hai assalammualaikum
Tantrum Anak Makin Menjadi-jadi - Fariza dah masuk dua tahun, dah tau dah mengamuk bila ada je benda tak kena. Tak pun bila dia tak dapat sesuatu. Kadang menangis, menjerit, baling barang, tak pun dia hentak-hentak kaki dia. Tapi bila dia sakit, pandai pulak cakap "aduhh"..lepas tu datang dekat nad atau daddy dia suruh usap..hahaha. Pening bila datang tantrum dia. Memang menguji kesabaran kita sebagai mommy dan daddy. Makin menjadi-jadi bila datang tantrum dia.
Apa yang nad tengok, Fariza dengan daddy dia, takdela tantrum sangat, tapi bila dengan nad, allahu, tak boleh nak buat apa dah. Nanti ada je tak kenanya. Sedangkan kita dah ikut kehendak dia, macam duduk sebelah dia. Itu jela nad dengar cakap. Tapi kalau dah duduk sebelah dia pun, masih ada tak kena. Sekejap nak tu, sekejap nak ni. Nad ni tengok keadaan jugak, kalau macam makanan, atau dia nak minum masih lagi boleh ambilkan, tapi kalau tu pun tak cukup dia nak lain pulak, memang nad takkan ikut la kehendak dia..haaha. Lagi-lagi sekarang tengah mengandung, memang nad tak larat nak bangun, duduk, bangun duduk. Nad memang takkan manjakan atau ikut kehendak dia sangat.
Bila dengan daddy dia, elok je, main, takde pulak nak tantrum terlebih over.. Ada post dekat facebook, semua cakap tu biasa, sebab anak nak menepek, nak bermanja dengan mak..haha. Rasanya dah luangkan masa dengan dia 24 jam sehari..haahaha.
Macam nad cakap tadi, bila dia marah atau hentak-hentak kaki atau tangan, dia akan berlakon cakap " aduh"..hahaa..nanti dia datang la dekat nad atau daddy dia, mintak usap, gosok. Memang pandai dia berlakon ni..hahaa. Sebab nak mintak dipujuk. Hah waktu tu la nad akan pujuk dia.
Masa tu la tantrum dia akan reda dengans sendirinya. Masa tu, nad akan peluk dia dan cakap, " kenapa, mommy kan dah ada kat sebelah "..cakap "jangan buat lagi macam ni ".Nad takkan pukul dia, sebab menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jadi biarkan je dia menangis, sampai dia pulih sendiri.
Kena la pandai-pandai didik anak ye. Biar kita cakap perlahan dari menjerit dekat anak. Sebab bila kita sakit hati, atau menjerit, kang kita pulak dapat penyakit darah tinggi..hahaha. satu masalah pulak..hehe.
Tantrum Anak Makin Menjadi-jadi - Fariza dah masuk dua tahun, dah tau dah mengamuk bila ada je benda tak kena. Tak pun bila dia tak dapat sesuatu. Kadang menangis, menjerit, baling barang, tak pun dia hentak-hentak kaki dia. Tapi bila dia sakit, pandai pulak cakap "aduhh"..lepas tu datang dekat nad atau daddy dia suruh usap..hahaha. Pening bila datang tantrum dia. Memang menguji kesabaran kita sebagai mommy dan daddy. Makin menjadi-jadi bila datang tantrum dia.
Budak suka buat perangai |
Apa yang nad tengok, Fariza dengan daddy dia, takdela tantrum sangat, tapi bila dengan nad, allahu, tak boleh nak buat apa dah. Nanti ada je tak kenanya. Sedangkan kita dah ikut kehendak dia, macam duduk sebelah dia. Itu jela nad dengar cakap. Tapi kalau dah duduk sebelah dia pun, masih ada tak kena. Sekejap nak tu, sekejap nak ni. Nad ni tengok keadaan jugak, kalau macam makanan, atau dia nak minum masih lagi boleh ambilkan, tapi kalau tu pun tak cukup dia nak lain pulak, memang nad takkan ikut la kehendak dia..haaha. Lagi-lagi sekarang tengah mengandung, memang nad tak larat nak bangun, duduk, bangun duduk. Nad memang takkan manjakan atau ikut kehendak dia sangat.
Bila dengan daddy dia, elok je, main, takde pulak nak tantrum terlebih over.. Ada post dekat facebook, semua cakap tu biasa, sebab anak nak menepek, nak bermanja dengan mak..haha. Rasanya dah luangkan masa dengan dia 24 jam sehari..haahaha.
Nampak comel bila datang garangnya..hurmm |
Cara Mengendalikan Anak Tantrum
Bila Fariza tantrum dengan nad, memang nad, buat biasa jela. Nad akan bersikap tenang bila Fariza dalam keadaan tantrum. Sebab makin dilayan makin mengada-ngada. Nad takkan layan sikap ngada-ngada dia tu. Walaupun usia dia baru dua tahun lebih, tengok nampak kesian, tapi masa ni la nak ajar dia. Nad akan sabar dan diam je tengok dia marah-marah.Macam nad cakap tadi, bila dia marah atau hentak-hentak kaki atau tangan, dia akan berlakon cakap " aduh"..hahaa..nanti dia datang la dekat nad atau daddy dia, mintak usap, gosok. Memang pandai dia berlakon ni..hahaa. Sebab nak mintak dipujuk. Hah waktu tu la nad akan pujuk dia.