STOK ROTI SEMASA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 16:56:00
hai assalammualaikum



Stok Roti Semasa Mengandung - Kalau mengandung je, mesti kena ada stok makanan lebih untuk kudapan sama ada untuk sarapan, lepas makann, makan petang atau tengah malam. Biasalah ibu mengandung cepat betul laparnya atau tekak ni macam tak sedap kalau takda benda nak disuap..hahaa. Kalau tak mengandung, takda nya nak beli stok makanan banyak-banyak ni. Cukupla ada satu jenis je. Kalau mengandung, stok roti kena adala. Yela, roti ni, pun mengenyangkan, murah pun murah. Macam-macam jenis ada.

Selalu setiap petang akan ada india naik moto jual roti tu lalu dekat rumah. Sampai anak pun dah tau, tu india jual roti sebab bunyi pon-pon dia tu..hehe. Asal bunyi mesti dia akan cakap " hah "..pastu tunjuk pintu suruh keluar beli. Mana taknya, dia dapatla jajan dia juga nanti. Tapi tak selalu pun beli. Bila nak je baru beli.

Masa mengandungkan Fariza pun stok roti banyak juga..haahah. Dari banyak-banyak tu memang akan habis punya. Tak kunyah pagi sebagai sarapan, mesti kunyah petang atau tengah malam. Atau lambat masak, hah, rotila yang dicarinya dulu. Tapi nad baca, makan roti jenis macam ni tak bagusla masa mengandung sebab roti ni tak bernutrisi. Makan roti gandum tu okla. Ini kerana roti ini lebih kaya dengan karbohidrat, serat, dan zat besi yang dapat membuat perut terasa kenyang lebih lama.
Takpela, tekak kita suka makan roti macam ni. Setakat ni, alhamdulillah semua ok je.

Stok roti pun dah habis. Tinggal roti gardenia putih tu je. nasib ada kaya. Makanla roti tu dengan kaya. Sekarang kena beli lagi banyak, sebab ada budak kecik tu. Dia punjoin sekali bila tengok mommy dia makan..hahaha.




hai assalammualaikum


Kekasih Paksa Rela

Bersemut Timeline Media Sosial Kerana Kekasih Paksa Rela - Ohoiii, sekarang ni semua timeline, semua wall tak kira facebook, instagram dan twitter penuh dengan status kesemutan dan kesweetan tentang drama Kekasih Paksa Rela. Cerita makin lama makin buat orang tersenyum sendiri, lagi-lagi perempuan bila tengok aksi keromantikan Remy Ishak. Muka dia, masa marah, sayang ok je. Nampak macho je..hahaha.. Tapi nad suka dengan kecomelan Hanan. Cantik je dia kan.


Korang layan tak cerita ni. Nad mulanya tak berapa layan, tengok-tengok macam tu jela. Layan masa ada ayah Hanan, kes mak hanan marah anak sebab pak tiri dia. Tu memang tak patutla. Mak jenis apa tak sayangkan anaknya. Percaya cakap suami baru. Dan terus layan bila Hanan kawin dengan Adham. Mula-mula biasa je, lama-lama makin sweet pulak..eheh..Dari panggil " Pakcik "..terus panggil " Abang "...ecewahh..Lepas tu aksi peluk pulak..cuit-cuit, sekejap cuit hidung, kejap cuit mulut..hehehe. Tambah dengan pickup line Adham..huhu.

Drama macam ni, kejap majuk, marah, biasalah. Takde pengacau pun tak sah..hahaha. Mula-mula pengacau Shiqin. Sakit hati tengok, asyik sibuk je hal Adham. Dah Adham tak suka, tak yahla menyibuk. Dimana ada Adham dan Hanan, disitu ade Shiqin..huhu. Lepas tu asyik cakap benda sakit hati. Kalau kita jadi, Hanan, ofkos kita abaikan..hahaha. Tak kuasa nak melayan tau.

Macam nad cakap, nad tak layan dari mula. Tak tau pun Adham ada isteri dan apa jadi dekat isteri dia. Masa buat status dekat facebook, seorang kawan ni cakap pasal isteri Adham. Rupanya Adham ada isteri, taknak anakb ke apa ntah, lari pergi Luar Negara. Tiba-tiba adegan Adham bercuti dengan Hanan dekat Pulau Belitung, dah ada isteri dia situ. Harini birthday Adham, isterinya wish kat message..huhu. Habis cuak muka Adham. Kalaula Hanan tau.


Silalah tengok cerita ni nak tau apa jadi ye..hehe. Setiap hari Isnin-Khamis pukul 7 malam memang tunggu cerita Kekasih Paksa Rela di TV3. Nak tengok adegan sweet dan mengejutkan..huhu..Nad suka tengok hanan, comel je. Bila orang muda dan tua berkahwin, terpaksa berkahwin, lama-lama sweet. Teringat macam nad la, nad dengan suami...hahahhaa.." tua-tua, hot tau "..kihkih..
hai assalammualaikum



Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

Set Hadiah Enchanteur - Hah!!, ada yang nak buat kejutan hadiah untuk isteri, mak, kawan-kawan, apa kata korang bagi perfume Enchanteur set mini je. Mesti diaorang suka. Asyik bagi  jambangan bunga, coklat dan kad hadiah je kan, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah macam ni memang sangat sesuai ntuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun atau hari lahir. Tengok je bungkusannya, cantik je kan, lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.

Mesti orang yang korang buat surprise tu teruja giler bila dapat set mini Enchanteur ni. Mesti setiap hari diaorang akan pakai Enchanteur ni sebab bau dia yang sangat wangi ok. NAd dah banya koleksi Enchanteur ni. Semua nad guna..hahaa. Wangi dia tahan lama


Set hadiah EDT Mini Echanteur ni ada 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bungkusan yang direka cantik. Pek EDT bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu.

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis.

Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.

Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie.

Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa.

Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.

Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.

Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.



ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

hai assalammualaikum

Maacara Norafurla Mega Volume


Mascara Norafurla Melentikkan Dan Melebatkan Bulu Mata

Mascara Norafurla Idaman Kalbu - Sejak kebelakangan ni, timeline lalu dengan Mascara Norafurla ni. Memang selalu cari mascara yang boleh melentikkan dan melebatkan bulu mata dengan cepat ni. Maksudnya, nad suka kalau pakai mascara nampak bulu mata kita tu, tak perlu pakai bulu mata palsu yang berat dan menyakitkan tu..hahaa. Yela, dengan bulu mata palsu, kena gam la, lepas tu kena cabut , sakit oii.

Mascara Norafurla melentikkan, melebatkan dan memanjangkan bulu mata

Lagipun, nad bukan bukan selalu nak pakai bulu mata palsu tu. Memang tak pernah beli pun sebab macam membazir je, dah pakai lepas tu buang. Lebih baik cari Mascara yang boleh lentikkan dan lebatkan bulu mata terus, lepas tu mudah dicuci. Sebelum ni asyik tengok kawan yang pakai, ni, nad dah tergoda pulak dengan mascara Norafurla yang ternyata berkesan dalam beberapa saat. Bulu mata melentiks, kalah Che Ta tau..hahaha.

Skinny brush

Jumbo brush

Bestnya Mascara Norafurla ni ada dua brush. Satu jumbo brush dan satu lagiset skinny brush. Skinny brush untuk memanjangkan bulu mata manakala jumbo brush pula untuk melentik dan melebatkan bulu mata. Masa nad apply 3 kali dah nampak start bulu mata nad memang panjang la. Melentik lagi tau. Best giler..Tetapi pastikan cara penggunaan yang betul jika ingin mendapatkan effect yang kebabommmm.

Mascara ni mengandungi castar oil bagi memelihara dan menggalakkan pertumbuhan bulu mata. Jangan terkejut tiba-tiba bulu mata korang bertambah, lagi-lagi yang bulu mata halus tu..hehe.

Perbezaan sebelum dan selepas

Bila pakai Mascara Norafurla ni terus rasa confident di bahagian mata, duk kenyit-kenyit mata je..hahaha. Bila pakai pun tak rasa comot , dan bestnya mascara ni mudah dicuci. Basuh je bulu mata tu dengan air, gentil-gentil dia pelan-pelan. Tanggal la nanti. dan tiada mata panda, maksudnya takda kesan hitam bila nak cuci. Yela kadang ada sesetengah mascara, habis mata hitam masa dibasuh. Tak suka nad mascara macam tu. Tak pun, kalau kena hujan ke, atau yang suka menangis, tiba-tiba hitam mata..hahaha. Tapi mascara Norafurla ni ok je. Sebab dia waterproof.

Best sangat Mascara Norafurla ni..

Ni kelebihan Mascara Norafurla:
- Fiber mascara in 1 stick. Dapat memanjang,melebat dan melentikkan bulu mata denagn sekali sapuan.
- Mempunyai dual brush micrifiber skinny dan jumbo. Skinny brush untuk memanjangkan bulu mata manakala jumbo brush untuk melebat dan melentikkan bulu mata
- Mengandungi castor oil untuk memelihara dan menggalakann pertumbuhan bulu mata.
- Mudah dicuci, hanya menggunakan air tak perlu makeup remover.
- Wudu' friendly
- Waterproof
- Tidak menghitamkan bawah mata ketika cuci
- Tidak menanggalkan bulu mata original ketika cuci




Untuk perempuan yang suka solek simple tu, bolehla pakai Mascara Norafurla ni, sebab bila nampak bulu mata kita lentik tu, macam nampak wow sangat solekan kita. Yela dari mata turun ke hati gituu..hahaa. Bila orang tengok mata kita, mesti diaorang cakap, " wowww bulu mata dia, cantiknya, lentiknya "..hah!!..suka kan. Boleh tengok video nad ni apply Mascara Norafurla.

Dapat Freegift

Hah!!, Mascara Norafurla ni tengah ada sale tau. Harga sebenar RM89, promo RM 59, diskaun RM30 kaww!!..memang murah. Jadi boleh grab secepat mungkin. Lagi satu, setiap pembelian akan dapat freegift. Macam nad, dapat sponge lembut warna hijau tu. Best betul. Promo ni akan tamat bila-bila masa sahaja.

Korang boleh dapatkan Mascara Norafurla ni di
Website: https://seqyleptosnorafurla.blogspot.my
FB - https://m.facebook.com/AnnaSyazza
IG - @beautee.my
WA - http://maskaraNorafurla.wasap.my

Grab cepat, harga murah, ada FREE GIFT lagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan bulu mata lentik seperti Che Ta tau. Penggunaan pun tahan lama tau..

hai assalammualaikum

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®

Sesuatu yang merah dan mengujakan akan tiba tidak lama lagi...bolehkah anda cuba menekanya? Ya, ia Tahun Baru Cina 2018! Sudahkah anda membuat sebarang persiapan? Adakah anda serius untuk memastikan kediaman anda cukup bersedia menyambut kedatangan tahun baru yang lebih sejahtera?

Sebelum anda memulakannya, pastikan anda mempunyai pembantu yang berguna berada di tangan anda bagi membantu anda mengatasi kerja pembersihan yang berat! Siapakah pembantu berguna itu?

Baiklah, ini adalah antara asas-asas yang perlu anda ada di dalam senarai semak anda:
1) WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna),
2) 3-In-OneProfessional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin), dan
 3) WD-40® SpecialistTMFast Acting Degreaser  (Pembersih Gris)
4) Kain Pembersih/ kain.

Berikut adalah cara terpantas yang boleh dilakukan untuk anda:



1) WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna)
Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat. Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan produk ini, anda hanya perlu sembur di atasnya, gosok sedikit dan ia akan hilang! Terdapat kesan krayon di dinding? Hanya sembur  dan lap dengan kain yang bersih. Dan jangan biarkan pintu yang lama hilang seri, hanya sembur dan ia akan lebih baik.



 2) 3-In-OneProfessional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin)
Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus. Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungi dalam keadaan yang terbaik ketika Tahun Baru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa. Oleh itu, alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis, dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. Biarkan sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!


3) WD-40® SpecialistTMFast Acting Degreaser(Pembersih Gris)
Ini adalah satu  penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan, minyak, lemak, kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan SEBARANG kesan! Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air. Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat!

4) Kain Pembersih/ kain
Benar, hanya padankan dengan mana-mana produk di atas. Air dan sabun adalah pilihan.

Adakah anda benar-benar memerlukan pakar apabila anda mempunyai Produk Pelbagai Guna WD-40®? Sudah tentu. WD-40® Specialist ™ dirumuskan untuk tugas-tugas tertentu, manakala Produk Pelbagai Guna WD-40® membantu anda menyelesaikan pelbagai pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan kedua-duanya, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja.

Jadi, adakah anda bersedia untuk merapikan rumah? Pasangkan muzik dan nikmatinya semasa anda berada di dalamnya!

Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk WD-40® yang boleh memenuhi keperluan anda, sila melayari, http://wd40.asia.

Tentang syarikat WD-40 

Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40®boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40®Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan s

JM BERIANI TAK MASUK SELERA TEKAK KITA

in , by Nadia Johari, 01:16:00
hai assalammualaikum

JM Beriani Tesco Mrr2

JM Beriani Tak Mauk Selera Tekak Kita - Haritu teringin makan nasi beriani. Mungkin dah lama tak pergi kenduri kawin, nak merasa nasi beriani..hahaa. Alang-alang nak keluar beli barang dekat Tesco, teringat ada nasi beriani dekat Tesco Mrr2 tu. Sebab tak pernah rasa makan nasi beriani dekat situ. Sebab tengok harga boleh tahan mahalnya. Tapi sebab nak merasa, kita cubala makan.

Sampai situ, nad terus duduk dan ambil order. Memang tak ramai orang, adalah dua tiga orang. Bila tengok apa diaorang makan, macam sedap je. Jadi tengokla menu dalam tu. Fuh, ada tu harganya mak aih, terkejut..hahaa. Jadi kita order yang biasa-biasa je. Sebab terfikir selalu makan nasi beriani dekat kenduri makan dengan ayam sambal. Jadi orderla nasi beriani dan ayam sambal.



Disebabkan tak ramai orang, jadi makanan pun cepat je sampai. Tengok je rupa ayam tu, tak macam ayam sambal pun..hahaa. Macam rendang je nad tengok. Disebabkan dah lapar, kita pun makanla. Aduh, rasa takda rasa langsung. Tak sedap, macam tawar je. Campur la semua dalam satu pinggan, dan kuah tak letak banyak pun, sebab tak rasa sambal. Nasib anak kita nak, dia yang tolong habiskan sikit. Jadi makan sama-sama dengan anak. Kecewa juga la. Ayam ok la lembut, sayur pun ok. Lain tak berapa ok.

Harga dasyat tapi rasa dia..hurmm. Ada yang kata JM Beriani ni sedap, mungkin ikut tempat orang buat kot. Jadinya kita masuk dalam mulut bagi kenyangkan perut sahaja.


Air pulak nad order air epal. Nasib ada air epal ni, bolehla ada perasa sikit dalam mulut..hahahaa. Lain orang lain tekaknya. Lepas ni taknak pergi lagi JM Beriani..huhuhu..Tu je nak cakap..

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

in , by Nadia Johari, 11:53:00
hai assalammualaikum

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

The Parenthood, Permainan Indoor Kanak-kanak 

Fariza Seronok Bermain Di The Parenthood -  Dah lama nad ajak mr mafia pergi ke taman permainan indoor ni, sebab sebelum ni asyik main indoor playground dekat Tesco je, boring la juga. Walaupun Fariza seronok main, tapi bila dah banyak kali pegi, rasa la jugak jemu. Jadi, nad cadang pergi ke playground indoor dekat The Parenthood. Sebenarnya, dah lama survey, asyik tengok mak ayah bawak anak diaorang ke sini je, kita pun tertarik nak bawa anak kita ke tempat permainan ni. Nampak seronok je, mesti Fariza suka. Malam tu, mr mafia cakap, " ok esok siap pukul 2 petang, kita pergi". Dalam hati nad, " hoyeaahhh "..eh ni mommy yang terlebih happy ni..hahaa.

The Parenthood ni ada dua tempat satu dekat Sunway Pyramid, satu lagi dekat Sunway Putra. Haritu kitaorang pergi ke The Parenthood Sunway Pyramid. Saje nak jalan jauh kan..haha. Tempat permainan ni memang tersorok sikit, kalau tak tau memang tak jumpa. Jadi kenala tanya orang. Haritu pernah pergi sekali masa event Beg Nohoo, tapi lepas tu lama tak pergi dah lupa, jadi tanyala orang. The Parenthood Sunway Pyramid dekat tingkat 1.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Family Park The Parenthood 

Hah!!, sampai pun..tadaaa..The Parenthood ni ada dua tempat, satu tempat permainan, satu lagi tempat shopping permainan kanak-kanak. Mula-mula sekali, kita pergila tempat mainan. Fariza pun dah nampak dah playground tu. Beria ajak nak masuk.

Harga Tiket The Parenthood:

RATES (WEEKDAYS)

Budak 2 tahun dan ke atas : RM40 per child
Budak below 2 tahun :  RM20 per child
Budak bawah setahun : FREE OF CHARGE

RATES (WEEKEND)

2-12 tahun ke atas : RM50 per child
Below 2 tahun : RM25 per child
Budak bawah setahun : FREE OF CHARGE

Parents pulak?
1 tiket untuk anak, termasuk sekali dengan penjaga :)
(senang cakap, 1 budak 1 penjaga)

p/s : rate atas ni tidak termasuk GST ya. ada tambahan lagi. Tiket ni dah siap sekali boleh masuk tempat shopping mainan ye.

Nak masuk sini, kenala pakai stokin untuk kebersihan bersama. Jadi kena siap-siap bawak stokin. Kalau beli dekat tempat dia, memang mahal la. Tu biasa..hehee.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Masuk je, Fariza dah aim denagn bola warna warni ni..hahaa..Yang mommy sebenarnya, aim gelongsor warna warni besar tu..hahaa..Tapi sayangnya, mommy tak dapat main, sebab mengandung. Mommy tengok jela Fariza main dengan daddy dia. Dekat kawasan bola warna warni ni pun ada gelongsor, sesuai untuk budak-budak kecik, budak besar nak main pun boleh.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Ntah sejak bila dia takut nak turun gelongsor, selalu ok je. Agkanya gelongsor ni tinggi sangat kot..hahaa. Mula-mula naik dengan daddy dia, tapi last-last, daddy dia pergi tolak dia juga..hahaa. Jatuh bawah je terus senyap, tak tau nak bangun ke terkejut..hahaa..tengok je muka dia. Kejam tak kami berdua, sebab nad yang paksa juga daddy dia tolak dia dekta gelongsor tu...hahaa. Lepas tu dia ok je, main bola warna warni tu.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Tempat ni bersambung-sambung. Adala macam-macam mainan kena panjat. Tak larat mommy nak panjat masuk semua. Parents leh temankan anak main.  Parents memang boleh main sekali tau. Jangan risau, dah tanya dah pun dekat staff boleh ke mak pak join, dorang kata boleh sambil pegang anak-anak. Hah!!, masa bermain gelongsor besar warna warni ni..Dadddy la yang bawak Fariza naik dan turun..hehehe. Comel je..kahkahkah.

Dekat setiap permainan memang ada staff yang jaga tau, bagus la kan jaga takut apa-apa jadi.  Yela, paham-paham jela, budak main lasak giler. Lagi kalau dah crowded sangat dengan budak, yang besar campur dengan yang kecik. Diaorang ape tau, tau enjoy main je.

Tempat ni memang penuh dengan mainan. Macam-macam ada. Kalau nak pergi baik masa takda orang sangat. Ni nad pergi hari minggu, memang penuh la orang bawak anak-anak dekat sini. Takpela, Fariza jumpa ramai kawan ( padahal main sendiri..hahaa )..

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Hah, ni gelongsor apa tak tau..hahaha..bergoyang-goyang badan diaorang masa turun. Mommy jeles tak dapat main.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Ada Ironman datang pulak

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Ada juga la tempat mainan budak-budak kecik. Bagi jela Fariza main puas-puas. Dia takut nak memanjat-manjat sorang -sorang tu. Jadi bawak tempat yang tak penuh ni. Ni pun berebut dengan budak lain..hahaa. Kesian anak kita, pertama kali kena tolak sebab nak main bersama, budak tu taknak main dengan dia. Menangis dia, tapi sekejap je. Tu biasa sayang, awak kena belajar tu semua.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Bila mommy dan daddy penat, dudukla dekat tempat yang disediakan, sambil tengok anak main. Eh anak main,mommy selfie sekali dua, eh tiga empatla..hahaha.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Shopping Mainan Kanak-kanak

Dah selesai main, kitaorang pergi ke tempat shopping. Dekat sebelah je. Ada macam-macam kedai comel. Banyak brand toys dekat sini macam Disney, Marvel, Avengers, Frozen, Star Wars, Hello Kitty, Playdoh,Poney dan lain-lain. Memang banyak.

Dekat dalam ni pun paling menarik sebab suasana dia buat macam London Street Walkways.
Ada baby products,games, stationary,gifts,clothes and costumes, kedai gunting rambut untuk budak-budak pun ada tau. Confirm rambang mataa !

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Ada mainan boleh disentuh budak-bidak. Tengokla Fariza tu, ralat sungguh bila namapk ni semua. Mommy ajak pergi tempat lain tak mau. setiap apa yang dia nampak mesti berhenti dan nak main..hahaa. Daddy pun dah terpengaruh nak beli dah tu, tengok arnab comel.

FARIZA SERONOK BERMAIN DI THE PARENTHOOD

Dalam ni pun ada tempat educational, tapi tak pasti macam mana. Kalau nak lebih tau, korang boleh contact

The Parenthood Sunway Pyramid
First Floor, Unit SPW F003, Sunway Pyramid West, Sunway Pyramid Shopping Mall, No.3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: +603 – 5650 5122 ( Family Park )
Tel: +603 – 5650 5121 ( Playland )
Support: enquiry@theparenthood.com.my

The Parenthood Sunway Putra
Second Floor, Sunway Putra Mall, No. 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603 – 4050 3808 ( Family Park )
Tel: +603 – 4051 3805 ( Playland )
Support: enquiry@theparenthood.com.my

Website: http://theparenthood.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/sunwaypyramidwest/


Ok jom tengok video Fariza enjoy dekat The Parenthood.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2