hai assalammualaikum

Mr Grey - Siapa tengok Mr Grey, ala dramadekat channel astro 104 setiap pukul 10, lakonan Eyra Hazali dan Fendy Bakry. Heroin tu nad kenal la, sebab dulu dia pelakon kanak-kanak. Huishh, bila dia berlakon ni, nampak besar dan matang sekarang. Makin cantik kau. Tapi hero tu nad tak berapa kenal. Ada orang cakap, dia hero remaja. Tak kisahla, tapi, tengok dia berlakon pun tak kekok. Sebab tu cerita tu best.


Nad tak tengok cerita ni dari awal, jadi tak tau mulanya macam mana, dan tiba-tiba dia kerja dekat syarikat Mr Grey tu. Nad terlayan cerita ni sebab bahasa Eyra pakai dalam cerita ni. Bahasa loghat utara Kedah weii. Pekat, betul-betul loghat Kedah. Suka dengar dia cakap, dahla becok, cakap je, pulak tu lurus bendul..hahahha. Nad pernah belajar dekat Kedah, adalah kawan memang betul-betul cakap loghat Kedah, suka dengar dia cakap. Memang tak berhenti..hahahaha.

Cara Eyra cakap, nama lakonan dia Nisa, tak tergeliat-liat. Macam dah biasa je dia cakap. Lagi kawan serumah dia pun cakap loghat Kedah. Macam-macam gelagat dia tunjuk. Kecoh, riuh, kepoh..Bukan dekat rumah je dia pakai, dekat pejabat pun sama.

Suka lagi tengok cerita Mr Grey ni sebab setiap kali si jahat tu Mr Red ka apa, asal nak buat jahat, mesti si Nisa ni nampak..hahaha. Jadinya, susah nak buat kejahatan ye. Eyra dengan bos dia Mr Grey pun cakap macam kawan..hahaha. Bagus betul la.


Tengok cerita macam nanti Eyra dan Mr Grey, bercinta. Eh, sampai kawin ni. Tapi tak tau kesudahannya. Jadi kita, tengok je la nanti ye. Nak tau sinopsis, korang google jela . Banyak keluar sinopsis nanti.

Pelakon:
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey.
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina.
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad.
Lisdawati sebagai Datin Musalma.
Gambit Saifullah sebagai Mr Red.
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah.
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Yah
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain.

Tajuk : Mr. Grey
Mula Tayangan : 9 April 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14

SEMAK TEMPAT MENGUNDI UNTUK PRU14

in , by Nadia Johari, 09:24:00
hai assalammualaikum


Semak Tempat Mengundi PRU14 - Orang lain dah cek tempat mengundi, nad baru nak cek..hahhaa. Nak cek tempat mengundi, boleh ke link pengundi.spr.gov.my
Nad mestila dekat


Haritu dah diumumkan pembubaran parlimen, pada 7 April, lepas tu diumumkan pula tarikh penamaan calon pilihan raya dengan tarikh mengundi. Hari mengundi pada 9 May 2018 iaitu hari Rabu dan tarikh undi awal 5 Mei 2018. Bila keluar je pengumuman ni semua, penuh status tak puas hati, macam-macam lah. Yela dibuat Hari Rabu, dah ada yang kena undi jauh nun kat kampung, bahagian Pahang, Terengganu macam tu. Sudahnya kecoh, yela takut tak dapat mengundi. Yela, hari waktu bekerja. Kalau undi Rabu, takkan nak balik hari, esoknya datang kerja kan. Parah gitu. Tapi katanya boleh tukar tempat kita menetap, ok nad baru tau..hehehe...

Disebabkan kecoh pasal undi Hari Rabu, makanya, adalah cuti khas umum pada hari tersebut. Hah!!, lega la sikit orang kan. Yela, mesti nak mengundi, tu tanggungjawab rakyat nak pilih pemimpin siapa. Rugi oo kalau tak undi.


Lagi beberapa minggu nak pilihanraya ni. Banyak dah bendera dipasang sana sini. Tunggu na 9 Mei 2018 nanti. Siapa kita nak undi, biarlah rahsiaaaa...

BARU TUKAR KAD PENGENALAN BARU

in , by Nadia Johari, 18:10:00
Tukar Kad Pengenalan Baru - Dah ada anak dua, baru nak tukar kad pengenalan baru..hahhaa. Masa nak ambil mykid anak, nad pun buat sekali kad pengenalan baru untuk nad. Ala kad pengenalan baru yang ada dua gambar tu. Dah alang-alang kan. Takdela banyak kos ulang alik nak buat kan.

Kad pengenalan lama nad, sejak dari mula buat iaitu masa umur 12 tahun, sampai dah ada anak dua, tak tukar tukar. Kau rasa, macam mana rupanya agaknya ye..ahhaha. Takdela teruk sangat, gambar masih elok, cuma cip tu kadang takleh detect bila nak discan.
hai assalammualaikum


Vietnamese Spring Roll - Dari masa mengandung teringin nak makan. Tengok orang post, nampak macam sedap je. Vietnamese Springg Roll makanan dari Vietnam. Siapa pernah pergi Vietnam, tau la makanan ni. Sebab mudah dibuat, jadinya orang kita pun buat dan jual sampai la terviral. Vietnamese Springg Roll, rupanya macam popia, tapi yang ni berkhasiat dan kulit bungkusannya lutsinar. Boleh nampak isi dalam tu.

Haritu cakap dengan kakak, ada tak kawan dia jual, dia kata ada. Apa lagi, nad pun suruhla dia beli. Nak rasa. Vietnamese Spring Roll ada macam-macam jenis isinya, ada sayur sahaja, bagi yang nak makan berkhasiat dan vege. Ada juga isi udang, ketam atau ayam beserta sayur. Ikut tekak korang nak mana. Macam nad suka udang, kakak beli udang dan ketam beserta sayur.


Kau tengok gebu-gebu Vietnamese Springg Roll dia. Isi padat,besar pulak tu. Memang puas, makan ni.


Vietnamese Springg Roll ni sedap mestila dari sosnya. Sebab springg roll ni dimakan dengan sosnya. Sos orang ni buat memang sedap dan lpedas giler weii..Lidah kejung jap..hahhaa..tapi okla sebab makan dengan isi sayuran dan udang tu. So yummy.


Yang lain nad boleh rasa, cuma yang rupa macam mihun tu warna putih..macam pelik pulak..hahaha. Mungkin pertama kali rasa, tu yang lidah susah nak terima sikit. Mungkin lepas ni boleh cuba lagi. Sebab memamg nampak sedap..hehheh. Nak buat sendiri boleh je, tengok rajin tak rajin ler..

Bagi orang klang, meru, kalau nak order boleh order dengan Siti Aslinda , +60 12-208 3482. Dia ni bukan buat tapi delivery orang punya..apa-apa boleh whatsup dia.

CANTIK - CANTIK CADAR KATIL IKEA

in , by Nadia Johari, 21:22:00
hai assalammualaikum

Cadar Ikea Menarik Semuanya - Haritu cuaca panas betul, jadinya ajak mr mafia pergi cari tempat beraircond..heheh. Tempat yang dituju mestila ikea Cheras, sebab dah dekat dengan rumah. Sebenarnya nak cari barang juga, almari adik Farhanah dengan mejabeg tulis Fariza. Nad pun ada nak belitau barang untuk nad.

Sampai ikea je, memang sejuk...hahhaa. Duk lama-lama dalam tu pun takpe. Macam biasalah, bila sampai ikea, tengok-tengokla mana berkenan. Sedangkan dah tulis dalam kertas apa yang nak dibeli. Biasalah usha-usha kan, kot-kot boleh buat dekorasi nanti dekat rumah..kahkahkah.





Sampai tempat cadar, tengok, cantik sangat. Memang berkenan dekat cadar ikea ni. Semuanya cantik belaka, dan sedap je bila dah duduk. Baring apatah lagi, boleh tertidur dekat situ..hahaha. Letak Farhanah, memang tidur sahaja. Angkatla dari tilam ke tilam, diletak atas berlainan corak cadar tu, tak bangun.

Memang teringin nak beli cadar katil ikea ni. Tapi nantila dulu, nad nak beli barang lain dulu. Ramai kata, bulat2 putih tu lawa.



Fariza sekarang dah pandai, dia naikpun sendiri atas katil, terus tarik selimut tu, dan baring..hahaha. Nampak sedap sangat katil tu. Mana taknya,mommy pun rasa best je, Fariza sampai taknak turun dari katil. Dahla lembut. Mau tak bangun bila dah tidur.




Datang ikea, mestila kena makan meatball dekat sini...kihkih..nyumnyum..kongsila dengan mr mafia. Fariza makan sup dengan kek. Ayam goreng pun ada. Bestnya ayam goreng dia macam rangup sikit..sedapp..


Adik Farhanah, masa makan baru bangun. Lepas kenyang baru tukar turn, daddy pulak jaga dan layan dia. Mommy sambung makan meatball.

Haritu beli almari baju adik Farhanah dengan meja tulis Fariza. Cadangnya memang nad nak beli barang lain juga, barang besar, tapi mr mafia cakap kereta tak muat. Sabar jela, nad ni dahla malas nak keluar banyak kali. Barang apa nad nak beli, hah tu nanti nad cerita apa yang nad nak beli ye selain.


BENTAN!! TAKUTNYAA

in , , , , by Nadia Johari, 09:45:00
hai assalammualaikum


Bentan selepas Berpantang

Bentan - Nad tak tau macam mana sebenarnya kena bentan ni. Nad tau pasal bentan pun masa mengandung la kan. Kalau tak, tak tau pasal bentan ni semua. Orang cakap, lepas bersalin, kena pantang betul-betul, kalau tak kena bentan nanti. Katanya, bentan ni kalau kena memang sakit dan menyusahkan semua orang.

Bentan boleh terjadi semasa berpantang atau lepas berpantang. Sebab tu orang cakap, bila berpantang tu, kena pantang betul-betul. Badan kita, orang perempuan masih lemah dan banyak perlu dijaga. Walaupun lepas pantang dua bulan ke tiga bulan, mesti kena jaga juga. Pantang makan segala. Jangan buat kerja berat-berat.

Mak pernah cerita, masa dulu, mak pun oernah kena bentan, lagi tumpah darah. Mak salah makan, tu pun dah lepas habis pantang. Nad dengar seram juga. Bila hampir kena dekat diri sendiri, takut juga.

Pengalaman Sendiri

Sebenarnya, nak dijadikan cerita, hari Sabtu lepas, nad bangun dari tidur. Tiba-tiba kepala pening, macam nak pitam, berdenyut-denyut kepala. Perut lapar sangat, sedangkan malam semalam dah makan banyak. Lagi menakutkan, badan tiba-tiba sejuk dan keluarkan peluh sampai menitik-nitik dan basah kuyup habis. Memang seram kau, bila tengok cermin. Peluh keluar tiba-tiba tu, macam orang bersenam pulak. Sedangkan waktu tu panas giler cuaca, nad sejuk yang amat.

Tapi nad tahan dan gigih buat air untuk sarapan, sebab fikir, ia jadi sebab nad lapar. Masa buat air tu, nad terduduk denkat kabinet, sebab pening giler. Dah siap air, terus makan cicah roti. Ok sikit, peluh pun kurang. Allahuakbar, tertanya-tanya kenapa jadi macam tu.

Lepas tu tanya kawan-kawan blogger KBBA9. Rupanya diaorang cakap macam nak kena bentan tu. Oh my, bentan kau!!. Nad dah cuak. Diaorang takdela takutkan, lagi best, diaorang bagi cara supaya tak jadi lagi macam tu.

Cara elakkan bentan:
- Pakai stokin
- Bertungku, wajib buat. Masa kat kampung nad tak bertungku pun. Pastu kak sue cakap, kalau takde tungku dekat rumah, ambil botol air, isi air panas, bungkus botol dengan kain dan tuam dekat badan. Gigih buat
- Bagi badan berpeluh
- Minum jamu

Cara lain
- Sapu minyak panas
- Pakai baju panas
- Berselimut semasa tidur

Mungkin banyak lagi cara dia. Kenala google. Baru tau, bentan banyak jenis rupanya..

1) Bentan Urat
Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta biasa-biasa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.
Punca - ibu terlalu aktif bergerak
Rawatan - sapukan minyak urut di badan dan urutan perlahan

2) Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim
Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan ibu tidak dapat meluruskan kaki beliau.
Punca - Ibu mengangkat barang-barang berat
Rawatan - Ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah

3) Bentan Urat Besar (Pinggang)
Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
Punca - tidak dapat dikenalpasti, tetapi biasanya berlaku kepada ibu yang bersalin melalui pembedahan
Rawatan - Rehat dan kurangkan bergerak.

Nad mungkin yang no 1 tu..huhu. Nad masih pantang makan walaupun dah balik kl ni. Memang tunggu anak masuk 4 bulan baru macam berani nak makan macam-macam. Rasa takut pulak. Nampaknya kena jaga ni dan cari jamu.

hai assalammualaikum

Bhaiya Roti Lalu - Bhaiya Roti motor lalu depan rumah,mesti terus keluar runah cepat-cepat, cakap " berhenti, berhenti "..pahamla bhaiya tu yang kitaorang nak beli. Tu la perangai kecik-kecik dulu, sekarang, anak-anak buah dan turun ke anak.

Sekarang, bila bhaiya roti motor tu datang sampai depan rumah je,mesti berhenti lama depan rumah, sebab memang kerap beli kan, bila cakap takank, baru dia pergi. Bhaiya roti motor ni kan ada hon dia, jadi taula bila dia datang. Kalau sebelum ni, Fariza dengar hon tu buat tak tau je, melainkan, nad atau mr mafia nak beli dan ajak dia keluar. Tu masa dekat bandar.


Tapi, lepas dia duduk 2 bulan dekat kampung, sepupu-sepupu dia jenis teruja bila bhaiya roti motor ni datang, jadinya Fariza pun terikut sekali. Dah sampai kenal bunyi hon tu. Bhaiya roti motor tu lalu je, terus keluar rumah, terus muka dia senyum, terkinja-kinja nak lari juga. Pastu terlompat-lompat macam nampak ape..hahahha..Dia nak pau mommy la tu.


Paling tak jangka, bila dia tengah tidur, dengar je hon bhaiya roti ni, terus bangun, segar bugar kau. Pernah sekali, bhaiya ni selalu datang dalam pukul 11 pagi dekat kampung, waktu tu, Fariza tidur lagi, sekali dia dengar hon tu, terus bangun, terus datang dekat nad, lepas tu cakap " mommy,mommy"..sambil tunjuk luar. Mula nad tak paham, nad suruh dia tunjuk, sekali dia tunjuk luar, ok nad paham.

Bila dah sampai bandar, asal dengar je hon, terus dia ajak suruh keluar..Bagusnya Fariza, dia tak reti pilih jajan apa, nad yang akan pikihkan untuk dia. Jadi, takdela beli jajan yang mengarut-ngarut.

BULI MEMBULI

in , by Nadia Johari, 17:29:00
hai assalammualaikum

Buli Membuli - Selalu dengar dekat sekolah kes buli ni. Memang sakit hati bila baca atau tengok. Tapi kes buli ni berlaku dekat rumah mak. Buli membuli antara sepupu..haahha. Bila ada tak puas hati, kenala, tak kisah kena tolak, kena tendang, kena cubit. Bila sorang dah buli orang tu, orang tu pulak tak berani membalas, dia buli la orang lain pula, untuk melepaskan amarah mungkin.


Kes benarnya antara Fariza dengan sepupu baya dia jarak, 5 bulan je, dengan sepupu paling kecik. Kalau korang tengok gambar, yang lelaki tu la sepupu baya Fariza, Raihan nama dia. Kalau dulu, dia memang suka setiap kali Fariza balik kampung. Anak buah nad ni duduk sebelah rumah mak je..anak kakak. Setiap kali Fariza balik kampung mesti dia, sambut " Faiijaaa..faiijaa "..bahasa kanak-kanak, biasalah. Sekarang pun dia suka bila Fariza balik, tapiii...

Fariza ni jenis memang suka main dengan Raihan. Sikit-sikit nak pergi rumah kakak lepas bangun tidur, lepas mandi, sebab nak main dengan Raihan. Dulu diaorang main, elok je. Sekarang, asal Fariza ada buat Raihan tak puas hati atau menyampah ke apa, habis dicubitnya, kadang ditendangnya Fariza.

Tu pun kakak yang bagitau. Kalau tak nad tak tau. Sampaila satu hari nad nampak sendiri depan mata. Raihan cubit Fariza, bukan cubit biasa-biasa tapi cubit betul-betul, sekuat hati, sampai meronta Fariza, cakap sakit, sakit..allahu..nad tengok pun geram. Tapi sabar je la..cuma cakap " heyy "..mwnangis Fariza..ya allah,nampak sangat sakitnya. Tapi Fariza ni masih nak main dengan Raihan. Itu jela kawan baya dia. Ada dia join sepupu lain main, tapi sepupu lain besar dah. Main pun benda dia tak leh main sangat.


Fariza pulak jenis takut dan tak membalas. Kadang kakak cakap, sampai dia nyorok bawah katil. Ganas sangat Raihan tu. Fariza pulak, bila tak dapat balas, dia buli orang lain pulak. Korang tengok gambar, yang kecik tu la namanya Jannah. Setahun lebih usia dia. Duduk sebelah Fariza tu. Hah!! Fariza pergi buat dajal pulak dekat Jannah bila ada benda dia rasa nak buat. Kadang tengok saje je dia buat, macam ditolak, ditarik rambutand, lagi teruk dikepit kepala Jannah dengan almari..aduh..anak-anak.

Nad dah pesan, jangan buat,, kesian Jannah, dia kecik, budak waktu tu je dengar, nanti buat lagi. Kita pun duk ulang cakap, kadang marah dia. Pengaruh sangat tengok cara Raihan buat,, sampai dia pun buat. Fariza memang mudah tiru apa orang lain buat. Tu yang takut tu bagi duduk kampung lama-lama. Tak kisah dia nak main, tangkap ayam ke, kucing kekat..tapi kalau ikut perangai tak elok orang lain, tu yang susah. Sebab tu cepat-cepat balik kl. Seram kadang. Nak betulkan semula perangai dia. Haritu duduk kampung pun sebab pantang.
hai assalammualaikum

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 - Bulan puasa bulan depan, lepas tu raya. Sekarang semua persiapan kena buat awal, lagi-lagi baju raya. Kalau boleh taknak kelam kabut. Taknak bersesak-sesak beli akhir-akhir Ramadhan. Biar cepat, semua senang. Takyah fikir dah. Fikir nak raya je..heheheh. Hah, korang tak tau nak shopping raya dekat mana, ni nad nak bagitau.


Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan.

Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.


Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)

VICKS BABY BALSAM LEGAKAN BATUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 21:22:00
hai assalammualaikum


Vicks Baby Balsam - Pertama kali nad nampak vicks untuk kanak-kanak lol..kesian kan daku, baru tau pasal vicks ni. Tau pun sebab nampak dekat, facebook. Selalu guna vicks tutup hijau tu, untuk orang dewasa, memang berangin la. Sedap dipakai masa batuk dan selsema. Nad kadang pakaikan juga dekatyang Fariza, tapi baca rupanya vicks tu tak sesuai untuk kanak-kanak. Tengok komen, ramai cakap pasal vicks baby balsam tutup pink ni.


Apa lagi, nad pun suruhla abang belikan dekat farmasi. Harganya boleh tahan RM16..huhu. Nak cuba, kenala beli. Kakak nad cakap bagi vicks bila budak ni batuk, yela kakak nurse mesti dia tau.


Rupa dia sama je macam vicks selalu pakai tu, cuma saiz botol lebar sikit. Boleh tahan lama la. Dalamnya pun sama. Nad sapukan dekat dada fariza, leher dan belakang dia.

Nad cuba pakai dekat nad, rasanya takdela berangin sangat macam vicks orang besar punya tu. Yela, untuk kanak-kanak punya, memang la tak boleh panas sangat kan.

Bila pakaikan dekat Fariza, ok sikit la batuk dia, takde teruk dah bunyinya. Vicks ni sesuai untuk baby juga tapi 3 bulan ke atas. Boleh jadikan macam minyak telon juga. Boleh je beli dekat farmasi berdekatan. Dekat pasaraya tak berapa pasti. Simpan satu dekat rumah.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2