MAKANAN DELIVERY DINEZ-IN TERBAIK

in , by Nadia Johari, 20:35:00
hai assalammualaikum

Dinez-in Makanan Delivery Terbaik - Bagi mereka yang bekerja, kadangkala disebabkan terlalu sibuk, sampai lupa nak makan atau malas nak keluar pergi makan disebabkan penat bekerja atau cuaca yang tidak mengizinkan. Atau malas nak drive keluar mencari keluar makanan. Bagi surirumah pula, kadangkala, penat nak masak, nak berehat waktu tu, tapi nak ada makanan depan mata siap semua terhidang. Tinggal makan je..hehe. Jangan risau, ada je perkhidmatan penghantaran makanan atau food delivery ni. Selalu food delivery ni makan fast food je, tapi ada je yang jenis berlauk tau!!..


Food Delivery Dinez-in

Cepat, mudah dan sedap, itu antara tiga faktor mengapa memilih untuk menempah makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah atau ke pejabat. Ni nad nak kongsi dengan korang, makanan delivery atau food delivery dari Dinez-in. Hanya tempah melalui instagram, atau facebook atau web mereka, dan membuat pembayaran secara dalam talian, pelbagai menu masakan kampung atau western sedia dihantar ke destinasi pilihan dalam tempoh masa tertentu. Bestnya, menu setiap hari adalah berlainan.

Promosi Beli Dua Percuma Satu

Semua masakan ni adalah halal friendly. Semua makanan dibuat oleh Chef Farah Izzuan. Setiap menu yang dimasak oleh Chef farah memang terbaik. Nad sendiri dah merasainya. Bukan nad je suka, Fariza pun suka. Dinez-in ada buat promotion beli dua set makanan percuma satu. Jadi, cepat-cepatla order di Dinez-in bila korang lapar. Tapi waktu dia mengahntara adalah waktu lunch iaitu tempahan boleh dibuat bermula 10.30 pagi. Waktu penghantaran 11 pagi hingga 2 petang. servis penghantaran memang cepat. Tak lama pun menunggu. Mereka hantar ara PJ dan Klang Valley.


Nak tengok apa nad order dengan Dinez-in. Hah ni hari selasa nad order. Nasi lemak pandan dan ayam berempah. Tengo nasi dia warna hijau, tu sebab namanya pandan..heehe. Mungkin diletakkan daun pandan sehingga jadi warna hijau. Ayamnya pun cukup rasa rempah. Sedap, memang sedap. Nasi lemak jadi sedap bila sambalnya sedap. sambal dia pun terbaik. Ada rasa pedas dan manis, tapi tak terlalu manis. Bagi nad ok.



Kita order makanan western pulak. Red pasta dan ayam grilled. Yang ni memang Fariza suka..dia western memang bagi dekat dia la..hahaha. Pasta sedap, dia ada bubuh lada hitam, pedas. Ayam grilled pun cukup rasa dan sedap. Laju je Fariza makan pasta ni.


Menu lain ada masakan Thailand iaitu Thai basil chicken dgn omelet. Nasi putih, telur dadar dengan ayam. Semua cukup perisa.


Ada juga makanan bergoreng iaitu Nasi goreng ayam paprik.


Disebabkan haritu takda air, tak dapat masak, jadi order lagi di Dinez-in. Nad order nasi putih, telur dengan ayam goreng kunyit. Kenyang kami sekeluarga.


Makanan simple pun ada di Dinez-in iaitu Roti jala. Roti jala dia besar kau, ada 4 berserta juah jari ayam. Makan roti jala dengan kuah kari...anak ambil dua, mak makan dua..nyum-nyum..Fariza kata " dap, dap "..heehe..

Kesemua makanan yang nad cuba di Dinez-in memnag terbaik. Menu pula berbeza setiap setiap hari. Jadi takdela jemu kan makan makanan yang sama je. Kalau korang nak tau, Dinez-in ni banyak chef, ada Melayu, China, Indian, Thailand, Pakistan dan Japanese. Mereka mempunyai 60 home chef dibawah platform mereka. Sebab tu menu lain-lain. Bagi yang muslim, boleh la pilih makanan Melayu. Jangan risau, masing-masing masak di dapur masing-masing. Kalau makanan Melayu, memang orang Melayu yang masak.

Dinez-in ni merupakan online yang jual home cooked food. Bukan setakat delivery food malah ada kelas memasak dan macam-macam lagi.

Boleh cek dekat media sosial mereka
website: https://www.dinez-in.com/
Facebook: www.facebook.com/dinezin.official
Instagram: www.instagram.com/dinezin.official
hai assalammualaikum

Spicy Chicken Mcdeluxe - Haritu lepas temankan mr mafia main futsal, balik tu memang lapar la. Jadinya kita pergi makan dekat Mcdonalds je. Malas nak makan nasi. Masa order nampak Spicy Chicken Mcdeluxe. Kalau sebelum ni memang biasa makan spicy chicken ni, tapi katanya, yang baru ni lagi pedas..huhuhu..Nak rasala tahap kepedasan dia macam mana kan..pedas sangat yang digemburkan seperti dalam iklan ke..huhu..

SPICY CHICKEN MCDELUXE MCDONALDS
SPICY CHICKEN MCDELUXE MCDONALDS 

Seperti dalam iklan cakap " lagi pedas yang puas" . Pedas-pedas ni memang sedap, lagi-lagi mr mafia suka makanan pedas. Nad pun suka juga. Jadinya apa kata cuba Spicy Chicken Mcdeluxe ni ye. Tengok packaging, wah!!, menarik..nampak baru..nampak macam memang pedasssssssssssss...kihkihkih. Spicy Chicken Mcdeluxe disertakan dengan air dan kentang goreng. Harga dia lupa pulak..hahaa.

Bau sedap. Daging pun sedap. Bagi nad, Spicy Chicken Mcdeluxe ni pedas, tapi takdela pedas sangat-sangat. Pedas biasa je. Tak meleleh hingus pun..kihkih. Lagi mrmafia, dia siap bubuh sos dengan lada hitam, nak bagi pedas..hahaha. Dia kata baisa je, tak pedas pun. Orang kuat makan pedas memnag akan cakap macam tu..hahaa. Tapi yang ni nad beli yang satu daging, bukan double punya. Nak kena belikan dia double Spicy Chicken Mcdeluxe pulak la lepas ni. Nak challenge dengan dia tanpa minum air..hahaa. #Nodrinkchallenge..Chalenge sampai 22 Nov ni..boleh cuba. Dulu pernah masuk contest ayam pedas Mcdonalds. Nak cuba burger pulak.

Makan ni pun ikut tekak masing-masing la kan. Ada yang tak tahan makan pedas, jadi bila dia makan Spicy Chicken Mcdeluxe ni mungkin pedas giler bagi dia. Tapi bagi nad, biasa je..hehee.

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI

in , by Nadia Johari, 22:30:00
hai assalammualaikum

Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Petai - Haritu pergi pasar, nampak petai, tiba-tiba ada idea nak masak apa dengan petai ni. Tau-taula kalau petai dijual dengan 3 batang sekali. Tak boleh beli sebatang atau seulas ke..hahaa. Tiba-tiba idea nak masak macam-macam dengan petai ni. sebab tu beli. Kalau tak, takdanya nak beli walaupun petai ni memang kegemaran nad untuk makan buat ulam. Jadi belila 3 batang terus. Haritu ingat nak masak resepi udang sambal dengan petai, sekali udang mr mafia takda beli yang sedang, dia beli udang galah. Jadinya, kita tukar resepi, kita masak sambal ikan bilis dan petai..sedap jugak..aumm

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI

Taraa..Sambal Ikan bilis yang rangup dengan petai. Sedap weii. Cili kering tu terbeli yang pedas weii..Memang berasap bila makan..hahaa. Tapi rasanya mantoppp. Meleleh hingus keluar. Lidah terjelir-jelir sebab pedas. Ikan bilis tu rangup sebab nad goreng dulu. Tu yang sedap. Petai pulak, selalu nad makan buang kulit, kali ni nak cuba masak dengan kulit. Orang kata masak petai dengan kulit ni bagus. Memang sedap juga petai dengan kulitnya. Pergh memang terbaikla sambal ikan bilis dan petai nad buat ni..hahaa. Mr mafia pun cakap sedap, sampai tambah dua, tiga kali..tapi nad masak nasi sikit je. Sebab kadang nasi tak habis, kadang habis. Susah nak paham mr mafia ni, ntah bila lauk kita sedap, dengan tak sedap..huhuhu..

Ni cara nad buat. Bahan-bahannya
- Segenggam ikan bilis. Ikut la keluarga korang banyak mana.
- Petai dibelah dua
- Cili kering yang dah direbus dan diblender
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- belacan sedikit
- Air
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan ikan bilis.
- Potong bawang merah, bawang putih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat.
- Panaskan bawang yang sudah ditumbuk dan masukkan cili yang sudah diblender, gaul sehingga masak sambal.
- Masukkan air sedikit, garam dan gula. Yeaa nad tak guna asam jawa atau asam keping macam mak ajar masak sambal. Sebab rasanya akan lain dan mr mafia tak suka..pernah buat..hahaa.
- Bila sambal dah masak dan nampak kering sedikit, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan petai sekali. Gaul bagi sebati.
- Dah sebati sambal dengan ikan bilis dan petai, siap la dihidang. Boleh makan..hehee

Selamat mencuba.

RESEPI SAYUR KANGKUNG BERLADA

in , by Nadia Johari, 21:18:00
hai assalammualaikum

Resepi sayur Kangkung Berlada - Dah lama tak makan sayur kangkung. Lama juga tak beli sayur kangkung. Sebab sayur ni kalau beli memang diikat satu besar dan banyak. Kitaorang yang makan berdua je. Tu jarang beli. Tapi, haritu teringin nak makan, beli la, apa lagi. Selalu, masak sayur kangkung ni, masak belacan, tapi nad masak lain, berlada pulak. Ermm yummyy..

RESEPI SAYUR KANGKUNG BERLADA
RESEPI SAYUR KANGKUNG BERLADA

Ni la dia sayur kangkung berlada. Ala mudah dan senang je. Bahan-bahan pun yang memang selalu ada dekat dapur. sayur kangkung tu memang dah siap-siap patah-patahkan masa beli. Masuk dalam bekas. Nak masak tinggal campak je..hehe. Eh basuh dulu..haha. Sayur kangkung ni memang sedap, sebab dia manis bila masak. Masak kangkung berlada ni mudah dan senang je. Nak cepat  masak kan. Ok ni caranya.

Bahan-bahan
- Sayur kangkung
- 2 ulas bawang merah\
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit ikan bilis. Anggar jela ye.
- 2 batang cili besar merah
- Sedikit belacan
- Air
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Basuh sayur kangkung dan ketepikan.
- Potong bawang merah, bawang putih dan cili merah. Lepas tu tumbuk bahan-bahan tersebut bersama ikan bilis dan belacan. Tumbuh sehingga lumat. Kalau malas tumbuk blender jela.
- Tumis bahan tersebut sehingga naik bau. MAsukkan garam dan gula serta sedikit air. Masukkan sayur kangkung. Gaul sebati.
- Lepas tu tunggula sehingga masak dan hidangkan. Jangan lama sampai sayur lembik ye. Agak-agak la tengok sayur tu..

Ok boleh makan dah..hehee..
hai assalammualaikum

Resepi Lala/ Kepah Yang Mudah Dan Cepat - Haritu nak ajak mr mafia pergi kenduri kawin, tapi dia ada kerja pulak. Cadangnya ajak pergi kenduri tu sebab malas nak masak..hahaha. Tapi kena masak juga. Jadi, nak mengubat hati yang lara, kita pun fikir menu apa nak masak. Ngintai dalam peti ais, semua benda ada. Lengkap, sebab haritu baru stok dalam peti ais. Ok, sebab nak rasa makan sedap juga, hah!!, terfikir masak lala la atau orang panggil kepah. entah banyak sangat namanya..hahaa...Lagipun Fariza suka makan lala. Kitaorang sekeluarga lagi la suka makan lala.

Resepi Lala/ Kepah Yang Mudah Dan Cepat
Resepi Lala Rebus

Hah menu mudah dan cepat masak Lala atau kepah..Ala masak biasa je, tak pedas sangat sebab anak kita pun nak makan. Lala atau kepah ni beli dekat pasar, besar-besar jugak la. HAritu dah ngidam makan Lala ni, dah masak pun, ni beli lagi. Sebab suka kan. Semua orang pernah masak Lala atau Kepah ni. Yang nad masak ni, rebus je sebenarnya. Ok, jom tengok caranya.

Bahan-bahannya
- Lala atau Kepah
- Air 2 cawan
- 2 ulas bawang putih
- Seinchi halia
- 1 Batang serai
- 6 batang cili padi
- Garam

Cara membuatnya
- Letak Lala ke dalam sebuah bekas, dan bubuh air sehingga Lala tenggelam sedikit.
- Panaskan dengan api yang kecil. Kalau api besar, nanti lala kecut. Sementara menunggu mendidih, potong bawang putih, halia dan ketuk serai. Potong cili padi kecik-kecik. Lepas tu masukkan ke dalam lala tadi. Cili padi nak bagi rasa pedas sikit tapi takdela pedas mana pun cili tu..
- Bubuh garam sedikit. Lepas tu kacau bagi sebati. Biarkan sehingga lala masak.
- Bila air dah tinggal separuh, matikan api, dan boleh angkat Lala. Tak boleh masak sampai air kering sangat, tak sedap takde kuah dia. Dah boleh hidangkan.

Fariza kalau nampak Lala ni, memang laju dia makan. Kita letak je dalam pinggan dia, makan la dia..Sedap sangat kot..kihkih..

KING CRAB, KALAU DAPAT NIKMAT!!

in , by Nadia Johari, 22:52:00
hai assalammualaikum

King Crab, Teringin Nak Makan - Nad ni memang penggemar seafood, lagi-lagi yang bercengkerang ni. Tak kisahla udang, ketam, spesis bercengkerang yang boleh dimakan. Selalu je mr mafia beli udang dan ketam bila pergi pasar. Sebab kitaorang berdua memang suka makan seafood. Kalau takda macam tak lengkap je barang dapur basah..hahaha.


Nad selalu layan youtube orang makan king crab ni. Dah la besar, isinya padat dan penuh. Tengok orang makan, kita terliur. Kalau ketam yang kecik dah sedap, apatah lagi king crab ni. Mesti sedap oiii. Tengok kat youtube, diaorang tulis boiled seafood. Mungkin ketamnya direbus untuk jadikan dia lembut dan mudah dimakan. Yela, kukit ketam kan keras, tapi nad tengok kat youtube, senang je diaorang kopek, ada sesetengah part yang keras juga, kena guna gunting. Bila direbus dia lembut sikit.

Tengok ada orang negro makan, fuh..cara dia memamg buat kita telan air liur dan nak sangat-sangat makan. Dia ada sediakan sos yang membuatkan ketam tu jadi sedap sikit. Dalam hati " kalaula dapat ketam ni, dapat makan, bestnya "..hahaha..

Haritu pergi Mytown, shopping mall, pergi bahagian groceries, ternampak king crab ni. Pergh memang besar..tapi tengok sajer harga dia, RM200 lebih kau..hahaha..Dengan harga macam tu mampu tengok dan pegang jela sebab harga macam tu boleh beli barang dapur dua bulan..hahaha. Tapi mana tau, ada satu hari kaya sekejap, dapat makan king crab ni..hahaha..Waktu tu memang  akan ku ambil video tengah makan..hahaha..Lantak la orang cakap ape pun..hahaha..

Ada orang cakap dengan Manhanttan Fish ada jual. Tu tempat makan dalam wishlist..tapi entah bila leh pergi..miahaha..sebab tempat makan tu pun mahal gak. Tapi sekali sekala nak makan mewah tak salah..

Kakak kita pulak ajak kongsi beli. Memang fikir beribu kali weeii..Kalau beli masak tak jadi, tak best pulak kan.. Takpela, tengok orang makan jela..hahaha. Harap-harap ada rezeki makan king crab, makan lobster..memang dah lama teringin nak makan. Ada sesiapa nak sponsor..hahaha..mengandung ni..

NIVEA PROTECT & CARE RUN DI PUTRAJAYA

in , , by Nadia Johari, 23:57:00
hai assalammualaikum

Nivea Protect  & Care Run Di Putrajaya - Haritu 29 Oktober, telah diadakan Nivea Protect & Care di Presint 6 Putrajaya. Pergh semua biru wehh..suka tengoknya..hehee. Sekarang aktiviti larian memang selalu diadakan di amna-mana kan!. Memang bagus, sebab galakann orang ramai untuk sihat dengan berlari. Bagus ramai yang support. Larian Nivea Protect & Care ni bagi menggalakkan rakyat Malysia mengutamakan penjagaan disamping menderma.
hai assalammualaikum

Check Up Fariza Dua Tahun - Haritu check up Fariza dua tahun. Kalau ikut buku, dia tunjuk 18 bulan kena cucuk yang last tapi Fariza dua tahun baru cucuk imunisasi yang terakhir. Tengok pada buku 12 bulan iaitu umur dia setahun, dia kena cucuk MMR dos kedua. Lepas tu check up 18 bulan dengan 21 bulan, masa tu tak cucuk, cuma check up biasa je. Nurse cakap terus cucuk untuk dua tahun. Jadi untuk cucuk dua tahun ialah DTap/DT, IPV ( booster ) dan HB ( booster ). Nad memang akan hantar anak check up dan suntik imunisasi, supaya anak sihat selalu.

Budak dua tahun checkup

Check up haritu, nad dengan Fariza je. Fariza ni behave sikit kelakukan dia. Asalkan ada satu mainan, satu pen dan kertas, bagi dekat dia, nanti dia fokus la dengan barang dia. Kalau ada budak sebelah, hah dia akan main dengan budak tu je. Takpela, check up anak kan, bukan check up maknya, kalau check up maknya memang daddynya kena tengokkan anaknya ni.

Waktu tu tak berapa ramai orang. Okla sikit. Lama tu biasalah, dah klinik kerajaan kan. Kena la tunggu. Lagipun kalau dia nak susu ke apa, boleh masuk bilik menyusu. Alhamdulillah waktu tu, dia tak meragam, menangis nak ajak keluar dari klinik. Sebab ada barang dia.

Yang bagusnya, dia suka benar nak masuk bilik check up tu. Bila nombor giliran dia dipanggil, nad cakap " jom masuk "..hah masuk la dia denagn muka tersengih. Nurse suruh buka baju dan seluar untuk timbang. Berat dia naik banyak sikit la, 500g naik. Okla tu. Dari 8.4kg naik ke 9kg. Mungkin sebab dia dah minum susu tepung kan. Syukurla, berat naik banyak juga. Lagipun dia berselera makan. Bagila apa sahaja, mesti dia nak makan. Tinggi pun ok.

Pemeriksaan fizikal semua dia ok. Alhamdulillah sihat walafiat. Ni bagusnya kalau mommynya yang jaga. Semua terjaga, makan, minum dan kesihatan semua terjaga..Bukan nak kata yang hantar nursery tak bagus, tapi berlainan cara penjagaan kan. Banyk benda dia dah boleh buat. Sebut perktaan pun dah sikit-sikit pandai. Setakat ni perkembangan dia semua ok.

Lepas tu kena tunggu giliran lagi nak cucuk dua tahun ni. Ni yang takutnya, takut dia nangis dan menendang kaki ke..hahaa. Paham-paham jela budak dua tahun, tenaganya mungkin berlainan. Nad duduk dia di peha nad, lepas tu tahan kaki dia. Nurse tunjukla macam mana caranya. Nad ni tengok jarum memang seriau haishh..hahaa. Nad yang kena cucuk pun pandang tempat lain. Ini tengok anak punya. Masa kena cucuk tu, Fariza terkejut la sikit. Nurse pun baca la bismillah..Tup-tup tengok, ok dah selesai. Terus letak kapas dan lekat. Masa berdirikan dia, nak betulkan seluar, dia boleh tersenyum pulak..hahaa..Kuatnya anak mommy ni. Mommy cakap " mana akit "..dia tunjuk..hehee. Tapi tersenyum..Lepas tu nak jalan macam biasa. Haish macam takda apa..good girl.

Harap lepas ni berat naik lagi la ye.

hai assalammualaikum

Hadiah Harijadi Rantai Emas Fariza Daripada Nenek - Semalam sambut Harijadi Fariza dekat kampung bersama keluarga. Meriah memang meriah walaupun simple macam tu je. Yela, dah semua adik beradik, anak buah, ipar duai berkumpul. Mana tak riuh. Setiap kali nak sambut birthday, memang akan pastikan semuanya ada. Yang penting Fariza happy sambut dengan sepupu-sepupu dia.

Semalam mak tiba-tiba mak tanya
Mak: Fariza dah dua tahun genap ye
Nad: Ye mak, dah dua tahun dah.
Mak: Nampak besar dah. Kejap lagi nak jadi kakak
Nad: hahhaa ( gelak jela )

Terima Kasih Nenek Rantai emas ni

Tiba-tiba mak masuk bilik. Ingat nak buat. Tak perasan dekat tangan mak ada apa. Tengok-tengok lepas keluar dari bilik, terus mak pasangkan dekat Fariza. Nak tau apa. Rantai emas lerr..hehee. Nad memang tak berani lagi nak belikan Fariza rantai. Sebab takut Fariza tak suka pakai, atau tercabut, atau orang lain ambil. Tapi rantai ni nenek yang bagi, kena la terima. Bila Fariza pakai rantai emas ni, nampak dah besar, nampak cantik, nampak keperempuanan bila dia pakai rantai emas ni..hahaah. Sebelum ni, nad ada rantai untuk dia, tapi rantai perak silver gitu. Entry ada dekat SINI. Itu pun kadang-kadang pakai.

Rantai yang nenek bagi ni sebenarnya rantai emas nad dulu. Mak yang belikan untuk nad. Dulu pakai masa ada kenduri dengan raya je. Nad memang suka pakai rantai-rantai ni. Tapi bila dah dewasa, takut rantai hilang dah tak pakai. Lagi mr mafia bagi, pakai yang tu je la. Yang ni mak simpan. Rupanya nenek tunggu sampai anak dua tahun baru bagi..haahha. Pandai nenek. Hadiah paling berharga sekali. Hadiah turun temurun. Akan disimpan elok-elok.

Dulu suka rantai ada buah, baru cantik

Rantai ni nipis, ada buah dan huruf " R". Mak cakap mak main beli je, tak ikut huruf nama. Kalau tengok harga sekarang mesti dah beribu. Untung simpan emas ni.

Budak ni dari dipakaikan sampai sekarang, taknak buka rantai emas tu. Dimarahnya bila kita nak buka. Kita ni risau kalau terjatuh. Tapi kalau dalam rumah takpela. Kalau keluar memang kena buka tu. Kang tak perasan tiba-tiba hilang kang. Fariza dah kemaruk pakai rantai emas tu. Nak cantik je dia ni..hahaa. Setiap kali mandi, tengok, pegang buah rantai tu, setiap kali bangun, rasa ada tak rantai tu..adoii. Okla dia nak pakai, dari dia taknak pakai. Sekurangnya senang kan nak pakaikan dia apa-apa lepas ni.

Kita suruh dia posing, itu jela dia mampu buat

Comel la anak mommy dengan rantai ni. Nanti mommy pakaikan gelang pulak ye. Ada je gelang emas nad dekat nad. NAd ambil haritu. Kecik je, sesuai dengan Fariza. Lengan nad kan kecik..hehee.
hai assalammualaikum

Sambut Birthday Fariza dan Adik Ipar - Memang nad dah rancang dengan adik nak sambut birthday Fariza dengan suaminya sekali. Fariza punya birthday 23 Oktober, adik ipar punya 30 Oktober. Mula-mula ingat nak buat 23 Oktober, tapi masa tu mr mafia ajak pergi Zoo Negara pula. Jadi rancang hari lain. Nad dengan adik dah rancang 30 Oktober, ngam birthday suami dia iaitu adik ipar nad, tapi Sabtu malam tu, ada kenduri rumah saudara, kenduri cukur jambul. Jadi mak suruh buat Ahad malam 29 Oktober. Takut kalau buat 30 Otober hari Isnin ramai takda, yela kerja kan. Jadi decide buat Ahad malam.

Mula-mula nak beli sate dengan mee hailam dekat kedai. Malas nak masak. Tapi kakak cadang, masak mee goreng jela. Nad pun ikutkan jela. Kalau masak mee goreng jimat sikit duit..hahaa. Sambut harijadi ni nad kongsi dengan adik. Adik beli kek, nad beli makanan. Jadi sama adil, sebab nak sambut birthday suami dia sekali kan..hahaa.


Sebelum ni pernah sambut birthday Fariza setahun dekat luar, tapi dia tidur pulak. Pulak tu makan tak cukup. Jadi tahun ni buat kecil-kecilan jela. Buat dekat rumah, sambut dengan keluarga pun dah meriah. Fariza tak tidur, dia pun happy..hehee.



Tengokla tu, bila nyanyi lagu untuk dia, tersengih macam kerang busuk..hahaha. Masa ni abang nad nyanyi sorang-sorang. Tapi bila nyanyi Selamat Hari Jadi ramai-rami, boleh pulak dia nangis. Biasalah malu kan. Mengada budak ni.


Potong kek..yeahhh..budak dah dua tahun..besar dah..bakal jadi kakak. Tak tau adik dia boy ke girl..hehee.

Rasa minggu ni layan birthday dia je..hahaa. Belum part hadiah lagi. Daddynay dah belikan dia hadiah, nad je belum. Nak pergi kedai survey barang nak hadiahkan dia, daddynya sibuk lagi. Ntah bila ni. Takpe, akan diupdate apa yang nad beli nanti ye..hehee. Banyak dia dapat hadiah. Dari nenek pun dia ada dapat..hadiah turun temurun..heheee.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2