hai assalammualaikum

Sukan Ria Carrier Junior

Koleksi Mainan Comel ‘SUKAN RIA’ Carrie Junior 

Ada Mainan Tersembunyi Di Botol Carrie Junior - Semalam, Fariza dapat sabun mandian daripada Carrie Junior. Suka dengan sabun Carrie Junior ni sebab bau dia yang wangi. Fariza pun suka sebab botolnya yang cantik dengan gambar kartun tu. Setiap kali ajak mandi, tunjuk botol Carrie Junior ni, memang laju je nak mandi. Lagi best, kalau korang nak tau, sebenarnya ada mainan dekat botol Carrie Junior ni. Hah!!, korang kena la cari ye. Jangan buang botol tu terus. Nanti mainan comel tu pun terbuang juga. Kali ni ada mainan tema " Sukan Ria " di letakkan.

Syok Mandi dengan Carrier Junior

Budak-budak ni memang suka bermain, lagi-lagi kalau dalam air. Masuk dalam besen, hah main la air sepuasnya. Macam Fariza, suka la bawak mainan dia masuk dalam besen masa air, lepas tu cakapla sorang-sorang. Nad jaga dekat luar pintu bilik air, biarkan dia main dulu sepuasnya. Yela, budak-budak mandi kena ada pengawasan orang dewasa. Kang leka bermain, tergelincir ke, tenggelam ke..susah oo..Lagi best mandi dengan Carrie Junior..hehee..

Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

6 koleksi mainan comel Carrier Junior

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada
1) CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak,
2) SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian,
3) TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat,
4) DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki,
5) SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong,
dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Khusyuk main
Fariza dapat Si Gajah

Fariza dapat gajah..hehee..comel je..Lepas tu main dengan board game...Kalau korang nak tau dekat mana mainan tersembunyi tu, bolehla tengok link yang nad bagi ni: https://www.youtube.com/watch?v=zQeT_TAF9f8&t=3s

Carrier Junior Baby Bath

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml
                                           

Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

CABARAN DIA MEMBESAR DI LUAR

in , by Nadia Johari, 17:58:00
hai assalammualaikum

cabaran Membesarkan Anak

Fariza Kena Tolak Di Taman Permainan - Haritu Nad bawak Fariza pergi taman permainan indoor dekat Sunway. Nak tau tempat mana, korang boleh baca dekat SINI. Masa tu bawak dia dekat tempat permainan yang kecik dan tak ramai orang. Tapi adalah beberapa budak chinese, mungkin adik beradik, sebab tengok cara diaorang main bersama, bercakap, macam rapat la. Lepas tu nad dengan mr mafia biarkan la Fariza main sendiri.

Tu la mainan yang direbutkan, alas abc tu

Ada la sorang budak ni, tengah kumpul mainan dekat situ. Konon macam main ambil barang, lepas tu simpan jangan bagi siapa-siapa ambil barang tu. Lepas tu Fariza pergila ke kawasan budak-budak tu main. Yela tempat dah kecik. Fariza nampak mainan, dia pun nak ambil, sekali budak ni, tarik baju Fariza, tak bagi Fariza mabil dan bawak lari mainan ni. Lepas tu dia tolak Fariza sampai jatuh. Nasib tempat permainan tu plastik bukan besi ke apa. Tapi menangis juga Fariza ni..hahaaa. Budak tu kecut terus. Tapi nad dengan mr mafia tak marah pun  budak tu. Ni la cabaran dunia luar dia kena hadap. benda-benda ni memang akan berlaku.

Nangis sekejap, Fariza kuat..hehee

Pujuk jela Fariza tu, lepas tu dia ok la. Macam ni la kehidupan di luar, penuh cabaran. Baru kecik , dah besar nanti macam-macam cabaran dia perlu hadap. Cabaran dekat sekolah, universiti, dekat tempat kerja. Macam-macam la. Mak ayah memang risau, tapi kena berdikari untuk hadap semua ni. Penting jangan putus asa dan jangan cepat mengalah. Nad dengan mr mafia dah didik dia dengan sebaik mungkin. Kadang buat mommy dan daddy pecah kepala juga, tapi dekat luar dia memang behave.

Pulak tu dia ni jenis susah nak berkongsi pulak sekarang..hahaa. Pergi ke tempat mainan, ada budak nak main sekali dengan dia, bolehnya dia tak bagi pulak. Nad cakap " mainla sama-sama"..tapi dia marah, sebab dia jenis bila dah susun barang tu, janganla diusik. Tapi budak tu dah usik, dia marah budak tu balik, lpeas tu budak tu nangis. Tiba-tiba dengan dia sekali nangis..hahahaa..adoii la anak..sekali mak budak tu datang, ingat nad pukul ke apa..hahaa..idokla nak pukul anak orang. Haish Fariza oh Fariza..
hai assalammualaikum


Macam-macam Ragam Abang Penghantar Barang - Setiap hari memnag tertunggu barang dari pos laju, Gdex, Skynet, yela kot barang yang nad beli atau barang untuk review. Selama duduk bandar ni memnag takda masalah dengan abang-abang penghanar barang ni, barang sampai ok je depan rumah. Melainkan, nad takda dekat rumah, diaorang akan bagi surat cinta dekat peti surat. Jadi kita tau, ada barang untuk kita. Selalunya kalau dekat kampung baru susah sikit diaorang nak cari rumah, yela kampung pendalaman.

Nad ada juga terbaca kawan-kawan punya, ada masalah dengan Pos Laju la, Gdexla, Abx, eh macam-macam la penghantar yang hantar ni. Ada yang campak barangla, tak bagitau ada barangla, ada taknak hantar la, uishh macam-macam nad dengar. Memang tak patutla, penghantar barang ni buat macam ni dekat barang yang dihantar. Diaorang dah bekerja hantar barang, kenala amanah hantar sampai kepada tuannya. memang banyak barang nak kena hantar, nak cepat tapi tanggungjawab terhadap barang kepada tuannya kena ambil berat. Barang yang diposlan pun kena la letak dan hantar dengan berhati-hati. Contoh macam  dia dah tulis fragile, tak bolehla main campak je. Kesian dekat tuannya yang dapat nanti. Sentiasa menantikan barang yang ditunggu, alih-alih, dapat rupa dah hancur.


Macam nad, baru dua kali terjadi, tapi takdela teruk mana. Masih la gi diaorang baik hati bagitau barang dah hantar dan tolong nak hantarkan barang semula. Kes pertama, waktu tu nad takde dekat rumah. Kalau sebelum ni, Pos Laju hantar barang, bila takda orang dekat rumah, dia akan letak surat bagitau ada barang, jadi terpulang kita nak ambil atau hantar semula. Tapi kali ni, diaorang hantar message je weii, pulak tu suruh collect dekat pos laju punya tempat..Ok memang ok, tapi disuruh ambil sendiri. Nasib la hati kita ni masih baik hati, tempat pos laju tu takdela jauh sangat dari rumah. Mungkin dia message taknak kita telefon suruh hantar semula kot..hoho..Message seperti dalam gamabr di atas..sabar jela. Tapi nasib baik dia bagitau ada barang dari dia senyap je..

Kes kedua pulak, baru je terjadi. Haritu pekerja Gdex call, cakap ada barang dekat Gdex. Pekerja telefon tu perempuan. Dia sebut nama. Ok betul. Lepas tu dia cakap " orang yang hantar barang cakap awak taknak terima barang "..uishh..terkejut nad sekejap. Tak pernah-pernah nad taknak terima barang yang dihantar. Yela nad kan blogger, kadang ada barang yang dihantar secara mengejut dan kita tak tau. Nad ni setiap hari menunggu penghantar barang ni datang rumah, tengok barang apa nad dapat. Kot barang nad beli juga ke kan. Lepas tu dia bagitau alamat, yup alamat tu memang alamat rumah nad. Semuanya betul. Boleh dia cakap nad taknak terima..gila apa.Pekerja yang call tu dah gelak.

Rasanya, sebelum, nad memang tak nampak lori Gdex lalu depan rumah. Memang sepanjang haritu nad dekat rumah, takde keluar pun. Pastu nad cakap dari siapa. Dia bagitau company. Ok nakd tau company tu. Nasib baik pekerja tu cakap esoknya dia akan hantar semula. Esoknya dapat la barang tu.

Itulah kisah ku dengan abang penghantar barang ni..adoyaii..macam-macam hal. Kes nad ni takdela teruk sangat, ada lagi teruk dari nad. Huishh..kerja lah dengan penuh tanggungjawab dan amanah ye.
hai assalammualaikum

LOVERA COMPLETE CLEANSER MEMBERSIH DAN MERAWAT KULIT MUKA
LOvera Complete Cleanser 5 in 1

Lovera Complete Cleanser 5 Kelebihan Dalam 1 Langkah

Lovera Complete Cleanser Membersih Dan Merawat Kulit Muka - Sekarang, nad tengah pakai produk dari Lovera. Sebab dari Aloevera, memang bagusla untuk kulit kan. Nad dah pakai Magic Jelly, memang best, sampai harini nad pakai lagi. Selain Magic Jelly, nad pakai pencuci muka dari Lovera iaitu Lovera complete clenaser mempunyai 5 kelebihan dalam 1 langkah sahaja. Pembersih muka Lovera Complete cleanser ni bukan sahaja membersih muka malah dapat merawat kulit muka. Best sangat tau pakai pencuci ni. Lembut je muka. Lepas tu sapu Magic Jelly, lagi best..

Bestnya pencuci muka Lovera ni ada dua bahan yang memang bagus untuk kulit iaitu Aloevera dan Habatussauda. Ni la specialnya pencuci Lovera ni. Dan satu botol mempunyai 5 kelebihan dalam 1 langkah yang bertindak membersihkan kulit muka sehingga ke liang rongga dgn memcuci kotoran yg terkumpul di dalam pori muka dan menjadikan kulit muka anda lembut, pipi bewarna pink glowing semulajadi dan merasa sgt segar dgn serta merta selepas cucian. Pencuci yang tiada toksik, sangat natural dan sesuai untuk semua jenis kulit.

LOVERA COMPLETE CLEANSER MEMBERSIH DAN MERAWAT KULIT MUKA
Warna jernih, picit sikit sahaja

LOVERA COMPLETE CLEANSER MEMBERSIH DAN MERAWAT KULIT MUKA
Buh air sikit, buih pun banyak

Muka nad ni memang jenis sensitif, tak boleh sembarangan produk, tapi dengan pencuci muka Lovera ni memang best. Hanya tuang sedikit sahaja, dan sapu dekat muka. Walaupun picit sikit, tapi sabun dia banyak. Jimat sangat selama sebulan lebih ni. Bau dia pun wangi je. Lepas basuh muka, muka jadi lembut je. Jerawat tak datang. Kalau datang pun nanti dia kecut. Kulit muka pun jadi bersih, segar dan berseri seperti kulit baru.

Masa pakai pun takda rasa pedih atau apa. best je. Kulit nad pun takda kering atau menggelupas ke, terhakis ke. Malah buat kulit nad jadi lebih anjal gitu. Muka dah tak berminyak, bangun pagi pun best je pegang kulit muka ni..hehee..

LOVERA COMPLETE CLEANSER MEMBERSIH DAN MERAWAT KULIT MUKA
Lovera Cleanser Complete Membersih dan merawat Kulit Muka

Kebaikan Lovera Complete Cleanser 5-IN-1 :-

1. Membersihkan liang rongga tersumba akibat habuk & minyak berlebihan (UNCLOG PORES)
2. Membunuh kuman jerawat & mengurangkan bengkak (KILL PIMPLES)
3. Menghapuskan kulit kusam dan menukarnya  kepada kulit baru yang glowing pink pink di pipi. (GLOWING NEW SKIN)
4. Melembabkab kulit secara mendalam (INSTANT HYDRATION)
5. Melambatkan proses penuaan kulit & melindungi kulit drpd radikal bebas (ANTI-OXIDANT)

Lovera Complete Cleanser adalah produk yg telah di daftarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah melalui ujian makmal secara menyeluruh. Diperbuat dari kilang bumiputera yang Berstatus GMP. sangat selamat dan bebas drpd bahan-bahan kimia yg merbahaya...Nad dah pakai pun memnag best, dan tak perlu risau.

LOVERA COMPLETE CLEANSER MEMBERSIH DAN MERAWAT KULIT MUKA
Nad dah pakai..memnag best..harga pun murah

Satu botol LOvera Complete Cleanser  60ml harga dia RM40 ( tak termasuk pos ). Murah sangat dan memang tahan lama. Nad pakai pun dah dekat sebulan lebih. Kualitinya tip top mcm international brand. Best ooo...

Kalau korang berminat dan nak tengok testimoni, boleh je tengok di
Instagram: https://www.instagram.com/loverabeautycenter/
Contact atau whatsup:  www.wasap.my/60196534221/hai!!!loverabeautycenter

hai assalammualaikum

Jom Menyimpan dan ayar Hutan PTPTN

Menyimpan Dan Membayar Secara Konsisten - Azam tahun ni, nad nak menyimpan dan bayar hutang secara konsisten. Sebelum ni, asyik rongak je nak menyimpan dan bayar hutang..huhuh. Setiap akhir bulan, nad akan buat semua ni. Bermula tadi, dan seterusnya. Harap murah rezeki nad sampai bila-bila dan dapat kekalkan momentum ni semua.

Semalam, lepas check up, memang dah ajak dengan mr mafia, nak pergi simpan duit, nak pergi bayar hutang. Jadi set masa macam tu. Nasib baik check up siap cepat tadi. Dapatla buat semua ni. Ada tiga tempat nad pergi, pertama maybank sebab nak tanya pasal asb, nak buat myasb,sekali simpan duit, lepas tu pergi tabung haji, simpan duit, kemaskini sekali akaun tabung haji nad dan last pergi PTPTN, bayar hutang. Sekali tanya macam mana nak transfer online duit untuk ketiga-tiga tempat ni. Biar senang, lepas ni transfer je tak perlu pergi kaunter.

Tadi pergi Maybank, agen asb, nak buat myasb. Tak lama mana pun, cuma isi borang, dipanggil nombor dah selesai. Nak aktifkan myasb, cuma buka online dan tekan www.myasb.com. Buatla ikut arahan tu, kalau tak tau, ada je orang lain dah buat, boleh ikut..hehee. Yang penting nombor telefon.

Pergi Tabung Haji, sebab nad ada buku akaun tabung haji yang nad dapat masa isi dekat tempat study dulu. Tak pernah lagi simpan dekat Tabung Haji. Nad pun tak ingat bila nad isi borang masa belajar dulu, kata kawan memang ada isi. Kira untungla, sebab mak cakap nak buka akaun Tabung Haji kena ada berapa ntah, tapi isi dalam akaun nad ada RM2.00..hehee. Buku akaun Tabung Haji pun dihantar guna pos dekat rumah lepas habis belajar. Baru sekarang nad nak menyimpan dekat Tabung Haji..ahhaa. Dasyat betul nad ni kan.

Tadi pergi Tabung Haji pun, sebenarnya nak buat buku akaun untuk Fariza juga. Dah siap-siap isi borang, rupanya kena bawak surat beranak dia. Aduh, nad terlupa nak bawak pulak. Dah kena datang hari lain nak buka buku akaun Tabung Haji anak..huhu. Nak buka buku akaun untuk anak kena bawak surat beranak dengan mykid dia. Dekat tabung Haji Kl Sentral nad pergi, ada cafe, ingat nak minum sekali mr mafia dah call..huhu.

Lepas selesai dekat Tabung Haji, pergi ke PTPTN pulak.Macam biasalah, nak bayar hutang. Lepas tu tanya sekali macam mana nak buat bayaran balik guna transfer online tanpa cas. Dia cakap guna JOMpay, semuanya ada dalam website PTPTN. Pemindahan katanya ambil masa 3 hari macam tu. Jadi lepas transfer tu, kena la screenshot pembuktian kita dah bayar. Tanya juga pasal SSPN nad dulu pernah buat. Nama bawah ayah pulak. Nad kena bawak ayah ke PTPTN, kalau nak tutup SSPN nad. Memang nak tutup pun sebab nad tak menyimpan pun dalam tu. Terbiar je. Buat pun sebab sebelum ni syarat kena ada SSPN. Duit gaji kerja kilang dulu tu dalam tu..hahaa. Nak ambil duit tu.

Lepas ni buat satu-satu dulu. Konsisten tu penting..huhu..harap boleh la..
hai assalammualaikum


Cara Shading Muka

Shading Muka dengan Dyxx Stick dan Concealer - Sejak berkawan dengan orang pandai makeup ni, nad pun sikit-sikit belajar pasal makeup. Tengok tutorial dekat instaram, youtube, facebook. Lama-lama paham teknik cara makeup yang betul. Kalau sebeluk ni, cuma pakai foundation, eyeliner, maskara dengan gincu je. Tak tau bab shading muka. Lepas tengok tutorial makeup, terus rasa nak cuba juga.

Muka start beli barang-barang makeup khas untuk shading muka ni. Memang banyak jenis dekat kedai makeup tu, tapi nad tengok yang mudah digunakan, dan sesuai dengan muka nad. Kadang kita apply dekat muka, muka jadi tak cantik, dengan shading yang terlalu gelap, atau concealer kita pakai, muka jadi minyak. Setakat ni makeup untuk shading nad dah jumpa, tapi untuk concealer, banyak juga beli untuk kesesuaian muka..haha. Akhirnya jumpa juga. Bila dah lengkap barang untuk shading muka ni, barulah try error makeup muka ni.

Mulanya tak tau apa fungsi shading dan contour ni. Lepas baca, baru paham. Shading ni untuk buat shape muka dan bagi hidung mancung. Jadi yang tak berapa nak "sharp" bentuk muka dan hidung tu caranya dengan makeup macam ni la.


Dua produk yang nad guna untuk shading dan highlight kan muka. NYX wonder stick.dan Concealer Cover Perfection TIP dari Althea.



Mulanya nak.jimat pakai NYX wonder stick ni, sebab dia ada dua untuk shading dan highlight tapi highlight dia tak sesuai dengan muka nad. Muka jadi berminyak. Jadi nad beli concealer dari Althea. Selama buat try error dekat muka, menjadi akhirnya..hehehe..



Apa yang nad tengok tutorial, diaorang shading bahagian rangka pipi, bawah muka, atas dahi dan hidung. Setiap org memiliki bentuk wajah yang berbeza. Kalau kita kenal bentuk wajah kita, maka lebih senang untuk tahu area mana shading dan highlight perlu di apply.



Lepas tu sapu highlight dengan concealer dari Althea. Concealer ni juga nad selalu pakai untuk cover dark circle bawah mata dan parut.

Lepas dah apply dua benda ni dekat muka, bolehla sapu dengan berus yang bersesuaian.



Nah ni la hasilnya muka lepas buat shading dan highlight. Tak cantik lagi macam MUA buat tu, hehehe..tapi puas hati..

Korang pun boleh je cuba buat. Nad ada shading jenis serbuk dan cecair juga. Tengok mana nad nak pakai. Tapi lebih suka Dyxy Stick ni. Shading ni beri impak besar pada wajah supaya lebih nampak tegang, terbentuk, hidung mancung. Shape muka yang sempurna akan determine mekap yang terletak sempurna.

JAJAN BUTANG LEGEND

in , by Nadia Johari, 01:33:00
hai assalammualaikun

Jajan Butang legend - Kalau dulu, kita kecik-kecik, selalu beli jajan macam dindong, dalam ada mainan, tora, gula-gula susu yang boleh dimakan plastiknya, eh banyak la lagi. Dulu kita habiskan duit dengan belanja jajan ni semuala. Tunggu bas sekolah, pergi kedai dulu beli jajan.

Sekarang, orang jual jajan depan sekolah pelik-pelik weii. Kadang anak buah bawak balik, apa ntah jajan yang dibelinya. Macam tak best je, macam ntahla..Macam merbahaya pun iya juga..haha..


Walaupun dah bertahun, jajan legend ni masih ada lagi, tapi tak semua ada. Macam jajan butang ni, nad beli dekat Tesco. Jajan butang, atasnya manis gula. Panggil jajan butang sebab dia bentuk butang..hehe..kiut je. Mula beli mr mafia la, sebab Fariza suka makan manis dia tu..Sana macam kita dulu, makan jajan butang ni, akan makan manis dulu, baru makan bawah dia..hehe..


Tengok dia tu, belek-belek sebelum makan.
hai assalammualaikum

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Tukar Nama Link Youtube Ke Nama Sendiri - Hah!!, sebelum ni asyik fikir macam mana la nak tukar link youtube nad ni kepada nama sendiri. Yela, semua nama facebook, instagram dan twitter dah sama nama, ada nama nadia. Tiba-tiba youtube nama lain pulak. Panjang pulak tu. Memang tak terhafal la jawabnya. Kalau orang nak link youtube tu, nad kena buka youtube, pastu tekan link. Uish banyak keje, betul, lambat pun satu hal.

Hari Ahad haritu, nad cubala godek-godek. Siap tengok dekat google cara nak tukar nama youtube ni. Tapi biasalah, info dari Indonesia banyak. Ada tu, macam lain dekat youtube. Tiba-tiba terjumpa satu, memang mula tak paham, tapu usaha juga godek dan nak tukar nama, akhirnya, nama youtube dah jadi nama sendiri. Ni nama youtube nad sekarang www.youtube.com/nadiajohari. Senang ingat, senang tulis..hehehe. Yeahh..selesai masalah. Jangan lupa subscribe youtube kita..hehe..

Cara Tukar Nama Link Youtube Ke Nama Sendiri

Korang nak juga tukar nama youtube korang ke nama sendiri, tengok ni, nad bagi caranya satu persatu.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Pertama sekali, mestila buka akaun youtube korang..Korang tengok nama youtube nad yang panjang tu. Memang takkan nak menghafalnya. Jadi cari alternatif, tukar ke nama sendiri. Biar pendek dan mudah diingat. Korang nampak gambar kecik bahagian kanan ata sekali, hah korang tekan gambar kecik bahagian atas sekali belah kanan, ada tulis creator studio.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Lepas tu dia keluar macam dalam gamabr. Tekan creator studio tu. Lepas tu tekan gerigi dekat sebelah perkataan creator studio tu.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI
Dia akan keluar macam ni. Lepas tu tekan advanced

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI
Lepas tekan advanced, dia akan kelaur macam dalam gamabr di atas. Dekat " your custom URL " sebelum ni ada perkataan change url, korang tekan situ dan tukar nama ke nama korang.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Pastu boleh tengok link korang tukar dah kan. dah senang kalau orang nak link youtube, belakang dah nama kita. Tapi kan bila taip youtube, akan keluar juga url link lama kita yang panjang tu..hahaa. Konfius jap. Kalau cara nad ni betul ok la kan.

Apa-apa pun kalau korang nak mencuba, bolehla buat macam nad. Jangan lupa subscribe juga ye..hehee. www.youtube.com/nadiajohari

TUKAR DIGI PREPAID KE DIGI POSPAID

in , by Nadia Johari, 17:56:00
hai assalammualaikum

Digi Pospaid Banyak Kelebihannya

Tukar Digi Prepaid Ke Digi Pospaid - Memandangkan dah nak balik kampung dengan jangka masa yang lama,nak berpantang di kampung, jadi nad terfikir untuk tukar nombor Digi nad daripada prepaid ke pospaid. Dah lama nad guna nombor Digi ni, sebab mengapa, boleh baca dekat SINI. Dalam banyak-banyak nombor, dekat kampung hanya boleh terima Maxis dan Digi. Tapi nad tengok Digi lagi banyak kelebihannya. Kalau sebelum ni guna prepaid, asyik topup je, lepas tu data asyik nak habis je, lepas tu topup lagi, macam tak berbaloi. Jadinya, nad tukar kepada pospaid.

Nad tukar ke Digi pospaid sebab memikirkan nanti nak guna banyak data. Yela, nad banyak gunakan media sosial, nak update blog lagi. Nak upload gambar lagi. Memang banyak la nak guna data. Belum call sana sini lagi. Dekat kampung nad tak ada wifi. Jadi bergantung kepada data nombor kita. Lagi berjauhan dengan suami nanti, nak telefon lagi, nak buat video call lagi. Nampak tak, nak guna banyak data. Taknak membazir duit asyik nak topup je. Pernah sebelum ni guna prepaid, nad topup RM50, ambil data RM30 untuk 2 gb kot, eh ke berapa, lupa dah, tak sampai setengah bulan dah tinggal sikit kuota..ayoyo..internet pun jadi slow je. Stress oo..nak taknak kena cari jalan, dan pilih untuk tukar ke Digi pospaid.


Apa lagi, ajak mr mafia pergi ke Digi center. Terus cakap nak tukar nombor Digi nad, dari prepaid ke pospaid. Senang je, dia akan tunjukla, mana plan korang nak, bayar, bagi IC, tunggu massage dekat phone korang bagi, dah settle. Tak lama pun. Yang lamanya sebab fikir nak ambil plan mana..hahaa. Mula-mula ingat nak ambil paling murah, RM38, cuma 2gb, tapi fikir balik, kat kampung oii, jadinya nad ambil RM58 untuk 10gb. Lepas tu ada free 5gb pada hari minggu dan unlimited calls. Okla, sebab lama kot duduk kampung, setiap hari nak kene on data. Boleh la berkongsi dengan nombor telefon nad satu lagi kot yang tu nanti habis data..hahaa.

Memandangkan mr mafia pun pakai nombor digi, jadinya nak call dengan dia pun senang. Lagipun hari minggu la banyak pakai kuotanya. Nak buat kerja blog lagi..huhu. Nak kongsi dengan korang nanti masa nad pantang ke, kannn..hehee. Sebelum balik kampung kene fikir ni semua..hahaa. Telefon kan benda yang penting untuk kita semua. Takde telefon rasa lain kau.

Lepas tu, download apps Digi, nanti ada la dapat voucher ke apa kan. Yang part ni memang nad baru tau, almaklumla, baru pertama kali guna pospaid, selama ni prepaid je. Kalau pospaid bayar sebulan sekali, lepas tu kalau nak tukar plan, boleh je tukar..lega la sikit..nanti dah habis pantang, nak balik bandar bolehla tukar plan yang RM38 tu, sebab dekat bandar ada wifi..hehee.
hai assalammualaikum

Plastik Simpanan Susu Dari Lunavie - Hah!!, salah satu list nad masukkan dalam senarai keperluan barang bayi. Plastik simpanan susu untuk simpan susu ibu. Memang sebelum ni, nad tak pernah pam susu nad, nad bagi direct je dengan Fariza. Ni kali pertama nad nak cuba perah dan simpan susu untuk anak kedua ni. Nak bagi susu meriah gitu untuk adik Fariza nanti. Harap adik Fariza pun, nad dapat bagi susu ibu seperti mana Fariza dapat. Selalu nad tengok kawan-kawan susu meriah bila pam, penuh peti ais diaorang. Ada banyak cara nad tengok nak simpan susu ni sama ada simpan dengan botol atau denagn plastik khas untuk simpanan susu. Nad memang dah aim plastik dari botol, sebab kalau guna plastik jimat ruang sikit. Lepas nad survey, nad pilih breastmilk storage bags dari Lunavie ni.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Breastmilk storage bags Lunavie

Breastmilk Storage Bags Lunavie

Susu ibu ni susu yang sangat penting dan sesuai untuk baby sebagai pemakanan awal untuk mereka membesar. Jadi, amat penting untuk mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul. Lagi-lagi ni pertama kali nad nak cuba perah dan simpan susu. Jadi kenalah pilih bekas simpanan yang sesuai untuk memastikan nutrien yang terkandung di dalam susu ibu dapat dipelihara sebaiknya dan tidak musnah atau rosak. Bila kita simpan dengan baik, baby pun dapat khasiat yang terbaik dari susu ibu. Tu sebab nad pilih Breastmilk Storage Bags dari Lunavie sebab murah dan banyak kelebihannya.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Plastik lebih tebal dan kuat

Sebelum pilih tempat simpanan susu ni, nad ada google, apa ciri yang perlu ada untuk storage bags susu ibu ni. Memang banyakla, macam-macam nad baca. Salah satunya, pastikan storage bag lebih kuat, lebih tebal dan dibuat daripada bahan-bahan bebas BPA. Yup ciri-ciri ni ada di Breastmilk Storage Bags Lunavie. Plastik Simpanan Susu Lunavis dibuat dari BPA free dan tiada bahan toxic, yang sangat selamat untuk susu ibu. Lagi penting, plastik ni pre -sterilised dan sedia untuk digunakan. Tak perlu tunggu lama bila nak cairkan susu.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Double zip

Nad ada terbaca, ada plastik tu, senang bocor dan terkoyak, aduh kesiannya..rezeki baby tu. Jadi taknak la jadi macam tu. Nad tengok plastik simpanan susu Lunavie ni kualiti plastik Breastmilk Storage Bags Lunavie ni memang tebal dan dijamin tiada kebocoran. Lagi selamat, dengan adanya double zip untuk mengelakkan risiko udara yang berlebihan yang boleh mencemar kualiti ebm.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
mempunyai tapak yang boleh berdiri

Nad ni dahla nak cuba pertama kali, jadi kalau boleh nak buat dengan hati-hati, taknak ada pembaziran dengan susu. Kalau tak menangis kang..Kalau boleh semua benda nak jadi mudah. Pengendalian dan pengalihan menjadi mudah bila plastik jenis yang boleh berdiri atau mempunyai tapak yang boleh buat dia berdiri untuk memudahkan perpindahan dari plastik ke botol. Jadi takdela susu terlimpah keluar, atau terjatuh ke apa kan.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Mempunyai label

Breastmilk Storage Bags Lunavie dah siap-siap dengan tanda nama, tarikh dan amount. Jadi, tinggal tulis je dekat situ. Tambah je masa dan tarikh. Nad tengok semua orang buat macam tu supaya mudah dan ketahui ebm mana yang dipam dahulu dan boleh digunakan dahulu. Butiran ini adalah sangat penting sebagai rujukan kerana kaedah First In First Out (FIFO) akan digunakan ketika ingin menggunakan stok susu perahan nanti dan bagi mengelakkan bertukar ebm.

Pakai plastik storage bags ni lebih mudah dan menjimatkan dan tidak makan ruang semasa proses penyimpanan. Bolehlah disusun kemas-kemas di bahagian peti beku atau freezer. Plastik bags boleh dipenyekkan dan menjadi nipis. Jadi bila perah banyak tu takdela risau dengan ruang. Lagi satu plastik ni jenis pakai buang, jadi takperlu basuh dan jimat masa macam tu la.

PLASTIK SIMPANAN SUSU DARI LUNAVIE MENJIMATKAN RUANG ( BREASTMILK STORAGE BAGS )
Plastik Simpanan Susu EBM Lunavie

Kalau korang tercari-cari beg plastik simpanan susu, bolehla cuba guna Breastmilk Storage Bags dari Lunavie ni. Ada dua jenis untuk 7 oz dan 12 oz. Korang boleh tengok dekat link ni https://www.lunavie.com/lunavie/feeding-accessories Setiap sekotak ada 25 packs. Harga murah je.

Website : https://www.lunavie.com
Facebook: https://www.facebook.com/mylunavie/?ref=br_rs
Instagram : Lunavie

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2