hai assalammualaikum


Baby Carrier Ergobaby Mudah Digunakan Dan Berkualiti

Baby Carrier Ergobaby Memudahkan Bawa Baby Ke Mana Sahaja - Memang nad pernah beli baby carrier masa Fariza baby. Yela, fikir senang dan mudah nak bawa baby ke mana-mana. Nak pegang mesti la tak larat. Boleh lenguh oo tangan ni dukung Fariza masa tu. Nad memang tak beli stroller, sebab payah, nak kena angkutla, lagi kalau dekat shopping mall, kang lagi susah bila naik escalator ke kan. Sebab tu beli baby carrier.

Masa beli sebelum ni, memang main beli je, takda tengok atau baca macam mana sebenarnya baby carrier yang sesuai untuk baby..hahaa. Yang kita tengok, cantik, dan paling penting murah. Tapi rupanya, yang kita beli tu salah dan tak menetapi syarat baby carrier yang sebenar..hahaha. Pertama kali post gambar dengan baby carrier tu, orang dah komen " nad, tak elok carrier tu, kaki baby terjuntai "..kahkah..sabar jela..


Ni la dia baby carrier pertama yang nad beli. Beli dekat kedai. Pakai dua, tiga kali je, sebabnya baby carrier ni buat nad sakit pinggang dan bahu..hahha. Baby carrier ni takda tali dekat pinggang, jadi dia tak support pinggang, udahnya, bahu kita je kena tahan budak tu. Sakit oo..Mr mafia pun surrender pakai baby carrier ni. Last-last dia dia dukung je Fariza masa tu...hahaa.

Lepas adik Fariza lahir je, mommy dah fikir untuk beli baby carrier lain. Yang sesuai untuk baby dan mak..hahaa. Nad fikir nak beli lain sebab nanti senang, kot nak pergi event ke, pergi jalan-jalan berdua dengan Fariza ke, ada baby carrier ni senang. Sorang dukung, sorang pegang tangan. hah!!, gitu kau..Lagi satu nad cari baby carrier lain sebab fikir keselamatan. Fikir untuk keselesaan mak dengan anak. Lagi satu fikir harga juga..hahaa. Kalau lagi mahal, lagi berkualiti, tapi nad cari yang sedang-sedang harganya, tak murah dan tak mahal, pada masa masa fikir kualiti..Ada ke agak-agak macam tu??..hahaa.. Apa lgi, bila kita fikir, mesti facebook ads keluar. Biasalah, facebook boleh baca fikiran kita..haaha. Jadi banyakla pilihan baby carrier yang keluar..huhu. Apa lagi, nad pun cari satu-satu..fuh pening kau..hahaa.

Ergobaby 360 Cool Air Baby Carrier

Dan akhirnya nad memilih untuk Ergobaby 360 Cool Air Baby Carrier. Ergobaby nad pilih ni sebab menetapi ciri-ciri carrier baby. Ergobaby menggalakkan pinggul yang sihat dengan meletakkan bayi dalam kedudukan kaki katak dengan lutut. Ia juga memastikan bayi dalam keadaan selesa dan menyokong kepala bayi sepenuhnya. Ergobaby ni boleh dipakai sehingga baby setahun, lebih setahun pun boleh. Ia juga Oleh kerana bayi berkembang pada kadar yang berbeza, memasukkan bayi harus digunakan sehingga bayi mempunyai kontrol kepala dan leher dan dapat secara konsisten duduk nyaman di dalam pembawa dalam posisi kaki katak ergonomik. pembawa boleh dipakai rendah atau tinggi pada pinggang sekiranya berlaku c -section.


Ergobaby ni pun ada support bahagian pinggang. Jadi pinggang nad takkan rasa sakit bila bawak Farhanah. Bahagian bahu pulak besar dan lembut.


Ergobaby ni boleh digunapakai dengan 4 cara iaitu, bahagian hadapan, di mana muka baby mengadap ke depan, dan kebelakang, bawa dibahagian tepi, dan akhir sekali bawa dibahagian belakang.


Nad memilih Ergobaby  360 Cool Air Baby Carrier kerana ia mempunyai ruang udara di bahagian tengah ini. Jadi baby tidak akan berasa panas di dalam kerana udara masuk dan keluar di situ. Sebab tu ia dinamakan 360 Cool Air.


Ergobaby ni mempunyai banyak butang, di mana ia mengikut kesesuaian baby. Kalau macam Farhanah, nad pasang pada butang 1, sebab dia baby lagi dan memerlukan support dibahagian kepala dan kaki. Jadi tak perlu nak pegang kepala dia, dan kaki terletak elok dalam keadaan mengangkang.


Ergobaby ni mempunyai penutup kepala. Jadi kalau baby nak tidur, atau hujan atau panas, boleh gunakan penutup kepala tersebut. Hah!!, senang kan, takdela kita risau. Lagipun Ergobaby ni mempunyai kusyen yang lembut dan baby atau anak kita yang dah besar selesa duduk di dalam.


Setakat ni, nad pakai Ergobaby ni, Farhanah mesti akan tidur dalam ni..hahaa. Tu yang best pakai baby carrier Ergobaby ni. Dia rasa melekat dekat mommy dia. Lagipun senang bila Farhanah dalam carrier ni, nad boleh pegang Fariza masa keluar atau amik gamabr ke, nak pegang apa-apa je. Tangan pun tak lenguh, pinggang pun tak sakit.


DESA PANDAN COCONUT SHAKE

in , by Nadia Johari, 05:52:00
hai assalammualaikum

Desa Pandan Coconut Shake - Nak pergi ke Melaka jauh sangat nak dapatkan coconut shake ni, nah ni dekat dengan rumah, Desa Pandan Coconut Shake ada..hehee. Dah lama nak rasa sebenarnya, tapi laluan ke situ macam sibuk je nad tengok, sampailah sebelum puasa haritu, nad dapat juga rasa Desa Pandan Coconut Shake ni. Dah lama dia beroperasi, tapi baru sekarang dapat rasa..Biasalah, kalau bukan orang terlambat nak ras tu memang tak sah..hahaa. Yang penting dapat rasa dah..


Desa Pandan Coconut Shake, memang dekat dengan rumah, dalam 10 minit dari rumah, dan 5 minit dari Tesco Ampang. Masa balik dari bayar bill digi, terus lalu dekat Desa Pandan nak ke Tesco, lepas tu, suruh mr mafia berhenti kedai coconut shake ni. Nasib dia lalu dekat tengah-tengah kedai ni, bolehla berhenti. Mr mafia yang pergi beli, nad duduk dalam kereta, ambil gambar kedai tu jela..hahaa. Malas nak keluar, si kecik tidur, baru lepas kena cucuk 3 bulan.



Ni la dia Desa Pandan Coconut Shake. Siap ada aiskrim lagi. Harga dia RM 4.00 .Sebelum ni nad pernah minum coconut shake satu tempat tu, tapi rasa dia pelik. Tapi yang ni, rasa kelapa tu ada. Memang puas dan menyegarkan. Sekali sedut, mesti terus sedut. Sedap.. Adakah dia sama dengan dekat Melaka tu. Kena pergi sana jugakla ye..hahaa..

Fariza mestila makan aiskrim dia tu. Puasa ni tak tau la dia buka ke tak. Kena lalu sanala kalau nak pergi beli.
hai assalammualaikum

Puasa Kali Ni Lebih Mencabar - Alhamdulillah, selesai puasa untuk hari pertama. Ada 29 hari lagi kita akan berpuasa. Kalau sebelum ni puasa dengan mengandung dan menyusu anak, kali ni puasa menyusu dua orang anak. Mau tak mencabar. Dua orang menyusu kita, fikir lapar ke tak nanti. lemah longlai tak nad ni nanti..hahahaa. Tapi sebelum puasa, dah beli barang untuk nad untuk puasa supaya sentiasa cergas dan bertenaga. Pada masa sama, susu sentiasa ada untuk dua budak ni.



Semalam nad pergi beli susu dengan kurma. Nad buat air susu kurma. Nad buat setiap kali sahur. Masa sahur pun nad makan nasi. Tak boleh tak makan nasi. Pagi sahur tadi, nad buat ikan bilis goreng, sambal sardin dan sayur tumis. Masa sahur, macam biasa kakak Fariza memang akan bangun sekali la. Lepas habis makan, adik pula bangun, tu pun sebab kakak bising.

Alhamdulillah, dari lepas sahur sampai dah nak buka, badan tak lemau dan cergas je, walaupun dua orang yang susu, badan tetap ok teruskan puasa sampailah berbuka. Alhamdulillah. Malam pulak sebelum tidur, nad minum air Jamu Asam Kunyit. Mommy memang kuat oo..boleh lagi bagi susu dekat dua orang masa puasa..alhamdulillah.

Semuanya dipermudahkan. Dan harap lagi 29 hari ni dipermudahkan juga..ehhee. Kalau dapat puasa penuh lagi best. Tak perlu ganti dah..hehee.

Tips Menyusu ketika bulan Ramadhan

1. Cukup rehat
Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air
Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Makan makanan seimbang
Ibu yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu, penting bagi ibu menyusu yang sedang berpuasa untuk tetap dengan pola makan 3x sehari dengan menu gizi seimbang (dengan komposisi 50% karbohidrat, 30% protein dan 10-20% lemak).

4. Mengepam pada waktu malam
Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.

5. Nikmati bulan Ramadhan
Susu berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

6. Teruskan sesi mengepam
Susu ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

8. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

10. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

11. Jangan Abai Sahur
Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.


12. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum sedikit tapi kerap.

hai assalammualaikum

Berbuka Puasa Di BBQ Lamb Kemensah Dengan Suasana Yang Mendamaikan - Ni kali pertama nad jejak ke Kemensah.  Nad tau pasal Kemensah pun masa pantang haritu, Mr Mafia cakap ,  ada satu tempat menarik dekat Kuala Lumpur ni. Katanya dekat situ ada kawasan air terjun dan tempat makan yang best sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Selama bertahun duduk Kuala Lumpur, tak sangka ada tempat perkampungan yang sangat indah dengan suasana yang mendamaikan dikelilingi pkok yang menghijau. 

Kalau korang nak tau, Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara sahaja. Nad nak kongsi dengan korang tempat makan bbq yang sangat sedap, yang patut korang cuba, lagi-lagi buka puasa ni,korang boleh pergi BBQ Lamb Kemensah. Terbaik nad cakap.
hai assalammualaikum

Jamu Asam Kunyit Aswanish

Khasiat Air Jamu Asam Kunyit Aswanish

Khasiat Air Jamu Asam Kunyit Untuk Lelaki Dan Perempuan -Nad ingat lagi masa mengurut waktu berpantang, makcik urut tu suruh nad minum air kunyit. Ya, dia yang buatkan air kunyit tu dari kunyit asli ok. Dia bubuh madu sikit bagi air kunyit tu sedap dan nad boleh telan..hahaa. Yela, ada madu, jadi manisla sikit. Banyak kelebihan kunyit ni tau, bukan sahaja untuk masakan dan kecantikan, malah boleh dibuat air, untuk kesihatan tubuh badan 

Minum air kunyit ni ada kebaikannya, dia cakap untuk mengecutkan rahim. Kalau rajin buatla sendiri ye, tapi kalau tak rajin, senang je, beli yang dah siap dalam botol. Ada je orang jual sekarang, banyak dah. Yup, nad minum air Jamu Asam Kunyit dalam botol ni.

Bagusnya, minuman Jamu Asam Kunyit ni bukan sahaja boleh diminum oleh perempuan malah orang lelaki pun boleh ok. Ibu berpantang dan anak dara pun boleh ambil. Macam nad, baru lepas berpantang, memang wajibla kena ambil jamu kan. Nak jaga badan katanya. Selain tu, nak sentiasa cergas. 

Ada jamu tu, kita tak boleh telan, sebab pahit dan bau yang kurang menyenangkan..hahaa. Ada tu pulak, nampak ok, tapi harganya, mak aih, takpela, lupakan. Tapi yang ni memang mampu milik, murah pun murah. Bolehlah tahan seminggu lebih, kalau minum sikit-sikit, bukan seteguk botol kau minum.

Airnya warna kuning kunyit


Nad dah mula minum air Jamu Asam Kunyit ni masa anak pertama lagi. sekarang dah masuk anak kedua pun ambil minuman Jamu Asam Kunyit ni. Sebab jamu ni je yang boleh masuk tekak. Kata orang kalau tak cuba tak tau, dah cuba, dah rasa baru lah kita tau keberkesanannya. Rasanya memang sedap dan ramuan yang digunakan juga dari bahan-bahan seperti kunyit, halia, cekur, sireh, asam jawa, gula batu dan lain-lain bahan.

Bila rasa memang taknak berhenti, sebab sedap sangat..haha. Tapi kenalah minum seperti yang disarankan ye. Minum dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. setengah cawan je ok. Boleh diminum suam atau sejuk. Tapi nad lebih suka minum sejuk-sejuk, baru segar tekak ni. 

Minum Jamu Asam Kunyit ni, memang angin kerap keluar. Badan rasa ringan je. Lagipun, nad sekarang tengah menyusu dua orang anak, jadinya memang sesuai ambil Jamu Asam Kunyit ni sebab dia memperbanyakkan susu badan.

Banyak kelebihan minum Air Jamu Asam Kunyit Aswanish

Kelebihan Jamu Asam Kunyit

- Mengurangi lemak dalam badan
- Melambatkan proses penuan
- Memgecilkan/mengempiskan perut
- Memberi tenaga
- Membuang angin dalam badan
- Awet muda
- Menyegarkan tubuh badan
- Melancarkan darah haid & nifas
- Menaikkan seri wajah
- Merapatkan miss v
- Merawat keputihan & masalah senggugut
- Menghilangkan bau-bau badan
- Memberi kecergasan tubuh
- Menambahkan keintiman
- Melawaskan pembuangan
- Membanyakkan susu badan
- Menghilangkan sakit-sakit badan
- Mengawal berat badan
- Antibakteria/mempercepatkan sembuh luka dalaman
- Melancarkan peredaran darah
- Warna kulit menjadi cerah

Bagus kan, semua bahan adalah semulajadi dan homemade buatan orang Malaysia, orang kita sendiri. Jadi sokongla buatan orang Melayu ni.

Berpuasa Dengan Air Jamu Asam Kunyit Aswanish

Tadi baru je diumumkan tarikh hari puasa, hah puasa-puasa ni tubuh memerlukan lebih banyak tenaga,vitamin dan mineral untuk membantu tubuh sihat supaya dapat menjalankan aktiviti meskipun berpuasa sepanjang hari.

Salah satu cara yang mudah,murah serta sihat adalah dengan mengamalkan jamu asam kunyit setiap hari.Ia boleh diminum ketika bersahur atau berbuka puasa.

Fungsi:-
1) Memberi tenaga dan stamina tubuh
2) Menghindari masuk angin
3) Mengawal nafsu makan
4) Menghilangkan keletihan dan lesu-lesu badan

Suka sangat dengan jamu moden ni, Jamu Asam Kunyit Aswanish

Hah, jomla kita amalkan minum Jamu Asam Kunyit ni, harga RM15/500ml dan RM30/1ltr. Boleh whatsap teru ke www.wasap.my/60163361335 facebook , https://www.facebook.com/sitinoraini.misbah

BENDA DAH NAK JADI

in , by Nadia Johari, 02:53:00
hai assalammualaikum

Benda Dah Nak Jadi - Maghrib tadi, nad ajak Fariza mandi. Fariza jenis, dia akan bawa mainan ikan dia bawa masuk bilik mandi sekali. Bila mandi, dia akan mandi dalam besen. Jadi, dia akan mandi, sambil main-main dengan ikan dia dalam besen tu. Masa tu memang nad ada sekali main dengan dia.


Masa main, dia pergi campak ikan dia dekat lantai, jadi dia pun tonggeng la nak ambil ikan tu. Lepas tu, gedebuk.cepat-cepat terus nad angkat dia. Sekali tengok, adoii besarnya benjol tu. Tak pernah-pernah dia jatuh benjol sebesar ni..Menangis, melalak la dia. Sabar jela. Nad dah pesan jangan buang ikan tu dekat lantai, dia buat juga. Hah!!, ni akibatnya.


Mulanya dia tak tau, kepala dia benjol besar. Lepas jatuh, menangis sekejap, terus diam dan main lagi. Lepas siap mandi, terus nad suruh dia tengok cermin. Bila nampak je benjol tu, terus dia " aduh..aduh..akit ma..akit "..hahaha.. Baru rasa sakit. Siap-siap pakaikan baju, terus nad ambil ais dan kain.

Nad tuamkan dekat kepala dia. Mula memang dia taknak, mujur masa tu daddy nya baru balik dari kerja. Terus dia tolong tuamkan. Menangis juga taknak, daddy tuam je dengan ais dalam balutan kain tu sampai dia tertidur..hehehe.

Sekarang, alhamdulillah, dah surut benjol tu. Bangun tidur, main macam biasa, tapi tiap kali tersentuh tempat bengkak tu, mesti dia sakit. Lepas ni tak berani dah main buang-buang mainan dekat lantai..
hai assalammualaikum

Mak, Mommy, Ibu, Insan Yang Luar Biasa : Selamat Hari Ibu - Semalam Hari Ibu, tapi setiap hari sebenarnya Hari Ibu kan...huhu..Yela setiap hari mak, mommy dan ibu buat kerja setiap hari.

Kamu takkan dapat tau macam mana perasaan menjadi mak, mommy dan ibu jika kamu tidak merasainya. 
Kamu takkan dapat tau macam mana perasaan menjadi mak, mommy dan ibu jika kamu tidak melaluinya sendiri.

Masa jadi seorang anak, ko tak paham macam mana perasaan seorang mak, mommy dan ibu. Mungkin mereka mendiamkan diri, tapi dalam hati mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Mungkin ada benda yang disimpan dan tak dapat diluahkan. Tak pernah membenci anaknya walau anaknya buat benda yang disakiti. Itulah mereka yang bernama mak, mommy dan ibu.


Kalau sebelum ni tak tau apa itu perasaan menjadi ibu, sekarang nad dah paham selepas melaluinya. Saat merasai mengandung, saat merasai melahirkan anak, saat berpantang, saat membesar dan menjaga anak. Semuanya tu memberi kesedaran, yang menjadi seorang mak, mommy dan ibu bukan mudah. Masa tu jugalah kena buat kerja rumah, kena masak, semuanya buat dalam satu masa. Penat!! yes memang penat. Semua ni dibuat sebagai tanggungjawab seorang isteri dan ibu.

Umur 30, sekarang dah mempunyai dua orang anak, dan dua-dua perempuan. Sangat teruja bila mereka ada di sisi. Pejam celik pejam celik, si kakak dah nak 3 tahun, adik 3 bulan..amazing world..Ni baru dah kelam kabut, nak bahagikan  masa dengan kerja rumah , anak dan kerja cari duit. Tapi, nad hargai setiap moment tu. Semoga mommy diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk tengok anak-anak mommy membesar..


Untuk mak, nad sayang mak. Nad banyakkan sakit hati, mak sabar je..huhu..sorry mak. Nad doakan mak dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik,. Diah sayang mak. Happy mothers day mak.


Ni mak mertua, tapi tak sempat jadi mak mertua. Mak  mertua dah kembali ke Maha Yang Esa. Sempat jumpa beberapa kali je, dan sempat shoping untuk barang hantaran masa tunang. Beberapa bulan lepas tunang, arwah mommy pergi. Nad selalu doakan mommy, setiap kali cucu mommy main sorang-sorang atau ketawa sorang-sorang, nad akan fikir, cucu mommy main dengan mommy. Mommy datang rumah nak tengok cucu..hehee. Kalau mommy masih ada, mesti nad belajar banyak benda dari mommy. Semua tu tak sempat. Selamat Hari Ibu mommy. Al-Fatihah.


Dan kepada semua, Selamat Hari Ibu. Terima kasih mr mafia, sambut awal Hari Ibu, nad pun tak ingat Hari Ibu bila..haaha..banyak sangat fikir,.dia belanja kita Secret Recipe dengan donat. Lepas tu kelmarin dia belikan burger bakar Abang Burn..huhu

PANDAI BERLAKON DAH DIA NI

in , by Nadia Johari, 19:43:00
hai assalammualaikum

Pandai Berlakon Dah Dia - Bijak anak aku seorang ni, dah dua kali dia buat macam ni semata-mata nak dapatkan apa yang dia nak sangat..hahaa. Entah datang mana idea dia buat macam ni pun tak tau la, genius sangat sampai fikir macam tu. Nak tau apa Fariza buat?? Kenapa dia buat macam tu ?? Untuk apa??..hah bacalah ye..hehehe..

Masa nad ada review makanan dekat Genting, pagi tu kitaorang naik bas. Memang dia dah nak susu cap gantung, tapi tak dapat. Sampai tenpat review, dekat Rajawali Coffee House, dah selesai ambil gambar semua, dah start makan, tiba-tiba dia sakit perut. Sakit perut macam perut kosong. Dia jadi lemah, nak baring. Siap cakap " akit,akit "..iaitu sakit. Lpas tu cakap " nak susu "..kita punya risau usap-usap perut, cuba bagi makan, dia taknak..Tapi kesian sangat, terus bagi susu. Bagi sampai dia lepaa sendiri. Lepas je dia selesai susu, korang tau, elok pulak dia. Macam takde apa. Elok, senyum terus sambung makan. Eheh!! Baik dah...nad mula tak fikir, lepas tu terfikir, agaknya dia buat nak susu kot..allahu nak...sampai macam tu sekali. Mommy yang risau.


Kedua, semalam malam. Dia baru bangun tidur, rutin memang dia nak susu badan. Tapi nad macam biasa tak bagi. Lepas tu tiba-tiba dia sakit bontot. Dia cakap " ma, akit ma, akit "..sambil pegang bontot dia..nad punya risau, cek la bontot dia, berak ke, ada benda ke. Tengok-tengok takde. Dia cakap " ma, nak ucu,nak ucu "..ok kita takut, kita bagila dia susu cap gantung ni. Dah dapat, hai elok balik..main dah..Ya ampun..macam tu sekali nak dapatkan susu tu. Gambar tu, hah tu la dia sakit bontot, nad sempat ambik..hahaha..

Pandai dah berlakon sekarang semata nak susu. Lepas ni, lakonan apa dia buat agaknya ye..hahaha. Tapi memang comel bila dia buat macam tu, bijak sangat ni..hhaha.. Takpa, takpa..mommy gigih juga nak pisahkan awak dengan susu cap gantung ni Fariza oii.
hai assalammualaikum

Susukan Dua Anak, Bukan Mudah, Tapi Selalu Positif - Allahuakbar, masa mengandung si kakak Fariza, terfikir, ada susu ke nanti?, macam mana kalau takde susu? Nak sangat bagi anak bagi susu badan. Sampai Fariza lahir, memang sikit susu, tapi aku sentaisa positif, yang susu badan nad ada. Alhamdulillah, dan tak sangka, kakak Fariza sampai sekarang masih menyusu badan. Macam tak sangka, boleh susukan anak sampai usia dia nak masuk 3 tahun bulan 10 ni nanti.


Ye, Fariza masih nak susu badan. Susah betul nak berhentikan dia dari minum susu cap gantung ni. Dah bagi susu botol, dah beli susu tepung, tu pun kalau memang dah tak bagi sangat susu gantung ni, dia akan mintak sendiri susu botol. Tapi, bukan setiap kali dia akan mintak susu botol, dia taknak pun sebenarnya, dia nak juga susu badan ni. Pening kepala nad. Dah letak macam-macam, garam, asam jawa, tetap dia nak. Sekarang adik dia susu badan, lagi la dia nak susu badan. Tak boleh tengok, mesti dia nak datang rapat juga.


Kadang, nak taknak, nad bagi jela dia susu ni, hah, susula sama-sama dengan si adik. Sebelah adik susu, sebelah lagi kakak susu. Dah macam susu kembar pulak. Adoii. Nasib baik susu nad masih cukup lagi untuk bagi dua orang budak ni. Masih kenyang lagi si adik walaupun kakak susu juga. Kadang nad pam juga susu, yela nak bagi tambah susu lagi. Orang cakap kalau pam lagi banyak susu. Hah!!, memang untuk kali ni, nad pam la..huhu..Itu untuk si adik la minum.

Selama ni, nad positif jela. Stress memang ada bila kakak asyik nak susu je. Kadang bukan susu sangat, dia duk hisap, duk merap. Sabar jela. Yela, kadang nad rimas, dia lama-lama melekat..hahaa. Nad ada masa boleh bagi, ada masa tak boleh bagi. Memang nak pisahkan dia susu badan ni, yela, dah besar kan. Takut nanti taknak pisah-pisah sampai besar, kang pergi sekolah, payah kang..aduh jauh nad fikir..ahaha..seramm..kang kat sekolah teringat susu mak dia weii..aduii..Stressnya bila dia tak dapat, nangis macam kena dera. Nangis sekuat hati. Lagila kalau baru bangun tidur, mesti, wajib tau dia nangis..fuh..telinga nad ni dah naik rimas dengar..haha. Pening kepala.


Tu sebab selalu positif, selalu makan, selalu minum nak bagi susu selalu ada. Nad minum air milo, kadang beli air susu kurma, ada juga stok susu kambing Lazz. Ingat nak beli buah longan, kurma yang ada siap orang jual, yang kena rebus tu, tapi takpela, nad ambik semua susu ni pun dah banyak susu ada. Tengok si adik pun kenyang je selalu, sendawa je. Tidur pun nyenyak je. Takdela, takut kakak dah sedut, adik tak kenyang kan. Tapi alhamdulillah, dua-dua sedut susu badan ni ok je. Nad memnag kena kerap minum air. Kadang sampai kembung perut..huhu.

Nasib adik jenis yang tak kerap menangis, yang bukan jenis nak merap je. Sabar la dik Farhanah ye, tahan jela dengan perangai kakak Fariza tu. Mommy berusaha nak putuskan susu badan dengan kakak ni. Sebab kakak sedut, mommy pam, susu selalu ada untuk adik Farhanah..huhu. Mommy pun nak cari supplement gak untuk banyakkan susu. Ada yang nak sponsor..hehee..
hai assalammualaikum

10 Mei 2018 Malaysia Dengan Kerajaan Baru - 9 Mei 2018, jam 9 malam, start tengok tv, nak tengok pasal pilihanraya ni. Pada masa sama tak sabar nak tau keputusan setiap negeri, siapa yang menang DUN dan siapa yang menang Parlimen. Paling utama sebenarnya, nak tau siapa yang bakal memimpin negara Malaysia ni. Nad tau, bukan nad seorang je yang tunggu depan tv, semua orang tonton tv pada hari tu. Debaran demi debaran bila satu-satu kawasan ditunjukkan siap menang siapa kalah.

Ni memang sejarah, sebab tak pernah-pernah nad tengok depan tv lama-lama sampai ke pagi semata nak tau keputusan Pilihanraya Umum ke 14 ni. Seluruh dunia kot sanggup bersengkang mata nak tau keputusan yang ditunggu. sepatutnya keputusan siapa menang dah dikeluarkan awal, entah kenapa tahun ni, lambat pulak keputusan. Nampak dah dekat situ parti Pembangkang yang menang. Pukul 4 pagi ku tetap bersengkang mata semata nak dengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Ingat nak bagitau keputusan siapa menang, rupanya dia bagitau pasal kerusi je, hampeh punya SPR. Dari pengerusi, ke timbalan pengerusi sampaila ke ahli SPR bagitau berkenaan kerusi..huh!!..Kau nampak tak semua orang-orang SPR ni tak boleh nak ucap sebab dah tau pembangkang yang menang. Macam susah sangat..deeyy..


Tapi ada orang cakap SPR dah umum jam 4.49am..entahla, nad tak dengar pun..hahaa. Yesszzaa, Pilihanraya Umum 14 telah dimenangi oleh Parti Pembangkang. Pertama kalinya, Malaysia bersuara untuk menukar memimpin. Cukup dengan pimpinan Pak Jib, yang terlalu menyusahkan rakyat dan negara. Mari kita berubah untuk selamatkan Malaysia. Syukur sangat-sangat, esoknya bangun pagi, dah ada pemimpin yang kita percaya boleh membawa Malaysia terus aman dan maju. Pemimpin yang pernah memimpin negara suatu masa dahulu dan kini dia kembali.

Tun Mahathir Mohamad, ya!!, sudah hampir 15 tahun bersara, dan dia bangkit selepas lihat negara makin kucar kacir. Beliau masuk ke parti pembangkang untuk melawan parti Barisan Nasional.

Detik Bersejarah 10 Mei 2018 Malaysia Baru Dengan Kerajaan Baru

Masing-masing dah buka mata, cukuplah dengan apa yang jadi dan 10 Mei 2018, maka terciptalah sejarah...Bangun pagi esok, macam segar je kepala, bila dapat tau Tun M yang akan memimpin negara. Tun M, cara dia bercakap je dah tau dia bukan cakap kosong, dia cakap guna akal fikiran. Aura dia lain macam sampai menang Pilihanraya kali ni. Bila tengok istiadat angkat sumpah Tun M menjadi Perdana Menteri, terharu rasa, usia dah 93 tahun, tapi masih ingin memimpin negara, ingin bekerja demi anak bangsa tercinta. Rakyat inginkan perubahan negara, mereka tak fikir parti mana pun sebenarnya. Rakyat inginkan pemimpin yang berwibawa, yang mampu membentuk negara ke arah keamanan.






Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Muhammad V, di Istana Negara di sini.

Sebak dan terharu melihat apabila Tun M mengangkat sumpah. Ya, Malaysia sudah baru dengan kerajaan yang baru, tapi di bawah pimpinan orang lama yang lebih arif dan berakal. Ramai rakyat gembira menyambut pembentukan kerajaan pusat yang baharu. Timeline media sosial memang meriah dengan PRU 14 kali ni. Ada yang tak pernah tengok berita, dah tengok berita..hehe..sama lah macam nad..hahaa.

Moga Tun Dr Mahathir, memimpin negara dengan baik dan memperbetulkan apa yang salah. Kepada mereka yang asyik cakap apsl manifesto tu, bersabarlah, Tun M pasti akan tunaikan sedikit demi sedikit. Setiap benda kena buat perlahan-lahan, banyak benda dah rosak ni ..huhu..Hidup Malaysia, I Love PM..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2