hai assalammualaikum
Contoh macam nad buat dekat Fariza. Mula-mula memang marah jugala, tapi lama-lama, tengok dia, ada je nak dibuatnya, nad didik dia macam mana nak berkelakuan baik bila di dapur. Setiap kali nak masak nasi, nad akan ambil beras dalam bekas. Macam biasa, anak akan ikut mak ke mana dia pergi..hahaa. Lepas tu dia akan tengok apa mommy dia buat. Bila nad masukkan beras dalam bekas nasi tu, dia mesti nak pegang dulu beras tu. Mula-mula dulu, memang dia akan pegang, lepas tu dicampaknya. Allahuakbar, geram juga masa tu, yela beras kot. Tapi lepas tu nad ajar dia, lepas pegang, letak balik dalam bekas. Kiranya nad pegang tangan dia dan letakkan semula beras tu dalam bekas. Lama-lama dia paham. Sekarang bila dia pegang beras, dia letakkan semula dalam bekas masak nasi tu. Dalam masa dia pegang tu nad ajar dia sebut ' Beras ".." beras masak nasi "..dia pun ikut la. sampai la sekarang, macam tu la disebutnya.
Bila dekat dapur nak memasak, selalunya, anak akan kacau apa kita nak potong kan. Tak pun kacau dekat tempat masak. Memang seram la bila anak kacau, takut terkena pisau atau terpercik api. Dapur nad ni ada tempat untuk potong-potong bahan. Apa nad buat, ambik kerusi untuk dia, letak dekat tempat pemotong bahan tu. memang dekat situ nad letak barang bawang dengan kentang sahaja.
Masa nad potong, nad pun akan sediakan pisau mainan dia untuk dia potong. sebab dia selalu tengok mommy dia potong bahan kan. Nasibla daddy dia beli mainan memasak untuk dia..hahaa. Adalah pisau mainan untuk dia. Lepas tu, dia ambil la bawang yang ada dekat situ. Mula tu memang marah sebab buat sepah, lama-lama, takpela, khusyuk dia buat, mommy pun senang masak. Nak bersepah, sepah jela. Asalkan tak kacau mommy masak, dan tak pergi ke tempat api tu. Belum masanya lagi dia perlu berdiri tempat gas. Fariza baru dua tahun. Jadi buat mana yang boleh dulu.
Bila dia dah buat sesuatu, memang akan tekun dan khusyuk. Sambil-sambil tu, bercakap la dengan dia. Ajar barang basah dapur ni ha. Macam nak masak ikan ke ayam ke, ketam ke, atau apa sahaja, nad akan tunjuk dekat dia, bagi dia pegang dan sebut nama-nama semua tu. Hah!!, dekat situ je dia dah belajar banyak benda.
Budak ni, sebenarnya kalau diajar, takdela dia buat sepah. Kita galakkan dan sentiasa beri tunjuk ajar walaupun kadangkala menguji kesabaran..ahhaa. Fariza dari usia dia setahun dah ajar masukkan baju dekat bakul kotor. Sampai sekarang, memang dia akan masukkan sendiri. Kita berusaha mendidik mereka dari peringkat awal, mudah-mudahan akan dijadikan amalan hidup membantu ibubapa dan keluarga sendiri dalam membuat kerja rumah nanti tanpa mengira jantina, insyaAllah.
Teliti bila buat kerja |
Didik Anak Di Dapur
Didik Anak Di Dapur Sejak Kecil - Ada sesetengah ibu yang terlalu risau, ada juga yang terlalu berhati-hati, dan ibu Dettol..ibu yang tidak risau apa anak dia nak buat. Eh!!, tiba-tiba iklan Dettol pulak..hahaa. Macma nad, memang pernah nampak la seorang ibu ni, sensitif sangat bila anaknya nak lakukan sesuatu. Contoh macam dekat luar, anaknya main kotor, lepas tu ditarik anaknya terus masuk dalam rumah. Nak keluarkan anak pun duk fikir banyak kali. Lagi satu, bila anak datang ke dapur nak mengacau, dia tak bagi, sebab takut bersepah. Sudahnya, anaknya macam terkongkong tak boleh buat apa. Sebenarnya, nak buat semua tu boleh, tapi ibu bapa la kena amik peranan didik anak supaya rajin atau berkelakukan baik.Contoh macam nad buat dekat Fariza. Mula-mula memang marah jugala, tapi lama-lama, tengok dia, ada je nak dibuatnya, nad didik dia macam mana nak berkelakuan baik bila di dapur. Setiap kali nak masak nasi, nad akan ambil beras dalam bekas. Macam biasa, anak akan ikut mak ke mana dia pergi..hahaa. Lepas tu dia akan tengok apa mommy dia buat. Bila nad masukkan beras dalam bekas nasi tu, dia mesti nak pegang dulu beras tu. Mula-mula dulu, memang dia akan pegang, lepas tu dicampaknya. Allahuakbar, geram juga masa tu, yela beras kot. Tapi lepas tu nad ajar dia, lepas pegang, letak balik dalam bekas. Kiranya nad pegang tangan dia dan letakkan semula beras tu dalam bekas. Lama-lama dia paham. Sekarang bila dia pegang beras, dia letakkan semula dalam bekas masak nasi tu. Dalam masa dia pegang tu nad ajar dia sebut ' Beras ".." beras masak nasi "..dia pun ikut la. sampai la sekarang, macam tu la disebutnya.
Bila dekat dapur nak memasak, selalunya, anak akan kacau apa kita nak potong kan. Tak pun kacau dekat tempat masak. Memang seram la bila anak kacau, takut terkena pisau atau terpercik api. Dapur nad ni ada tempat untuk potong-potong bahan. Apa nad buat, ambik kerusi untuk dia, letak dekat tempat pemotong bahan tu. memang dekat situ nad letak barang bawang dengan kentang sahaja.
Dari mommy sediakan bahan, masak, hah!!, habis dikupasnya |