hai assalammualaikum

Tantrum Anak Makin Menjadi-jadi - Fariza dah masuk dua tahun, dah tau dah mengamuk bila ada je benda tak kena. Tak pun bila dia tak dapat sesuatu. Kadang menangis, menjerit, baling barang, tak pun dia hentak-hentak kaki dia. Tapi bila dia sakit, pandai pulak cakap "aduhh"..lepas tu datang dekat nad atau daddy dia suruh usap..hahaha. Pening bila datang tantrum dia. Memang menguji kesabaran kita sebagai mommy dan daddy. Makin menjadi-jadi bila datang tantrum dia.

Budak suka buat perangai

Apa yang nad tengok, Fariza dengan daddy dia, takdela tantrum sangat, tapi bila dengan nad, allahu, tak boleh nak buat apa dah. Nanti ada je tak kenanya. Sedangkan kita dah ikut kehendak dia, macam duduk sebelah dia. Itu jela nad dengar cakap. Tapi kalau dah duduk sebelah dia pun, masih ada tak kena. Sekejap nak tu, sekejap nak ni. Nad ni tengok keadaan jugak, kalau macam makanan, atau dia nak minum masih lagi boleh ambilkan, tapi kalau tu pun tak cukup dia nak lain pulak, memang nad takkan ikut la kehendak dia..haaha. Lagi-lagi sekarang tengah mengandung, memang nad tak larat nak bangun, duduk, bangun duduk. Nad memang takkan manjakan atau ikut kehendak dia sangat.

Bila dengan daddy dia, elok je, main, takde pulak nak tantrum terlebih over.. Ada post dekat facebook, semua cakap tu biasa, sebab anak nak menepek, nak bermanja dengan mak..haha. Rasanya dah luangkan masa dengan dia 24 jam sehari..haahaha.

Nampak comel bila datang garangnya..hurmm

Cara Mengendalikan Anak Tantrum

Bila Fariza tantrum dengan nad, memang nad, buat biasa jela. Nad akan bersikap tenang bila Fariza dalam keadaan tantrum. Sebab makin dilayan makin mengada-ngada. Nad takkan layan sikap ngada-ngada dia tu. Walaupun usia dia baru dua tahun lebih, tengok nampak kesian, tapi masa ni la nak ajar dia. Nad akan sabar dan diam je tengok dia marah-marah.

Macam nad cakap tadi, bila dia marah atau hentak-hentak kaki atau tangan, dia akan berlakon cakap " aduh"..hahaa..nanti dia datang la dekat nad atau daddy dia, mintak usap, gosok. Memang pandai dia berlakon ni..hahaa. Sebab nak mintak dipujuk. Hah waktu tu la nad akan pujuk dia.

Masa tu la tantrum dia akan reda dengans sendirinya. Masa tu, nad akan peluk dia dan cakap, " kenapa, mommy kan dah ada kat sebelah "..cakap "jangan buat lagi macam ni ".Nad takkan pukul dia, sebab menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jadi biarkan je dia menangis, sampai dia pulih sendiri.

Kena la pandai-pandai didik anak ye. Biar kita cakap perlahan dari menjerit dekat anak. Sebab bila kita sakit hati, atau menjerit, kang kita pulak dapat penyakit darah tinggi..hahaha. satu masalah pulak..hehe.


hai assalammualaikum


Selamat Datang Tahun 2018 - Sebelum memulakan cerita, nad nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun baru ni memberi sinar dan harapan yang menggembirakan kepada korang semua. Jangan kenang yangvpahit, ambil yang manis je. Supaya tahun baru ni memberi kebahagiaan kepada diri dan orang lain.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia sehingga kini. Kalau ikut tahun baru ni, umir dah masuk ke 3 series weii..nasib muka masih nampak muda..hehehe. Jadi kena kekalkan kemudaan ni walaupun umur meningkat dan anak nak masuk dua ni. Belum masuk anak dua lagi tapi bakal melahirkan anak kedua untuk tahun 2018 nanti. Lagi beberapa minggu je lagi..tengah menunggu hari..tu la debaran 2018..

Walaupun dah pernah merasai pengalaman bersalin, tapi takut dan debar tu tetap ada. Harap dipermudahkan masa bersalin nanti, sama seperti pengalaman melahirkan Fariza. Setiap hari mengira hari, waktu. Rasa pergerakan anak, semua la. Mana tau kali ni terawal bersalin ke..air ketumban keluar ke..tak tau kan..hehe..penting semua kene siap sedia. Memang berdebar habis ni. Lagipun due date awal bulan 2. Harap bulan 2 la dia nak keluar..hehee..

Debaran 2018, insyallah keluar si kecil ni, nad mommy kepada anak dua orang. Macam mana la agaknya. Kelam kabut ke atau boleh control. Yang sorang ni pun jaga dah huru hara rumah..hahaha. Harap nnati dah ada geng, bolehla bermain bersama, dan tak kacau mommynya sangat..hahhaa. Kena buat jadual nanti ni. Biar teratur je keje. Jangan nanti dua-dua mintak teman sudah..satu kerja kang tak jalan..haha. Kalau sorang menangis, sorang lagi ikut menangis..hahhaa..lagi haru..

Tak dapat bayangkan oii. Tengok jela macam mana nanti ye. Mestila kena yakin untuk uruskan anak dua ni. Yeszaa..yakin boleh..hehehe..

Lagi mencabar, mampu ke update blog sehari satu entry. Memang target setiap hari ada entry. Harap dapat buat..cayok nad..hahaha. Kalau terlepas tarikh, harap dapat kejar la..hehhe. Ni pun untuk entry 1.1.2018..kihkih..Yang penting percaya pada diri mampu buat. Mampu jadi mommy dua anak, mampu jadi mommy blogger..kann..orang lain boleh, takkan kita tak boleh..

Tapi fikir juga, boleh ke pergi event..huhu..mungkin permulaan tak pergi, bila dah besar sikit baru boleh. Bertabahlah..Insyallah rezeki berbloglain sentiasa datang. Doakan yang terbaik ye,.

TAHUN 2017 YANG PENUH KEGEMBIRAAN

in , by Nadia Johari, 20:11:00
hai assalammualaikum


Penghujung Tahun 2017 - My Bestnine 2017 picture..huhuhu..Bila tengok balik apa yang berlaku sepanjang 2017, nak kata ada perkara tak best, entahla, macam takda je..hahaa. Semuanya ok. Macam banyak benda gembira yang berlaku sepanjang 2017. Rasanya semua benda nak kongsi dalam blog. Takda satu pun yang tinggal. Mungkin rutin nad yang hanya sebagai surirumah, sebagai mommy yang jaga anak, sebagai isteri jaga suami dan rumah, dan sebagai blogger. Hanya berkongsi kerja sebagai blogger dan rutin seharian. Dan paling gembira dalam 2017, nad tau yang nad pregnant untuk kali kedua. syukur alhamdulillah.

Harini penghujung kepada 2017. Semua kenangan dah tersemat di dalam blog, di dalam gambar, dan ingatan. Pelbagai pengalaman pahit manis , suka duka dan penuh dengan pengajaran ! Kita manusia biasa yan tak sempurna, nad sendiri ada kelemahan tersendiri yang orang pun tak suka. Mana yang kita nampak buruk, kita jauhkan, yang elok kita ambil sebagai sumber kekuatan kita.

Setiap tahun azam nad akan berubah-berubah, tak tetap pun..hahaa. Yang penting, kita gembira. Tahun depan, bakal lahirkan anak kedua. Jadi azam, nak jadi mommy yang terbaik untuk anak-anak..hahaa. Weii mampu ke jaga dua orang ni..fuh. Makin kurusla..hahahha. Doakan yang baik-baik je supaya nad selamat melahirkan baby ni. Semoga baby sihat dan boleh temankan kakak Fariza bermain.

Selain menjadi surirumah, kerja nad sebagai blogger. Jadi nad akan teruskan dengan menulis blog, akan berkongsi dengan korang tentang cerita nad. Mungkin ada yang tak suka, itu takpe, nad tetap tumpukan dengan blog. Mungkin tahun depan dapat rezeki yang besar daripada hasil berblog. Rezeki anak-anak yang kita tak tau..hehee.Sentiasa berdoa semoga nad murah rezeki. Setakat 2017 dapat la job daripada beberapa company. Terima kasih kerana mempercayai blog Miszrockers Blogspot. Paling best bila dapat bercuti satu tempat yang nad sendiri tak pernah fikir. Tak kisah walaupun dapat bercuti dalam negara sahaja. belum berpeluang ke luar negara. Takpe, tu pun dah cukup gembira.

Lagi satu, azam nad, nak cantikkan rumah..hehee. Takdela cantikkan gegiler, sebab rumah ni bukan rumah nad sendiri. Jadi cantikkan ala kadar je. Nad ni suka mendekorasi rumah. Sejak join group deko-deko ni, tengok orang dekorasi rumah, kita pun rasa nak juga. Nad dah tulis, dah bayangkan macam mana nad nak deko tu. Jadi tahun depan, kumpul duit sikit-sikit untuk dekorasi rumah bagi nampak selesa dan tenang untuk surirumah macam nad ni..hahaa. Dah hari-hari ngadap rumah je, bila tengok tak kemas nampak lain macam je. Jadi nak bagi tersusun sikit, biar nampak ruang luas dan tak terlampau banyak barang. Sikit-sikit nad beli barang deko. Mungkin akan DIY juga..nak jimat kan..hehee..

Okla, tunggu jela tahun depan. Malam ni, korang sambut tahun baru dekat mana. Selamat tahun baru kepada semua. Nad sambut dekat rumah jela. Nak pergi luar, tak tau nak pergi mana..huhu..tengok jela tv tu..hehee.

:: Baru baca whatsup tadi, dapat berita kawan sekolah telah tiada akibat jangkitan kuman. Innalillah dan salam takziah kepada keluarga arwah..peringatan untuk kita juga, bahawa kita pun akan diambil pada bila-bila masa..Al-Fatihah.

TAKOYAKI UDANG MENJADI KEGEMARAN

in , by Nadia Johari, 12:04:00
hai assalammualaikum


Takoyaki 

Takoyaki Udang Jadi Kegemaran - Lama dah tak makan takoyaki. Nad belajar makan takoyaki pun masa sebelum kawin, tu pun masa dating dengan mr mafia. Mula-mula tak tau nak pilih isi apa, yela takoyaki sebelum ni ada dua jenis isi je, udang dengan sotong. Sekarang, ada ayam pulak. Tapi ayam tak pernah rasa. Yang sotong pernah rasa, tak sedap, tak tau kenapa, tak boleh masuk tekak.

Mungkin sebelum ni, nad pernah termakan takoyaki sotong yang sotongnya besar dan macam tak masak. Jadi, rasa nak muntah, lepas tu dah taknak beli lagi takoyaki sotong. Haritu pergi Tesco, ada jual Takoyaki. Tekak tetiba nak makan takoyaki, jadi belila. Nad beli takoyaki udang. Harga boleh tahan. 6 ketul RM11.20..ayoyo..nak taknak beli jela..tekam dah teringin. Nad beli takoyaki udang.

Lepas tu pergi kedai mamak, order air dan makan takoyaki. Nasib baik sedap..hehehe. Sos dia pun ok. Bagi Fariza makan, dia taknak..tengok pelik je..hahaha. Jadi nad makan dengan mr mafia. Besar pun ye.

Tengok orang tu buat Takoyaki macam senang je. Yang penting kena ada acuan dia, acuan boleh je beli online. Tengok google resepi dia dan paling penting, kena tau golek-golek kan jadi bulat yang cantik. Kalau tak, hancur takoyaki tu, tak pun terbang ke..hahaha..dah membazir. Kalau pandai buat sendiri dekat rumah, memang jimat, pulak tu boleh buat banyak.


Yang serbuk dia tu dibuat dari apa ntah..nad pun lupa. Tu pun kena ada, kalau takde, tak lengkap rasanya. Dengan sos yang kena sedap. Baru la enak dimakan kan. Ada tengok kawan nad buat, best pulak..

Tapi, kalau taknak buat pun, boleh je order delivery. Nampak tak canggihnya. Nad pun tau masa tengok dekat rancangan Wanita Hari Ini. Macam perasan je tukang buat takoyaki tu. Rupanya kawan sekolah nad. Dia ada jual takoyaki dan boleh delivery. Best ni..harga pun murah. Boleh cuba rasa, sebab tengok macam besar je takoyaki dia. Nanti la nad order. Korang boleh tengok dapur abang bob. Kot teringin makan takoyaki. Boleh la delivery.



hai assalammualaikum


Program Kad Negaraku MPay Mastercard, Didik Pengguna Bijak Dan Berhemah Dalam Berbelanja - Kalau bercerita bab perbelanjaan dengan ekonomi sekarang., mesti pening kan. Barang pulak makin lama makin naik. Jadi,kita sebagai pengguna atau pembeli mestilah nak berbelanja dengan bijak dan berhemah. Lagi seronok kalau dengar barang tu ada diskaun. Laju je kita nak membelinya, sebab dapat dengan harga yang murah. Sebab tu munculnya idea Program Kad Negaraku Mpay Mastercard ni.


Kad Negaraku MPay Mastercard

Program Kad Negaraku Mpay Mastercard dijalankan di bawah Program Sahabat Negaraku dan ini merupakan program permulaan dan akan terdapat lagi  pelbagai program yang bakal dijalankan. Program Kad Negaraku MPay Mastercard yang diusahakan dengan kerjasama secara eksklusif dengan pihak Managepay System Berhad.

Korang mesti tertanya-tanya, apa tu Kad Negaraku MPay Mastercard?? Masa nad datang ke event Program Sahabat Negaraku yang diadakan di Kelab Darul Ehsan pada hari Rabu tu, nad sendiri tertanya-tanya, apa Kad Negaraku  MPay Mastercard ni?? Apa fungsi dia?? Apa kelebihan dia?? Haritu juga nad dapat jawapannya.

Apa yang nad faham, Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard ni seperti kad debit, kad kredit yang boleh digunakan untuk pelbagai bentuk pembelian. Maksudnya, kad ni perlu ada duit di dalamnya, dan bolehlah shopping. Tapi, istimewanya kad ni berbeza dengan kad diskaun yang lain. Kad ni dianggap kad sara hidup digital yang memberikan peluang kepada pemegang kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat. Maksud jimat sini, ialah harga yang lebih murah. Kiranya, korang akan dapat diskaun bila guna Kad Mpay Mastercard ni.

Kad ni bukan sahaja untuk membeli produk dengan murah, malah pengguna boleh berbelanja untuk pembelian secara online, menonton wayang, berhibur di taman tema, membuat pindahan wang dan sebagainya. Nampak tak kelebihan kad ni. Bukan satu je fungsi dia, tapi lebih dari tu untuk memudahkan pengguna. Macam ni la caranya mereka nak didik pengguna untuk berhemah dan bijak dalam berbelanja. Macam tu la yang nad paham tentang kad Negaraku MPay Mastercard ni,

Lebih menarik, MPay akan sentiasa menawarkan penjimatan produk-produk terpilih dan bersesuai dengan pengguna kad secara bulanan.

Untuk permulaan, Program Sahabat Negaraku akan memperkenalkan Program Kad Negaraku MPay Mastercard ni di seluruh negara dan dimulakan di Selangor dan WP Kuala Lumpur secara konsisten dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat untuk mematikan rakyat khusunya ahli-ahli NGO memahami hasrat program kad ini.


Program Kad Negaraku MPay Mastercard mensasarkan 200 ribu Pengguna Kad dari kalangan ahli-ahli NGO yang menetap di Lembah Klang. Pada hari itu, Sekurang-kurangnya 15 NGO dengan keahlian lebih 12 ribu orang datang bagi merealisasikan Program Sahabat Negaraku. Melalui program ini KSP menjemput semua NGO untuk bekerjasama dan menyokong Program Sahabat Negaraku . Dalam usaha menghubungkan pihak kerajaan, rakyat badan berdaftar dan NGO, pihak Kelab Sahabat Persaudaraan turut memberi penerangan dan mendaftar NGO yang berminat untuk menyertai program ini.


Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018. Jadi nantikan kemunculannya tahun depan ye.

Untuk kornang yang nak tau lebih lanjut berkenaan Kad MPay Mastercard ni korang boleh pergi ke
Ketua Kelab Sahabat Persaudaraan, Pn Farina Abd Razak : 017-3921711
Unit Media KSP : Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net



hai assalammualaikum

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees

Peluang Keemasan Untuk Berniaga Dengan Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees -  Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu untuk hidup senang. Meskipun bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Rebut Peluang Menjadi Usahawan Dalam Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees Dengan Modal Yang Rendah

Hah!!, harini nad nak kongsi benda yang sangat best untuk mereka yang suka berniaga, suka cari duit tidak kira secara sepenuh masa atau secara sampingan. Sedang ekonomi tengah tak menentu ni, bolehlah cari duit sikit dan memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan seharian. Korang mesti tertanya-tanya, jenis perniagaan apakah yang patut diceburi, berapa modal diperlukan dan bagaimana untuk mendapatkan latihan dan khidmat nasihat. Hah!!, ni nad bagitau, korang berpeluang menjadi usahawan dengan join Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees ni dengan modal yang sangat murah dan rendah!!!..Yeaa murah ok!!..berbaloi kalau korang join program ni, sebab banyak kelebihan yang korang akan dapat. Meh baca lagi apa kelebihan tu ye...

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Nak berniaga dengan Modal Rendah..join Program stuff Baos salees ni

Program Stuff Baos Ayam Lapis ni dijalankan oleh syarikat Global Tradelink (M) Sdn Bhd dibawah jenama Salees. Berniaga makanan mesti laku kan, yela orang kita kan suka makan, lagi-lagi kalau makanan tu lain dari yang lain dan mempunyai kesedapan yang tersendiri. Lagi best, produk jenama Salees ni tiada orang tau lagi, dan kurang persaingan.

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Borang penyertaan Program stuff Baos Salees

Kelebihan Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees

Meh nad bagitau apa kelebihan join Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees ni. Memang banyak kelebihannya weii..

1) Produk yang tiada saingan, bermutu dan Halal
- Ye produk Salees ni walaupun nampak baru, tapi sebenarnya dah lama di pasaran. Nad sendiri pernah rasa beberapa produk dia, korang boleh baca makanan segera daripada Salees Food. Bila ramai tak tau, mesti orang nak cuba kan. Jangan risau, semua produk mereka sangat bermutu dan halal.

2) Modal yang sangat rendah
- Selalunya, kalau nak berniaga mesti tengok modal kan. Program stuff Baos ni, modal sangatla rendah. Bestnya, daftar adalah percuma, dan segala yang diajar juga adalah percuma. Bila korang dah pandai dan bersedia nak berniaga, baru keluarkan modal untuk memulakan perniagaan. Modal hanya RM5000 sahaja untuk seumur hidup.

3) Kursus dan Latihan Perniagaan percuma
- Bila korang join Program Stuff Baos ni, korang akan dapat latihan cara bagaimana menyediakan BAOS, dapat belajar strategi peningkatan jualan. operasi, cadangan kawasan perniagaan dan latihan simpan kira-kira. Sokongan pengiklanan dan promosi juga dibantu. Kornag akan dapat bimbingan yang berterusan dari pihak syarikat. Dan semua ni adalah percuma. Nampak tak, banyak betul korang dapat belajar dengan percuma. Mana nak dapat kat tempat lain..huishh..berbaloi la korang ambil program ni dan berniaga.

4) Bantuan kewangan
- Pihak mereka akan memberi bantuan pembiayaan kepada mereka yang join Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees ni. Kiranya, korang takkan ada masalah denagn kewangan, dan tak perlu nak pening kepala pasal kewangan. Semuanya diaorang akan tolong.

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Peralaatn disediakan

5) Semua peralatan dibekalkan dan menjadi hak milik sendiri
- Ni yang menariknya Program Stuff Baos ni. Dengan modal RM5000 korang akan gerai yang lengkap dengan dapur, gas, dan bahan mentah. Korang dah tak perlu sediakan apa-apa. Pihak diaorang yang sediakan. Bahan habis, korang boleh tambah stok dengan mereka, mungkin yang tu baru kena tambah wang. Tapi untuk permulaan berniaga, diaorang yang sediakan untuk korang berniaga dengan hanya modal RM5000 tu..oii murah kan..semua dapat. Lengkap pulak tu. Bestnya, semua kelengkapan ni akan menjadii hak milik korang terus..Best tak..nad dengar pun, wah!!, menarik sangat..

- Perkakas yang korang dapat dengan modal RM5000 ialah set griller, gerai mudah alih, penyejuk beku, cooler box, apron, sarung tangan. topi, bekas acrylic, pengepit besar, pengepit kecil, mesin timbang digital, kanopi, tuala tangan, beg kertas, pacakging sticker, buku rekod, bunting dan tong gas.

6) Perniagaan yang senang diusahakan
- Kalau tengok, macam buka gerai burger macam tu. Prosesnya pun sangat mudah. Program ni merupakan Stuff Baos Ayam Lapis menggunakan BBQ Chicken slice yang hanya perlu dipanggang bersama roti BAOS. Nampak senang kan. Gas yang digunakan pun memang sangat moden dan sangat senang digunakan. Mereka nak memperkenalkan BBQ Chicken Slice mereka yang memang sedap dan lembut tu.

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Hanya grill sahaja

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Chicken Slice separuh masak 

Roti Baos

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Roti Baos Ayam Slice yang dah siap dan boleh dimakan..sedapp..

Nad dah rasa, roti dia memang lembut, ayam lapis sedap, dengan cukup rasa, dan ditambah dengan serunding dan sos yang dicipta sendiri oleh pihak mereka. Memang semua produk dari kilang mereka. Pergh terbaikla..sedapp..serius..sedapp..Memang sesuai untuk mereka yang nak berniaga, atau nak cari duit sama ada secara sampingan atau sepenuh masa.


Kriteria Penyertaan Program Stuff Baos Salees

- Syarat yang dikenakan untuk join program ni takdelah ketat sangat pun. Cuma korang mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas. Diaorang taknak buat ketat-ketat sebab nak bantu korang untuk berniaga dan mencari duit. Bagus kan!!..

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Makanan segera Salees

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
BBQ Chicken Slice kegemaran pelanggan

Kalau korang nak tau, produk Salees ni ditubuhkan oleh syarikat Global Tradelink (M) Sdn Bhd untuk menyediakan hanya makanan halal dan minuman yang mengkhususkan diri pada masakan favourites malaysian "Siap Makan" dalam memenuhi keperluan semua pengguna di seluruh dunia. Kiranya makan segera la. Macam-macam dah produk Salees ni ada, seperti Nasi lemak segera, ansi goreng, BBQ chicken slice, Snek,, pes sambal dan macam-macam lagi. Makanan ni memang sangat sesuai untuk mereka yang pergi travel, belajar, pergi bersantai atau mana-mana la.

NAK BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH? JOIN PROGRAM STUFF BAOS SALEES NI..
Bersama bos Salees

Pencapaian Salees

Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan Program Stuff Baos Ayam Lapis Salees ni korang boleh layari
Global Tradelink (M) sdn Bhd
Address: 3-08, 3rd. Floor, D’Pandan Business Square, Jalan Avenue 2, Kampung Ampang Campuran, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Telephone No: +6017-682 7868
Website: www.salees.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/saleesproducts



hai assalammualaikum

Lazz Susu Kambing, Pilihan Nad Ketika Hamil - Hah!!, bila nad tau nad hamil je, terus terfikir nak minum susu. Yela, minum susu ketika hamil kan bagus, untuk kesihatan ibu dan anak. Tapi nad terfikir, susu apa yang bagus agaknya??. Susu apa yang boleh ngam dengan tekak nad masa mengandung ni.
hai assalammualaikum

Sibuk je budak kecik tu..kacau daddy buat kerja

Cara Suami Buat Surprise Lain Dari Yang Lain

Surprise Dari Suami Yang Tak Kena Tempat Tapi Sweet - Mr mafia bukanla seorang yang romantik, sweet macam orang laki lain buat dekat isteri dia. Contoh macam bawak pergi makan siap lilin, bunga ke, atau buat surprise masa birthday atau ulangtahun ke..takdenya. Kadang siap lupa tarikh penting tau..huhuhu. Walaupun dia tak romantik, tapi mr mafia ni ada satu sikap yang suka bagi hadiah, atau beli apa-apa secara senyap, surprise dan tak kena tempat dan waktu..hahaa. Tu kadang mr mafia ni sweet je. Oh my abang cekeding!!..haaha..

Banyak dah dia buat surprise dekat nad. Kalau hadiah dalam bentuk benda memang dia akan bagi senyap-senyap, tak pun kau jalan shoppong mall, terus dia cakap " hah sayang pilihla ".  Kita tak tau apa, terpinga-pinga, cakap kat dia, " buat apa "..dia suruh pilih juga. Tak pun bila kita ngadu sesuatu, yang barang tu penting untuk kerja, nanti mesti akan dapat..hahaa. Janji, kau jangan meminta-minta. Contohnya, abag nak tu, abang nak ni..memang takkan dapatla..Sebabnya, mr mafia bukan dapat gaji bulan-bulan kau nak mintak itu ini...hehee. Jadi sebagai isteri kena paham. Yang penting mengadu tu dah ok..haha.

Hadiah yang dia bagi macam theme blog ni. Dia yang hadiahkan sempena harijadi nad. Yea, masa tu sedih, dia tak ucap ke apa, tak bawa pergi mana, tak buat apa-apa, rupanya, last-last dia panggil dan tunjuk rupa blog..hah!!, gitu kau. Theme blog ni berbayar. Mr mafia tau isterinya kerja berblog, jadi dia nak nampak bagi kemas blog ni. Biar, orang nampak, dan baca entry-entry lain yang menarik dekat blog Miszrockers Blogspot ni, walaupun entry sebenarnya biasa je..huhu. Alhamdulillah, lepas tukar theme ni, traffic ok, nampak kemas, banyak entry lama-lama keluar. Kira tersusun dan kemas.

Powerbank pineng

Haritu nad borak dengan mr mafia, cakap powerbank dia yang nipis berapa? Sebab nad beli. tak cukup satu powerbank sebba nad guna dua phone. Kalau event dari pagi sampai malam macam event MSMW nad pergi tu, memnag telefon dua-dua mati, powerbank pulak satu. Habis semua bateri..hahaa. Nasib la ada member pinjamkan powerbank dia. Kalau tak, tak tau nak ambil gambar macam mana, nak telefon dia suruh ambil macam mana. Sebab tu ank kena ada dua powerbank..haaha. Dasyat tak. Lepas tu, haritu tiba-tiba je dia belikan dan bagi kat nad. Masa tu nad ingat dia beli telefon, rupanya powerbank. Padahal powerbank tu nad yang nak beli sendiri..huhu. Dia beli jenis pineng tapi tebal sikit dari yang nad nak. Kita ni punya kesian dia sebab takde duit sangat. Tapi dia beli sebab kesian dekat isteri. Gitu..

Banyak juga hadiah dia bagi surprise ni, macam beg dompet KICKERS, telefon Asus dan telefon Honor. Sampai sekarang masih guna lagi.

Kalau bab makanan, walaupun isterinya nak sangat waktu tu, tapi tak dapat, dia akan cuba bagi hari lain bila dia ada duit. Macam durian la..hahaa.Tak pun, bila dia ada duit dia akan ajak makan dekat luar secara tiba-tiba. Tapi geramnya, kadang dia ajak masa kiat dah masak banyak..huishh..geram..yela, makanan kita masak tak habis..membazir tau..

Hah macam tu la mr mafia. Apa-apa pun terima kasih abang untuk semua ni..Sayang hargainya..eh romantik pulak ayat ni..hahaa..jangan marah..

BILA JEJAKA MAFIA BUAT SURPRISE

in , , by Nadia Johari, 17:06:00
hai assalammualaikum

Beg Dompet Kickers

Bila Jejaka Mafia Buat Surprise - Benda yang ditunggu oleh nad sepanjang bersama dengan jejaka mafia adalah SURPRISE!!!!!..hahaha..memang susah nak dapat surprise dari dia, sebab dia jenis tak reti nak buat surprise..kadang-kadang nad saja cakap, nak itu nak ini, kalau dapat kan bestt. (konon nanti dia buat surprise ke )..kononyaaa..rupanya sama je..tak surprise jugak..haahhaa...tapi tetibe ari time kitaorang jalan KL Sentral naik LRT tu, dia buat surprisela..hahahha...walaupun time tu bukan birthday nad, bukan anniversary kami..hahaa..tapi pelik juga die buat surprise..huhuhu


Masa tu jalan-jalan masuk NU Sentral, NU Sentral ni pertama kali nad masuk..idok la ku tau yang dalam ni ade shoping mall..hahaha..Motifnya nak pergi kedai yang dia amik gambar tu, nak cari seluar dia..itulah motifnya sebenarnya nak cari barang dia tapi dah terbalik pulak..masuk dalam satu kedai ni, kedai tu nama KICKERS.. jejaka mafia pun usha la..tanya penjual situ harga berapa, ni berapa..


Lepas tu sampaila dekat dompet perempuan. Dia suruh la nad tengok mana cantik, mana best, mana tahan lama, mana yang sesuai untuk perempuan..nad pun tak terfikir die nak belikan untuk nad.. nad pun buatla pilihan..harga die boleh tahan..lepas nad dah pilih tetibe je terus cakap banyak die suruh penjual tu bungkus..."nah untuk sayang"...ternganga nad..uitttt...dah kenapaa..muka dah blur..pelik bin heran..Die relaks je senyum je..lepas tu cakap "ingat abang tak reti buat surprise ke"..hahahaha..


Terharuu sehh..walaupun macam pelik je die buat surprise..wakakkaa..dapatla dompet baru mengantikan dompet ku yang dah lusuh tu..hehehe..biasalah selagi tak koyak rabak besar, tak hancur takdenya nak tukar baru lagi..huhuhu.. Belah kiri dompet baru..kanan dompet lama yang dah koyak..


Terima kasih

AKHIRNYA DAPAT MAKAN JUGA DURIAN

in , , by Nadia Johari, 15:46:00
hai assalammualaikum

Akhirnya Dapat Makan Durian - Selama ni asyik tengok je orang post dekat media sosial, tengok orang makan je, akhirnya nad dapat merasa juga makan buah durian ni. Semalam update status dekat facebook, update juga dekat blog yang nad teringin nak makan durian..heheh..tak sangka, semalam juga mr mafia belikan durian.

Mungkin dia baca apa nad post kot..hahaha. Sebelum ni mintak memang tak dapat sebab takut ibu hamil boleh ke makan durian. Tapi, kita mintak tak banyak pun..huhu..dapat seulas dua pun jadila...kihkih.

Semalam mr mafia keluar pergi rumah kawan dia. Bila dia balik, nad terbau durian. Tapi tak nampak pun durian. Oh mungkin orang sebelah beli, tak pun sebab dah ngidam sangat sampai terbau-bau..huhu..dasyat kan penangan ibu mengandung ni..hahaha. Bila dah baucuba mestilah, sedapnya..tapi takde..sedih sangat.

Durian yang diidamkan

Sekali mr mafia panggil duduk dekat meja makan. Sekali nad ternampak..arrgghh duriannnnn...Wah, nak nangis rasanya. Mr mafia belikan juga..Terharu rasanya, nak nangis pun ada sebab dia belikan..sobsob. Tak kisahla bukan beli buah, tapi beli dalam bekas, asalkan dapat makan durian.

Nampak orang happy dapat durian

Nampak je macam dua ulas, tapi rupanya empat ulas..Allahuakbar rezeki mak buyung. Dapat makan empat ulas pun dah sedap. Nasib baik durian ni pun sedap. Rasa manis, masam memang yang diinginkan. Yela selalu kalau dah beli bungkus tak sedap. Ni memang rezeki sangat, durian ni sedap sangat. Sampai taknak kongsi dengan sesiapa. Mr mafiamafia beli dua bungkus. Jadi takdela berebut..hahaha. Tapi dia punya dua ulas je..hahaha.

Dibagi dekat anak, anak makan sikit je, lepas tu buat muka..hahaha..pelik sangat kot rasanya. Nad cakap " jangan jadi mat saleh sangat ye Fariza"..hahaha. Tapi ok juga, takdela kongsi durian tu dengan anak..hahaha..

Ok dah tak mengidam dah, sebab dah dapat rasa..terima kasih mr mafia. Suka beli senyap-senyap. Thank you sangat-sangat.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2