hai assalammualaikum
Kisah Raya 2018 - Ya ampun, lama betul nak kongsi cerita raya 2018 ni..hahaa..Sakan sangat beraya, update gamabr je dulu..ahhaha. Budak cuti dua minggu, kita pun nak cuti dua minggu. Melampau kau nad..hahaa. Raya 2018 kali ni, memang raya sakan. Kalau sebelum ni, macam tak tau je nak ke mana raya di Kuala Lumpur, tapi raya pertama je dah raya dari siang sampai ke malam. Tu sebab beraya jauh..hahaa. Okla, tu baru namanya raya.
Raya pertama nad tahun ni, nad raya di Kuala Lumpur, belah suami. Pagi tu, nad siapkan dua ketul budak ni, termasuk nad, suami pergi sembahyang raya. Siapkan dua orang ni memang berperang la. Yela,kena kejut awal..haha. Mommy excited sebab nak pakai baju cantik katakan..Baju kami sekeluarga tahun ni dari Jakel..huhu..Tak beli banyak pun baju raya diaorang, cuma baju kurung dengan tshirt. Yang lain, kita recyle baju lama ok.Jangn membazir..huhu..Baju dahla mahal, korang pakai kang tak lama. Makin lama makin membesar.
Lepas mr mafia balik dari sembahyang raya,kita makan juadah raya. Dekat sini memang rendang la benda wajib ada. Tapi sayang, tak ambil gambar rendang..haha..ayoyo..Tema raya kali ni, warna maroon.
Throwback Shopping Raya
Sebenarnya, nak warna Emerald Green, tapinya, mr mafia dapat baju melayu Jakel warna Maroon. Baju Melayu siap baju seluar dan samping.
Anak sulung kita, Fariza pulak, masa shopping baju kurung dekat Jakel Shah Alam, dia suka warna Maroon. Ye, nak masuk usia 3 tahun ni, dah pandai pilih baju sendiri. Jadi, mommy tak boleh kata apa, sebab baju dia pilih, dia suka. Baju mommy pilih, dia tak berapa suka..
Ni la baju mommy pilih, tapi dia tak berkenan..
Yang ni dia yang pilih. Nampak dekat patung. Dia suka, asyik tengok je..Pastu kita suruh pilih, hijau ke maroon,dia tetap pilih maroon. Mommy surrender,ikut cakap anak. Kang masa raya, naya kang dia taknak pakai baju yang mommy pilih. Tu kita buat tema tahun depan jela..huhu.
Di Pagi Raya
Ni la kami pagi raya. Ambil gambar sekeluarga tu wajib..hehee.. Tahun lepas, bertiga, adik baby dalam perut lagi, kali ni berempat. Baby dah keluar..hehee.
Ni la dia baju #ootdraya nad..hahaa. Baju Hanis Zalikha punya by Jakel. Design melintang macam tu. Saiz XS, sebab tu nad pilih ni..hahah. Kalau saiz S, besar untuk nad..
Anak-anak nad punya pun hanis zalikha, ingatkan lara..hahahha.
Kakak dah ada kawan nak baju sama-sama..hahaha.Mommy yang nak kan. Baik-baik ye kamu berdua sampai ke besar..
Lepas tu kitaorang beraya rumah rumah jiran dan rumah saudara belah suami dekat Puchong.
Malam pulak pergi Seremban, beraya rumah ayah suami.
Raya pertama memang tak banyak pergi rumah, sebab belah suami pun tak ramai saudaranya. Disebabkan jauh rumah saudaranya, tu yang beraya sampai ke malam.
Raya Kedua Dan Ketiga
Esoknya, kitaorang duduk rumah, tunggu tetamu datang. Memang tak keluar beraya. Raya Ketiga pulak, adik ipar iaitu adik suami dari Pahang datang beraya ke Kuala lumpur. Lepas diaorang beraya, makan rendang, kitaorang pergi ke Kubur arwah mak mertua nad.
Petang tu, kitaorang balik kampung, sambung beraya di Meru Klang pula. Tu kita sambung next entry..hehhee. Ini la raya di Kuala Lumpur.