hai assalammualaikum


Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Serendah 5K - Nad tau, ramai yang mempunyai impian nak menjadi usahawan, nak mempunyai produk jenama sendiri, nak jadi seperti Dato Seri Vida, Aliff Syukri dan usahawan lain yang dah berjaya tu. Terbayang korang jadi bos, gambar produk terpampang dekat billborad jalan raya, blogger review produk korang. Makin lama makin maju dan masyuk, income beribu setiap bulan. Mungkin, ada yang simpan hasrat tu, atau ada yang dah siap dengan modal, tapi tak tau nak buat macam mana? dan nak mulakan dari mana? sebab korang tak tau mana nak dituju. Lagi, korang mesti tak percaya dengan modal serendah 5K, dah boleh buat produk jenama sendiri..heehe.

Sebenarnya nak keluarkan produk tak payah ada kilang dan makmal sendiri pun!



ZY Phyto, King OF OEM - " One Stop Business Centre "

Mungkin kita fikir, bila nak keluarkan produk jenama sendiri ni kena keluarkan kos yang banyak, sebab perlu ada kilang sendiri, pekerja, lagi kena research tentang bahan dan ujian makmal. Tapi sebenarnya, semua tu tak perlu, sebab dah ada kilang yang buat semua tu dan kita hanya keluarkan modal sahaja. Ia dipanggil OEM.  OEM adalah ringkasan kepada “original equipment manufacturer.” Ia bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut. Tapi korang masih tak tau nak pilih kilang yang mana? Tak pelu risau, korang boleh buat produk jenama sendiri tu dengan mendapatkan perkhidmatan dari kilang OEM seperti ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd ( ZY Phyto ). Nad dah selidik pasal ZY Phyto ni, tengok nampak bagus.


ZY Phyto dikendalikan oleh Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang telah beroperasi buat kali pertama pada tahun 2007 dan mula ditubuhkan pada tahun 2011 secara rasmi. ZY Phyto adalah jenama 100% syarikat Bumiputera yang mengendalikan pembuatan kontrak untuk kecantikan dan produk kesihatan. Ia menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan usahawan yang berpotensi untuk mencapai impian mereka untuk memiliki produk dengan jenama mereka sendiri.

ZY Phyto mempunyai 9 anak syarikat terdiri daripada
- ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.,
- ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd,
- ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd,
- ZY Academy Sdn Bhd,
- ZY Printpack Sdn Bhd,
- ZY Phyto Marketing Sdn Bhd,
- ZY Phyto East Coast Sdn Bhd,
- Yayasan Qaseh ZY Phyto
- Emily's Cattery.

Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Zy Phyto Impian Anda Pasti Tercapai

Buat produk dengan ZY Phyto ni korang hanya memerlukan kos pengeluaran produk permulaan yang rendah iaitu RM5K sahaja dan segala pembuatan dan perkhidmatan seperti rekabentuk, custom, KKM, R&D, packaging akan diuruskan oleh mereka. Mereka juga akan train korang yang kurang skill marketing. Mereka akan bantu korang sehingga korang bersemangat nak menjadi founder.



Ramai dah usahawan Malaysia menggunakan khidmat dengan ZY Phyto ni. Lagipun kilang mereka bertaraf GMP, mempunyai sistem pengurusan kualiti ISO9001, diiktiraf KKM, diiktiraf JAKIM & HALAL.



ZY Phyto diperkukuh oleh penyelidikan saintifik yang bekerjasama antara pasukan R & D dan Kawalan Mutu dengan universiti tempatan seperti UTM, UKM dan USM untuk penyelidikan dan pembangunan.


Langkah Untuk Mempunyai Produk Sendiri

Pertama sekali korang kena kaji atau buat penyelidikan pasaran  untuk mengetahui apa yang produk anda akan ingin lakukan yang akan dapat permintaan di pasaran atau tidak. Menyelidiki produk untuk memudahkan anda bersaing di pasaran.

Kedua, selepas dah tau produk apa yang korang nak keluarkan, datang ke kilang ZY Phyto untuk membuat sebutharga dan rundingan. Jika tidak puas hati, tak perlu buat bayaran lagi. Bayar setelah anda puashati apa yang anda mahu.

Ketiga, pensampelan dan rekabentuk produk. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan sebut harga kami, bayaran deposit diperlukan sebelum kami membuat sampel produk dan reka bentuk untuk anda.

Keempat, mendapatkan kelayakan KKM. Sebaik sahaja reka bentuk produk selesai, produk akan dihantar kepada bahagian pengawalseliaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pengeluaran produk dijalankan. Untuk pendaftaran TIDAK mengambil 2 - 4 minggu sahaja. Untuk pendaftaran MAL mengambil masa 3 - 6 bulan.

Seterusnya pembuatan dan penghantaran- Apabila semua langkah di atas selesai, pembuatan produk akan dimulakan dan dihantar kepada anda / anda mengambilnya di kilang kami sebaik produk siap.





Nampak mudah kan, korang hanya pilih produk apa yang korang nak seperti makanan tambahan, produk teh, produk kopi, kosmetik warna dan  produk penjagaan kulit, bagi duit modal dan beri idea macam mana produk korang nak, selepas itu korang hanya tunggu je produk korang siap.  Langkah selanjutnya, korang kena berusaha sendiri untuk memasarkan dan memperkenalkan produk korang tu tau, fokus sahaja kepada pemasaran.

Hah, dah tau macam mana nak buat produk jenama korang sendiri. Yang mempunyai impian, boleh kumpul modal sekarang, kalau tak mampu ambil modal RM5k, korang boleh ambil pakej Chomey RM3K. Nak tau lebih lanjut, korang boleh layari
Website : http://www.zyphyto.com/
Facebook : ZY Phyto Group
Email : info@zyphyto.com
Address : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor

Setiap benda yang korang nak buat pasti akan ada halangan dan rintangannya. Tapi korang kena sabar dan harus mempunyai strategi untuk hadapinya, macam tu jugak yang dilalui oleh para pengusaha yang dah berjaya dan terkenal sekarang ni!So sebenarnya korang pun boleh je nak berjaya macam pengusaha-pengusaha kecantikan yang dah ada kat Malaysia sekarang ni. Yang penting korang ada modal dan tahu caranya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kat korang dan lebih memberi semangat serta motivasi kat korang yang tengah plan nak buat bisnes!





hai assalammualaikum

Lelaki Pun Kena Jaga Kulit Juga dengan Magic Jelly Men - Siapa kata lelaki tak perlu jaga kulit muka, lelaki pun kena jaga kulit muka. Takkan nak biar muka menggerutu je kan. Kebanyakan lelaki yang nad tengok, muka diaorang akan naik jerawat bila meningkat remaja. Lagi satu, kebanyakan lelaki ni jenis yang cuci muka sahaja, tapi tak pakai toner atau serum. Mungkin diaorang malas nak pakai banyak benda, yela nama pun lelaki kan..hehee..lainla lelaki yang memang jaga penampilan mereka. Ada satu produk ni, yang dapat buatkan lelaki di luar sana, rajin untuk menjaga kulit mereka. Produk dari Lovera. Produk khas untuk lelaki.


Magic Jelly Men Dari Lovera

Jangan tak tau pulak, Lovera ni bukan keluarkan untuk orang perempuan je, untuk lelaki pun ada juga. Nad suruh mr mafia pakai Magic Jelly Men Dari Lovera ni selepas cuci muka. Tapi sebenarnya Magic Jelly Men ni pelbagai fungsi, bukan untuk muka sahaja dan amat sesuai untuk orang lelaki. Yela, lelaki mana rajin pakai banyak benda, nah, satu botol tapi fungsinya banyak.

Multipurpose Skincare Magic Jelly untuk kaum Lelaki dapat:
1. Merawat jerawat
2. Memudarkan parut jerawat
3. Melembabkan kulit kering
4. Merawat sunburn
5. Sebelum mencukur
6. Selepas mencukur
7. Mempercepatkan persembuhan luka
8. Deodorant
9. Mengurangkan kelemumur & mengurangkan rambut gugur
10. Mengurangkan bibir kering & merekah


Magic Jelly Men ni, bentuknya gel, sama seperti Lovera Magic Jelly dan tidak melekit. Sangat sejuk apabila dipakai, dan teksturnya yang ringan. Amat sesuai untuk semua jenis kulit.


Bahan yang digunakan daripada bahan semulajadi iaitu Aloevera, Chamomile dan Witch Hazel. Pertama kali nad dengar berkenaan Witch Hazel ni. Tak sangka witch hazel ni bagus untuk kulit. Witch Hazel adalah sejenis tanaman dengan nama latin Hamamalis Virginiana, yang sering di gunakan sebagai bahan produk kecantikan.Tanaman yang berasal dari Amerika utara ini sangat berguna, mulai dari daun, kulit pohon dan sebagian ranting yang kering di olah dengan proses destilasi untuk menghasilkan air witch hazel atau yang di kenal dengan nama Hamamalis Water atau ekstra witch hazel


Ni la rupa witch hazel tu. Apa yang nad baca, witch hazel ni dijadikan bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan terutama sekali toner wajah, kerana ia dapat membantu dalam membersihkan wajah dan mengecilkan liang pori. Tapi Lovera telah jadikan dia sebagai pencuci. Bagus kan.

Magic Jelly men tiada bahan pewarna, tiada toxic dan tiada merkuri. Amat selamat digunakan.


Mr mafia tengah mencuba pakai Magic Jelly Men ni. Makin rajin dia jaga muka tau bila ada Magic Jelly Men Lovera ni..hehehee. Jaga kulit muka suami oiii, biar makin tua makin hensem..haahhaa. Tapi jangan ada yang kacau dahla..haahhaa..Hensem untuk isteri je ok, samalah macam isteri cantik untuk suami..hahaa.

Kalau korang berminat boleh dapatkan di
Instagram: https://www.instagram.com/loverabeautycenter/
Contact atau whatsup:  www.wasap.my/60196534221/hai!!!loverabeautycenter

Bolehla belikan untuk kekasih lelaki, tunang, suami atau ayah..kannn..hah!!, lelaki sendiri, yang muka tengah masalah tu, cubalah pakai Magic Jelly Men ni. 




hai assalammualaikum

#OOTD Raya 2018 : Lagi beberapa minggu dah nak habis raya, mood raya masih tetap on ok. Masih nak bercerita pasal raya ni..hehe. Selalunya, kalau raya, mestilah kita nak #ootd ( outfit of the day ) bagai, terutamanya perempuan..hahaa. Lagi-lagi raya pertama, mestilah nak tunjuk baju masing-masing kan. Tema mestilah berlainan daripada raya tahun-tahun sebelum ni. Design dan corak pun kena berlainan. Baru la nampak kelainan di situ. Raya kedua dan seterusnya, pakai baju lama je, tapi asalkan yang belum pernah ambil gamabr lagi..hahaa. Mungkin pernah ambil, tapi kita gayakan cara lain kan berbeza..hah!!..


Untuk raya pertama, memang mestilah baju baru..hahaa. Raya kali ni, nad beli pakai pakaian dari Jakel, Hanis Zalikha punya.Tahun ni memang Jakel la. semua anak beranak dapatkan baju dekat Jakel, senang, satu bumbung, dari lelaki, perempuan sampai ke anak. Hah, baju tema kali ni warna maroon, tapi nad punya warna merah, memang kena lain sikit ye dari suami dan anak-anak. Nad punya special sikit..hehee. Corak bersilang, memang simple, tapi masih nampak menawan.


Raya kedua, pakai baju lama, baju kepok-kepok ditangan. Dulu pakai tudung, yang ni pulak pakai shawl la..hheee. Nampak sesuai shal ni bila dipadankan dengan baju. Masa ni raya dekat kampung, memang banyak portla nak bergambar cantik-cantik..hahaa. Tempat bunga jiran pun boleh.


Raya ketiga, baju lama juga, baju dari zaman anak dara gitu. Baju kurung biasa berwarna hitam merah. Masih lagi cantik.


Malam tu, baju Batik Sarawak. Gambar agak kabur ye, sebab tukang amik gmbar tak reti pakai kamera phone kita..huhu


Yang ni, tak ingat raya ke berapa, pergi kenduri rumah orang kawin. Baju kurung moden.


Yang ni pulak pergi ke open house, baju jubah bercorak bulat-bulat dan berbunga dibawah. Shawl pun berbunga.

Lepas tu dah takde #ootd dah, sebab dah tak keluar beraya..hahaa. Tahun depan tak tau #ootd macam mana pulak..hehee. Tunggu jela tahun depan.


hai assalammualaikum




Merasa Juga Yogurt llaolao - Ingatkan aiskrim, rupanya yogurt..hahaha. Biasa nampak orang makan, tak tau pulak tu yogurt. Tapi sedap sebab dah campur dengan toping dan bahan campuran lain. Haritu puasa dah nampak kendai llaolao ni, tapi tak beli lagi. Lepas tu, haritu shopping dekat Tesco, apa lagi nak merasa la llaolao ni..Orang pun tak ramai yang beli, mungkin sebab harga dia..huhu..Dah kita nak merasa, tak salah sekali sekala kan.

Ada beberapa jenis bekas, satu kecil, sederhana dan besar. Harga pun berbeza. Macam and pilih yang sederhana, sebab kecik macam tak cukup je. Fariza mestilah nak kan. Ada macam-macam jenis yang korang boleh letak dekat yogurt tu. Nad dah pilih siap-siap masa, nad memang nak strawberry..hahaha..tambah dengan kacang. Sedap sikit.


Ada buah-buahan lain, seperti kiwi, tembikai, eh macam-macam lagi la. Kira bagus juga llaolao ni erk, dia punya bahan semua terbaik..hehee..


Untuk toping dia, ada coklat, karamel dan macam-macam lagi. Nad pilih coklat. Tak sahla kalau tak ambil gambar. Suka pulak tengok sudu dia tu..unik..Sampai bawak balik, nad basuh..haha..


Yogurt ni rasanya masam-masam sikit kan, tapi bila campur ni semua, jadi sedap. Tak rasala yogurt tu sangat. Fariza mula-mula rasa berkerut muka..hahaa. Lepas tu di anak lagi. Mr mafia tak berapa suka. Jadi nad la tukang habiskan..hahaa.. Thank you mr mafia belanja llaolao ni..Boleh rasa yang lain pulak..hahaa.


hai assalammualaikum


Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster

Rambut Anak Wangi Walaupun Bermain Seharian - Setiap kali mandi, memang nad selalu syampu rambut Fariza. Fariza kalau bermain memang kuat berpeluh, bila berpeluh habis berbau rambut dia. Sebab tu setiap kali mandi, nad akan syampukan rambut dia, bukan sahaja untuk wangi, bagi segar sikit kepala dia tu.


Rambut anak-anak kita ni memang cepat berbau ketika dia bermain. Bau akan jadi lebih teruk bila kepala anak berminyak dan berpeluh. Jadi, kena kerap mencucinya dengan syampu rambut yang sesuai untuk anak-anak. Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Macam nad, syampu Carrier Junior Kids Shampoo Odour Buster menjadi pilihan. Syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, anak kita pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.

Shampoo ini boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.manakala saiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak.




Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.




hai assalammualaikum


Peraduan Pacific West Foodball Fever - Sebelum ni tengok kawan makan makanan frozen macam Fish Fillet jenama Pacific West. Nampak sedap tengoknya. Nad pun teringinla nak makan. Apa lagi pergila dapatkan produk ni. Rupanya Pacific West ni bukan ada satu jenis, tapi pelbagai jenis, seperti squid dan seafood. Apa lagi, masakla sambil menonton bola kan.


Nak masak senang je pun, keluarkan kotak dari peti sejuk, lepastu keluarkan makanan dari kotak, panaskan minyak dekat kuali, dan goreng..hehee. Lepas tu nak hias-hias sikit, nak bagi nampk cantik, hiasla..Nad masak semua jenis, sebab nak rasa semua..hahaa. Nad masak Fish Fillet cheezy, Fish Fillet tempura, squids dan seafood. seafood tu ada udang, sotong dan apa lagi satu, lupa pulak.

Rangkaian produk Pacific West dengan teliti dikembangkan oleh pasukan Chef Kuliner danTeknologik Makanan kami untuk menambah nilai dan memperkayakan gaya hidup dan makanan ni semua selamat di makan, pilihan makanan laut dan bahan makanan yang sesuai dengan piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan BRC, IFS, HACCP dan YUM! akreditasi. Produk kami juga disahkan HALAL.


Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah menjadi makanan kegemaran setiap rumah untuk dinikmati bersama keluarga. Produknya telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, dan World Rugby di antara yang lain.


Baru-baru ini, jenama Pacific West telah memenangi Produk Makanan Inovatif Terbaik dalam Anugerah Jenama Asia Halal 2017. Anugerah ini diiktiraf oleh wakil dari JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan ENTREPRENEUR INSIGHT. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).


Peraduan Pacific West Foodball Fever

Hah!!, nad dapatkan Pacific West ni pun sebab nak join kempen yang dibuat. Bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2018, Pacific West ada buat kempen. Pacific West komited untuk membawa semua kebudayaan bersama untuk meraikan acara dunia dan berkongsi makanan yang lazat dengan rakyat sambil memupuk hubungan yang sihat dan mengikat. Oleh itu, Pacific West telah melancarkan kempen 'FOODball Demam' dari 16 April hingga 15 Julai 2018. Makan ramai-ramai dengan orang tersayang, rakan dan sesiapa sahaja sambil tengok bola. Menarik kan. Lagipun mudah je nak sediakan.


Tak bestla tengok bola takda makan-makan kan. Nad sendiri tak tengok bola sangat, tapi temankan suami tengok bola. Kita tak tau buat apa, kita kunyah makanan Pacific West ni..hehee. Ni sambil makan sambil menang.


Caranya mudah je.
1) Beli minimum satu produk @pacificwest_my
2) Snap gambar resit
3) Whatsapp details korang ke 019-823 1217 (Nama contest, Name outlet, Nama, Alamat, NRIC, email, no. Phone)

Selain grand prize, Fantabulous trip ke negara pilihan bernilai RM10,000, korang juga berpeluang merebut 100 consolation prizes termasuklah Xiomi Mi Band, Overnighter bag, Umbrella, Shoe bag atau water bottle.

Produk Pacific West boleh didapati di semua kedai runcit utama dan bebas di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pacific Careline di 1800 888 389 atau log masuk ke laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan laman Facebook www.fb.com/PacificWest.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Demam FOODball Pacific West, sila layari laman web kempen rasmi http://www.pacificwestfoods.com.my/contest/foodballfever.html



hai assalammualaikum

Kulit Sempurna, Menawan Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu : Nanowhite Dark Spot Corrective Serum - Muka dah cantik, tapi ada pulak bintik-bintik hitam dekat muka. Buakn sahaja masalah jerawat, masalah bintik hitam pun beri kurang keyakinan pada kita. Kalau tutup dengan foundation pun, belum tentu dapat tutupkan bintik hitam tu. Mungkin banyak produk dan cara korang guna kan untuk bintik hitam dan parut jerawat.

Tapi ada satu produk yang boleh selesaikan masalah bintik hitam ni dalam masa dua minggu. Hah!!, mesti korang tak caya kan. Nad dah pakai dah, kulit nad bertambah baik. Nad pakai Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Sebelum ni nad pernah pakai produk nanowhite fresh untuk jerawat tu, memang ok dengan kulit nad.

KISAH RAYA 2018, RAYA SAKAN LA KALI NI

in , by Nadia Johari, 12:56:00
hai assalammualaikum


Kisah Raya 2018 - Ya ampun, lama betul nak kongsi cerita raya 2018 ni..hahaa..Sakan sangat beraya, update gamabr je dulu..ahhaha. Budak cuti dua minggu, kita pun nak cuti dua minggu. Melampau kau nad..hahaa. Raya 2018 kali ni, memang raya sakan. Kalau sebelum ni, macam tak tau je nak ke mana raya di Kuala Lumpur, tapi raya pertama je dah raya dari siang sampai ke malam. Tu sebab beraya jauh..hahaa. Okla, tu baru namanya raya.


Raya pertama nad tahun ni, nad raya di Kuala Lumpur, belah suami. Pagi tu, nad siapkan dua ketul budak ni, termasuk nad, suami pergi sembahyang raya. Siapkan dua orang ni memang berperang la. Yela,kena kejut awal..haha. Mommy excited sebab nak pakai baju cantik katakan..Baju kami sekeluarga tahun ni dari Jakel..huhu..Tak beli banyak pun baju raya diaorang, cuma baju kurung dengan tshirt. Yang lain, kita recyle baju lama ok.Jangn membazir..huhu..Baju dahla mahal, korang pakai kang tak lama. Makin lama makin membesar.

Lepas mr mafia balik dari sembahyang raya,kita makan juadah raya. Dekat sini memang rendang la benda wajib ada. Tapi sayang, tak ambil gambar rendang..haha..ayoyo..Tema raya kali ni, warna maroon.


Throwback Shopping Raya

Sebenarnya, nak warna Emerald Green, tapinya, mr mafia dapat baju melayu Jakel warna Maroon. Baju Melayu siap baju seluar dan samping.



Anak sulung kita, Fariza pulak, masa shopping baju kurung dekat Jakel Shah Alam, dia suka warna Maroon. Ye, nak masuk usia 3 tahun ni, dah pandai pilih baju sendiri. Jadi, mommy tak boleh kata apa, sebab baju dia pilih, dia suka. Baju mommy pilih, dia tak berapa suka..


Ni la baju mommy pilih, tapi dia tak berkenan..


Yang ni dia yang pilih. Nampak dekat patung. Dia suka, asyik tengok je..Pastu kita suruh pilih, hijau ke maroon,dia tetap pilih maroon. Mommy surrender,ikut cakap anak. Kang masa raya, naya kang dia taknak pakai baju yang mommy pilih. Tu kita buat tema tahun depan jela..huhu.

Di Pagi Raya

Ni la kami pagi raya. Ambil gambar sekeluarga tu wajib..hehee.. Tahun lepas, bertiga, adik baby dalam perut lagi, kali ni berempat. Baby dah keluar..hehee.


Ni la dia baju #ootdraya nad..hahaa. Baju Hanis Zalikha punya by Jakel. Design melintang macam tu. Saiz XS, sebab tu nad pilih ni..hahah. Kalau saiz S, besar untuk nad..


Anak-anak nad punya pun hanis zalikha, ingatkan lara..hahahha.

Kakak dah ada kawan nak baju sama-sama..hahaha.Mommy yang nak kan. Baik-baik ye kamu berdua sampai ke besar..

Lepas tu kitaorang beraya rumah rumah jiran dan rumah saudara belah suami dekat Puchong.


Malam pulak pergi Seremban, beraya rumah ayah suami.

Raya pertama memang tak banyak pergi rumah, sebab belah suami pun tak ramai saudaranya. Disebabkan jauh rumah saudaranya, tu yang beraya sampai ke malam.

Raya Kedua Dan Ketiga 

Esoknya, kitaorang duduk rumah, tunggu tetamu datang. Memang tak keluar beraya. Raya Ketiga pulak, adik ipar iaitu adik suami dari Pahang datang beraya ke Kuala lumpur. Lepas diaorang beraya, makan rendang, kitaorang pergi ke Kubur arwah mak mertua nad.



Petang tu, kitaorang balik kampung, sambung beraya di Meru Klang pula. Tu kita sambung next entry..hehhee. Ini la raya di Kuala Lumpur.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2