SAMBAL CILI IKAN BILIS SUKAHATI AKU

in , by Nadia Johari, 20:49:00
hai assalammualaikum

Sambal Cili Ikan Bilis Sukahati Aku - Semalam tiba-tiba teringin makan sambal. Tengah dok fikir, nak buat sambal belacan macam tak sedap, jadinya nak buat sambal lain la. Tiba-tiba dalam kepala, nak baut sambal ikan bilis. Paham-paham jela , bila idea nak buat tu datang, kita cuba jela buat..huhuhu. Terfikir ada ikan bilis, hah cuba buatla sambal ikan bilis.

Sambal Cili Ikan Bilis

Ni la rupa dia. Mudah je nak buat dia. Makan dengan telur je pun sedap ni.

Bahan-bahan
- Ikan bilis sikit je
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 8 biji cili padi. Nak lagi pedas tambah la..
- 2 biji cili hijau besar
- Belacan sedikit
- Garam
- Gula

Cara buatnya
- Ikan bilis digireng dan diketepikan
- Potong bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan goreng sekejap je bersama belacan.
- Lepas tu amik lesung, ketuk semua bahan tu sekali dengan ikan bilis.
- Letak garam sedikit dan gula 3 sudu.
- Siap untuk dihidang.

Sodappp

Simple je. Ni sukahati nad buat macam ni..hahahaa. Idea ntah apa-apa datang..kihkih. Tapi sodap..rangup sambalnya, sebab ikan bilis digoreng..kihkih.
hai assalammualaikum

Brownies DaridapurYanamib Sedap Dan Padat - Haritu nampak la dekat timeline facebook, instagram, ramai yang post brownies. Eh korang ni dah kenapa hah!!, pantang betul kalau orang post kek coklat ni. Tak boleh tengok, mesti terliur..hahaha. Kalau tak dapat boleh ngamuk ooo..haha. Tengok yang post ni yang pergi kelas online buat brownies kot. Tu diaorang asyik post dekat media sosial tunjuk brownies diaorang buat. Lepas tu jual..haishh...Marahnya sebab yang buat ni semua macam jauh-jauh je..geram pulak..hahaa.

Nad akan komen setiap orang yang post brownies diaorang dekat media sosial. Mengharapkan diaorang boleh hantar dekat nad..hahhaa. Alhamdulillah, ada seorang ni balas, dia nak belajar cara pos brownies. Sampaila satu hari dia whatsup nad. Ok dah paham, terus nad cakap " nak order "..hahaha. Firstime dia nak pos brownies ni, jadi dia nak hantar dekat nad. Nad ok je, sebab tak tahan tengok dia ni pos brownies dekat media sosial. Asalkan sampai dengan selamat dan cantik, dan seperti yang diharapkan..hahaa. sedih oo kalau dah bayar, tapi dapatnya hampeh.

Brownies DaridapurYanamib in the houes

Gembira dapat brownies

Lepas tempahan buat, dah bayar, dia pun dah pos. Tunggu punya tunggu, dalam masa 2 ke 3 hari gitu brownies sampai. Alhamdulillah, Risau juga, dengan dia pun risau. Mana taknya, makanan kot. Sampai je terus buka, sebab dah bau coklat brownies tu menusuk kalbu..hahaa. Buka nak tengok elok gak, alhamdulillah, samapi pun elok je. Cuma cheese terlari sikit, tapi takdela lari mana. Yana, bungkus brownies ni elok je. Nad tempah brownies cheese dan nutella. Selera makyong memang dasyat. Tak cukup sekotak sebab anak dara kita pun suka makan kek wak..hahaa. Asal mengandung je mesti suka makan kek, makan benda manis. Jadi anak pun ikut serta..hahaa.

Tangan budak kecik tak sabar nak makan

Buka je, anak dara kita " wahhh"..kita pun senyum je..hahaa. Tangan dia dah tak sabar nak ambil, tapi paham-paham jela, kita nak ambil gamabr dulu..hahaha. Nak tunjuk korang macam mana rupa dia. Lepas tu baru bagi dia..

Diakata " dap, dap"

Tengokla tu, sedap je dia makan.

besar weii

padat dan lembut

Brownies Yana buat memang sedap, dan padat. Kira puas hati la dengan harga dia. Lembut pulak tu. Satu kotak je habis dalam masa dua hari. Nad dengan Fariza je makan. Mr mafia tak suka.

Kena piping sendiri

Yang nutella ni, Yana tak buh terus dalam brownies, dia letak dalam bungkusan lain dalam piping. Jadi korang kena buat sendiri nutella tu. Ye korang, buruk kan tengok nad buat ni..hahahha..tangan kita tak berseni, tapi asalkan ada coklat sudahh..hahaa..so yummy.

Ada macam-macam brownies

Nak tengok brownies yang nampak lawa, nah , nak bagi dari facebook Yana..hehe. Hah kalau korang nak order bolehla pergi ke
Facebook: https://www.facebook.com/yanamib?fref=ts
Instgaram : https://www.instagram.com/yanamib/
hai assalammualaikum

Peluang Menangi Hadiah Produa Axia Sempena Kempen FPX & WIN - Siapa suka shopping online, kita geng..ehhee. Nad memang gemar shoping online, sebab mudah dan senang. Setakat ni Alhamdulillah, selama shoping online takde masalah. Salah satu shoping online yang nad gemar ialah Lazada. Kalau korang nak tau, ada satu kempen kerjasama antara Lazada dengan FPX dan Molpay Sempena Online Revolution yang bermula pada 11.11 dan akan berakhir pada 12.12 nanti di mana korang boleh memenangi hadiah bernilai 75K yang berupa kereta Perodua Axia, iPhone 8 Plus serta Samsung S8 dan beberapa gajet lain dengan hanya membeli dan menang. Menarik tak..hah!!, mudah je caranya nak menang hadiah ni semua. Baca entry nad sampai habis ye.
hai assalammualaikum

SweetRoyale Stevia Sweetener Pharmaniaga - Sekarang tengah mengandung ni, memang kena kurangkan benda-benda manis, takut dapat penyakit diabetes atau penyakit lain. Nad tau ramai suka ambil makanan dan minuman manis, kalau tak manis rasa tak sedap kan, sama macam nad, tapi nad kalau boleh nak pemanis yang semulajadi dan sihat. Bila nad baca google, ramai pakai stevia. Stevia dijadikan pemanis kepada makanan dan minuman sebagai pengganti gula. Pelbagai jenis stevia ada di pasaran yang kita boleh nampak. Korang kena hati-hati memilih stevia ni, takut ada yang tiruan. Tengah mencari tu, kawan sarankan amik SweetRoyale Stevia Sweetener Pharmaniaga ni. Harga pun murah. Apa lagi nad pun cubalah.

Sweetroyale Stevia Pharmaniaga

SweetRoyale Stevia Sweetener Pemanis Semulajadi

Kalau sebelum ni, nad selalu nampak yang jenis botol dan cecair. Kalau nak guna, titis beberapa titik sahaja. Tapi SweetRoyale Stevia ni, ia berbentuk sachet. Dalam sekotak ada 40 sachet. Bukan jenis cecair, tapi dalam bentuk serbuk. Satu sachet dah  mencukupi untuk memaniskan minuman seperti gula tau. Korang tak perlu risau, sebab SweetRoyale Stevia ni diperbuat daripada daun Stevia Rebaudiana yang original. Stevia mengandungi kalori yang rendah, jadi takde masalah dah kalau nak ambil makanan dan minuman manis-manis ni. Korang mesti guna SweetRoyale Stevia keluaran Pharmaniaga ni.

Satu sachet untuk satu cawan

SweetRoyale Stevia ni adalah pemanis stevia yang telah diadun rapi, menggabungkan bahan-bahan terpilih seperti Eryhritol, Xylitol, Stevia, Agen Anti Pergerakan sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan dan Oligofruktosa  untuk memberikan anda rasa yang manis seperti gula tetapi rendah kalori. Memang unik rasanya, sesuai dengan slogan yang digunakan " Rasa Manis Unik Sejati ".

Ramai yang suka minum minuman manis, tak kurang juga makanan manis. Nad pun suka, tapi nad guna pemanis semulajadi iaitu SweetRoyale Stevia Sweetener ni. No gula putih dah. Nak sihat, taknak kena penyakit, kena ambik benda semulajadi. Satu sachet sama dengan 2 sudu teh gula. Produk ni disahkan halal. Kalau korang nak boleh dapatkan di cawangan @royalepharma berdekatan atau online di Lazada, 11street dan Shopee. Review nad http://miszrockers.blogspot.my/2017/11/sweetroyale-stevia-sweetener-pemanis.html?m=1 #SweetRoyaleStevia #SweetRoyale #RoyalePharma #Stevia #SteviaSweetener #SteviaBiarBetul #SteviaHalal #ProdukMuslim #Pharmaniaga #lifestyleblogger #ceriterasigadisbiru #miszrockersblogspot #nadreview #kbba9 #bloggermalaysia #blogger #vsco #vscomalaysia #media #mediainfluencer #beautyblogger #fashionblogger #igerskolumpo #igersmalaysia #quotes
A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on


Jangan risau tentang SweetRoyale ni, sebab ia telah diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dengan penuh terpeinci. Formula yang diperbaharui menggunakan gred Stevia yang lebih tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit. Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sejajar dengan 2 sudu teh gula. Bagusnya, Sweetroyale ni boleh digunakan untuk makanan dan minuman. Minuman pulak bukan untuk yang panas sahaja, malah untuk minuman sejuk pun boleh sebab ia mudah larut dalam air.

Amaran ** Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan laksatif

Oleh itu saranan penggunakan hanya perlu gunakan satu sachet pemanis SweetRoyal ke dalam setiap cawan minuman anda.

Rasa Manis Unik Sejati

Dalam banyak-banyak stevia yang nad nampak, SweetRoyale la stevia yang paling murah dan mampu milik. Lagipun dengan saiz sachet macam ni, ia boleh di bawa ke mana sahaja. Tak kisahla pergi berkelah ke, travel ke, hiking ke, pergi kedai makanan bawa stevia ni pun boleh..hehee. Yela orang kedai kan selalu buat minuman manis giler, lagi-lagi kedai mamak kau..hah!!, order dekat kedai tu minuman tanpa gula, dah sampai, korang bubuhla stevia ni. SweetRoyale telah disahkan halal oleh JAKIM, nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017

Harga sekotak SweetRoyale Stevia Sweetener :
RM17.00 - di outlet ( harga bergantung pada promosi atau event )
RM15.90 pembelian online ( tak termasuk kos penghantaran )



Artis-artis Malaysia juga turut  memilih SweetRoyale Stevia sebagai pemanis yang sihat untuk minuman mereka. Antaranya adalah Syarifah Sakinah dan Scha Al-Yahya. Mereka pun nak jaga kesihatan, jadi mereka pilih SweetRoyale.

Pilihla SweetRoyale sebagai pemanis semulajadi

Cawangan Farmasi RoyalePharma

Kalau korang nak, korang boleh pergi ke cawangan Royale Pharma yang berdekatan ye. Ni antara cawangan RoyalePharma:
RoyalePharma : https://goo.gl/Z6qvUb
- Farmasi RoyalePharma Seksyen 7, Shah Alam
- Farmasi RoyalePharma Quill City Mall
- Farmasi RoyalePharma My Town
- Farmasi RoyalePharma Vista Alam
- Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok
- Farmasi RoyalePharma Bangi

Ada juga dijual secara online di Lazada, 11street dan Shopee:
Lazada : https://goo.gl/8LgaVv
11street : https://goo.gl/wwNrac
Shopee : https://goo.gl/n9edGM

Nak tau lebih lanjut boleh layari
WEBSITE:: http://www.royalepharma.com
FACEBOOK: https://www.facebook.com/royalepharma
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/royalepharma





JALAN- JALAN MALAM TASIK TITIWANGSA

in , by Nadia Johari, 02:05:00
hai assalammualaikum

Jalan-Jalan Malam Tasik Titiwangsa - Malam tu mr mafia ajak kitaorang jalan-jalan pusing Kuala Lumpur. Dah lama tak jalan-jalan malam KL..hahaa..Sebelum ada anak, kerap juga keluar malam. Dah anak ni, jarang la. Ni la pertama kali bawak Fariza jalan-jalan malam Kuala Lumpur, tengah malam ok..hahaha. Mulanya nak pergi KLCC, rupanya sekarang dia tak buka sampai tengah malam, dia dah ada waktunya. Pastu nak pergi river dekat Dataran Merdeka, pun ditutup tengah malam. Nampaknya lepas ni nak pergi kena awal la.

JAdi kitaorang cadang jalan-jalan Tasik Titiwangsa jela. Pertama kali Fariza datang Tasik Titiwangsa. Dekat sini, tengah malam pun masih ramai orang. Bukan sahaja keluarga, budak-budak remaja memang ramaila..hahhaa. Paham-paham jela. Takpela, sekurangnya takdela duduk dalam kereta, lepas tu balik rumah..hahaa. Bawakla Fariza jalan-jalan dekat Tasik Titiwangsa ni. Jalan dekat bahagian yang luas tu jela. Nak pusing dah gelap.

Dekat situ banyakla aktiviti, main basikal, macam-macam basikal ada. Ada lagi la benda mainan lain yang boleh disewa dekat situ. Malam tu, mr mafia bagi Fariza naik basikal. Mula Fariza nak basikal budak tu, tapi dia tak pandai kayuh lagi, jadi orang yang tukang sewa situ cakap ada basikal untuk budak Fariza yang maknya boleh tolak..Itulah basikal dia..hahahaa. Basikal Itik. Kayuh tak kayuh, mommy yang tolak. Dia pun enjoy. Mommy tolak dekat situ jela. Pusing-pusing tempat sama. Mana dia tau. Yang dia tau basikal berjalan.




Titiwangsa Lake Gardens terletak berdekatan Jalan Tun Razak yang sibuk di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sekitar Titiwangsa Lake Gardens adalah Perpustakaan Nasional, Restoran Nelayan, Galeri Seni Kebangsaan, Panggung Kebangsaan (Istana Budaya) dan Teater Tarian Sutra.

Titiwangsa Lake Gardens adalah taman rekreasi untuk orang ramai. Ia mempunyai beberapa tasik besar di tengah-tengah taman. Terdapat banyak kemudahan di taman yang termasuk trek berjoging, berbasikal aqua, berkanu dan aktiviti luaran lain.  Terdapat juga makanan dan minuman yang dijual di sekitar tepi tasik untuk pengunjung membeli sambil menikmati pemandangan yang indah.

Taman ini begitu juga dekat dengan Istana Budaya dan Galeri Seni Kebangsaan. Istana Budaya Teater tempat dimana korang boleh tengok semua jenis teater seperti konsert klasik, opera, operetta dan teater muzik dari tempatan dan juga artis antarabangsa.Nad pernah masuk tengok teater. Tu la pengalaman paling best sebab dapat tengok depan-depan. Bagi Galeri Seni Kebangsaan, ia merupakan bangunan yang indah dengan seni bina unik yang diilhamkan oleh seni bina Melayu tradisional.

hai assalammualaikum

Chomel Breast Pump & Bottle Cleanser - Selama ni, nad cuci botol Fariza dengan pencuci biasa. Memang tak elok sebenarnya, sebab pencuci biasa ada bahan kimia, lagipun lemak-lemak susu masih ada dekat botol. Budak kecil mudah dapat penyakit. Walaupun dah diberus dengan berus botol, tetap tak hilang. Tercari juga sabun khas untuk cuci botol. Tengok iklan nampak la satu produk ni, tapi tak tau dekat mana dia jual. Tengok dekat kedai barangan baby, macam takda je, ke nad terlepas pandang, tak tau la. Lepas tu nampak la kawan-kawan guna pembersih baby jenama Chomel. Nampak menarik, apa lagi nad terberkenan nak cuba pencuci daripada jenama Chomel.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Breast Pump & Bottle Cleanser Chomel Baby

Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser

Permbersih Botol Susu iaitu Chomel Baby Breast Pump & Bottle Cleanser. Harag dia RM23.90. Dapat je terus cuba dekat botol susu Fariza. Memang bagus, lagipun mudah nak digunakan sebab jenis picit je. Nad pun picit sedikit masukkan dalam botol, lepas tu masukkan air, dan goncang. Biarkan sekejap, lepas tu baru berus botol tu. Memang semua lemak susu tanggal. Lagi-lagi bahagian penutup susu tu. Hilang segala lemak susu. Tempat tu la patutnya diawasi, sebab budak akan hisap bahagian tu. Kalau biarkan lemak susu terbiar, sangat tak bagus.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Mudah digunakan

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Sebelum menggunakan Chomel Baby

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Selepas menggunakan pencuci Chomel

Boleh tengok sebelum menggunakan permbersih botol susu Chomel ni dan selepas menggunakannya. Memang berkesan.

Pencuci Chomel Breast Pump & Bottle Cleanser ni sangat bagus digunakan, sebab bukan sahaha ia menanggalkan lemak, malah pencuci ni bebas kimia. Ini bermakna tiada paraben, SLE, alkohol dan klorin. Pencuci ni amat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Tangan pun akan jadi lembut. Mampu mencuci kotoran degil dengan kadar pH yang rendah dan tidak akan menyebabkan alahan pada bayi.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Selamat untuk anak-anak

Paling best, pencuci ni bukan sahaja digunakan untuk botol dan breast pump, malah boleh digunakan untuk mainan kanak-kanak, sayur dan buah-buahan. Menarik kan. Semua kebersihan kita kena jaga demi kesihatan kita. Jadi nak guna pencuci pun kena daripada bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Jimat pun ye..hehee.

BREAST PUMP & BOTTLE CLEANSER
Tiga jenis produk Chomel Baby

Produk Chomel Baby ni ada tiga jenis sebenarnya. selain Breast Pump & Bottle Cleanser, Chomel juga ada Toy and Surface Cleaner dan Baby laundry Detergent. Barangan Chomel memang selamat untuk kanak-kanak. Memng bagus, semua barangan bayi dibersihkan denagn pencuci khas. Baru anak-anak kita sihat dan bebas daripada penyakit. Produk Chomel telah lulus ujian dermatologi untuk kulit sensitif.

Kalau korang berminat, boleh terjah
Website:https://www.chomelbaby.com
No Tel :016-7750 888
Facebook :https://www.facebook.com/chomelbb/
Instagram :https://www.instagram.com/chomel_baby_/

hai assalammualaikum

Mainan Pebble Handmade Yang Menarik Dan Unik - Suka tengok barang baby yang kiut, comel ni. Lagi-lagi untuk baby yang baru lahir ni, mestilah nak cari sesuatu yang boleh buat dia jadi teman waktu tidur atau semasa bermain. Ternampak mainan Pebble dekat Motherhood, nampak menarik. Jenis kain, tapi masih selamat untuk baby. Bolehla bagi dekat baby, buat gentel-gentel nanti..ehhee.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Pebble Organic- Sleepy Bunny Teal

Mainan Pebble Handmade

Hah!!, ni la dia. Comel kan Mainan Pebble yang nad pilih dekat Motherhood ialah Sleepy Bunny Teal. Bila baby keluar nanti, waktu dia tidur, boleh bagi ni, bagi di peluk. Kain bukan biasa-biasa kain. Kain cotton yang diperbuat daripada kapas 100% asli. Yang lagi menarik, mainan Pebble ni dibuat dengan tangan iaitu handmade. Pergh halus betul dia buat. Cara macam ni orang kita panggil " kait ". Bukan senang oo nak buat mainan macam ni guna tangan. Kain pun tak mudah tanggal atau berbulu. sesuai untuk kanak-kanak dari bayi sampai besar.

Mudah dibasuh sama ada guna tangan atau guna mesin.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Suka dia pegang tekinga rabbit

Pebble Organic - Sleepy Bunny Teal
Doudous adalah mainan yang sesuai ketika hendak tidur atau bila-bila masa sahaja. Jadi masa anak tidur, bayi akan rasa terhibur sebab dia akan teman tidur. Teringat nad, dulu pun nad ada satu mainan kura-kura untuk dibawa tidur. Baby ni kan suka tidur dengan pegang tangan ibu atau pegang sesuatu yang boleh buat dia lalai. Jadi kita tak mampu la 24 jam nak pegang, alternatif lain bagi kain numpkin atau kain khas dia. Tapi, apa kata cari kain yang ada rupa binatang macam ni. Mesti dia suka.

Ciri-ciri utama:
• Barang buatan tangan dengan hasil yang sangat baik oleh tukang-tukang berbakat
• Selamat untuk bayi dan anak kecil untuk mengunyah
• Bahan: kapas 100% ORGANIK dengan 100% poliester
• Arahan penjagaan: mesin boleh dibasuh pada 40 darjah dan boleh jatuh kering pada tetapan yang rendah
• Saiz: 22x22cm (selimut mini), 5x5cm (kepala bunny)
• Reka bentuk UK

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
100% kain cotton dan berkualiti

Mainan Pebble sangat lembut dan halus buatannya. Pebble adalah produk berkualiti tinggi, tahan lama. Benang kapas kuat dan bebas daripada habuk dan lembut pada kulit bayi anda. Takdela bila letak dekat muka, boleh buat gatal-gatal hidung tu. Tengok Fariza yang sibuk. Nak bagi dekat adik dia , dia yang beria nak. Kalau digigit pun selamat. Produk mainan Pebble dibuat sepenuhnya dengan tangan dengan bahan semulajadi dan oleh itu terdapat sedikit variasi saiz, warna dan reka bentuk selaras dengan ciri unik produk ini.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Dia pulak yang lebih-lebih

Kelebihan Mainan Pebble

1) Unik dan buatan tangan
Setiap mainan adalah unik dan hanya wujud sekali sahaja. Semua mainan kerikil terbuat dari kapas 100% asli dengan tangan para pengrajin berbakat dan terlatih

2) Selamat untuk Bayi Anda
Semua mainan kerikil adalah kawalan kualiti, makmal yang diuji dan disahkan, mereka disimpan untuk bayi dan kanak-kanak untuk mengunyah

3) Kualiti tinggi
Anda menerima jaminan 6 bulan di mana-mana mainan kerikil. Kain semulajadi, kapas organik dan jaminan mutu kerja yang sangat baik yang berterusan untuk anak anda.

Kalau korang nak tau, mainan Pebble ni merupakan mainan buatan tangan yang dibuat oleh wanita di Bangladesh.

MAINAN PEBBLE HANDMADE UNIK DAN SELAMAT UNTUK ANAK
Mainan Pebble Buatan Tangan

Serba Sedikit Berkenaan Mainan Pebble

Hathay Bunano, yang bermaksud "tangan dibuat" di Bangla, ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Briton Samantha Morshed, yang berpindah dari United Kingdom dengan suami British Bangladesh. Samantha sedar bahawa dia mempunyai kewajipan moral untuk meletakkan apa sahaja kemahiran yang dia gunakan, untuk membantu wanita Bangladesh dalam apa jua cara. Wanita-wanita Bangladesh membuat perkara-perkara yang indah sebagai sebahagian daripada budaya dan warisan mereka, jadi itu salah satu peluang untuk  mewujudkan pilihan pekerjaan yang lestari dan fleksibel untuk wanita luar bandar yang kurang bernasib baik.

www.pebblemalaysia.com

Produk Pebble dibuat oleh Hathay Bunano, organisasi fairtrade bukan keuntungan di Bangladesh. Hathay Bunano bermakna 'dibuat' atau 'dirajut' di Bangla. Misinya adalah untuk mewujudkan supaya wanita Banglades bekerja dengan baik, berkualiti, fleksibel dan  yang prospek pekerjaannya adalah minima.

animals

Bunny

Blanket

Hat

Food

Produk Pebble Child boleh didapati di beratus-ratus butik dan kedai-kedai hadiah di seluruh dunia. Seperti kita tahu, wanita di Bangladesh memang bertukus lumus buat kerj apa sahaja untuk membantu keluarga, jadi dengan membeli mainan Pebble ni dapat menyokong wanita Bangladesh untuk berdikari dan menyediakan untuk keluarga mereka. Selain itu, dapat mengurangkan perpindahan keluarga , menghentikan buruh kanak-kanak, mengurangkan perkahwinan awal, kemudahan prasekolah & penjagaan, mengurangkan keganasan terhadap wanita dan meningkatkan kadar pendidikan wanita.

Produk Pebble Child diperbuat daripada 100% kapas dan hadiah yang sempurna untuk bayi yang baru dilahirkan, hari lahir, perayaan Malaysia sekitar tahun dan majlis-majlis khas lain. Koleksi Pebble termasuk pelbagai kapas organik, menjadikannya lebih lembut pada kulit kelahiran baru. Korang kalau berkenan boleh tengok details di bawah:
Tengah ade promosi dekat Motherhood.
Motherhood website : https://www.motherhood.com.my/brands/pebble
Pebble website: https://pebblemalaysia.com/
Pebble facebook: https://www.facebook.com/PebblechildMalaysia/?fref=ts





hai assalammualaikum

Dah Boleh Pergi Event Tanpa Fariza - Selalunya kalau ada event, nad akan bawak Fariza sekali, sebab dia masih menyusu badan, takut dia cari-cari nad. Tapi sekarang dia dah berusia dua tahun, dah alhamdulillah, dah minum susu botol, dah makan, senang nak jaga dia dah. Kalau sebelum ni, bila tinggalkan dengan daddy dia masa baby, huru hara jadinya..hahaa. Korang boleh baca entry Bila Dady Jaga Fariza. Masa ni daddynya tak reti lagi la nak buat apa-apa. Sekarang dah boleh jaga anak dah..

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Haritu nad ada event formal. Tak boleh bawak budak. Nak taknak kena mintak mr mafia jaga. Risau juga, takut dia taknak dengar cakap daddy dia, takut daddynya tak paham apa yang Fariza nak. Nak taknak terpaksa la juga tinggalkan, sampai bila Fariza nak dengan mommy kan. Bior dengan daddy seharian. Tengok apa jadi..huhu. Nad pergi event pun bukan suka-suka. Bekerja, bila dapat duit, boleh bantu mr mafia sikit. Pagi sebelum pergi tu pun dah ajar mr mafia baut susu Fariza. Yup, Fariza dah minum susu botol. Senang sikit dah sekarang.

Masa dekat event tu, mula la whatsup suami, tanya anak dah bangun belum, buat apa??, haishh semua ditanya la. Yela risau. Suami cakap dia keluar jumpa kawan, terus bawak anak, lepas anak bangun..haha. Dengan tak mandi semua..adoii la.. Lepas balik baru mandikan budak ni. Satu hal, dia mandikan dalam besen. Mau tak seronok Fariza. Sampai taknak keluar dari besen. Orang laki kalau jaga, macam tu la.

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Tadi masa keluar, diaorang singgah beli Mcdonalds. Lepas mandi, mr mafia bagi Fariza makan kentang goreng tu sambil layan cerita. Setakat dia hantar tu, ok la nad tak risau. Kiranya semua berjalan dengan lancar..hahaha. Fariza ni satu je, kalau dia dah tak nampak mommy dia dari dia bangun, ok la. Tapi kalau dia nampak mommy dia keluar, hah!!, tu biasa, memang dia akan menangis nak ikut. Sama macam daddy dia nak keluar, meraung nak ikut.

Lepas tu nad tak tau apa jadi, sebab update tugasan event. Event pulak dari pagi sampai ke malam. Event MSMW 2017. Waktu tu bateri phone pun dah habis. Powerbank pun habis..adoilaa. Nasib abik ada kawan bawak plug lebih, powerbank diaorang masih penuh. Pinjam sekejap. Lepas tu dah balik, mintak mr mafia ambil.

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Dalam kereta tengok Fariza dah tidur. Mr mafia cakap dari dia bangun sampai petang, tak tidur. Masuk dalam kereta ni nak ambik nad, baru dia tidur..alahaii..kesian dia. Mr mafia cakap, dia nak tidur, tapi Fariza kejut ajak main..hahaa. Maknanya dia main sorang-sorangla..hahaa. Dari dalam kereta sampai ke malam, dia tidur. Bangun nampak mommy dia, mulalah keluar sifat manja dia..hehee. Kita pun layanla..memang tidur lambat dia waktu tu sebab dah tidur kan..aiyakk..hahaa.

Memang dah boleh tinggal dengan daddy ni. Tapi takda la selalu. Mr mafia pun ada keje. Tengok event juga..hehee.

PAGEVIEW BLOG DAH CECAH 3 JUTA

in , by Nadia Johari, 01:15:00
hai assalammualaikum

Pageview Blog Dah cecah 3 Juta - Mula berblog pada November 2011. Entry pertama berkenaan ayah dan mak..hehee. Masa tu tak tau lagi blog ni fungsinya untuk apa. Yang nad tau, blog ni macam diari kita. Kalau dulu tulis dalam buku, yang ni tulis dekat web. Kalau buat public, memang semua orang akan baca. Waktu mula-mula buat blog, semestinya orang takkan kenal siapa Miszrockers Blogspot. Setelah hampir tiga tahun, tengok blogger lain menulis macam mana, nad pun mula improve kan diri. Alhamdulillah, lama-lama orang kenal blog nad.

PAGEVIEW BLOG DAH CECAH 3 JUTA
Pageview 3 juta

Mula join Kelab Blogger Ben Ashaari, dan belajar sedikit demi sedikit. Bukan senang nak bagi orang kenal blog kita, lagi-lagi PR, dan client yang nak promote barang diaorang. Kalau sebelum ni tulis main ikut suka je, sekarang bila tulis, walaupun santai, tapi beri manfaat kepada orang. Mula menulis yang elok, sebab blog ni akan kekal sampai bila-bila. Kalau nad takda nanti, orang baca yang elok-elok jela..huhu.

PAGEVIEW BLOG DAH CECAH 3 JUTA
header terkini

Kalau dulu blog edit sendiri, hahaa..gigih sampai pagi-pagi buat coding, bila berjaya lega. Lepas tu tengok blogger lain, template lawa. Belajar juga, template pun memainkan peranan dalam  menaikkan ranking. Lagi bagus template, kemas, dan tersusun, orang suka baca. Tu bukan sahaja orang nak datang blog kita, malah menaikkan traffic blog walaupun cerita personal. Template terkini, husband yang hadiahkan waktu birthday nad. Niche blog nad, memang nad pilih untuk lifestyle. Tak kisah la pasal kehidupan nad, nad pergi mana, makan dekat mana, dan macam-macam lagi la. Memang takkan nak ada niche tersendiri. sebba nad suka kongsi apa sahaja. Sekarang dah ada anak, mula cerita bab parenting.

Nama ceriterasigadisbiru masih kekal, sebab orang memnag tau nad suka warna biru, walaupun template hitam merah..hahaa. Nama blog miszrockers pun masih kekal sebab lain daripada yang lain dan unik.

Nad akan maintainkan untuk buat entry sehari sekali. Tapi sejak ada anak ni, tertangguh pulak. Tapi nad tetap kejar..hehe. Lepas ni anak dua, kena gigih juga. Sebab blog dah jadi sebahagian daripada hidup nad. Nad dapat income pun daripada blog. Blog banyak bantu nad. Jadi nad kena jaga juga. Uishh, ada je blogger anak 7, boleh lagi masih berblogging, takkan nad tak boleh kan.

Sebelum masuk tahun baru, memang target nak cecah 3 juta pageview blog. Orang lain dah berjuta-juta, kita dah 3 juta pun syok..hahaa. Sekarang gigih lagi nak naikkan. Nad ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan blogger lain yang menyokong dan selalu berkunjung ke blog Miszrockers Blogspot ni tak kisahlah pembaca yang ada atau takda nama ( anynomous ). Sebab korang nad sampai ke 3 juta pageview blog. Terima kasih..

Semoga nad terus rajib berblog.


hai assalammualaikum


Hari Jumaat ni nak share l aperkara yang kita tak pernah ambik tau walaupun kita tau..Kongsi untuk buat renungan bersama.

12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2