hai assalammualaikum

Brim 2018 Kemasukan Fasa Pertama - Dari bulan lepas, cek bank, duit BRIM dah masuk belum. Tapi sebelum tu, nad cek dulu semakan status, sama ada nad lulus atau tidak dapat BRIM 2018 dekat https://ebr1m.hasil.gov.my .Ahamdullillah nad lulus. Sejak tau lulus, dikatakn dapat BRIM pada 26 Februari, kawan nad dah dapat, tapi nad tak dapat-dapat lagi.

" Pembayaran Fasa 1 BR1M 2018 adalah mulai 26 Februari 2018 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang berjaya dan ada mengemukakan maklumat akaun bank ketika permohonan, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, pembayaran adalah secara pemberian baucar melalui majlis yang akan diadakan oleh SUK / SDO. "

jadi nad cek jela dalam bank dah masuk belum. Tak masuk-masuk lagi, sampaila semalam cek, baru masuk. Takpela lambat, asalkan duit masuk.


Cek Semakan Status Guna Apps Brim

Sebelum ni, buka link ebrim, boleh je cek terus macam tu, tapi bila baca notis dia tinggalkan, semakan status tengok dekat apps BRIM yang perlu didownload. Tak tau la kalau buka laptop kan. Nad tengok dekat phone.

" Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari. Semakan boleh dibuat secara dalam talian (https://ebr1m.hasil.gov.my) dimenu MyBR1M, melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M (muat turun di Play Store / App Store) atau hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran."





Nak taknak kena download. Isi kad pengenalan, tekan semakan status. Nanti keluar la soalan berkaitan untuk keselamatan. Bila dah jawab semua, keluar la status korang, siap details semua.





Kalau bujang, bolehlah dapat sekaligus.  Yang berkeluarga, dapatla berperingkat. Jadinya RM400 dapat untuk fasa pertama. Duit ni dapatla bagi dekat mak, ayah dengan kakak yang susah payah jaga nad masa pantang. Kenala bagi diaorang. Takpe, nanti dapat lagi untuk fasa kedua dan ketiga. Yang tu kita simpan dalam bank..huhu..Nad surirumah, jadi syukurla dapat duit BRIM. Dapatla bantu sikit-sikit ni.

Permohonan Rayuan BRIM 2018

" Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik  untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.Kaunter Rayuan BR1M 2018 di Cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sila Klik  Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM."

Siapa tak dapat tu, bolehla buat rayuan, mana yang nak duit BRIM la ye. Bolehla pergi ke https://ebr1m.hasil.gov.my

Pru pun dah nak dekat. Undi siapa, tu biarlah rahsia..hahhaa..


hai assalammualaikum


Ohaya Shinjuku's Secret Recipe

Sedap betul Dessert Ohaya Shinjuku's - Nad makan ni masa mengandung haritu. Harini baru dapat tulis pasal dessert Secret Recipe ni. Dah mula teringin nak makan balik ni..hehhe. Haritu pergi Tesco, singgah Secret Recipe. Tengok menu dessert, nampak Ohaya Shinjuku's ni. Nampak macam sedap, apa lagi beli la nak cuba rasa.


Ada macam-macam jenis Ohaya Shinjuku's ni. Jenis sos dia yang berlainan. Ada karamel, coklat, Nutella dan maple. Boleh tengok dekat gambar. Nad pilih coklat.

Ohaya Shinjuku ni dessert Japanese dengan ada roti ke kek, tak pasti, tapi lembut sangat roti tu. Suka giler. Lepas tu pelbagai variasi sos, yang coklat, karamel tu. Siap ada dua skop aiskrim lagi. Aduh, taip ni tengok gambar, meleleh pulak air liur sebab terasa kesedapan di tekak ni.

Serius, lepas ni pergi Secret Recipe, nak order dessertt ohaya shinjuku ni lagi..hehe.Masa ni nad mintak bungkus bawak balik, sebab tu dalam bekas macam ni, sebenarnya bentuk dia macam dalam katalog atas tu. Dalam pinggan, meatilah dihias cantik kan..tapi letak mana lun, sebab dah sedap, memang habis ku telan..hehhee. Korang boleh cuba weii bila singgah secret recipe..

hai assalammualaikum


Bio-Gold 24k Radiance Cleanser Dan Bio-Gold Water

Bio Gold 24k Menghilangkan Kedutan,Meremajakn Kulit - Haritu nad ada terima kejutan daripada Bio Essence iaitu Bio-Gold Radiance Cleanser dan Bio-Gold Water. Tak sangka, nad dapat cuba produk yang memang dikenali dan popular ni yang boleh membantu melawan penuaan dan kedutan. Nad percaya ramai pembaca nad pernah dengar perkara-perkara hebat tentang Bio-Essence sebelum ini.



Bila tengok produk, seperti ada emas di dalamnya. Emas? Keremajaan? Glowing? Sangat menarik bukan. Emas bukan sekadar perhiasan sahaja sekarang malah emas boleh buat muka kita cantik. Ni yang buat keterujaan nam mencuba Bio Gold 24k ni. Siapa tak mahu tepek emas kat muka. Nad baca, ramai cakap best pakai Bio-Gold ni. Nad dah pun cuba selama seminggu, memang best. Wangi je bau dia.


Dirumuskan dengan Bio Energy Complex ™,24K Bio-Gold Formula yang mengubah keupayaan kulit untuk membaiki, memperbaharui, dan mengisi semula dirinya. Dengan meningkatkan pengambilan oksigen, ia membantu kulit menghirup sel yang berubah dari keadaan yang tidak aktif ke keadaan bertenaga. Meningkatkan penyerapan bahan bio yang berharga untuk menjadikan kulit anda lebih sihat, lebih berseri dan cantik.

Ia juga merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang sudah ada di kulit, dan meningkatkan serat kolagen untuk sentiasa menjaga kulit dan nampak muda selalu.


Bio-Gold 24k Radiance Cleanser

Pencuci muka Bio-Gold 24k Radiance Cleanser menyegarkan dan menghidrat kulit dengan buih halus dan wangi. Pencuci ni memberikan kulit jadi lembut dan bersih.



Bila nad pakai, muka jadi lembap je. Dengan sabun yang mengandungi emas, banyak buih, sangat wangi. Muka jadi segar dan terhidrat tanpa mengelupas atau menyakitkan. Dengan harta anti oksidan untuk menahan tanda-tanda penuaan, meningkatkan keanjalan dan ketajaman kulit.


Bio-Gold Water

Bio-Gold Water , produk ini seperti serum. Ia mengandungi sejumlah besar serpihan emas tulen sehingga 98%, yang sangat berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisme kulit dan merangsang pembaharuan sel serta meresap ke dalam kulit dengan cepat. Bukan itu sahaja, malah ianya membantu melawan sinaran UV berbahaya serta memberikan nutrisi yang mencukupi pada kulit.



Bio-Gold Water ni tidak melekit dan seperti air. Sapukan dua kali sehari, pagi dan malam selepas mencuci muka. Tuang sedikit sahaja dan sapu ke seluruh wajah.

Kelebihan Bio-Gold Water
- Mengetatkan liang-liang yang diperbesarkan untuk tekstur halus yang licin
- Meningkatkan keanjalan kulit untuk mengelakkan kendur.
- Memadamkan kulit sehingga menentang kedut dan garis halus
- Mengawal kelembapan dan sebum seimbang, menjadikan kulit lebih licin dan Sihat
- Memulihkan kulit yang berseri secara semula jadi

Best sangat pakai Bio-Gold 24k ni. Dengan semua gabungan ini, mencapai kulit impian anda yang sempurna tidak sukar sama sekali! Sangat sangat penting untuk menggunakan perawatan wajah yang mengandung Antiaging untuk menghilangkan kedutan diah muka. Lagu nad dah menjangkau ke 30 series ni, memang kena jaga dah.

Rangkaian Bio Essence iaitu Bio-Gold 24K Gold Radiance Cleanser dan Bio-Gold Gold Water boleh di dapati di semua pasaraya terkemuka, farmasi Guardian, Watson's dan platform online shopping seperti Lazada.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai BIO ESSENCE 24K GOLD, sila layari : http://bio-essence.com.my/

hai assalammualaikum

Sayang, Tapi Tak Tau Macam Mana Caranya - Sejak akhir-akhir ni, nampak dia mula sayang adiknya. Bila adik nangis, dia datang suruh diam. Kadang cium adiknya. Tapi cara dia tu macam ganas sangat,..hahaha. Mungkin Fariza dah tau, dia dah jadi seorang kakak, dan dia dah ada adik. Sebab hari-hari nad sebut dekat dia " kakak, kakak Fariza, ni adik Farhanah "..mungkin dia dah dapat tangkap dah..hahahha..

Nad tak jemu ajar dia sayang adiknya. Setiap hari akan buat benda sama, biar dia tau apa yang perlu dia buat. Ingatkan dia sekarang dah jadi kakak. Bila adik nangis, nad akan surih Fariza, usap kepala adik, suruh pokpok. Yang kelakarnya, kadang Fariza siap nyanyi lagi. Lagu " johnny johny yes papa " juga dia nyanyi..ayoyo..hahaha.

" MOMMY NAK ELUK, ELUK ( PELUK ) "

in , by Nadia Johari, 06:42:00
hai assalammualaikum


Mommy Nak Peluk - " Mommy, nak eluk, nak eluk "..itu la ayat setiap malam setiap kali nak tidur sambil ambil tangan kanan nad mintak dibelai, dipopok. Nad yang tengah susukan Farhanah, nak taknak, kena buat apa dia nak supaya dia rasa tak tersisih, atau dia fikir mommy dah tak sayang dia. Fariza akan peluk badan nad erat-erat dan mintak dipeluk dan dibelai sampai dia tidur, walaupun situasi masa tu, nad membelakangkan dia sebab susukan si adik. Kesian kadang tengok, sebab tu nad buat apa dia nak.

Bila susukan adik, tangan kanan nad akan popok dan belai dia sampai dia tidur, dan dia memang akan peluk badan nad. Bila nad selesai susukan adik, nad akan mengadap Fariza, dan terus peluk erat, cium, usap sampai dia tidur. Itulah cara bagi dia tahu, mommy masih sayangkan dia.

Ada, bila nad susukan adik, dia tak bagi sebab nak mintak dipeluk. Fariza akan cakap " sini, sini, eluk, eluk " sambil ambil tangan nad. Adik pulak tengah menangis. Pening ooo bila dengar dua-dua menangis. Tapi sebagai seorang mak, cuba juga handle situasi ni..huhu.

Sebelum ni, setiap kali masuk tidur, nad akan bergelut perangai Fariza. Macam-macam dia akan buat. Korang boleh baca drama Fariza tiap kali nak tidur. Memang penat tengok apa dia buat. Tapi, sejak minggu lepas, perangai dia berubah sikit. Mungkin sebab dia tak dapat apa yang dia nak, jadi, dia buat sesuatu untuk rasa disayangi. Dia ingat mommy dah tak sayang dia..heehe.

Sekarang, nak tidur, nad akan buatkan dia susu botol, walaupun dia tak habis, sekurangnya dia belajar, yang dia kena hisap botol dan dah tak boleh susu badan. Sebab tu sekarang buat adegan comel, sampai mommy pun layu..hehehe. Pengalaman #makanakdua ...hehehe.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

in , , by Nadia Johari, 10:59:00
hai assalammualaikum

Bawa Tisu Lembap Ke Mana Sahaja - Kalau sebelum ada anak, nad memang jarangla bawak tisu lembap atau tisu basah ni. Yela, kita mana ada buat kotor-kotor ni. Tapi sejak ada anak, memang kena sediakan tisu lembap dalam beg. Paham-paham jela, budak-budak, mana-mana nak kena jaga kebersihan dia. Tak pun diaorang buat kotor masa makan, mesti kena sediakan tisu basah. Bukan budak je guna tisu basah, orang dewasa pun pakai tisu basah ni. Yela, kadang takda air nak bersihkan, pakai je tisu lembap ni. Jadi wajib bawa tisu lembap dalam beg kemana sahaja. Nad nak kongsi, tisu lembap daripada Aiken.

RESEPI AYAM PANGGANG MY SISTUR NGESOT

in , by Nadia Johari, 23:05:00
hai assalammualaikum

Resepi Ayam Panggang - Orang berpantang ni boleh makan panggang, bakar ni semua. Tapi mak tak pernah la buat..huhu. Selalu buat sup, goreng. Nad pula teringin nak rasa panggang atau bakar ni. Jadi, hari minggu haritu, semua ada dekat rumah. Kakak kita yang suka masak offer diri nak masakkan. Tapi, syarat nad kena beli ayamnya.

Takde masalah pun. Mr mafia la beli ayamnya..hahhaa. Beli bahagian peha ke tight. Tak tengok pulak cara dia masak, tengok-tengok dah siap.

Ayam dipanggang belum bubuh kuah

Ayam dengan kuah..nyumnyum

Ni la hasilnya. Nampak sedap ooo..lembut je ayamnya. Lepas tu nad mintak resepi dekat dia. Hah, nasib dia nak bagi. Meh nad kongsi dengab korang juga.

Bahan:
- Ayam
- 1 Kiub ayam
- Serai
- Halia
- Lada hitam
- Bawang putih
- Bawang merah
- Kicap
- Sos cili

Cara membuatnya
- Ayam rebus diletak garam dan kiub ayam
- Ayam yang dah direbus, nampak dah lembut boleh toskan.
- Sementara toskan dan tunggu sejuk ayam tu, boleh la blenderkan serai, halia, lada hitam, bawang putih dan bawang merah. Ikut korangla berapa biji ye nak guna.
- Ayam yang disejuk tadi boleh dibubuh kicap dan sos cili dan campur dengan bahan yang diblender tadi.
- Perap 30 minit atau lebih atau sehari.
- Lepas tu bakar atau panggang ayam tu sehingga masak. Selesai masak letak dipinggan.
- Sos perapan yang lebih dekat kuali, boleh buat sos ayam. Caranya tambah sedikit air dan masak.
- Sekejap je masak sos tu, dan boleh tuang atas ayam..siap...

Selamat mencuba.

BAIKNYA KORANG BERDUA KAN!!!

in , by Nadia Johari, 12:31:00
hai assalammualaikum


Baiknya Korang Berdua Dengan Daddy!!

Bila dengan mommy, yang si kakak ada je buat hal, sepah sana sini dekat rumah nenek, taknak dengar cakap mommy, sedangkan mommy cakap elok-elok dah. Si adik pulak, nangis nak susu je. Kadang tu ada je la tak kenanya. Masa check up, asyik meragam je, nak susu. Mommy pun naik pening dah.



Bila daddy jaga, baik pulak korang kan!! Si kakak, daddy cakap sekali je, terus dengar. Si adik, pula, senyap pulak bila daddy pegang. Dengan mommy meronta serba tak kena..haishh sabar je la. Ni tak sabar balik KL ni, apa-apa nanti suruh daddy jaga ye..hahaha. Senang kerja mommy.

Si kakak jeles bila daddy pegang si adik. Yela selama ni pakwa dia layan dia je, tiba-tiba datang baru, tak kan tak jeles kan. Datang dekat nk join sekali main..hahaha. Memang kuasa seorang daddy ni lain sikit la kan. Dengn mommy, kakak jeles sebab adik susu je. Masa main biasa jela pula..hahaha.

Kakak Fariza, jumpa daddy dua kali seminggu. Bila daddy datang, rindu kemain. Tidur pun senang, takde melalak macam selalu..berpeluk bagai kan..macam ni kena balik KL cepat-cepatla..hahaha.


CHECK UP MOMMY DAN BABY FARHANAH SEBULAN

in , by Nadia Johari, 22:42:00
hai assalammualaikum


Check up Mommy Dan Baby Farhanah Swbulan - Sekejap dah sebulan, macam baru haritu berpantang je..eh sekarang pun masih pantang la..hahaha. Bila dah sebulan tu, biasalah, mesti kena check up mak dan anak dekat klinik. Untuk sebulan ni, anak kena cucuk, maknya pun diperiksa juga.

Sebulan ni, baby farhanah macam biasalah, kena ukur lilit kepala, tinggi dan berat. Lepas tu kena cucuk. Jumpa doktor jap, doktpr cek baby jap, semua ok ke tak. Baby Farhanah, alhamdulillah, semua ok. Masa dia check up sebulan dah 37 hari dia, berat, tinggi semua normal. Berat pun naik sekilo, 4.5kg, alhamdulillah. Sebab tu nampak bambamnya. Alhamdulillah susu badan. Masa kena cucuk, menangis, meraung kau..hahaha. Sabar jela.

Mak pulak kena cek air kencing, ambik darah dan berat. Semuanya ok. Berat sekarang 39.8kg weii..hahaha. Tunggu anak sedut, kang kuris lagi..hahaha.


Masa check up, terjumpa pulak mommy blogger Fara Hanim. Cun mommy ni. Tapi masa dekat klinik, nad cam anaknya pulak, sebab tertengok anaknya tu dengan rambut pacaknya..Comel je..hehehe. Dalam hati cakap, macam kenal je budak ni, sekali pandang maknya, "eh Fara "..hehehe. Jumpa juga mak anak dua ni yang cun ni.


Ramai kata nad slim,nak tips bagai. Alamak!!, kita takda tips wak, kita memang dah kurus. Sebab tu masa mengandung perut je membesar. Ni pun perut memboncet. Nak kuruskan perut ni. Nad makan je ni, sebab susukan dua orang, bukan sorang. Minum bergelen-gelen air, sebab nak bagi banyak susu. Mana tak kembung perut..huhu.

Takpe korang, sesiapa nak kurus, boleh punya. Banyak cara sekarang. Jangan give up ok..hehhee. Bulan depan balik kl, mesti lagi kurus ni sebab stress..hahaha. Kena jaga dua orang anak, kemas rumah bagai..huhu. Siap sedia la ye.
hai assalammualaikum

Mudahnya Email Gambar Dan Video Menggunakan Wetransfer.com - Nak mudah, memang apa-apa email nad akan tengok dekat apps email je yang ada dekat phone. Semua email nad balas dekat phone ni. Tapi masalah nad setiap kali nad sent video dekat email, mesti tak lepas disebabkan besar. Video selalunya untuk job, kadang ada klien mintak tolong email untuk tengok dulu video tu sebelum diapprove.

Bila email je video, pulak tu tak boleh, terpaksala transfer dekat dropbox pastu baru boleh sent video tu dekat email. Takpun transfer ke laptop, masukkan dalam dropbox pulak, baru boleh sent email video tu. Kadang dropbox pula penuh storage. Masalah lagi. Banyak kerja pulak, yela nad ni dengan nak uruskan anak semua. Semua video memang dalam phone, nad edit pun guna phone.Nak kena cari jalan penyelesaian macam mana nak sent video dekat email secara mudah.


Wetransfer.com Apps Hantar Video Dan Gambar 


Nad baru tau satu apps ni,memudahkan kita sent video dekat email secara mudah. Tu pun klien yang bagitau. Kihkihkih. Kalau tak sampai ke sudah tak tau. Apps yang memudahkan kita sent video atau gambar dekat email walau saiz besar,nad guna apps Wetransfer.com

Jadi nad pun nak cuba pakai apps ni. Nad download dekaf playstore. Lepas download biasalah kene register bagai. Tapi sekejap je. Mudah je.



Dah selesai, terus boleh guna. Buka je wetransfer tu, dan pilih gamabr atau video yang korang nak sent email.



Lepas dah pilih, akan keluar korang nak hantar email dekat siapa. Tulis la gamabr   atau video tu untuk apa.

Lepas tu, tekan perkataan transfer tu.


Nanti dia tunjuk macam dalam gambar tu. Kira dia tengah hantar la tu. Sampai la 100%.


Bila dah transfer selesai, dia tunjuk macam gambar dekat atas. Maknanya dah sent email dekat orang yang korang nak hantar tu.

Nanti orang tu akan terima, dan download la video atau gamabr kita bagi. Dia akan sent dekat email kita, so kita akan tau juga. Mudah kan. Cubalah korang.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2