hai assalammualaikum
Bila Fariza Dah Mula Banyak Tanya Soalan - Dah nak masuk tiga tahun Fariza ni. Syukur sangat bila tengok pembesaran dan perlakuan anak depan mata. Satu-satu kita nampak perubahan dia. Dari mula meniarapa, merangkak, duduk, berdiri, mula bercakap,dan sekarang dah mula bertanya pelbagai soalan. Kalau dulu, masa dia kecik, hanya keluar suara "bla,blabla",bahasa alien dia, nad tak sabar dia nak besar, nak tengok dia ni banyak cakap atau tak. Nah!!, sekali sekarang sikit-sikit " apa tu, apa tu, apa tu "..allahu, tak berhenti. Sampai kita tak terlayan dah dia berborak. Tapi nad tetap layan dia bercakap sebab masa ni la dia nak kenal semua benda.
Tanya la banyak kali " apa tu, apa tu "..nad tetap jawab walaupun benda tu sama. sebab budak ni bukan ingat sekali dia tanya sekali tu juga dia terus tau. Mungkin dia lupa, dan dia tanya lagi. Dalam satu masa dia tanya " apa tu " boleh kata dalam 10 kali. Tapi nad tak bosan menjawabnya. Lepas dia tau apa tu, nanti dia tak tanya lagi..hehee. Budak-budak ni, kalau dilayan apa dia cakap tu, sebenarnya dia nak kita pay attention dekat dia. Selagi dia belum pergi sekolah, takda kawan, mommy dan daddy dia jela kawan dia. Masa tu la kena letak segala gadjet kita dan fokus pada anak kita. Bagi reaksi sikit seperti mengangguk, atau sebut "ooo" sebagai tanda memahami apa yang anak cuba sampaikan.
Kalau anak2 suka bercakap ni dan suka bertanya ni, jangan sekali-kali kita abaikan,sebab suka bercakap dan suka bertanya ni sebenarnya satu proses yang baik untuk anak2 yang kreatif dan ada rasa ingin tau. Selagi jawapan tak memuaskan hati, selagi tulah soalan akan ditanya. Macam fariza, kalau benda tu namanya tangga, tapi dia akan tanya lagi " apa tu '..kita jawab tangga mesti dia marah, sebab bagi dia tu naik..hahaha..adoiila anak. Nak taknak kita kena jawab tangga juga. Kang pergi sekolah naya la, tangga disebut naik. Sekarang ni dia memang dah tau benda tu apa, benda ni apa.
Memang bijak Fariza sekarang ni. Lagu dah sikit-sikit boleh hafal, macam lagu " Tak tun Tuang' upiak tu "..Lagu dalam cerita kartun, tu sebab hari-hari tengok dan dia sebut. Pastu nad pun ikut sekali cakap, kadang tanya soalan dekat dia macam mana dia cakap " apa tu, apa tu"...hehee..

Sebut hari pun dah boleh. Sebab kadang dia nak main telefon, tapi hari dia boleh main telefon ialah hari Ahad, so kit abelajar sebut hari. Lama-lama dia ingat.
Jadi, kalau nak anak patuh cakap kita, nak jadi anak kita bijak dan petah berbicara, kita jawab je apa yang dia tanya. Untuk usia Fariza ni, memang cuma nak tau apa benda tu je, belum lagi tanya soalan, " kenapa,mengapa"..hah!! keluar soalan tu, siap sediala..hehee..