MACAM-MACAM EMOSI SEMASA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 23:00:00
hai assalammualaikum


Emosi stress, marah dan sedih semasa mengandung

Macam-macam Emosi Semasa Mengandung - Korang yang mengandung mesti pernah mengalami perasaan sedih, cepat marah dan sensitif masa mengandung ni kan. Macam-macam emosi muncul semasa mengandung ni tanpa kita sedari. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi. Tapi, tak semua ibu mengalami perubahan emosi yang sama ketika hamil. Ada yang muram dan ada yang ceria. Tidak kurang juga ada yang mengalami tekanan perasaan.

Ibu mengandung ni, macam-macam dalam kepala dia, dengan perubahan hormon yang berlaku, dengan sakit sana sini. Lagi kalau ada anak, macam-macam anak nak sampai kita kurang rehat. Dengan kerja rumah yang tak kan habis-habis. Nak melunjur kaki pun susah, dengan pergerakan baby dalam perut lagi.  Macam nad, lebih kepada cepat marah. Tapkadang nak elakkan dari marah, nad akan diam dan termenung sekejap. Tak pun layanla Running Man, layan facebook dan instagram. Tapi tu pun tak lama, sebab kadang cepat boring pun ye..ahhaa.Macam-macam betul emosi ni. Kena duduk depan laptop baru mood ni ok.

Salah satu cara yang terbaik, nad dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Biar tenang sikit jiwa ni. Pakai earphone, dengar dekat telefon. Kadang sama-sama dengar sekali denagn Fariza. Paham-paham jela, dia ni suka nak tau apa mommy dia buat. Tak lupa juga untuk solat, baca Al-quran tenangkan diri ni.

Emosi yang terkawal ni boleh beri kesan denkat baby dalam kandungan. Juga dekat ibu, takut nanti jadi kes meroyan pulak. Kadang nad ni terlepas marah dekat Fariza. Kesian tengok dia kadang tu. Tapi nad jenis, lepas marah, mesti peluk dan cium dia balik. Fariza ni pandai, kalau tengok maknya masam, dia nak pujuk dengan buat muka senyum comel dia. Luluh hati mommy bila anak pujuk macam tu. Dia tau kesalahan dia buat, dan dia pujuk mommy balik. Sebab tu mommy boleh sedih sekali bila tengok anak macam tu..hahaha.

Dekat rumah, biasa main dengan Fariza je. Kadang nad suka biarkan dia main sendiri, sebab dia akan bercakap dan berimaginasi sendiri. Nanti keluar kata-kata alien dia la. Nad pun akan ketawa. Nasibla ada Fariza, walaupun kadangkala dia la buat kita stress, emosi tak terkawal, cepat marah, sedih semua, tapi dia juga yang menggembirakan.

PEN DAN KERTAS PERMAINAN DIA

in , , by Nadia Johari, 10:56:00
hai assalammualaikum


Pen Dan Kertas Permainan Dia - Sejak umur setahun dah belikan Fariza buku, pegang pen dan menulis dekat kertas. Dari situ nad dengan mr mafia ajar dia menulis dan membaca. Tak sangka dia minat pulak buat semua tu sampaila sekarang. Asal nampak pen dengan kertas dia akan ambil dan lukis bentuk bulat-bulat.


Sekarang dua tahun lebih, dia selalu ajak mommy menulis untuk dia. Benda yang mak ayah suka kan bila anak suka menulis ni. Pada masa sama, nad akan melukis dan mengajar anak, tak kisahlah ABC, ajar haiwan, nombor dan sebagainya. Kira mommy dah jadi cikgu Fariza dekat rumah. Alhamdulillah, dari sebut dua perkataan, sekarang dah macam-macam perkataan disebut dan dia kenal rupa binatang, buahan dan macam-macam lagi.

Selalunya dekat sekolah pun ada masa rehat dia. Tapi Fariza ni jenis nak je suruh maknya tulis..hahaha. Mommy pun kadang letih..perlukan rehat. Terlampau rajin pulak dia. Satu sebab lagi, dia ni suka sangat dengan baby shark, jadi mommy kena lukis baby shark banyak-banyak, lepas tu disuruh nyanyi pulak. Sabar jela. Selalu kita paksa anak belajar, tapi ni terbalik pulak, anak paksa mommy belajar..hahaha. Dia memang fokus bila dapat pen dan kertas ni.


Memang sejuk perut mommy kalau dia rajin macam ni sampai ke besar..hahaha..Tapi takdela sampai nerd sangat kan. Banyak je mainan dia, tapi sekarang macam lebih suka dengan pen dan kertas. Sebelum ni kesian, dia lukis dekat kertas koyak-koyak. Jadi nad pun belilah buku untuk dia. Pen memang dah banyak dah.

Kadang bila dia tak tolong nad dekat dapur, dia akan tulis sorang-sorang depan tv. Suka pula kita tengok cara dia..Harap sampai ke besar la rajinnya ye.
hai assalammualaikum

Cempedak Goreng Sedap Kl Dekat Mana?? - Teringin makan cempedak goreng. Goreng dengan tepung, makan panas-panas, isinya yang lembut, lembik tu, rangup kulitnya, biji boleh makan, aduhh sedapnyaa..sambil taip, sambil terbayang ni oii..Telan je air liur ni duk terbayang. Kalau kat kampung, mesti senang je dapat. Cakap je mak, mesti mak boleh dapatkan cempedak. Tapi dekat Kuala Lumpur ni, celah mana nak cari cempedak goreng ni. Nak goreng sendiri kang tak sedap pulak. Nak cempedak goreng yang dah siap..sobsob..

Semalam misi mencari cempedak. Dekat bandar ni nak cari orang jual kuih susah betul. Ada kawan cakap area Taman Cempaka dekat Fiesta sana, kita pun pusing la mencari, dan mengharap adalah orang jual cempedak goreng sedap dekat situsitu. Tapi kecewa!!, takde orang jual kuih, ke sebab semalam hari Ahad, orang cuti..kohkohkoh..Nampak kedai durian berderet je..

Pusing lagi ke depan Midpoint..tengok satu-satu kedai menjual dekat situ. Mula nasi kukus, lepas tu ayam goreng..dannnnn akhirnya, nampak orang jual cempedak goreng. Terus cakap dengan mr mafia " hah tu cempedak goreng "..Ya Allah, masa tu gembira tak terkata. Dapat juga jumpa orang jual cempedak goreng. Rezeki nad haritu. Sambil cakap, " Fariza, rezeki mommy harini "..suka giler kau.

Cempedak Goreng Ku Kempunan Oii!!!

Pergi ke gerai pakcik tu, cakap berapa. Dia cakap besar RM1 kecik 3 biji RM1 kot..masa tu tinggal sikit. Pastu nad cakap beli semuala. 4 biji besar, 5 biji kecik semua RM8.. nampak tak bila dah kempunan tu..hahaha. Kita rembat semua..Lepas tu cepat-cepat masuk kereta ambil sebiji dan rasa.


Ok, yang nad makan ni sedap..sebab lembik dan rangup dekat luar..tapiii....


Bila sampai rumah, letak semua dalam pinggan, dan nak makan lagi. Tak sabar ni sebab tadi dah sedap. Sekali yang lain semua, tak sedap!!!!!..keras weii..nak nangis je rasanya. Dahla kempunan, kecewa kita dengan cempedak goreng pakcik ni..huaaa..pakcik dah hancurkan harapan mak buyung tau..sobsob..menangis kita.

Dah tak tau mana nak cari cempedak goreng sedap dekat kl ni hah..susah nor..




BUASIR SEMASA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 23:58:00
hai assalammualaikum


Cara Merawat Buasir Semasa Mengandung

Buasir semas mengandung - Malu nak cerita, tapi kot korang yang normal pernah kena, boleh kongsi dengan nad. Nad ni tak pernah tau pasal buasir ni. Haritu mr mafia cerita, kawannya kena buasir. Orang cakap, bila kena buasir ni sakit dan pedih. Nad pun dengar biasa jela. Masa kakak pregnant pun dia terkena buasir, masa mengandung. Dia cerita sakit nak duduk, macam-macamla.

Sampaila minggu lepas, nad ni nak membuang air besar, tapi asyik terganggu je bila Fariza nak ikut sekali maknya masuk dalam jamban. Makanya kadang terbantut nak membuang. Lama-lama najis macam jadi keras. Kadang masa membuang, najis taknak keluar..ermm. Lepas tu minggu lepas, malam tu mintak mr mafia urutkan badan, usap dekat pinggang yang sakit. Esoknya terasa nak membuang. Kali ni, cirit birit pulak. Nad fikir,, ok la kan., sebab dah lama tak membuang, bila najis dah cair okla. Dalam tiga kali juga nad keluar masuk tandas, sebab tercirit. Perut pun memulas. Lepas tu masa nak basuh macam ada membenjol dekat bahagian dubur.

Nad fikir biasa je, sebab sebelum ni, masa pregnantkan Fariza, nad pernah kena, tapi lepas tu ok. Nad fikir mungkin jahitan masa bersalin..kahkah..Tapi bila fikir balik, teringat pasal buasir. Tadi baru cari sumber pasal buasir. Tengok gambar, dengan apa yang nad rasa, macam sama je. Aduh dah cuak. Boleh jadi kronik ke kalau ada, buasir masa mengandung??.Sebelum ni tak ambik berat pun, mengandung anak kedua, nad ambil tahu semua, sebab macam-macam dugaan nad hadapi untuk pregnant kedua ni.

Buasir adalah disebabkan oleh salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Apabila keadaan abnormal ini berlaku, ianya akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dapat dikesan pada golongan dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.

Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.

Nad fikir biasa je, sebab nad takda rasa sakit sangat, takde darah ke apa. Cuma masa nak duduk, ganggu sikit la. Rasa pedih sikit, tapi masih ok lagi.

Nad ada baca Tips Cara Rawatan Buasir, antaranya:

- Makan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, pasta bijirin penuh, beras perang, sayur-sayuran dan buah-buahan
- Minum air kosong dalam kuantiti 2-3 liter sehari supaya anda kekal terhidrat.
- Buat senaman ringan dengan kerap walau sekadar berjalan kaki. Senaman lantai pelvis dapat mengelakkan berlakunya buasir ketika hamil. Ini kerana senaman ini mampu meningkatkan peredaran darah disekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian antara faraj dan dubur).
-'Pergi ke tandas segera jika terasa ingin membuang air besar. Menangguhkan masa akan membuatkan sembelit terjadi
-'Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa membuang air besar. Ia membantu memudahkan membuangan air besar
- Mandi air suam untuk mengurangkan kegatalan dan kesakitan. Elakkan menggaru di tempat yang gatal kerana ia akan memburukkan keadaan.
- Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk memberi kelegaan di sekitar dubur. Ia juga dapat mengurangkan bengkak.
- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut tanpa bau pewangi.
- Tolak dengan perlahan-lahan dengan jari yang bersih buasir yang terkeluar selepas membuang air besar atau mandi.

Rasanya, ada beberapa tips atas nad buat. Tapi nak jadi juga, nak buat macam mana. Yang tolak tu, huishh macam manala agaknya..tak terfikir pulak. Ni nak buat rendaman air suam.

Tadi tanya kakak, dia kata ok je. Tu biasa, kalau tak sakit takpe, kala sakit, jumpa doktor..huhu..





hai assalammualaikum

Mencabar besarkan anak ni rupanya

Tegas Dengan Anak, Didik Anak Mendengar Arahan

Mencabar Bila Besarkan Anak - Bila dah masuk usia dua tahun ni, anak pun mula tunjukkan belang. Ibu bapa pun makin sabar dengan perangai anak sorang ni. Baru sorang oii, belum masuk dua, tiga empat. Ada masa dia dengar arahan kita, kadang taknak dengar, sebab kita ni la kena berkomunikasi dan beri arahan yang betul dengan anak. Budak-budak sekarang, pemikiran dia bukan macam budak-budak dulu. Budak sekarang makin cekap menangkap apa yang dia nampak. Mencabar bila besarkan anak ni...huhu.

Nad ni takda la masalah komunikasi dengan Fariza. Sebab nad 24 jam dengan dia. Apa dia nak, apa dia inginkan, semua nad taula. Kalau bagi arahan, dia akan ikut. Biasalah, mula cakap pelan-pelan bagi dia paham. Alhamdulillah paham bila suruh masukkan baju dalam baju kotor, buang pampers dalam tong sampah, suruh kemas barang mainan. Tapi kadang datang mood dia, datang sikap ngada-ngada dia taknak dengar cakap kita. Nak taknak, nad kena tegas juga dengan Fariza, dengan tinggikan sikit suara, tak pun terpaksa tunjukkan rotan dekat dia. Bukan nak mendera, tapi biar dia belajar berdisiplin dan dengar apa kita cakap. Kalau selalu mulut manis je, cakap lembut je, memang naik kepala la dia. Memang strugle juga bila nak bagi arahan dekat dia.

Dari kecikla kita ajar dia. Dan dari kecik jugalah kita jadi kawan dia. Kita dengar apa dia cerita, kita layan dia 24 jam, selalu dengan dia. Orang cakap dah jadi pendengar dan kawan yang setia bila dekat rumah ni. Sebab dia pun takde sesiapa, ada mommy dan daddy jela. Tapi mommy yang kerap layan dia. Bila mommy buat kerja lain, dia paksa suruh duduk temankan dia. Memang mommy cakap dengan dia dulu, " mommy nak buat kerja "..Paham jela budak-budak, kerja dia menangis jela, jadi mommy terpaksa biarkan. Taknak layan karenah tantrum dia. Lama-lama dia main sendiri kejap. Tak pun sama-sama tolong mommy dia buat kerja. Kerja rumah ok lagi, kalau kerja blog, maaf anak, mommy kena bersendirian sekejap..hehee. Ini pun ada kerja tertangguh, sebab layankan dia.

Cakap dengan Fariza memang kena cakap ayat yang simple bila bagi arahan. Contohnya " Fariza, baca doa ".." Fariza duduk dekat kerusi ", " Fariza kemas ni "..yela, kang panjang lebar, jenuh dia nak memahami apa yang mommy dia cuba sampaikan. Kena straight to the point. Ulang arahan beberapa kali sehingga anak faham, barulah boleh harapkan anak kita buat. Bila dia cakap " huh, huh" tu maknanya dia tak paham. Jadi kena la tunjukkan apa yang perlu dibuat.

Dah besar nanti, kalau masih tak paham kita buat cara lagi tegas. Sama la macam mak ayah kita dulu, bila kita buat salah, mesti kena sebat ke cubit ke, biar ada rasa bersalah dan takut sikit. Supaya dia tak buat perkara sama berulang kali. Perkara yang tak patut dilakukan.

PUKUL 7 PAGI BARU TIDUR!!

in , by Nadia Johari, 13:51:00
hai assalammualaikum

Padah Anak Tidur Awal - Semalam petang jalan-jalan cari kuih. Masa dalam perjalanan nak cari kuih tu, memang dia mintak susu dan nampak dah muka dia mengantuk. Tapi, tak sempat tidur, sebab cari kuih pun bukan jauh mana. Memang setiap petang, nad akan tidurkan dia, sebab taknak dia tidur awal. Balik tu, terus makan kuih tu dan ajak dia mandi. Perangai Fariza bila penat, dia akan mintak susu lepas tu tertidur. Semalam pukul 8 malam dia dah tertidur. Nad agak nanti tengah malam mesti dia bangun, sebba dia mudah terbangun tengah malam. Kalau pukul 10 malam ok lagi, tapi semalam 12 tengah malam dia terbangun. Memang padah la kalau anak dah bangun tengah malam.

Budak ni, buat mommy pening

Bila dah bangun tengah malam, mesti dia akan main-main dan susah nak tidur. Ya!!, semalam lepas dia bangun, dia main, dan nad temankan dia. Hampir pukul 4 pagi layan dia main. Ingatkan dia dah ngantuk dan penat ke, tapi tengok gaya macam tak je. Macam biasa, kalau nak tidur, buat susu. Ok dia minum!!, tapi, dia taknak tidur, dia nak sambung main. Aduh !!, kepala nad dah pusing. Badan, pinggang semua dah sakit. Pass dekat daddy dia, daddy dia pass kat kita semula. Pening kejap. Selalunya kalau nak tidur memang dia cari susu badan.

Dah bagi susu badan, kiri dan kanan, mommy dengan sakit pinggang, sakit celah peha, Fariza tak tidur-tidur lagi. Lepas tu, ajak dia tengok tv. Cadangnya nak bagi dia tengok sampai penat, dan nad boleh tidur kejap dengan tenang. Huh!!, tak jugaa..dia ajak kita berborak, nad dengan pejam mata pun berborak la dengan dia. Yang si kakak macam ni, si adik dalam perut duk merekut-rekut lagi. Memang tak cukup tidur dah. Dua hari tu memang tak online sangat sebab layan kakak Fariza ni.

Dah pukul 6.30 pagi, Fariza masih tak tidur lagi. Nad pergi solat. Lepas tu tengok dia layan tv sambil menulis. Ajak tidur, dia cakap " taknak, taknak ". Ok ikut suka Fariza, mommy lelap kejap. Lepas tu dia datang dekat nad, sebut " mommy,mommy "..bukan nak tidur, tapi bagi pen dan kertas suruh tulis. Oh no, mommy cakap " nanti ye kita tulis, mommy penat sayang "..dia dah mengamuk. Nad biarkan dulu. Lepas tu dia datang lagi, " mommy, mommy, nak susu "..ok bagi susu, tepuk-tepuk bontot dia, belai rambut..lama juga la dia tidur, sedar-sedar dalam pukul 7.30 pagi baru dia tidur. Bila dia tidur, nad lapar pulak, makan roti dengan kaya, tuna takdok..nak beli la nanti..

Mommy ni sabar jela duk layan anak. Dah macam tak tidur je rasanya setiap hari. Pengorbanan betul. Nasib nad tak kerja, kalau kerja, macam mana agaknya..ermm.
hai assalammualaikum

Aku Positif Jangkitan Kuman GBS, Punca Dan Kesan Pada Baby - Kalau mengandung, macam-macam jenis penyakit yang datang. Ni la pengalaman nad masa mengandung, nad dapat tau nad positif jangkitan kuman GBS. 

  Bila dapat keputusan nad positif GBS, balik tu sampaila ke malam, nad google dan baca apa tu GBS dan puncanya kepada baby dalam kandungan. Macam-macam nad baca, tengok tajuk pun dah takut sebab ada yang cerita yang menyedihkan.
hai assalammualaikum

Mcflurry Party Mcdonalds

Mcflurry Party Mcdonalds

Mcflurry Party Dikongsi Bersama - Malam tahun baru tu, tekak nak makan burger macam tu. Lepas tu ajakla mr mafia pergi ke Mcdonalds. Pergi tengah malam, sebab takut jem, yela orang baru balik dari sambut tahun baru. Lagi satu mesti ada roadblock akan dibuat. Nad tak kisah pun, asalkan dapat makan..hehehe. Lagipun teringin nak makan double spicy chicken Mcdeluxe dengan Mcflurry Party aiskrim tu.

Masa gerak tu, memang lenggang juga, takda kereta sangat dekat jalan raya, mungkin diaorang belum balik dari sambut tahun baru. Tapi, bila dah sampai Mcdonalds, mak aih, penuh kau..hahaha. Cadangnya nak makan dalam Mcd, tapi dah penuh kita drive thru jela. Drive thru pun beratur kereta, tapi masih boleh beratur lagi..haha.

Lepas tengok menu, double spicy dah takde..aduh sedihh..sebelum ni makan spicy chicken je, dah malam tu lapar, nak double. Tapi dah takde. Tapi Mcdonalds ada keluarkan prosperity pulak. Jadi kitaorang order prosperity beef double punya dengan Mcflurry Party. Harga Mcflurry Party dalam RM9.90 kot tak silap. Besar juga. Sebab tu dia cakap kongsi dengan orang tersayang..hehehe..

MCFLURRY PARTY DENGAN OREO BITS DAN STRAWBERRY MIX

Tadaa..nampak tak besar portion dia. Dapat je terus makan. Mcflurry Party ni aiskrim perisa vanila kot campuran oreo dan strwaberry. Bila ada oreo memang sedap, sebab sebelum ni lun, kalau pilih aiskrim Mcdonalds, nad pilih Mcflurry Oreo. Yang ni dia tambah lagi dengan strawberry. Lepas tu macam ada buah, tak tau buah ape. Bila ada strawberry memang kurang sikit la..tapi bila dicampur gaul, sedap juga..hehehe.

Ni dia dalamnya. Aiskrim dicampur serbuk oreo dan strawberry. Makan ramai-ramai dengan suami dan anak. Dalam perjalanan pulang habis terus aiskrim ni..hahaha. Dah lama nak makan aiskrim ni..Nad dengan Fariza la yang habiskan..heehe..

Sebelum ni ada Mcflurry Durian, nad tak dapat rasa pun..hahaa. Tekak kita tetap suka Mcflurry Oreo. Sebab Mcflurry Party ni ada oreo, jadi nad belilah..hahaa. Korang cubalah rasa..
hai assalammualaikum

CHECK UP 35 MINGGU : KEPUTUSAN GBS DAN AIR GULA
Pregnant Jurney 35 weeks

Check Up Pregnant 35 Minggu 

Keputusan GBS Dan Diabetes - Dari malam semalam tak dapat tidur sebab duk fikir pasal keputusan masalah keputihan (GBS) dan minum air gula haritu, nak tau nad ada diabetes ke tidak. Adakah positif atau negatif..ermmm. Risau dalam hati ni. Dan pukul 6.30 pagi bangun solat, serta siapkan diri. Dalam pukul 8 pagi kejutkan mr mafia untuk bersiap hantar nad ke klinik. Harini check up nad pregnant untuk 35 minggu. 35 minggu sama dengan 8 bulan terakhir sebelum masuk ke 9 bulan. Waktu ni, janin sama seperti saiz buah kelapa..ye ke idok..hehehe.

Sampai klinik, macm biasa ambil nombor giliran, ambil test urine siap-siap dan berat. Urine positif, berat pun naik 1 kg je. Tadi tengok berat 46.60kg. Ok la kan. Masa menunggu giliran dekat klinik, memang berdebar la jantung ni. Harini lambat pulak tunggu giliran, mungkin ramai orang. Yela, baru lepas bercuti. Dah masuk 35 minggu, memang, tengok perut ni berombak-ombak. Aktif menendang, kadang terpegang tulang panjang yang kecil (dalam hati rasanya ni tangan or kaki baby)..hehe..tapi kadang2 tak tahan pon ada, kalau baby tengah mengeras dan push kidney. Tapi enjoy jela moment tu. Nak bagi lega, nad usap perut ni. Kembalilah dia ke asal..hahaha. Sambil tunggu giliran, sambil layan whatsup group blogger dan online media sosial.

Keputusan Positif GBS dan Negatif Diabetes

Dalam pukul 10 lebih baru nombor nad dipanggil. Ok, bangun terus dan masuk bilik. Duduk je terus nurse cakap " kamu positif GBS "..Nurse ni pun tak beragak tau. Baru nak tanya..huhu. Nad dah terkedu dah bila dia cakap nad positif GBS. Ada jangkitan kuman. Yela, nad kan ada cerita, nad mengalami masalah keputihan. Nurse terus cakap, takpe, nanti masa bersalin doktor akan bagi antibiotik. Mungkin baby akan ditahan dekat wad dalam beberapa hari. Huaaa...part tu sedih..sebab masa Fariza pun kena tahan beberapa hari dekat wad, masa tu boleh pulak dia demam masa nak check out hospital, lepas tu, kena kuning. Bila dengar adiknya pun bakal kena tahan dekat wad, nad pun rasa sedih. Mesti kena ambil darah banyak kali.

Bukan suka sangat tinggal hospital lama-lama. Nurse cakap untuk pemantauan, sebab baby keluar ikut bawah, takut terkena jangkitan kuman tu. Takpela, demi keselamatan baby, kalau kena tahan, tahan jela. Nak rawat baby sampai baik kan. Tapi nad harap baby sihat dan baik-baik je. Harap baby kuat nanti, sama macam kakak Fariza.

Lepas tu nad nak tau pulak keputusan minum air gula haritu. Boleh pulak nurse lupa, nasib nad ingatkan. Alhamdulillah, nurse cakap normal takde diabetes. Ok lega..huhu. Dapat keputusan satu positif untuk GBS dan negatif untuk diabetes.

Ubat tambah Hb

Lepas tu ambil hb pulak. Pertama kali hb rendah. Entah kenapa pulak..haishh..padahal dah makan makanan untuk naikkan hb..macam-macam pulak. Jadi, nurse bagi pil iron untuk tambahkan hb. Tadi cek jantung semua ok dekat baby. Semua settle, buat appoinment jumpa doktor pulak.

Tunggu la lagi. Sampai giliran, doktor cakap benda yang sama macam nurse cakap berkenaan keputusan GBS. Nad cuma harap satu je, GBS ni bukan satu benda serius. Nampaknya nak kena google baca. Sebab haritu ada terbaca kawan pregnant, anaknya kena tahan sebab dia pun ada GBS positif. Alhamdulillah, anak dia baik dan sihat je.

Tadi cakap dengan mr mafia, terus dia cakap." Aduh, GBS tu ape?? ".. " Baby macam mana??..Kesihatan dia terancam ke??..gitu mr mafia punya risau. Nad pun tak tau nak cakap macam mana. Nad cuba cakap " nanti abang google dan baca..huhu "..kalau dia risau, nad lagila risau.

Nanti nad google dulu, nad pahamkan ape tu GBS, nad kongsi dekat blog ye..huhu..Doakan baby baik dan sihat je ye. Balik rumah terus makan..hahaa..lapar sangat.

hai assalammualaikum

Ruang Kerja Tahun Baru Yang Simple - Dah banyak kali juga nad kemas ruang kerja atau workspace nad ni..hahaa. Biasalah, bila mata memandang, ada yang tak kena, mesti nak kemas lagi dan lagi. Dan akhirnya, keputusan nad, untuk menjadikan ruang kerja nad jadi simple, dan tak serabut untuk tahun baru ni.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2