BERJANGKIT-JANGKIT DAH

in , by Nadia Johari, 09:46:00
hai assalammualaikum

Berjangkit Selsema Dan Batuk - Dekat kampung kalau seorang dah sakit, akan jangkit dekat orang lain. Macam anak buah, dia muntah, lepas dia elok, kena dekat Fariza pulak. Fariza bukan setakat muntah tapi cirit birit pulak. Lepas tu nad pula kena cirit birit. Lemau terus badan bila cirit ni. Nak baring je. Tapi nasib sehari je. Sebab lepas tu nad muntah. Muntah je, baring, alhamdulillah sihat.

Esoknya ayah pulak kena cirit birit. Hah!! macam tu la bila sorang dah kena, akan ada yang kena juga. Padahal tak makan benda-benda pelik atau expired pun. Makan masakan mak yang memang baru dimasak. Pelik sungguh. Tu baru cirit. Batuk dan selsema lagi la senang jangkit. Bukan orang besar je, budak kecik pun kene. Baby pun kena jangkit.


Farhanah sekarang batuk pulak. Dahla baby lagi, malam-malam terbatuk-batuk, kesian tengok. Bila baby tak boleh bagi ubat lagi. Hanya susu ibu dan bagi dia berak, biar lendir kahak keluar dekat najis dia. Itu je boleh buat. Batuk dia takde teruk sangat. Si kakak pun batuk dan selsema. Nad buat minyak bawang putih je sekarang ni.

Bila budak berdua ni batuk dan selsema, lagi tengah susukan diaorang berdua, nad pula yang berjangkit dengan diaorang. Semalam dah mula bersin-bersin. Ingat bila dah keluarkan hingus, lega la sikit, rupanya dia keluar dan keluar. Tekak pulak rasa perit. Alahaii..ni rasa tak bermaya je..huhu. Nak buat kerja pun tak larat.

Orang besar sakit takpe, ni kalau si kakak dan adik sakit, haishh risau. Nasib Kakak Fariza masih aktif bermain. Adik pun ok lagi, tak meragam atau menangis. Nad je masih pening kepala. Doakan kami semua cepat sembuh ye.
hai assalammualaikum


Rutin Kerja Rumah Lebih Fleksibel Walaupun Anak Dua - Hah, dah tiga hari dekat kl ni, dah kembali kepada rutin sebagai seorang isteri dan mak ni oii. Dah tiga hari juga dah buat macam-macam ni. Sebelum balik, risau juga, macam mana la situasi kita ni nanti bila balik, mampu ke uruskan kerja rumah dan jaga dua orang anak lagi ni. Kelam kabut ke tak ni..hahaha. Nasib semuanya baik-baik je.

Sampai rumah kl je, terus kemas apa patut. Yang penting bahagian ruang tamu ni ha. Kemas juga barang-barang yang diangkut dari rumah. Ye, ni la perempuan, kadang baru sampai terus kemas. Kemas sikit-sikit je. Baju bebudak ni pun kemas, cuma baju kita je belum, masih dalam beg..hahaha. Tapi dah siap kemas masa sebelum balik, tinggal masukkan dalam almari je. Si adik Farhanah nasib boleh terima tempat baru ni. Tak meragam, sangat baik..terima kasih Farhanah, memudahkan kerja mommy.


Si kakak, biasalah, dengan tantrumnya tak sudah..haaha. Ada je yang tak kena, tapi bila ada mainan dia, leka habis main. Ajak mommy main, ok mommy layan. Kadang mommy ajak si kakak Fariza kemas sekali. Takut tinggalkan dia sorang-sorang dengan adiknya. Kang ada dibuatnya kang. Kadang main dengan adik, tunjukkan mainan dia.

Adik Farhanah kerjanya tidur je. Bangun nak susu. Memang mudah kerja mommy. Jadi banyak masa layankan si kakak Fariza. Dia bangun nak susu je. Dia bangun pun dalam pukul 8 ke 9 pagi. Jadi selepas subuh, mommy akan siap-siap kemas rumah, bersihkan dapur dan ruang tamu mana yang patut. Fariza akan terjaga bila dia terdengar sesuatu macam nad terbuat bising, atau dia tersedar, tengok-tengok mommynya takda. Bila dia bangun je, nad layan dia kejap, dalam 15 minit macam tu, akan terus mandikan dia. Takde dah mandi lewat-lewat macam dulu. Sebab tau adiknya Farhanah akan bangun nak susu. Siap kakak, buat sarapan semua, adiknya bangun.

Bagi susu dekat Farhanah, agak-agak dia dah kenyang, tak lama pun, masak air untuk mandikan dia. Sambil tunggu air masak, layan la Fariza dan Farhanah ni. Nak buat macam mana, dua-dua kena adil kasih sayang..hahaha. Kang dua-dua tantrum, mommy pening. Dah mandikan adik, tinggalkan adik kejap dekat tilam, ajak Fariza siram pokok bunga pulak. Selesai, duduk sekejap layan adik dan kakak lagi tengok tv. Nad sambil-sambil online..hehehe.


Dalam pukul 12 tengah ari macam tu, siap-siap barang untuk masak pulak. Adik Farhanah sambung tidur. Nasib baik ada buaian serba alih pemberian kawan mr mafia. Terima kasih bagi buian ni. Buaian untuk Fariza dulu, sekarang adik pulak pakai. Nad mintak mr mafia belikan spring letrik tu. Spring letrik buaian tu harga RM190, nad pilih warna pink. Memang sangat membantu. Adik Farhanah tidur lena sebab terhenjut je buaian tu. Mommy pun senang nak masak.


Pertama kali masak selepas dua bulan bercuti..kihkih..masih ada skill memasak ok. Makanan masih dalam pantang..mak kata suruh lantang lagi..baikla mak..kita dengar cakap mak. Selesai masak, nad mandi dan solat.

Selesai makan, rehat semua layan si kakak dan adik. Adik pun bangun sebab lapar. Pasang tv cerita kartun bagi kakak layan, taknak bagi dia tengok adik tengah menyusu, nanti dia nak susu juga..kihkih..petang tu bila adik dah tidur, hah waktu tu, kakak bolehla susu nak tidur petang juga. Ye semua tidur..hahaha.

Petang masing-masing bangun dalam pukul 5.30 petang ke atau 6 petang, nad akan terus mandikan diaorang. Mommy pun siap-siap mandi nak layan drama melayu tv3 pukul 7 petang..habis cerita, solat lepas tu masak malam. Masak sikit-sikit je, kadang lauk siang ada lagi. Lepas tu layanla tv.



Sekarang tidur awal, pukul 12.30 ke atau 12 malam dah kena tidur. Kalau sebelum ni pukul 1, 2 pagi baru tidur..dah duduk kampung dua bulan, tidur awal, jadinya dah terbiasa tidur awal. Tak boleh dah lewat-lewat.

Hah macam ni la nad uruskan kerja rumah dan anak. Rutin kerja macam biasa, cuma tambah seorang anak dan memasak. Mandikan anak awal sebab dah buat dekat kampung, jadi dah terbiasa. Balik kl terus buat macam dekat kampung. Jadi semua kerja jadi mudah dan senang. Si adik Farhanah pun tak banyaj meragam, kerja tidur je..hehee. Jadi kakak banyak dapat layanan yang lebih. Itupun macam tak cukup bagi dia..haishh pening kita tau.

Yang penting, kerja nad tak kelam kabut. Ok je..hehhee..Jadi tajda masalah mak anak dua ni buat kerja..hehhe.

CUKUP 2 BULAN DI KAMPUNG, JOM BALIK KL

in , by Nadia Johari, 16:24:00
hai assalammualaikum


Cukup 2 Bulan Pantang - Alhamdulillah, cukup dua bulan pantang dekat kampung. Sekejap sungguh ye..hahaha. Dan kelmarin, nad pun dah balik kl semula. Kalau macam sebelum ni pantang, fariza 3 bulan baru balik kl, ni adiknya 2 bulan balik dah..hehehe. Tak boleh lama-lama, macam-macam persiapan nak buat..( macam sibuk bebenor )..Kita risau wak, rumah dekat kl ni ntah jadi apa. Paham-paham jela lelaki kalau jadi bujang sekejap..kahkah. Nasibla masa balik, elok je rumah, cuma sepah sikit..biasa la lelaki.


Dua bulan mak ayah jaga. Mana lagi nad nak pantang kan kalau bukan dekat kampung. Nak pantang sendiri tak tau. Dengan makan apa, buat apa. Anak lagi, memang tak terlayan la. Sebab tu pilihan pantang dekat kampung. Apa-apa mak tengokkan. Kakak pun ada tolong tengokkan Fariza. Sepanjang pantang, memang mak yang masak, kihkih. Nak bermanja, lama dah tak makan masakan mak. Dah baik sikit, kita tolong-tolong apa yang patut. Masa ni la nak duduk kampung lama-lama, berbulan-bulan pun boleh..alasan pun munasabah sebab berpantang..kahkah..


Sebenarnya, cadang nak sampai akhir bulan 4, tapi ada urusan. Si kakak, Fariza tak boleh lama-lama dekat kampung, habis haru jadinya. Memang seronok balik kampung, ada kawan, ada binatang, tapi lasak sangat. Main pasir, keluar panas-panas, habis dah hitam. Sepahkan rumah nenek, buat itu ini sampai nenek dengan atuk pening dengan perangai dia. Lagi ada anasir luar, banyak yang dia tiru, dia tengok. Benda baik takpe, ni perangai tak elok..aduihh takut kita. Balik sekali sekala ok la..


Sebelum balik haritu, buat makan-makan sikit belanja mak dengan ayah. Beli pizza dengan KFC je..Cadangnya nak bawak mak ayah pergi makan arab. Dah setuju dah semua, tapi tu la kita yang merancang tuhan yang menentukan..eh..hahaha. Sorang-sorang sakit, dengan muntahnya, dengan berak terciritnya. Last-last tak jadi. Mak ayah dah la suka makan makanan arab ni. Takpela, ada rezeki lain nanti, bawa mak ayah makan makanan arab.


Bermula lah rutin mak anak dua ni dekat bandar. Sebagai isteri, sebagai mommy, dan blogger..Setakat ni ok..hehehe..


MISZROCKERS BLOGSPOT BETUKAR DOT COM

in , by Nadia Johari, 08:13:00
hai assalammualaikum


Bertukar Domain Blogspot ke Dot Com


Miszrockers Blogspot Bertukar Dot Com - Orang lain berkobar-kobar nak ada domain sendiri. Orang lain lama dah ada domain blog sendiri, nad baru terkial-kial nak buat. Dah lama sebenarnya nak ada domain sendiri, tapi ada banyak penghalang. Dan hari Sabtu lepas, akhirnya blog nad dah ada domain sendiri, dari Miszrockers Blogspot kepada Miszrockers.com .Alhamdulillah.

Jumaat lepas, ntah kenapa, hati beria nak tukar domain blog. Yela, blog tempat nad cari pendapatan sampingan, mestila nak yang terbaik. Ramai cakap, ada domain sendiri lagi bagus. Lepaa tu, terus whatsup Cik Sepet Lisa..heehe. Terus tanya bab domain. Banyak juga la nad tanya, kihkih..biasalah,blogger baru nak belajar, tanya yang pakar. Kita ni memang zero lagi bab-bab domain. Jadi tanya la sebanyak mungkin..kihkih. Maaf yer Cik Lisa. Nasib dia sabar je jawab soalan kita..kihkih.

Dah pastikan apa soalan nad terjawab, akhirnya nad buat keputusan nak juga tukar domain blog. Suruh la Cik Lisa buatkan, sebab dia ada kawan yang boleh tolong. Tapi kawan dia sibuk pulak, jadinya mintak tolong bang pih buatkan. Keluarga KBBA juga. Memamg ada rakan KBBA tau bab-bab buatkan domain, macam bam hoq dan bang pih. Tapi segan sikit nak whatsup orang laki ni, tu whatsup si Lisa. Disebabkan kaqan Lisa sibuk, dia whatsup bang pih, cakap nad nak buat domain. Dia boleh tolong. Tolak segan, terus whatsup bang pih cakap buatkan domain..kihkih.

Sekejap je dia buat. Duit siap-siap transfer dekat dia. Bagi semua maklumat yang dia nak untuk diisi. Jumaat malam tu, dia dah buat. Berdebar-debar kita pulak, macam dapat satu hadiah baru..hehhew. Esok siang, dia whatsup, dia bagitau, ok dah tukar Miszrockers.com . Cepat betul..hebatt..hehehe.

Terus tekan, dah yeahhhh, semua dah selesai. Domain dulu pun dah redirect ke domain baru. Memang bang pih semua settingkan. Suka kita campur gembira, rasa nak melompat-lompat sebab akhirnya, ada domain sendiri. Banyak kebaikan bila ada domain sendiri ni. Nampak kita bersungguh dalam dunia blog. Sekarang PR pun banyak tengok domain dot com ni.

Kenapa Miszrockers?? Sebab orang kenal nad dengan nama Miszrockers. Orang dah tau nama blog ni Miszrockers. Lagipun nama ni unik bagi nad. Takkan nak guna nama je kan, kita buat dari yang lain..hehehe. Walaupun nama Nadia Johari, tapi miszrockers tetap di hati.

Lepas ni jangan lupa bayar domain sudah. Blogspot free, dot com kene bayar. Jadi kena alert..hehee. Terima kasih pembaca yang sentiasa sokong blog nad. Sebab korang nad terus ubah domain sendiri. Domain lagi pendek iaitu Miszrocker.com

BADAN DISERANG GEGATA

in , , by Nadia Johari, 20:40:00
hai assalammualaikum


Badan Diserang Gegata - Malam semalam nad dah start gatal. Habis semua badan nad garu. Memang dah keluar benjol-benjol kat badan. Nad ingat sebab kusyen atau tilam ada binatang. Cakap dengan mak la " diah gatal badan macam kak ita ni mak"..( sambil tunjuk dekat mak. Sebelum ni kakak pun gatal-gatal badan, ingat serupa macam dia. Pagi tadi, tengok, mak aih, besarnya benjol-benjol ni. Bersambung-sambung jadi besar. Ok, sah, nad dah kena gegata.

Tunjuk kat mak, mak cakap " uish, ko kene biduen ni ( bahasa jawa ) ". Gegata ni banyak bahasa..hahaha. Ada tu kelopak garam. Mak suruh sapu dengan bedak yang berangin. Nad sapu la. Sambung tidur, memang kurang gatalnya. Tadi bangun tidur, kurang benjolnya. Tapi nanti tumbuh balik. Siang tadi lagi, dahla panas, lagi panas badan. Duk tahan dari garu ni. Sebab kalau lagi garu, lagi teruk.

Kena gigit nyamuk ok lagi benjolnya, bila kena gegata, dah la membesar, bersambung-sambung benjolnya, ngeri tengok. Macam kakak dulu pernah kena, dia siap cerita, bengkak sampai ke bibir. Dekat badan ok lagi, kalau dah serang ke muka, adoyaii, taknakla..

Post la dekat facebook. Ramai bagi petua hilangkan gegata ni. Ada cakap,
- buh minyak panas
- lumurkan air garam
- minum air kelapa ( adik dan mak sarankan )
- bubuh bedak berangin ( mak suruh )
- ubat selsema
- ubat econozaine



Jadi nad pun buatla semua..hahaha. Tak tahan gatal sangat. Lepas mandi, lap badan, nad basuh badan dengan air garam. Takyah lap, terus pakai baju.


Lepas tu minum air kelapa. Kakak ada cakap juga, minun air kelapa campur air garam. Nad pun buatla..hahaha.


Nad ada bubuh juga minyak panas. Guna minyak yuyi..buh banyak-banyak..hahahha.


Bubuh bedak dekat badan. Guna bedak amnesia. Bedak ni kan memang untuk gatal-gatal.

Terpaksa buat semua, sebab nak hilangkan gegata ni. Ubat econazaine takda dekat rumah, takleh makan ubat selsema sebab breastfeeding. Buat mana yang boleh, malam ni memang kurang sikit. Tak gatal. Kalau tak gatal je la.

Ada orang cakap, gegata ni ada kene mengena dengan kolesterol atau gula tinggi. Ok, yang ni nad baru tau. Apa yang kaitannya, sebab apa, tak taula. Kata gegata ni pun sebab allergic makanan. Padahal nad sebelum ni pun tak makan seafood  ke apa. Cuma makan ikan dengan ayam je. Entahla...

Dulu kena gegata  masa kecik-kecik, ingat lagi, mak pakaikan bedak satu badan. Ni bila kena dah besar, risau terlebih pulak..huhu.


SELESAI SUNATKAN FARHANAH

in , by Nadia Johari, 12:07:00
hai assalammualaikum


Selesai Sunatkan Farhanah - Kelmarin, Farhanah dah disunatkan. Nad memang akan sunatkan waktu diaorang masa kecik lagi, senang takdela meronta ke ape. Sunat orang perempuan ni sakit sekejap je.Nad akan uruskan semua sebelum balik kl, senang dah nanti.

Kalau dekat Meru Klang ni, nad pergi Klinik Adibah Kapar, sebab dekat situ tak perlu appoitment atau ada hari-hari dia ke. Datang terus cakap nak sunatkan anak, nanti daftar la. Tunggu nama dipanggil, masuk dalam dan baringkan anak. Yang uruskan doktor perempuan, baik je doktornya. Tak cakap banyak pun. Cakap nak sunatkan anak, sia suruh baringkan. Nanti dia sunatkan la.

Bab sunat ni memang nad tak datang dekat anak. Ngeri nak tengok, nad serah dekat nenek dia la..hahaa. Sepatutnya kena tau sunat anak perempuan ni macam mana, tapi uishh takleh nak tengok..hahaha. Mak cakap, ala dia gunting sikit je dekat tengah-tengah tu..hahaha. Ok nalas nak bayangkan. Masa kakak Fariza pun nenek yang pegang anak..kihkih..

Sekejap je sunat. Nangis sekejap la si anak tu. Dah sunat, boleh bayar dan balik. Harga sunat anak perempuan dekat Klinik Adibah Kapar RM20. Tak tau la tempat lain. Bila dah tau klinik tu, pergi situ jela kan. Buat apa susah-susah cari tempat lain.

Kalau orang laki, dah sunat cakap dah boleh cari awek, kawin, perempuan kalau dah sunat, dah jadi anak dara..hahaha..huishh tunggu besar ye Farhanah. Jangan gedik lagi..

SAYUR SAMBAL GORENG JAWA VERSI KICAP

in , by Nadia Johari, 12:02:00
hai assalammualaikum

Sayur Sambal Goreng Jawa Versi Kicap - Selama pantang ni, kicap dah memang dah jadi rutin makanan nad dah..hahhaa. Boleh dikatakan hari-hari kicap. Nasib muka tak macam kicap. Kali ni, nad yang masak, dah lebih 44 hari, kita masakla ye, tapi mak yang ajar. Makanan kali ni sayur sambal goreng jawa tapi bukan guna sambal atau santan, guna kicap..hahaha

Dah lama nak makan sayur sambal goreng jawa ni, dari masa mengandung lagi. Siap dah beli barang-barangnya tapi tak pernah buat-buat. Last-last semalam baru buat. Kena ada, praktikal baru paham cara buat..hahaha.


Ni la dia sayur sambal goreng versi kicap..takda santan, takda sambal. Sedap juga. Mehla nad kongsi cara buatnya.

Bahan-bahan
- Kentang
- Tempe
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Suun
- Kicap
- Air
- Garam dan gula

Cara buatnya
- Goreng kentang dan tempe dahulu sehingga garing. Dah siap, ketepikan kentang dan goreng.
- Bawang merah dan bawang putih dihiris dan ditumis bersama ikan bilis. Tumis sehingga naik bau. Korang boleh gak bubuh kacang panjang ke atau apa-apa yang bersesuaian.
- Masukkan kicap satu setengah sudu besar.
- Masukkan sedikit sahaja air. Gaul sama rata.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan tempe dan kentang tadi ke dalam bahan tumisan. Gaul.
- Masukkan suun dan gaul lagi sehingga air tinggal sikit sahaja.
- Dah air surut tu, siapla..boleh hidang.

Lepas nI boleh buat sendiri , kicap ditukar santan atau sambal..heheh.
hai assalammualaikum


Lagu Comel Pipi Merah - Alhamdullah, hari Isnin haritu Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55kg. Semua orang memang tak sabar menanti kelahiran anak Siti Nurhaliza. Yela dah bertahun tokti tunggu untuk mendapatkan cahaya mata, kini anaknya dah pun ada depan mata. Masa Tokti umumkan dia mengandung, ramai peminat teruja juga. Nampak tak, ramai suka Tokti termasuk nad sendiri.

Dengan sifat kelembutan dan kesabaran dia,, dari dulu sampai sekarang, Siti Nurhaliza diminati semua orang. Sampai la bila anaknya dah selamat dilahirkan, orang tak sabar nak tengok muka anaknya. Lepas tu, tak sabar nak tau nama anaknya. 7 hari selepas kelahiran, Datuk Khalid dan Siti Nurhaliza buat majlis akikah dan tahniq umtuk babynya secara live di youtube siti official. Sampai nad pun terjebak nak tengok majlis tu berlangsung..hehehe. Masa tu juga, ramai nak tau nama anak Siti Nurhaliza. Selesai majlis, maka sidang media pun diadakan dan nama anak, Siti pun diberitahu. Sedap namanya, Siti Aafiyah.

Korang pun tau kan, Siti Nurhaliza ada buat lagu untuk anaknya. Tajuk lagu tu Comel Pipi Merah. Nad baru dengar masa majlis akikah tu, sebelum live,buka ig tokti..hahaha. Sebelum ni, tak dengar-dengar, biasalah sibuk dengan anakbeg,nak usha instagram artis tak sempat. Part paling best, masa " Ting ting tang ting tara ting ting tang ting "..suara siti dahla sedap, sampai sekarang terngiang. Ni, tengah taip pun, nad boleh menyanyi tau...hahaha. Sampai mak,adik beradik, anak buah nyanyi lagu ni..hahha.


Lagu ni memang menarik perhatian baby betul ye. Macam berhantu pulak, atau suara nad yang sedap..haahaha. Sebab nama nad pun Siti juga, jadi, mungkin ada kaitan..hahahahahaha..apa kene mengena pun tak tau..kihkih. Korang boleh tengok video nad tu..kihkih. Bebudak tu pandang nad masa nyanyi lagu Siti Nurhaliza ni. Ke, diaorang pelik tengok makciknya, atau diaorang fikir makciknya gila..hahaha. Farhanah sekejap nak nangis, sekali dengar lagu tu senyap..hahaha. Sebenarnya dia nak tidur, ngantuk..hahhaa..


Budak bertiga, geram pulak haishh...
hai assalammualaikum


Shopping Online Barang Anak - Bila shopping barang anak, katanya nak beli satu dua je, sekali tengok tu cantik, ni cantik, tu comel, mainan ni ok, rasa semua nak beli. Kenapa erk, kenapa erk kita pantang nampak pakaian, barang mainan budak ni??..haahahahaha. Sebab dah set kepala, eh kenapala cantik dan comel ka barang diaorang.

Kalau anak lelaki nad tak tau la,nad ada anak perempuan je. Paham-paham jela, baju perempuan, memang cantik-cantik. Tapi nad tengok baju untuk lelaki pun tak tahan..hahhaa..Yela, kalau boleh nak gayakan anak dengan macam-macam baju. Sekarang kan apa-apa mesti nak kongsi dekat instagram dan facebook. Bukan nak menunjuk, untuk suka-suka. Kot ada yang nak cari baju budak hah kita tag sekali atau bagitau kita shopping mana..kannn...

Boleh beratus habis duit beli baju dan mainan anak ni..hahhaha.


Ni nad beli shopping dekat motherhood.com.my .Memang tergugat oii. Macam-macam ade dekat situ, dari barang baby, barang budak dan mak..Sampai nad pun terbeli untuk nad juga. Ala nursing cover untuk susukan anak-anak juga.



Motherhood bukan jual pakaian je, tapi jual mainan juga.  Eh macam-macam la..korang survey je dekat motherhood.com.my tu..mesti korang rambang mata juga. Tengokla Farhanah ada mainan baru.


Ni pulak seluar legging. Sebab Fariza dan Farhanah kekurangan seluar..hahaha. Banyak baju tshirt tapi kurang seluar. Memang dah lama cari legging macam ni. Tak suka legging ada stoking tu. Legging ni dekat @legging_baby_comel. Memang lawa. Kain pun selesa, corak pun cantik. Tak sia-sia beli. Kakak dan adik dah rasmi pakai seluar legging tu. Lembut je kainnya, tak panas. Boleh buat jalan atau pakai dekat rumah. Murah oiii, 3 helai RM25 untuk newborn hingga berapa, lupa. Fariza punya 3 helai RM 28, tapi yang jeans tu harga lain ok. So cepat-cepat tengok dekat, instagram legging baby comel.

Ni ada dua orang anak perempuan, mestila nak sama baju dan warna kan..hahaha. Tapi tu nanti la. Kang terlebih baju diaorang, tak muat almari. Diaorang pun makin membesar..tapi geram la tengok barang budak ni.




RESEPI IKAN SIAKAP MASAK TOMATO

in , by Nadia Johari, 07:34:00
hai assalammualaikum

Resepi Ikan Siakap Masak Tomato - Yeahh Ikan siakap lagi menu kita hari minggu haritu. Biasalah, semua adik beradik ada dekat rumah mak, jadinya kita masak sedap-sedap. Haritu ikan siakap masak kicap, ni pulak, ikan siakap masak tomato. Selalunya, mak buat ikan bawal masak tomato, tapi ada orang pantang dalam rumah ni, jadinya kita guna ikan siakap.


Ikan siakap masak tomato yang dah siap masih dalam kuali ni oiii..Keluarga besar, ikan pun kena banyak la kan..hehehe. Kalau tak berebut. Ikan Siakap ni masak apa pun sedap, sebab manis kan. Korang nak tau cara masak tomato ni, hah meh la nad kongsi ye.

Bahan-bahan
- Ikan Siakap 3 ekor untuk keluarga besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Satu inci halia
- Dua batang serai
- Sos tomato
- Kicap
- Buah Tomato dua biji
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Goreng ikan siakap sehingga garing. Bola dah garing dan masak, angkat dan letak dekat pinggan lain.
- Potong bawang merah, bawang putih dan halia.
- Ambil kuali lain, panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan sos tomato dalam 1 setengah sudu besar. Lepas tu masukkan sedikit kicap. Gaul sehingga rata.
- Masukkan air sedikit.
- Masukkan serai bagi naik bau.
- Masukkan garam dan gula bagi menambah rasa kesedapan kuah tersebut.
- Masukkan ikan ke dalam kuah tersebut. Bila air dah tinggal sedikit, masukkan buah tomato untuk nampak lebih menarik.
- Siap..selamat mencuba.

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2