DRAMA FARIZA TIAP KALI NAK TIDUR

in , by Nadia Johari, 07:18:00
hai assalammualaikum


Jam 2 Pagi, Baru Habis Drama Fariza - Bukan senang jaga dua orang anak yang jaraknya setahun lebih ni. Walaupun Fariza, dah 2 tahun sekarang, dia masih belum paham sepenuhnya apa yang nad cuba sampaikan. Kena buat banyak kali, baru dia paham. Kena tabah didik anak bagi dia paham.

Lagi-lagi, bila sorang-sorang kena kawal anak yang makin banyak fikiran ni. Yela dekat kampung, tengah berpantang, anak-anak pun ikut balik kampung. Suami kerja dekat Kuala lumpur. Penat, usah cakap, hari-hari nad jadi singa dengan budak sorang ni..hahaha.

Setiap kali waktu tidur, adalah waktu nad perlu bergelut dengan perangai Fariza. Pergelutan di mana, dia nak menyusu badan, nak merap untuk tidur. Sebab sebelum ni, memang dia akan tidur dengan menyusu badan. Masa nad mengandung, Nad dah ajar pun Fariza minum susu tepung. Dekat KL elok je dia minum sebelum tidur, bila dekat kampung, lain pulak jadinya. Disebabkan dia nampak adik dia susu, sepupu dia susu badan, dia pun nak.

Mula-mula lepas bersalin, memang nad ikut kemahuan dia, tapi lama-lama nad fikir, baik ajar dia jangan susu badan lagi masa nak tidur. Pelan-pelan nad tak bagi susu badan dekat dia. Setiap kali tak bagi, banyak la drama dia buat. Huishh, drama dia buat, jangan cakapla, memang menguji tahap kesabaran betul.

Drama dia buat, pertama lepas dia cakap " nak susu "..nad terus cakap tak boleh. Nak buat susu botol, dia mesti tak habis, kadang taknak langsung. Tetap nak susu badan. Nad tegas kali ni. Lepas tu apa lagi, melalak, menangis la dia tengah-tengah malam tu. Memang menganggu orang lain tidur, tapi nak buat macam mana, nak ajar dia. Jadi biarkan. Kesian memang kesian, tapi kena tegas juga dan nad kena sabar, tak boleh lemah dengar tangisan dia. Nak bagi dia paham, dia dah besar, dah kena berhenti susu badan.

Kedua, dia akan berdrama hentak kaki, kadang hentak kepala dekat dinding, lepas tu cakap " aduh..aduh.."..Ketiga, dia akan keluar masuk bilik, sebab tak dapat susu badan, dia tak tau buat apa, dia akan keluar masuk bilik. Macam-macam lagi la dia akan buat mintak perhatian mommy.

Kalau adiknya tidur, memang nad akan layan dia, berborak dengan dia, bercerita sampai dia tidur sendiri tanpa merap susu badan. Kalau masa tu, adiknya terbangun, memang nad tak dapat layan dia, dan dia akan mula semula drama dia. Memang tahan sabar jela bila nad kena layan baby Farhanah, nak layan perangai Fariza lagi. Lepas 20 hari baby Farhanah memang dah beralih arah, bangun tengah malam. Sebelum ni tidur je, bolehla tenangkan hati si kakak Fariza tu. Sekarang baby Farhanah, sikit-sikit bangun. Tapi nad tetap ambik masa, bila dia tidur, layan si kakak Fariza.

Macam tu la setiap malam nak tidur. Kadang nad terpaksa pura-pura tidur dalam keadaan duduk, tak layan dia, nak bagi Fariza tidur sendiri juga. Tapi nad akan usap-usap rambut dia, badan dia, kaki, semua la bagi dia rasa nak tidur.

Sebelum tu, Fariza akan bercerita sendiri, sampai dia penat. Gelak dalam hati jela bila dia bercerita sendiri..hehehe. Nad tak boleh layan, sebab nanti dia tak tidur. Dan setiap hari, nad akan tengok jam, tepat pukul 2 pagi, baru Fariza tidur. Ya!!!, setiap hari..2 pagi la waktu dia tidur akhirnyaa...Tidur dengan sendiri tanpa susu badan. Memang bukan mudah nak ajar dia, kesian tapi seorang ibu kena tabah.
hai assalammualaikum

Minyak Kelapa Dara Asfa - Nad tau, ramai dah kenal dan dengar tentang minyak kelapa atau VCO (  Virgin Coconut Oil ), tapi tak ramai yang menggunakannya. Macam nad sendiri, selalu nampak iklan VCO ni lalu dekat tineline facebook, instagram, tapi tak terfikir nak cuba. Sampaila masa mengandung anak kedua, nad cuba nak rasa pakai minyak kelapa dara ni. Tengok testimoni, minyak kelapa dara ni bagus untuk ibu mengandung. Jadi, mengandung kedua ni, nak la cuba kan.

Minyak kelapa dibuat dari kelapa segar yang diproses melalui beberapa cara sehingga minyak dihasilkan dari kelapa tersebuti. Minyak Kelapa Dara merupakan makanan tambahan terbaik dan tersihat di dunia kerana mempunyai 1001 manfaat kepada tubuh badan kita.


Minyak Kelapa Dara Asfa Homemade

Banyak minyak kelapa dara yang dijual di pasaran, tapi pilihan nad Minyak kelapa dara Asfa homemade ni. Tak tau kenapa tertarik dengan VCO ni. Banyak testimoni positif bila nad tengok, sebab tu nak cuba VCO Asfa ni. VCO Asfa ni boleh diminum dan disapu di kulit.

Amalkan Minyak Kelapa Dara Asfa Masa Mengandung Dan Berpantang

Nad ambil VCO Asfa ni masa mengandung masuk 8 bulan..lambat sangat..hahaha. Sebab baru terfikir nak cuba kan. Seeloknya VCO ni diambil seawal mengandung lagi, sebab VCO ni sangat bagus untuk ibu mengandung. Nad juga amalkan Minyak Kelapa Dara Asfa ni semasa berpantang.


Pertama kali rasa, terkejut kejap..hahhaa. Rasanya pelik dan kelat. Nak sihat selalu semasa mengandung, kenala telan je..hehehe.

Cara ambil VCO Asfa Homemade:
Dewasa- 1 sudu , 2 kali sehari, pagi dan malam.
Kanak-kanak - 1 sudu kecik, 2 kali sehari, pagi dan malam
** Amalkan sebelum makan
** Boleh disapu di kulit

Testimoni Nad sendiri

Semasa nad amalkan MKD Asfa ni, badan nad selalu segar dan bertenaga je. Setiap pagi akan buang air besar. Tak sembelit pun. Masa berpantang pun sama. Weii syok..buang air besar pun lancar je. Takda takut nak pergi buang air besar.

Masa nak bersalin, dah memang rasa sakit nak meneran. Nurse cek terus buka 8cm dah. Ada nad cerita pengalaman nad bersalin adik Fariza. Tak susah nak bersalin, mudah je.

Nad pun ada sapu MKD Asfa dekat perut kesan strectmark ni sampai sekarang. Strecthmark pun makin kurang. Kira bagusla minyak kelapa dara ni kalau diamalkan.

Makcik urut pun guna minyak kelapa dara Asfa ni sapu dekat baby Farhanah. Kulit Farhanah pun elok je.


Minyak Kelapa Dara Asfa Sesuai Untuk Semua

Sebenarnya, minyak kelapa dara Asfa ni sesuai untuk semua, tak kira warga tua, dewasa dan kanak-kanak. Sebab khasiat minyak kelapa dara Asfa yang sangat bagus untuk sesiapa sahaja dan mampu merawat pelbagai penyakit.


Kelebihan VCO Asfa

MKD ASFA - Ikhtiar tradisi terbaik Pilihan Ibu Hamil, Mudah Bersalin, Atasi Masalah Hormon, Sangat baik merawat masalah kulit, Atasi masalah kesihatan Kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout, Asma, Lelah, Buasir, Sembelit dan Masalah ketidakhadaman. Melancarkan Pembuangan Najis dan menyingkirkan toksid dalam badan.





Banyak lagi kelebihan minyak kelapa dara ni. Bolehla layari
Facebook: Minyak kelapa dara Asfa
Instagram: Minyak Kelapa Dara Asfa

OFFICIALLY CUKUP SEBULAN BABY FARHANAH

in , by Nadia Johari, 09:17:00
hai assalammualaikum

Cukup Sebulan Baby Farhanah - Semalam, 5.3.2018 cukupla baby Farhanah sebulan. Sekejap betul masa berlalu ye. Macam baru haritu mengandung, sakit sana sini. Macam baru haritu bersalin, sekali dah sebulan dah. Masa berlalu dengan cepat. Dan cukup sebulan juga nad berpantang. Tapi, tak semestinya boleh makan macam-macam lagi,masih berpantang lagi,..huhu.

Farhanah fresh selepas keluar dari perut mommy

Baby Farhanah fresh lagi, selepas dibersihkan, selepas keluar dari perut nad. Yup, baby perempuan, geng Fariza dan mommy. Tak kisah la perempuan,ni rezeki Allah bagi,dan akan jaga sebaik yang mungkin seperti Fariza. Bila keluar je, sangatla behave, sebab jenis pendiam, tak menangis. Memang berbeza dengan kakaknya Fariza. Tidur je kejenya masa ni. Mommy pun dapat berehat lama sikit.

Pertama kali buka mata

Tapi terima kasih dekat kakak Fariza, sebab dia menyusu badan masa nad mengandung, susu keluar banyak, adik pun dapat minum susu dengan kenyang. Sebab tu senyap je masa dekat hospital..heehhe

Terima kasih kakak, sebab kakak susu mommy banyak, adik dapat minum dengan kenyang

Sekarang kakak Fariza pun masih nak mintak susu, badan. Tapi nad tak boleh bagi kerap, nanti adik tak dapat minum susu pulak. Fariza memang pantang bila nampak adiknya susu badan. Tapi sekarang, bila cakap " no "..dia takkan susu. Sekarang bagi bila nak tidur tengah malam je. Kadang tak bagi juga, nak ajar dia berhenti terus minum susu badan. Mengamuk tengah malam memang dah jadi rutin setiap hari..hahaha. Hadap jela.

Harap jadi adik beradik yang saling menyayangi ye korang. Tolong mommy dan daddy.

Officially genap sebulan


Gambar genap sebulan. Makin lama baby Farhanah makin mengembang dengan jayanya..hhee. Semua cakap muka sama dengan kakak Fariza masa baby. Yang nad perasan pipi diaorang la..hahahha. Yang penting, sihat selalu ye baby Farhanah. Biar tiap bulan, badan naik masa check up nanti ye.
hai assalammualaikum

Bonnisan Himalaya, Produk Tambah Selera Makan Anak - Setiap kali makan, memang Fariza akan ikut makan sama, tapi dia makan ikut apa dia nak, apa dia suka, yang nampak sedap dimatanya. Kalau sediakan nasi sepinggan, memang takkan habis, lagi dibuat main ada la. Dia akan makan satu atau dua makanan sahaja, itu pun makanan yang tak berkhasiat. Nampak je pipi dan badan Fariza berisi, tapi sebenarnya cara dia makan memang sedikit. Setiap kali check up pun, badan naik sikit je. Ibu mana tak risau kan.

Bonnisan Himalaya Supplement Tambah Selera Makan Anak












Ada kawan syorkan produk dari Himalaya yang boleh membantu tambah selera makan anak iaitu Bonnisan. Himalaya bukan sahaja mempunyai produk kecantikan, malah macam-macam produk ada.Nad percaya, produk Himalaya memang bagus, sebab ramai kawan promote Himalaya ni. Jadi nad tak rasa was-was nak cuba dekat Fariza.


Sampai je Himalaya Bonnisan ni dekat rumah, terus nad bagi dekat Fariza. Memang susah sikit budak ni nak minum, tapi demi nak tengok anak berselera makan, nad bagi juga. Masa dia minum, berkerut-kerut muka dia..hahhaa. Nad cuba gak rasa sikit-sikit, nak tau apa rasanya, berperisa ke??. Rasanya ada berangin sedikit dan bau seperti doublemint. Patutla muka Fariza berkerut..hehehe..Budak dua tahun, makan ubat pun payah, apa lagi bagi supplement jenis air ni. Tapi, okla, lepas rasa, dia macam ok je.


Warna dan tekstur: Ia mempunyai warna kekuningan yang sangat terang dan berkilat, menyerupai minyak tetapi tidak berminyak dan ringan dalam konsistensi.

Sukatan untuk budak minum Bonnisan ni
- Kanak-kanak umur 1 tahun : 2 sudu teh
- Kanak-kanak umur 2 tahun : 2 ke 3 sudu teh ( 3 ke 4 kali sehari )



Pertama kali bagi memang takda perubahan. Setelah seminggu bagi, alhamdulillah, Fariza makin bertambah selera makan. Nad bagi nasi sepinggan, dia makan sendiri sampai habis. Selera sungguh dia ni. Selalu tak habis makanan dia. Lepas tu, masa kita makan pun, dia cakap " nak nasi, nak nasi".. Dalam sehari, kalau nampak orang makan, dia nak makan juga. Korang boleh tengok video tu. Nad pulak yang seram, sebab Fariza asyik makan je...hahaha. Tapi pada masa sama, nad gembira, sebab makanan dia makan sampai habis, selera bertambah. Makin membulat la nampak gayanya.

Suka dengan Himalaya Bonnisan ni. Ia membantu memulihkan fungsi saluran pencernaan bayi dan membantu dalam pergerakan usus dengan mudah. Bahan dalam Bonnisan adalah selamat dan bebas dari alkohol dan bahan bahaya yang lain.


Ajaib sangat Himalaya Bonnisan ni. Memang berkesan untuk budak-budak yang takde selera nak makan tu. Jadi, kepada ibu-ibu yang ada masalah anak tak nak makan atau memilih makanan, boleh cuba Himalaya Bonnisan ni. Insyallah, ada perubahan. Ibu-ibu kenalah rajin bagi Bonnisan ni. Ikut sukatan yang betul.

Boleh dapatkan Himalaya Bonnisan ni di Farmasi atau cawangan Himalaya yang ada.





hai assalammualaikum

Kopi Halia Bara Bantu Buangkan Angin - Hah!! ingat tak,nad pernah cerita,badan nad masuk angin disebabkan makan brokoli. Masa Pantang merana oii bila angin tak keluar, terkumpul dalam badan masa pantang ni.

Korang boleh baca entry tu dekat sini : Badan Masuk Angin Disebabkan Makan Brokoli

DAH 23 HARI BERPANTANG!!!..

in , by Nadia Johari, 10:49:00
hai assalammualaikum


Sekejap Dah 23 Hari - Macam haritu baru je bersalin. Hari Isnin, 5.2.2018, jam 8.13 pagi nad bersalin. Harini, hari Selasa, 27.2.2018 dah masuk 23 hari lahirkan baby Farhanah. Lagi 7 hari nak sebulan. Awat macam sekejap sangat ni..hhahaha. Bagusla cepat, cepat juga nad habis pantang..kihkih. Makanan yang ada depan mata memang menggugat oii..

Farhanah pun makin lama makin membesar. Kuat menyusu oiii, dah nampak kegendutannya. Haritu timbang masa nurse datang, berat dia dah 3.9kg dari dia lahir 3.2kg. Boleh tahan juga naik dia. Nad angkat pun, fuh boleh tahan la. Belum timbang lagi untuk check up sebulan nanti. Alhamdulillah, sebab badan dia naik. Harap naik banyak-banyak setiap bulan.

Masa pantang ni la boleh duduk kampung lama-lama..hehhe. Mungkin sampai bulan 3 atau bulan 4. Sekarang pun dah nak sebulan. Nanti pejam celik dah 2 bulan ke 3 bulan. Bagi peluang mr mafia cari rezeki untuk keluarga. Sebab nanti nad juga nak guna duit..hahha. Bukan bagi merasa bujang ye..hahaha. Bagi Fariza  tak bosan dulu. Biar dia puas-puas dekat kampung. Main dengan sepupu. Kang dah balik KL nanti tak tau la macam mana nanti.

Dah masuk 23 hari, baby Farhanah pun dah mula beralih arah. Dari suka tidur je, sekarang terbangun jela, nak susu. Tak boleh dengar bising, atau tak selesa, mesti terjaga. Nak merap je dah kejenya sekarang. Mommy dah start jadi zombi. Dengan kakaknya lagi nak menyusu. Memang macam-macam drama tengah malam ada antara adik dan kakak. Mommy sabar jela.

Ni baru anak dua. Dua perempuan. Macam mana la perangai adik membesar nanti. Perempuan pun boleh tahan juga perangai. Takpe, asalkan nad enjoy semua ni, besarkan anak-anak, walaupun menguji kesabaran ni..huhu. Fariza sikit-sikit sayang dah sayang adik dia. Harap balik kl boleh la diharap.


FARHANAH NASUHA NAMA ADIK FARIZA NAFISAH

in , , by Nadia Johari, 15:53:00
hai assalammualaikum


Maksud Nama Farhanah Nasuha


Nama Anak Mesti FN - Lepas seminggu lebih, adik Fariza baru ada nama..haha. Nad memang tak cari awal-awal, sebab cadangnya mr mafia yang patut cari nama untuk anak kedua dia, tapi sampai ke sudah, tak dicari. Last-last nad yang cari dalam google jela. Yang penting, nama anak mesti bermula huruf F dan nama kedua huruf N. Sebab F, nama mr mafia dari huruf F, N pulak nad la, walaupun nama kita mula huruf S..hahha.

Pening juga cari nama ni, google punya google, ada beberapa nama nad pilih, pertama Farhanah Nasuha, Faiha Nasuha dan Faihanah Nasuha. Belakang tu memang dah tetap nama Nasuha. Depan je duk pilih. Bila dah pilih, tugas daddy pulak pilih nama mana sesuai. Nad suka semua, tak kisahla dia nak ambil yang mana.

Sebelum orang cuti raya Cina, hari rabu, baru buat nama adik Fariza. Kalau balik dari hospital, dia akan bagi sampul putih, dalam tu borang, yang hanya boleh dibuka masa nak buat nama. Sebelum pergi JPN, potostat la apa yang patut.


Benda yang perlu dipotostat, kad pengenalan ibu dan ayah, buku check up ibu, dan sijil nikah. Sijil nikah la penting, kena bawak siap-siap masa balik kampung. Macam nad haritu, mr mafia tak tengok apa yang kena potostat, masa nak buat nama, ternampak kena ada sijil nikah. Dah kena patah balik kl. Nak daftar nama dekat Jabatan Pendaftaran Negara Klang. Terpaksala patah balik ambil. Lepas tu terus ke JPN Klang. Nasib dekat sana ada mesin fotostat.

Mr mafia yang pergi masuk, nad duduk dalam kereta. Sempat juga buat nama adik Fariza ni. Nama yang dipilih Farhanah Nasuha. Maksudnya Farhanah ialah riang gembira, Nasuha maksudnya ikhlas.


Lepas tu mr mafia cakap " buat nama baby boleh dalam masa dua bulan la sayang. Kalau tau takda rush patah balik kl "..Katanya dah update dekat web JPN. Haishh, takkan la nak buat nama anak lama sangat bang oiii..setiap kali orang datang lawat, tanya nama anak. Takkan la nak tunggu beberapa minggu baru buat nama anak. Kesian ke anak, nama pun nak buat lambat. Ya mungkin 2 bulan dibagi nama, tapi tu dia tulis ada charge akan dikenakan. 14hari tu percuma bang..

Bila dah selesai semua, kan senang. Takyah fikir dah..biarlah rush macam mana pun, bila dah selesai, legaa..

Sekarang dah 21 hari. Lagi beberapa hari nak sebulan dah baby Farhanah. Cepat la pulak..hahaha. Okla, cepat mommy habis pantang..kuikui..macam-macam makanan mengundang depan mata mommy.
hai assalammualaikum


Badan Masuk Angin Masa Pantang Disebabkan Brokoli


Makan Brokoli, Badan Masuk Angin Ketika Berpantang - Nad berpantang sekarang dekat kampung. Jadi, makanan pantang, mak yang sediakan. Mak lebih tau, apa yang sesuai untuk anaknya masa berpantang. Kalau nad, memang rasa nak makan semua..hahaha. Selalunya, mak masak ikan selar, senangin. Sayur pulak, sawi, lobak, kentang. Kadang makan ayam. Makanan yang selamat mak masak supaya anaknya berpantang dengan elok dan takda apa-apa.

Makanan yang dimakan pun, akan beri kesan pada baby. Kalau elok, elokla ke anak.Takda kembung, baby pun sihat je. Tapi haritu, nad rasa nak makan sayur lain selain yang mak masak selalu. Mengada kan tekak ni. Jadi, nad pun google, sayur apa selain mak masak yang boleh dimakan masa berpantang. Dah google, nad nampak brokoli. Nad memang suka makan brokoli. Jadi, cakapla dengan mak, nak makan brokoli pulak. Mak, ikut je cakap anaknya ni.

Mak pun beli brokoli, sebab anaknya teringin nak makan. Mak buat sup brokoli. Nad memang makan banyak haritu. Haritu juga, nad pergi buat nama untuk baby dekat Jabatan Pendaftaran Negara Klang. Nad tunggu dalam kereta dengan Fariza, mr mafia pergi buat nama. Dalam kereta, tiba-tiba nak buang angin, tapi taknak keluar. Sekali takpe, ni banyak kali, nak buang angin kus-kus tu, tak nak keluar juga. Lebih senang, taknak "kentut"..hahaha. Memang angin tu dah hujung-hujung, tapi masuk balik.

Sampai sakit perut nad. Paham-paham jela bila angin dah terkumpul, sakitnya macam mana. Selesai buat nama, balik, nak turun dari kereta, Ya Allah, sakitnya perut ni. Sampai ke malam. Sampai nad rasa nak demam. Memamg angin tu taknak keluar-keluar, tak boleh nak kentut. Habis nad tonggeng cuba nak kentut, tapi tak boleh. Seksanya oii!!!..Mak nampak, nad cakapla tak boleh kentut. Mak cakap mungkin ko makan brokoli. Nad fikir, agaknya la kot. Badan orang berpantang ni lain-lain. Walaupun sayur tu boleh dimakan, tapi nad tak boleh. Hishh, taubatla makan brokoli.

Malam tu tanggung seksa dengan angin dekat perut ni. Nak bangun sakit, nak jalan lagi la sakit.


Dekat runah nad, memang ada air kopi halia. Abang nad yang jual. Kakak suruh minum air tu. Nad takut juga nak minum, takut ke anak la pulak kan sebab air kopi halia. Tapi disebabkan nak buang angin, minum jela. Nad minum malam tu, dengan minum malam esoknya.

Alhamdulillah, semua angin keluar kau..berapa kali ku " kentut"..ya amlun legaaa...hahahha. Baru selesa perut ni. Kalau tak, boleh demam. Air Halia ni memang penyelamat. Dua kali je minum, semua angin kus-kus keluar. Sampai ke baby, terkentut je..hhahha..Bila dah lega, nad tak minum dah air kopi ni. Cukupla  dua kali ni. Kang panas pulak anak nanti bila susu kita.

Jadi, nak bagitaula, kalau tak biasa mak masak sayur lain, jangan gedik mintak..haaha..kalau tak, badan masuk angin..huhu.
hai assalammualaikum


Tukang Urut Berpantang Area Meru Klang


Urut Masa Berpantang - Lepas bersalin, wajibla kena mengurut badan. Yela, badan dah letih, sakit sana sini, peranakan lagi, semua nak kene betulkan. Urut nak bagi badan cergas, solid macam anak dara lagi. Sebelum bersalin, nad ada cari package pantang, tapi ya ampun, mahal semuanya. Jadinya, nad pakai mana yang ada jela dekat kampung, takyah package-package. Masak pun, mak yang masak. Nad guna tukang urut kampung je.

Masa pantang anak pertama, nad guna seorang nenek ni, namanya Wak Ani, dia urut boleh la, tapi masa dia urut kakak, harga dia naik mendadak..huhu. Untuk 3 hari je RM300. Jadinya, nad ambil makcik tukang urut lain. Makcik ni, mak mertua sepupu. Nak rasa la, makcik lain pulak, harga pun murah. Sepupu nad yang sorang ni, sebelum ni baru bersalin, dia guna makcik ni urut. Katanya sedap dia urut, lega seluruh badan. Sebab tu nad pilih makcik ni untuk urut masa berpantang.

Tak dinafikan, makcik ni urut memang best. Mula-mula, kalau korang nak tau, dia cek bahagian jahitan. Tak pernah la tukang urut cek jahitan. Dia siap ajar cara basuh lagi bahagian bawah tu supaya bersih. Nad ni dah ngilu-ngilu je, malu pun ye. Lepas tu letak ubat kuning bahagian jahitan. Dia, cakap, ada bengkak tempat jahitan, dia buh minyak kuning tu setiap hari mengurut sampai bengkak tu surut. Bagus giler!!!...

Lepas tu, dia urut mula dari belakang badan, belakang tangan dan belakang kaki. Setiap inci, ruang semua dia urut badan ni. Sampai ke jari kaki dan tanganla. Fuh, memang nak lena tidur bila dia urut. Selesai bahagian belakang, bahagian depan pulak.

Paling best, dia akan urut urat bahagian susu tu. Bagi banyak lagi keluar susu. Tahan jela, tapi bagus, sebab susu memang keluar banyak. Part paling ngeri, bila sengkang perut. Nak bagi peranakan elok semula. Tu biasalah, mana-mana tukang urut, bahagian tu paling takut..hehhe. Tahan jela. Makcik ni akan cek rahim dah kecut belum. Dia akan pastikan rahim kecut cepat. Dia bagi nad minum air kunyit madu. Nasib letak madu, sedap sikit air kunyit tu..hehhe. 3 hari je minum, tu pun selang sehari.

Selesai bahagian depan, bahagian kepala pulak. Part ni best, nak tidur terus rasanya. Selesai semua, dia sikat rambut kita, letak param, pakaikan bengkung, pakaikan stoking..huhu. Rasa segar je badan ni lepas kene urut dengan makcik ni.

Makcik ni pun ada ambil untuk uruskan bayi. Ikut korang la nak ke taknak. Macam nad mestilah nak, baby pun nak urut juga. Makcik ni akan urutkan baby, mandikan baby. Dia akan bagi baby madu dekat bawah lelangit tu. Memang sangat teliti la makcik ni buat. Bagus sangat. Baby Farhanah sedap je masa diurut.

Harga untuk mak lain, untuk baby lain. Macam nad ambil 5 hari, semuanya Rm450. Okla kan. Tak mahal pun. Best sangat dia urut. kalau korang nak..ni no dia 0163261897




hai assalammualaikum


Sakit Rengat Memang Menyengat

Sakit Rengat Ketika Menyusu Anak - Sebenarnya nad tak tau pun nad diserang sakit rengat, nad tau pun lepas nad google. Hah macam ni la kita, nak tau apa-apa mesti google, mesti dapat jawapannya. Ceritanya, lepas sehari lahirkan Farhanah. Hari kedua, waktu malam, nad susukan Farhanah, tiba-tiba terasa perut sakit sangat yang amat. Nad dah cuak, kenapa pula ni kan.

Bila susukan Farhanah, mesti sakit perut. Sakit yang amat, yang tak dapat digambarkan. Masa susukan Farhanah, mesti siap sedia, kaki cengkam tahan sakit. Mula nad ingat, sebab nad tahan kencing ke apa, tapi lepas buang air, masih ada lagi sakit tu. Nak bagitau nurse takut, sebab takut dia cek bawah, kot kene buka jahitan, jahit semula ke macam kes lahirkan Fariza dulu. Eewww..takut weii..jadi nad diam kan jela. Tahan sakit tu masa susukan Farhanah.

Lepas tu apa lagi, nad google la. Tengok-tengok, nad tengah sakit tu namanya " rengat"..atau " after birth pain "..eh yeke..hahaha. Belasah je. Nad baca-baca setiap satu, yup memang betul, nad kene serang sakit rengat. Dia kena masa lahirkan anak kedua. Anak pertama memang tak kena. Masa balik mengurut pun, tukang urut kampung tu cakap, " rengat ni ada lagi ni "..dia urutla bagi hilang rengat dan kecutkan rahim. Tapi masa balik tu, nad dah takda rasa rengat. Alhamdulillah la, nad rasa 2,3 hari je. Tapi paham-paham jela, susukan anak sehari berapa kali. Jadi kena tahan jela.

Ni info yang nad dapat masa google. Rengat merupakan proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya. Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan. Ini keranan penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera. Sakit rengat sama macam kontraksi atau sakit nak bersalin atau senggugut.

Ada ibu yang tak dapat lawan, sampai demam, macam nad, nasib boleh lawan lagi. Ada cara nak hilangkan rengat, dengan sapu minyak panas, bertungku, minum air masak, dan macam-macam lagi. Jadi korang yang ada sakit masa susukan anak tu, bertabahla. Kene kuat.

Macam ni la kita ibu bersalin, sakit bawah tak hilang, ada sakit lain lagi. Ni kalau lelaki tak hargai, tak tau la.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2