MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!
Pakej Family Day Murah - Mungkin ada yang tercari-cari atau plan nak buat family day kan, tapi tak tau dekat mana. Kalau boleh, nak tempat tu besar, boleh buat banyak aktiviti, dan sesuai untuk orang besar dan kanak-kanak. memang susah nak cari tempat family day yang bersesuaian, tapi sekarang korang tak perlu risau, nad syorkan korang yang nak buat Hari Keluarga atau Family Day tu, boleh pergi Agrofarmstay dekat Melaka.Agrofarmstay memang sesuai untuk buat family day. Tempatnya yang tenang, dan pelbagai kemudahan yang disediakan. Amat sesuai untuk orang dewasa dan anak-anak melakukan pelbagai aktiviti dekat situ. Boleh cakap, bila datang sini takkan bosanla.
Rumah pun selesa untuk pelanggan mereka duduk di sini. Ada macam-macam jenis bentuk rumah ada.
Kalau sesiapa ada rancang nak buat Family Day, hah, ni la masanya, sebab, Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Tak kisahlah ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan. Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?
Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Yela, nak uruskan Family Day ni memang susah, nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.
Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.
Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.
Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih.Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Hah!!, percayalah, ada tempat karaoke sekali. Korang boleh sumbangkan suara kau tu..heehe.
Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri.
Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, mereka juga akan menyediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali paling bagus, diaorang akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Senang kerja kan..takyah buat apa-apa. Pihak Agrofarmstay dah sediaka.
Wah, banyak kan aktiviti yang disediakan di Agrofarmstay Melaka ni. Ni siap bagi landmark lagi nak ke sana.
Harga yang di tawarkan.
Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.
Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:
Website : https://agrofarmstay.my
Facebook Page : www.facebook.com/agrofarmstay
Whatsapp / SMS / Call: 012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office: 06 – 232 2761