cakap jarang makan ni. Ni pun nad pertama kali makan. Dia macam bebola ayam. Tapi sebeanrnya ayam digoreng dengan kulit tauhu. Sedap betul. Ni nad ganti dengan garlic bread. Selalu amik garlic bread, tapi kali ni nak tukar amikla bebola ni. Terbaikla. Fariza pun suka, cakap sedap-sedap. Enjoy dia makan tau..hehehe.

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Tropical Passion Tea Dan Strawberry Citrus Tea

CHICKEN CHEESY BITES PIZZA HUT
Yummy sangat air dia..segar tekak

Air pulak, air yang memang ada dalam dalam set tu. Dua-dua air sedap. Nama ada dalam gambar.


Video kitaorang sedap makan Pizza Hut..hehehhe..tengok la ye, lagi-lagi gelagat anak yang selera betul makan.

Ok, dah habis makan. Lepas nI masak dekat rumah pulak. Nak makan luar kenala tunggu beberapa minggu lagi..hahhaha. Terima kasih mr mafia belanja. Lepas nI mintak lobster la pulak. Lama dia janji cakap nak belanja Lobster..hahaha.


KEPUASAN SEORANG SURIRUMAH

in , by Nadia Johari, 16:41:00
hai assalammualaikum

Kepuasan Seorang Suri Rumah - Ye awak, saya ni seorang surirumah. Surirumah ni bukan calang-calang orang tau. Kerja surirumah lagi banyak dari kerja dekat pejabat tu. Tak berhenti dari pagi sampai la ke malam. Kalau takda anak, lepas tu jadi surirumah,adalah juga masa berehatnya, tapi bila ada anak, memang takkan dapat berehat. Nad ni bukan sekadar suriumah duduk je, tapi ada kerja sambilan, iaitu jadi blogger.


Jadinya kerja makin bertambah. Lagi ada anak ni, memang kena cari masa untuk update blog. Sebab dia nak kita duduk sebelah dia, temankan dia main, makan. Dia nak kita berborak dengan dia. Jadinya kita update dekat telefon jela. Multitasking betul keje seorang surirumah ni tau. Tapi itu semua satu kepuasan bila dapat tengok anak membesar dengan kita. Bila kita marah, tapi kita sayang dia balik, pujuk dia balik, sebab nad sendiri akan nangis kalau marah dia gegiler..hahahha.

Puas tengok telatah anak, perangai anak. Kita sendiri tau dan kenal perangai dia. Ajar dia belajar, ajar itu ini sampai dia pandai. Bila dia buat apa kita suruh buat, rasa best sangat.

Mr mafia pun patut beruntung dapat isteri dia surirumah ni. Sebab uruskan rumah, uruskan anak. Tak perlu beli susu anak, tak perlu amik anak kat nursery. Dia pun cuma bayar bil-bil je sekarang. Nad jarang la mintak duit dekat dia untuk beli apa nad nak. Sebab nad tau, dia dah bayar semua tu. Tapi kalau betul-betul nad takda duit, baru nad mintak. Kadang nad ada duit pun, nad tolong la dia sikit. Tu kalau dia tak bersyukur lagi tak tau la..hahhaha..Memangla kalau isteri dan suami bekerja mungkin lebih baik. Tapi biasalah mesti ade pro dan contra, positif dan negatifnya. Yang penting selagi boleh handle, kita handle.


Surirumah macam nad ni memang jarangla keluar rumah. Mr mafia kerja mengedit tak habis, jadinya masa tu tak da lagi. Kena plan betul-betul baru keluar rumah. Kalau sebelum nad pregnant, memang rajinla keluar event sana sini. Pastu ada anak masih rajin pergi event. Sekarang anak dah besar, kejap behave, kejapdan tak..hahaha.Jadinya kena pilihajar event tertentu dan berbaloi baru pergi. Kadang terpaksa juga la tolak event tu walaupun berbayar sebab duk fikir suami pulak. Yela, nad sekarang pregnant, tak boleh berdua dengan Fariza. Tak larat. Tak boleh juga ganggu suami, sebab dia ada keje lain. Jadinya fikir rezeki lain akan datang.

Memang satu kepuasan bila dapat keluar rumah bagi surirumah yang lama terperap je dekat rumah. Memang seronok la kalau dapat keluar walaupun pergi Tesco je..hahaha. Akan pusing satu Tesco tu. Tapi selalu pergi Tesco tak best juga, jadinya dekat rumah ni dah banyak shopping mall buka macam Mytown, Ikea Cheras, Sunway Velocity. Hah!! dapat pergi situ pun best. Pusing-pusing satu mall. Sebab berminggu jugala tak, keluar rumah.


Haritu, barang dapur habis, ajakla suami pergi Mytown..hahaha. Boring dah dengan Tesco, sebenarnya nak jalan-jalan. Mr mafia pergi kerja, nad dengan Fariza jalan-jalan Ikea dan Mytown. Fuh dari pukul 2 petang sampai ke 6 petang dekat situ..kah..tu pun tak habis pusing Mytown sebab mr mafia dah habis kerja dan dah sampau Mytown ajak beli barang. Jenis dia memang macam tu, datang terus ajak beli barang, takda nak jalan-jalan. Tu yang kadang..haishh..Dia kata lain kali boleh pergi, tapi ntah bila..hhaha.

Okla, puas la dapat berjalan kan. Ni la kepuasa sebagai surirumah..hahaha. Tak dengan anak, dapat keluar. Lagi satu puas kalau dapat update blog..hehhe.
hai assalammualaikum

Pampers Bagus, Anak Selesa- Penting ke, pemilihan diaper atau pampers untuk anak-anak dan bayi?? Bagi nad sangatla penting. Sejak dah jadi mommy ni, pampers merupakan suatu benda yang perlu diambil berat. Pemilihan pampers untuk anak-anak amatlah penting bagi keselesaan anak-anak dan memastikan kulitnya sentiasa sihat dan tidak mudah terkena diaper rash apabila buang air kecil atau besar. Yela kadang kita ni tengok harga pampers murah sebab ekonomi, tapi teruknya dekat kita juga nanti dan anak kita. Biarlah keluar mahal sikit, asalkan anak selesa.

Bila pampers bagus, anak pun seronok bermain. Takda la dia tergaru-garu tak selesa ke. Ibu dengan anak menikmati setiap saat bersama-sama. Anak selesa, ibu pun senang. Takda nak tukar pampers setiap jam. Dekat luar memang banyak jenama pampers, tapi mesti ada perbezaan setiap pampers kan. Untuk Fariza, memang banyak jenis juga nad cuba pakaikan dia diapers, tapi ada pampers tu sekarang kualitinya dah menurun. Jadi nad tukar kepada pampers lain.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Pampers Pufies Baby Art + Dry free gift Bibs dan Cosmetic bag

Pampers Pufies Baby Art + Dry Dari Motherhood

Ni la pampers baru Fariza yang nad pakaikan dekat dia. Pampers Pufies Baby Art + Dry.  Beli pampers ni siap dapat free gift cosmetics bags dan bibs baby. Korang boleh terjah website motherhood sekarang. Tengah ada promotion pampers pufies ni. Ni websitenya nad bagi. https://www.motherhood.com.my/brands/pufies

Kenapa nad pilih Diapers Pufies Baby Art + Dry ni?? sebab Produk Pufies sangat berkualiti, dan selamat untuk bayi. Pufies ni berasal daripada Bulgaria. Pampers Pufies ni tengok berat dan saiz yang berlainan. Macam fariza, berat dia 9 kg je, jadi nad pilih 7-14kg, saiz L. Okal bila dipakai dekat Fariza. Takdela besar sangat bila dia pakai. Yang penting pampers ni sentiasa kering, dia selesa dan perlindungan kebocoran berpanjangan. Itu yang nampak bila pakaikan Fariza pameprs Pufies ni.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Corak yang menarik

Tengok corak pampers pun comel. Ada dua jenis design berbeza dalam satu pack ni..hehee. Fariza tengok pampers dia ada corak-corak macam ni, dia lagi suka. Kadang tu dia ambil sendiri pampers ni. Kreatif sangat design macam ni buat dekat pampers. Tak kisahla lepas pakai dibuang, yang penting anak suka kan.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Selembut kapas

Bestnya pampers Pufies ni, dia sangat lembut. Getahnya pun tak terlalu ketat. Mudah sangat nak dipakai dan laraskan dekat pinggang Fariza. Jadi takdala kesan merah dekat pinggang ke apa. Kadang kan, kita nampak je tak ketat, tapi anak duk tak selesa, pegang pinggang, sebab ketat sangat. Takda ruam atau ketidakselesaan dekat Fariza. Bila kecing takde lendut ke bawah nampak penuh macam pampers lain. Lagi satu bila dia buang air besar, takdala sampai terbocor. Yang ni Fariza ok je pakai. Pembuatan pampers ni pun tidak ada bau wangian dan tidak dibuat dengan lateks. Material bahagian dalam yang sangat lembut selembut kain sutera.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Pelekat yang mudah digunakan

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Fariza suka pakai pampers pufies

Waktu malam pakai sampaila ke pagi, pampers Pufies ni tetap macam bentuk asal. Walaupun dia kencing ntah berapa banyak dalam pampers tu..hahaa. Penyerapannya memang menakjubkan. Kalau tak caya, korang boleh tengok nad buat ni..haha. Pelekatnya pun sangat kuat dan tak mudah tercabut. Kalau macam sebelum ni, bangun je, mesti pampers dia terbuka dah pelekatnya. Dia pun gatal tangan terus buka..hahaa. Yang ni penyelamat mommmy. Fariza ni makin lama makin aktif. Jadi kena la pakai pampers yang kukuh, tak tercabut ni ha..hahaa. Kalau tak, mommy jenuh oii..

Kelebihan Pampers Pufies Baby Art + Dry

Tiada Alergen yang diketahui
Alergen adalah bahan dari alam sekitar yang walaupun tidak berbahaya, boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang dengan kepekaan tinggi. Alergen yang diketahui ditakrifkan oleh Arahan EU. Ketiadaan mereka di lampin Pufies dijamin dengan perisytiharan, disediakan oleh semua pembekal untuk setiap bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan produk dan dengan ujian berkala di makmal yang diiktiraf luar.

Tiada wangian atau losyen
Wangian (termasuk yang digunakan dalam losyen) melibatkan risiko alergi dan kerengsaan kulit. Selaras dengan resipi yang betul-betul dipersiapkan daripada produk kami, tiada wangian atau losyen tambahan ditambah dalam lampin Pufies.

Tiada Toksin yang Dikenali
Toksin adalah di sekeliling kita dan boleh merosakkan organisma kanak-kanak yang sensitif.
Pufies dihasilkan hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak mengandungi sebarang bahan toksik di bawah REACH (Lampiran XVII ke Peraturan № 1907/2006 Parlimen Eropah dan Majlis mengenai Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran dan Sekatan Bahan Kimia ). Kami menjamin ini dengan perisytiharan kepatuhan, yang disediakan oleh pembekal kami.

Tiada Pewarna Alergen dan Bukan Toksik
Hubungi dermatitis adalah salah satu reaksi alergi yang paling biasa dalam kejururawatan dan bayi. Ia paling kerap disebabkan oleh sentuhan kulit bayi yang halus dengan jenis kimia dalam negeri atau lain-lain. Hanya pewarna tidak berbahaya, yang tidak mengandungi sebarang alergen dan toksin yang diketahui, digunakan untuk lampin Pufies, seperti yang dijamin dengan perisytiharan oleh setiap pembekal kami.

Tiada lateks
Pendedahan berulang kepada latex semulajadi boleh menyebabkan tindak balas alergi. Lampin Pufies tidak mengandungi sebarang lateks semulajadi, seperti yang dijamin oleh pengisytiharan dari setiap pembekal kami.

Bebas Klorin Pulp
Beberapa cara moden pemutihan adalah berpotensi merengsakan kulit dan boleh menyebabkan reaksi alergi. Seperti yang diisytiharkan oleh pembekal kami, selulosa yang digunakan di lampin Pufies dipecahkan tanpa menggunakan mana-mana klorin unsur.

PAMPERS PUFIES BABY ART + DRY
Free gift beli pampers Pufies di Motherhood

Ni la sebab nad pilih pampers Pufies. design menarik, Fariza mudah bergerak, kulit kering dan selesa. sepanjang hari. Macam nad cakap tadi, tenagha da promosi beli pampers Pufies ni dapat bag cosmetic dengan bibs baby. Korang boleh terjah cepat-cepat dekat website motherhood https://www.motherhood.com.my/brands/pufies

Untuk lebih lanjut berkenaan pampers Pufies ni boleh ke website http://www.pufies.com/en/








hai assalammualaikum

Beg Nohoo2u Selamat Untuk Kanak-Kanak - Selalunya, kalau nak cari beg untuk anak ni, mestilah tengok yang comel, yang ada gambar kartun, sebab budak-budak suka macam tu..hehee. Faktor lain, mak ayah akan tengok ketahanan beg tu, lasak ke tak. Yang paling penting kualiti beg tu sama dengan harga yang dibeli. Baru berbaloi kan!!!..

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Beg Nohoo2u.com

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Beg Nohoo beg kanak-kanak

Beg Nohoo2u, Beg Kanak-Kanak Yang Comel, Tahan dan Kalis Air

Salah satu jenama beg iaitu beg Nohoo2u yang pasti membuatkan mak ayah suka dengan beg ni. Nad sendiri yang tengok pun dah tergoda, dah la cantik, comel pulak tu, dan bukan sahaja tahan lasak malah kalis air. Nad diperkenalkan dengan beg ni semasa event Pelancaran Beg Nohoo di The Parenthood Sunway Pyramid. Beg Nohoo ni akan dijual di The Parenthood.

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Jom mewarna

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Orang suruh warna, dia buat bulat-bulat

Sambil bawak anak main di sini, korang boleh, usha beg Nohoo yang terdapat di The Parenthood Sunway Pyramid. Rambang mata kalau tengok beg Nohoo ni. Berbaloi kalau beli.

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Justin menerangkan tentang beg Nohoo

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Koleksi Beg Nohoo

Beg Nohoo adalah jenama beg antarabangsa, khusus dalam beg kanak-kanak mesra alam, selamat dan ringan khas untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Beg kanak-kanak yang unik dan berwarna-warni yang direka berdasarkan tema dan watak yang berbeza mengikut kegemaran anak-anak. Objektifnya adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, kesenangan dan keselamatan bagi anak-anak.

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Fariza pakai beg Nohoo

Ni salah satu beg Nohoo2u yang Fariza guna. Kan dah cakap comel, korang pun mesti tengok cute je beg ni kan!! warna warni pulak tu..hehehe. Beg Nohoo yang Fariza pakai ni merupakan backpacker berbentuk penguin. Sesuai la isi pampers, botol air, atau buku tulis sikit dalam beg ni. Beg pun steady je, tak berat bila dipakai. Ada macam-macam lagi bentuk beg yang ada di Nohoo2u.com yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki. Paling penting beg ni telah diisytiharkan selamat oleh Badan Keselamatan Kesihatan Dunia. Nampak tak!! Maksudnya beg ni sangat selamat digunakan untuk kanak-kanak. Sebab tu nad cakap berbaloi kalau beli.

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Beg pouch Nohoo

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Comelnya kan

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Tiga tema beg Nohoo. Ocean, Forest dan Castle

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Konsep 3D, rupa haiwan 

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Comelnya mermaid ni

Ciri-ciri Beg Nohoo

Banyak rekaan beg yang dikeluarkan, ia bukan sahaja beg backpackers malah ada beg galas dan pouch. Beg yang mempunyai bentuk dan rekaan yang berbeza yang disukai kanak-kanak. Kalau korang nak tau, ada tiga jenis tema bentuk beg Nohoo ni iaitu tema Ocean, Forest dan Castle. Memang semuanya comel dan berkonsepkan 3D. Semua beg Nohoo betul-betul nampak macam haiwan tau. Tengok je mermaid tu, ala comelnya, dengan ekor dia dekat atas, dinosour tu..ish..banyak lagila.

BEG NOHOO2U, BEG KANAK-KANAK
Ciri-ciri beg Nohoo


Selalunya kita tengok beg ni diperbuat dari jenis kain, yang mudah rosak. Tapi untuk beg Nohoo dia diperbuat daripada Neoprena iaitu getah sintetik yang dihasilkan oleh pempolimeran chloroprene. Jadi ia tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air. Paling penting Ergonometrik. Sangat tebal, luas, selesa dipakai anak-anak dan tidak menyakitkan bahu dan tulang belakang mereka serta mengurangkan risiko ketegangan atau kecederaan otot.

Walaupun beg ni nampak tebal, tapi ia tak panas apabila dipakai. Ia juga selamat untuk kanak-kanak ( tidak bertoksik ). Yela, ada setengah budak ni suka menggigit beg. Takut kalau bertoksik tu, nanti masuk dalam badan..bahaya.

Beg kanak-kanak Nohoo mempunyai safety harness untuk rekaan beg khas berumur 1-3 tahun. Dijamin material beg Nohoo ni tahan lama. Part paling best, takda mana-mana lagi beg yang dijual dengan Lifetime Waranty. Setiap pembelian beg Nohoo akan diberikan Lifetime Warranty, atau Warranty seumur hidup untuk zip, tali dan buckles. Okla kan, beli mahal siap ada warranty. Kalau ada rosak, boleh baiki. Tapi korang kena isi dekat, form warranty di website.

Hah!! Tergoda tak dengan beg Nohoo ni. Comel kan. Beg Nohoo2u ni boleh didapati di Aeon Midvalley, Aeon Shah Alam, Sogo Kl dan The Parenthood Sunway Pyramid. Kalau malas nak keluar, beli online pun boleh. Boleh pergi ke website www.nohoo2u.com . Penghantaran percuma. Semua rekaan ada dekat website tu. Harga beg antara RM99 sehingga RM149.

Promo Code Diskaun Untuk Pembaca Nad

Korang nak diskaun lagi tak..hehehe..mesti korang suka kan dengar diskaun-diskaun ni. Ni nad nak bagi diskaun dekat korang yang nak beli beg Nohoo ni untuk anak-anak korang. Taip je " rockerslovesnohoo " di bahagian code semasa korang nak check out untuk pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai beg Nohoo ni, korang boleh layari:
Website : www.nohoo2u.com
FB  : www.facebook.com/nohoo2u
IG : www.instagram.com/nohoo2u
Careline/ WhatsApp : 011-11 666 999

PERCUBAAN CERAI SUSU BADAN

in , by Nadia Johari, 03:41:00
hai assalammualaikum

Percubaan Cerai Susu Badan - Memang niat nak susukan Fariza dengan susu badan sampai dia besar. Alhamdulillah, tercapai nak bagi dia susu badan sampai sekarang, umurnya pun dah nak masuk dua tahun 23.10 ni nanti. Tapi sekarang nad tengah pregnant, nak jaga kandungan, nak taknak kena ajar dia cepat-cepat minum susu tepung. Walaupun orang cakap, masa mengandung boleh je susukan anak., tapi badan nad cepat letih bila dia susu. Satu hal lagi, kalau dah susu badan nak merap je lama-lama, tak tahan ooo..sakit pinggang.

Fariza memang tak suka minum susu tepung, tapi masa balik kampung haritu, mak dengan kakak suruh ajar juga minum susu sebab biar senang, bila nad dekat hospital, dia takdela cari susu sangat bila dah start minum susu tepung. Mulanya kesian dekat Fariza, yela, dia dah selalu rapat dengan nad, peluk nad setiap kali susu. Macam sedih pulak taknak bagi dia susu badan..hahaha. Perasan mak-mak memang macam ni la kan bila nak ajar anak cerai susu badan. Tapi betul juga cakap mak dengan kakak tu. Lagi pun nurse dekat klinik kerajaan pun cakap, time mengandung ni baik jangan susukan anak denga susu badan. Takut contraction awal..

PERCUBAAN CERAI SUSU BADAN
Cuba bagi susu tepung

Percubaan Cerai Susu Badan

Masa dekat kampung, bermulalah bulan lepas, nad ikut pesan mak suruh letak garam ke, kopi ke, atau asam jawa dekat puting payudara kita. Nad pun letakla. Tapi anak bertuah kita, rasa sekejap je, macam yerkk, tapi lepas tu hisap juga macam takda rasa apa..ceh..sabar jela..

Lepas tu, nad bagi dia minum air milo dengan cicah biskut. Setiap pagi dan malam. Dia suka, tapi biasalah, tak habis mana air tu. Lepas tu main-main. Dah namanya guna cawan, lepas makan sikit, dia godek-godek cawan tu..biasalah. Tu kadang letih, kadang bagi, kadang tak bagi.

Lepas tu, adik ada belikan botol susu yang ada pemegang tepi untuk anak dia. Fariza nampak, dia nak botol susu tu. Nad cuba bagi dengan air milo. Alhamdulillah habis. Dalam beberapa minggu jugala, bagi dia minum airair milo dalam botol tu. Tapi, akak nad yang kerja nurse cakap " tak elok sangat bagi budak minum milo hari-hari sebenarnya. Ajar je dia minum susu tepung. Ko beli susu dutch lady coklat "..Akak cakap lago, botol ko tak payah tukar, dah dia suka botol nI "..okla kita dengar jela. Belilah susu tepung dutch lady coklat. Sebab dia dah biasa minum milo warna coklat..heehe.

Mulanya bagi susu dutch lady tu dengan tanbah susu, F&N sikit, sebab takut dia tak suka susu dutch lady tu je. Yela, rasanya kan macam kosong. Ok dia habiskan susu tu..kita suka tengok bila Fariza habiskan susu tu. Tapi kadang tak habis, sebab dia teringat cawan dengan sudu selalu dia guna. Takpe, pelan-pelan bagi dia lupa. Masa tu bagi susu dutch lady pagi dan malam juga. Lepas tu,nad berhentikan bagi susu F&N, minum susu tepung dutch lady tu je. Nasib dia tak perasan. Dia habiskan juga susu tu. Ok kita gembira. Sebab bila dia susu tepung, dia akanthe kurang minum susu badan.

Masa balik bandar, dia dah start mintak susu dalam botol sendiri. Fariza akan cakap " nak air, nak air " sambil tunjuk botol susu. Mestila kena buat. Tapi buat tu, kene ada cara, hah!!..susu tu kena la letak air panas sikit je, lebihkan air kosong yang dah sejuk. Tu dia akan habiskan susu. Fariza tak suka minum susu yang rasa panas atau suam. Memang takkan habis. Nad dah mula paham dia nak macam mana. Sebenarnya walaupun dia minum susu tepung ni, dia tetap cari susu badan sampai harini gak. Tapi masa dia nak tidur je. Yela dia tak puting, jadi dia nak ada benda nyonyot..hahha. Susu pun tak hisap banyak. Dah kenyang agaknya minum susu tepung, dapat nyot sekejap dah tidur.

Selesai masalah, cumanya nad tetap risau. Sebab Fariza ni bukan jenis,, hisap botol terus tido, atau dipopok terus tidur. Takdanya..kena ada nyotnyot juga nak tidur. Risaunya bila nad dekat hospital kang. Macam mana la dia tidur nanti. Ok tetiba sedih weii..T_T ..Macam ni rasanya nak ceraikan susu badan dengan anak.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2