AJAR ANAK BERTUKANG, BENDA BARU BAGI DIA

in , by Nadia Johari, 19:41:00
hai assalammualaikum

Ajar Anak Benda Baru Dan Menyeronokkan Bagi Si Kecil - Fariza ni suka tengok apa yang mommy dan daddy dia buat. Bagi dia tu seperti permainan, tapi sebenarnya bukan. Tu benda baru yang dia buat. Dan setiap kali dia tengok, taknak dia kacau, kitaorang akan ajak dia buat benda tu bersama. Benda baru yang mencabar bagi dia ialah bertukang. Meja yang mr mafia beli untuk dia, sebenarnya, Fariza dan daddy dia yang pasang sama-sama. Kalau sesuatu perkara tu masih selamat, memang akan suruh Fariza buat, kalau tak sesuai untuk dia, memang takkan bagi dia buat la. Jadi bila dia buat sama-sama, dia takkan kacau kita buat kerja.

pasang kerusi

skru sendiri tu

tengok gambar, tunjukkan, dan ajar

pusing skru lagi

Masa bertukang ni, mr mafia suruhla dia masukkan skru, pusingkan skru. Dia punya khusyuk buat memang macam orang betul-betul bertukang..hehee. Mr mafia akan ajar dia, cara masukkan, pegang semua tu la. Benda macam ni, bukan sahaja menyeronokkan anak-anak, malah mengeratkan silaturrahim antara keluarga kan.

masukkan skru

buat sampai siap

dah siap

Fariza pasang dari meja sampaila ke kerusi. Untuk anak selesaikan sesuatu tugasan yang sukar dan mencabar, ajarkan mereka satu persatu, langkah demi langkah. Bila anak berjaya buat langkah pertama, boleh bergerak ke langkah seterusnya hingga dia mampu lakukannya sendiri.
Tak kisahla dia perempuan , bukan kerjanya main makeup, cantik-cantik je kan. Benda lasak pun kena buat. Kena tiru mommy dia ni, suka benda lasak-lasak...hahaa. Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang menyeronokkan dan sukar diikuti sehingga mencabar daya fokus mereka.

Ini juga sebagai latihan buat mereka. Berlatih memerhati dan menghayati momen di sekeliling mereka. Kita mahu anak belajar sisihkan gangguan dan melatih keupayaan untuk fokus.

Setiap hari pasti akan ada benda baru yang boleh anak-anak kita belajar. Buat sama-sama, biarkan dia buat sendiri, tapi kita pantau. Dia seronok, kita pun seronok tengok dia..hehee.

MEJA TULIS IKEA UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 17:25:00
hai assalammualaikum


Meja Tulis Latt Ikea Untuk Fariza - Akhirnya, daddy belikan Fariza meja untuk dia belajar menulis dan membaca. Sebelum ni, nad pernah ada post, yang Fariza memang suka membaca dan menulis. Kesiannya, dia menulis dekat sofa je, lepas t tertonggeng-tonggeng menulis. Kadang tu baring meniarap sebab nak tulis. Kesian dekat dia, haritu kitaorang pergi Ikea untuk cari meja tulis untuk Fariza. Bagi Fariza lebih selesa dan seronok bila ada meja tulis ni. Motif lain, mestilah nak tarik minat anak kita supaya terus minat membaca dan menulis kan. Yela, seronok ada meja tulis sendiri.


Datang Ikea, dia memang tak tau pun nak beli meja tulis dia. Bila sampai bahagian meja kanak-kanak, dia suka sangat. Saja tengok, dia pilih mana..hahaa. Pertama sekali dia pilih kerusi. Kau tau dia pilih kerusi warna pink yang boleh berpusing tu ( seperti dalam gambar ). Takpe, kitaorang bagi can dia pilih, tengok mana dia berkenan.

Sambil-sambil tu, kitaorang pun tengok mana yang elok, murah dan sesuai dengan usia dia dua tahun ni. Akhirnya mr mafia nampak satu meja ni, set dengan dua kerusi. Harga murah, tersangatla murah. Tengah ada promosi masa tu. Mr mafia panggil nad " sayang, abang dah jumpa meja sesuai untuk Fariza "..sebenarnya sebelum ni, mr mafia nak carikan Fariza meja berlaci, sebab dia jenis suka simpan barang dalam laci almari..hahaa. Tapi kalau yang jenis macam tu mestilah mahal. Jadinya beli yang simple dan cantik je.


Nama meja tulis Fariza ni Latt, harganya RM79. Meja dan dua kerusi ok, Murah, okla kan. Design putih dan berkayu. Comel je dia duduk dekat meja tu, dengan " kawan " dia..heehe. Meja ni takdela kecik sangat, memang sesuai untuk dia. Bila dia dah besar pun masih boleh pakai. Lainla kalau dah remaja. Tulisla dekat meja lain.

Lepas ada meja ni, setiap kali nak menulis atau membaca dia akan tarik sendiri kerusi tu dan duduk. Ni pun dah jadi tempat makan dia..hehee. Lepas tu mesti dia kemas balik meja dia sendiri. Kerusi dimasukkan, barang disusun. Kalau diusik, marahla dia..gitu sekali.

Meja ni pun mommy boleh pinjam buat ambil gambar produk review mommy kan..hahaa.

GOOGLE ADSENSE DAH APPROVED!!

in , by Nadia Johari, 09:53:00
hai assalammualaikum


Google Adsense Dah Approve - Seronok tengok sorang-sorang kawan Google Adsense diaorang approved. Nad pun rasa tercabar juga, sebab google adsense tak approved lagi waktu tu. Sedih, sebab tengok diaorang dapat jana income dengan Google Adsense. Berapa kali apply, sampai mintak tolong kawan, masih takde jawapan daripad Google. Sampaila semalam, nad tengok gmail, dan baca, terus screenshot dan tunjuk dekat seorang kawan ni, cakap " wei betul ke ni "..terus dia ucap tahniah. Suka, gembira tak, terkata nadand, akhirnya Google Adsense dah approved. Macam dapat sesuatu yang sangat, berharga ok. Semuanya atas pertolongan kawan kita ni juga. Biarlah rahsia..hehehe.

Dulu nad tak ambik tau pun pasal Google Adsense ni. Sebab macam pening je nak apply. Jadi, abaikan jela. Tapi, bila kawan-kawan lain kongsi pasal Google Adsense, duitnya lagi lumayan, nad rasa, tak salah cuba. Dah banyak kali cuba, tak dapat-dapat sampai nad rasa " eh biarlah ". Tapi tak boleh, mesti akan muncul lagi perkataan adsense ni..hahahaa.

Lepas apply dengan email sedia ada, nad cuba buat gmail baru pulak. Lepas tu nekad tukar domain baru. Semuanya sebab nak Google Adsense approve ok. Semuanya dapat bantuan daripada kawan blogger kita ni gak, yang merupakan jiran nad juga..hehehe. Dia yang tolong nad apply Google Adsense, dan esoknya bersamaan 21 April 2018 terus approved. Yeahh!!, suka giler. Lepas tukar domain dan akaun gmail, bersusah payah ni, syukur, ada juga dapat jana income dengan adsense. Dapat juga merasa.

Nad masih newbie lagi. Banyak juga kawan bagi tips ni semua. Kita dengar jela. Kawan kita tu hebat, tapi baik hati sebab tolong kita..terharu..nanti kita belanja KFC ye..heehe. Semoga awak murah rezeki kawan a.k.a jiran.

Baru tau nikmat merasa adsense ni. Lepas dapat terus tengok berapa click, barapa today so far..hahaha..walaupun masa approved dapat 0.01, kira okla..ade juga terhasilnya. Nanti kita tengok lagi..hehehe. Kena tau lebih mendalam tentang adsense, kena belajar lagi, kena baca untuk dapat hasil yang kencang.

Korang ada nampak iklan adsense kita lalu tak..heheheh. Semoga terus maju dalam dunia blog ye nadia.
hai assalammualaikum



Buffet Ramadhan Di Bangi Golf resort

Keitimewaan Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort - Nampak tak gambar dekat atas tu, hah!1, tu bukan bubur tau, tapi telur setengah masak yang paling special dekat bangi Golf Resort. Telur ni takda dekat tempat lain, hanya di Bnagi Golf resort pada bulan Ramadhan nanti. Sous Vide Eggs, unik kan nama dia. Telur setengah masak ni wajib diambil korang kena rasa sebab ditambah dengan Cendawan Espuma. Sesapp weii..mesti ambil lebih, sebab Fariza pun suka. Sebenarnya, bukan telur setengah masak ni je yang ada, banyak lagi menu yang disediakan di Bangi Golf Resort bulan Ramadhan nanti. Meh nad kongsi dengan korang apa menu dia ye..

Ramadhan eksklusif Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort akan bermula pada 19 Mei sehingga 13 Jun 2018. Bangi Golf Resort menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Korang boleh membuat tempahan di https//www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan. sebab suka berbuka puasa dekat sini, sebab dia murah, serius. Harga serendah RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak.

Sambil Makan Sambil Beramal

Tahun ni kelainan bagi Bangi Golf Resort, sepanjang Bulan Ramadhan, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bagus kan, sambil makan sambil menderma. Amalan baik yang kita boleh buat pada Bulan Ramadhan. BGR juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk mnyumbangkan mana-mana lebihan makanan dari Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Sajian Hidangan Yang Disediakan di Bangi Golf Resort

Menu yang wajib ada juga ketika Buffet Ramadhan di Bangi golf Resort, apa lagi kalau bukan kambing bakar. Bukan setakat kambing bakar, malah ada Sup Kambing Mamak. Ku hirup kuah dia, slurpp..slurpp..memng asyik..hehehe.




Ada juga satay ayam dan daging, kay teow goreng dan mee mamak.



Bagi yang nak tekak makan western, dekat sini pun ada. BGR menyediakan sajian barat seperti Lasagnan ayam dan Spaghetti Carbonara.


Dapat makan Nasi Kerabu, memang sedap oii bulan puasa nanti. Ada ikan masin, keropok ikan dan bahan-bahan lain yang korang boleh ambik. Nad diberitahu, semua bahan ni dipetik di kebun yang mereka tanam sendiri. Pergh, bagus kan.




Sedap-sedap semuanya...



Bagi penggemar laksa, dekat sini ada Laksa Sarawak dan Laksa Singapura. Nad kena pantang laksa ni selama setahun, kalau tak mesti rasa dua-dua ni. Mesti rasa dia berbeza kan dengan laksa yang selalu nad makan. aduh, sedih..


Selain itu, ada juga Nasi Ayam Hainan. Ayam dia empuk dan berjus.


Daging Masak Lada Hitam yang mengiurkan. Menu baru mereka iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega. kalau dah nama menu baru, mestilah kena rasa.




Dah namanya Buffet, dari makanan berat sampailah makanan ringan, pencuci mulut tak ketinggalan. Ada pelbagai pencuci mulut yang ada di BGR. Semestinya Churros Sepanyol dengan Sos Coklat pekat, Tiramisu Itali, kuih muih serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Gelato dengan perisa durian dan bunga kantan juga ada.



Suka sangat tempat pencuci mulut ni. sebab comel-comel semuanya..hehee. Kek-kek yang ada ni semua pun sedap-sedap belaka. Ada Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colado Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Talas Salted Corn, Red velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse. Terbaiklaa..

Lagi, lagi dan lagi yang korang kena tau, BGR pun ada menerima tempahan untuk durian Musangk King ( RM110 sekotak ) dan D24 ( RM55 sekotak ). Sesiapa nak membeli untuk Iftar dan Hari Raya boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.

Masa makan pun ada persembahan muzik secara langsung. Jadi takdelah boring sangat kan.

Tempat parkir, korang jangan risau, ada 800 lot parkir dan ia adalah percuma. Ruang solat pun ada disediakan.

Nad tengok semua menu ni, nad yang lapar sekarang..hahaa. Tak sabar nak tunggu bulan puasa ni, nak pergi berbuka puasa dekat Bangi Golf Resort.


Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh layari Bangi Golf Resort
Alamat: No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Tempahan ; 1 700 81 8557
Email: sales@bgrrest.com
website; http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigofresort/
Instagram; www.instagram.com/bangigolfresortofficial

hai assalammualaikum


Farhanah Tak Banyak Karenah - Nad bersyukur sangat, bila Allah bagi nad anak kedua ni, tak banyak ragam dan cool je. Tak banyak sangat karenah dan selalu menyenangkan nad. Lepas je bersalinkan Farhanah, memang dia ni behave je. Teringat masa lahirkan anak pertama, Fariza, dari hospital, sampai pantang menangis je..Tak salahkan dia pun, biasalah, kita pun pertama kali bersalin, jadi tak tau sangat nak buat apa. Bila dah anak kedua ni, kita taula uruskan sikit-sikit.

Farhanah dekat hospital memang lepas susu, dia akan tidur. Jenis tidur pula, tidur lama dan tak kisah bunyi bising, sebab dah ngantuk sangat. Nad memang banyak rehat la bersalin kali ni. Balik rumah nenek berpantang pun ok je. Sebab dia tidur lepas mandi, dan susu. Berapa kali je terjaga. Tengah malam pun, berjaga dalam pukul 5 pagi. Lepas susu, tidur balik.

Balik KL, takut juga, kalau dia tak serasi kan. Yela, rumah nad depan jalan, bunyi kenderaan tu memang akan dengar walaupun tutup pintu dan tingkap. Tak lagi bunyi hon atau orang merempit lagi..Kita orang besar ni, kalau dengar rasa nak liku je yang merempit tu, ni kan pulak budak kecik.


Tapi nasib baikla Farhanah jenis " eh lantak kau la "..hahahha. Kalau dia nak tidur, tidur juga. Bunyi bising tak heran. Tetap tidur..hahaha. Dua-dua anak nad memamg jenis tidur lena la walaupun bunyi bising kenderaan dekat luar. Senang kerja nad walaupun anak dah dua ni. Kerja dekat rumah pun masih teratur buatnya. Kerja blog masih jalan juga.


Kakak biasalah, dengan tantrum bila, nak perhatian lebih. Nad cuma pening dengan si kakak Fariza je la. Tapi takpe, dia dah besar, tau dah apa kita cakap, kadang dia dengar juga. Farhanah akan terjaga dari tidur bila kakak kacau, atau bising. Mommy sabar jela. Kakak Fariza memang jenis tak duduk diam dan mulut becok..hahaha.
hai assalammualaikum


Bersih Sentiasa Dengan Carrier Junior Wipes - Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.


Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrier Junior Funtime Wipes  

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.



Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).
*Harga termasuk GST.

hai assalammualaikum

Mr Grey - Siapa tengok Mr Grey, ala dramadekat channel astro 104 setiap pukul 10, lakonan Eyra Hazali dan Fendy Bakry. Heroin tu nad kenal la, sebab dulu dia pelakon kanak-kanak. Huishh, bila dia berlakon ni, nampak besar dan matang sekarang. Makin cantik kau. Tapi hero tu nad tak berapa kenal. Ada orang cakap, dia hero remaja. Tak kisahla, tapi, tengok dia berlakon pun tak kekok. Sebab tu cerita tu best.


Nad tak tengok cerita ni dari awal, jadi tak tau mulanya macam mana, dan tiba-tiba dia kerja dekat syarikat Mr Grey tu. Nad terlayan cerita ni sebab bahasa Eyra pakai dalam cerita ni. Bahasa loghat utara Kedah weii. Pekat, betul-betul loghat Kedah. Suka dengar dia cakap, dahla becok, cakap je, pulak tu lurus bendul..hahahha. Nad pernah belajar dekat Kedah, adalah kawan memang betul-betul cakap loghat Kedah, suka dengar dia cakap. Memang tak berhenti..hahahaha.

Cara Eyra cakap, nama lakonan dia Nisa, tak tergeliat-liat. Macam dah biasa je dia cakap. Lagi kawan serumah dia pun cakap loghat Kedah. Macam-macam gelagat dia tunjuk. Kecoh, riuh, kepoh..Bukan dekat rumah je dia pakai, dekat pejabat pun sama.

Suka lagi tengok cerita Mr Grey ni sebab setiap kali si jahat tu Mr Red ka apa, asal nak buat jahat, mesti si Nisa ni nampak..hahaha. Jadinya, susah nak buat kejahatan ye. Eyra dengan bos dia Mr Grey pun cakap macam kawan..hahaha. Bagus betul la.


Tengok cerita macam nanti Eyra dan Mr Grey, bercinta. Eh, sampai kawin ni. Tapi tak tau kesudahannya. Jadi kita, tengok je la nanti ye. Nak tau sinopsis, korang google jela . Banyak keluar sinopsis nanti.

Pelakon:
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey.
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina.
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad.
Lisdawati sebagai Datin Musalma.
Gambit Saifullah sebagai Mr Red.
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah.
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Yah
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain.

Tajuk : Mr. Grey
Mula Tayangan : 9 April 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14

SEMAK TEMPAT MENGUNDI UNTUK PRU14

in , by Nadia Johari, 09:24:00
hai assalammualaikum


Semak Tempat Mengundi PRU14 - Orang lain dah cek tempat mengundi, nad baru nak cek..hahhaa. Nak cek tempat mengundi, boleh ke link pengundi.spr.gov.my
Nad mestila dekat


Haritu dah diumumkan pembubaran parlimen, pada 7 April, lepas tu diumumkan pula tarikh penamaan calon pilihan raya dengan tarikh mengundi. Hari mengundi pada 9 May 2018 iaitu hari Rabu dan tarikh undi awal 5 Mei 2018. Bila keluar je pengumuman ni semua, penuh status tak puas hati, macam-macam lah. Yela dibuat Hari Rabu, dah ada yang kena undi jauh nun kat kampung, bahagian Pahang, Terengganu macam tu. Sudahnya kecoh, yela takut tak dapat mengundi. Yela, hari waktu bekerja. Kalau undi Rabu, takkan nak balik hari, esoknya datang kerja kan. Parah gitu. Tapi katanya boleh tukar tempat kita menetap, ok nad baru tau..hehehe...

Disebabkan kecoh pasal undi Hari Rabu, makanya, adalah cuti khas umum pada hari tersebut. Hah!!, lega la sikit orang kan. Yela, mesti nak mengundi, tu tanggungjawab rakyat nak pilih pemimpin siapa. Rugi oo kalau tak undi.


Lagi beberapa minggu nak pilihanraya ni. Banyak dah bendera dipasang sana sini. Tunggu na 9 Mei 2018 nanti. Siapa kita nak undi, biarlah rahsiaaaa...

BARU TUKAR KAD PENGENALAN BARU

in , by Nadia Johari, 18:10:00
Tukar Kad Pengenalan Baru - Dah ada anak dua, baru nak tukar kad pengenalan baru..hahhaa. Masa nak ambil mykid anak, nad pun buat sekali kad pengenalan baru untuk nad. Ala kad pengenalan baru yang ada dua gambar tu. Dah alang-alang kan. Takdela banyak kos ulang alik nak buat kan.

Kad pengenalan lama nad, sejak dari mula buat iaitu masa umur 12 tahun, sampai dah ada anak dua, tak tukar tukar. Kau rasa, macam mana rupanya agaknya ye..ahhaha. Takdela teruk sangat, gambar masih elok, cuma cip tu kadang takleh detect bila nak discan.
hai assalammualaikum


Vietnamese Spring Roll - Dari masa mengandung teringin nak makan. Tengok orang post, nampak macam sedap je. Vietnamese Springg Roll makanan dari Vietnam. Siapa pernah pergi Vietnam, tau la makanan ni. Sebab mudah dibuat, jadinya orang kita pun buat dan jual sampai la terviral. Vietnamese Springg Roll, rupanya macam popia, tapi yang ni berkhasiat dan kulit bungkusannya lutsinar. Boleh nampak isi dalam tu.

Haritu cakap dengan kakak, ada tak kawan dia jual, dia kata ada. Apa lagi, nad pun suruhla dia beli. Nak rasa. Vietnamese Spring Roll ada macam-macam jenis isinya, ada sayur sahaja, bagi yang nak makan berkhasiat dan vege. Ada juga isi udang, ketam atau ayam beserta sayur. Ikut tekak korang nak mana. Macam nad suka udang, kakak beli udang dan ketam beserta sayur.


Kau tengok gebu-gebu Vietnamese Springg Roll dia. Isi padat,besar pulak tu. Memang puas, makan ni.


Vietnamese Springg Roll ni sedap mestila dari sosnya. Sebab springg roll ni dimakan dengan sosnya. Sos orang ni buat memang sedap dan lpedas giler weii..Lidah kejung jap..hahhaa..tapi okla sebab makan dengan isi sayuran dan udang tu. So yummy.


Yang lain nad boleh rasa, cuma yang rupa macam mihun tu warna putih..macam pelik pulak..hahaha. Mungkin pertama kali rasa, tu yang lidah susah nak terima sikit. Mungkin lepas ni boleh cuba lagi. Sebab memamg nampak sedap..hehheh. Nak buat sendiri boleh je, tengok rajin tak rajin ler..

Bagi orang klang, meru, kalau nak order boleh order dengan Siti Aslinda , +60 12-208 3482. Dia ni bukan buat tapi delivery orang punya..apa-apa boleh whatsup dia.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2