KFC SPICY SAWADEE CRUNCH PELIK RASANYA

in , by Nadia Johari, 17:45:00
hai assalammualaikum

KFC Spicy Sawadee Crunch - Haritu dekat rumah, air takda, jadinya kita makan dekat luar la. Nak masak tak boleh. Kali ni nad yang belanja. Bosan dah makan nasi, kita makan KFC jela. Pergila KFC Desa Pandan.

Tak tau pulak KFC ada menu ayam baru. Jarang nampak kat iklan. Nampak pun masa nak order. Apa lagi terusla order ayam Spicy Sawadee Crunch. Nak rasa macam mana. Pedas ke?? Rasa thailand tu pulak macam mana??? Tau rasa tomyam je..hahahha..Jadi orderla satu set. Taknak order dua set, takut tak sedap. Lagi satu order snack plate, ayam original. Jadi nad dengan mr mafia boleh kongsi-kongsi rasa.

KFC SPICY SAWADEE CRUNCH
KFC Spicy Sawadee Crunch

Ni la dia Spicy Sawadee Crunch. Dalam gambar nampak gah kau..hahaha. Biasalah tu. Spicy Sawadee Crunch, nad ambil yang tiga ketul ayam, ada kentang lenyek dan coslow beserta air lemon. Harga RM13 ada sennya..lupa pulak.

Rasanya pulak, pertama sekalikali tak pedas!!! Ye tak pedas ok!! Mana katanya spicy tu..adoiii. Rasanya cuma dekat kulit je. Dia bubuh banyak rempah dekat kulit sampai rasa kuat sangat. Rasa masam, masin. Banyak giler ajinamoto dia letak kot,..hahaha. Rasa dagingnya, biasa je macam ayam goreng biasa kita beli. Siap makan dengan sos cili akn bagi rasa pedas..hahaha. Nasib beli ayam original, sedap la juga. Lepas ni takkan cuba lagi.

Lepas tu tambah beli, cheesy ball. Takde cheese pun macam yang ditunjuk..hahaha..adoilaa..tapi takpela..asalkan perut kenyang..syukur alhamdulillah..hahaha.
hai assalammualaikum

Brownies Dan Nutella Cheese Tart Dari Fanabakes - Sejak kebelakangan ni, kerap juga brownies lalu dekat timeline, tak kiralah facebook, instagram, twitter pun ada. Kita ni dahla memang tekak suka manis-manis masa mengandung. Suka kek yang berunsur coklat. Bila ramai yang post,mulalh kita terliur nak makan. Tengok yang post semua jauh-jauh belaka, takde delivery Kuala Lumpur area Pandan Jaya. Sedih dah rasanya.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BROWNIES DARI FANABAKES
Nutella Brownies

Jadinya kita carila orang jual kek brownies yang berdekatan dengan rumah nad. Akhirnya jumpa juga satu instagram yang jual brownies dekat area KL. Mula-mula dm, tanya harga sekian-sekian. Ok dia balas. Lepas tu, tak agak, nak order. Masa tu tak berbalas juga, takpela mungkin tengah cuti deepavali. Tunggu jela, sambil-sambil tengok orang post kek brownies ni, kek coklat. Meleleh weii..paham-paham jela bila mak, buyung dah ngidam.

Nutella Cheese Tart

Dan lepas tu, nasib dia balas. Dia kata suh whatsup, cepat sikit. Okla, nad whatsup terus. Dan cakap nak order nutella cheese tart. Teringin nak brownies, tapi order nutella cheese tart, hahahha..sebab harga nutella cheese tart murah. Tu pun kesukaan nad cheese tart ni. Tengok brownies, macam besar, tapi lepas tu dia cakap, dia ada jual brownies murah dengan harga RM20..huisshh apa lagi kita pun orderla, nutella brownies. Harga untuk nutella cheese tart RM 10 / 25 pcs.

Lepas tu cakap ada delivery tak. Dia cakap takde, self pickup. Okla takpela, sebb tempat selfpickup pun dekat KTM Angkasapuri. Dekat la juga dengan rumah. Cakap dengan Mr Mafia, dia ok, takde keje masa tu. Kalau dia cakap tak ok, mesti sedih weiii...dahla ngidam giler-giler.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BROWNIES DARI FANABAKES
Akhirnya dapat juga apa yang diidamkan

Bila dah dapat Nutella brownies dan Nutella Cheese Tart dekat tangan, allahu, bestnya. Balik tu, biasalah, ambil gambar lepas tu terus makan..hahahhaa. Sedap memang sedap. Nutella cheese tart comel-comel je, masuk satu terus dalam mulut. Fariza pun suka. Tak manis sangat, memang sedapla. Brownies pun sedap. Tak manis, memang ngam-ngam la. Hishh..hilang keinginan tu..hehehe..sebab dah dapat.

Korang boleh la usha
Instagram : Fanabakes
Whatsapp : 017-4342950
Facebook Page : Fanabakes
hai assalammualaikum

Seri Soap Tomato - Tomato ni banyak khasiatnya. Tak kira untuk kecantikan dalaman dan luaran. Buah tomato bukan sahaja boleh dimakan, malah boleh dibuat untuk kecantikan. Kalau nak cantik, bahan daripada semulajadi adalah yang terbaik. Macam tomato, nak cantik boleh dimakan, boleh dibuat scrub dan sebagainya. Tapi mesti tak rajin nak buat selalu kan. Jadinya, alternatif lain, nak cepat mestila beli yang dah siap diproses. Tapi pastikan ia dicampur dengan bahan semulajadi. Kalau korang nak, ni nad nak kongsi satu sabun yang bukan sahaja sesuai untuk muka, malah untuk badan iaitu Seri Soap Tomato.

Seri Soap Tomato

Seri Soap Tomato Sabun Merawat Kulit Muka Dan Badan

Seri Soap Tomato ni mampu merawat masalah kulit di muka dan badan. Sabun dua dalam satu ok!! Bukan sahaja perempuan boleh guna, malah orang lelaki pun boleh guna. Ingat perempuan je ke nak cantik, lelaki pun nak cantik tau..hehe. Bolehla belikan untuk suami, tunang, pakwa, ayah, atok korang sekali pakai sabun ni. mesti muka dan badan diaorang bersih nanti..hehee. Nak belikan untuk mr mafia ni nanti..hehee.

Seri Soap Tomato ni merupakan sabun wajah dan badan yang berasaskan tomato dengan kombinasi chia seed, grape seed dan walnut shell untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Nampak tak, campuran dia pun memang best. Meh nad terangkan lagi kelebihan setiap bahan ni.
- Tomato : kulit, isi dan biji buah dirumuskan bersama untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit yang efektif dengan kandungan lycopene, Vitamin A dan C. Berkesan dalam mencerahkan kulit, mengecilkan pori, mengatasi masalah jerawat, kekusaman, melembap dan melembutkan kulit serta mengurangkan lebihan minyak kulit. Melindungi kulit daripada sinaran UV,membantu melewatkan penuaan sekaligus mengurangkan kedutan.
- Chia seed : menjadi agen skrub untuk kulit bertujuan mengembalikan kelembapan kulit kering dan kusam dengan efek pembersihan dalaman.
- Grape seed :  melindungi, merawat dan mencantikkan kulit dengan atntioksida yang tinggi. Bagus untuk mengurangkan kulit berminyak dan mengecilkan pori yang terbuka.

Sabun dua dalam satu ( sabun + scrub ) untuk Muka dan Badan

Seri Soap Tomato merupakan sabun tomato dua dalam satu iaitu sabun dan scrub. Tak perlu dah banyak benda nak cuci muka dan scrub muka. Lagipun boleh digunakan untuk badan sekali. Bestnya, pakai sabun ni, muka korang takkan menggelupas. Takda sakit atau pedih pakai sabun Seri Soap Tomato ni. Muka punjadi lembut, cerah dan berseri tanpa ada kesan sampingan.

Cara pakainya pun mudah.
- gosok sabun dan ratakan di seluruhwajah dan badan yang basah setiap kali nak mencuci.
- sertakan urutan secara perlahan dan biarkan selama tiga minit untuk kesan terbaik.
- Bilas sehingga bersih.

Sabun Seri Soap Tomato ni boleh digunakan tanpa was-was dan ada KKM ye. Sabun Tomato yang diperkaya dengan Vitamin A,C,E, Anti Oksidan serta AHA. Kelebihan Seri Soap Tomato
- Mencerahkan kulit seluruh wajah dan badan secara semulajadi.
- Mengimbangi lebihan minyak
- Menaikkan seri kulit dan mengatasi kulit kusam
- Mengecilkan pori-pori terbuka
- Memberi kelembapan pada kulit
- Menambah nutrien disamping melembut dan menghaluskan kulit
- Mengekalkan keanjalan kulit
- Bebas daripada radiasi UV
- Membuat kulit lebih muda dan segar
- Agen penyejuk dan merawat sunburn serta kulit alergik/ sensitif.
- Menghilangkan daki-daki badan yang dah seharian terkena asap dan habuk

Seri Soap Tomato ni boleh digunakan untuk smeu jenis kulit. Hah!!, macam aman nampak best kan. Hanya dengan Seri Soap Tomato, wajah makin cerah, mulus, segar dan ebbas cel. Boleh guna untuk satu badan. Boleh tengok testimoni mereka yang dah menggunakan Seri Soap Tomato ni.

Kulit Kirang berminyak

Kulit sentiasa lembap


Muka cerah berseri, bebas kimia, bebas jerawat, flawlessdengan Seri Soap. Tak perlu membazir beli celanser mahal sebab ada dah sabun seri soap tomato ni. Kalau korang nak beli boleh order di instagram https://www.instagram.com/seri.sarahhali/, contact 012 214 8807 . Beli sabun ni akan dapat free gift ye.

MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN ANAK

in , , , by Nadia Johari, 21:57:00
hai assalammualaikum

Mengandung Dan Menyusukan Anak Dalam Satu Masa - Masa mengandungkan Fariza, memang nekad nak susukan dia dengan susu badan. Alhamdulillah, impian tu tercapai sampaila sekarang usianya nak masuk dua tahun. Masa tu dah bersyukur sangat, sebab tak sangka, susu badan akan ada dan banyak untuk Fariza. Memang cukup sampai dia kenyang. Macam-macam kita ambil untuk banyakkan susu badan. Minum susu dan ambil suplemen supaya susu sentiasa ada. Tak semua orang bertuah dapat susukan anak, nad bersyukur, nad insan terpilih untuk breasfeeding anak sampai sekarang. Berita gembira buat nad dan mr mafia serta Fariza, bila mana nad disahkan hamil 2 bulan masa bulan puasa haritu. Alhamdulillah.

Kenangan masa dia tembam. Saya minum susu ibu.

Mengandung Dan Menyusukan Anak

Sekarang dah masuk 5 bulan nad mengandung. Masih lagi menyusukan Fariza. Ya!!, Fariza masih mendambakan susu mommy dia..hahaa. Sedap kot susu badan ibu ni. Berkhasiat lagi. Walaupun susu dah tak semeriah macam sebelum ni,tapi dia tetap nak susu ibu dia. Jadi, mommy dia la yang kena kerja keras untuk terus menyusukan Fariza disamping menjaga anak dalam kandungan dengan baik. Memang tak mudah, penat semua ada, tapi sentiasa berdoa dan bermohon kepada yang Maha Esa untuk memberi kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki untuk melalui hari-hari dengan tabah.

Masa dapat tau mengandung, nad memang siap google, cari bahan dan info macam mana nak susukan anak semasa mengandung. Memang tak salah mengandung dan menyusukan anak,bila kita ni tiada masalah sejarah keguguran dan bayi pramatang dan ibu dan bayi dalam keadaan sihat. 

Masa nad cek dekat klinik swasta, nad cakapla " dok, ada kesan ke kalau saya menyusukan anak sedangkan saya mengandung? ".doktor cakap takde masalah kalau ibu dan anak sihat. Tak menganggu pun. Asalkan jaga denagn baik. 

Bila cek bulanan dekat Klinik Kerajaan, nurse cakap suruh berhentikan, sebab takut akan ada kontraksi semasa menyusukan anak. Takut rahim tak kuat yang boleh menyebabkan keguguran atau lahir bayi pramatang. Ok memang cuak bila dengar, tapi tak boleh elak, sebab Fariza memang nak susukan badan.

Lagipun nad dan dengan anak dalam kandungan sihat walafiat. Jadi setakat ni takda masalah bila susukan Fariza.

Nad ingat lagi masa shooting untuk TV1, untuk baju feedmilk, ada seorang ibu tu yang masih menyusukan anak, dia cerita, dia masih menyusukan anak masa mengandung, sebab si abang taknak susu formula. Sampaila dia lepas keluar labour room, dapat jumpa maknya terus susukan si abang tu. 

Dia cerita, jangan risau, sebab susu sentiasa ada, kena percaya dan teruskan sahaja menyusu. Alhamdulillah kandungan semua selamat dan dah keluar pun si adik. Sekarang adik dengan si abang dua-dua masih menyusu badan. Masa tu nad terfikir, mampu ke aku?? Kuatkan semangat, orang lain boleh takkan nad tak boleh kan..

Pipinya..geram haishh..


Tapi pilihan nad, terpaksa ajar Fariza minum susu tepung juga. Sebab biar dia kenyang sikit walaupun dia makan berselera, tapi dia perlukan susu untuk kalsium dan tumbesaran dia. Walaupun nad dah bagi susu dutch lady dekat dia, tapi dia masih nad susu mommy dia. Bukan selalu dia nak susu dutch lady tu. sebab tu nad kena strugle sikit.

Perubahan nad alami sekarang, bila susukan Fariza, nipple nad sakit. Ya, terasa sakit sangat!!. Rasa dia macam niple kita luka msa mula-mula dulu susukan Fariza. Aduh, setiap kali dia nak susu memang seriau..hahaa. Pastu tanya akak, " kenapa erk sakit"..dia cakap masa hamil, breast ibu tengah alami perubahan. Nak usap pun sakit..hahhaa. Macam ni rupanya. Nak taknak demi kebaikan anak, nad susukan jela, walaupun sakit.

Breast Masih Bengkak

Sekarang, nad sentiasa makan cukup. Makan makanan yang berkhasiat untuk Fariza dan adiknya. Pernah terjadi, Fariza tak susu badan sebab tekak dia sakit, ada putih-putih dekat lelangit, pulak tu dia demam masa tu. Memang dia sakit bila menelan. Taknak susu sebab takut telan. Habis bengkak breast nad. Macam tak caya bila dia tak susu, breast nad masih bengkak. 

Masa tu dah mengandung pun. Adoii sakit giler bila bengkak. Paham-paham jela ye. boleh demam tau tak!!..Sebelum ni nad memang direct menyusu je bagi Fariza, tapi ni terpaksa pam sebab dia ada masalah tu. Lepas tu kaka suruh bagi ais. HAh!!, bagila dia ais. Alhamdulillah, kurang, dan dia menyusu. Fuh legaaa!!...

Sebab tu nad masih teruskan Fariza dengan menyusu. Nad suka susukan Fariza sebab bila dia menyusu, dia kurang sakit, takda alahan, berak pun ok. Memang nad tengok dia kuat sangat, jarang sakit melainkan bila balik kampung, ada sepupunya demam, biasalah akan berjangkit.. Bila dia kurang sakit, maka jimatlah duit ubat, dan mudah jaga Fariza ni.

Kita dah banyak akal sekarang. Nak jadi kakak dah

Memang sampai sekarang dia masih menyusu walaupun dah minum susu formula. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik sebab susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan anak, susu ibu mudah dihadam dan susu ibu melindungi anak kita daripada bakteria dan jangkitan lain. Nad harap, keluar adik Fariza, nad mampu susukan adiknya macam mana susukan kakaknya Fariza. Amin..sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak.

JALAN-JALAN TASIK AMPANG

in , by Nadia Johari, 22:16:00
hai assalammualaikum

Jalan-Jalan Tasik Ampang - Jarang bawak Fariza jalan-jalan. Bila ada masa terluang, bukan main suka lagi dia. Haritu mr mafia tak sibuk dan takda aktiviti. Jadinya dia ajak la pergi keluar. Ingat pergi mana, rupanya pergi ke Tasik Ampang. Lama dah ajak mr madia jalan-jalan sini bawak Fariza petang-petang tapi ada je kejenya. Bila ada masa, baru dapat singgha. Tasik Ampang dekat je dengan rumah. Fariza sukala tempat-tempat macam ni. Lagi ada taman permainan.

Fariza gayat naik ni..hahaa..

Tak sabar nak menggelongsor

Tu dia macam orang besar bila gelongsor

Nampak je taman permainan, terus lari. Kita la yang kene ikut lari. Dia ingat dia dah besar, nak panjat sana sini sendiri..haish budak ni. Kita ni yang kena main sekali sambil jaga dia. Biar dia enjoy sepuasnya. Sebab bukan selalu dapat datang kan..hehehe.

Main kuda pulak

main sendiri

main dengan kawan-kawan. Mommy pulak yang cuak tengok dia main

suka dia

hah!!,..mukanya..gigit kang

Taman permainan bukan satu tempat je, tapi banyak tempat. Tapi mesti kesemua tempat ramai budak..hehee.Dah namanya tempat mainan, mestila ramai budak kan.

Yang paling geramnya, bila anak warga asing main permainan dekat taman tu. Main ganas betul. ada tu kecik lagi, dibiarkan main sendiri-sendiri. Maknya tengah bercerita, "cok cet, cok cet"..haishh..kita yang tengok pun seram. Jagalah anak ni oii. Ada tu pulak, membuli budak melayu oii. Masa tu nad tengah jaga Fariza, tapi nad perasanla. Mr mafia pulak dekat sebelah budak yang kena buli tu. sekali datang budak warga asing dekat budak tu cakap " nak kena tumbuk ke apa"..budak tu cakap "kenapa cari pasal dengan aku je"..apa lagi mr mafia soundla. Lari laju budak warga asing tu.haishh..nak tunjuk hebat pulak datang sini.

Jalan-jalan pusingan Tasik Ampang

Tasik Ampang ni besar juga. Kalau larat bolehlah jalan satu pusingan. Macam buat aktiviti joging, beriadah dengan keluarga, santai dekat Tasik Ampang ni memang syok. Ada je pondok-pondok nak duduk akalu penat berjalan. Petang-petang ramai orang la beriadah. Jadi macam-macam gelagat orang ada. Banyak je kemudahan dekat sini.

Kenangan Mommy dan Daddy majlis di Kuala Lumpur

Ada juga dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk apa sahaja aktiviti yang hendak dijalankan. Kalau korang nak tau, dewan dekat Tasik Ampang ni la tempat nad dengan mr mafia punya mjlis di Kuala Lumpur..hahaa. Bila tengok dewan, teringat kembali masa adat bertandang..hahaha. Rasa nak putar balik je..eh..nak baca kenangan bertandang, boleh la klik ni http://miszrockers.blogspot.my/2014/05/27-april-2014-majlis-menyambut-menantu.html

Dekat Tasik Ampang pun ada kedai makanan. Jadi siap-siapla bawak duit. Kot lapar atau haus, boleh datang singgah kedai makanan yang korang suka.

tengok air tu, nak sangat..mukanya..

Nak air, nak airr

Er,mm sedapnya dapat air

Nyum, nyum, nyum

Hahha, terus sengih..

Seronok mommy tengok dia makan ais je pun..hahaa..

" mOmmy nak, nah buka mulut, Fariza suap "..hahhaa

Reaksi Fariza, memang mencuit hati. Semuanya ni kenangan.

Sebenanrnya,, gambar ni dah lama, masa umur dia setahun lebih. Baru nak dapat kaki, syokla dia berlari. Gambar baru siap, sekarnag baru nak up entry..ehhe. Takpela, asalkan jadi kenangan di blog kan.

BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY

in , by Nadia Johari, 18:27:00
hai assalammualaikum

Bila Suami Dapat Rasa Tendangan Baby - Bagi isteri, ibu yang mengandung ni, pengalaman merasai tendangan anak dalam perut memang sesuatu yang sangat istimewa. Yela, ada yang bernyawa di dalam perut tengah berguling-guling sampai geli dibuatnya. Bagi ibu yang mengandung, mungkin perasaan ni sudah biasa dirasai dan diketahui apabila mengandung. Lagi kalau anak, pertama, teruja habis. Tapi bagi si suami memamg susah nak rasai atau nampak pergerakan baby ni kan??..hehehe..

Ingat lagi masa lahirkan Fariza, memang aktif bergerak, samalah macam adik dia ni, aktif sungguh. Tapi masa Fariza, daddy dia pegang perut, Fariza diam je dalam perut. Taknak tunjukkan apa-apa reaksi. Malu kot dengan daddy..hahaha.. shy, shy gitu. Setiap kali daddy pegang, dia senyap. Eheh, tapi dah keluar dari perut mommy, dah besar, taknak pulak berenggang dengan daddy ye..hehehe.

BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY
Lena tidur di pangkuan daddy..daddy pertama kali dapat rasa tendangan anak di perut untuk adik Fariza

Berbeza mengandung kali ni, mr mafia sungguh bertuah semalam. Sebab buat pertama kalinya, dia dapat rasai tendangan baby..hahaha. Biasalah, masa kita rehat, waktu tu la dia nak bergerak sakan. Mr mafia pun duduk sebelah. Mula-mula dia usap perut juga tak da ape. Lepas tu, nad suruh dia pegang lagi perut nad, duduk diam tangannya dekat perut. Lepas tu tiba-tiba, " dukk"..tendangan kuat dia bagi..hahahahahaha..Mr mafia terkejut siap buat reaksi muka, lepas tu cakap " kuatnya dia tendang "..hahaha..sabar jela. Nad dah tergelak.

Mesti perasaan dia macam kita la mula-mula rasa tendangan baby. Tapi tak tunjuk sangat..ceh. Takde la lepas tu dia nak rasa lagi. Dia sambung main game..haishh sabar jela. Ingat nak rasa lagi. Mr mafia kita memang macam tu...hahaha..

Sekurang-kurangnya, tu la pengalaman pertama mr mafia, suami ku dapat rasa tendangan baby. Dia tak nampak lagi baby bergerak..hahaha..
hai assalammualaikum

Jangan Terlalu Manjakan Dan Terlalu Garang Dengan Anak - Sebelum ni, takda anak, nad tengok ibu bapa layankan anak ada yang dimanjakan sangat dan ada yang terlalu garang sangat. Terjadi depan mata juga setiap hari..hahaha. Kalau sebelum ni, nad dah fikir, kalau ada anak,taknak buat macam diaorang buat. Tapi bila ada anak sendiri,, baru tau nak ajar anak ni bukan senang. Nak bagi dia dengar cakap kita, dan taknak terlalu manjakan dia sebab takut dia akan naik kepala. Jadi, nad belajar sikit-sikit cara nak balancekan manja dan garang dengan anak ni.

Semua orang sayangkan anak mereka sendiri tetapi jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan sehingga anak menjadi kurang ajar,degil dan taknak mendengar kata. Garang pun tak boleh terlalu garang, sebab dia akan takut dengan kita atau bila besar, dia lawan cakap kita balik, sebab kita dah selalu nampak sifat garang tu dari kecik. Budak-budak kan akan tiru apa ibu bapa dia buat dari kecik lagi.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Budak dengar kata. Datang tantrum tak layan..hahaa

Kita garang sebab dia lakukan kesalahan, tapi lepas tu kita pujuk dia balik dengan suara lembut. Jadi dia akan dengar apa kita nak dia buat, jangan buat apa yang tak patut.

Manja Dan Garang Perlu Seimbang

Macam Fariza, yup, kadang nad garang dengan dia, bila dia buat benda yang nad tak suka. Memang kadang nad pukul, nad cubit, tapi takdela kuat, bila dia buat salah. Yup dia akan nangis, tapi lepas tu nad cakap lembut, ni macam ni, ni tak boleh, ni kemas balik, jangan campak barang. Benda ni tak boleh sekali, kena berkali-kali biar dia ingat. Alhamdulillah, Fariza memang dengar kata.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Berdikari sendiri

Sebenarnya, sebelum ni pun nad manjakan Fariza sangat, tapi mr mafia yang didik dia dengan cara betul, dengan cara garang tapi dalam masa sama sayang dia. Bukan garang, tapi endahkan dia. Takut besar dia tak jadikan mak ayah ni sebagai kawan. Kang meluahkan perasaan dengan kawan luar. Lagi susah kan. Biasalah naluri, mak-mak, akan sensitof, nangis bila tengok anak kena marah, tapi kena paham juga kenapa kita buat macam tu.

Hukum mereka jika mereka melakukan kesilapan seperti memukul,tidak mendengar cakap atau melawan,meninggikan suara,merampas mainan orang atau lain-lain lagi. Dengan menghukum,tidak bererti tak sayang anak,malah jika sayang anak lah harus mendidik mereka supaya mereka membesar dan mempunyai akhlak yang baik dan bagi pengajaran pada mereka.

Paling penting adalah anak kita belajar erti tanggungjawab. Mereka tak tahu yang setiap yang berlaku akan kesan dan akibatnya, tapi apabila mak ayah tak tunjukkan akibat dan kesannya, macam mana anak nak tahu kan? Contoh, Fariza, masa makan, lap dekat baju, mr mafia ajar, lap dengan tisu, sampai sekarang bila tangan kotor, dia dah tau nak mintak tisu. Kadang dia terlupa, kita ibu bapa ingatkan balik. Kalau dia tumpahkan air, nad suruh Fariza lap, sambil tu nad lap sekali. Dia akan ikut. Sampaila sekrang dia nak lap sendiri air yang dia tumpahkan.

Lagi satu sifat tantrum bila tak dapat apa dia nak. Macam mainan ke apa. Budak-budak mesti akan nangis atau meraung bila tak dapat apa dia nak. Tapi, bila ajar jangan terlalu manjakan apa dia, dan cakap " no"..terus jalan je ..nanti dia tak meminta. Macam Fariza bila benda tu tak elok, tak ptut makan atau beli, kita suruh letak, alhamdulillah, dia dengar dan letak barang tu. Setakat ni dia takde tantrum atau menangis teruk. Suara ibu bapa kena tegas.

Lagi satu, dia boleh belajar berdikari waktu kecil ni. Dari setahun dah ajar dia, kemas barang, masukkan baju kotor dekat sepatutnya. Bila tengok balik, syukur sangat-sangat.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Besar jadi orang berguna

Bahaya sebenarnya kalau kita terlalu manjakan anak nie. Takut nanti apabila besar, mereka akan terikut-ikut perangai masa kecil. Janganlah ibu ayah fikir yang ‘ala, mereka masih kecil. Tak tahu apa-apa. Nanti dah besar tahulah tu nak buat’. Tapi, kalau dari kecil tak didedahkan dengan perkara-perkara sebegini, macam mana mereka nak tahu bila dah besar nanti kan?

Seboleh-bolehnya, tunjukkanlah contoh tunjuk ajar dari mereka kecil lagi kerana ia mengambil masa yang lama untuk anak kecil kita faham apa yang perlu dilakukan. Kita tak boleh expect hanya ajar sekali dan anak kita faham, tapi kita kena ulang-ulang sampailah ia lekat dalam minda mereka itu yang patut dilakukan.

MAKANAN SUPLEMEN: PILIH DENGAN BIJAK

in , , by Nadia Johari, 00:43:00
hai assalammualaikum

Makanan Suplemen : Pilih Dengan Bijak - Disebabkan nak amalkan gaya hidup sihat hari ini terutama daripada aspek pemakanan sihat, ramai yang bergantung kepada makanan tambahan seperti pelbagai jenis pil vitamin atau tablet suplemen.

Suplement Untuk Kesihatan

Banyak produk suplement yang dijual di pasaran. Namun ada juga yang menjual suplement tiruan bagi mengaut keuntungan.  Nak ambil suplement boleh, tapi kita sebagai pengguna, mestilah memilih dengan bijak.

Adakah Suplemen Satu Keperluan??

Makan makanan berkhasiat

Mengambil suplemen memang ada bagusnya tapi perlu digabungkan dengan perubahan gaya hidup sihat yang lain. Kalau terlalu obses memang sangat bahaya. Nad kongsi beberapa panduan mengambil suplemen.

1) Memenuhi Keperluan
Sebelum mengambil pil vitamin, pastikan korang mengamalkan gaya hidup seperti amalm diet sihat, senaman, dan sebagainya.

2) Perhatikan Label
Dapatkan maklumat mengenai suplemen dan buat keputusan bajet, kawalan kualiti dan faktor-faktor penting sama ada produk berkenaan mengandungi gluten, sodium dan sebainya. Selalunya produk suplemen akan mengatakan produk mereka mampu menyihatkan jantung, selamat semasa hamil dan kanak-kanak, tiada wangian, tiada gluten,bebas merkuri dan macam-macam lagi. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih suplemen.

3) Waktu yang sesuai
Selalunya ambil suplemen ni sebelum makan. Untuk nampak lebih keberkesanannya. Atau sebelum tidur, sebab waktu malam badan kita tengah rehat.

4) Dapatkan nasihat doktor
Nak lebih selamat, perlulah dapatkan nasihat doktor. Supaya tiada apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Kadang doktor akan sarankan apa yang perlu kita ambil dan tak perlu.

Ok, korang, boleh je nak ambil suplemen, tapi kena la hati-hati ye.



hai assalammualaikum

Terapi Al-Quran - Dalam Agama Islam, membaca doa merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dan berpasrah kepada Allah SWT. Salah satunya yakni pada saat ditimpa musibah seperti terserang penyakit.

Alquran adalah kitab suci kaum muslimin. Seperti kita tau, Al-Quran adalah perkataan Allah swt yang diberikan kepada nabi besar Muhammad saw sebagai mukjizat beliau, alquran diturunkan dari Allah melalui perantara malaikat-Nya, Jibril. Dengan membaca Al-Quran insyallah dapat menyembuhkan penyakit.

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

in , by Nadia Johari, 17:49:00
hai assalammualaikum

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil - Kalau tak mengandung memang takkannya nak merasa naik berat badan..hahhaa. Masa sebelum lahirkan Fariza, berat nad 38kg. Lepas tu, mengandungkan Fariza, dapatla merasa naik 1 kg setiap bulan, tapi yang pasti bukan berat kita naik, sebab ada baby dalam perutbeg yang membesar juga. Tapi teruja la bila naik..haha. Paling berat 58kg, eh lupa pulak masa usia kandungan 9 bulan.

Berat 34.9kg menyusukan anak

Lepas bersalin turun balik semula, kembali normal bawah 40kg. Dan haritu pertama kalI timbang masa bercuti dekat Perak, hotel tu ada penimbang, apa lagi timbagla. Terkejut berat kita 34kg je weii..hahaha. adoii..Fariza pulak menyusu badan. Habis dia sedutyang lemak kita.

Sekarang mengandung lagi, selalu naik 1kg, tapi haritu cek naik 2 kg. Nafsu makan time mengandung memang tak boleh elak. Sebab tu naik mendadak..hahaha. Takpela, janji mak dengan anak sihat. Haritu kena amik darah sebab berat kurang daripada yang dia nak. Yela berat 34kg. Takut nanti bayi dilahirkan pramatang atau saiz berat bayi yang ringan dan kecil.

Haritu checkup dah naik 40kg. Penambahan berat pasti berlaku. Tipula maintain je berat kan..hahaha. Takyahla nak jaga badan masa mengandung. Lepas bersalin baru boleh jaga. Penambahan berat badan penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahim, penambahan saiz organ-organ ibu untuk menyokong proses kehamilan.

BMI berat badan dan penambahan berat badan yang disyorkan

Setiap perempuan memang berbeza berat bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan BMI . Masalah mengandung ni, kalau terkurang pun tak boleh, terlebih pun bermasalah. Yela, takut ada komplikasi kehamilan yang tinggi antaranya kencing manis, dan tekanan darah tinggi. Lagi masalah jika ada diabetes. Takut masa bersalin, kena bersalin secara ceaser dan anak bersaiz besar. Bila jadi macam tu, kene kerap buat pemeriksaan untuk menjaga kesihatan bayi dan ibu mengandung.

Makin membesar perut, makin perlu penambahan berat badan. Paling tak pun naik la 1 kg ke 2 kg..jangan lelebih..hahaha. Yang penting makan makanan yang berkhasiat adalah kunci bagi penambahan berat yang terkawal. Makan untuk dua orang tak bermakna makan boleh makan sesuka hati.okk..

Mana yang terlebih berat sebelum hamil, sila ambil langkah untuk kurangkan berat badan, yang terkurag tu, berusahala naikkan berat badan. Nad ni pun jaga pemakanan juga.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2