hai assalammualaikum

Lazz Susu Kambing, Pilihan Nad Ketika Hamil - Hah!!, bila nad tau nad hamil je, terus terfikir nak minum susu. Yela, minum susu ketika hamil kan bagus, untuk kesihatan ibu dan anak. Tapi nad terfikir, susu apa yang bagus agaknya??. Susu apa yang boleh ngam dengan tekak nad masa mengandung ni.
hai assalammualaikum

Sibuk je budak kecik tu..kacau daddy buat kerja

Cara Suami Buat Surprise Lain Dari Yang Lain

Surprise Dari Suami Yang Tak Kena Tempat Tapi Sweet - Mr mafia bukanla seorang yang romantik, sweet macam orang laki lain buat dekat isteri dia. Contoh macam bawak pergi makan siap lilin, bunga ke, atau buat surprise masa birthday atau ulangtahun ke..takdenya. Kadang siap lupa tarikh penting tau..huhuhu. Walaupun dia tak romantik, tapi mr mafia ni ada satu sikap yang suka bagi hadiah, atau beli apa-apa secara senyap, surprise dan tak kena tempat dan waktu..hahaa. Tu kadang mr mafia ni sweet je. Oh my abang cekeding!!..haaha..

Banyak dah dia buat surprise dekat nad. Kalau hadiah dalam bentuk benda memang dia akan bagi senyap-senyap, tak pun kau jalan shoppong mall, terus dia cakap " hah sayang pilihla ".  Kita tak tau apa, terpinga-pinga, cakap kat dia, " buat apa "..dia suruh pilih juga. Tak pun bila kita ngadu sesuatu, yang barang tu penting untuk kerja, nanti mesti akan dapat..hahaa. Janji, kau jangan meminta-minta. Contohnya, abag nak tu, abang nak ni..memang takkan dapatla..Sebabnya, mr mafia bukan dapat gaji bulan-bulan kau nak mintak itu ini...hehee. Jadi sebagai isteri kena paham. Yang penting mengadu tu dah ok..haha.

Hadiah yang dia bagi macam theme blog ni. Dia yang hadiahkan sempena harijadi nad. Yea, masa tu sedih, dia tak ucap ke apa, tak bawa pergi mana, tak buat apa-apa, rupanya, last-last dia panggil dan tunjuk rupa blog..hah!!, gitu kau. Theme blog ni berbayar. Mr mafia tau isterinya kerja berblog, jadi dia nak nampak bagi kemas blog ni. Biar, orang nampak, dan baca entry-entry lain yang menarik dekat blog Miszrockers Blogspot ni, walaupun entry sebenarnya biasa je..huhu. Alhamdulillah, lepas tukar theme ni, traffic ok, nampak kemas, banyak entry lama-lama keluar. Kira tersusun dan kemas.

Powerbank pineng

Haritu nad borak dengan mr mafia, cakap powerbank dia yang nipis berapa? Sebab nad beli. tak cukup satu powerbank sebba nad guna dua phone. Kalau event dari pagi sampai malam macam event MSMW nad pergi tu, memnag telefon dua-dua mati, powerbank pulak satu. Habis semua bateri..hahaa. Nasib la ada member pinjamkan powerbank dia. Kalau tak, tak tau nak ambil gambar macam mana, nak telefon dia suruh ambil macam mana. Sebab tu ank kena ada dua powerbank..haaha. Dasyat tak. Lepas tu, haritu tiba-tiba je dia belikan dan bagi kat nad. Masa tu nad ingat dia beli telefon, rupanya powerbank. Padahal powerbank tu nad yang nak beli sendiri..huhu. Dia beli jenis pineng tapi tebal sikit dari yang nad nak. Kita ni punya kesian dia sebab takde duit sangat. Tapi dia beli sebab kesian dekat isteri. Gitu..

Banyak juga hadiah dia bagi surprise ni, macam beg dompet KICKERS, telefon Asus dan telefon Honor. Sampai sekarang masih guna lagi.

Kalau bab makanan, walaupun isterinya nak sangat waktu tu, tapi tak dapat, dia akan cuba bagi hari lain bila dia ada duit. Macam durian la..hahaa.Tak pun, bila dia ada duit dia akan ajak makan dekat luar secara tiba-tiba. Tapi geramnya, kadang dia ajak masa kiat dah masak banyak..huishh..geram..yela, makanan kita masak tak habis..membazir tau..

Hah macam tu la mr mafia. Apa-apa pun terima kasih abang untuk semua ni..Sayang hargainya..eh romantik pulak ayat ni..hahaa..jangan marah..

BILA JEJAKA MAFIA BUAT SURPRISE

in , , by Nadia Johari, 17:06:00
hai assalammualaikum

Beg Dompet Kickers

Bila Jejaka Mafia Buat Surprise - Benda yang ditunggu oleh nad sepanjang bersama dengan jejaka mafia adalah SURPRISE!!!!!..hahaha..memang susah nak dapat surprise dari dia, sebab dia jenis tak reti nak buat surprise..kadang-kadang nad saja cakap, nak itu nak ini, kalau dapat kan bestt. (konon nanti dia buat surprise ke )..kononyaaa..rupanya sama je..tak surprise jugak..haahhaa...tapi tetibe ari time kitaorang jalan KL Sentral naik LRT tu, dia buat surprisela..hahahha...walaupun time tu bukan birthday nad, bukan anniversary kami..hahaa..tapi pelik juga die buat surprise..huhuhu


Masa tu jalan-jalan masuk NU Sentral, NU Sentral ni pertama kali nad masuk..idok la ku tau yang dalam ni ade shoping mall..hahaha..Motifnya nak pergi kedai yang dia amik gambar tu, nak cari seluar dia..itulah motifnya sebenarnya nak cari barang dia tapi dah terbalik pulak..masuk dalam satu kedai ni, kedai tu nama KICKERS.. jejaka mafia pun usha la..tanya penjual situ harga berapa, ni berapa..


Lepas tu sampaila dekat dompet perempuan. Dia suruh la nad tengok mana cantik, mana best, mana tahan lama, mana yang sesuai untuk perempuan..nad pun tak terfikir die nak belikan untuk nad.. nad pun buatla pilihan..harga die boleh tahan..lepas nad dah pilih tetibe je terus cakap banyak die suruh penjual tu bungkus..."nah untuk sayang"...ternganga nad..uitttt...dah kenapaa..muka dah blur..pelik bin heran..Die relaks je senyum je..lepas tu cakap "ingat abang tak reti buat surprise ke"..hahahaha..


Terharuu sehh..walaupun macam pelik je die buat surprise..wakakkaa..dapatla dompet baru mengantikan dompet ku yang dah lusuh tu..hehehe..biasalah selagi tak koyak rabak besar, tak hancur takdenya nak tukar baru lagi..huhuhu.. Belah kiri dompet baru..kanan dompet lama yang dah koyak..


Terima kasih

AKHIRNYA DAPAT MAKAN JUGA DURIAN

in , , by Nadia Johari, 15:46:00
hai assalammualaikum

Akhirnya Dapat Makan Durian - Selama ni asyik tengok je orang post dekat media sosial, tengok orang makan je, akhirnya nad dapat merasa juga makan buah durian ni. Semalam update status dekat facebook, update juga dekat blog yang nad teringin nak makan durian..heheh..tak sangka, semalam juga mr mafia belikan durian.

Mungkin dia baca apa nad post kot..hahaha. Sebelum ni mintak memang tak dapat sebab takut ibu hamil boleh ke makan durian. Tapi, kita mintak tak banyak pun..huhu..dapat seulas dua pun jadila...kihkih.

Semalam mr mafia keluar pergi rumah kawan dia. Bila dia balik, nad terbau durian. Tapi tak nampak pun durian. Oh mungkin orang sebelah beli, tak pun sebab dah ngidam sangat sampai terbau-bau..huhu..dasyat kan penangan ibu mengandung ni..hahaha. Bila dah baucuba mestilah, sedapnya..tapi takde..sedih sangat.

Durian yang diidamkan

Sekali mr mafia panggil duduk dekat meja makan. Sekali nad ternampak..arrgghh duriannnnn...Wah, nak nangis rasanya. Mr mafia belikan juga..Terharu rasanya, nak nangis pun ada sebab dia belikan..sobsob. Tak kisahla bukan beli buah, tapi beli dalam bekas, asalkan dapat makan durian.

Nampak orang happy dapat durian

Nampak je macam dua ulas, tapi rupanya empat ulas..Allahuakbar rezeki mak buyung. Dapat makan empat ulas pun dah sedap. Nasib baik durian ni pun sedap. Rasa manis, masam memang yang diinginkan. Yela selalu kalau dah beli bungkus tak sedap. Ni memang rezeki sangat, durian ni sedap sangat. Sampai taknak kongsi dengan sesiapa. Mr mafiamafia beli dua bungkus. Jadi takdela berebut..hahaha. Tapi dia punya dua ulas je..hahaha.

Dibagi dekat anak, anak makan sikit je, lepas tu buat muka..hahaha..pelik sangat kot rasanya. Nad cakap " jangan jadi mat saleh sangat ye Fariza"..hahaha. Tapi ok juga, takdela kongsi durian tu dengan anak..hahaha..

Ok dah tak mengidam dah, sebab dah dapat rasa..terima kasih mr mafia. Suka beli senyap-senyap. Thank you sangat-sangat.
hai assalammualaikum

32 Minngu kandungan ku

My Journey Pregnant

Lagi Dua Bulan Hampir Ke Due Date - Macam baru haritu dapat tau nad pregnant..hahaha. Sekarang dah 32 minggu dah..huhuhu. Lagi dua bulan hampir ke due date nak bersalin. Memang menghitung hari setiap masa..hahaa. Semua orang tengok nad, perut je membesar, tapi badan kecil. Nak buat macam mana, badan kita memang kecil. Berat sebelum tau pregnant pun, 34kg, tu pun sebab nyusukan Fariza. Sekarang berat 45kg. Tapi tengok perut, macam adik Fariza lagi besar dari masa pregnantkan Fariza. Tapi tengok berat, macam masa mengandungkan Fariza lagi berat naik..ntahla. Biasalah, lain-lain kan.

Mengandung kali kedua, lainnya masa alahan mula-mula. Teruk sangat alahan. Sampai terpaksa balik kampung 3 bulan..hahaa. Tapi lepas tu ok, dan kembali normal. Masa mengandung memang lasak selalu. Tetap buat kerja, mengemas, masak. Lagi tambah jaga Fariza. Fuh!!. Letih memang letih, tapi kita ni perempuan tak boleh duduk diam. Kalau boleh berehat, memang nak berehat seharian. Kalau ada orang gaji memang best, tapi disebabkan takda, kita la kena buat. Kalau tak buat, rasa lain macam. Lagi la kita ni pengemas orangnya..hahaa. Pantang nampak benda bersepah, mulalah nak mengemas, nak buat kerja. Takpe, buat senaman sekali sekala. Tapi kalau dah memang malas, takdenya nak buat..huhu.

Kadang mampu angkat benda berat, sambil cakap dekat anak dalam kandungan " anak, kuat ye, ibu nak buat kerja ni, kuat tau ", dan baca bismillah. Haishh..macam tu la nad. Sekarang dah 32 minggu, haritu scan, semua ok, alhamdulillah. Bila mindset kita ok, okla anak kita. Kepala bayi pun dah kat bawah. Aktif sangat bergerak. Sampai kakak Fariza kalau rasa, mesti dia gelak..hehee. Sekarang kalau berjalan, mesti sakit bawahla, sebab dia dah menekan bahagian kemaluan kita. Memang kena sabar jela. Bila dia merengkot ke kiri, ke kanan, mulalah nad sesak nafas, atau sakit.

Walaupun lagi dua bulan, barangan kelengkapan untuk adik Fariza ni takda beli lagi. Nad dah kemas yang Fariza punya dulu, dah siap-siap masuk dalam kotak khas. Belum kemas dekat beg lagi. Tapi, rasa nak beli keperluan untuk adik Fariza ni sikit juga. Mungkin bulan 1 nanti cari sikit la. Macam baju, sebab sikit sangat baju dia.

Haritu scan, doktor ada bagitau jantina, tapi dia cakap " macam"..kitaorang pun tak rasa nak scan dekat klinik lain nak tau jantina. Sebenarnya nak tau, tapi adala masalahnya. Nak juga merasa scan 3d,4d tu yang orang buat. Dari masa mengandungkan Fariza lagi teringin nak buat, tapi takpela. Biarkan jela. Takde rezeki nak buat semua tu lagi. Walaupun ada sesetengah tempat tengah buat promo RM150. Tak kisahla keluar jantina apa pun. Yang penting sihat. Keluar pun elok je. Sekurangnya Fariza ada teman nanti. Doa yang baik-baik je.

Keluarlah anak..keluar dengan sihat 

Pregnant kali ni pun nak cantik-cantik je..hahaa. Tak cantik lain macam. Korang doakan nad dimudahkan bersalin ye. Walaupun dah berpengalaman, tapi tetap takut. Yela, setiap kelahiran anak lain-lain..huhu. Harap dipermudahkan, nad dengan anak nad selamat semuanya..amin.
hai assalammualaikum


Pop Up Store Honestbee Di Lot 10

Borong Coklat di Pop Up Store Honestbee Lot 10 - Haritu nad jalan-jalan dekat Lot 10. Sekali masuk je dekat pintu Lot 10 tu, dah nampak Honestbee. Sesaja la masuk tengok apa yang ada. Pergh, sekali kau, banyaknya coklat. mAcam-macam coklat ada, dari luar negara pun ada. Bukan setakat coklat, makanan pun ada. Kalau korang nak beli hadiah bagi dekat officemate sempena Christmas pun boleh.


Setahu nad, Honestbee ni dikenali sebagai apps pembelian barangan secara online. Kalau sebelum ni, nampak kawan-kawan nad, pernah beli online barangan basah, kering dengan menggunakan apps Honestbee ni. Servis dia,kita beli online, lepas tu dah selesai bayar semua, diaorang akan hantar dekat rumah. Yang Pop Up Store Honestbee ni, korang juga boleh membuat pembelian di apps Honestbee, korang hanya pilih barang yang korang nak beli dan selepas tu staff mereka akan dapatkan barangan korang dengan segera tanpa tertinggal satu pun. Memang cepat servis mereka ni.


Staff pun semua bagus, mesra layan pelanggan.










Dekat pop-up store Honestbee ada jual macam-macam tau. Coklat, makanan macam The Bowls, Pezzo Pizza, Ramen dan macam-macam lagi. Ada sandwich dan aiskrim tau! Eh korang boleh tengok gambar nad ambil tu.. Serius best!

Yang paling penting, korang boleh berbelanja tanpa cash. Yeaa!!, dekat sini tak guna duit tau, tapi guna kad debit atau kad kredit.Masa nad datang sini pun terkejut..hahahha. Semua transaksi memang tak guna duit! Jadi tak payahla nak bawak duit banyak-banyak ye.. Pastikan kad debit dan kredit koranga ada duit. Boleh shoping banyak-banyak..hehee.

Promo Code Honestbee Untuk Pembaca Miszrockers Blogspot

Hah, berita best, korang nak diskaun tak!!..hehee.
Khusus buat semua pembaca Nadia Johari atau Miszrockers Blogspot, nad nak bagi promo kod istimewa tau! Macam cara nak guna? Mudah sahaja!
- Pertama download apps honestbee dan sign up.
- Lepas tu sahkan akaun
- Shopping barangan apa yang korang nak beli
- Masa nak buat check out buat bayaran,masukkan kod yang telah disediakan.

Korang boleh baca promo yang nad bagi ni..
Grocery Promo: NADIA30
RM30 off with min. spend of RM80

Terms and conditions:
1. Valid only at honestbee Christmas Pop Up Store.
2. Valid till 1st January 2018.
3. Valid for New Customers Only.
4. Not valid with other coupon codes unless otherwise stated.
5. Valid only for the areas which are serviceable by honestbee.

Food Promo: NADIA10
RM10 off with min. spend of RM20

Terms and conditions:
1. Valid only at honestbee Christmas Pop Up Store.
2. Valid till 1st January 2018.
3. Valid for multiple times use.
4. Valid for O'Briens, The Bowls & Pezzo Pizza
5. Not valid with other coupon codes unless otherwise stated.
6. Valid only for the areas which are serviceable by honestbee.

Nak tau lebih lanjut, boleh layari
Website : https://www.honestbee.my
Facebook: https://www.facebook.com/honestbeemy/?fref=ts
Instagram; https://www.instagram.com/honestbeemy/



Selamat bershopping. Tengokla apa yang nad beli ni..hehee..nak tengok video boleh pergi ke SINI

TERINGIN MAKAN DURIAN

in , by Nadia Johari, 17:41:00
hai assalammualaikum


Makan Durian Ketika Hamil

Teirngin Makan Durian - Masa mengandungkan Fariza, dapatla makan durian, sebab waktu tu balik kampung. Paham-paham jela, dekat sana, ramai hantu durian, lagi-lagi abang kita dan anak-anaknya. Bila dah musimnya, dia mesti beli. Kau paham-paham jela, bila ibu hamil, ibu mengandung nampak buah durian yang selalu dipost kawan-kawan dekat media sosial, lepas tu teringinnya lain macam. Bila dapat, Allahuakbar, sukanya lain macam. Sekurang-kurangnya, terasa la sikit dalam tekak ni. Ambil pun tak banyak. Dalam dua, tiga ulas macam tu. Mengandung kali kedua ni, belum dapat lagi merasa durian. Tengok jela orang post dekat media sosial tu ha.

Kau tengok gambar ni pun dah terliur. Orang tak mengandung pun boleh teringin bila tengok, apatah lagi orang yang mengandung, hamil ni. Ramai orang cakap, nad mengandung, boleh ke makan durian??, yang cakap pun suami kita juga macam tu..haahha. " Ada tu cakap, boleh je makan durian, nak lepas ngidam tu, cuma dalam kuantiti sedikit sahaja la". Janganla masa hamil, kau balun sampai dua, 3 biji. Masa mengandung, nad memang baca apa-apa info, makanan apa yang boleh dan tak boleh. Macam durian, ada baik dan buruknya.

Apa yang nad baca, kandungan gula dan karbohidrat adalah tinggi dalam buah durian.. Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai diabetis atau darah tinggi semasa hamil, perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.Sebab tu disaranlan untuk ambil dalam dua atau tiga ulas je durian bagi hilangkan ngidam tu.Ada juga kebaikan durian ni untuk ibu hamil yang nad baca. Ni pun tau daripada sepupu nad tag nad dekat facebook.

Faedah durian untuk Ibu Hamil

Sumber folat yang baik
- Durian kaya dengan asid folik, yang dikenali sebagai folat. 100g durian boleh membekalkan 9% daripada keperluan harian asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan pada bayi baru lahir.

Kaya dengan serat makanan
- Durian adalah sumber serat makanan yang baik. Ia boleh bertindak sebagai julap semula jadi dan mengelakkan sembelit semasa mengandung. Semasa mengandung, sembelit boleh berlaku dengan kerap disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu yang mengharapkan.

Kandungan serat yang terdapat di durian akan membantu melindungi membran mukus kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Ia juga akan membantu untuk membuang bahan kimia berbahaya dari usus dan oleh itu meningkatkan kesihatan umum wanita hamil.

Vitamin B
- Durian dimuatkan dengan vitamin B kompleks vitamin yang sihat seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Semua ini membantu kesihatan anda secara keseluruhan dan sangat penting untuk berfungsi dengan baik badan anda.

Antioksidan
- Beberapa kajian mendapati bahawa durian mengandungi antioksidan seperti zink, organo-sulfur dan tryptophan. Antioksidan ini membantu melindungi janin dan ibu yang mengharapkan serangan dari radikal bebas dan bahan pencemar.

Vitamin C
- Vitamin C yang terdapat di durian adalah satu lagi antioksidan yang kuat yang membantu memperbaiki sistem imun wanita hamil. Vitamin C juga membantu dalam penyerapan kalsium dan besi yang baik untuk ibu yang mengharapkan dan janin yang semakin meningkat.

Kaya dengan mineral
- Durian juga kaya dengan mineral seperti tembaga, mangan, besi dan magnesium. Tembaga dan besi membantu untuk membuat sel darah merah. Ini bermanfaat bagi wanita hamil yang memerlukan bekalan darah yang lebih besar untuk menyokong janin yang semakin meningkat.

Nak ambil boleh. Sebelum makan, bacalah bismillah, cakap dengan anak dalam perut, " bagi ibu rasa ye nak, sikit je. Harap anak baik-baik je. Anak pun dapat rasa. Sedap tau durian ni"..hhehee..Lagi satu mindset tu jangan fikir yang bukan-bukan. Just enjoy makan..gitu. Yang penting jangan makan dua tiga biji, tapi du , tiga ulas ye..

MELATIH ANAK MENGEMAS BARANG MAINAN

in , by Nadia Johari, 02:07:00
hai assalamualaikum


Melatih Anak Mengemas Barang Mainan

Kemas Barang Mainan Selepas Bermain - Barang mainan Fariza memnag dah banyak. Baisalah, tak sah kalau ada budak takde mainan. Kebanyakan mainan dia, daddy dia yang belikan. Kalau dulu masa kecik, dia sepahkan, nad yang kemas. Tapi sekarang, tidak lagi. Dia main, dia yang kemas..hahaa. Penat nak punggah masuk dalam kotak barang mainan dia tau. Bukan sikit, banyak oo. Jadinya, selepas main, atau sebelum tidur, kenalah kemas mainan dia. Dari sekarang kena latih ajar dia kemas barang mainan. Nanti dah besar senang. Kot nak main dekat luar, kemas bilik dulu..hah gitu mommy punya garang..hehe.

Nak suruh anak kemas barang mainan dia, tak susah pun. Sebab tu kena ajar dari kecik, biar dia paham dan terbiasa buat. Kalau tak, memnag naik lemak la dia. Semua nak kita buat. Mula-mula nak ajar tu, kita kena buat sekali. Kita tunjukkan mereka contoh. Yela budak setahun lebih, nak kena tunjuk baru dia buat sekali. Budak usia macam tu, seronok buat sama-sama dengan parents dia. Macam nad akan ambil barang dia, dan tunjukkan mana nak letak barang mainan dia di tempat asal. nanti dia ikutla. Harus diingat, anak-anak sentiasa memerhati dan meniru gerak langkah ibu dan ayah. Bila kita dah bercakap dengan dia " Fariza, ambil barang ni, letak dekat kotak ". " Fariza, jom kemas barang sama-sama ". Lepas dia perhati, nanti kita cakap je, dia dah boleh buat sendiri. Kalau dia lupa, kita ingatkan.


Video Fariza Kemas Barang Mainan

Perkara baru bagi anak-anak, mereka akan buat dan ianya sesuatu yang sangat menarik. Walaupun hanya mengemas. Ini akan melatih mereka untuk suka buat kerja-kerja rumah termasuklah mengemas permainan mereka sendiri. Waktu usia dia setahun lebih pun dah ajar letak baju kotor sendiri. Nad jenis tak kongkong sangat anak. Kalau dekat luar, nad mengemas, atau siram pokok bunga, dia akan menyibuk sekali. Tapi nad takkan cakap " jangan buat tu " " jangan kacau mommy " " jangan main itu ini, nanti kotor"..takde..nad akan biarkan apa yang dia nak buat. Kalau siram pokok bunga, Fariza akan ikut pegang tali getah paip tu, nad bagi je, basah takde hal. Lepas tu dia mandi juga. Kalau tengah bersihkan pasu bunga atau korek tanah dekat pasu bunga, dia akan mintak pengorek, nak korek juga, nad bagi je. Ni semua untuk dia belajar. Diaorang teruja buat. Bila dah selalu buat, takde masalah dah.

Walau apa sekalipun, anak-anak masih tetap anak kecil. Mereka suka bermain sambil belajar. Jadi jangan dimarahi mereka untuk kemas balik peralatan setelah mereka gunakan. Dalam hal ini, pelajaran melalui tauladan memang sangat praktikal. Perangai anak sendiri, ibu bapa yang tau. Pandai-pandailah didik ye.
hai assalammualaikum

Rambut Lebat, Tebal Dan Sihat Dengan HairMax+ - Rambut gugur, semakin nipis, ermm tak yah cakapla, memang nad dah alaminya..huhu..sedih..tengok rambut dah jarang dan hampir botak.
Dari sebelum kawin lagi dah start rambut gugur. Setiap kali shampoo atau sikat adala beberapa helai rambut akan ada. Lepas kawin dan dah ada anak makin teruk pulak.
hai assalammualaikum

Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Untuk Muka, Badan Dan Rambut - Magic, memang magic!!..hahhaa..Apa yang magicnya?? Hah!! nad nak kongsi dengan korang semua satu produk yang nad dah guna selama sebulan lebih ni. Bagus sangat produk ni. Bukan sahaja untuk muka, malah untuk seluruh tubuh badan, dari rambut, badan, muka, tangan, kaki, eh semuala.. Kiranya produk ni sangat serbaguna dan multipurpose. Produk dari Lovera iaitu Magic Jelly.

Muka sensitif macam nad, memang tak boleh pakai produk yang sembarangan , memang kena tengok bahan dia dulu dan baca khasiat dia. Lagipun sekarang, nad dah bebas daripada jerawat, yang tinggal parut jerawat. Jadi nad nak kurangkan parut dalam masa yang sama nak melembapkan kulit nad yang kering ni. Nad tertarik dengan Magic Jelly ni sebab banyak kelebihan dia. Nad suka benda jimat yang satu botol boleh guna untuk seluruh badan..ehhee. Bayangkan dengan satu produk, dapat memperbaiki kulit dan rambut kita ini? Awesome, betul? :)..giler-giler jimat..hehee. Magic jelly Lovera ni bukan sahaja boleh dipakai orang dewasa malah untuk kanak-kanak pun boleh..

Magic Jelly Lovera Berasaskan Aloevera

Magic Jelly ni bagus sebab ia berasaskan bahan semulajadi iaitu ekstrak aloevera atau dikenali sebagai lidah buaya dan ekstrak timun, yang kita tau ia sangat terkenal dengan kelebihannya yang berkesan mengekalkan kelembapan kulit dan melegakan masalah kulit  Bahan lain yang digunakan iaitu chamomile dan jicama.

teksturnya yang jernih

Magic Jelly didatangkan dalam botol pump. Jadi nak guna hanya pump sahaja. Magic Jelly ni berbentuk gel yang sangat jernih. Baunya wangi. Walaupun dalam bentuk gel, tapi dia tak melekit dan sejuk pada kulit. Bila nad sapu dekat muka, terus je meresap ke dalam kulit. Memang muka jadi lembut je bila pakai Magic Jelly ni.

Muka Jadi lembut dan Segar

Testimoni Sendiri Menggunakan Magic Jelly

Seperti nad cakap tadi, banyak kegunaan Magic Jelly ni. Setiap hari, lepas mandi tak kira waktu siang atau malam nad akan sapu Magic Jelly dekat muka. Kesannya, muka nad kurang berminyak, tidak kusam, muka jadi lembut dan lembap seperti yang nad inginkan. Lepas pakai Magic Jelly ni, muka jadi segar dan bersih. Nak pegang muka selalu pun best..hahaha. Selain tu, nad pakai dekat bibir, siku dan tempat-tempat yang kering.

Cara Penggunaan Magic Jelly

Untuk Muka
1. Picit Magic Jelly
2. Sapu serata satu bahagian muka

Jerawat & Parut
- Siang
1. Picit MJ
2. Sapu di bahagian jerawat & parut. Massage sedikit supaya kulit dapat menyerap lebih banyak
3. Boleh juga sapu di seluruh muka

-  Malam
1. Picit MJ
2. Letak MJ tebal-tebal di jerawat/parut. Biarkan selama 5 minit. Kemudian ratakan.

Digunakan Untuk Rambut

Nad pakaikan juga untuk Fariza. Magic Jelly ni boleh dipakai untuk rambut dan kudis-kudis macam tu. Disebabkan Fariza ni, rambutnya sikit, nak bagi lebat, nad sapu je Magic Jelly dekat rambut dia lepas mandi. Harap-harap tumbuh lebatla rambut dia..hehee.

Cara menggunakan Magic Jelly untuk Rambut

- Rambut lembut
1. Basuh rambut
2. Sapukan MJ di rambut selepas mandi. Tak perlu tunggu kering
3. Sikat rambut

- Gugur & Kelemumur
1. Sapu MJ di kulit kepala dan urutkan sedikit supaya MJ dapat menyerap masuk utk merawat masalah rambut.

Kudis pun boleh

Haritu, tiba-tiba je, ada kudis dekat belakang badan Fariza. Dia tergaru-garu. Tengok teruk. Terus nad mabil Magic Jelly ni dan sapu dekat kudis dia. Nad sapu hari-hari. Alhamdulillah dalam masa 4 hari macam tu, kudis kurang dan nak hilang.

Cara Menggunakan Magic Jelly Untuk Luka
1. Picit MJ
2. Sapu di luka, Sapu 3-4 kali sehari sampai luka baik

Magic Jelly Lovera Multipurpose

Kebaikan Dan Kelebihan Magic Jelly

- Banyakla kegunaan dan kelebihan Magic Jelly ni yang boleh kita gunakan. Memnag sangat bagus dan tak sia-sia beli. Antara Kelebihannya

MANFAAT UNTUK KULIT

1. Merawat jerawat dengan berkesan
2. Menghilangkan kulit yang kusam
3. Parut pudar (lama / baru)
4. Pudar bintik gelap
5. Menenangkan Ekzema
6. Menghidratkan kulit kering
7. Rawat selaran matahari
8. Mengecilkan liang
9. Bantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensiti
10. Anti penuaan
11. Membaiki dan mengembalikan kulit dari dalam
12. Menjadikan kulit lebih lancar dan lembut

MANFAAT BAGI RAMBUT

1. Membantu mengurangkan kelemumur
2. Melicinkan rambut yang tidak teratur
3. Boleh digunakan sebagai serum rambut
4. Menggalakkan pertumbuhan rambut

MANFAAT LAIN

1. Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
2. Merawat bibir mengelupas & kering
3. Banyak lagi kegunaan lain.

MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :

1. Pelembap kulit
2. Pembersih make up
3. Serum muka
4. Serum rambut
5. Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)
6. Pelembap bibir
7. Makeup-primer


Hah!!, Magic Jelly pun sesuai dipakai ketika nak bersolek atau makeup. Boleh dijadikan sebagai makeup primer sebelum pakai foundation. Nad pakai Magic Jelly sebelum nak makeup. Taknak makeup jadi crack atau tak sekata. Jadi, bila pakai Magic Jelly ni, muka elok je walaupun beberapa jam.

Tak perlu ragu-ragu lagi nak pakai Magic Jelly ni sebab
 ✔Ada kelulusan KKM
✔HALAL! TIADA bahan berunsur haiwan, hanya bahan-bahan semulajadi tumbuhan
✔TIADA bahan kimia terlarang
✔TIADA paraben
✔TIADA pewarna tiruan
✔ TIADA mercury
✔TIADA steroid
✔TIdak menghakis kulit
✔ TIADA kesan sampingan
✔ TIADA BAHAN MENCURIGAKAN SEPERTI PLASTIK ATAUPUN BENDASING LAIN
✔ RIBUAN testimonial di #MagicJellyTestimonials
✔ BOTOL KALIS CAHAYA MATAHARI yg melindungi kandungan gel di dalam supaya composisi kimia tidak berubah apabila terkena haba dan akan memberi efek kepada pemakai
✔500 % SELAMAT & TERBUKTI berkesan, Jimat & SERBAGUNA

Boleh dibawa ke mana sahaja

Harga Magic Jelly

Botol ni saiz 60ml. Memang sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Memang wajib bawak Magic Jelly ni, tak kira travel, bersantai atau apa sahaja la, bila diperlukan, keluarkan, pump dan pakai. Harga Magic Jelly RM70, cukup murah bagi nad sebab boleh dipakai dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Nad memang suka dengan Magic Jelly ni, sebab tu nad kongsikan dengan korang semua. memang bagus tau. Serius!!..Kalau korang nak tau pasal Magic Jelly ni, boleh layari
Instagram: https://www.instagram.com/loverabeautycenter/
Contact atau whatsup:  www.wasap.my/60196534221/hai!!!loverabeautycenter





© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2