hai assalammualaikum

Hadiah Harijadi Rantai Emas Fariza Daripada Nenek - Semalam sambut Harijadi Fariza dekat kampung bersama keluarga. Meriah memang meriah walaupun simple macam tu je. Yela, dah semua adik beradik, anak buah, ipar duai berkumpul. Mana tak riuh. Setiap kali nak sambut birthday, memang akan pastikan semuanya ada. Yang penting Fariza happy sambut dengan sepupu-sepupu dia.

Semalam mak tiba-tiba mak tanya
Mak: Fariza dah dua tahun genap ye
Nad: Ye mak, dah dua tahun dah.
Mak: Nampak besar dah. Kejap lagi nak jadi kakak
Nad: hahhaa ( gelak jela )

Terima Kasih Nenek Rantai emas ni

Tiba-tiba mak masuk bilik. Ingat nak buat. Tak perasan dekat tangan mak ada apa. Tengok-tengok lepas keluar dari bilik, terus mak pasangkan dekat Fariza. Nak tau apa. Rantai emas lerr..hehee. Nad memang tak berani lagi nak belikan Fariza rantai. Sebab takut Fariza tak suka pakai, atau tercabut, atau orang lain ambil. Tapi rantai ni nenek yang bagi, kena la terima. Bila Fariza pakai rantai emas ni, nampak dah besar, nampak cantik, nampak keperempuanan bila dia pakai rantai emas ni..hahaah. Sebelum ni, nad ada rantai untuk dia, tapi rantai perak silver gitu. Entry ada dekat SINI. Itu pun kadang-kadang pakai.

Rantai yang nenek bagi ni sebenarnya rantai emas nad dulu. Mak yang belikan untuk nad. Dulu pakai masa ada kenduri dengan raya je. Nad memang suka pakai rantai-rantai ni. Tapi bila dah dewasa, takut rantai hilang dah tak pakai. Lagi mr mafia bagi, pakai yang tu je la. Yang ni mak simpan. Rupanya nenek tunggu sampai anak dua tahun baru bagi..haahha. Pandai nenek. Hadiah paling berharga sekali. Hadiah turun temurun. Akan disimpan elok-elok.

Dulu suka rantai ada buah, baru cantik

Rantai ni nipis, ada buah dan huruf " R". Mak cakap mak main beli je, tak ikut huruf nama. Kalau tengok harga sekarang mesti dah beribu. Untung simpan emas ni.

Budak ni dari dipakaikan sampai sekarang, taknak buka rantai emas tu. Dimarahnya bila kita nak buka. Kita ni risau kalau terjatuh. Tapi kalau dalam rumah takpela. Kalau keluar memang kena buka tu. Kang tak perasan tiba-tiba hilang kang. Fariza dah kemaruk pakai rantai emas tu. Nak cantik je dia ni..hahaa. Setiap kali mandi, tengok, pegang buah rantai tu, setiap kali bangun, rasa ada tak rantai tu..adoii. Okla dia nak pakai, dari dia taknak pakai. Sekurangnya senang kan nak pakaikan dia apa-apa lepas ni.

Kita suruh dia posing, itu jela dia mampu buat

Comel la anak mommy dengan rantai ni. Nanti mommy pakaikan gelang pulak ye. Ada je gelang emas nad dekat nad. NAd ambil haritu. Kecik je, sesuai dengan Fariza. Lengan nad kan kecik..hehee.
hai assalammualaikum

Sambut Birthday Fariza dan Adik Ipar - Memang nad dah rancang dengan adik nak sambut birthday Fariza dengan suaminya sekali. Fariza punya birthday 23 Oktober, adik ipar punya 30 Oktober. Mula-mula ingat nak buat 23 Oktober, tapi masa tu mr mafia ajak pergi Zoo Negara pula. Jadi rancang hari lain. Nad dengan adik dah rancang 30 Oktober, ngam birthday suami dia iaitu adik ipar nad, tapi Sabtu malam tu, ada kenduri rumah saudara, kenduri cukur jambul. Jadi mak suruh buat Ahad malam 29 Oktober. Takut kalau buat 30 Otober hari Isnin ramai takda, yela kerja kan. Jadi decide buat Ahad malam.

Mula-mula nak beli sate dengan mee hailam dekat kedai. Malas nak masak. Tapi kakak cadang, masak mee goreng jela. Nad pun ikutkan jela. Kalau masak mee goreng jimat sikit duit..hahaa. Sambut harijadi ni nad kongsi dengan adik. Adik beli kek, nad beli makanan. Jadi sama adil, sebab nak sambut birthday suami dia sekali kan..hahaa.


Sebelum ni pernah sambut birthday Fariza setahun dekat luar, tapi dia tidur pulak. Pulak tu makan tak cukup. Jadi tahun ni buat kecil-kecilan jela. Buat dekat rumah, sambut dengan keluarga pun dah meriah. Fariza tak tidur, dia pun happy..hehee.



Tengokla tu, bila nyanyi lagu untuk dia, tersengih macam kerang busuk..hahaha. Masa ni abang nad nyanyi sorang-sorang. Tapi bila nyanyi Selamat Hari Jadi ramai-rami, boleh pulak dia nangis. Biasalah malu kan. Mengada budak ni.


Potong kek..yeahhh..budak dah dua tahun..besar dah..bakal jadi kakak. Tak tau adik dia boy ke girl..hehee.

Rasa minggu ni layan birthday dia je..hahaa. Belum part hadiah lagi. Daddynay dah belikan dia hadiah, nad je belum. Nak pergi kedai survey barang nak hadiahkan dia, daddynya sibuk lagi. Ntah bila ni. Takpe, akan diupdate apa yang nad beli nanti ye..hehee. Banyak dia dapat hadiah. Dari nenek pun dia ada dapat..hadiah turun temurun..heheee.


BEST PULAK MENDOBI DI AQUANANO

in , by Nadia Johari, 18:10:00
hai assalammualaikum

Pilihan Mendobi di Aquanano - Selalunya nad basuh baju dekat kedai dobi layan diri berdekatan dengan rumah. Ada nak cerita berkenaan cara-cara menggunakan laundry layan diri berdekatan dengan rumah nad. Tapi haritu, mr mafia ajak dobi baju jauh dari rumah sedikit. Bagi nad, semua tempat dobi biasa je, yela tempat basuh baju. Dah basuh baju lepas tu keringkan. Tapi rupanya berbeza-beza tempat mendobi ni nak bagi keselesaan kepada pengguna. Selain harganya yang berbeza, kemudahan yang disediakan juga berbeza. Pertama kali jejak ke dobi layan diri Aquanano haritu, banyak bestnya cuci baju dekat sini. Sekarang dobi Aquanano dah jadi pilihan nad dan mr mafia untuk mencuci baju di sini.

MENDOBI DI AQUANANO

MENDOBI DI AQUANANO

Kitaorang akan cuci baju pada waktu malam, sebabnya tak ramai orang. Jadi takdala menunggu giliran nak basuh baju. Macam tempat sebelum ni, memang kerap ramai orang. Walaupun mesin basuhnya banyak tapi kadang terpaksa tunggu giliran. Tapi dekat Aquanano, jarang ramai orang, dan kadang takda orang langsung. Melainkan esok cuti, ramaila orang nak cuci baju dekat dobi Aquanano ni. Tempatnya best, sebab tengok tempat duduk pun dah warna warni, ceria je..hahaha.

Kemudahan lain, adalah tempat gantung baju dan meja untuk lipat baju. Dekat sini pun ada Free detergent dan free softener.

MENDOBI DI AQUANANO

Kalau tempat dobi sebelum ni, harga untuk satu mesin basuh mengikut temperature seperti cold, warm dan hot mahal berlainan mengikut kapasiti berat mesin basuh tersebut.  Macam sebelum ni ada mesin 9kg, 14 kg dan 20 kg. Tapi dekat Aquanano ada satu mesin je 14 kg. Harga sama iaitu cold RM6.50, warm RM7.50 dan hot RM8.50. Tapi tu pun dah cukup untuk satu bakul baju penuh nad selalu bawak.

MENDOBI DI AQUANANO

Untuk pengering pulak, berat 16kg. Harga untuk pengering RM4.00 untuk 23 minit. Kalau nak tambah masa 3minit RM0.50 je tambah duit. Selalunya untuk kering baju nad suka hot. Memang kering betul-betul baju. Bestnya keringkan baju dekat Aquanano ni, baju yang dah kering memang cantik je, takde kedut sangat. Macam dah diiron. Jadi nak lipat baju pun cantik je. Tak macam dobi sebelum ni, lepas kering, kedut-kedut, lepas tu kadang masih lembap walaupun dah hot. Mungkin kapasiti berat mesin tempat dobi sebelum ni tak sebesar dekat Aquanano. Satu bakul setengah boleh masuk baju untuk kering. Memang kering betul-betul kering. Suka sangat.

MENDOBI DI AQUANANO

MENDOBI DI AQUANANO

Lagi bestnya cuci baju dekat Aquanano ni sebab ada kerusi urut. Jadi mr mafia kalau sakit belakang ke apa, nak urut boleh je dekat sini. Sambil tunggu baju siap dibasuh.

MENDOBI DI AQUANANO

Lagi satu, dekat sini siap ada mesin coffee. Tapi nad tak pernah cuba pun..hehee.

MENDOBI DI AQUANANO

Paling best, sebab Aquanano dah jadi pilihan untuk mendobi baju, sebabnya ada free wifi..hahaha. Tu yang best tu. Jimat data untuk online. Sambil tunggu baju, sambil online. Takdela bosan kan.

Ada banyak faktor anda terpaksa menggunakan khidmat mesin basuh dan pengering pakaian di dobi layan diri ni, apabila:
- Musim hujan
- Minggu itu anda banyak menghabiskan masa bekerja di luar rumah
- Beraktiviti di luar yang melibatkan tempoh yang panjang (bercuti, balik kampung dan sebagainya)

Hah!!, bila baju bertimbun, datang mendobi sini kan. Keluarkan sikit duit je. Lagi nak basuh comforter, cadar atau karpet yang lembut. Mak kita la selalu basuh karpet yang lembut dan cadar dekat dobi ni. Nak hantar dekat dobi tukang cuci tu mahal bebenor berbanding absuh sendiri dekat dobi layan diri kan.

Pada yang pertama kali menggunakan dobi, boleh baca ni cara-cara menggunakan laundry layan diri 

hai assalammualaikum

Hari Minggu Mereka : Sepahkan Rumah Nenek - Semalam nad balik kampung sebab rumah saudara ada majlis cukur jambul anak dia. Tidurla semalaman dekat kampung. Bukan main seronok Fariza dapat jumpa sepupu dia. Bila dah dapat jumpa, main pun dah tak ingat dunia. Celik mata je, terus main. Budak-budak kan, tau main je. Dah penat, tau la lapar nak makan, nak susu.

Harini, Fariza dengan sepupu dia syok pulak main kan. Nad pulak dalam bilik, tengah online. Tak kisahla dengar Fariza dengan sepupu baya dia sorang ni bermain, terkekek-kekek. Ada pulak sorang anak buah setahun pun join. Tapi nad tak tengok pun, layan online jap..hahaha.



Sekali adik ipar balik, ayah budak setahun tu, dia cakap " kak tengok ni ". Nad keluar lala..Allahuakbar, mengucap dalam hati sambil ketawa..hahaha. Adoii budak-budak ni, habis bedak dibuat mainnya. Yang lagi parah, habis lantai rumah nenek, kotor oiii..Bedak dengan mereka tak boleh dipisahkan. Yang buka bedak ni baju merah tu..ayoyo..ingat main ape la.

Masa ni pun nenek tengah tidur. Jadi sebelum nenek bangun, kasi bersih la tempat ni. Suruhla anak buah perempuan bersihkan..hahaha.



Suka diaorang kan. Habis muka Fariza macam hantu. Adoiilaaa..Ceria betul hidup mereka kan. Main, sepahkan. Kena marah buat muka comel dan tak bersalah. Pastu main lagi dan lagi..Hidup penuh warna warni sekarang. Masih enjoy dengan kehidupan waktu kecil ni. Tak tau lagi pancaroba kehidupan ni.

FARIZA TEMAN DADDY MAIN FUTSAL

in , by Nadia Johari, 15:18:00
hai assalammualaikum

Fariza Main Futsal - Dari sebelum ada anak, sampai Fariza dah ada, memang akan teman mr mafia pergi main futsal. Tapi takdela selalu, bila rasa nad nak pergi, baru Fariza pun pergi. Memang best bawak Fariza teman daddy dia main Futsal, sebab dia enjoy main sekali. Pulak tu, kadang jumpa kawan baru. Dia pun suka berkawan dengan sesiapa pun tak kira la budak kecik ke atau orang besar.




Ingat lagi masa dia kecik ni, masa bambam, ikut daddy main futsal. Suka dia..heehe..Bola dengan pipi dia dah sama besar..hahahaha.

Haritu, dapat pergi temankan daddy lagi. Suka dia. Pergi sana siap bawa bola dia sekali, bawa air dia. Memang bawa barang dia semua biar dia tak bosan. Sampai tempat futsal happy giler dia. Sebab nampak orang main bola, terjerit-jerit. Dia pun ikut jerit..hehehe..




Lepas tu, nak masuk pulak dalam padang futsal. Dia yang tak sabar nak masuk dalam padang futsal. Sibuk ajak daddy dia suruh masuk dalam tu. Bila dapat masuk, sukanya dia. Dapat main bola dalam tu. Bagila dalam beberapa minit sebelum daddynya start nak main dengan kawan-kawannya. Bila dah puas dia keluar sendiri.


Lepas daddynya main, dia nak masuk lagi. Aduh..part ni paling parah, sebab dia nangis-nangis nak masuk..haaha. Tak boleh nak oiii, orang besar main..kang awak terpelanting kena bola. Memang nad kena pujuk, carila apa benda yang ada depan mata.Ajak kira botol air la, ajak menulis, tengok phone. Jalan sekejap je. Lepas tu dia nak jalan-jalan. Ikutla dia jalan-jalan.

Nampak bola, hah!!main bola besar tu dekat luar. Tengah mengandung, layan anak macam ni, memang mommy sihat juga..hahaha.



Nad memang galakkan mr mafia bersukan dari dia duduk rumah takda buat apa. Dari dia duduk edit je. Tak sihat. Kalau bersukan kan sihat tubuh badan. Bagi badan tuff sikit. Kalau anak nak ikut main futsal pun takpela..tapi jangan jadi ganas sangat..hahaha. Sebab dulu nad pun suka main futsal...heehe.


Bersuka untuk kesihatan.
hai assalammualaikum

Fariza Pertama Kali Pergi Zoo Negara - Harini baru nak update pasal bawak anak jalan-jalan pergi Zoo Negara sempena birthday dia...hehee. Ni pun dah rasa lambat sangat updatenya. Tak boleh lambat-lambat, kang lupa keseronokan masa tu..hahaa. Hari Isnin haritu bersamaan 23 Oktober, ialah hari lahir Fariza yang ke dua tahun. Dua tahun dah anak sulong nad ni. Jadi, masa harijadi dia, mr mafia iaitu daddy dia, dah janji nak bawak Fariza pergi Zoo Negara, nak tengok binatang.

Ni pertama kali Fariza pergi ke Zoo Negara. Nad suka bawak dia keluar pergi tempat macam ni, sebab dia suka sangat tengok binatang, walaupun di atak kenal lagi. Masa ni la kita bagi tunjuk ni haiwan apa, itu haiwan apa. Kita ajar dia mengenal dan menyebut haiwan..hehee. Memnag malam tu nad sendiri tak sabar nak pergi Zoo, nak tengok rekasi dia macam mana nanti dekat sana..hehe. Fariza ni jenis excited macam mommy dia bila dapat pergi ke tempat sesuatu yang jarang pergi.

Pagi tu nad bangun awal, siapkan apa yang patut sementara Fariza masih tidur. Dah siap separuh, tiba-tiba budak ni bangun. Terpaksa layankan dia dulu. Sambil buat sarapan untuk dibawa ke Zoo Negara.Tau nanti mesti lapar punya budak ni denagn daddy dia. ala masak kentang goreng dengan sosej je. Lepas siap semua, mandikan dia dan siapkan dia. Nad awal-awal dah siap mandi, makeup smeua..hahaa. Ni la rutin mak-mak bila nak keluar. Kena siap dulu, pastu siapkan yang lain. Dah selesai semua, bersiapla nak ke Zoo Negara. Zoo Negara dekat je dengan rumah nad, ambil masa tak sampai setenagh jam pun..ehhee. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi tak silap. Lupa la pulak..


Pergi Hari Isnin, memang tak ramai orangla kan. Orang pun dah mula bekerja, budak dah sekolah..ehehe. Jadi zoo haritu kami punya..tapi ada je orang datang juga waktu tu, tapi takde la ramai. Takdela sesak-sesak. Parking pun senang.

Tiket masuk Zoo Negara

Sampai sana je, Fariza dah excited. Dia cakap " Wahhh!! "..hahaa. Itu la perkataan dia bila seronok. Sampai je ambil la gamabr sikit-sikit dekat bahagian luar. Hah!!, kalau nak tau harga tiket sekarang, sila tengok dekat gambar yang nad ambil ni untuk panduan korang.



Bestnya, tiket masuk ni, boleh dah masuk ke tempat rumah panda sekali. Tak payah beli tiket-tiket lain dah. Untuk Fariza free la. Nampak mahal, tapi bukan datang selalu. Ni pun dah lama tak pergi. Dulu pergi masa mengandungkan Fariza. Sekarang Fariza dah dua tahun, baru dapat pergi lagi..ehhee. Bagi keseronokan dekat anak.

Jom Mengenal dan Menyebut Haiwan

Pertama sekali masuk dekat tempat Rama-rama. Masa dia masuk ada labah-labah besar. Labah-labah tipu./hahaa/ Penakut juga rupanya. Ingat berani. Lepas tu terus tarik masuk tengok dekat binatang kecik, macam belalang, lipas. Satu-satu kita tunjuk. Ajar dia sebut dan kenal haiwan. Dia ikut..hehee.




Lepas tu masuk ke kawasan rama-rama. Dekat situ nampakla rama-rama berterbangan. Tapi masa pergi macam tak banyak je rama-rama dah..huhuhu.










Lepas tu pergi ke tempat zirafah. Teringat Kwang soo..hahaa..asal ke zirafah ingat Kwang Soo. Fariza tengok tingginnya Zirafah ni..hehee.





Lepas tu ke kawasan burung. Berani betul budak ni nak dekat dengan burung. Burung tu yang takut dengan dia. Seronok dia.


Ada tu ke tempat rusa. Siap belai lagi rusa tu..hahaa. Lepas dah dapat pegang, nak pegang lagi dan lagi..mommy tengok enjoy je anak buat apa..hahaa. Nad yang tak berani dekat..hahaaa.



Sepanjang jalan-jalan dekat Zoo ni, memang dia jalan kaki. Tak pakai stroller ke apa. Sebab dah biasa dari kecik tak pakai stroller. Kitaorang lepaskan dia jalan ke mana. Tapi kitaorang mommy dan daddy ada tengokla,..ehhee.




Banyak haiwan dia dapat tengok masa tu. Lepas tu sibuk jugakla, tengok apa daddy dia ambik gambar. Masa dekat kandang Harimau, nad ajar dia sebut harimau, dia  sebut "aaiimau"..bila tengok gambar daddynya, dia dah kenal dah tu harimau.




Lepas tu masuk dekat rumah panda. Tak perlu beli tiket lain, sebab dah sekali masuk denagn tiket masuk tadi. Rezeki Fariza nak tengok masuk panda. Tapi sayangnya, waktu tu panda tu baring je, lemau je..Lor..hahaa..Mungkin rindu dekat anaknya yang dah dibawa balik. Bestnya tempat tu sejuk..hahaa. Rasa nak lama-lama je dalam tu. Tapi kena ada dekat situ 20 minit je.


Selesai keluar, maka ada la kedai jualan panda. Harijadi Fariza kan, daddy dia belanja beli barangan panda. Biorla, dah daddy dia nak belikan. Dalam banyak-banyak barang, dia boleh ternampak kereta mainan dekat situ..lor..Daddy nak belanja barang mahal, awak pilih yang kecik je Fariza..haha. Daddy belikan topi, dan baju panda. Birhtday girl kan.



Haritu sehari suntuk kitaorang dekat Zoo Negara. Memang penat la pusing satu Zoo tu. Ada yang dah tutup sebab dah petang sangat..hehe. Balik tu dia dah mintak dukung. Nad tak larat, jadi daddy dia yang dukung. Dekat dukungan daddy, cerita-cerita, borak, nyanyi, last-last tertidur..hahaa. Nampak sangat dah penat. Memang cara dia, kalau dah penat mintak dukung. Nasib masa nak balik dah baru dia mintak dukung.


Nampak sangat penatnya, sampai tak sedar dah. Tengok la dia punya lena macam mana. Memang dari balik sampai malam, tidur je tak sedar dah..hahaa. Kepenatan melampau. Yang penting Fariza enjoy. Happy for you Fariza.


Nak tengok gambar cantik..tunggula daddy dia edit..hahaa. Ni layan video dia pergi Zoo haritu.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2