hai assalammualaikum

Fariza Pertama Kali Pergi Zoo Negara - Harini baru nak update pasal bawak anak jalan-jalan pergi Zoo Negara sempena birthday dia...hehee. Ni pun dah rasa lambat sangat updatenya. Tak boleh lambat-lambat, kang lupa keseronokan masa tu..hahaa. Hari Isnin haritu bersamaan 23 Oktober, ialah hari lahir Fariza yang ke dua tahun. Dua tahun dah anak sulong nad ni. Jadi, masa harijadi dia, mr mafia iaitu daddy dia, dah janji nak bawak Fariza pergi Zoo Negara, nak tengok binatang.

Ni pertama kali Fariza pergi ke Zoo Negara. Nad suka bawak dia keluar pergi tempat macam ni, sebab dia suka sangat tengok binatang, walaupun di atak kenal lagi. Masa ni la kita bagi tunjuk ni haiwan apa, itu haiwan apa. Kita ajar dia mengenal dan menyebut haiwan..hehee. Memnag malam tu nad sendiri tak sabar nak pergi Zoo, nak tengok rekasi dia macam mana nanti dekat sana..hehe. Fariza ni jenis excited macam mommy dia bila dapat pergi ke tempat sesuatu yang jarang pergi.

Pagi tu nad bangun awal, siapkan apa yang patut sementara Fariza masih tidur. Dah siap separuh, tiba-tiba budak ni bangun. Terpaksa layankan dia dulu. Sambil buat sarapan untuk dibawa ke Zoo Negara.Tau nanti mesti lapar punya budak ni denagn daddy dia. ala masak kentang goreng dengan sosej je. Lepas siap semua, mandikan dia dan siapkan dia. Nad awal-awal dah siap mandi, makeup smeua..hahaa. Ni la rutin mak-mak bila nak keluar. Kena siap dulu, pastu siapkan yang lain. Dah selesai semua, bersiapla nak ke Zoo Negara. Zoo Negara dekat je dengan rumah nad, ambil masa tak sampai setenagh jam pun..ehhee. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi tak silap. Lupa la pulak..


Pergi Hari Isnin, memang tak ramai orangla kan. Orang pun dah mula bekerja, budak dah sekolah..ehehe. Jadi zoo haritu kami punya..tapi ada je orang datang juga waktu tu, tapi takde la ramai. Takdela sesak-sesak. Parking pun senang.

Tiket masuk Zoo Negara

Sampai sana je, Fariza dah excited. Dia cakap " Wahhh!! "..hahaa. Itu la perkataan dia bila seronok. Sampai je ambil la gamabr sikit-sikit dekat bahagian luar. Hah!!, kalau nak tau harga tiket sekarang, sila tengok dekat gambar yang nad ambil ni untuk panduan korang.



Bestnya, tiket masuk ni, boleh dah masuk ke tempat rumah panda sekali. Tak payah beli tiket-tiket lain dah. Untuk Fariza free la. Nampak mahal, tapi bukan datang selalu. Ni pun dah lama tak pergi. Dulu pergi masa mengandungkan Fariza. Sekarang Fariza dah dua tahun, baru dapat pergi lagi..ehhee. Bagi keseronokan dekat anak.

Jom Mengenal dan Menyebut Haiwan

Pertama sekali masuk dekat tempat Rama-rama. Masa dia masuk ada labah-labah besar. Labah-labah tipu./hahaa/ Penakut juga rupanya. Ingat berani. Lepas tu terus tarik masuk tengok dekat binatang kecik, macam belalang, lipas. Satu-satu kita tunjuk. Ajar dia sebut dan kenal haiwan. Dia ikut..hehee.




Lepas tu masuk ke kawasan rama-rama. Dekat situ nampakla rama-rama berterbangan. Tapi masa pergi macam tak banyak je rama-rama dah..huhuhu.










Lepas tu pergi ke tempat zirafah. Teringat Kwang soo..hahaa..asal ke zirafah ingat Kwang Soo. Fariza tengok tingginnya Zirafah ni..hehee.





Lepas tu ke kawasan burung. Berani betul budak ni nak dekat dengan burung. Burung tu yang takut dengan dia. Seronok dia.


Ada tu ke tempat rusa. Siap belai lagi rusa tu..hahaa. Lepas dah dapat pegang, nak pegang lagi dan lagi..mommy tengok enjoy je anak buat apa..hahaa. Nad yang tak berani dekat..hahaaa.



Sepanjang jalan-jalan dekat Zoo ni, memang dia jalan kaki. Tak pakai stroller ke apa. Sebab dah biasa dari kecik tak pakai stroller. Kitaorang lepaskan dia jalan ke mana. Tapi kitaorang mommy dan daddy ada tengokla,..ehhee.




Banyak haiwan dia dapat tengok masa tu. Lepas tu sibuk jugakla, tengok apa daddy dia ambik gambar. Masa dekat kandang Harimau, nad ajar dia sebut harimau, dia  sebut "aaiimau"..bila tengok gambar daddynya, dia dah kenal dah tu harimau.




Lepas tu masuk dekat rumah panda. Tak perlu beli tiket lain, sebab dah sekali masuk denagn tiket masuk tadi. Rezeki Fariza nak tengok masuk panda. Tapi sayangnya, waktu tu panda tu baring je, lemau je..Lor..hahaa..Mungkin rindu dekat anaknya yang dah dibawa balik. Bestnya tempat tu sejuk..hahaa. Rasa nak lama-lama je dalam tu. Tapi kena ada dekat situ 20 minit je.


Selesai keluar, maka ada la kedai jualan panda. Harijadi Fariza kan, daddy dia belanja beli barangan panda. Biorla, dah daddy dia nak belikan. Dalam banyak-banyak barang, dia boleh ternampak kereta mainan dekat situ..lor..Daddy nak belanja barang mahal, awak pilih yang kecik je Fariza..haha. Daddy belikan topi, dan baju panda. Birhtday girl kan.



Haritu sehari suntuk kitaorang dekat Zoo Negara. Memang penat la pusing satu Zoo tu. Ada yang dah tutup sebab dah petang sangat..hehe. Balik tu dia dah mintak dukung. Nad tak larat, jadi daddy dia yang dukung. Dekat dukungan daddy, cerita-cerita, borak, nyanyi, last-last tertidur..hahaa. Nampak sangat dah penat. Memang cara dia, kalau dah penat mintak dukung. Nasib masa nak balik dah baru dia mintak dukung.


Nampak sangat penatnya, sampai tak sedar dah. Tengok la dia punya lena macam mana. Memang dari balik sampai malam, tidur je tak sedar dah..hahaa. Kepenatan melampau. Yang penting Fariza enjoy. Happy for you Fariza.


Nak tengok gambar cantik..tunggula daddy dia edit..hahaa. Ni layan video dia pergi Zoo haritu.


BUKAN DUTA CUMA PENGGUNA

in , by Nadia Johari, 18:42:00
hai assalammualaikum

Bukan Duta Produk - Haritu ada seorang kawan blogger bagitau nampak nad dekat Watson. Siap bagi gambar lagi..hehee. Terkejut kita, bila dia bagi gambar tu..hehe. Sebab nad tau, memang muka nad akan dipaparkan dekat produk tu. Tapi tak tau bila. Bila kawan tag, eh dah keluar erk..hehe. Walaupun ada gambar nad dekat produk tu, tapi nad bukannya duta produk tapi nad pengguna produk tersebut. Nad tersenyum bila kawan nampak gambar kita dekat produk tu, macam duta pulak..eh..berangan takpe..hehehe.

Rakan blogger pertama Mieza S  yang nampak dulu

Hah!!, nak tau gambar apa yang diaorang nampak dekat produk tu. Hah!!, tu la dia, gambar nad sebagai pengguna memberi pendapat tentang Garnier Micellar Cleansing Water. Kawan nad ni nampak dekat Watson. Jadi korang boleh beli Garnier Micellar Cleansing Water ni dekat Watson, dapatkan sekarang ye..hehee. Bukan seorang yang nampak gambar nad dekat produk ni, ada kawan nad lain dah nampak. Cuma nad sendiri je belum nampak muka nad sendiri dekat produk ni..hahaha. Nak juga kan tengok muka kita, terpampang dekat produk ni. Tersengih bila tengoknya. Memang best pakai Garnier Micellar  Cleansing Water ni. Terbaik..Muka nad elok je pakai pencuci makeup Garnier ni.

Rakan blogger kedua yang nampak Auni Afiqah

Adik Farah pun ada nampak

Untuk kebersihan muka, nad memang titiberatkan. Sekarang muka dah elok daripada jerawat dan pulih sedikit demi sedikit. Nak tumbuh pun dah takda sangat. Sebab tu sebelum cuci muka, nad akan bersihkan dulu dengan pencuci muka. Sebab muka ni sentiasa penuh dengan habuk. Kalau pakai makeup, bukan 100% hilang aklau cuci terus. Wajib pakai pencuci makeup dulu, baru basuh dengan pencuci muka. Pastikan muka sentiasa bersih-sebersihnya.

Sebelum dapat sponsor produk Garnier Micellar Cleansing Water ni, nad memang dah beli sendiri dan dah guna penanggal makeup Garnier ni. Sebab terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah promote. Ada nad buat entry dekat link nad bagi ni. Korang boleh baca PENANGGAL MAKEUP GARNIER JENIS AIR. Lagipun Garnier ni jenis air, jadi kalau malas nak cuci muka pun boleh je cuci dengan ni sahaja.

Lepas tu rezeki dapat sponsor produk Garnier Micellar Cleansing Water ni. Syukur sangat. Disuruhnya buat video menggunakan Garnier Micellar Cleansing Water ni. Nad pun buatla sebaik mungkin. Ramai yang suka pakai penanggal makeup Garnier ni. Dan dia cakap, muka nad akan dipampang di setiap produk Garnier Micellar Cleansing Water ni. Tu la yang diaorang nampak muka nad..hehee. Sejak jadi blogger ni banyakla pengalaman manis yang nad lalui, yang nad sendiri tak sangka. Tapi bukan senang nak jadi blogger sampai ke tahap yang kita sendiri tak sangka akan capai. Kena usaha ok. Bertahun juga nad usahakan blog bagi orang nampak.

Sebagai blogger, nad akan kongsi apa yang nad guna dengan sebaik mungkin. Nad nak pengguna baca dan rasai apa yang nad rasa. Bagus produk tu, memang bagusla ia. Dari dulu dah suka menulis dan buat diari dekat buku. Sekarang, nad buat cerita dan berkongsi dengan pembaca di luar sana. Bangga bila jadi blogger ni. Banyak benda nad belajar, dari zero ok. Sekarang masih lagi belajar dalam dunia blog.


SELAMAT HARI LAHIR FARIZA

in , by Nadia Johari, 22:47:00
hai assalammualaikum

Fariza Dua Tahun - Semalam 23 Oktober hari lahir anak sulong kita, siapa lagi kalau bukan Fariza Nafisah. Setiap hari kira umur dia, nak tengok dia membesar..hahaha. Semalam dia dah dua tahun. Ya Allah, macam baru haritu nad lahirkan dia. Bawak dia dalam kandungan selama 9 bulan lebih. Terlbih overdue, Fariza taknak keluar dari perut mommy. Pertama kali rasa sakit nak bersalin. Pertama kali masuk labour room. Pertama kali meneran nak keluarkan anak. Semuanya pertama kali bagi nad. Dan paling tak sangka, pertama kali kena jahit dua kali sampai kena masuk operation. Memang pengalaman yang takkan dilupakan.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Fariza selepas keluar dari perut mommy

Tak susah pun nak keluarkan Fariza dari perut mommy. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ni la Fariza masa lahir. Muka suci murni je..hehee. Comel je. Geram mommy. Tengokmata macam sepet. Tengok macam bulat. Bau baby best betul. Duduk hospital 5 hari, sebab masa nak keluar wad Fariza demam pulak. Dugaan datang, takpela, mommy tabah demi anak mommy. Tapi awak kuat sayang, kuat sangat. Awak dengar cakap mommy suruh kuat, suruh baik cepat, dan akhirnya kita dapat keluar hospital selepas 5 hari.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Kecik, sebab sakit

Kecik comel je awak, dah masuk sebulan. Masa ni awak sakit, asyik menangis je. Salah mommy jugak kot, sebab leher awak terkehel. Mommy tak tau nak buat apa. Badan awak kejap panas, kejap sejuk. Nasib Allah temukan dengan seorang nenek tukang urut yang tau pasal urat-urat ni. Nenenk urut, awak menangis, mommy tengok pun menangis. Mommy tau sakit, tapi nak kena baik sayang. Alhamdulillha, awak kembali sihat dengan urutan tu.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Pandang pemandangan Kl di Kl Tower

Awak semakin debab dan montel. Mommy suka tengok awak sihat sayang. Sejak tu mommy janji takkan sakiti awak lagi. Mommy jaga elok-elok. Mommy bagi susu badan biar awak sihat selalu.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Bila dah pandai

Awak makin membesar, makin lama makin pandai dan banyak akal. Pandai merangkak, pandai berdiri, pandai berjalan. sikit-sikit awak tunjuk perubahan. Mommy suka awak membesar depan mommy. Mommy puas jaga kamu sayang.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Dengan pakwa mana tu

Setahun sudah. Setiap moment tu amat berharga.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Main pasir di Pulau Pangkor

Dari setahun, sekarang dah dua tahun. Awak dah pandai cakap sikit-sikit. Dah pandai panggil mommy "mama"..tak kisahla, asalkan ada panggilan..hahaa. Dah pandai menulis, dah pandai tengok semua benda. Yang ni mommy kena jaga awak betul-betul. Mommy nak awak jadi orang yang berguna bila besar nanti.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Semoga menjadi anak yang berguna

Macam-macam reaksi awak sekarang yang buat mommy tersenyum. Bila ada benda sedih, awak yang gembirakan mommy. Awak bakal jadi kakak lepas ni. Smeoga menjadi kakak yang baik kepada adik ye. Mommy dan daddy doakan awak jadi budak baik, budak budak dengar kata, budak bijak, budak cantik dan semuanya la. Semoag Allah memberkati hidupmu. Amin.

KFC SPICY SAWADEE CRUNCH PELIK RASANYA

in , by Nadia Johari, 17:45:00
hai assalammualaikum

KFC Spicy Sawadee Crunch - Haritu dekat rumah, air takda, jadinya kita makan dekat luar la. Nak masak tak boleh. Kali ni nad yang belanja. Bosan dah makan nasi, kita makan KFC jela. Pergila KFC Desa Pandan.

Tak tau pulak KFC ada menu ayam baru. Jarang nampak kat iklan. Nampak pun masa nak order. Apa lagi terusla order ayam Spicy Sawadee Crunch. Nak rasa macam mana. Pedas ke?? Rasa thailand tu pulak macam mana??? Tau rasa tomyam je..hahahha..Jadi orderla satu set. Taknak order dua set, takut tak sedap. Lagi satu order snack plate, ayam original. Jadi nad dengan mr mafia boleh kongsi-kongsi rasa.

KFC SPICY SAWADEE CRUNCH
KFC Spicy Sawadee Crunch

Ni la dia Spicy Sawadee Crunch. Dalam gambar nampak gah kau..hahaha. Biasalah tu. Spicy Sawadee Crunch, nad ambil yang tiga ketul ayam, ada kentang lenyek dan coslow beserta air lemon. Harga RM13 ada sennya..lupa pulak.

Rasanya pulak, pertama sekalikali tak pedas!!! Ye tak pedas ok!! Mana katanya spicy tu..adoiii. Rasanya cuma dekat kulit je. Dia bubuh banyak rempah dekat kulit sampai rasa kuat sangat. Rasa masam, masin. Banyak giler ajinamoto dia letak kot,..hahaha. Rasa dagingnya, biasa je macam ayam goreng biasa kita beli. Siap makan dengan sos cili akn bagi rasa pedas..hahaha. Nasib beli ayam original, sedap la juga. Lepas ni takkan cuba lagi.

Lepas tu tambah beli, cheesy ball. Takde cheese pun macam yang ditunjuk..hahaha..adoilaa..tapi takpela..asalkan perut kenyang..syukur alhamdulillah..hahaha.
hai assalammualaikum

Brownies Dan Nutella Cheese Tart Dari Fanabakes - Sejak kebelakangan ni, kerap juga brownies lalu dekat timeline, tak kiralah facebook, instagram, twitter pun ada. Kita ni dahla memang tekak suka manis-manis masa mengandung. Suka kek yang berunsur coklat. Bila ramai yang post,mulalh kita terliur nak makan. Tengok yang post semua jauh-jauh belaka, takde delivery Kuala Lumpur area Pandan Jaya. Sedih dah rasanya.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BROWNIES DARI FANABAKES
Nutella Brownies

Jadinya kita carila orang jual kek brownies yang berdekatan dengan rumah nad. Akhirnya jumpa juga satu instagram yang jual brownies dekat area KL. Mula-mula dm, tanya harga sekian-sekian. Ok dia balas. Lepas tu, tak agak, nak order. Masa tu tak berbalas juga, takpela mungkin tengah cuti deepavali. Tunggu jela, sambil-sambil tengok orang post kek brownies ni, kek coklat. Meleleh weii..paham-paham jela bila mak, buyung dah ngidam.

Nutella Cheese Tart

Dan lepas tu, nasib dia balas. Dia kata suh whatsup, cepat sikit. Okla, nad whatsup terus. Dan cakap nak order nutella cheese tart. Teringin nak brownies, tapi order nutella cheese tart, hahahha..sebab harga nutella cheese tart murah. Tu pun kesukaan nad cheese tart ni. Tengok brownies, macam besar, tapi lepas tu dia cakap, dia ada jual brownies murah dengan harga RM20..huisshh apa lagi kita pun orderla, nutella brownies. Harga untuk nutella cheese tart RM 10 / 25 pcs.

Lepas tu cakap ada delivery tak. Dia cakap takde, self pickup. Okla takpela, sebb tempat selfpickup pun dekat KTM Angkasapuri. Dekat la juga dengan rumah. Cakap dengan Mr Mafia, dia ok, takde keje masa tu. Kalau dia cakap tak ok, mesti sedih weiii...dahla ngidam giler-giler.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BROWNIES DARI FANABAKES
Akhirnya dapat juga apa yang diidamkan

Bila dah dapat Nutella brownies dan Nutella Cheese Tart dekat tangan, allahu, bestnya. Balik tu, biasalah, ambil gambar lepas tu terus makan..hahahhaa. Sedap memang sedap. Nutella cheese tart comel-comel je, masuk satu terus dalam mulut. Fariza pun suka. Tak manis sangat, memang sedapla. Brownies pun sedap. Tak manis, memang ngam-ngam la. Hishh..hilang keinginan tu..hehehe..sebab dah dapat.

Korang boleh la usha
Instagram : Fanabakes
Whatsapp : 017-4342950
Facebook Page : Fanabakes
hai assalammualaikum

Seri Soap Tomato - Tomato ni banyak khasiatnya. Tak kira untuk kecantikan dalaman dan luaran. Buah tomato bukan sahaja boleh dimakan, malah boleh dibuat untuk kecantikan. Kalau nak cantik, bahan daripada semulajadi adalah yang terbaik. Macam tomato, nak cantik boleh dimakan, boleh dibuat scrub dan sebagainya. Tapi mesti tak rajin nak buat selalu kan. Jadinya, alternatif lain, nak cepat mestila beli yang dah siap diproses. Tapi pastikan ia dicampur dengan bahan semulajadi. Kalau korang nak, ni nad nak kongsi satu sabun yang bukan sahaja sesuai untuk muka, malah untuk badan iaitu Seri Soap Tomato.

Seri Soap Tomato

Seri Soap Tomato Sabun Merawat Kulit Muka Dan Badan

Seri Soap Tomato ni mampu merawat masalah kulit di muka dan badan. Sabun dua dalam satu ok!! Bukan sahaja perempuan boleh guna, malah orang lelaki pun boleh guna. Ingat perempuan je ke nak cantik, lelaki pun nak cantik tau..hehe. Bolehla belikan untuk suami, tunang, pakwa, ayah, atok korang sekali pakai sabun ni. mesti muka dan badan diaorang bersih nanti..hehee. Nak belikan untuk mr mafia ni nanti..hehee.

Seri Soap Tomato ni merupakan sabun wajah dan badan yang berasaskan tomato dengan kombinasi chia seed, grape seed dan walnut shell untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Nampak tak, campuran dia pun memang best. Meh nad terangkan lagi kelebihan setiap bahan ni.
- Tomato : kulit, isi dan biji buah dirumuskan bersama untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit yang efektif dengan kandungan lycopene, Vitamin A dan C. Berkesan dalam mencerahkan kulit, mengecilkan pori, mengatasi masalah jerawat, kekusaman, melembap dan melembutkan kulit serta mengurangkan lebihan minyak kulit. Melindungi kulit daripada sinaran UV,membantu melewatkan penuaan sekaligus mengurangkan kedutan.
- Chia seed : menjadi agen skrub untuk kulit bertujuan mengembalikan kelembapan kulit kering dan kusam dengan efek pembersihan dalaman.
- Grape seed :  melindungi, merawat dan mencantikkan kulit dengan atntioksida yang tinggi. Bagus untuk mengurangkan kulit berminyak dan mengecilkan pori yang terbuka.

Sabun dua dalam satu ( sabun + scrub ) untuk Muka dan Badan

Seri Soap Tomato merupakan sabun tomato dua dalam satu iaitu sabun dan scrub. Tak perlu dah banyak benda nak cuci muka dan scrub muka. Lagipun boleh digunakan untuk badan sekali. Bestnya, pakai sabun ni, muka korang takkan menggelupas. Takda sakit atau pedih pakai sabun Seri Soap Tomato ni. Muka punjadi lembut, cerah dan berseri tanpa ada kesan sampingan.

Cara pakainya pun mudah.
- gosok sabun dan ratakan di seluruhwajah dan badan yang basah setiap kali nak mencuci.
- sertakan urutan secara perlahan dan biarkan selama tiga minit untuk kesan terbaik.
- Bilas sehingga bersih.

Sabun Seri Soap Tomato ni boleh digunakan tanpa was-was dan ada KKM ye. Sabun Tomato yang diperkaya dengan Vitamin A,C,E, Anti Oksidan serta AHA. Kelebihan Seri Soap Tomato
- Mencerahkan kulit seluruh wajah dan badan secara semulajadi.
- Mengimbangi lebihan minyak
- Menaikkan seri kulit dan mengatasi kulit kusam
- Mengecilkan pori-pori terbuka
- Memberi kelembapan pada kulit
- Menambah nutrien disamping melembut dan menghaluskan kulit
- Mengekalkan keanjalan kulit
- Bebas daripada radiasi UV
- Membuat kulit lebih muda dan segar
- Agen penyejuk dan merawat sunburn serta kulit alergik/ sensitif.
- Menghilangkan daki-daki badan yang dah seharian terkena asap dan habuk

Seri Soap Tomato ni boleh digunakan untuk smeu jenis kulit. Hah!!, macam aman nampak best kan. Hanya dengan Seri Soap Tomato, wajah makin cerah, mulus, segar dan ebbas cel. Boleh guna untuk satu badan. Boleh tengok testimoni mereka yang dah menggunakan Seri Soap Tomato ni.

Kulit Kirang berminyak

Kulit sentiasa lembap


Muka cerah berseri, bebas kimia, bebas jerawat, flawlessdengan Seri Soap. Tak perlu membazir beli celanser mahal sebab ada dah sabun seri soap tomato ni. Kalau korang nak beli boleh order di instagram https://www.instagram.com/seri.sarahhali/, contact 012 214 8807 . Beli sabun ni akan dapat free gift ye.

MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN ANAK

in , , , by Nadia Johari, 21:57:00
hai assalammualaikum

Mengandung Dan Menyusukan Anak Dalam Satu Masa - Masa mengandungkan Fariza, memang nekad nak susukan dia dengan susu badan. Alhamdulillah, impian tu tercapai sampaila sekarang usianya nak masuk dua tahun. Masa tu dah bersyukur sangat, sebab tak sangka, susu badan akan ada dan banyak untuk Fariza. Memang cukup sampai dia kenyang. Macam-macam kita ambil untuk banyakkan susu badan. Minum susu dan ambil suplemen supaya susu sentiasa ada. Tak semua orang bertuah dapat susukan anak, nad bersyukur, nad insan terpilih untuk breasfeeding anak sampai sekarang. Berita gembira buat nad dan mr mafia serta Fariza, bila mana nad disahkan hamil 2 bulan masa bulan puasa haritu. Alhamdulillah.

Kenangan masa dia tembam. Saya minum susu ibu.

Mengandung Dan Menyusukan Anak

Sekarang dah masuk 5 bulan nad mengandung. Masih lagi menyusukan Fariza. Ya!!, Fariza masih mendambakan susu mommy dia..hahaa. Sedap kot susu badan ibu ni. Berkhasiat lagi. Walaupun susu dah tak semeriah macam sebelum ni,tapi dia tetap nak susu ibu dia. Jadi, mommy dia la yang kena kerja keras untuk terus menyusukan Fariza disamping menjaga anak dalam kandungan dengan baik. Memang tak mudah, penat semua ada, tapi sentiasa berdoa dan bermohon kepada yang Maha Esa untuk memberi kekuatan, kesihatan yang baik dan rezeki untuk melalui hari-hari dengan tabah.

Masa dapat tau mengandung, nad memang siap google, cari bahan dan info macam mana nak susukan anak semasa mengandung. Memang tak salah mengandung dan menyusukan anak,bila kita ni tiada masalah sejarah keguguran dan bayi pramatang dan ibu dan bayi dalam keadaan sihat. 

Masa nad cek dekat klinik swasta, nad cakapla " dok, ada kesan ke kalau saya menyusukan anak sedangkan saya mengandung? ".doktor cakap takde masalah kalau ibu dan anak sihat. Tak menganggu pun. Asalkan jaga denagn baik. 

Bila cek bulanan dekat Klinik Kerajaan, nurse cakap suruh berhentikan, sebab takut akan ada kontraksi semasa menyusukan anak. Takut rahim tak kuat yang boleh menyebabkan keguguran atau lahir bayi pramatang. Ok memang cuak bila dengar, tapi tak boleh elak, sebab Fariza memang nak susukan badan.

Lagipun nad dan dengan anak dalam kandungan sihat walafiat. Jadi setakat ni takda masalah bila susukan Fariza.

Nad ingat lagi masa shooting untuk TV1, untuk baju feedmilk, ada seorang ibu tu yang masih menyusukan anak, dia cerita, dia masih menyusukan anak masa mengandung, sebab si abang taknak susu formula. Sampaila dia lepas keluar labour room, dapat jumpa maknya terus susukan si abang tu. 

Dia cerita, jangan risau, sebab susu sentiasa ada, kena percaya dan teruskan sahaja menyusu. Alhamdulillah kandungan semua selamat dan dah keluar pun si adik. Sekarang adik dengan si abang dua-dua masih menyusu badan. Masa tu nad terfikir, mampu ke aku?? Kuatkan semangat, orang lain boleh takkan nad tak boleh kan..

Pipinya..geram haishh..


Tapi pilihan nad, terpaksa ajar Fariza minum susu tepung juga. Sebab biar dia kenyang sikit walaupun dia makan berselera, tapi dia perlukan susu untuk kalsium dan tumbesaran dia. Walaupun nad dah bagi susu dutch lady dekat dia, tapi dia masih nad susu mommy dia. Bukan selalu dia nak susu dutch lady tu. sebab tu nad kena strugle sikit.

Perubahan nad alami sekarang, bila susukan Fariza, nipple nad sakit. Ya, terasa sakit sangat!!. Rasa dia macam niple kita luka msa mula-mula dulu susukan Fariza. Aduh, setiap kali dia nak susu memang seriau..hahaa. Pastu tanya akak, " kenapa erk sakit"..dia cakap masa hamil, breast ibu tengah alami perubahan. Nak usap pun sakit..hahhaa. Macam ni rupanya. Nak taknak demi kebaikan anak, nad susukan jela, walaupun sakit.

Breast Masih Bengkak

Sekarang, nad sentiasa makan cukup. Makan makanan yang berkhasiat untuk Fariza dan adiknya. Pernah terjadi, Fariza tak susu badan sebab tekak dia sakit, ada putih-putih dekat lelangit, pulak tu dia demam masa tu. Memang dia sakit bila menelan. Taknak susu sebab takut telan. Habis bengkak breast nad. Macam tak caya bila dia tak susu, breast nad masih bengkak. 

Masa tu dah mengandung pun. Adoii sakit giler bila bengkak. Paham-paham jela ye. boleh demam tau tak!!..Sebelum ni nad memang direct menyusu je bagi Fariza, tapi ni terpaksa pam sebab dia ada masalah tu. Lepas tu kaka suruh bagi ais. HAh!!, bagila dia ais. Alhamdulillah, kurang, dan dia menyusu. Fuh legaaa!!...

Sebab tu nad masih teruskan Fariza dengan menyusu. Nad suka susukan Fariza sebab bila dia menyusu, dia kurang sakit, takda alahan, berak pun ok. Memang nad tengok dia kuat sangat, jarang sakit melainkan bila balik kampung, ada sepupunya demam, biasalah akan berjangkit.. Bila dia kurang sakit, maka jimatlah duit ubat, dan mudah jaga Fariza ni.

Kita dah banyak akal sekarang. Nak jadi kakak dah

Memang sampai sekarang dia masih menyusu walaupun dah minum susu formula. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik sebab susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan anak, susu ibu mudah dihadam dan susu ibu melindungi anak kita daripada bakteria dan jangkitan lain. Nad harap, keluar adik Fariza, nad mampu susukan adiknya macam mana susukan kakaknya Fariza. Amin..sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak.

JALAN-JALAN TASIK AMPANG

in , by Nadia Johari, 22:16:00
hai assalammualaikum

Jalan-Jalan Tasik Ampang - Jarang bawak Fariza jalan-jalan. Bila ada masa terluang, bukan main suka lagi dia. Haritu mr mafia tak sibuk dan takda aktiviti. Jadinya dia ajak la pergi keluar. Ingat pergi mana, rupanya pergi ke Tasik Ampang. Lama dah ajak mr madia jalan-jalan sini bawak Fariza petang-petang tapi ada je kejenya. Bila ada masa, baru dapat singgha. Tasik Ampang dekat je dengan rumah. Fariza sukala tempat-tempat macam ni. Lagi ada taman permainan.

Fariza gayat naik ni..hahaa..

Tak sabar nak menggelongsor

Tu dia macam orang besar bila gelongsor

Nampak je taman permainan, terus lari. Kita la yang kene ikut lari. Dia ingat dia dah besar, nak panjat sana sini sendiri..haish budak ni. Kita ni yang kena main sekali sambil jaga dia. Biar dia enjoy sepuasnya. Sebab bukan selalu dapat datang kan..hehehe.

Main kuda pulak

main sendiri

main dengan kawan-kawan. Mommy pulak yang cuak tengok dia main

suka dia

hah!!,..mukanya..gigit kang

Taman permainan bukan satu tempat je, tapi banyak tempat. Tapi mesti kesemua tempat ramai budak..hehee.Dah namanya tempat mainan, mestila ramai budak kan.

Yang paling geramnya, bila anak warga asing main permainan dekat taman tu. Main ganas betul. ada tu kecik lagi, dibiarkan main sendiri-sendiri. Maknya tengah bercerita, "cok cet, cok cet"..haishh..kita yang tengok pun seram. Jagalah anak ni oii. Ada tu pulak, membuli budak melayu oii. Masa tu nad tengah jaga Fariza, tapi nad perasanla. Mr mafia pulak dekat sebelah budak yang kena buli tu. sekali datang budak warga asing dekat budak tu cakap " nak kena tumbuk ke apa"..budak tu cakap "kenapa cari pasal dengan aku je"..apa lagi mr mafia soundla. Lari laju budak warga asing tu.haishh..nak tunjuk hebat pulak datang sini.

Jalan-jalan pusingan Tasik Ampang

Tasik Ampang ni besar juga. Kalau larat bolehlah jalan satu pusingan. Macam buat aktiviti joging, beriadah dengan keluarga, santai dekat Tasik Ampang ni memang syok. Ada je pondok-pondok nak duduk akalu penat berjalan. Petang-petang ramai orang la beriadah. Jadi macam-macam gelagat orang ada. Banyak je kemudahan dekat sini.

Kenangan Mommy dan Daddy majlis di Kuala Lumpur

Ada juga dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk apa sahaja aktiviti yang hendak dijalankan. Kalau korang nak tau, dewan dekat Tasik Ampang ni la tempat nad dengan mr mafia punya mjlis di Kuala Lumpur..hahaa. Bila tengok dewan, teringat kembali masa adat bertandang..hahaha. Rasa nak putar balik je..eh..nak baca kenangan bertandang, boleh la klik ni http://miszrockers.blogspot.my/2014/05/27-april-2014-majlis-menyambut-menantu.html

Dekat Tasik Ampang pun ada kedai makanan. Jadi siap-siapla bawak duit. Kot lapar atau haus, boleh datang singgah kedai makanan yang korang suka.

tengok air tu, nak sangat..mukanya..

Nak air, nak airr

Er,mm sedapnya dapat air

Nyum, nyum, nyum

Hahha, terus sengih..

Seronok mommy tengok dia makan ais je pun..hahaa..

" mOmmy nak, nah buka mulut, Fariza suap "..hahhaa

Reaksi Fariza, memang mencuit hati. Semuanya ni kenangan.

Sebenanrnya,, gambar ni dah lama, masa umur dia setahun lebih. Baru nak dapat kaki, syokla dia berlari. Gambar baru siap, sekarnag baru nak up entry..ehhe. Takpela, asalkan jadi kenangan di blog kan.

BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY

in , by Nadia Johari, 18:27:00
hai assalammualaikum

Bila Suami Dapat Rasa Tendangan Baby - Bagi isteri, ibu yang mengandung ni, pengalaman merasai tendangan anak dalam perut memang sesuatu yang sangat istimewa. Yela, ada yang bernyawa di dalam perut tengah berguling-guling sampai geli dibuatnya. Bagi ibu yang mengandung, mungkin perasaan ni sudah biasa dirasai dan diketahui apabila mengandung. Lagi kalau anak, pertama, teruja habis. Tapi bagi si suami memamg susah nak rasai atau nampak pergerakan baby ni kan??..hehehe..

Ingat lagi masa lahirkan Fariza, memang aktif bergerak, samalah macam adik dia ni, aktif sungguh. Tapi masa Fariza, daddy dia pegang perut, Fariza diam je dalam perut. Taknak tunjukkan apa-apa reaksi. Malu kot dengan daddy..hahaha.. shy, shy gitu. Setiap kali daddy pegang, dia senyap. Eheh, tapi dah keluar dari perut mommy, dah besar, taknak pulak berenggang dengan daddy ye..hehehe.

BILA SUAMI DAPAT RASA TENDANGAN BABY
Lena tidur di pangkuan daddy..daddy pertama kali dapat rasa tendangan anak di perut untuk adik Fariza

Berbeza mengandung kali ni, mr mafia sungguh bertuah semalam. Sebab buat pertama kalinya, dia dapat rasai tendangan baby..hahaha. Biasalah, masa kita rehat, waktu tu la dia nak bergerak sakan. Mr mafia pun duduk sebelah. Mula-mula dia usap perut juga tak da ape. Lepas tu, nad suruh dia pegang lagi perut nad, duduk diam tangannya dekat perut. Lepas tu tiba-tiba, " dukk"..tendangan kuat dia bagi..hahahahahaha..Mr mafia terkejut siap buat reaksi muka, lepas tu cakap " kuatnya dia tendang "..hahaha..sabar jela. Nad dah tergelak.

Mesti perasaan dia macam kita la mula-mula rasa tendangan baby. Tapi tak tunjuk sangat..ceh. Takde la lepas tu dia nak rasa lagi. Dia sambung main game..haishh sabar jela. Ingat nak rasa lagi. Mr mafia kita memang macam tu...hahaha..

Sekurang-kurangnya, tu la pengalaman pertama mr mafia, suami ku dapat rasa tendangan baby. Dia tak nampak lagi baby bergerak..hahaha..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2