hai assalammualaikum

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Medan Selera Food Court Di Sky Avenue

Pelbagai Variasi Menu Dengan Harga Yang Murah di Medan Selera Sky Avenue - Dah lama rasanya tak datang Genting ni oii. Seiingat nad, datang genting masa bujang, pergi dengan kawan kerja. Sekarang datang, pergh, macam-macam perubahan dah dibuat. Salah satu tempat yang baru ni ialah Sky Avenue. Rasanya dulu takda macam ni..eh entahla dah lupa..hahaa. Sky Avenue ni rupanya tempat shopping mall yang besar giler. Lepas tu banyak pulak tempat makanan yang korang boleh pilih. Tapi,biasalah, mesti korang nak pilih food court, makanan situ agak murah dan pelbagai variasi menu dia ada kan. Jadi, bila korang lapar, pergi je ke Medan Selera dekat Sky Avenue ni di Level G Sky Avenue.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Nad ingat lagi, dulu pergi Genting, makan Mcdonalds je..hahaa. Nah sekarang, ada dah medan selera yang bertepatan dengan selera korang selepas penat beriadah di sana. Lagi tempat tu sejuk, memang cepat laparla kan. Jom, nad share menu apa yang ada dekat Medan Selera Sky Avenue ni ikut tekak korang, dari makanan berat ke makanan ringan.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Medan Selera Sky Avenue ni baru je dibuka bulan 2 atau 3 macam tu. Waktu operasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Tempat luas, bersih dan selesa. Medan Selera menghimpunkan lima jenis masakan paling digemari di satu tempat yang mudah  dalam persekitaran santai. Yela, banyak pelancong yang datang ke Genting, jadi bukan sahaja orang Malaysia boleh makan, malah pelancong dari luar negara pun boleh makan.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Para tetamu boleh memilih sama ada ingin merasai pilihan masakan Nasi dan Rempah-Ratus, aneka Mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng ranggup. Makanan di sini dikawal selia oleh cef professional yang akan memastikan kualiti serta kebersihan kawasan.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Macam nad, mestila lapar nak makan nasi kan..hehee. Nasi dan Rempah-Ratus menyediakan pilihan masakan Malaysia yang lazat terdiri daripada nasi lemak, nasi lemak rendang tuk, nasi beriani, nasi kandar dan pelbagai hidangan sampingan. Nad rasa nasi lemak dia, memang rasa sambal dia tu sedap betul, pastu rendang tok dia memang mengancam. Orang cakap cukup rasa, cukup pedas untuk sambal dia. Tak cukup tu, makan kari kambing, aduhh, lembut je kambingnya..karinya memang terbaikla.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Kalau rasa nak makan mee, pun ada dekat sini. Aneka Mi pula menyediakan pilihan termasuk char kuetiau, mi bandung, bakso, serta mihun Singapura.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Dekat sini pun ada Laksa tau..jangan main-main. Hidangan Laksa pula membawa pilihan dari seluruh negara termasuk laksa nyonya, laksa Johor, laksa Kelantan dan asam laksa.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Hidangan masakan Timur Tengah dimulakan dengan pilihan daging panggang dan roti Arab.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link  http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Kalau rasa taknak makan makanan tempatan, boleh makan western. Ada sahaja dekat Medan Selera ni.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Kan dah cakap macam-macam ada dekat sini seperti ayam goreng rangup, ayam popcorn, ikan dan kentang goreng, sotong goreng tepung dan kentang goreng. Macam Fariza suka la kentang goreng ni semua..hehee. Laju je dia makan.

Buat mereka yang nak cepat, pilihan Pencuci Mulut dan Salad termasuk aneka salad segar, buah-buahan potong dan puding serta tetamu juga boleh merasai keenakan pencuci mulut tempatan seperti som som gula Melaka, sago gula Melaka, Snack & Go dan Grab & Go.

Credit pictur: Kerex Studio
More picture can go to this link http://kerex.zenfolio.com/skyavenue18

Hah!!, macam-macam menu pilihan kan ada dekat Medan Selera Sky Avenue ni. Ada makanan tempatan dan barat, pilih je ikut mana korang suka. Portion setiap pinggan pun nampak banyak, dan ada macam-macam lauk dalam pinggan. Mesti korang kenyang punya makan dekat sini. Harga pun nad tengok dari RM15 sehingga RM25..okla kan. Medan Selerta ni lokasinya di Level G di pusat membeli-belah Sky Avenue dibawah Panggung Wayang Bona yang baru dibuka. Boleh memuatkan sekitar 270 orang.

PRU 14 : 5 TAHUN SEKALI MENGUNDI

in , by Nadia Johari, 23:14:00
hai assalammualaikum

5 Tahun Sekali Mengundi - Harini la waktunya. Ramai orang, pagi-pagi lagi dah pergi mengundi. Semangat nak mengundi di tempat mengundi. Nad, tak pergi pagi, tau, mesti akan ramai orang dan beratur lama. Jadinya pukul 11 pagi macam tu baru bertolak dari KL ke Klang. Sampai klang dalam pukul 12.30 tengahari. Tak risau, sebab mengundi sampai pukul 5 petang.

Dalam pukul 1 petang pergi tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Meru 2. Sampai sana bagi ic dekat tempat semak pengundi, dia bagi kertas saluran. Nad tengok, masih ramai lagi orang beratur nak mengundi. Masa nad sampai pun, panjang juga beratur, tapi nasib baik tak lama. Dia lunya takut, debar nak undi tu macam ambil exam..huhu.

Sampai giliran, bagi ic dekat pekerja yang catit  nama kita. Lepas tu, orang kedua suh celup jari dekat dakwat biru dan orang ketiga bagi kertas undi. Sebelum sampai sini, memang dah tau nak undi apa. Jadi dekat sana terus pangkah je. Takyah tunggu lama. Kesian dekat orang lain beratur lama gak kang kalau korang baru nak fikir siapa nak undi dekat situ. Bukannya nak jawab soalan..huhu. Selesai undi terus balik.



Memang wajib, lepas undi ambil gambar sebagai kenangan ok. Lima tahun sekali kita mengundi ni. Ini bukti kita dah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat. Warna dakwat mula biru, lepas tu sekarang dah tukar gelap. Macam bau inai pun ada. Tengok dakwat ni terus rasa fikir, kalau kawin pakai dakwat ni je senang..hahaha..celup-celup dah siap..kihkih..

Done mengundi!!..5 tahun sekali..malam ni tunggu keputusan dia. Debor pulak macam tunggu keputusan peperiksaan ok..ok jom layan tv nak tau keputusan Pilihanraya Umum ke 14 ni.
hai assalammualaikum


Pilihanraya Umum 14

PRU 14 : Undilah Dengan Bijak - Wah ramai dah balik ke kampung halaman. Dah macam balik raya. Bersemangat diaorang nak mengundi. Yela 5 tahun sekali je dapat undi, jadi mestilah rakyat nak ambil peluang ni untuk mengundi. Kempen sana sini dah semakin galak nampaknya. Status berkenaan PRU 14 memang dah selalu ada dekat facebook, twitter dan instagram. Nad hanya mampu baca je la. Malas nak campur. Kita undi apa biarlah rahsia..yang penting undi dengan bijak.


Dari hari boleh semak undi, terus cek nad dapat undi dekat mana. Ok sama macam sebelum ni, dekat Sekolah Kebangsaan Meru 2. Lepas tu nad semak lagi, keluar dah siapa calon Parlimen dan calon DUN dekat area situ. Pepandaila kita pilih ye.

Tak cukup pasal parti, pasal tempat mengundi pun boleh jadi cerita dekat timeline media sosial..hahaha. Yela, kebanyakan undi dekat sekolah, diaorang buat status " esok undi dekat sekolah,nak pakai baju sekolah atau baju koko "..eh macam-macamla..hahaha..ada je idea diaorang ni kan.

Malam ni ade pengumuman daripada pengerusi Barisan Nasional. Biasalah esok dah nak undi, ada lagi yang dijanjikan. Pengumuman Besar tersebut adalah:

1) Belia berumur 26 tahun dan ke bawah diberikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta. Bagi cukai pendapatan yang telah pun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka.

2) Cuti peristiwa khas selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei 2018. Bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, cuti peristiwa khas ini akan jatuh pada 13 dan 14 Mei 2018.

3) Pengecualian tol sebanyak 5 hari untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri  - 2 hari sebelum Hari Raya, dan hari pertama, kedua dan ketiga Hari Raya Aidilfitri.

Yang sebelum ni pun ada, pasal brim, pasal peluang pekerjaan. Tak tau la kan janji ni ditepati atau tak. Jadi ikut hati kita, kalau nak undi, jangan tengok janji-janji ni semua, tapi tengok calon tu memang bekerja betul atau tak. Jangan masa kempen je baru turun jumpa rakyat, bila terpilih, duduk pejabat je..kahkah.

Apa yang perlu dibuat masa Pilihan Raya:

- Bawa Kad pengenalan
- Keluar awal, tapi keluar lambat pun boleh kalau taknak beratur lama. Masa mengundi dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
- Pakai pakaian yang sopan dan tidak memakai atau membawa barangan yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo.

Panduan Mengundi

- Tunjukkan Mykad
- Dapatkan slip nombor saluran mengundi.
- Serah mykad dan slip semakan kepada KP1.
- Gerak ke KP2 untukcelup jaridengan dakwat biru.
- KP3 akan beri dua kertas undi untuk ahli parlimen dan ahli DUN.
- Gerak ke petak undi dan pilih calon anda dengan tanda X.
- Lipat kertas undi dan masukkan kertas undi ke peti undi.
-Pengundi OKU boleh dibantu oleh seorang yang dipercayai ( warganegara dan 21 tahun ke atas ) untuk membuang undi bagi pihaknya.

Selamat mengundi. Undilah dengan bijak. Pilih pemerintah yang berwibawa, yang boleh mendengar hati rakyat dan memajukan negara. Esok undi bawak Farhanah ok tak, boleh undi cepat, tak perlu beratur..haaha.

KISAH PRU14 SUAMI ISTERI

in , by Nadia Johari, 17:27:00
hai assalammualaikum

Kisah PRU14 Suami Isteri - Lagi beberapa hari nak mengundi, sana sini dah nampak pacakan bendera. Korang mesti dah cek tempat mengundi kan. Ada yang dah balik kampung nak mengundi, nampak tak sabarnya ye korang nak mengundi..hehe. Mereka yang tercalon pun dah buat kempen macam-macam, lawat orang sana sini..hahaha. Itu biasa bila datang pilihan raya ni. Mula lah keluar cerita-cerita yang tak sedap nak dengar, lagi berita sekarang, fuh!!, penuh cerita. Sana salahkan sana, habis semua cerita dikeluarkan. Kita sebagai rakyat pandai-pandaila memilih ye. Ni la namanya kuasa rakyat..kohkoh..


Setiap undian yang kita buat adalah rahsia. Dengan suami pun kena rahsia..hahaha. Walaupun orang cakap, setiap perkara dalam rumahtangga tak boleh berahsia, tapi untuk undian PRU14 ni, kenalah rahsia. Hey!!, ingat dekat luar orang yang berkempen tu je ke bergaduh, suami isteri pun boleh bergaduh pasal PRU ni..hahaa. Yela mana tau, dia buat undian lain dengan kita, lepas tu nak tau SEBAB kenapa kita pilih parti tu. Lepas tu masing-masing nak menang. Kan dah jadi gaduh. Baik kita rahsia..hahhaa.

Cubaan suami, macam-macam cara nak tau nad undi apa..hahaa. Maaf abang, tetap rahsia!!..haahha..Setiap kali makan, mesti tanya " sayang undi apa "..banyak kali dia cuba..contohnya, pasal cawan je pun..hahaa

Again, si suami tanya lagi, aku undi apa, memang tak mengalah..kisahnya pasal cawan nak minum je..
Isteri: nasib baik abang ambil air
Suami: ni abg punya, syg ambik cawan lain
Isteri: masa vercinta boleh pulak kongsi cawan
Suami: ok syg undi apa
Isteri: dah kenapa dengan undi, apa kene mengena
Suami: yela samalah dengan cawan, kene kongsi
Isteri: undi pun sendiri2, mana de kongsi...

Kahkahkah..cubaan apakh ini abang...

Tadi pasal ikan, haishh,..abang tak mengalah ye. Nak juga cakap, saya undi hatimu sayang..ciaciacia..hahha. Nak tau sayang undi apa, tunggula dapat keputusan nanti siapa yang memerintah ye..kihkih..sabar ye bang..

9hb, dah nak dekat dah..ok tak sabar nak undi...huhu..kali ni bawak Farhanah boleh tak, cepat sikit undi bila ada budak kecik..kahkah..

MENU WAJIB ORDER DEKAT SECRET RECIPE

in , by Nadia Johari, 00:43:00
hai assalammualaikum

Menu wajib Order dekat Secret Recipe - Sebelum bersalin, ada singgah pergi Secret Recipe sebab teringin makan dessert dia yang sedap tu, Ohaya Shinjuku..uuuu memang sedap..lepas tu mr mafia rajin pulak bungkus spageti bolognaise untuk isterinya masa pregnant..huhuhu..Memang nad suka makan spageti bolognese bila singgah Secret Recipe. Tak tau kenapa, spageti dia sedap..huhu..
Lepas berslain, tak singgah lagi Secret Recipe. Tiba-tiba tengok gamabr lama, haishh, sedap pulak..hahaa..

Ni gamabr masa mula-muka kawin..hahaa..Berbuka puasa di Secret Recipe. Waktu ni tak update entry, jadi throwback gambar lama la..hahaha. Cuma nak bagitau menu yang wajib order bila singgah ke Secret Recipe.


Ni la Spageti Bolognase di Secret Recipe. Banyak isi dan kuah dia. Aduh tengok gambar sedap pulak..hahaha..


Mr mafia suka makan lasagna. Tiba-tiba teringin nak makan lasagna pulak..haishh..apa ni semua teringin..


Dan paling teringat sampai sekarang popia dia. Ada isi udang. Uish serius sedap dengan sos dia. Sampai nak order banyak kali. Kalau dessert mesti pisang aiskrim tu..hahahhhaa..

Haishh, dekat Tesco ada Secret Recipe. Nanti kalau singgah nak beli lasagna la..tiba-tiba kempunan..hahahha.. Pelik-pelik je nadia oiii..Ni la menu wajib order setiap kali datang Secret Recipe..hahaa.

hai assalammualaikum


MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Pakej Family Day Murah - Mungkin ada yang tercari-cari atau plan nak buat family day kan, tapi tak tau dekat mana. Kalau boleh, nak tempat tu besar, boleh buat banyak aktiviti, dan sesuai untuk orang besar dan kanak-kanak. memang susah nak cari tempat family day yang bersesuaian, tapi sekarang korang tak perlu risau, nad syorkan korang yang nak buat Hari Keluarga atau Family Day tu, boleh pergi Agrofarmstay dekat Melaka.


Agrofarmstay memang sesuai untuk buat family day. Tempatnya yang tenang, dan pelbagai kemudahan yang disediakan. Amat sesuai untuk orang dewasa dan anak-anak melakukan pelbagai aktiviti dekat situ. Boleh cakap, bila datang sini takkan bosanla.






Rumah pun selesa untuk pelanggan mereka duduk di sini. Ada macam-macam jenis bentuk rumah ada.

Kalau sesiapa ada rancang nak buat Family Day, hah, ni la masanya, sebab, Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Tak kisahlah ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan. Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Yela, nak uruskan Family Day ni memang susah, nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih.




Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Hah!!, percayalah, ada tempat karaoke sekali. Korang boleh sumbangkan suara kau tu..heehe.



Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri.



Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, mereka juga akan menyediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali paling bagus, diaorang akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Senang kerja kan..takyah buat apa-apa. Pihak Agrofarmstay dah sediaka.


Wah, banyak kan aktiviti yang disediakan di Agrofarmstay Melaka ni. Ni siap bagi landmark lagi nak ke sana.

Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:
Website : https://agrofarmstay.my
Facebook Page : www.facebook.com/agrofarmstay
Whatsapp / SMS / Call: 012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office: 06 – 232 2761



hai assalammualaikum

Berbuka puasa dikelilingi awam di Resorts World Genting dengan lebih 100 hidangan tradisional Malaysia - Bulan puasa dah nak dekat, mesti ada korang tercari-cari tempat yang special untuk berbuka puasa dan menghidangkan Buffet Ramadan yang pelbagai jenis makanan bersama orang tersayang kan. Apa kata, kali ni bawakla diaorang ke tempat tinggi, sejuk, lain daripada yang lain. Mesti diaorang seronok..hehee. 

Satu tempat yang nad syorkan korang pergi mestilah di Resort World Genting. Datang berbuka puasa di Rajawali Coffee House di Hotel Awana bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.

CUSHION CAR SEAT BELT UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 01:14:00
hai assalammualaikum

Cushion Car Seat Belt Untuk Fariza - Nad tau, sepatutnya setiap ibu bapa kena sediakan car seat untuk baby atau anak yang dah besar untuk keselamatan. Tapi nad tak sediakan itu, sebab, masa Fariza baby, nad je yang pegang dia masa dalam kereta. Nad pun tak bawak kereta sendiri. Nad tau, car seat tu memang keperluan penting untuk baby, ada je yang murah car seat ni, tapi tak tau la kenapa tak beli..huhu..

Bila adik Fariza dah keluar, terpaksa mintak Fariza duduk belakang, sebab dekat depan dah sempit. Dengan nad, dengan adik dia lagi. Perasaan risau tu ada bila dia duduk belakang. Yela, takut daddy dia terbrek, dia terjatuh ke depan. Walaupun dia jenis duduk diam, tapi kita tak jangka apa akan jadi. Nad selalu pesan dengan mr mafia, bawak pelan-pelan, Fariza ada dekat belakang.

Disebabkan risau yang teramat, yela kadang nad pergi event, atau pun balik kampung, Fariza dengan daddy dia, duduk depan, dan taknak pakai tali pinggang, jadi nad kena juga beli car seat untuk dia. Tapi nad bukan beli car seat jenis besar tu, nad beli jenis cushion, tapi siap ada tali yang memang dia akan duduk baik punya. Okla kecik dan ringan. Boleh letak dekat depan atau belakang tempat duduk.


Ni la dia yang nad beli tu. Cushion Car Seat Belt. Warn pink juga diambilnya..haha..Dah anak perempuan, nampak cantik juga warna pink ni. Senang bila ada Cushion Car Seat Belt ni, Fariza pun selamat bila duduk dalam kereta. Cushion Car Seat Belat ni pun nampak lembut dan selesa je bila Fariza duduk. Siap ada sandar lembut dekat leher tu.



Cara pasang pun senang. Klip je tali belakang tu, sama ada dekat seat depan atau belakang. Ada klip dekat bahu dengan tepi. Jadi memang dia tak boleh gerak ke mana-mana. Nak lagi selamat, pasang tali pinggang kereta. Tak kena muka dia tu.


Dia tengok kerusi ni, cantik je..haha..Lepas tu sebut " wahh"..pastu duduk molek je..Nasib baik dia nak duduk. Mommy pun takda la risau. Tapi ada masa dia bising juga taknak duduk. Mommy dengan daddy tak layan bila dia nangis. Sebab dia tak biasa terduduk je, tak boleh gerak mana-mana..haha. Demi keselamatan mu sayang. Nampak Cushion Car seat ni tahan lama kalau dijaga elok. Kalau kakak taknak, nantia diknya boleh pakai. Kan adiknya Farhanah girl juga..hahaa.


Kot korang terbekanan, bolehlah usha dekat facebook Cushion Car Seat Belt ni ye.


hai assalammualaikum

Burger Nasi Lemak Dan Burger Smooky Grilled Macdonalds - Mcdonalds ni ada je burger baru dia akan keluarkan ye. Sekarang burger baru yang dikeluarkan Burger Nasi Lemak. Nad tak teringin pun sebenarnya nak makan Burger Nasi Lemak ni, tak tau kenapa, macam takda special mana pun..hahaha. Tapi terpaksa beli sebab burger kita nak takda sebab dah habis stock, jadinya kita belila Burger Nasi Lemak ni yang semua orang nak cuba tu..ahhaa. Dah mr mafia nak belanja, kita beli jela.

Sebenarnya nak beli Hot N Crispy Mcchicken, eh yeke, lupala, yang sekali dengan Smooky Grilled Beef tu, tapi dah habis, diganti dengan Burger Nasi Lemak. Jadinya belila Burger Nasi Lemak dengan Smooky Grilled Beef. Mr mafi cakap " eh tadi kata taknak burger nasi lemak, tapi pilih juga "..terus nad cakap " dah burger yang nak habis, jadi beli jela burger nasi lemak ni. Kita mesti nak rasa sesuatu yang baru "..hahaa..ok tak alasan kita..jawabla lagi " Takpela, abang pun boleh rasa, nanti makan separuh-separuh ye "..hehee.




Ni la dia Burger Nasi Lemak tu. Didatangkan set dengan air dan kentang goreng. Harga RM16.95. Burger Nasi Lemak mengandungi kepingan ayam yang dimasak menggunakan santan, disalut emping jagung, ditambah sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili. Nad rasa biasa je. Sambal dia memang macam nasi lemak tu. Tapi yang ni biasa je. Yang ni takda nasi, pakai roti. Sepatutnya namanya Burger Lemak..haaahha. Nasi lemak lagi sedap, sebab ada ikan bilis..hehee



Satu lagi nad beli Smooky Grilled Beef. Harga RM14 lebih. Dalamnya, ada daging yang empuk, sayur, cheese dan sos dia. Yang ni memang tak pedas la, kena bubuh cili sendiri. Dagingnya lembut..okla..

Dua-dua burger ni bagi nad biasa je. Takde power macam burger lain sebelum ni. Mungkin frust tak dapat makan Hot N Crispy Mcchicken kot..hehe
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2