JAUNDIS BABY FN TAK TERLALU TINGGI

in , by Nadia Johari, 23:59:00
hai assalammualaikum


Jaundis Baby FN Tak Terlalu Tinggi - Kalau cakap pasal jaundis atau kuning mesti risau sangat-sangat. Yela, penyakit kuning ni tak boleh dibuat main-main. Boleh rosakkan saraf otak baby. Macam-macam cara dan petua ada untuk hilangkan jaundis ni, tapi nad buat tiga cara sahaja. Nak tau, baca dulu sampai habis..hehehe.

Masa dekat hospital, baby FN diambil darah kuning. Dan result memang dia ada kuning sikit. Tak tinggi pun, cuma 181 je. Lepas tu, dimasukan bawah lampu biru. Tapi sekejap je. Petang tu dah balik. Lusa bawak pergi klinik cek darah kuning pertama kali. Memang bacaan 181. Paling tinggi kuning ni 308, yang elok 150. Jadi aku kene usaha turunkan dia.

Pertama sekali, mestila bagi susu dekat baby setiap 2 jam atau 1 jam. Kalau dia tidur je, mesti kejutkan dia sampai bangun untuk bagi susu. Jenis adik Fariza, memang tidur je. Kalau kita mestila suka, sebab dia tidur je, kita pun boleh rehat. Tapi fikir kuning,, kejutla jugak. Bagi susu ibu, biar dia berak dan kencing banyak-banyak. Dari situ kuning akan kurang.

Kedua, nad makan anggur hitam, anggur hijau dan kurma. Nad tak bagi dekat baby, sebab memang tak bagus. Usu baby tak boleh terima makanan lagi ye, kang ada masalah usus baby pulak. Jangan pk, bahaya sangat. Maknya yang makan anggur tu dengan kerap., lepas tu susukan la baby.

Ketiga, cakap dengan baby. Macam nad, memang selalu cakap dengan baby dan borak. Insyallah, baby akan paham. Macam nad, selalu cakap " baby, susu banyak-banyak ye, biar berak, biar kuning turun. Jangan susahkan nenek, atuk atau sesiapa mintak tolong hantar klinik lagi. Penat ulang alik klinik sayang. Kesian dekat mommy juga, mommy sakit, tak larat nak keluar pergi sana sini "..hah macam tu la. Nanti mesti baby berak dan berak..hehehe.

Kali ni, alhamdulillah, tiga kali je pergi klinik. Jaundis turun dengan cepat. Syukur alhamdulillah. Jaundis ni bukan je kesian dekat baby, tapi dekat ibu lepas bersalin juga. Dahla sakit, kena keluar pergi klinok. Bukan selang sehari tapi setiap hari kena pergi kalau tak turun lagi jaundis. Sebab ada klinik yang makmal hantar darah tu jauh giler..haishh..Demi keselamatan anak, tak fikir apa dah.

TERIMA KASIH KAKAK, ADIK KENYANG!!

by Nadia Johari, 08:29:00
hai assalammualaikum


Terima Kasih Kakak, Adik Kenyang!! - Walaupun nad dah tau, nad mengandung, nad masih lagi susukan Fariza sampaila nad dah nak terasa bersalin. Walauoun orang cakap, masa bersalin tak elok susukan anak, takut baby dalam kandungan tak cukup zat, tapi mindset nad cakap, baby ok, baby kuat, kakak Fariza nak hisap susu juga, nak bermanja dengan mommy lagi, dan semuanya memang dipermudahkan.

Memang nad dah ajar Fariza minum susu tepung, cuba ceraikan susu badan, tapi tak semudah itu. Fariza memang dah susu botol, tapi pada masa sama, masih juga hisap susu badan masa nak tidur. Nak taknak bagi jela, sebab dia susah nak tidur tanpa ngempeng.

Rupanya ada kelebihan Fariza hisap susu badan ni. Susu badan nad sentiasa ada sampaila nad melahirkan anak kedua ni. Jadi, nad tak risau untuk adik Fariza keluar nanti, dah ada susu badan. Memang lepas bersalin, susu badan nad makin meriah, selalu penuh. Adik Fariza memang kenyang selalu dan tidur je la kejenya. Bila dapat susu yang cukup, berak pun banyak, kencing pun banyak. Kadang adik Fariza minum sampai terkeluar susu, kenyang sangat agaknya..hehehe.

Sampai sekarang, Fariza masih nak susu badan sebab tengok adik dia hisap. Memamg makin bertambah, bertambah susu ni ha. Adik Fariza pun tak kena kuningvyang teruk, sebab dia selalu berak dan kencing banyak. Yela, bila baby berak dan kencing kerap, kuning akan turun. Cuma 3 kali je pergi klinik. Kuning baby turin dah. Syukur sangat..takyah pergi klinik ulang alik tu. Semuanya sebab kakak Fariza bagi susu banyak dekat adik..hehhee.

Kalau Fariza tak hisap susu badan, tak tau la ada ke tidak susu ni. Teringat masa Fariza, susu badan sikit je, setiap hari menangis, terjaga dari tidur. Adiknya pula, lena tidur. Kadang terpaksa bangunkan, sebab nak bagi susu ni. Kalau memang terlampau penuh, panggil je Fatiza suruh hisap..hehehe. Tapi nanti penuh balik..hehhe.

Jadi ibu mengandung, yang nak susukan anak tu, boleh je, mindset kene fikir positif jela. Tapi pastikan anak boleh makan dah, senang sikit, takdela penat dia susu badan sepanjang masa kan.

ADIK DAH RAMPAS " TAKHTA " FARIZA

in , by Nadia Johari, 22:56:00
hai assalammualaikum

Fariza Belum Terima Lagi Kehadiran Adiknya

Adik Dah Rampas " Takhta " Dia - Fariza tengok adik dia, selamba je. Takda rasa nak senyum, nak sayang, nak cium ke apa..hahaha. Takpe, mungkin ambil masa sikit lagi untuk dia terima adik dia ni. Kalau dia tengok adiknya, cuma usap sekejap rambut., tak pun tonyoh-tonyoh pipi je. Kejap dia ok, kejap dia, tak ok dengan adiknya. Mungkin dia bengang, " takhta " dia diambil oleh adiknya..heehe.


Kalau korang nak tau, Fariza masih menyusu badan nad lagi. Itu lah takhta dia yang nad cakap tu..heheh. Sekarang adiknya, ambil takhtanya. Bila dia nampak adiknya susu badan, dia pun nak juga. Kadang nad boleh bagi, kadang tak boleh bagi sebab kadang rimas bila dua-dua nak susutau. Nad lebih selesa bagi sorang-sorang. Kadang bila tak stress atau takde ape, nad boleh bagi dua-dua hisap susu badan. Tapi untuk kakak Fariza, tak boleh lama-lama. Rasa rimas sangat.


Kadang bila dapat susu berdua, dia tonyoh-tonyoh kepala adik dia. Tolak-tolak pipi la..huhu..geram susu dia kena ambil agaknya. Bila bagi dua-dua dah macam bagi susu dekat pasangan kembar. Kiri kanan ada..huhuhu.

Sebelum ni, nad bagi susu badan dekat Fariza, masa dia nak tidur. Sekarang,bila dia nampak adiknya hisap, dia pun nak. Kadang nad tak bagi, sebab rimas. Bila dah tak dapat susupun, mulalah nangis, menjerit. Kadang nad biarkan je. Kesian memang kesian, tapi nak ngajar dia untuk berhenti menyusu juga. Kadang nad nangis, sebab tak bagi susu, dengan tengok dia nangis lagi. Kadang marah dia, tak bagi susu. Mana tak sedih. Dia pun rasa macam tak disayangi je.

Memang struggle sekarang, lagi-lagi waktu malam. Sebab tu waktu malam bagi kakak Fariza susu dulu sampai dia tidur. Dekat kampung, entah kenapa bagi susu tepung tak selalu habis. Dia nak susu badan. Mungkin nampak adiknya susu. Malam la dia akan melalak, hentak kepala, kat dinding, sampai  cakap " nak susu, nak susu". Nad pulak tengah sakit, nak taknak kena la tahan sabar ni dengan perangai dia tu. Neneknya pun terpaksa layankan perangai dia. Kesian pulak kat nenek.

Lagi risau,, kalau dia terjaga tengah malam, adiknya pun terjaga. Mestila nad kena bagi susu dekat adik dia. Tak boleh bagi dua-dua. Bila tak dapat, mengamuk la dia malam-malam, waktu pagi buta tu. Memang nad terpaksa biarkan dia nangis. Bagi adiknya susu badan dulu sampai kenyang, lepas tu baru layan Fariza. Bila jadi macam ni, lagi tertekan. Ibu menyusu ni mana la boleh tertekan, nad istighfar banyam-banyak. Tarik nafas dalam-dalam.

Setiap malam memang doa la cakap, tidur lena la ye Fariza. Tengok beberapa hari ni memang dia tidur lena, tapi sebelum tidur, memangla ada adegan nak susu, nangis..huhu. Pernah ajar dia, tidur dengan susu botol, tapi tak jadi, dia tetap nak ngempeng. Mommy kene sabar jela.

"MOMMY,MOMMY"..RINDU DIA SAMPAI SAKIT

in , by Nadia Johari, 17:08:00
hai assalammualaikum

Anak kesayangan mommy, kakak Fariza

Fariza Rindu Mommy
- Sebelum bersalin lagi nad dah fikir, macam mana la Fariza nanti bila nad takda masa bersalin nanti. Mesti kena tahan lama dekat wad. Dah la 24 jam berkepit dengan mommy, tiba-tiba tengok nanti takda. Nad tak risau waktu siang, sebab ramai sepupu dia, dia ada kawan nak main. Tapi nad risau bila waktu malam. Fariza masih ngempeng dengan nad walaupun dah bagi susu tepung. Dia akanpun cari masa nak tidur,.

Rindu mommy dia

Dan jangkaan nad tepat, kakak whatsup cakap Fariza nangis cari nad masa nad dekat hospital. Siang dia ok, malam dia tak ok. Mula mencari mommy dia. Sampai neneknya penat tak tidur layan Fariza menangis. Kesian dekat nenek. Kesian juga dekat Fariza. Nad dekat hospital, dah risau dah.

Terus whatsup mr mafia, cakap Fariza nangis, taknak tidur. Lepas tu mr mafia cakap, dia akan ambil Fariza bawak balik Kuala Lumpur. Mr mafia pulak jaga. Masa dia ambilyang Fariza, budak tu demam, selsema dan batuk pulak. Allahuakbar, nad dah makin risau. Sedih pun ada. Rindu mommy sampai sakit. Bila mr mafia jaga, kena la layan budak kecik demam tu. Terpaksa bawak pergi kerja juga, jumpa client denga keadaan tak sihat. Kesian anak mommy.

Demam, tak larat. Daddy jaga bawak balik KL

Bawak pergi hospital sebab demam tinggi. Masuk ubat bontot

Mintak hantar gambar, alahai, layu je muka dia. Nampak sangat tak laratnya.

Nad dekat hospital mengharapkan balik cepat. Sebab risaukan Fariza. Alhamdulillah, hari ketiga boleh balik. Bagitau mr mafia, nad dah discharge. Haritu juga, dia bawa balik Fariza. Nad balik, kakak, mak dengan ayah yang ambil. Cadangnya nak datang melawat, tapi tak sangka dapat balik. Mr mafia masa tu ada keje.

Jumpa mommy. Terus mintak susu badan

Tak sabar nak jumpa Fariza. Kesian anak mommy. Malam tu, mr mafia sampai dekat rumah mak, dukung Fariza sekali. Tengok bila dia masuk dalam rumah, allah, layu, lemah je. Muka memang nampak tak sihat. Bila dia nampak mommy dia, terus lekat, terus senyum. Nampak sepupu, main, happy je. Tapi sekejap, lepas tu dia cari "nenen"..nak ngempeng. Dah berapa hari tak dapat..hahah. Nad pun bagi la susu dekat dia.

Kesian anak mommy, rindu mommy sampai demam, selsema dan batuk. Sekarang demam dah baik, tinggal batuk dan selsema je. Nad ada tunjuk adik dia, tapi buat tak tau. Masih belum tau, dia ada adik dan ada kawan. Dia belum boleh terima lagi adik dia. Sabar jela.
hai assalammualaikum

Sumber gambar mstar

Hospital Shah Alam Seksyen 7

Bersalin Anak Kedua Di Hospital Shah Alam - Nad tak tau pun kewujudan Hospital Shah Alamni, almaklumla, duduk lama dekat KL, sampai tak tau ada hospital baru dibuka..hohoo. Ni pun kakak yang cakap, pasal Hospital Shah Alam sebab adik ipar dia bersalin dekat hospital ni. Kakak cakap suami boleh masuk masa isteri bertarung nyawa nak melahirkan anak. Biasalah, suami perlulah sokong isteri, perlu bantu isteri, tapi nad tak dapat pun, sebab mr mafia entah ke mana masa tu. Ok abaikan, yang penting nad dah selamat melahirkan baby girl.

Sebelum ni, nad bersalin dekat Hospital Klang. Memang jauh sikit dari rumah, tapi Hospital Shah Alam Seksyen 7 ni dekat sikit.

Hospital baru kan,mungkin ada katil tak cukup, kelam kabut sikit, tapi semua berjalan dengan lancar masa nad. Nad datang pun main terjah je masa dah sakit. Alhamdulillah, nak dikatakan ramai orang, biasalah, tapi ada je katil kosong.

Keadaan Wad Bersalin.

Dah namanya hospital baru, mestila cantik, bersih dan selesa. Katil nad dapat pun ok je. Yang paling penting kipas berfungsi dengan baik..hehehe. Sebab kipas dekat hospital klang dah tak kuat, yela hospital lama kan. Kalau kipas tak sejuk,memang panas ler. Kipas ni betul-betul bawah katil nad. Sentiasa sejuk dan beranginla.

Keadaan wad

Orang akan bersihkan kipas ikut masa sesuai. Bersihkan lantai, bilik air, semua tempatla setiap hari.

Katil nad, jug hitam dan putih untuk air pnas dan suam

Air panas dan suam pun disediakan dalam jug dekat setiap meja. Setiap pagi, nurse akan hantarkan. Memang mudah la. Tak perlu pergi jalan anbil air panas. Tapi kalau dah habis air dalam jug kena juga pergi ambil sendiri. Tapi nad tak pernah habis pun..

Tempat mandi pulak, senang, dekat dengan tilam. Tapi tak pasti, setiap tempat ade shower dekat macam ni. Nad takde cek pun setiap katil. Setiap tempat ade 5 katil. Shower dan bilik air satu la. Jadi kena gilir-gilir mandi atau buang air. Senang untuk mak bersalin ni, tak perlu pergi bilik air jauh-jauh dengan sakitnya. Lagi satu, shower dia jenis panas sejuk. Hah!!, bestla, sebab mandi air panas-panas kan. Takdela guna air sejuk je. Memang kerap mandi nad dekat situ. Dah selesa kan.

Makanan disediakan

Lepas tu bestnya, pagi, tengahari, petang dan lewat petang disediakan makanan. Nad memang tak boleh tak makanla, sebab nak tenaga dan susukan anak. Makanan disediakan macam orang berpantang. Tapi tawar la sikit..itu biasa. Macam pagi dan petang disediakan kuih dan paket air ni.

Ruang menunggu atau istirehat

Disediakan tv, supaya pengunjung tak bosan

Tempat menunggu, katil nad dekat situ je

Kat wad ni ada satu tempat menunggu, siap ada tv. Tv ni dekat depan sekali pintu masuk. Nasib baik nad dapat katil 1, jadi dekatla dengan tv. Dapatla tengok cerita #kekasihpaksarela sekali..hahaha..Tu pun anak tengah tidur.

Itu je la nad rasa selesa dekat Hospital Shah Alam ni. Nurse dan doktor pun semua ok je. Tapi ikut orang la kan, kadang kata ada tak best. Tapi bagi nad ok je.
hai assalammualaikum

Baby FN kedua

Selamat Melahirkan Anak Kedua

Pengalaman Melahirkan Adik Fariza, Baby FN kedua Dah Selamat Melihat Dunia - Alhamdulillah, alhamdulillah, syukur sangat, nad dah selamat melahirkan anak kedua. Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan kesihatan nad dan baby, dan mendoakan urusan nad dipermudahkan. Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Rasa lega bila seorang budak keluar dari perut mommy..hehehe.

Awal Sehari Dari Tarikh Due Date

Tak sangka, adik Fariza nak keluar awal dari tarikh due datenya. Ingatkan nak lewat juga macam kakak Fariza..heehe. Tarikh due date nad 6.2.2018. Nad balik awal ke kampung, 3.2.2018 sebab takut bersalin awal. Yela, macam kakak cakap, anak kedua mungkin lahir awal.

Malam tu, 4.2.2018 dalam pukul 9 malam, nad dah rasa sakit. Tapi tak terlalu kerap. Sakit yang macam nak buang air besar. Malam tu pun dah cakap dengan mak dengan kakak, " mak, diah ada rasa sakit la "..mak cakap " kau sakit macam manamana? "..nad cakapla,sakit macam nak berak tu. Kakak pun cakap " sakit kalau kerap, hah iye la tu ". Nad cakap tak kerap lagi, tapi ada rasa sakit. Nad was-was sebab dah lupa macam mana. Tapi, nad tetap kira berapa kerap dia sakit.

Dalam pukul 1.30 pagi nad masuk tidur. Tengah susukan Fariza, siap boleh buat entry blog tentang jantina baby. Masa tu memang datang sakitnya. Nad biarkan dulu, tahan, sebab nak tengok waktu kekerapan sakit. Nad kira kejap dia datang 5 minit, kejap 8 minit. Pukul 2.30 pagi, makin sakit sangat dan kerap 5 minit. Sebelum tu, memang dah whatsup mr mafia, nad cakap sakit. 

Dia pun dah siap sedia nak datang dari Kuala Lumpur. Masa nad dah sakit kerap tu, nad dah whatsup mr mafia, memang dah sakit, datang suruh ambil. Nasib baik, tengah pagi, jalan lenggang. Memang cepat mr mafia sampai.

Dia sampai je, terus nad gerak ke hospital. Uishh, dalam kereta, sakit tu makin kuat. Rasa macam dalam drama pulak..huhu. Nad duk pegang tempat pemegang tangan dala kereta tu sambil tahan sakit. Sampai hospital dalam pukul 3.20 pagi. Pergi ke kawasan ibu bersalin. Nad pilih nak bersalin dekat Hospital Shah Alam, hospital baru katanya. Lagipun dekat dengan rumah mak, memang sekejap je sampai hospital tu.

Nak Meneran Bersalin

Sampai je dekat kawasan bersalin, nad masuk dulu, mr mafia pergi cari parking. Sebelum masuk, kena tulis nama, waktu dekat guard. Ayoyo, masa tu memang dah sakit sangat. Lepas tu kena tunggu dekat meja nurse untuk nurse ambil butir-buti peribadi. Weii, bayangkan, tengah sakit, dia tanya macam-macam. Memang genggam-genggam tangan ni. Bila hilang sakit, lega la sikit. Bila datang, allahuakbar, macam nak tercabut nyawa.

Tempat menunggu, tengah menahan kesakitan sampai rasa nak meneran

Selesai, tanya butir peribadi, nurse suruh baring dekat katil kosong. Lepas tu dia cek la graf baby. Biasalah, kalau cek tu, memang lama la. Tapi masa nad, takde lama sangat. Waktu nad datang pun, tak ramai orang. Selesai cek, dia bawa nad ke labour room tingkat 4. Masa tu nad dengan seorang perempuan bersalin gak. Sampai labour room, tengok ramai juga dekat situ..hehehe. Tapi takdela crowded sangat. Waktu tu, kena tunggu giliran lagi. Weii bayangkan, waktu tu memang dah dan sakit sangat-sangat, rasa nak meneran dah. 

Cuba bayangkan, nad tahan daripada pukul 3.30 pagi sampala ke subuh, baru nama nad dipanggil. Sebelum nama nad dipanggil, nad ada tanya, lambat lagi je nurse. Nurse cakap ye, doktor takde, sebab doktor buat yang czer. Maknanya, malam tu, mesti doktor kurang dan doktor yang ada pergi buat pembedahan. Memang tahan jela, nak cakap, nad dah nak meneran, tapi tak cakap. Tahan jela dekat kerusi menunggu tu. Genggam kerusi tu sampai rasa nak cabut kerusi tu. Waktu tu, macam rasa air sikit keluar dekat spender. Basah sikit dekat kain batik,.

Dekat labour room tu, dengarla suara baby, mak-mak menjerit bersalin, mengadu sakit, haishh macam-macam. Kita yang debar pulak, sambil tahan sakit. Lepas nama dipanggil, Allah, lega, terus ke tempat dipanggil tu. Doktor pulak tanya macam-macam. Nasib sekejap je, terus dia suruh baring atas katil kosong. Nad terus baring dan doktor tu datang cek laluan. Sekali dia cek, dia cakap dah 8cm terbuka. Fuh, patutla rasa nak meneran, laluan dah terbuka banyak. 

Terus panggil nurse, suruh pasang branula tu dengan masukkan antibiotik sebab nad ada jangkitan kuman GBS. Nurse cakap, " kalau nak meneran bagitau "..telefon mr mafia, cakap dah ak bersalin, naikla kat tingkat 4, zon hijau. Lepas call, tak sampai beberapa saat,, nad panggil nurse, sebab dah nak dah rasa nak meneran betul-betul. Terus diaorang tolak dalam bilik tertutup.

Sampai situ, doktor yang sambut, doktor perempuan. Dia cakap " sabar ye puan, jangan teran dulu, saya tengah nak pakai glove ni, kalau tak macam mana nak sambu ".aduh doktor, sy memang tak tahan, tapi tahan jugala dari meneran. Selesai dia pakai glove, pastu suruh teran. Memang nad teran sekuat hati. Kali ni, macam susah sikit, tak tau kenapa. Penat juga nad meneran sampai hilang nafas..huhu. Yang sambut nad ni, doktor perempuan. Memang perempuan la semua, takda budak praktikal pun.

Suami Boleh Masuk Ke Bilik Bersalin

Waktu tu, nurse ada tolong panggil suami untuk masuk ke bilik bersalin. Yup, suami boleh tengok isteri bersalin. Bagi sokongan la kan. Tapi, nurse cakap " dah panggil suami awak, tapi dia takda "..dalam hati nad, mana suami kita ni. Masa tu teran dan teran lagi. Akhirnya keluar juga budak seketul tu dalam pukul 8.13 pagi. Alhamdulillah, legaa..sedih bila suami tak masuk..sobsob.

My baby. Besarnya dia daripada kakak dia

Lepas tu doktor letakkan baby dekat atas perut. Alaa, nangis nad, dapat baby perempuan juga. Doktor pun mula jahit bahagian bawah tu. Fuh terasa jugala, hahaha..sebab masa Fariza, tak berapa rasa sangat. Nad tak tanya pun, koyak banyak ke, berapa jahitan ke, sebab taknak tau..huhu. Yang nad dengar, jahitan cantik je..Lepas tu doktor cakap berat anak 3.21 kg. Pergh, patutla payah sikit, besar juga baby kita ye..Dulu Fariza 2'8 kg je,adiknya dasyat.

Selesai jahit, nad dibawa ke bilik khas, sebab bilik bersalin tu nak diguna. Yela, hospital baru,bilik tak cukup. Bilik khas ni, sekejap je, sebelum ditolak masuk wad. Masa dekat bilik ni la, baru mr mafia ada. Tu pun nad yang telefon, cakap dah bersalin..huh..mana la dia pergi sebelum ni pun tak tau. Dia cakap, dia pergi isi borang itu ini. Buat itu ini. Takpela, asalkan dia dah datang dan tengok anak perempuan kedua dia.

Selesai dia azankan anak, belikan nad makanan, borak-borak pe semua, dia balikpun bawak uri baby bagi dekat mak nad. Makanya nad, dengan baby jela tinggal. Sementara baby tidur, nad pun tidur. Tapi sebelum tu, online la sekejap-sekejap..hehehe. Lepas tu, kejap-kejap nurse datang cekand, doktor datang cek. Baby paling kerap kena cek sebab nak pantau keadaan dia, yela nad ada jangkitan kuman GBS positif. Jadi baby kena pantau, sepenuhnya.

Doktor datang cek, tengok perut la, lepastu macam biasa, cakap " dah kencing "..biasa orang mengandung, walaupun lepas bersalin, kena bangun dalam keadaan sakit, kena kencing. Macam tu la.

Katil 1 wad 8 A

Ditolak Masuk Ke Wad

Dalam pukul 4 petang, wad ada katil kosong. Jadi nurse pun suruh siap-siap semua bawak barang dan baby ditolak masuk dekat wad 8A. Nad dapat katil 1, depan sekali lepas masum ikut pintu. Bersyukur sangat, walaupun ada jangkitan kuman GBS, baby takda ditahan ke bilik lain. Baby ikut mommy dia masuk wad. Dan paling bestbest, adik Fariza ni jenis tidur je. Bangun bila betul-betul haus. Nad pun tidur lena la juga..hehhe. Boleh je nak update entry waktu tu, tapi penat kan..Sebab tu baru muncul entry ni..hahaha.

Nad kena tahan dekat wad selama 2 hari setengah. Sebab dimasukkan antibiotik, kena tahan 48 jam. Jad, dudukla dekat wad tu. Nasib wadnya ok dan selesa. Dua hari tu memang okla. Hari kedua, malam, dipanggil untuk doktor cek jahitan. Eee,ngilu weii..tapi nasib sekejap je. Malam tu, juga nurse macam biasa akan cek join ibu dan anak. 

Tiba-tiba nurse cakap anak demam. Ala, janganla, penat dah duduk hospital ni, harap balikla esok. Nurse cakap mungkin, budak ni diselubung dengan kain., jadi dia panas. Yang nad fikir,,mungkin dia sejuk..Nurse pun buka bedung dia, bagi angin masuk.. Dalam beberapa minit, nurse cek, ok tak demam. Syukur sangat.

Letak bawah lampu. Boleh pulaj dia bantai tidur, santai ye..hehe..ok la tu

Tapi nurse nampak kuning pulak dekat baby. Alahaii,nad risau lagi. Esoknya hari ketiga, pagi tu nad cakap,dah boleh discharge ke. Nurse cakap doktor kanak-kanak tak cek lagi baby, tak boleh discharge. Pulak tu, baby kena cek darah kuning pulak, tengok tinggi ke tak, kalau tinggi kena tahan. Sedihh...masa tu nad dah cakap, "baby, berak banyak-banyak ye..taknak la duduk sini lama-lama, kesian kakak fariza dah rindu kita. 

Kakak Fariza tengah demam tu "..menangis nad..hahaha. Lepas dapat keputusan darah, nurse cakap tak tinggi pun, 181 je. Tapi tetap kena letak bawah lampu biru. Lampu tu diletak sebelah katil ibu. Ibu boleh buka dan matikan sendiri lampun biru tu. Memang mudah macam tu.

Tiba-tiba nurse cakap, " petang ni awak boleh balik, awak tau kan ".Nad cakap tak tau. Nurse dah confirmkan,nad boleh balik..syukur alhamdulillah. Cukupla duduk dekat, hospitak ni 2 hari. Melepas tengok #kekasihpaksarela..eh..hehehe. Baby pun tak kena tahan lama-lama dekat, hospital. Petang tu, memang ayah, mak dan kakak nak datang melawat. Tapi nad bagitau, nad dah boleh balik. Nasib diaorang nak datang, kalau tak, takdok siapa nak ambil. Mr mafia waktu tu tengah kerja.

Balik rumah nenek, pantang sana

Bila dapat balik, cepat-cepat kemas..ehehe..welcomw home baby FN kedua..hehehe


ANAK LELAKI ATAU ANAK PEREMPUAN???

in , by Nadia Johari, 01:53:00
hai assalammualaikum

Anak Lelaki Atau Anak Perempuan?? - Ramaila kawan-kawan dan orang tersayang cuba teka jantina baby dalam perut nad ni..hehehe. Biasalah, bila ada yang mengandung, benda nak tau sangat semestinya jantina baby kan. Nad dengan mr mafia sendiri, pun excited nak tau jantina adik Fariza ni. Masa check up haritu, adala doktor bagitau masa scan, tapi dia kta " macam"..kali kedua scan pun doktor kata " macam"..huhuhu..

Untuk anak kedua ni, nad takde beria scan, pergi klinik lain atau buat scan 3d,4d bagai untuk tau jantina. Cukupla scan masa check up tu. Tak tau kenapa, untuk anak kedua ni, biarla tunggu dia keluar nanti..hehehe..kira surprise la kan. Selalunya dalam 4 bulan kandungan, dah boleh tau jantina baby sama ada " bebird atau bunga "..Tapi kadang scan pun boleh salah jantina kan..

Dalam masa sama, sebenarnya nad baca-bacala petua orang dulu, nak tau jantina baby, lelaki ke perempuan..hahaha. Biasalah baca-baca, cakap kalau lelaki perut lonjong ke depan, perempuan membulat. Kalau lelaki suka bersolek, perempuan tak suka solek. Nad pregnant kali ni suka bersolek. Muka nampak lebih berseri. Tapi tengok kawan, laki ke perempuan, diaorang suka solek..hahaha..Masa alahan, laki kurang alahan, perempuan kuat alahan. Nad boleh jugakla alahan. Pastu, kalau baby lelaki suka gerak kanan, kalau perempuan gerak belah kiri. Nad ni dua-dua pun iye. Tidur pulak boleh belah kanan dan kiri..Ermm entahla. Suka baca je, takda caya 100% pun..hehehe.


Hah tengok gambar ni, yang gambar belah kiri, masa mengandungkan Fariza, belah kanan gambar mengandung terkini. Pakai baju sama. Saja nak suruh korang teka..hahaha. Tengok muka, nampak selekeh dengan berseri..hahha. Tak reti haishh nak tengok perut..hahha..

Walaupun doktor kata "macam " ehem jantina baby, kalau betul, nad dengan mr mafia tak kisah pun. Asalkan baby keluar dengan sihat, kuat dan sempurna. Harap nad dengan baby selamat dan dipermudahkan urusan. Terima kasih korang yang doakan nad dengan baby. Nanti dah keluar, nad umumkan lelaki ke perempuan adik Fariza ni ye..hehhe.
hai assalammualaikum

Rehat Sepuasnya Di Kampung - Semalam selamat sampai di kampung. Memang sebelum bersalin, balik awal kampung nak berehat kejap. Lagipun nak bersalin dan berpantang dekat sini. Memang barang yang nak dibawa balik, nad dah siap-siap kemas, biar takda benda yang tinggal. Kesian ngan mr mafia, ulang alik Kuala Lumpur ke Klang.



Sampai kampung, memang bestnya sebab tenang je. Lepas tu, senang la nak dapat makanan..hahaha. Ada je makanan yang ada. Stok makanan tu terlalu banyak sampai dah terlalu kenyang nak makan. Kedai pun banyak dekat-dekat. Dah rindu dengan masakan mak oii..

Kalau balik kampung pun sebab nak rehat je, yela dekat bandar dah terlalu sangat banyak buat kerja. Bukan maksudnya rehat, takde buat apa-apa, buatla juga, cum rehat tu lebih dari dekat bandar. Lagi-lagi, kurang jaga Fariza, sebab Fariza dah jumpa dengan sepupu-sepupu dia. Memamg main jela dengan sepupunya tu.

Ramai yang tengokkan Fariza. Jadi nad pun bolehla rehat kejap. Lagipun dah nak dekat tarikh bersalin. Nad pun berpantang dekat sini. Lama sikit la dekat kampung kan..kasi badan ni betul-betul kembali bertenaga. Dekat kampung ramai boleh bantu, anak buah pun dah besar-besar.

Tahun ni je, atuk johari dan nenek latipah dapat tiga cucu ooo..kakak ipar, nad dengan adik tengah mengandung dan menunggu waktu je. Nad dengan kakak ipar bulan 2, adik bulan 3. Kalau ikut tarikh, nad yang bersalin dulu baru kakak ipar, tapi kalau nad lambat due, kakak ipar dulu la. Adik bulan 3. Lambat lagi. Lagipun nanti, bila nad dekat hospital, adala tengokkan Fariza.


Meriahla rumah atok johari dan nenek latipah lepas ni..huhu..
hai assalammualaikum

Keperluan mak dengan anak ke hospital

Siap Dah Kemas Barang Mak Dan Anak - Dah sebulan sebenarnya siap kemas barang nad dengan baby, excited kan..haha. Taknak kemas lambat-lambat, nanti kelam kabut jadinya. Lagipun semua keperluan baby dah ada dan lengkap dah. Semuanya nad selongkar kakak Fariza punya. Semua dah ada, dari baju, seluar, topi, sarung tangan, bedung, eh semuala. Cuma nad tambah pakaian sikit dan beli pampers newborn je. Kalau lupa tu, nad tengok balik entry lama berkenaan keperluan ibu dan anak nak dibawa ke hospital..hehe. Nasib ada tulis.

Tahun ni, nad tak pergi pun expo baby, macam nad pergi untuk anak pertama. Ingat nak pergi dekat Midvalley tu, tapi masa tu takda. Lagipun nak ke Midvalley tu sesak. Jadinya, nad beli baju dekat Sogo. Pampers newborn pun beli dekat Tesco. Kalau rasa nak beli lain, nad singgah je kedai baby. Lagipun sejak nak dekat bersalin ni, banyak pulak iklan kedai baby. Jadi nad screenshot jele..hehee. Tunggu habis pantang baru tambah apa nak beli untuk keperluan baby nanti.

Nasib baik nad simpan elok dalam kotak semua baju Fariza dan nad punya semua macam bengkung semua tu. Cuma fikir sekarang pilih untuk set berpantang je, apa yang bagus agaknya ye..hahaa. sebab sebelum ni, nad guna makcik tukang urut punya je..hehe. Takpe, tunggu dah set nanti nad pilihla set berpantang apa yang ok kan.

Setiap kali check up, nurse mesti tanya, dah siap barang ibu dan anak. semestinya nad cakap " dah "..Bila dah siap kemas terus letak siap-siap beg tu dalam kereta, dah sampai masanya nanti senang. Nad memang kena bawak lebih sebab akan ditahan dekat hospital. Tak tau berapa lama. Harap sekejap jela. Doa baby cepat baik. Tak larat duduk hospital lama-lama. Makanan ringan macam roti, biskut, boleh suruh suami nanti datang bawakkan. Hospital pun ada sediakan makanan. Makan jela apa yang diberi..hahaa.

Okla, selesai semua..Dah takde nak join event sana sini buat masa sekarang..Duduk senyap-senyap orang dapat job jela..hehe..kita buat entry personal jela.. Debar juga  ni nak tunggu bersalin..haha.
hai assalammualaikum


Menunggu Hari Bersalin -Dah masuk February, memang bulan yang ditunggu..hehehe. Harini juga cuti wilayah, jadi orang Kuala Lumpur bercuti lagi la. Semalam Thaipusam. Esok sapa sambung cuti, memang best la cuti sampai ke sabtu ahad. Siapa tak suka cuti. Harini patutnya pergi event, tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Sedih tak dapat pergi..jeles tengok kawan-kawan yang pergi. Takpela..adala rezeki lain.

February, bulan yang ditunggu-tunggu untuk nad. Setiap hari kira bulan..hahaha..bila nak kunjung tiba, sekali dah tiba kau. February, adalah bulan dijangkakan nad bersalin. Sebenarnya tarikh due date 6.2.2018, tapi kalau takde tanda apa lagi, doktor dah anjakkan 10 hari lagi, sebelum masuk wad terus. Kalau tambah 10 hari, maknanya 16.2.2017 nad kene pergi hospital terus kalau takda tanda. Kalau si adik keluar bulan 2, maknanya sama bulan dengan daddy dia..hehe.

Macam lama je lagi..hahaha. Kalau sebelum ni, Fariza pun terlebih overdue. Kita tengok adiknya awal ke lambat. Esok pulak nad ada check up lagi. Selagi tak masuk hospital, check up la kita. Lepas tu, balik kampung. Sebab nak beranak dekat Hospital Klang, tempat sama masa bersalinkan Fariza. Nak jadi anak Selangor kan. Banyak kelebihannya. Lagi haritu bajet 2018 ada kata pasal anak Selangor ni kan..huhu.. Nad pun akan berpantang dekat rumah mak dekat kampung. Takkan dekat bandar ni. Laki kita mana tau apa..huhu.

Lagipun dah rindu dengan masakan mak..hahaha. Rindu dengan ayam kicap dia, ikan tomato, sup ayam, jantung pisang eh macam-macam la..sebelum beranak nak makan makanan hasil tangan mak. Rindu bangetttt....

Harap-harap semuanya selamat dan dipermudahkan nad bersalin nanti. Dah siap sedia semua, sebab nurse dah cakap awal-awal anak akan kena tahan sebab jangkitan kuman gbs. Takpela, duduk jela dekat hospital tu. Doakan ye korang, harap baby sihat, kuat dan sempurna semuanya. Risau juga sebenarnya. Walaupun dah ada pengalaman bersalin, tapi tak tau kan kita. Harap kuatla data dekat hospital nanti..hahaha..kalau tak bosan..

Doa semoga nad dimudahkan urusan..terima kasih korang.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2