hai assalammualaikum

Koleksi Terhad " Be With Me " Bunga Dalam Jar Yang Comel - Siapa tak suka dapat kejutan daripada orang tersayang kan. Tak kisahlah, kejutan sempena Hari Lahir, Hari Perkahwinan atau sambutan apa pun. Kejutan tersebut mesti menjadi kenangan sepanjang masa, lagi-lagi kalau dapat hadiah yang comel dan boleh disimpan lama. Bagi perempuan, dapat bunga pun dah seronok. 

Bunga masih menjadi hadiah yang diminati untuk diberikan kepada pasangan sebab rasa dihargai dan disayangi. Perempuan dan bunga tak dapat dipisahkan. Bunga bukan sahaja pada pasangan kekasih, malah boleh diberikan kepada orang tua dan sahabat.

" Be With Me " Koleksi Bunga Dalam Jar Yang Comel

Selalunya orang bagi sejambak bunga kan, dan lama-lama bunga tu akan layu. Tapi, ni nad nak bagitau korang, apa kata korang bagi bunga yang lain dari yang lain. Bunga ni tak akan layu dan mati. Bunga ni memang sangat comel dan cantik. Pasangan korang mesti suka. Tapi koleksi bunga ni sangat terhad tau!! Koleksi bunga dalam jar " Be With Me " yang sangat unik, pasti akan beri kesan yang romantis bila korang berikan kepada pasangan. Bukan itu sahaja, kalau diberikan kepada ibu, ayah atau sahabat, mesti diaorang akan ingat korang selalu. Serius!, cantik sangat bunga ni.


Mengejutkan orang-orang istimewa dalam diri korang, dengan bunga-bunga yang indah pada bulan Mei ini. Ni la dia Koleksi Terhad " Be With Me " Bunga Dalam Jar yang sangat comel dan cantik. Bunga ni boleh menjadi hadiah yang sempurna sempena Hari Ibu, Hari Guru dan juga 520.


Keistimewaan bunga ni ialah bunga yang tak akan mati, kerana bunga ni, bunga pertama yang diawet. Hasil kolabarasi Inflority Preserved Flower dengan Yuki's Fiori telah menghasilkan bunga yang sangat menarik seolah-olah nampak bunga itu seperti bunga yang segar. Bunga yang diawetkan adalah bunga semulajadi 100%.


Teknik yang dibuat memang sangat menakjubkan. Kalu korang tengok dekat gambar ni, memang bentuk dan design sangat menarik. Bunga yang dipelihara dan masih mengekalkan kelenturan mereka dan kesegaran semulajadi mereka tanpa ada sebarang cacat celanya. Mereka tidak memerlukan air, tidak ada penjagaan khusus dan mereka boleh bertahan hingga sekurang-kurangnya 3 tahun.

Koleksi terhad " Be With Me " tersedia dalam 3 reka bentuk - Galaxy, True Love & Unicorn. Setiap set datang dalam kotak hadiah yang termasuk pencahayaan LED dan kad ucapan.



Galaxy is Preserved Baby Breathe with Rainbow colors wrapped in mini bouquet.


True Love is Cotton Flower wrapped with preserved and dried foliage in mini bouquet.


Unicorn is Preserved Hydrangea wrapped with pastel tone colors hydrangeas in mini bouquet.

Cuba bayangkan, orang tersayang yang korang nak bagi, mesti dia teruja tengok bunga unik macam ni. Mesti penerima bunga ni akan lebih rasa cinta dan sayang dekat korang, lagi-lagi bunga ni tak akan layu. Hri-hari boleh tengok bunga ni, siap ada lampu lagi. Romatik sangat kau!!..

Koleksi Terhad Bulan Mei Sahaja!!

Be With Me Collection dijual pada bulan Mei sahaja guys!!. Harga 1 Jar RM188 dan untuk semua 3 reka bentuk, dijual pada RM488 (jimat RM76). Semua harga termasuk penghantaran untuk Malaysia Barat, manakala untuk penghantaran ke Malaysia Timur tambah RM10.


Berita baik untuk pembaca nad, dapatkan " Be With Me " dengan  10% diskaun. Hanya bagitau kod [NADIA10] ketika membeli bunga ini, dan bagitau korang baca dekat blog nad ni..ok!!..Tunggu apa lagi, jom dapatkan koleksi bunga " Be With Me " ni untuk orang tersayang. Hanya terhad di bulan Mei sahaja.

Info lanjut
Inflority Preserved Flower
Facebook: https://www.facebook.com/inflority/

Yuki's Fiori 
Facebook : https://www.facebook.com/yukifiori/
Instagaram : https://www.instagram.com/yuki_fiori/

hai assalammualaikum

Cantik Seperti Orang Korea dengan Althea Bare Essential - Seronok bila dapat barang dari Althea ni. Bila dapat je mesti senyum sampai telinga dan tak sabar nak buka. Nad memang suka shoping dekat Althea beli barang makeup. Kali ketiga nad dapat produk dari Althea. Selalunya barang makeup je, tapi kali ni berlainan pulak. Kali ni dapat skincare daripada Althea. 

 Ni adalah new babies, new product daripada Althea. tahniah Althea. Teruja kita tau nak cuba skincare Althea ni. Produk dari Korea, semestinya nak cantik seperti orang Korea kan. Kulit muka nampak putih, licin je. Jom nad share skincare terbaru daripada Althea ni.


Hah!!, ni la dia Althea Bare Essentials. Semuanya nampak warna putih je..suci bersih gitu. Walaupun nampak simple, tapi tengok macam eksklusif ye. Bare Essentials ada tiga produk yang bantu mencantikkan kulit wajah kita persis orang Korea, gitu. Hanya tiga langkah, sangat mudah sangat senang, korang dah boleh cantik. Benda paling penting penjaagan wajah ialah pencuci, toner dan pelembap. Tiga ni je sebenarnya dah cukup untuk bagi kulit korang cantik, putih, dan sihat.

Althea Bare Essentials : Cantik Dengan 3 Langkah Sahaja

Nad dah guna sebulan dah, dan hampir separuh produk Bare Essentials ni. Best sangat kau. Tiga jenis produk Althea Bare Essential yang terdiri daripada
- The Contour Cleanser - RM 23.00 / 150g
- The Primer Water - RM 43.00 / 200ml
- The Fixer Cream - RM50 / 50g


The Contour Cleanser

Benda paling penting dalam penjaag muka mestila cuci muka. Yela muka dah kena habuk semua, wajib cuci muka, pagi dan malam sebelum tidur. bersihkan muka dari segala kekotoran. Contour Cleanser, pembersih yang kaya dan berbuih yang dapat menghilangkan kekotoran. Contour Cleanser mengandungi Ice plant yang membantu menghidrat dan mengelakkan kemerahan muka serta kulit tidak akan mengelupas. Yela, kadang ada pencuci tu buat muka kita merah atau mengelupas, katanya untuk buang segala sel kulit mati jadi tak cantik la kan.


Contour cleanser ni,  Ia mengandungi kapsul mikro untuk perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuat kulit berasa sejuk dan segar. Selain itu, ia mengandungi lemon myrtle, kaya dengan vitamin c dan antioksidan bagi menegangkan kulit muka. Lagi special, pembersih ni membantu peredaran darah dan membuatkan muka berbentuk V.


Cara menggunakan Contour Cleanser sangat mudah. Hanya basuh muka dengan air. Picit sedikit ke tangan dan usap ke muka. Urut dengan gerakan bulat. Sleepas tu bilas dengan air. Buih dia memnag banyak, dan wangi. Nad pakai, muka rasa sejuk, segar dan lembut je.

The Primer Water

Langkah kedua untuk wajah cantik dan berseri ialah dengan The Primer Water. Nad ingat Primer Water ni air, tapi bukan. Cecair yang padat, tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. The Primer Water mampu menghidratkan dan botol keajaiban ini mampu menembusi lapisan kulit untuk melembutkan kulit wajah ,melicinkan dan mencerahkan kulit  kerana mengandungi Snow Lotus. Primer Water ni seperti menghidupkan semula kulit kita dan memberikan kelembapan segera serta berkesan kerana ia patented " dewdrop" formulation.


Primer Water ini bertindak sebagai toner dan primer atau asas sebelum kita makeup nanti. Penting kan sebelum makeup mesti pakai primer..tapi yang ni dua dalam satu. Toner pun boleh, primer pun boleh..best weii!


Tuangkan sedikit sahaja di tapak tangan, tak perlu pakai kapas, dan sapukan secara merata ke muka, perlahan-lahan seperti mengurut muka untuk mendapatkan penyerapan yang lebih baik.


The Fixer Cream

Langkah terakhir mestilah pakai cream untuk melembabkan dan melembutkan kulit. The Fixer Cream memberikan kulit dengan penghidratan sehingga 24 jam untuk kulit yang segar. Botol kecil tapi bagi keberkesanan yang berganda pada kulit kita. Bukan sahaja menghidratkan, malah mengekalkan kulit menjadi lembap kerana kandungan teh hijau yang ada dalam Fixer Cream ni.



Selalunya, nad kalau pakai cream, muka akan berminyak, tapi pakai Fixer Cream, muka elok je. Esok pagi bangun, lembut je. Muka makin nampak glowing gitu.


Hah!!, ni la tiga langkah mudah nak cantik you alls!!..Althea Bare Essentials ni sesuai untuk semua jenis kulit. Harga satu-satu botol nad dah bagitau, tapi nad syorkan beli satu set ni. Hanya RM 116 je dah boleh cantik bak Korea. Seriusly, nad pakai ni, muka nad memang lembap, anjal dan lembut je.

Korang boleh dapatkan Althea Bare Essentials ni di www.althea.kr ok..cepat weii..


Video nad unboxing dan gossip macam mak jemah ni serta cara nad pakai Althea Bare Essentials.

hai assalammualaikum


Sungai Gabai Hulu Langat

Mandi Manda di Sungai Gabai Hulu Langat - Sabtu lepas, keluarga datang ke KL, rumah nad. Diaorang saje nak lepak rumah nad. Lagi-lagi adik nad, tak pernah lagi datang rumah nad, sebab sebelum ni dia sibuk kerja. Asyik ajak keluarga lain pergi rumah nad, sebab nak tengok rumah nad macam mana..haha. Akhirny impian dia tercapai..hehehe.

Nad suka je kalau keluarga datang rumah nad dekat KL ni. Memang bila diaorang datang, rumah ni penuh, yela campur lagi dengan budak-budak. Tapi nasib baik cukup untuk diaorang tidur. Rumah nad jenis memanjang dekt ruang tamu. Jadi tidurla mereka dekat ruang tamu ni. Suasana mcm balik kampung, tidur rami-ramai tu..hahhaa. Tapi kali ni, mak ayah dengan keluarga abang tak datang.

Bila keluarga datang, esok, mesti akan keluar ke mana sahaja tanpa dirancang. Tapi selalunya pergi air terjun la. Macam sebelum ni, pergi ke Sungai Congkak. Kali ni pergi ke Sungai Gabai Hulu Langat. Pergi dekat-dekat je. Mr mafia dengan suami lain rancang pergi KLCC, mandi manda dekat swimming pool tu je. Tapi, tak jadi, sebab panas. Yela dekat situ kan terbuka, cuaca panas, walaupun sesuai untuk budak-budak, tapi mak budak ni yang tak best..hahaha.


Jadinya, perancangan bertukar ke air terjun. Ingat nak pergi Air Terjun Sungai Tekala, tapi mr mafia cakap pergi jela Sungai Gabai. Walaupun asyik bertukar je, sampai juga ke Air Terjun Sungai Gabai.


Bunyi air terjun tu best je. Nyaman, segar, tenang je. Ramai juga orang mandi dekat sini. Sampai je terus cari tempat. Nasib masa tu ada pondok, takda orang. Itulah port kitaorang..haaha.Port dekat dengan gerai juga.


Ada naik lagi tangga kalau nak port yang best. Tapi disebabkan ramai sangat anak-anak, kakak-kakak pun malas nak naik, jadinya mandi manda dekat bawah ni jela. Bawah ni pun best.





Kat bawah pun tak ramai orang mandi manda. Fariza dengan anak buah lain, dah tak sabar nak mandi. Sampai je terus budak-budak ni terjun. Ni pertama kali Fariza mandi dekat Air Terjun. Nad pun baru perasan, tu pun mr mafia yang bagitau. Sebeluk ni mandi swimming pool je. Nad mampu tengok jela. Best sangat, memang rugi tak mandi. Tak boleh mandi oii, jaga si kecik Farhanah ni. Kalau tak, nad pun dah lama terjun..hehehhe. Fikir nak salin baju tu yang malas.. Tak nampak pulak mana tandas untuk, salin baju..hahaha





Takpela, kita tukang ambil gambar dan video je la. Sambil-sambil nad dengan kakak dan adik pun ambil gambar..hahaha. Cantik kan Air Terjun Sungai Gabai ni. Memang port sesuai nak ambik gambar ni. Ada jambatan lagi.



Mandi manda sampai pukul 5 petang. Masing-masing dah kesejukan. Sebelum balik pun ambil gambar. Kihkihkih. Memang susah nak ambil satu family, waktu macam ni la boleh ambil.


Masing-masing seronok dan kepenatan. Dalam kereta tidur terus budak-budak ni. Ok, lepas ni plan bercuti tempat lain pulak..hehehe

HOT-HOT BUDAK SEKARANG NI

in , by Nadia Johari, 10:47:00
hai assalammualaikum

Makin Hot Budak Sekarang - Kalau kita dulu, umur masuk 13 tahun, masih lagi comot momot. Tau nak belajar, lepak, tidur je. Tak tau bab internet, tak tau bab makeup. Kalau ada pun, main belasah je pakai. Tapi, budak sekarang, cantik-cantik, siap pandai makeup lagi. Lagi bila dah terdedah dengan dunia cyber, tau pasal instagram, facebook semua, makin hot diaorang ni.


Macam anak buah nad sorang ni. Umur dia 13 tahun. Tengokla, muka glowing, flawless habis. Nak tau dia pakai ape??..Pakai tati skincare yang orang duk cakap produk ada masalah. Muka memang nampak cantik, tapi bila kena panas, macam terbakar habis tengok dia ni..hahha. Jadi, nad dengan kakak sebagai makcik dia cakapla jangan guna produk tu lagi. Takut bagi kesan lain pulak. Kang memudaratkan diri sendiri. Sekarang, tak tau dia pakai produk kecantikan apa.



Nampak tak, dah pandai nak jaga penampilan. Dulu kita, muka takda jerawat dah kira cantik dah..hahaha. Kalau hitam, cari produk yang boleh putihkan balik, tu pun main belasah je..haaha. Hanya terpengaruh dekat iklan tv. Tapi tak putih gak.

Lagi satu, makeup. Searang tengok, pergi sekolah pun macam bermakeup. Lagi tang kening tu, huishh kadnng siap terbentuk cantik je. Samalah macam anak buah nad ni, pandai makeup. Kadang dia ambil makeup mak dia. Ni makcik dia punya makeup pun dikerjakan. Kita tak kisah pun, sebab tengok cantik je dia makeup. Kening tu pandai pulak dia lukis. Kadang suruh di buat, tapi dia takut..hahaha. Nad sampai la ni, bab kening, alahai susahnya..geram rasa.

Anak buah nad ni main instgram je. Dia takde facebook. Tak tau kenapa, malas ku tanya. Mungkin taknak semak, banyak-banyak nak kena handle. Tapi budak sekarang lebih suka instagram dengan wechat. Tengok instagram anak buah nad ni, pergh lebih dari makcik dia. Like yang dia dapat pun beribu. Hey kau, caras makcik kau nampak..hahaha. Dia pun ada ambik review tau sebab dia punya like dan pengikut dah banyak. Nad, kadang mintk di tolong promote instagram nad..hahaha. Tapi takda sipa nak folow kita, mereka bebudak..hahaha.

Kan sekarang, ada je budak dah jadi instafemes. Asal cantik kau buat benda pelik, ramaila nanti follow. Tapi isuya, ada tu but review sekejap, bayar mahal..lor..meh ler review dengan blogger. Kami review ikhlas, kekal dan harga pun murah..kihkih. Takpela, biarla. Mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita.
hai assalammualaikum


Check Up Fariza 2 Tahun 6 bulan : Masalah Ketinggian - Selepas 6 bulan, baru Fariza check up semula. Kali ni cuma ambil berat dan tinggi dia sahaja. Kalau dulu, nad risaukan berat dia yang naik tak banyak, tapi kali ni, nad tak risau sangat, sebab tau berat dia pasti bertambah. Selepas dia minum bonnisan himalaya, alhamdulillah, selera makin bertambah, dan makan pun tak memilih. Tapi tadi, tak sangka, ada juga masalah dia, iaitu tinggi dia..hahaaha.

Bila balik kampung haritu, kakak nad cakap " Fariza, ko tak tinggi-tinggi ye "..dalam hati nad, baru 2 tahun, nanti tinggi la tu. Tapi, sebenarnya nad perasan juga, sebab sepupu sebaya dia pun dah meninggi, Fariza je, macam sama je. Dahla comel, kecik macam mommy dia, bila tengok, macam kemetot je..hahaa. Terkedek-kedek bila jalan. Tadi masa check up, ukur tinggi dia 81m. Berat 10kg dari sebelum ni 8.9kg. Okla, naik juga. Tadi tanda dekat line je dah atas pagar..hahaa. Bab tinggi, ermm, tak pasti kenapa dan mengapa..huhu.

Agak-agak korang ada ke produk yang boleh tinggikan anak-anak ni. Tengok iklan, ada satu susu yang boleh tinggikan budak..Lupa pula susu apa. Kena tengok iklan tu balik..ahaha. Tapi masalahnya Fariza ni, susah minum susu. Takda rasa. Fariza masih susu nad juga. Tapi takut tak cukup kan.



Haritu pergi Tesco, nak belikan susu tepung untuk Fariza. Memang sebelum ni dia minum Dutch Lady dua tahun tu. Tiba-tiba ada promoter suruh cuba susu Enfagrow. Dia minumla, eh suka pulak sampai dua, tiga cawan dia minum. Lepas tu nad minum, pergh sedap. Patutla sedap, sebab perasa vanila..haaha. Kamianak beranak memang suka dengan perasa Vanila. Jadinya, mr mafia pun suruh beli. Mahal weii, ni saja tempoh percubaan. Pakai waktu tengah malam je, dia nak tidur..hahaa.

Bila bagi, ikut mood dia, kadang dia nak, kadang dia taknak. Kadang susu Enfagrow tu habis, kadang tak habis. Hah!!memang susah nak bagi dia susu tepung ni oii. Mencari juga susu mak ni. Habis dah adik boleh susu mak, kenapa dia tak boleh (kotla dia cakap macam tu dalam hati )..Nampak gayanya kena cari sesuatu untuk naikkan tinggi dia. Korang boleh share, macam mana nak naikkan tinggi anak..hahaa.
hai assalammualaikum


Anak-anak Belajar Melalui Pemerhatian Sekeliling - Sekarang Fariza dah 2 tahun 6 bulan. Ingat lagi masa dia baby dulu, macam-macam perkara berlaku. Yela pertama kali jadi mak. Banyak yang nad belajar sejak jadi mak ni. Membesar depan mata dari dia baby, pandai meniarap, merangkak, sekarang dan berlari merata dan pandai berborak. Semakin besar, semakin banyak benda yang dia lihat dan dapat pengalaman baru.

Anak perempuan, selalunya akan ditunjuk ajar cara memasak,mengemas, solek, tapi nad dengan mr mafia, ajar semua benda termasuk bertukang. Ianya adalah salah satu keinginan semulajadi kanak-kanak untuk belajar. Mereka cuba memahami tentang dunia sekeliling melalui bertanya soalan, bermain. Otak mereka sebenarnya menyerap dan mencerna maklumat yang diterima. Ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemahuan untuk belajar dan ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sebanyak mungkin. Sebab tu,, nad tak pernahtau kongkong apa dia nak buat.

Selain itu, kanak-kanak juga belajar melalui melakukan kerja. Kerja- kerja rumah yang bermakna turut membentuk perkembangan mental dan mengajar si manja tentang tanggungjawab dan kebebasan. Apa yang nad dengan mr mafia buat, seperti tolong dekat dapur, kemas mainan dia, kemas meja makan lepas habis makan, semua buat dengan wajah ceria. Kira buat dengan enjoy, takde marah-marah. Dia akan berasa seronok, lebih-lebih lagi jika digalakkan menganggap ‘kerja’ sebagai satu ‘permainan’. Dia boleh melakukan kerja-kerja mudah seperti menyediakan meja makan atau mengemaskan barang permainan, yang kelihatan seperti satu permainan kepada kanak-kanak atau ‘membantu orang dewasa’. Ia membuatkan si manja merasa berguna dan ‘dewasa’.


Kita orang dewasa, kadang pelik, apa yang membuatkan benda tu seronok dan tidak tahu di manakah keseronokan bermain permainan yang sama lebih dari 20 kali sedangkan si manja telah tahu cara penyelesaiannya. Tetapi ini adalah cara kanak-kanak belajar dan menyempurnakan sesuatu kemahiran.

Bila bercakap, cakap dengan suara komunikasi yang biasa. Jangan gunakan percakapan ‘bayi’ atau mengikut cara percakapannya. Kemahiran belajar yang disebutkan di atas mungkin kelihatan sangat susah, tetapi ia diajar dengan cara yang menyeronokkan. Ia juga adalah asas bagi pelajaran yang lebih sukar apabila kanak-kanak masuk ke peringkat sekolah nanti. Bila kita dah ajar, dia dah tau sikit dan ingat apa dia buat.

Jadi, kita orang dewasa kena la jaga-jaga nak buat sesuatu depan anak-anak. Sebab diaorang ikut perbuatan kita.














AJAR ANAK BERTUKANG, BENDA BARU BAGI DIA

in , by Nadia Johari, 19:41:00
hai assalammualaikum

Ajar Anak Benda Baru Dan Menyeronokkan Bagi Si Kecil - Fariza ni suka tengok apa yang mommy dan daddy dia buat. Bagi dia tu seperti permainan, tapi sebenarnya bukan. Tu benda baru yang dia buat. Dan setiap kali dia tengok, taknak dia kacau, kitaorang akan ajak dia buat benda tu bersama. Benda baru yang mencabar bagi dia ialah bertukang. Meja yang mr mafia beli untuk dia, sebenarnya, Fariza dan daddy dia yang pasang sama-sama. Kalau sesuatu perkara tu masih selamat, memang akan suruh Fariza buat, kalau tak sesuai untuk dia, memang takkan bagi dia buat la. Jadi bila dia buat sama-sama, dia takkan kacau kita buat kerja.

pasang kerusi

skru sendiri tu

tengok gambar, tunjukkan, dan ajar

pusing skru lagi

Masa bertukang ni, mr mafia suruhla dia masukkan skru, pusingkan skru. Dia punya khusyuk buat memang macam orang betul-betul bertukang..hehee. Mr mafia akan ajar dia, cara masukkan, pegang semua tu la. Benda macam ni, bukan sahaja menyeronokkan anak-anak, malah mengeratkan silaturrahim antara keluarga kan.

masukkan skru

buat sampai siap

dah siap

Fariza pasang dari meja sampaila ke kerusi. Untuk anak selesaikan sesuatu tugasan yang sukar dan mencabar, ajarkan mereka satu persatu, langkah demi langkah. Bila anak berjaya buat langkah pertama, boleh bergerak ke langkah seterusnya hingga dia mampu lakukannya sendiri.
Tak kisahla dia perempuan , bukan kerjanya main makeup, cantik-cantik je kan. Benda lasak pun kena buat. Kena tiru mommy dia ni, suka benda lasak-lasak...hahaa. Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang menyeronokkan dan sukar diikuti sehingga mencabar daya fokus mereka.

Ini juga sebagai latihan buat mereka. Berlatih memerhati dan menghayati momen di sekeliling mereka. Kita mahu anak belajar sisihkan gangguan dan melatih keupayaan untuk fokus.

Setiap hari pasti akan ada benda baru yang boleh anak-anak kita belajar. Buat sama-sama, biarkan dia buat sendiri, tapi kita pantau. Dia seronok, kita pun seronok tengok dia..hehee.

MEJA TULIS IKEA UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 17:25:00
hai assalammualaikum


Meja Tulis Latt Ikea Untuk Fariza - Akhirnya, daddy belikan Fariza meja untuk dia belajar menulis dan membaca. Sebelum ni, nad pernah ada post, yang Fariza memang suka membaca dan menulis. Kesiannya, dia menulis dekat sofa je, lepas t tertonggeng-tonggeng menulis. Kadang tu baring meniarap sebab nak tulis. Kesian dekat dia, haritu kitaorang pergi Ikea untuk cari meja tulis untuk Fariza. Bagi Fariza lebih selesa dan seronok bila ada meja tulis ni. Motif lain, mestilah nak tarik minat anak kita supaya terus minat membaca dan menulis kan. Yela, seronok ada meja tulis sendiri.


Datang Ikea, dia memang tak tau pun nak beli meja tulis dia. Bila sampai bahagian meja kanak-kanak, dia suka sangat. Saja tengok, dia pilih mana..hahaa. Pertama sekali dia pilih kerusi. Kau tau dia pilih kerusi warna pink yang boleh berpusing tu ( seperti dalam gambar ). Takpe, kitaorang bagi can dia pilih, tengok mana dia berkenan.

Sambil-sambil tu, kitaorang pun tengok mana yang elok, murah dan sesuai dengan usia dia dua tahun ni. Akhirnya mr mafia nampak satu meja ni, set dengan dua kerusi. Harga murah, tersangatla murah. Tengah ada promosi masa tu. Mr mafia panggil nad " sayang, abang dah jumpa meja sesuai untuk Fariza "..sebenarnya sebelum ni, mr mafia nak carikan Fariza meja berlaci, sebab dia jenis suka simpan barang dalam laci almari..hahaa. Tapi kalau yang jenis macam tu mestilah mahal. Jadinya beli yang simple dan cantik je.


Nama meja tulis Fariza ni Latt, harganya RM79. Meja dan dua kerusi ok, Murah, okla kan. Design putih dan berkayu. Comel je dia duduk dekat meja tu, dengan " kawan " dia..heehe. Meja ni takdela kecik sangat, memang sesuai untuk dia. Bila dia dah besar pun masih boleh pakai. Lainla kalau dah remaja. Tulisla dekat meja lain.

Lepas ada meja ni, setiap kali nak menulis atau membaca dia akan tarik sendiri kerusi tu dan duduk. Ni pun dah jadi tempat makan dia..hehee. Lepas tu mesti dia kemas balik meja dia sendiri. Kerusi dimasukkan, barang disusun. Kalau diusik, marahla dia..gitu sekali.

Meja ni pun mommy boleh pinjam buat ambil gambar produk review mommy kan..hahaa.

GOOGLE ADSENSE DAH APPROVED!!

in , by Nadia Johari, 09:53:00
hai assalammualaikum


Google Adsense Dah Approve - Seronok tengok sorang-sorang kawan Google Adsense diaorang approved. Nad pun rasa tercabar juga, sebab google adsense tak approved lagi waktu tu. Sedih, sebab tengok diaorang dapat jana income dengan Google Adsense. Berapa kali apply, sampai mintak tolong kawan, masih takde jawapan daripad Google. Sampaila semalam, nad tengok gmail, dan baca, terus screenshot dan tunjuk dekat seorang kawan ni, cakap " wei betul ke ni "..terus dia ucap tahniah. Suka, gembira tak, terkata nadand, akhirnya Google Adsense dah approved. Macam dapat sesuatu yang sangat, berharga ok. Semuanya atas pertolongan kawan kita ni juga. Biarlah rahsia..hehehe.

Dulu nad tak ambik tau pun pasal Google Adsense ni. Sebab macam pening je nak apply. Jadi, abaikan jela. Tapi, bila kawan-kawan lain kongsi pasal Google Adsense, duitnya lagi lumayan, nad rasa, tak salah cuba. Dah banyak kali cuba, tak dapat-dapat sampai nad rasa " eh biarlah ". Tapi tak boleh, mesti akan muncul lagi perkataan adsense ni..hahahaa.

Lepas apply dengan email sedia ada, nad cuba buat gmail baru pulak. Lepas tu nekad tukar domain baru. Semuanya sebab nak Google Adsense approve ok. Semuanya dapat bantuan daripada kawan blogger kita ni gak, yang merupakan jiran nad juga..hehehe. Dia yang tolong nad apply Google Adsense, dan esoknya bersamaan 21 April 2018 terus approved. Yeahh!!, suka giler. Lepas tukar domain dan akaun gmail, bersusah payah ni, syukur, ada juga dapat jana income dengan adsense. Dapat juga merasa.

Nad masih newbie lagi. Banyak juga kawan bagi tips ni semua. Kita dengar jela. Kawan kita tu hebat, tapi baik hati sebab tolong kita..terharu..nanti kita belanja KFC ye..heehe. Semoga awak murah rezeki kawan a.k.a jiran.

Baru tau nikmat merasa adsense ni. Lepas dapat terus tengok berapa click, barapa today so far..hahaha..walaupun masa approved dapat 0.01, kira okla..ade juga terhasilnya. Nanti kita tengok lagi..hehehe. Kena tau lebih mendalam tentang adsense, kena belajar lagi, kena baca untuk dapat hasil yang kencang.

Korang ada nampak iklan adsense kita lalu tak..heheheh. Semoga terus maju dalam dunia blog ye nadia.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2